KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 19, 2008

Ezam kata Anwar taksub kuasa?

Utusan | Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau bersyukur kerana kegagalan itu telah menunjukkan apa yang dikatakannya mengenai Anwar sebelum ini adalah benar.

"Ketaksuban beliau untuk mengejar jawatan dan kuasa adalah sebab kenapa saya tinggalkan parti itu dan Anwar sebelum ini.

"Ini adalah sikap yang jelas dilarang Rasulullah SAW. Saya bersyukur kerana hari ini terbukti saya benar dan sikap Anwar yang melampau itu semakin terserlah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad Ezam diminta mengulas mengenai dolak-dalik Anwar mengenai penubuhan kerajaan pakatan pembangkang yang didakwa akan berlaku pada 16 September.

Rancangan itu bagaimanapun hanya tinggal angan-angan.... selanjutnya.

no2umno - Dey .... mana kotak? Aku lain tak mau tanya. Back to basic. Wakakakkaa. Taksub? ... UMNO macamana?

No justification for arrest of bloggers, Teresa - chedet

Star | There is no justification for the arrest of bloggers Raja Petra Kamarudin and Syed Azidi Syed Abdul Aziz, better known as Kickdefella, and Seputeh MP Teresa Kok, said Tun Dr Mahathir Mohamad.

The former prime minister condemned the use of the Internal Security Act (ISA) against Raja Petra, who is the editor of controversial online news portal Malaysia Today, and Kok, a Selangor executive councillor and Seputeh MP.

Syed Azidi was detained for sedition on Wednesday for posting allegedly seditious statements in his blog.

Dr Mahathir said Kok’s arrest was not justified as there was no security reason at the moment but the Government could arrest her later for such a purpose if necessary.... selanjutnya.

ISA is wrong in Islam - TG Nik Aziz

NST | Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat said yesterday he hoped that Parti Keadilan Rakyat adviser Da-tuk Seri Anwar Ibrahim would not be detained under the Internal Security Act.
"I hope he will not face it as the public has been condemning the use of the ISA. Even a minister was willing to step down to protest it. I hope that in the spirit of Ramadan, this will not happen."

The Pas spiritual leader said this after meeting Terengganu Pas commissioner Datuk Mus-tafa Ali yesterday.

Nik Aziz said the government should consider the wishes of the public, especially with the resignation of de facto law minister Datuk Zaid Ibra-him, who spoke out against recent ISA arrests.

"The ISA does not give the accused a chance to defend himself. This is wrong as in Islam, the accused is allowed to defend himself."
Meanwhile, the meeting yesterday was believed to be an effort to mend fences bet-ween the two over Mustafa's statement criticising Pakatan Rakyat for giving false hope to its supporters on the purported Sept 16 takeover of the government.... selanjutnya.

Anwar a threat only for BN - Guan Eng

NST | GEORGE TOWN: DAP secretary-general Lim Guan Eng said yesterday Malaysians generally did not think that Pakatan Raykat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was a threat to the nation.
He said the people of Permatang Pauh especially liked Anwar and that was why they elected him in the by-election on Aug 26.

"Of course, Anwar is a threat but only to Barisan Nasional and Umno. He is also a threat to the position of the prime minister."

Lim, the Penang chief minister, was asked to comment on Prime Minister Da-tuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's statement that Anwar was creating a negative effect on the government and the economy.... selanjutnya.

Hartal ISA on standby mode

harismibrahim | .... Fahmi, if you are reading this, I must apologise because in the madness that had engulfed us all in the days following immediately after the ISA detentions on 12th September, I overlooked to reply to your e-mail to say that we had not settled on the date of 16th September, let alone whether to go through with Hartal ISA.

And Fahmi went ahead and had his own Hartal on 16th September.

This is what he wrote in his blog on 16th September :

‘Hari ini aku berhartal. Maksudnya dari jam 6 pagi tadi sampai ke 12 tengahmalam nanti, aku ambil bahagian dalam satu tindakan mogok dan general stoppage of work.

Ertinya aku…
…tak keluar bekerja
…tak naik bas
…tak naik LRT
…tak bawa motor
…tak pergi pasar
…tak keluar beli suratkhabar
…tak pergi shopping
…tak beli apa-apa barang
…tak keluar makan
…tak keluar tengok wayang
…tak keluar lepak dengan kawan-kawan
…batalkan semua temujanji aku hari ni
…terpaksa cancel interview dengan media untuk cakap pasal Revolusi ‘48
…tak pergi acara sambutan Hari Malaysia hari ni
…tak pergi candle-light vigil malam nanti
…tak pergi parti housewarming kawan malam nanti

Aku hanya duduk kat rumah”

Please take some time out to read the rest of what Fahmi had to say on his 916 Hartal HERE.... selanjutnya.

Rihat Untuk Mengerjakan Umrah

msomelayu | ....Selama saya di tanah suci nanti saya berdoa semoga negara kita yang dicintai ini dalam keadaan aman damai tidak ada pergolakan dan kejadian yang tidak diingini berlaku. Doa juga kepada para penjenguk setia blog ini yang tidak habis-habis memberi sokongan dan semangat kepada saya untuk terus berblog.

Antara harapan dan doa saya semoga dalam tempoh terdekat ini tidak berlaku perkara-perkara berikut:

1. Perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Abdullah Ahmad Badawi.

2. Tidak ada tangkapan dibuat ke atas Anwar Ibrahim dan juga mana-mana pemimpin politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Wujudnya pedamaian antara dua kumpulan dalam Pas yang berbeza pendapat yang disebabkan perbezaan pandangan dan muslihat politik dalam isu Anwar Ibrahim.

4. Tidak akan ada lagi mana-mana Menteri yang meninggalkan Kabinet Abdullah.

5. Tidak ada lagi mana-mana parti komponen BN meninggalkan pakatan berkenaan.... selanjutnya.

Abdullah pengecut - Tian Chua

suarakeadilan | Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menunjukan ketakutan beliau terhadap ahli-ahli Parlimen berikutan keengganan beliau mengadakan sidang tegempar Parlimen pada 23 September ini seperti yang diminta Ketua Umum, Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenai hal ini, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua menyifatkan Abdullah sebagai penakut untuk berdepan kenyataan dan hanya berani untuk menafikan.

“Abdullah menunjukan sifat penakutnya untuk berdepan kenyataan.kalau Abdullah tidak percaya tentang jumlah Ahli Parlimen yang kami ada, beliau sepatutnya berani adakan sidang tergempar,”kata Tian Chua.

Petang tadi, Ahli Parlimen Sungai Petani, telah mewakili Pakatan Rakyat untuk mengutuskan surat kepada Abdullah Badawi bagi mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dijalankan.

Walaubagaimanapun, dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Abdullah berkata tidak ada keperluan untuk adakan sidang tergempar.

“Saya tidak lihat apa perlunya untuk memanggil sidang khas di Parlimen,”kata Abdullah di Menara Dato Onn petang tadi.

Sebelum itu, Anwar dalam sidang medianya menuntut agar sidang khas diadakan atau beliau akan memilih jalan lain bagi memastikan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat.

“Jika permintaan tersebut ditolak, kami pemimpin Pakatan akan berbincang segera untuk mengambil pilihan lain,” katanya di Ibu Pejabat KeADILan di Petaling Jaya.

Katanya, sekiranya Abdullah tidak percaya dengan jumlah Ahli Parlimen, beliau mencabar Perdana Menteri diadakan sidang tergempar dan menurutnya lagi, majoriti ahli Parlimen sudah bersama Pakatan Rakyat

“Kamu lihat dalam sidang Parlimen nanti jika tidak percaya,” katanya.

Sepatutnya tukar Najib jadi PM dan Abdullah jadi TPM - Husam

harakahdaily | "Kalau mahu buat pertukaran sepatutnya, Najib Tun Razak jadi Pendana Menteri (PM), manakala Abdullah Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM)."

Begitu menurut kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, sewaktu diminta mengulas pertukaran portfolio jawatan antara PM dan juga TPM.

"Kalau Pak Lah mahu melambatkan kejatuhannya dengan pertukaran tersebut ianya tidak berkesan.

"Kalau mahu juga buat pertukaran, saya cadangkan supaya Pak Lah jadi TPM manakala Najib menjadi PM," katanya.

Sementara itu sewaktu mengulas penangkapan blogger Kickdefalla, Husam berkata, kerajaan pusat sekarang terdesak mengunakan pelbagai akta untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Kalau dah lemah mengaku sahaja lemah, jangan mengunakan kuasa kuku besi untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Lalat dan langau pun disangkakan gajah, ini menunjukkan kerajaan sekarang bergitu lemah," ujarnya.

Kickdefella, atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Aziz, ditahan di rumahnya di Kampung Demit Kubang Kerian pada pukul lima petang semalam di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Sep 18, 2008

Muhyiddin Beri Penjelasan Pada MT Hari Ini

bernama | Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi penjelasan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno berhubung kenyataan beliau mengenai pelan peralihan kuasa yang dikatakan agak lama.

Mesyuarat MT Umno, yang dipengerusikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menerima penjelasan Muhyiddin itu.

"Saya ambil kesempatan (dalam MT Umno hari ini) untuk memberitahu tentang kenyataan saya di Singapura dan kenyataan saya tentang parti sejak dulu. Saya jelaskan dan nampak tidak ada apa-apa perbahasan kerana saya jelaskan kenyataan ini adalah dengan niat baik untuk perbetulkan parti," kata Muhyiddin semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat MT Umno di sini.

"Nampaknya Alhamdulillah... Presiden menerima dan tidak ada rakan-rakan saya yang mengkritik (penjelasan) biarpun sebelum ini ada yang kata macam-macam hal. Saya rasa syukur," katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata saranan beliau sebelum ini yang meminta Abdullah untuk menyegerakan proses peralihan kuasa adalah bagi memulihkan parti untuk persiapan pilihan raya akan datang dan mempertahankan kedudukan BN.

"Walaupun saya tegur kepimpinan Presiden, bukan ada tujuan atau muslihat (tertentu) kerana semua ini adalah untuk pastikan supaya Umno khususnya BN terus dipercayai," katanya.

Mengenai proses peralihan kuasa di antara Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata beliau menyerahkan kepada Abdullah dan Najib untuk menentukan bilakah ia akan dilaksanakan.

"Tidak ada tarikh khusus, cuma kita beritahu tadi perasaan dan pandangan ahli parti yang di bawah yang mahu proses peralihan dibuat secepat mungkin. Kita beri ruang pada Presiden untuk berbincang dengan Najib," katanya.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive