KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 12, 2008

Oh Fatimah! Mana Suara Pembela Islam ?

email oleh Kau bukan lagi gadis ayu. Doaku bukan lagi untuk mu. Kau bukan lagi saudaraku, yang aku titipkan doa kepada mu setiap kali selepas solatku. Besar sekali keputusanmu. Memutuskan diri dari rahmat sekalian alam di akhirat untuk dirimu.

Dasarnya Pas itu memperjuangkan Islam. Saya turut menunggu ulasan pemimpin-pemimpin utama Pas yang selalunya tegas memperjuangkan hak-hak orang Islam. Namun, kali ini saya begitu kecewa. Selain daripada ulasan Ustaz Nasharuddin Mad Isa, tiada lagi ulasan-ulasan lain. Saya bukan lah Ustaz, jauh sekali ulamak. Namun, saya merasakan sebagai seorang Islam yang setiap hari melafazkan pengakuan 'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kepada Allah' peristiwa ini begitu menghiris perasaan saya. Buat pertama kalinya, seorang islam dibenarkan untuk murtad atas alasan sejak masuk dari Islam lagi, beliau memang tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sebaliknya terus mengamalkan ajaran Buddha.

Ternyata agama Islam yang suci kita telah dinodai. Sesungguhnya keputusan ini akan memberi impak yang amat besar kepada umat Islam di Malaysia hari ini. Beribu-ribu kes permohonan untuk murtad beratur di makhamah syariah dan sivil di negara kita. Dan adakah selepas ini kita akan hanya diam dan membisu sahaja apabila seorang demi seorang dibenarkan untuk murtad atas alasan sudah tidak lagi tega dengan Islam. Asalkan kita cukup makan dan minum, masalah ini bukan nya masalah kita.

Islam bukan agama mainan. Hukum murtad seperti yang ditegaskan, adalah bunuh. Namun sebelum itu, beliau perlu dinasihatkan terlebih dahulu sebanyak tiga kali. Dan kini, di Malaysia yang di uar-uarkan sebagai sebuah negara Islam membenarkan begitu sahaja permohonan murtad Siti Fatimah. Dan dengan bangganya, akhbar 'the Star' menayangkan Siti Fatimah bersembahyang dan bersyukur menggunakan colok di tokong atas keputusan tersebut. Tidakkah kita merasa apa-apa? Penghinaan yang sebegini besa kepada umat hanya didiamkan sahaja. Sesungguhnya kita semua akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti di atas ketidak prihatinan kita.

Mengapa Saidina Abu Bakar memerangi golongan murtad ini habis-habisan? Kerana ianya satu fitnah yang akan merosakkan umat Islam. Entah apakah bala lagi yang akan diturunkan oleh Allah kepada kita barulah kita sedar agaknya.

Suatu masa dahulu, umat Islam sanggup mati kerana mempertahankan akidah seorang muslim yang bernama Natrah. Sungguh pun pemahaman umat Islam pada masa itu, tidaklah sehebat sekarang. Mereka sanggup membantah dan memprotes. Bukan saya ingin bermusuh dengan agama lain. Dan memburuk-burukkan mereka. Namun, mereka harus faham. Penganut Islam adalah hak orang Islam. Mereka tidak seharusnya masuk campur, sebagaimana kita tidak pernah masuk campur dalam urusan agama mereka.

Sungguh saya kecewa kepada ulamak-ulamak dan tok-tok guru. Mana suara mereka? Kepada siapakah lagi kita mengharap? Untuk melindungi umat ini. Ya Robul Jalil, hanya kepadamu lah aku berserah diri. Dan aku akan menyiapkan diri untuk satu perjuangan yang maha hebat di abad ini. Semoga redhamu ke atas diriku. Amin, ya robbal alamin.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive