KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 5, 2008

PENDATANG INDONESIA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENGUNDI

Peringatan

Email dari: zie2k@xxx.com

Semalam saya membawa 2 orang pekerja Indonesia ke rumah saya untuk kerja� ubahsuai. Setelah berpuashati dengan sebut harga, saya menghantar mereka semula ke Shah Alam.

Sewaktu menurunkan mereka di stesen bas didepan seksyen 18, saya meminta kepastian bilakah boleh dimulakan kerja� pengubahsuaian itu.

Budak Indonesia itu ( umur dalam lingkungan awal 20'an) berkata selepas pilihanraya. Saya cakap , macamlah awak tu boleh mengundi. Dia cakap, dia kenal ramai orang kawasan ini, bila� masa saja dia akan dipanggil.

Saya ingatkan dia menggunakan pas penduduk tetap. Saya pun berkata padanya bahawa sebagai penduduk tetap dia TETAP tidak boleh mengundi.

Yang memeranjatkan saya, dia bagitahu dia mendapat "taraf warganegara sementara".

Sewaktu saya mengikuti kursus PACA ( Polling Agent Counting Agent), saya memang didedahkan taktik pihak BN menggunakan warga negara sementara ini. Khabarnya tahun ini mereka akan menggunakan warganegara India yang bekerja di sini.

Kepada kawan� saya yang akan bertugas sebagai PACA, berhati�lah dan berwaspadalah dengan segala taktik kotor ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive