KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 16, 2008

Pak Lah memang SAH bodoh

email oleh nazmi67@xxx.com

Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel telah berkuatkuasa. Mesyuarat yang hanya mengambil masa 4 jam, di umum tidak sampai seminit dan minyak telah naik dengan mendadak tidak sampai 6 jam kemudian. Hebatnya tentang kerajaan Barisan Nasional di dalam menaikkan harga minyak, mereka cukup pantas.

Kalau hendak memohon kelulusan paras gaji paling rendah pula, MTUC terpaksa menunggu bertahun tahun, malah sehingga sekarang, masih lagi tidak diluluskan. Begitu lah efisyennya kerajaan di bawah Perdana menteri kita Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi, yang kononnya cukup bijaksana, perihatin, merendah diri dan cucu kepada ulamak.

Aku menggunakan kenderaan yang dijana dengan kuasa minyak petrol dan peningkatan harga sebanyak 41% memang cukup membebankan. Itu bukan lah satu satu kenaikan yang aku terpaksa tanggung. Selain dari itu, kenaikan harga beras yang lepas sebanyak 41% dari pada harga asal, telah sedia membebankan kepala dan poket aku. Itu baru beras dan minyak. Bagaimana dengan barangan lain?

Aku menghabiskan sebahagian hari ini untuk menilai berapa kah kenaikan kos keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang aku terpaksa bayar. Walaupun ia sekadar anggaran, aku dah terasa beban yang akan aku tanggung. Ramai antara kita yang lupa untuk memikirkan semuanya secara terperinci kerana di dalam kepala kita terbeban dengan bermacam macam masalah.

Merujuk kepada gambar di atas, Harga ayam yang sebelum ini sekitar RM5.60 ke RM5.80 sudah meningkat kepada RM8.00. Ini berlaku setelah peningkatan harga minyak, baranga makanan ternakan dan penghapusan harga siling ayam yang baru baru ini dibuat oleh kerajaan. Kenyataan ini adalah tindakan bodoh yang ke 2 selepas pengistiharan kenaikan harga minyak.

Setelah di tolak, campur, didarab dan di bahagi, kenaikan kos sara hidup aku sekeluarga meningkat sehingga anggaran 30% ke 50%. Dengan kenaikan kos sebanyak itu, bermakna jika aku berpendapatan RM2,000 .00 sebulan, sebenarnya nilai wang yang aku perolehi pada setiap bulan akan datang, adalah cuma sekitar RM1,000 ke RM1,200.00 sahaja.

Dengan nilai pendapatan bulanan sebanyak itu, apakah yang anda mampu beli untuk menyara sebuah keluarga?

Apabila aku merujuk kepada nilai paras kemiskinan yang dahulunya berpendapatan sebulan RM1,500.00 kebawah, maka aku tergolong diantara mereka yang miskin. Kalau miskin, aku tidak boleh menggunakan handphone, kereta dan hanya berbasikal kesana kemari. Semua ini perlu berubah kerana dengan pendapatan RM2,000, tidak membenarkan kita memiliki semua itu, walaupun ia nya adalah keperluan. Kalau sebelum ini aku berulang sejauh 10 kilometer untuk ke tempat kerja, Maka aku dapat bayangkan betapa susahnya aku menghadapi hari hari mendatang.

Aku sudah bertemubual dengan kakitangan kerajaan yang berpendapatan sebanyak RM2,500. Setelah di tolak ansuran rumah, kenderaan dan sebagainya, kebanyakan kakitangan kerajaan cuma membawa pulang sekurang kurangnya RM600.00 sebulan. Cuba anda bayangkan, bagaimana mereka hidup dengan wang sebegitu, sebelum di tolak kos makanan, bil dan persekolahan anak?

Baru baru ini Pejabat POS kecoh dengan pemberian rebat cukai jalan yang kononnya bertujuan untuk mengurangkan beban kenaikan harga minyak. Nilai yang paling maksima adalah sebanyak RM625.00 untuk sebuah kenderaan. Lagi banyak kenderaan yang anda miliki, lagi banyak rebat yang anda akan perolehi. AKu cuma ada satu kendeaan dan siapakah yang memiliki 5 buah kenderaan di dalam satu satu masa? Masih lagi bukan golongan seperti aku.

Namun begitu, serbuan yang dibuat oleh rakyat Malaysia ke pejabat POS selama 3 hari berturut turut bukan lah bermaksud rakyat setuju dengan kaedah pemberian rebat itu, tetapi kerana rakyat tidak mampu dan miliki wang lagi untuk berbelanja. Rebat adalah satu satunya jalan ketika itu untuk menampung perbelanjaan pada bulan ini sahaja.

Kita sekarang berdepan dengan masalah yang sangat kritikal. Kalau RM1,500 ke bawah adalah paras kemiskinan rakyat negara kita maka jumlah rakyat miskin selepas ini akan bertambah lagi kerana paras kemiskinan yang baru perlu di kenal pasti. Secara mudahnya, kalau kenaikan kos meningkat kepada 40%, maka paras kemiskinan turut dinaikkan kepada paras tersebut. Dengan itu anggaran paras kemiskinan yang baru adalah berpendapatan RM2,100 sebulan. Adakah anda tergolongan kepada kumpulan ini?

Menurut DS Anwar Ibrahim, pada tarikh tertentu pada tahun ini, akan berlaku perubahan parti pemerintah. Dikatakan tarikh keramat itu adalah sekitar bulan September pada tahun ini. Ini bermakna kita mempunyai tempoh dua bulan berdepan dengan kemelut harga barang dan sara hidup. Kalau ikut kan rasa, lagi cepat lagi bagus.

Esok aku perlu membayar ansuran bulanan kenderaan sebanyak RM600.00, Bil elektrik yang tertunggak sebanyak RM240.00 dan bil talipon RM160.00. Sedangkan duit yang ada ditangan cuma berbaki RM400.00. Dimana agaknya untuk aku cari lagi? Barangan isteri sudah pun kugadaikan, tiada apa lagi yang tinggal untuk aku jual.

Masalah sudah berlanjutan sejak Abdullah menjadi PM. Sampai bila lagi aku perlu berdepan kemelut kehidupan ini? Semuanya gara gara menanggung para pemimpin yang bagaikan membela biawak hidup. Bukan nya memudahkan tapi menyusahkan. Pada mula nya aku beranggapan ku gelar bodoh pada pemimpin kerana amarah aku. tapi cuba kita baca keratan dibawah,

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar pelik dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum lalu - Lagi berita
Kalau itu lah cabaran yang Pak lah ajukan .... aku rasa memang dia benar benar bodoh.

2 comments:

Anonymous said...

Usah di persoal dan usah ditanya lagi ... memang Dollah sah bodoh.

dexidle said...

dah memang sah bodoh, aku pon pelik, yg menyokong orang-orang bodoh mcm ni pon ramai juga yg Dr., Prof. Ir. dan mcm lagik lah spesis yg bertitle educated nih...zaman skarng ni yg tak sepatutnya dapat Dr. jadi Doktor yg tak sepatutnya jadi Prof. jadi proffesor jugak.. yg tak sepatutnya jadi pemimpin;jadi pemimpin jugak....bodoh.. bodoh.. macam ni ke insan yg memiliki nilai modal insan yg tinggi?

DULU KINI DAN SELAMANYA BODOH adalah slogan yg paling sesuai

Posting terkini

Blog Archive