ktemoc | ... I recall that when Bala made that initial Stat Dec, he was challenged on why he had signed the police statement about the Altantuyaa murder but which did not contain details that implicate Najib, yet had since come out with such a earth-shaking revelation about the DPM (in the initial Stat Dec, though admittedly in hearsay fashion).
Bala confessed that he had signed the police statement under duress.
In the Malaysiakini report he said he had give the Najib information to the police when they took his statement but was surprised that all mention of Najib were eventually removed from the police statement. Under duress, he reluctantly signed that statement.
Balasubramaniam explained he was held in the police lock-up twice during the investigation into the murder - the first time for five days, the second, seven days.
He lamented: “If you have experience in the cell, you will definitely sign the statement. I wanted to go out, I have three children.”
Surely all of us can sympathise with that – I wouldn’t dare dream of boasting of being a brave hero, more so for a man like Bala who has responsibility towards a family comprising 3 children.
But then …
Indeed, but then … he subsequently and bravely came up with that Stat Dec damning Najib.
Noticeable at the press conference in the prominent seat was of course Anwar Ibrahim, nemesis of Najib.... selanjutnya.
Jul 6, 2008
The Paradox of Balasubramanian Perumal
Labels: Balasubramaniam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dalam Protes ada Protes
ruzaimiramza | Saya melihat usaha untuk mengadakan protes ini di Stadium Kelana Jaya adalah usaha yang rasional kerana ini merupakan saluran terbaik untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kerajaan sekarang tanpa melibatkan khalayak yang mungkin tidak bersetuju dengan agenda protes kali ini.
Tambahan pula, protes ini berlangsung sepanjang hari, bermula jam 9pagi sehingga lewat malam, jadi sekiranya ianya diadakan di perkarangan KLCC, nampaknya perniagaan dan perjalanan orang ramai akan terganggu selama satu hari suntuk. Berkenaan hal permit, percanggahan pendapat menyaksikan perbincangan mengenai isu ini bergerak dalam arah yang tidak ada titik pertemuan, maka tindakan ‘mengikut’ saranan pihak polis supaya protes ini diadakan dikawasan terkawal seperti stadium adalah tepat.
Apa yang menarik daripada protes ini sehingga artikel ini ditulis, pelbagai ‘acara’ yang tidak dirancang telah berlaku yang boleh mengalihkan pandangan umum daripada tujuan sebenar demonstrasi sihat ini diadakan. Saya merujuk hanya kepada laporan malaysiakini memandangkan umum melihat malaysiakini sebagai sumber yang paling boleh dipercayai.... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Muhasabah Perhimpunan PROTES Hari Ini
tranungkite | ... Ramai menjangkakan perhimpunan protes ni lebih hebat dari perhimpunan BERSIH sebelum ni tapi andaian tersebut meleset kerana Perhimpunan Protes ni begitu HAMBAR SEKALI.....
Aku takut kalo rakyat lepas ni dah x percaya lagi dengan perhimpunan2 yang akan diadakan selepas ini.
Aku terpikir kalo dulu masa Perhimpunan Bersih punyala ramai orang hadir dan berarak ke Istana Negara untuk menyuarakan ketakpuasan hati secara demonstrasi jalanan , tapi Perhimpunan Protes ni lebih kepada pendekatan HAri Keluarga yang mana kebanyakan orang yang datang untuk membeli belah di gerai-gerai yang disediakan, tak jauh beza dengan Program Jom Heboh.
Ramai pendemo yang kecewa dengan situasi ni khususnya yang datang dari jauh sperti Terengganu, Johor dll.
Adakah kita dah dilanda penyakit SINDROM KEMENANGAN HINGGAKAN KITA TAKUT NAK MELAKSANAKAN PERHIMPUNAN AMAN SEPERTI PERHIMPUNAN BERSIH DAHULU????
Adakah program nyanyian,konsert, dan persembahan pentas yang diadakan dalam Perhimpunan PROTES ni dapat menarik minat orang ramai untuk hadir ke perhimpunan ini atau menyebabkan orang ramai lebih meluat nak datang?????... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kenapa saya tak minat pergi demo di stadium?
tranungkite | ...Bukan saya nak bantah perubahan lokasi walaupun saya rasa tempat paling sesuai ialah di tengah kota raya Kuala Lumpur. kalau nak buat demo isu-isu yang menyentuh periuk nasi rakyat, maka ia mestilah menarik perhatian umum dan menjadi bualan masyarakat.
Kalau nak ubah ke dalam stadium, masyarakat tak akan tahu apa yang kita mahu jeritkan. Dan ia pula tak menampakkan keseriusan kita untuk perjuangkan isu harga minyak ini. Memang polis akan kacau demo kita. Bila pula demo pembangkang mendapat restu dan perkenan Menteri Dalam Negeri, semenjak Musa Hitam, Mahathir Mohamad, Dollah badawi dan sekarang syed Hamid Albar?
Maka, peringatan polis bukan penyebab untuk kita berpaling ke belakang. Demo mesti di tempat publik yang boleh menarik perhatian mereka. Biar masyarakat gempar dan polis mengamuk. Apa masalahnya?
Dan kalaupun terpaksa juga dibuat di stadium, maka aturcara program mesti bersesuaian. Jangan tanya saya apa yang bersesuaian itu, tapi tentulah kena boleh menarik perhatian masyarakat umum juga. Stadium mesti sendat dan padat. Pendek cerita mesti boleh menyebabkan esok pagi isu perhimpunan di stadium itu boleh menarik perhatian masyarakat seluruhnya. Isu itu harus dibincangkan di mana-mana dan akhbar harian pula harus menjadikan berita yang utama, biarpun dalam bentuk yang negatif.... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ahli PAS kecewa dengan himpunan PROTES
tranungkite | Perhimpunan PROTES pada hari ini umpama bertukar menjadi Fun Fair apabila tidak mencapai matlamat yang di kehendaki. Ramai orang terutama ahli-ahli PAS sangat kecewa dengan perubahan dan perhimpunan pada kali ini. Apatah lagi mereka datang dari jauh seperti Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.
Suasana awal perhimpunan PROTES hari ini tidak seperti yang dijangkakan. Jalan-jalan raya tidak disekat seperti yang berlaku pada himpunan Bersih sebelum ini. Tidak seperti yang diwar-warkan oleh berita semalam. Semacam polis memberikan lesen tak bertulis untuk perhimpunan pada hari ini.
Ramai ahli PAS terutamanya Pemuda datang dengan semangat berkobar-kobar untuk membantah kenaikan harga minyak . Mereka sanggup bermalam di Masjid dan Stadium untuk menyertai himpunan membantah kenaikan harga minyak pada hari ini. Walaubagaimanapun ramai yang balik awal kerana mungkin tidak merasa selesa dengan program yang sedemikian rupa. Selepas tengahari padang mula kosong dan tempat duduk penonton pun semakin jarang.
Apa yang aku tahu sebelum program persembahan muzik underground ataupun 'gigg' di tiadakan selepas PROTES dan Pemuda PAS bertolak ansur. Sebab ia nyata menjejaskan imej PAS sebagai gerakan Islam. Cuma aku dah berasa agak ganjil bila ada 'set band' kat atas pentas sejak awal pagi tadi. Ternyata muzik 'underground' tetap jugak diadakan. Walaupun pada aku senikata yang dibawa baik tapi muzik nya langsung tidak membawa suara kemarahan rakyat. Apatah lagi suara langsung tak kedengaran. Hanya muzik yang ntah pape..... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Band lucah rosakkan PROTES MINYAK
Kenapalah bodoh sangat .....nasib baik petang, kalau tengahari, mungkin ada penyanyi yang makan microphone atau kena pelangkung dengan batang drum.Penonton 'mengamuk' penyanyi tunjuk punggung
Malaysiakini | Penonton di Stadium Kelana Jaya bertindak membaling botol air ke arah pentas kerana membantah tindakan penyanyi kumpulan Caburator Dung menunjukkan punggung ke arah mereka.
Peristiwa berlaku ketika penyanyi menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat. Selain beberapa kali menunjukkan punggung, penyanyi itu turut menarik-narik seluar dalammnya.
Penonton yang marah dengan tindak tanduk penyanyi tersebut bertindak membaling botol ke arahnya.
Malah, ada penonton yang kelihatan menyerbu ke arah penyanyi tersebut dan terpaksa ditenangkan oleh anggota Skuad AMK.
Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.
Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 7 malam di hujung persembahan mereka.
Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi - sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu - Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.
Seramai kira-kira 2,000 penontoh hadir menyaksikan persembahan mereka.
Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab di atas yang berlaku.
Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.
Hishammuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Protes Minyak ... apa impaknya?
Ucapan tahniah kepada penganjur perhimpunan pada hari ini tapi sebenarnya aku tidak berapa bersetuju dengan perhimpunan berbentuk sebegini, walaupun ianya di lihat lebih selamat kepada peserta dan penganjur tapi impaknya kurang berbanding perhimpunan yang dibuat dilokasi lebih terbuka dengan jerita dan lauangan yang boleh di dengar oleh penonton dan orang ramai. Gua ambil contoh perhimpunan, REFORMASI, BERSIH dan HINDRAF. Risiko memang ada, tapi berbaloi. Jadi ingatan dan kenangan yang kekal abadi.“Jika kerajaan tidak menurunkan harga minyak, kami akan membuat satu lagi protes dan ia bukannya di stadium tetapi di jalanan!” kata seorang wanita yang turut hadir sewaktu perhimpunan itu berlangsung. - voy.fzone
Kedudukan perhimpunan yang diadakan kali ini adalah di ceruk dunia, tidak disedari oleh ramai orang. Kalau bukan kerana bantuan orang ramai dan internet, mungkin orang tak tau. Kalau bukan kerana pakaian merah yang melata di sekitar Kelana Jaya selepas dan ketika perhimpunan , orang mungkin tak sedar perhimpunan sedang di adakan. Malah polis turut memberikan bantuan 'promosi percuma' kerana sekatan jalanraya di sepanjang jalan ke sana.
Namun apa yang membanggakan, rakyat yang datang dari pelbagai arah dengan kenaikan yang beranika menunjukkan semangat rakyat untuk membantah tindakan menaikkan harga minyak secara drastik. Manakala, rakyat berbilang bangsa memenuhi sekitar stadium, Melayu, Cina, India, Mat Salleh, lelaki dan perempuan, dewasa dan kanak kanak turut memeriahkan suasana. Wanita Seksi dan bertudung turut bersama. Kedatangan dengan harapan agar, suara rakyat di dengari pemimpin dan tindakan sewajar di ambil. Bukan jalan jalan cari makan.
Seawal pagi ada ucapan, jam 2.00 ada hiburan dan seterusnya upacara penutup. Ada yang datang seawal pagi, tengahari dan petang. Bertaburan tak tentu masa menyebabkan jumlah pengunjung, tidak menentu. Ada ketika ramai dan ada ketika berkurangan. Sementara menanti aturcara lain, pengunjung mundar mandir tidak tentu arah, bertebaran kesana dan kemari tanpa arah tujuan. Kalau perhimpunan di adakan pada bukan hari Ahad, mungkin kunjungan kurang, penganjur malu bukan kepalang.
Cuma satu saranan yang cukup baik. "Sekiranya kerajaan tidak menurunkan harga minyak, dengan semangat dan t-shirt yang sama kita penuhi jalanraya." Itu lah yang kami harapkan. Biar semua orang tahu, dan biar dunia tahu bahawa rakyat Malaysia sesungguhnya tidak mahu lagi menanti berbulan atau bertahun lamanya untuk kerajaan turunkan harga minyak. Jawapan dari rakyat adalah ...... TURUNKAN MINYAK SEKARANG!!!.
Tapi penganjur mesti ingat .... rakyat mempunyai tanggung jawab mereka masing masing. Tetapkan tarikh dan waktu, kita berarak dan cuma ambil masa 4 jam paling lewat. Bila selesai, semua orang boleh pulang. Pada yang masih mahu berlegar, biarkan mereka dan pada yang mempunyai agenda lain, mereka terus pulang selepas acara.
Tapi untuk menanti satu lagi perhimpunan, bukan esok atau lusa, tapi mungkin hanya mampu di adakan sebulan atau 2 bulan yang akan datang sebab merancang bukan mudah, perlu usaha dan kerjasama. Jangan buang masa untuk menanti sedangkan kepuasannya tiada. Kita protes untuk paksa pemimpin dengar kata rakyat, tapi kalau setakat syok sendiri dan kerajaan tidak rasa terdesak langsung, baik buat EXPO atau FUNFAIR. Tak payah buang masa. Sapa nak pergi, boleh pergi. Sapa yang malas, duduk rumah tunggu berita.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
JAM 4 PTG: 10,000 Banjiri Stadium MBPJ; Lebuhraya Menuju Kelana Jaya Sesak
SK | Kemaskini perkembangan di Stadium MBPJ Kelana Jaya, lebih 10,000 orang berhimpun di padang stadium kecil itu dan kesesakan lalulintas di semua lebuhraya dan laluan menuju Kelana Jaya menunjukkan jumlah tersebut akan berganda menjelang jam 6 petang.
Ketika berita ini ditulis, beberapa pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat tiba di lokasi Protes Sejuta Rakyat. Kehadiran Naib Presiden KeADILan Azmin Ali dan Naib Presiden Pas Mohammad Sabu menjadi tumpuan pada petang tadi, disambut dengan sorakan dari para hadirin.
Keadaan kekal tenang dan meriah tanpa kehadiran Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Penyelaras Protes Tian Chua, yang juga Ketua Penerangan KeADILan berkata Protes Sejuta Rakyat berjalan dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
“Kesemuanya bergerak dengan lancar dan aman dan ini menunjukkan kita boleh menguruskan perhimpunan gergasi sebegini dengan tersusun dan cukup berdisplin,” kata Tian Chua.
Program Protes Sejuta Rakyat pada semalam malam akan menampilkan Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin.
Tian Chua yang juga berada di lokasi protes menambah, para peserta Protes Sejuta Rakyat memberi respon yang sangat baik dan ini menunjukkan bahawa dakwaan perhimpunan aman sebegini boleh mencetuskan huru-hara sudah tidak berkesan.
“Rakyat marah, tetapi rakyat matang. Ugutan pihak berkuasa dan taktik menakut-nakutkan rakyat sudah tidak boleh digunakan lagi, bahkan sepatutnya ia tidak boleh digunakan sama-sekali,” katanya dan beliau optimis sambutan rakyat akan semakin hebat menjelang malam nanti.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
