KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 29, 2008

KHAIRY LIABILITI UMNO - MUKHRIZ

utusmeloya - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin adalah liabiliti kepada parti.

Beliau mendakwa, itulah persepsi ramai terhadap Khairy dan beliau bersetuju mengenainya.

''Saya kira betul, saya sendiri sebut kepada beliau dalam mesyuarat Exco (Pemuda UMNO Malaysia) bahawa rata-rata kalau kita tanya orang di kedai-kedai kopi lepas pilihan raya hari itu, antara sebab kita kalah ialah faktor Perdana Menteri dan faktor Khairy.

''Ini orang sebut secara terbuka,'' katanya dalam temu ramah yang disiarkan akhbar dalam talian, Agenda Daily.

Mukhriz berkata, beliau bersetuju bahawa Khairy adalah satu liabiliti kepada parti kerana campur tangannya dalam soal-soal penting seperti pemilihan calon-calon untuk bertanding.

''Selama ini pun orang bercakap tetapi kita biarkan. Kadang-kadang persepsi itu lebih penting daripada realiti,'' katanya.

Mukhriz ditanya apakah nasihatnya kepada Khairy dalam menghadapi persepsi itu dan beliau berkata, ia terpulang kepada Khairy termasuk dalam soal sama ada hendak bertanding atau tidak jawatan Ketua Pemuda UMNO.... selanjutnya.

1,000 bas tersadai bukan milik RapidKL

utusmeloya - 'Bas-bas tersebut sebenarnya bukan milik RapidKL. Selama ini kami hanya bertanggungjawab atas mengendalikan pengoperasian bas harian sahaja.

''Kesemua bas RapidKL yang beroperasi atas jalan raya dan juga bas-bas yang dikatakan tersadai itu sebenarnya adalah harta yang dimiliki Prasarana," ujarnya.

Ambil alihBeliau berkata demikian sebagai menjelaskan laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai lebih 1,000 buah bas Intrakota dan Parkmay yang perkhidmatannya kini diambil alih oleh RapidKL, tersadai dan menjadi besi buruk hingga menjejaskan keselesaan orang ramai.... selanjutnya.

SPR: Suruhanjaya Putarbelit raSHIT

matsamankati - [...] Bila aku dikeluarkan dari skuad skodeng Gerakan, aku diberi tanggungjawab untuk memanipulasi daftar pemilih. Termasuk menukar alamat, memindahkan pengundi, dan pengundi hantu. Senang ka nak buat kalau tak ada kerjasama dari SPR? Pejabat SPR Penang kat Komtar tu macam pejabat aku. Keluar masuk bilik Timbalan Pengarah SPR negeri ni, macam Vincent Tan jumpa Mahathir. Tapi bukan free! Satu borang RM50.00, brader!

Orang biasa, kena pergi pejabat Pos nak daftar tapi aku ambil borang direct dari pejabat SPR negeri, lepas isi hantar balik. Setiap tiga bulan, check daftar pemilih. Confirm nama yang dihantar tu ada dalam daftar pemilih, terus bayar cash.

Hangpa ingat aku sorang yang buat ka? Berlambak lagi kaki Umno yang buat macam tu. Kadang-kadang, satu alamat sampai 60-70 orang. Peduli apa? Sapa nak tanya? Janji, aku mesti tau sapa orang aku, dan bila tiba pilihanraya, pastikan mereka ini dibawa ketempat mengundi. Yang selalu kena tukar tempat mengundi ni, orang Umno. Sebab depa ni bodoh. Hantar kemana pun, depa mesti pangkah BN.
... selanjutnya.

Pas join Umno?

matsamankati - Bila aku tulis tentang firasat Pak Nawi tentang kemungkinan Pas join Umno dalam BN, ada yang kata poorah! ada yang tak percaya.

Aku pun tak mau percaya, sebab Pak Nawi bukan ada PhD dalam sains politik macam Chandra Muzaffar. Pak Nawi tak baca buku Machiavelli, tapi aku respect kat Pak Nawi sebab dia baca kitab Tajul Muluk.

Hari ini ada tiga berita yang membuatkan aku seram sejuk. Mula-mula aku baca dalam Malaysiakini. tapi aku tak kisah sangat. Mungkin depa ni lulusan sains politik dari USM, anak murid Dr. Latif Kamaludin. Pensyarah rockers tu memang berfikiran songsang sikit. Jadi kalau anak murid dia berfikiran songsang pun, biasa la.

Lepas tu aku baca pulak tulisan Jeff Ooi. Jeff Ooi ni dulu cukup kamcing dengan Husam Musa. Call dan tanya saja kat Husam, tak kan itu pun tak boleh? Tapi bila Jeff tulis dalam blog dia, itu sudah serius.... selanjutnya.

RapidKL fares to go up

sun2surf - RapidKL fares are expected to go up with the government’s proposal to drop subsidy for the company with immediate effect to save taxpayers' money.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak said a meeting of the cabinet committee on public transportation, which he chaired today, has decided that RapidKL, which is a government-linked company, will not charge a subsidised rate.

This means that it will have to compete on a level playing field with other private companies which had hitherto been unable to compete on fare because they do not enjoy an element of subsidy.

"We will take this move immediately and study how the existence of RapidKL could complement the businesses of other local bus companies," Najib said after chairing the committee meeting in Parliament.

Najib said the committee has considered complaints by bus companies, especially in the (KL) Federal Terrritory, on RapidKL's operation.... selanjutnya.

“Kenapa saya berubah?” Ezam Mohd Nor


klpos - PAGI 28 Mei dalam diari Mohamad Ezam Mohd Nor bermula begini –dalam catatan saya yang tiba ke rumahnya kira-kira jam 11.00 pagi di Seksyen 7 Shah Alam.

Ada deretan kereta diletakkan di tepi pagar rumah banglo dua tingkat itu. Sebaik melangkah masuk dan memberi salam, nampak kelibat ayah Ezam, Pak Cik Mohd Nor, dan ibu Ezam, bonda Aisyah tersenyum.

Selepas bersalaman dan beramah tamah, saya dijemput masuk ke rumah, di ruang tamu itu, sudah siap menunggu, rakan-rakan karib Ezam ketika menerajui Angkatan Muda PKR, Abdul Ghani Harun, S D Johari, saudara Nazmi, Syed, dan Azwandin Hamzah.

Ezam, tidak kelihatan, kata isterinya, Bahirah, beliau masih di bilik menghabiskan bacaan Al Quran -rutin pagi yang diamalkan beliau sejak di penjara Kajang lagi.

Jam 11.30 pagi, Ezam keluar, dengan baju lengan panjang berwarna biru air, seluar slack berjalur halus berwarna kelabu kehitaman, dan kot. ... selanjutnya.

New target of attack on Najib — his wife

malaysiainsider - The Opposition today opened another front in its ongoing attack on Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, this time zooming in on his wife.

In the past, Parti Keadilan Rakyat politicians have attempted to link Najib to the murder of Mongolian model Altantuya Shariibuu and pressured him on several defence deals, including the purchase of submarines.

Today, the focus was on Datin Seri Rosmah Mansor.

Gombak MP Azmin Ali alleged that Malaysian High Commissions and embassies abroad had to incur "unofficial" expenses while taking care of wives of VIPs. For example, he said that the mission in London have to pay taxes, transport and excess baggage charges incurred by Rosmah when she accompanied Najib on a trip last year.... selanjutnya.

Idris, Rosol letak jawatan

idris jusoh 01malaysiakini - [...] Datuk Seri Idris Jusoh telah melepaskan jawatannya sebagai pengerusi perhubungan Umno Terengganu, kira-kira dua bulan selepas hilang jawatan menteri besar Mac lalu.

Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid juga berhasrat melepaskan jawatannya susulan keputusan terbaru Idris, lapor Bernama.

Wakil rakyat Jertih itu berkata, peletakannya telah dimaklumkan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga presiden Umno, di ibu negara hari ini.

"Saya telah memberitahu perdana menteri bahawa saya setuju meletak jawatan sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan beliau (perdana menteri) terima.

"Saya akan hantar surat peletakan jawatan itu esok," katanya kepada agensi berita itu.... selanjutnya.

Pengerusi Gerakan WP Terima Tawaran Pakatan Rakyat Ketuai Pasukan Petugas Khas Mengenai Tanah

bernama - [...] Tan, 61, yang juga bekas timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi, mengikut jejak langkah bekas timbalan setiausaha agung Datuk Lee Kah Choon yang menerima tawaran kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Rakyat bagi mengetuai dua agensi kerajaan negeri -- investPenang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

"Ya, saya telah menerima tawaran untuk menjadi pengerusi bersama bagi pasukan petugas khas enam anggota. Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor yang memberi kepercayaan dan menggunakan pengalaman saya untuk menangani urusan tanah.

"Banyak perkara yang perlu dilakukan dan kami telah diberi masa tiga bulan untuk mengemukakan laporan kepada Kerajaan Selangor berhubung hak milik tanah," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Rabu malam.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari Rabu mengumumkan pembentukan pasukan petugas khas enam anggota yang dipengerusikan bersama oleh Tan dan Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Mohd Yusof.

Tan merupakan timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi daripada 1999 hingga 2004 manakala Mohd Zain adalah ketua setiausaha kementerian berkenaan daripada 1996 hingga 2002.

Ditanya mengapa beliau menerima tawaran berkenaan, Tan berkata : "Seperti yang anda tahu, saya sering kali dilihat sebagai duri dalam daging atau pembuat kacau di dalam parti."... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive