KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 12, 2008

Zaid patut kena tindakan tegas

bharian | Beberapa pemimpin Umno semalam mempertikaikan tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menulis surat terbuka dan menemui beberapa Ahli Parlimen pembangkang bagi membincangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan mahu tindakan sewajarnya diambil.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sebagai ahli Umno, Zaid tidak sepatutnya melakukan perkara yang bertentangan dengan etika parti.

“Kita akan tunggu jawapan kepada surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya oleh Ibu Pejabat Umno. Parti memutuskan bentuk tindakan selepas itu,” katanya ketika dihubungi semalam.... selanjutnya.

Valuecap labur firma berpotensi

KERAJAAN memberi jaminan langkah menyediakan dana tambahan RM5 bilion bagi menggandakan aset Valuecap Sdn Bhd kepada RM10.3 bilion yang diumumkan baru-baru ini tidak membabitkan sebarang risiko.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata jaminan 100 peratus itu diberi oleh kerajaan ketika memutuskan untuk menyediakan dana tambahan berkenaan kepada Valuecap.

Malah, kerajaan pasti syarikat berkenaan tidak akan menggunakan dana tambahan itu untuk membayar pinjaman sedia yang dijadualkan berakhir pada Februari tahun depan.... selanjutnya bharian.

Bersih pertikai pelantikan Pengerusi baru SPR



suarakeadilan | Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mempersoal kelayakan bakal Pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Mohd Yusof.

Perkara itu disuarakan oleh wakil Bersih Teresa Kok ketika ditemui petang tadi.

Menurut Teresa yang juga merupakan Ahli Parlimen Seputeh, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang tidak mempunyai pengalamanan dalam bidang piliharan raya tidak sepatutnya dilantik... selanjutnya.

CPO: Protesters abused sanctity of Negaraku

Sun2surf | ... He refuted claims that police were disrespectful to the national anthem when they moved in on participants of a candlelight vigil as the group was singing the Negaraku opposite the PJ Civic Centre.

He instead accused the protesters of abusing the sanctity of the Negaraku for making use of it to evade action.

"The members of the group sang the Negaraku about three or four times, each time police told them to disperse at the Jalan Timur field and at each place, they regrouped. They were using it to keep us at bay but we had acted within the law. How can I disrespect the Negaraku?

"I am an officer of the Royal Malaysian Police Force and I will be among the first to give honour to the national anthem. But in the best interest of security and order and to keep it in place, the police are empowered to evaluate the situation and act accordingly," said Khalid.

He explained that he did not hear the anthem being sung when his men moved in to disperse the crowd which had violated the law by taking part in an illegal assembly.... selanjutnya.

see harismibrahim comment here

RM5b injection not to repay Valuecap's debts, says Nor Mohammed

Sun2usrf | The RM5 billion to be injected into Valuecap Sdn Bhd by the Employees Provident Fund (EPF) will not be used to repay its RM5.1 billion debt due in February, Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcop said.

Winding-up Budget 2009 at the committee stage, he said ValueCap's main shareholders - Khazanah Nasional Bhd, Permodalan Nasional Bhd (PNB) and Pensions Trust Fund Council (KWAP) - have agreed to refinance the loan.

"So far, ValueCap had been able to pay off all its loan interests within the stipulated duration and at the same time, it had also been capable of paying dividends to its shareholders,” he told the Dewan Rakyat today.

Khairy Jamaludin (BN-Rembau) had raised the issue in his debate while Tony Pua (PJ-Utara) had said according to documents from the Securities Commission, ValueCap had issued bonds on Feb 28, 2003, which would mature three years from the date of issuance and can be extended for another three years, as allowed in the terms of the bond in 2006.... selanjutnya.

Edar Tiket Nombor Ekor Untuk Banteras Politik Wang

http://buletinonline.net/images/berita14/hapuspolitikwangdgnjudi1.gifbuletinonline | Seorang pemimpin UMNO yang dianggap ‘cerdik’ dan ‘profesional’ mengaku mengedarkan tiket judi ‘nombor ekor’ sebagai ganti ‘rasuah politik wang’ semasa bertanding merebut jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian Temerloh baru-baru ini.

Timbalan Ketua UMNO cawangan Kg Gantok, Ir Che Wan Shamsiruddin Wan Shamsudin telah mengedarkan 1000 keping tiket nombor ekor kepada semua perwakilan dan pemerhati, bernombor 0440.

Menurutnya nombor senarai pencalonan beliau adalah 44, oleh yang demikian, dengan harapan perwakilan ingat nombor itu dan memberikan undi kepadanya.

Katanya beliau melakukan semua itu kerana berusaha untuk membanteras semasa pemilihan UMNO di dewan Tun Razak, dekat sini.

“Apa yang saya lakukan atas factor kebanyakkan calon yang bertanding memberi duit kepada perwakilan untuk memenangi pertandingan,”katanya yang dipetik Sinar Harian Edisi Pahang.... selanjutnya.

Kelantan kekal rekod tanpa rasuah selama 18 tahun

harakah | ....Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu tiada laporan salah laku atau kegiatan rasuah �di kalangan kakitangan pentadbiran awam sejak 1990 sehingga sekarang.

"Setiapkali mesyuarat Exco bersidang lebih 100 surat dari pelbagai jabatan diangkat ke mesyuarat itu.

"Malah kadang-kadang melebihi 200 kertas berhubung permohonan rakyat dibincangkan," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri 2008 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Menurutnya perkembangan itu membuktikan kakitangan kerajaan negeri tekun melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam.

"Bagaimanapun saya tak boleh la nak kata puas hati, itu terpulang kepada ketua-ketua jabatan mereka," ujarnya.... selanjutnya.

'Sajak Kematian' tidak sesuai di sekolah

utusan | Kementerian Pelajaran tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah kerana ia tidak sesuai dengan tahap umur murid-murid yang terlalu muda.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya telah mengarahkan pegawai-pegawai kementerian agar membuat siasatan tentang klip video tersebut.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat.

"Saya secara peribadi tidak setuju tetapi sebenarnya penolakan (klip video) itu datang daripada ibu bapa sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini. ... selanjutnya.

Akses komputer riba Raja Petra dipadam

utusan | Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa capaian atau akses ke laman web Malaysia Today dengan menggunakan komputer riba jenis Asus milik Raja Petra Raja Kamarudin bagi tarikh antara 11 April dan 26 April lalu telah dipadamkan.

Asisten Supritendan (ASP) Wa’ie Isqal Kria Abdullah, 38, dari Bahagian Forensik Komputer, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial berpendapat, program dipanggil clean it telah digunakan untuk tujuan tersebut kerana tiada sebarang data dijumpai di dalam unallocated cluster atau tempat fail-fail yang telah dipadam disimpan.

Beliau yang bertanggungjawab membuat analisis ke atas komputer riba dan unit pemerosesan sepusat (CPU) milik Raja Petra, memberi keterangan sebagai saksi pendakwa ketujuh.

‘‘Tiada capaian dilakukan pada 11 April hingga 26 April 2008. Saya berpendapat data telah dipadamkan oleh pengguna komputer riba dengan menggunakan program yang dipanggil clean it. Program itu digunakan untuk memadamkan semua fail sementara dalam komputer riba tersebut.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive