KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 19, 2008

ZAHID HAMIDI, PANDAINYE .....



Minyak Petronas hanya untuk Jet.
isuhangat.blogspot.

"Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan", kata Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi ketika disoal oleh Dr. Muhammad Agus di dalam rancangan Hujah terbitan di TV9 .Saya tak tahu samada hendak ketawa atau menangis mendengar alasan daripada Zahid ini. Apa yang pasti, jawapannya bukan menyelesaikan permasalahan semasa rakyat tetapi sebaliknya mengundang banyak persoalan di dalam benak fikiran kita.

Dr. Agus: Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang telah berjanji bahawa jika mereka berjaya memerintah Malaysia, harga minyak akan diturunkan 30 sen serta merta? Apa pandangan Datuk?

Zahid: Inilah masaalah dengan pembangkang, tak habis-habis meracuni fikiran rakyat. Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan. Cuba lihat negara-negara lain seperti Singapura dan Thailand, harga minyak mereka jauh lebih mahal daripada di negara kita ……..

Dr. Agus: Tetapi mereka ini bukan negara pengeluar minyak sedangkan negara kita pengekspot minyak ……..

Zahid: Betullah negara kita pengekspot minyak, tetapi saudara kena ingat bahawa kerajaan terpaksa berbelanja sebanyak RM 40 bilion setahun bagi subsidi minyak. Dengan jumlah wang yang begini banyak banyak lagi projek lain yang boleh kita buat untuk kesejahteraan rakyat …….

Dr. Agus: Bukankah dengan menurunkan harga minyak itu merupakan satu kesejahteraan kepada rakyat ………?

Zahid: Betul, tetapi semua lapisan rakyat tak kira bawa Mercedes atau Proton akan mendapat faedah yang sama jika kita menambah subsidi minyak ……..

Saya tak nak mengulas panjang tentang perkara ini kerana anda semua boleh buat penilaian sendiri . Budak-budak sekolah pun tahu bahawa minyak petroleum apa pun jika diproses di pusat penapisan akan mengeluarkan pelbagai produk minyak lain termasuk petrol, diesel, bitumen, minyak tanah, minyak jet dan pelbagai lagi hasil keluaran. Sikit atau banyak sesuatu produk ini bergantung kepada kualiti atau jenis minyak mentah (crude oil) yang diproses. Apa yang pasti, tak ada satu jenis petrolium pun dalam dunia ini yang hanya boleh keluarkan minyak jet sahaja.

No2umnO - Aku rasa aku dah miss kelas kimia. Patut aku tak tau..... minyak kereta aku korek kat mana ye? Minyak moto Zahid korek kat mana? Pak Lah sorang lah pakai minyak Malaysia ..... guna jet RM200 juta dia tu.

MALAYSIA AKAN BANGKRAP

The image “http://agendapemuda.files.wordpress.com/2008/02/agenda308-3.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

"Kepada Nurul Izzah: Kalau masuk, biarlah menang"

klpos.com



KES Nurul Izzah Anwar hendak bertanding ini istimewa sikit, terutamanya bagi generasi muda yang menganggap Izzah adalah ikon, simbol perlawanan, seorang anak yang bangun menentang kekuasaan/daulah untuk keadilan bagi 'papa'nya, dan sekaligus bangsa dan negaranya. Selain itu, secara peribadi, saya menggangap Izzah (dipanggil begitu) seorang kawan. Seorang kawan yang baik. Kerana ini bila ada khabar Izzah hendak bertanding, saya cukup minat hendak tahu di mana?

Pemilihan tempat yang sesuai untuk beliau bertanding bukan soal kecil, sebagai ikon generasinya, yang membawa gelar Puteri Reformasi, Izzah membawa beban berat di bahunya, tambahan pula, dia anak sulung Anwar Ibrahim maka beban yang berat terasa bertambah berat.

Dalam congak saya, seorang kawan, kalau Izzah mahu bertanding, biarlah dia bertanding di kawasan yang selamat, erti selamat itu barangkali peluang menang 60 peratus ke atas. Misalnya Kota Bharu, atau kawasan yang 50-50 seperti DUN Hulu Kelang.

Ini penting supaya beliau boleh membawa suara generasi muda ke Dewan Rakyat. Beliau berkarisma, ada gaya, mana-mana parti yang mempunyai ahli Parlimen seperti Izzah, imej parti tersebut akan naik.

Sebab itu, bila timbul isu Izzah mahu diturunkan lawan Shahrizat di Lembah Pantai, ramai yang terkejut. Bukan terkejut gembira, tapi terkejut sedih, "Apa gilanya PKR ini, sudahlah tiada calon, calon utama yang ada hendak diturunkan lawan gergasi?" kata seorang lagi kawan masa minum teh di restoran Mydin Bangsar petang semalam.

Bayangkan calon muda paling berpotensi PKR, yang baru pertama kali bertanding atau istilahnya 'dara' lagi, mahu diturunkan berlawan dengan calon Wanita Umno paling popular. Kata orang, saham Shahrizat kini lebih tinggi dari bossnya Rafidah Aziz sendiri.

Selain itu, Shahrizat juga terkenal kerana jaga kawasan. Beliau antara ahli Parlimen yang cukup kerap selalu turun padang. Jadi soalnya, mengapa Izzah 'dipaksa' bertanding di tempat yang beliau hampir pasti kalah?

Mungkin pada sesetengah orang, Izzah adalah calon yang sesuai bertembung dengan Shahrizat, dari segi populariti Izzah memanglah sesuai, boleh diusung ke sana ke mari masa berkempen, ramai yang mahu bergambar, jentera pun semangat hendak bekerja, tapi soalnya dalam politik yang penting bukan proses tapi hasilnya.

13 hari masa berkempen, seronoklah, tapi bayangkan selepas keputusan diumumkan. Esoknya di dada akhbar,tajuk besarnya, "Nurul Izzah Anwar kalah" atau "Pengundi tolak anak Anwar Ibrahim" atau "Tiada tempat untuk Nurul Izzah Anwar"

Yang kalah hari itu, bukan Nurul Izzah sahaja, tetapi Anwar Ibrahim dan PKR juga.

Dan pada Nurul Izzah sendiri, bayangkan senario itu, bayangkan seorang pemimpin muda, memulakan rekod politiknya dengan kekalahan. Dan alangkah lebih malang jika majoritinya pula besar. Saya sebagai seorang kawan enggan membayangkan yang buruk-buruk seperti itu.

Sebab itu, pada saya, PKR jika mahu menurunkan Izzah dalam pilihanraya kali ini, carilah kawasan yang 'jernih' supaya suara anak muda yang progresif dapat berkumandang di Dewan rakyat atau DUN.

Tidak adil, pada Izzah, dan pada generasi muda, jika beliau diturunkan bertanding di kawasan 'kelabu' atau 'hitam' yang hanya sekadar untuk menguji sokongan rakyat.

Kerana itu, bila saya membawa tajuk rencana 'guru' saya, Mohd Sayuti Omar, yang mahu Izzah diturunkan bertanding menentang Khairy Jamaluddin, saya kurang setuju.

Secara teorinya baik, tapi lebih baik jika dicarikan kawasan 'jernih' untuk memastikan nama Izzah tidak hanya disebut 13 hari ketika berkempen sahaja, tetapi kekal dalam ingatan rakyat Malaysia untuk empat tahun seterusnya.

Apapun, ini hanyalah pandangan seorang kawan, tentulah congak panglima perang seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali lebih tajam dan tepat dan kepada Nurul Izzah, selamat maju jaya.

No2umnO -




Eeee .... mudanya

http://www.wunrn.com/news/2007/09_07/09_24_07/093007_muslims_files/image002.jpg

Eeee .... Macam muda

ROSAK BENDERA BN ... SALAH. ROSAKKAN BENDERA PAS TAK PER ?

4,000 bendera BN dirosakkan
kosmo


DUNGUN – Bahang Pilihan Raya Umum ke-12 di negeri ini hangat apabila sebanyak 4,000 bendera yang dipasang di sepanjang dua jambatan merentasi Sungai Dungun dan Padang Astaka dekat sini, dirosakkan.

BENDERA Barisan Nasional (BN) bertaburan di Padang Astaka, Dungun semalam selepas dicabut dan dipatahkan oleh pihak-pihak tertentu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi semalam apabila pihak-pihak tertentu mencabut tiang bendera yang dipasang sekitar kawasan tersebut sejak minggu lalu.

Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dungun, Sazali Abbas di Ibu Pejabat Polis Daerah pada pukul 10.30 pagi.

“Kita harap polis dapat menjalankan siasatan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangani perkara tersebut,” katanya ketika ditemui dekat sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan ia berlaku ketika tempoh prapilihan raya dan sebelum hari penamaan calon,” jelasnya.

Menurut beliau, sekiranya perkara tersebut tidak ditangani sebaiknya, perkara yang lebih buruk mungkin berlaku apabila hari pengundian semakin hampir.

“Saya meminta pihak polis memberi penekanan kepada isu-isu keselamatan di sini kerana kejadian seperti ini mungkin berulang,” katanya.

No2umnO - Aku bimbang .... kalau kalau yang merosakkan bendera UMNO dan BN ni adalah peniaga buluh. Untung juga niaga buluh musim Pilihanraya. Tapi kalau buluh untuk bendera PAS 'FREE'. BN kena bayar sebab, kalau tak der duit BN tak boleh buat kerja. Itu lah bezanya........Wak pun nak jual buluh. Buluh !!!!! Buluh !!!! Buluh betong, buluh pancing, buluh dacing ..... semua ada.

Rakan rapat Timbalan MB Pahang dapat tanah bernilai tinggi


Basiron Abdul Wahab
harakahdaily.net

MARAN, 18 Feb (Hrkh) – Kerajaan Umno Pahang masih mengamalkan budaya mementingkan kroninya dan isu terbaru ialah meluluskan sebidang tanah bernilai tinggi di Mukim Kuala Kuantan kepada sebuah syarikat milik pemimpin Umno Maran, Tajau Makmur Sdn. Bhd.

Menurut sumber, Tajau Makmur telah mengajukan projek bernilai RM16 juta kepada kerajaan negeri untuk Pembangunan Perumahan Bercampur serta kemudahan awam termasuk 134 buah rumah teres, 64 unit rumah pangsa empat tingkat, 1 unit surau dan tadika di atas tanah seluas 13 ekar itu.

Difahamkan kerajaan negeri telah bersetuju meluluskan tanah tersebut kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) dan PSK akan melupuskan terus tanah tersebut kepada Tajau Makmur mengikut harga pasaran yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Pahang.

Di kalangan golongan korporat percaya, kejayaan Tajau Makmur memperolehi tanah kerajaan bernilai tinggi di Batu 10, Jaya Gading itu disebabkan hubungan rapat di antara Timbalan Menteri Besar Dato' Tan Aminuddin Ishak dengan pengarah Tajau Makmur, Nor Azhar Haji Latif.

Tan Aminuddin adalah Ketua Umno Bahagian Maran manakala Nor Azhar adalah Setiausaha Umno bahagian yang sama. Hubungan Nor Azhar dan Tan Aminuddin tidak dapat disangkal lagi kerana Nor Azhar adalah orang kepercayaan Tan Aminuddin.

Tan Aminuddin adalah anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan sokongan Tan Aminuddin dipercayai memberi kelebihan kepada Tajau Makmur untuk mendapatkan tanah bernilai tinggi berkenaan. - mns \

Langkawi UMNO Secretary made a unilateral statement


bigdogdotcom

In reaction to articles published in mainstream media this morning about UMNO Youth Exco Dato’ Mukhriz Mahathir contesting in Langkawi parliamentary seat this XII General Elections, Langkawi UMNO Secretary Mohd. Saiful Mustaffa made a unilateral statement against Mukhriz’s nomination in the island resort representing BN.

Bernama.com has this story:

18 Februari, 2008 17:01 PM

UMNO Langkawi Tolak Mukhriz

LANGKAWI, 18 Feb (Bernama) — UMNO Bahagian Langkawi enggan menerima jika Datuk Mukhtir Tun Dr. Mahathir bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya 8 Mac ini sejajar dengan keputusan mesyuarat bahagian itu pada 12 Feb lepas menolak calon dari luar.

Setiausaha bahagian itu, Mohd Saiful Mustafa berkata dalam satu kenyataan bahawa UMNO Bahagian Langkawi berpendapat Mukhriz bukan anak tempatan Langkawi dan tidak menganggotai Jawatankuasa UMNO Bahagian itu.

Mukhriz dilaporkan oleh akhbar sebagai berkata jika diberi peluang, beliau sedia bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.

Mohd Saiful berkata majoriti masyarakat di Langkawi mahukan penyandang Datuk Paduka Abu Bakar Taib sekali lagi dipilih untuk bertanding bagi kerusi itu berdasarkan kepada prestasi perkhidmatan beliau.

Katanya 85 daripada 91 cawangan UMNO di Langkawi menyokong supaya Abu Bakar dikekalkan.

– BERNAMA

The truth is far from what it seemed. In the Langkawi UMNO Division Exco Meeting last week, they only decided by simple majority and urged Kedah UMNO Liaison to nominate a local as their candidate for the XII GE. They definitely did not decide to nominate Dato’ Abu Bakar Taib, for his fourth term, nor did they reject Dato’ Mukhriz’s name as a possible candidate to replace Bakar.

A Langkawi UMNO Division Exco Maton Mahmud, who is also Sg. Itau UMNO Branch Head said Saiful’s statement was his personal opinion and not reflective of Langkawi UMNO Division’s stance and definitely not representative of the Langkawi voters’ opinion as well. In fact, generally Langkawi folks are very appreciative and grateful of what former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad did for Langkawi and transformed the once agriculture-based-back-water-boondocks into a globally known tourist destination, with world class resorts. It is obvious now they want Mukhriz continue what his father started and tirelessly worked on, and represent them, at national and international level.

He and another UMNO Langkawi Division Exco Ismail “Cikgu Man” Yaacob, who was also former ADUN Kuah, sffirmed that BN component parties; MCA, MIC and Gerakan, had endorsed Mukhriz’s nomination as the BN candidate for Langkawi. Both were privy to last week’s UMNO Langkawi Division Exco Meeting.

It was said that Saiful tried to organize a petition for the 91 UMNO Branch Heads to protest against Kedah UMNO Liaison’s decision to nominate Dato’ Mukhriz as the Langkawi BN candidate to UMNO top leadership, for a final consideration and decision. However he gravely failed to get majority of the Langkawi UMNO Branch Heads’ co-operation and consideration. At the moment, so many people on the ground talk about Dato’ Mukhriz being nominated as the Langkawi BN candidate.

This latest statement by Saiful is a mark of desperation, to reverse the “final list”, which is expected to be announced by Kedah BN Liaison Chairman Dato’ Seri Mahadzir Khalid in two or three days time. Each BN candidate will receive their letter of appointment as candidate on Friday afternoon, two days before nomination day.

SAMY TERPAKSA MENYANYI UTK PUJUK KAUM INDIA


Apabila Samy Vellu menyanyi...
utusan meloya

TERDAPAT 1,001 cara digunakan pemimpin bagi menarik perhatian pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-12.

Bagi Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, beliau menyanyikan sebuah lagu Tamil ketika bermesra dengan rakyat di Taman Inderawasih, Prai kelmarin.

Lagu klasik berjudul Sollathan Nineikiren Mudaivillai (Saya ingin bersuara tetapi tidak berupaya) itu yang pernah dinyanyikan oleh P. Susaila mempunyai melodi dan lirik yang sangat indah.

Ia mengesahkan seseorang yang ingin menyampaikan hasrat hati kepada orang lain tetapi tidak mampu menyatakannya dengan kata-kata malah bimbang orang lain tidak dapat memahami hasrat dan perasaan hatinya.

Mungkinkah ia ada kaitan dengan kedudukan Samy Vellu dan masyarakat India sekarang?

No2umnO - Samy vellu nampaknya dah kena guna tektik filem Tamil. Nak tau samaada dia nyanyi sambil baring ngereng tak?

MESTI BACA: PENJELASAN TENTANG 4,000 BENDERA BN PATAH

Tahniah Pemuda PAS Dungun!!
tranungkite
oleh amdang81

"Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku terima satu call dari seorang forumer TKO kira-kira jam 5.00 petang. Sahabat yang berasal dari Kuala Terengganu itu dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur kerana terdapat sedikit urusan keluarga di sini. Dia yang ketika itu melalui Dungun menelefon aku kerana mahu kepastian bilamana melihat banyak bendera UMNO dan BN patah dan berselerak di tepi jalan.

Aku membiarkan persoalan sahabat itu berlalu kerana mungkin nanti ada maklumat lain dari sahabat-sahabat dari Dungun yang akan melaporkan kepada TKO.

Kebetulan pula, ketika itu aku sedang dalam mood kerja yang cukup tinggi. Bukan selalu dapat fokus pada kerja dengan baik. Apatah lagi dalam suasana PRU ini yang memaksa bekerja dengan lebih pantas bagi membolehkan kerja-kerja membantu parti dapat dilakukan sehabis waktu pejabat.

Selepas selesai 'kerja-kerja sesi malam', aku segera menelefon seorang sahabat di Dungun. Semuanya kerana mahu mendengar sendiri apa sebenarnya yang berlaku di Dungun itu. Aku kira orang yang aku hubungi itu cukup bermaklumat untuk memberikan sedikit ulasan berkaitan apa yang telah disiarkan oleh TV3 malam tadi. Akhirnya aku senyum puas. Suatu kebangaan pula lahir dalam hati aku kepada pemuda Dungun.


Sekadar Hiasan. (Pemuda Batu 6 memasang bendera di Bulatan Batu 6)

Memang Pemuda PAS yang cabut bendera UMNO/BN tu. Itu reaksi awal yang sahabat tadi maklumkan. Aku yang pada mulanya menyangka ianya merupakan suatu provokasi UMNO agak sedikit kecewa. Namun, aku tetap pasti pemuda PAS tidak bertindak tanpa sebab. Mesti ada sesuatu menyebabkan bendera UMNO/ BN itu dicabut.

Beberapa malam sudah, seperti di tempat-tempat lain juga, Pemuda PAS Dungun sudah memulakan operasi memasang bendera di tempat-tempat strategik di sekitar Bandar Dungun. Malangnya, bendera itu selalu tidak kekal lama kerana Majlis Daerah Dungun (MDD) amat cekap dalam menurunkan Bendera PAS. Semua itu sudah tentu kerana mereka mendapat arahan dari pihak UMNO Dungun sendiri yang tidak senang melihat bendera PAS berkibar di Dungun. Apatah lagi YDP MDD juga merupakan seorang 'gedebe' yang kuat menyokong perjuangan parti yang memisahkan agama dan politik itu.

Namun, atas rasa memastikan syiar berkibar, pemuda Dungun terus cekal dan tabah meneruskan usaha memasang bendera di sekitar Bandar Dungun walaupun menerima risiko bendera mereka akan dicabut oleh MDD. Apa yang menjadi persoalan adalah, mengapa hanya bendera PAS yang diganggu, sedangkan bendera BN dibiarkan tanpa sebarang ancaman. Perbincangan dengan MDD bagi memastikan bendera PAS dibenarkan berkibar, namun alasan 'arahan orang atasan' selalu digunakan. Maka, ada lagi bendera PAS menjadi mangsa.

Petang tadi, Deris Jusoh dijadualkan akan merasmikan suatu program belia di Padang Astaka Dungun. Jadi, sebagai suatu rasa protes dan marah dengan tindakan MDD yang selalu mencabut bendera PAS, suatu keputusan tegas dan berani telah diambil Pemuda Dungun bagi memastikan kedatangan Deris Jusoh akan disambut dengan bendera PAS sepanjang jalan ke Astaka. Tempat yang paling strategik dan menarik pemasangan bendera adalah Jambatan Dungun. Maka, malam tadi lebih 500 petugas PAS berkumpul bagi memasang bendera dan berkawal bagi memastikan bendera PAS tidak diganggu.

Pemuda PAS juga telah mengeluarkan peringatan kepada pihak MDD supaya tiada satupun bendera PAS yang akan dicabut dan diganggu. Amaran tindakan balas mencabut semua bendera akan dilakukan sekiranya ada bendera PAS yang diganggu.

Seawal jam 8.00 pagi, beberapa batang bendera PAS telah diusik dan dicabut oleh MDD. Bagi mengotakan janji dan bagi memberikan tekanan kepada MDD yang dilihat mencabar pemuda, maka suatu gerakan besar-besaran telah dilakukan oleh Pemuda PAS Dungun dengan mencabut semua bendera yang ada di sekitar Bandar Dungun tanpa mengira Bendera PAS mahupun UMNO/BN.

Pada aku, tindakan Pemuda PAS Dungun itu suatu tindakan tepat dan cukup berhikmah bila berdepan dengan pihak berkuasa yang berat sebelah itu. Tindakan yang tepat pada masa yang amat sesuai itu sudah tentu tidak akan disenangi oleh musuh-musuh yang selamanya membenci kepada kebenaran dan keadilan.

Sesekali perlu jengilkan mata sekiranya dehem sudah tidak difahami. Tahniah Pemuda PAS Dungun!! Anda memulakan suatu tindakan yang mungkin boleh dijadikan jalan bagi pemuda di tempat-tempat yang lain.

Mungkin ada yang mempersoalkan tiada hikmah tindakan itu bilamana TV3 dan Deris Jusoh melabel PAS dengan pelbagai label buruk di media mereka, maka perlu kita fahami mereka itu golongan yang tidak akan meredhai kita selagi mana kita tidak mengikut mereka.

Tahniah!! Pemuda PAS Dungun.

LAGI PROJEK UNTUK KONI

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/jertehsouq.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Jerteh Souq – RM22 juta untuk kroni lagi
buletinonline

Besut, Feb 18 – Inilah antara kehebatan Deris Jusoh sebagai MB Terengganu. Menjadikan sesuatu projek itu seolah-olahnya sesuatu yang hebat dengan menggunakan nama-nama dan slogan

Apabila sesuatau yang ganjil dan ‘berbunyi’ Arab sedikit maka ia akan termasuk ke dalam projek ulul albab. Deris juga menggunakan ‘Islamic appeal’ didalam merumuskan ramuan untuk mempersonakan rakyat sekaligus menipu.

Antaranya Jerteh Souq, diberi nama sedemikian rupa supaya nampak canggih. Mungkin ada kaitannya dengan nama-nama pasar yang dia pernah bertemu, bila berjalan keluar negeri. Dan bawa balik idea yang ‘baru’ kononnya, padahal ia sebenarnya sesuatu yang biasa, malahan lebih rendah dari biasa.

Sebagai contoh, Taman Tamadun Islam bukanlah idea tulin, ia sebuah ciplakan dari rekabentuk-rekabentuk idea Emerald resort yang dibuat oleh arkitek luar, yang khabarnya baru masuk Islam.

Jerteh Souq adalah pasar Jerteh. Apa yang menjadi perbualan warga Jerteh adalah beberapa bangunan di kawasan pasar Jerteh baru sahaja siap diubahsuai, namun atas kehendak Deris sendiri, dengan visi hebatnya kononnya mahu membangunkan sebuah pusat perdangan yang serba lengkap di Bandar Jerteh, walaupun baru diperbaiki, dengan kos ratusan ribu ringgit, bangunan tersebut sedang dimusnahkan kini.

Apa yang lebih hebat adalah, projek Jerteh Souq juga direkabentuk demikian untuk menaikkan kos pembinaannya, dan sehingga kini ia bernilai RM22 juta, pastinya satu lagi projek untuk kroni dan puak-puak gedebe di Bandar Jerteh.

Selain dari itu, pasti akan ada kos tambahan yang timbul semasa pembinaan nanti sebagaimana projek-projek yang sedang dibangunkan. Masjid Hadhari dari kos bernilai RM18 juta, kini sudah ditambah sana-sini, khabarnya hingga mencapai RM40 juta. Begitu juga Taman Tamadun Islam, kos RM250 juta adalah kos asal, projek tersebut masih belum siap dan terdapat tambahan sana-sini. Dimaklumkan bahawa sehingga kini kos terbaru yang dianggarkan sudah mencapai RM400 juta.

Hebat tak? Hebat kan ! Pembangunan yang tidak pernah di lihat, Tidak Pernah Sebelum ini, Terengganu seperti ini, ada Menteri Besar yang paling licik, menipu wang rakyat atas nama ‘Pembangunan yang tidak pernah di lihat !

Posting terkini

Blog Archive