detikdaily | ...Nurul Izzah yang menyertai politik selepas Anwar dipecat dan dihadapkan ke mahkamah juga menolak andaian bahawa pihak pembangkang bertindak dengan "terlalu gopoh" dalam mencapai sasaran berkenaan.
"Kami sering dikritik kerana bergerak terlalu lambat... memang ramai yang mahu tarikh 16 September dilaksanakan dengan cepat.
"Kami mahu mengikut cara berhemah dan menghormati Perdana Menteri, dan mahu beliau mengadakan perbincangan dengan pembangkang," kata beliau kepada mStar Online dalam pertemuan baru-baru ini.
Nurul Izzah yang bertanding kali pertama dalam pilihan raya Mac lalu dan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, secara peribadi beliau yakin peralihan kuasa akan tetap berlaku.... selanjutnya.
Oct 20, 2008
Optimis Pakatan bentuk kerajaan pusat, penyokong pula mahu cepat
Labels: Nurul Izzah
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Mar 6, 2008
Hello ... I am Nurul Izzah
Nurul Izzah gets celebrity greeting
malaysiakini
With just five minutes to go before her arrival at a scheduled ceramah last night, a sparse crowd of not even 100 had assembled in an empty lot at Kondo Rakyat.
Young boys on bicycles weaved through the clusters of neighbours. Well-heeled couples from trendy nearby developments parked their SUVs and leisurely followed the trail of bunting to the illuminated stage. Anwar Ibrahim’s voice bellowed from the speaker system but casual conversation comfortably rose above it.
Leaning against parked cars and resting on staircase steps overlooking the parking lot, the crowd looked weary after long days at the office, home and school.
But the roar of honking horns and a deluge of flag-bearing motorcycles pulled people from the terraces of their homes and out of their fatigue to greet Nurul Izzah Anwar.
As she descended from her campaign van, dozens of outstretched hands tried to capture her on mobile phones and handheld cameras or, better yet, shake her hand as she passed by. Women of all ages and backgrounds seemed suddenly endowed with the boldness to push their way to her side.
Her presence seemed to magnetize the crowd and by the time she took the stage, it had multiplied from barely 100 to upwards of 250.
Instead of a novice politician soliciting support for her race against a tried and true incumbent, Nurul Izzah looked like a celebrity graciously basking in a red carpet glow.
But when she addressed the congregation of voters, the 27-year-old PKR candidate battling Umno’s Shahrizat Abdul Jalil for the Lembah Pantai seat assumed an air befitting a public servant.
At first, she delivered her remarks in a slow and even tempo. She announced to the residents of the lower-income area that, if voted into office, she would provide them with a housing allowance and raise the pay of hard-working police officers and government servants. She beseeched young people to stand up for their rights and vote for the opposition.
Intelligent arguments
Soon, however, the fiery tone characteristic of her father emerged.
"Why is it that the government still spends billions of ringgit on projects that don’t benefit us? Why is this not brought up to Parliament?," she demanded. "This is what happens when 90 percent of its members are from one party.
"I have no problems with bringing issues to Parliament as I am not afraid of the BN government," she said.
Recognizing widespread concerns regarding crime and safety, she indicated that the community would be better off if police officers were dispatched to protect the residents and not sent to follow her on the campaign trail.
In response to her stream of alternating attacks and assurances, the multi-racial crowd nodded and cheered in agreement. Although she had come to speak with the residents of the lower-income flats in Kondo Rakyat, word of her visit had clearly inspired wealthier neighbours to make the trip downhill.
Older observers expressed surprise that such a young and outwardly innocuous woman could level such intelligent and defiant arguments at the government. Younger onlookers fawned over the winsome candidate, wanting to touch the glamorous aura about her.
Despite her age, Nurul Izzah promised the voters that she was prepared to take on BN stalwarts. The same spirit that enabled her to defend her father would help her fight for the interests of Lembah Pantai, she said.
Labels: Nurul Izzah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 4, 2008
Puteri Anwar di Lembah Pantai
SEBAHAGIAN daripada koleksi gambar calon PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkempen. Beliau menentang penyandang kerusi Parlimen tersebut selama tiga penggal Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Gambar dari berbagai sumber
Foto-foto yang sempat wartawan KLpos.com ambil pada ceramah Nurul Izzah malam tadi (3 Mac) di Taman Sri Sentosa Jalan Klang Lama. Salah satu kawasan dalam parlimen P121 Lembah Pantai. Pada masa yang sama juga Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sedang berkempen untuk calon BN Lembah Pantai di Kerinchi. Khabarnya hujan lebat iringi kempen BN di Kerinchi. Versi video juga boleh ditonton di youtube.klpos.com
Labels: Nurul Izzah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 25, 2008
3 penjuru di Lembah Pantai
Kemunculan Periasamy, seorang ahli perniagaan, 15 minit sebelum pencalonan ditutup mengejutkan banyak pihak yang menjangka hanya berlaku pertandingan dua penjuru di kerusi berkenaan iaitu antara Shahrizat dan Nurul Izzah.
No2umnO - Parti Bebas. Satu parti penyelemat kepada satu parti lain. Siapa yang pasang BEBAS bertanding di Lembah Pantai. Ada yang gusar dan bimbang kot. Lihatlah imej. Sedihnya aku. Bila nak bersara ... jagalah anak dan cucu. Bawa bertaubat.
Labels: Nurul Izzah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nurul IZZAH Di Lembah Pantai
mymjo.blogspot.com

Nurul Izzah Datok Seri Anuar Ibrahim calon Parlimen Lembah Pantai pilihan raya pada 8 March 2008 mewakili KEADILAN melawan calon Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Sharizat dan calon bebas Periasamy A/L Nagartham.

Datok' Seri Anuar Ibrahim tenang bersama penyokong Keadilan menanti pengesahan pencalonan anak sulungnya Nurul Izzahdiluar Kompleks Sukan Bangsar

Gaya tersendiri daripada penyokong Keadilan sebaik sahaja pengumuman dari urusetia SPR pengesahan calon Nurul Izzah di Lembah Pantai.
Labels: Nurul Izzah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 19, 2008
"Kepada Nurul Izzah: Kalau masuk, biarlah menang"
klpos.com
KES Nurul Izzah Anwar hendak bertanding ini istimewa sikit, terutamanya bagi generasi muda yang menganggap Izzah adalah ikon, simbol perlawanan, seorang anak yang bangun menentang kekuasaan/daulah untuk keadilan bagi 'papa'nya, dan sekaligus bangsa dan negaranya. Selain itu, secara peribadi, saya menggangap Izzah (dipanggil begitu) seorang kawan. Seorang kawan yang baik. Kerana ini bila ada khabar Izzah hendak bertanding, saya cukup minat hendak tahu di mana?
Pemilihan tempat yang sesuai untuk beliau bertanding bukan soal kecil, sebagai ikon generasinya, yang membawa gelar Puteri Reformasi, Izzah membawa beban berat di bahunya, tambahan pula, dia anak sulung Anwar Ibrahim maka beban yang berat terasa bertambah berat.
Dalam congak saya, seorang kawan, kalau Izzah mahu bertanding, biarlah dia bertanding di kawasan yang selamat, erti selamat itu barangkali peluang menang 60 peratus ke atas. Misalnya Kota Bharu, atau kawasan yang 50-50 seperti DUN Hulu Kelang.
Ini penting supaya beliau boleh membawa suara generasi muda ke Dewan Rakyat. Beliau berkarisma, ada gaya, mana-mana parti yang mempunyai ahli Parlimen seperti Izzah, imej parti tersebut akan naik.
Sebab itu, bila timbul isu Izzah mahu diturunkan lawan Shahrizat di Lembah Pantai, ramai yang terkejut. Bukan terkejut gembira, tapi terkejut sedih, "Apa gilanya PKR ini, sudahlah tiada calon, calon utama yang ada hendak diturunkan lawan gergasi?" kata seorang lagi kawan masa minum teh di restoran Mydin Bangsar petang semalam.
Bayangkan calon muda paling berpotensi PKR, yang baru pertama kali bertanding atau istilahnya 'dara' lagi, mahu diturunkan berlawan dengan calon Wanita Umno paling popular. Kata orang, saham Shahrizat kini lebih tinggi dari bossnya Rafidah Aziz sendiri.
Selain itu, Shahrizat juga terkenal kerana jaga kawasan. Beliau antara ahli Parlimen yang cukup kerap selalu turun padang. Jadi soalnya, mengapa Izzah 'dipaksa' bertanding di tempat yang beliau hampir pasti kalah?
Mungkin pada sesetengah orang, Izzah adalah calon yang sesuai bertembung dengan Shahrizat, dari segi populariti Izzah memanglah sesuai, boleh diusung ke sana ke mari masa berkempen, ramai yang mahu bergambar, jentera pun semangat hendak bekerja, tapi soalnya dalam politik yang penting bukan proses tapi hasilnya.
13 hari masa berkempen, seronoklah, tapi bayangkan selepas keputusan diumumkan. Esoknya di dada akhbar,tajuk besarnya, "Nurul Izzah Anwar kalah" atau "Pengundi tolak anak Anwar Ibrahim" atau "Tiada tempat untuk Nurul Izzah Anwar"
Yang kalah hari itu, bukan Nurul Izzah sahaja, tetapi Anwar Ibrahim dan PKR juga.
Dan pada Nurul Izzah sendiri, bayangkan senario itu, bayangkan seorang pemimpin muda, memulakan rekod politiknya dengan kekalahan. Dan alangkah lebih malang jika majoritinya pula besar. Saya sebagai seorang kawan enggan membayangkan yang buruk-buruk seperti itu.
Sebab itu, pada saya, PKR jika mahu menurunkan Izzah dalam pilihanraya kali ini, carilah kawasan yang 'jernih' supaya suara anak muda yang progresif dapat berkumandang di Dewan rakyat atau DUN.
Tidak adil, pada Izzah, dan pada generasi muda, jika beliau diturunkan bertanding di kawasan 'kelabu' atau 'hitam' yang hanya sekadar untuk menguji sokongan rakyat.
Kerana itu, bila saya membawa tajuk rencana 'guru' saya, Mohd Sayuti Omar, yang mahu Izzah diturunkan bertanding menentang Khairy Jamaluddin, saya kurang setuju.
Secara teorinya baik, tapi lebih baik jika dicarikan kawasan 'jernih' untuk memastikan nama Izzah tidak hanya disebut 13 hari ketika berkempen sahaja, tetapi kekal dalam ingatan rakyat Malaysia untuk empat tahun seterusnya.
Apapun, ini hanyalah pandangan seorang kawan, tentulah congak panglima perang seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali lebih tajam dan tepat dan kepada Nurul Izzah, selamat maju jaya.
No2umnO -
Eeee .... mudanya
Eeee .... Macam muda
Labels: Nurul Izzah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
