KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 25, 2008

Protes KLCC esok akan diteruskan

KeADILan

KUALA LUMPUR, 24 Jan- Ahli Jawatankuasa Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) , Tian Chua berkata perhimpunan membantah kenaikan harga minyak tetap akan mengadakan perhimpunan di KLCC esok (25 Januari) pada jam 3 petang walaupun mendapat kecaman oleh pihak polis.

Tian yang juga Ketua Penerangan KeADILan berkata, adalah perkara biasa sebarang protes atau perhimpunan yang dianjurkan akan mendapat ancaman atau bantahan dari pihak polis.

“Ini adalah perhimpunan aman, kami akan teruskan juga perhimpunan esok,” katanya ketika ditemui Suara Keadilan di pejabatnya di Brickfields.

Pada 22 Januari lalu, dalam Sidang Media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Penyelaras Protes Dr Hatta Ramli berkata pihaknya tidak akan memohon sebarang permit untuk mengadakan perhimpunan di KLCC, 25 Januari ini.

Sebaliknya, Dr Hatta berkata pihak Protes hanya akan memaklumkan mengenai perhimpunan berkenaan kepada pihak polis.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman, 24 Januari lalu, Ketua Polis Negara telah menerima faks daripada Protes untuk memaklumkan mengenai perhimpunan berkenaan. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive