KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 12, 2008

AMARAN KEPADA PENGUATKUASA MPAJ !!!

Email: xxxdin71@xxx.com

Askm wbt,

Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampai pesan kepada kerajaan baru Negeri Selangor supaya membersihkan Negeri yang tercinta ini daripada kegiatan rasuah sama dari peringkat tertinggi hingga ke peringkat bawahan.

Contohnya kakitangan penguatkuasa MPAJ, yang semenang-wenangkan memeras peniaga kecil disekitar Hulu Kelang. Di Taman Melawati contohya, pekerja-pekerja MPAJ sewenang-wenangnya meminta ROKOK daripada peniaga dan terus pergi tanpa membayar sesen pun. Bukannya sebatang tapi dua kotak besar. Bukan sekali tetapi menjadi rutin kehidupan mereka.

Peniaga-peniaga tidak berani membuat laporan tetapi perbuatan tersebut dilakukan dihadapan pelanggan-pelanggan lain.

Diharap dengan adanya pemerintahan baru di negeri selangor ini, segala amalan buruk ini akan dapat dihapuskan.

Penggondolan bukit-bukit di Hulu Klang juga hendaklah disiasat. Ada pegawai MPAJ yang bertukar kereta macam bertukar baju dan mempunyai beberapa buah rumah diluar kemampuan mereka juga harus disiasat.

Sekian terima kasih.

No2umnO - Kepada orang ramai yang berhadapan dengan perkara ini. Sila berikan kerjasama. Serahkan nama pegawai secara senyap senyap. Atau lebih baik nombor kenderaan mereka. Dapatkan nama nama saksi yang ada ketika itu. Lapurkan kepada BPR atau MPAJ sendiri.

Kalau tiada tindakan, bawa perkara ini ke atas melalui wakil rakyat anda. Sekarang negeri Selangor bukan lagi negeri bapak diorang punya. Keadaan serupa ini banyak berlaku di seluruh Selangor. Penguatkuasa guna kuasa mereka, bukan untuk bertindak jujur tetapi menyalahgunakannya untuk kepentingan diri.

Kalau gerai anda di ganggu lagi, sila tampil kehadapan. YDP dan DATUK bandar bakal ditukar. Diorang dah tak boleh guna kuasa sesuka hati. Kalau gerai anda diambil tindakan, kita minta gerai dari MPAJ. Kalau tak beri .... kita turun ke jalan lagi.

KEPADA PELANGGAN PELANGGAN yang berada ketika kejadian. SILA BANTU para peniaga. Jangan biarkan penguatkuasa mencengkam peniaga. Bila perkara ini berlarutan, peniaga akan menaikkan harga dan akibatnya pelanggan akan menjadi mangsa. Oleh itu, elakkan gejala rasuah ini.

1 comments:

prachai said...

Baguslah macam tu ... ini peluang terbaik mengajar pegawai MPAJ yang sudah biasa hidup dengan sumber haram ... hentikan segera tabiat buruk itu sebelum disumbatkan ke dalam penjara.

Posting terkini

Blog Archive