KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 10, 2008

SALAHGUNA KUASA DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Email dari: ofikxxx@xxx.com

akum,

dah lama nak protes berkenaan pemberian dan pembahagian kerja/kontrak oleh pihak berkuasa di kajang.
saya merupakan kontraktor kelas f yang menetap di kajang sejak 2004 dan hampir2 kehilangan lesen semasa hendak diperbeharui sbb tak aktif. macamana nak aktif kalau tak dapat atau susah dapat kerja. kalau dapat pun dapat yang ciput atau kerja undi. sepertimana yang kita semua tau, kebanyakan kerja/kontrak terutamanya kerja2 besar akan diberikan kepada org umno, ahli majlis, dan org bagi 'under table' serta org yang ada kabel besar.

ada satu lagi trend yang saya pasti berleluasa bukan sahaja di kajang. ini berkaitan kerja 'let go'. org majlis, pejabat tanah dsb akan berpakat dengan kontraktor yang akan diberikan kerja di mana mereka akan menggunakan 'dummy'. tender dan sebutharga akan dikeluarkan tetapi hanya untuk mencukupkan kuota org masuk tender. Atau pun,mereka suruh kontraktor yang dah dipilih tadi cari 2 3 lesen lain dan create dummy quotation di mana dlm dummy quotation harga yang lebih tinggi akan diletakkan. konon2nya harga kontraktor yang dah dipilih adalah harga paling rendah.

selain itu, masalah tidak telus. ingatkan takde kerja. rupa2nya banyak kerja tapi tau2 kerja2 yang ada dah diberi. macamana tu?

harap2 wak dan sesiapa yang berkenaan dapat siasat. tolonglah bela nasib 'org2 kerdil' seperti kami. org2 yang takdekabel besar2 ni. kami pun ada anak isteri dan keluarga yang perlu diberi makan. diharapkan akan terdapat perubahan kepada yang lebih baik selepas ini.

wassalam dan terima kasih.

-----
No2umnO
Kes seperti ini memang banyak berlaku. Bila orang atas buat hal, yang bawah pun pandai pandai. Semua projek di belasah antara mereka. DI MPK, MBSA, GOMBAK, SUBANG dan hampir semua tempat mengamalkan cara yang sama.

Sistem Ahli Majlis yang terdiri dari pemuda pemuda UMNO cawangan turut menyumbang penyelewengan seperti ini. Kepada sesiapa yang mempunyai cerita dan bukti, sila berikan kerjasama. Terima kaseh kepada penghantar EMAIL.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive