KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 20, 2008

KENAPA ANAK SEKOLAH MEMBEBANKAN?

Siapa tidak marah kalau belanja anak ke sekolah berlebih lebih dari yang sepatutnya. Hari ini aku berkunjung ke sekolah menghantar anak. Bapa mithalli kononnya, tapi tujuan adalah untuk lihat sejauh mana anak anak ke sekolah memakai baju kokurikulum sebagaimana yang diarah oleh sekolah. Diamati, masih tidak ramai. Tak sempat beli atau ibu bapa tidak mampu?

Menurut artikel yang terdahulu. ibu bapa di arah untuk membeli baju kokurikulum/aktiviti sekolah untuk anak anak mereka. Diarahkan tanpa kertas hitam putih untuk memakai baju uniform mana mana kumpulan kadet yang anak anak kita minati. Setiap baju, memerlukan kos sekitar RM80 ke RM100 sepasang, siap dengan lencana dan topi.

Anak anak yang ghairah untuk kelihatan tanpa dan jelita dengan pakaian seragam, terpengaruh dengan arahan ini. Tapi yang menjadi mangsa adalah bapa dan penjaga.

Awal sessi persekolah, ibu bapa terpaksa mengeluarkan belanja yuran, buku dan pakaian seragam. Aku sendiri terpaksa mengeluarkan hampir RM2,000 untuk 3 orang termasuk yang baru memasuki asrama. Kini ibu bapa merugut lagi dengan arahan dari guru.

Teringat akan ketika sekolah dahulu dimana, pasukan pakaian seragam, tidak wajib. Kepada mereka yang sanggup dan mampu untuk mengeluarkan belanja. Menjadi ahli kepada Persatuan Bulan sabit atau pengakap atau apa sahaja. Tapi sekarang, sudah menjadi perkara wajib. Aktiviti yang tidak selalu itu telah menyebabkan pembelian itu bagaikan satu pembaziran. Kalau belanja tersebut boleh digunakan untuk pembelajaran dan kos belanja harian anak anak, kini terpaksa di khususkan untuk pertunjukan fesyen anak anak sekolah.

Mungkin ada ibu bapa yang setuju dengan aktiviti ini, kononnya menambahkan ilmu serta disiplin anak anak tetapi kepada yang tidak mampu, tiada bantuan yang boleh diberikan kecuali merungut sendiri. Tidak mampu berbelanja untuk semua ini akan menyebabkan anak anak ditimpa dengan masalah physologi. Anak anak kecewa dan merasa rendah diri dikalangan kawan kawan.

Ada sesetengah sekolah memberikan pakaian pinjaman. Cukup tahun, ianya harus dipulangkan dan sekiranya baju itu rosak, duit cengkeram akan dipulangkan. Kaedah yang baik, cukup untuk meringankan beban ibu bapa. Tapi bukan semua sekolah menyediakan perkhidmatan ini.

Fikir kan sendiri. Mampukah anda? Membesarkan anak sudah cukup membebankan. Pengaruh kawan kawan dan rakan rakan turut menjadikan anak hilang rasa hormat kepada ibu bapa kerana ketidak mampuan mereka.

Ada ibu bapa turut merasakan beban apabila ada di kalangan guru guru yang turut menjual buku yang mahal harganya sehingga RM30.00. Ianya buku lukisan dan kepada murid murid yang teringin menjadi pandai di dalam matapelajaran lukisan, amat teringin untuk memilikinya. Malahan buku itu mempunyai pelbagai warna yang menarik. Itu baru satu buku dan bagaimana pula kalau ramai dikalangan guru turut menjadi agen penjualan buku sebegini?

Apakah ini yang kita mahu? Aku tidak mampu, tapi mungkin anda. Tapi aku percaya bukan aku seorang yang merasakan begitu, masih ramai lagi ibu bapa yang merungut seperti ini. Aku tahu, ada guru yang tahu perkara ini. Tapi apa kan daya, kalau dilawan, digelar pembangkang. Kalau diikutkan, bakal jadi bahan tohmahan.

Kenapa kerajaan Barisan Nasional suka membebankan ibu bapa. Suka meletakkan diri rakyat di dalam keadaan yang serba salah. Tidak keluar belanja, anak tidak sekolah. Hendak Diikutkan, kemampuan tiada. Istilah percuma sudah tiada lagi. Dan kalau ada pun sudah pasti kualitinya tiada. Akibatnya buang masa, anak kecewa dan ibu bapa pun hampa. CUkup lah sampai disini. Aku tak mahu lagi bebanan hidup bertali arus. Bukan setakat berdoa, kita juga mesti berusaha. Berusaha untuk merubah semua ini. Siapa yang perlu ditukar? Adakah guru guru, kakitangan kerajaan atau kerajaan pemerintah?

JANTINA BERBEZA, BOHONGNYA TETAP SAMA


Arroyo usaha banteras rasuah
bharian

MANILA: Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo mempertahankan usaha membanteras rasuah dalam kerajaannya selepas seorang saksi dalam siasatan Senat terhadap dakwaan menerima imbuhan berkata presiden itu menjadi punca dalam masalah rasuah di negara itu.

Dalam satu mesyuarat mingguan Kabinet, Arroyo berkata beliau memperuntukkan tiga juta peso (RM237,000) untuk menentang rasuah sejak beberapa tahun lalu
dan kerajaan beliau meluaskan pemeriksaan gaya hidup pegawai yang disyaki hidup mewah melebihi gaji yang diterima mereka dalam kerajaan.

“Berpuluh pegawai kerajaan dibuang dan didakwa di mahkamah setiap tahun kerana pemeriksaan gaya hidup yang kami jalankan,” katanya.

Dakwaan rasuah dan penipuan undi melanda presiden Arroyo sehingga mencetuskan tiga aduan dakwaan dan sekurang-kurangnya tiga cubaan rampasan kuasa. Skandal terbaru adalah membabitkan dakwaan penerimaan imbuhan dalam rundingan projek telekom kerajaan dengan ZTE China yang turut memperbaharui gesaan peletakan jawatan beliau.

Kelmarin, seorang saksi dalam soal siasat senat berkata Arroyo adalah punca kepada rasuah yang melanda negara itu.


Rodolfo Lozada, bekas pegawai kerajaan sebelum itu membuat pengakuan bahawa kontrak kerajaan biasanya melebihi 22 peratus daripada harga sebenar termasuk imbuhan untuk pegawai kerajaan. - Reuters

No2umnO - Perhatikan !!! TEktiknya serupa dengan apa yang Dollah Badawi gunakan. Kononnya benteras rasuah tetapi ramai yang mendedahkan bahawa punca rasuah adalah pemimpin itu sendiri. Penyakit ini menular ke semua pemimpin di Asean. Waspada jangan terperangkap dengan janji manis pemimpin seperti ini. Tukar kerajaan, kita ubah selera, ubah rasa. Kalau tidak bagus, kita ubah lagi. Budaya kita bukan budaya angguk dan bacul. Takut pada perubahan. Kalau selera makan mahu resepi yang berbeza. Tapi kenapa tidak pada pemilihan kerajaan?

EKONOMI KITA BAIK?

Pemilik kad kredit gagal jelas tunggakan RM21.6b
utusan.com.my
Oleh NIZAM YATIM

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM21.6 bilion sehingga September tahun lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, daripada keseluruhan jumlah itu, sebanyak RM591 juta adalah pinjaman tidak berbayar (NPL).

Menurut Mohd. Shafie, sehingga Disember 2006, sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara.

RAIS TERUS MELUKUT DI TEPI GANTANG

Rais harap PM pilih
utusan

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memilihnya untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac ini.

Menurutnya, kepercayaan daripada bahagian telah dinyatakan dan kini persiapan jentera pilihan raya di tempatnya sudah mencapai tahap terbaik untuk mencapai kemenangan lebih besar kali ini.

‘‘Persiapan tempat saya memuaskan. Jentera di bilik gerakan sedang berusaha sekeras mungkin untuk memastikan kemenangan UMNO di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran buku dan cakera padat (CD) Aku, Dia dan Lagu - Lagu-lagu Nostalgia Lirik Yusnor EF di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini hari ini.

Tambah Rais, realitinya kini, jentera di kawasannya tidak perlu bekerja keras kerana usaha sebenarnya sudah dimulakan sejak empat tahun lepas.

‘‘Cabaran banyak. Isu pun banyak. Tetapi kita tahu rakyat hari ini bijak menilai dengan melihat sekeliling.

‘‘Cukup dengan melalui lebuh raya dari Singapura ke Kuala Lumpur. Semua keselesaan sudah disediakan kerajaan sejak dulu lagi,” ujarnya. (SELESA? ... jalan sesak bila hari raya sampai 12 jam)

Ketika ditanya tentang trend parti Pas yang suka mencemuh UMNO dan menarik orang Melayu untuk mengundi mereka, Rais berkata;

‘‘Pembangkang hari ini kucar-kacir. Tengok sahaja Pas yang suka mencemuh orang Melayu tanpa menyedari mereka juga orang sebenarnya Melayu.” (Kononnya la tu...memujuk pemimpin UMNO untuk calunkan dia .... kena buat perjuangan olok olok).

Petugas PAS DUN Meru dibebas dari tuduhan

tranungkite

Klang 19 Feb - Dua petugas PAS DUN Meru yang ditahan kerana kes mencederakan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang menurunkan bendera PAS, hari ini telah dibebaskan tanpa sebarang tuduhan setelah direman selama empat hari bermula Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada malam Ahad 9 Feb yang lalu, dua buah lori Majlis Perbandaran Klang bersama lebih 10 orang penguatkuasanya telah bertindak menurunkan bendera yang dipasang oleh petugas PAS.

Bendera tersebut dipasang sebagai menyambut kedatangan Presiden PAS sempena program Jelajah Presiden ke negeri Selangor yang diadakan pada 10 Februari 2008 lalu.

Saksi kejadian mengatakan dua atau tiga orang yang tidak dikenali telah bertindak memecahkan cermin lori dan memukul penguatkasa tersebut sebelum petugas PAS datang membantu meleraikan dan meminta penguatkuasa ini meninggalkan tempat tersebut.

Berikutan kejadian itu, polis telah menyiasat dan menahan dua orang petugas PAS, Mohd Azmi dan Mohd Azwan pada hari Jumaat lima hari selepas kejadian. Mohd Azmi yang ketika itu sedang bertugas bilik gerakan PAS DUN Meru telah ditahan secara tiba-tiba, manakala abangnya Mohd Azwan ditahan ketika sedang bekerja di restoran milik bapanya.

Kejadian ini telah banyak menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai. Antaranya, mengapa penguatkuasa MPK sanggup mengadakan operasi hanya untuk merampas bendera PAS pada malam hari, hujung minggu dan cuti Tahun Baru Cina. Sedangkan ia boleh ditangguhkan pada hari biasa sebelah siang sahaja.

Orang ramai yang bersimpati terhadap mangsa juga merasa hairan mengapa tangkapan dibuat selepas lima hari kejadian.

Dewan Pemuda PAS Kapar mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka di atas kesabaran dan kekentalan mereka. Kejadian ini telah sedikit sebanyak memberi suntikan semangat di samping memberi ingatan kepada petugas PAS agar berhati-hati dengan taktik jahat pihak lawan.

No2umnO - Orang lain yang pecahkan tingkap, orang lain yang kena. Adil sangat la tu. Usaha menakut nakutkan penyokong PAS oleh polis. Takbir !!!

BILIK GERAKAN PUN DIRAHSIAKAN?

APA sudah jadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah apabila lokasi bilik gerakan Pilihan Raya Umum Ke-12 pun dirahsiakan daripada umum.

Pelik tetapi benar. Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Ansari Abdullah berkata, pihaknya berbuat demikian kerana tidak mahu bilik gerakan parti disabotaj sebagaimana berlaku sebelum ini.

‘‘Bilik gerakan parti adalah sulit dan tidak perlu diketahui oleh umum. Ia tempat rahsia kami merancang aktiviti dan gerakan pilihan raya,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Ini berikutan kebimbangan PKR Sabah yang ragu ragu dengan tindakan penguatkuasa dan penyokong BN yang kerap kali cuba untuk merosak dan membuat kekacauan terhadap mereka. Namun rahsia itu akan dibongkar selepas hari penamanaan calun nanti.

VIDEO LUCAH IDA NERINA: BUKAN DIA RUPANYA

http://clovetwo.com/archives/2007/10/3/celebstop/Ida%20gadget.jpg

“Malang sekali kini tiba giliran saya dikaitkan dengan video lucah. Sebelum ini, sudah ramai selebriti lain yang menghadapi keadaan sama apabila nama mereka digunakan sebagai pelaris sesebuah video yang disebarkan,” katanya.

Menurut pelakon ini, dia sendiri tertawa apabila diberitahu mengenai video terbabit pada awal Januari lalu.

“Saya ketawa kerana orang dalam video itu bukan saya. Sudah 15 tahun saya terbabit dalam lakonan dan peminat sendiri sudah cukup mengenali diri saya. Mereka cam siapa Ida Nerina.

“Sepanjang pembabitan saya dalam industri seni, saya tidak pernah bersikap hipokrit. Saya berusaha meneruskan hidup dan jauh sekali untuk saya membuat perkara sebegitu,” tegas aktres terbabit. - Berita hairan

No2umnO - Woo bukan dia rupanya. Yang betul setakat ini cuma Soi Lek kot?

GEMBIRANYA MEREKA

guardian.

Supporters of Pakistan's former prime minister Nawaz Sharif celebrate early results in Pakistan's general elections in Lahore

Supporters of Pakistan's former prime minister Nawaz Sharif celebrate early results in Pakistan's general elections. Photograph: Jerry Lampen/Reuters

No2umnO - Bayangkan lah betapa gembira nya rakyat Malaysia apabila rejim Abdullah Badawi ditewaskan pada pilihranay ke 12 nanti. Tapi waspada, pemimpin yang tamak haloba seperti Musharraf akan melakukan apa jua kaedah untuk kembali berkuasa. Apa kedahnya ..... anda pasti boleh menjangkakannya !!!

KHIR TOYO DISARAN BUKA KEDAI 'FACIAL'

Lama dah tak melawat laman blog UMNO REFORM sejak beberapa bulan ini. Hari ini klik dan ini lah hasilnya.

Khir perlu berambus
umno-reform perlu meletakkan muka Khir Toyo kerana Menteri Besar ini bukan Menteri Besar yang mampu membawa agenda rakyat.Khir ini patut buka kedai "facial" saja untuk kita semua rakyat Malaysia menukar muka. Khir sebenarnya banyak melukakan rakyat. Khir adalah Menteri Besar yang paling kurang peka khususnya kepada rakyat miskin. Khir juga menipu dalam negara maju 2005 yang bagi saya slogan itu adalah untuk Khir dan rakan-rakan Maju 2005. Pak Lah harus menamatkan segera perkhidmatan Khir Toyo dan kalau mahu sangat untuk jaga hati dia jadikan dia Menteri jaga Parlimen.

TS Muhd Taib tak perlu ada lagi
Sdra Anuar, bagi saya TS Muhd Taib ini tidak perlu hadir dalam barisan calon Negeri Selangor. Bukan itu sahaja, sepatutnya TS Muhd Taib dari dahulu lagi meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan dan jangan sesekali kita jadikan jawatan Ketua Penerangan UMNO sebagai jawatan simpati. Dahulu sdra pernah membicarakan isu jawatan Ketua Penerangan UMNO selalu sebagai jawatan simpati. Bagi saya sudahlah, dan UMNO perlu bangun dengan lebih kepimpinan baru yang mantap untuk memastikan survival UMNO. Andai tidak maka UMNO bawah Pak Lah terus menjadikan parti ini tidak relevan - Izham

Posting terkini

Blog Archive