KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 2, 2008

Orang Jepun vs Orang Melayu

Orang Melayu budaya nya tinggi ... Pooraaahhh !!!
Nipu aje korang. Mampus aku tak caya.

AKu baca banyak kali ...

Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda mengumumkan meletakkan jawatan serta-merta malam ini, selepas menghadapi jalan buntu berdepan krisis politik dan perbalahan dengan pembangkang.- Umeloya
Melayu berbudi bahasa atau Melayu gila kuasa?

Sidang Akhbar

Anwar Ibrahim akan mengadakan Sidang Akhbar di Ibu Pejabat Keadilan.

Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat
A-1-09, Merchant Square,
Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya .

Jam : 11.00 pagi – semua genre media di jemput datang.
dipetik: tukartiub

Tajol tak mahu komen

"Tak payah komenlah" ... itu kata Tajol Rosli bila wartawan bertanyakan tentang hasratnya untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pada tempoh 31 Ogos. Berita lanjut ....

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar bawah) yang turut dihubungi berkata, beliau juga menunggu perkara itu berlaku, namun ia ternyata tidak menjadi kenyataan.

“Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak masih mempunyai 31 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) pada 31 Ogos. Tiada perubahan... tiada yang melompat (parti),” katanya.

Mohammad Nizar berkata, beliau ada bertemu dengan Tajol ketika upacara perbarisan Hari Merdeka peringkat negeri di Ipoh semalam, namun katanya mereka sekadar bersalam dan bertanya khabar.

“Saya jumpa beliau... saya tunggu juga kalau-kalau ada pengumuman yang beliau hendak lakukan tapi tak ada pula.

“Saya bersalaman... bertanya khabar dan ucapkan Selamat Hari Merdeka dan selamat berpuasa kepada beliau. Tiada pula tanda-tanda yang beliau akan menggulingkan kerajaan,” katanya.

Ketika ditanya kemungkinan Tajol mempunyai tarikh lain selepas ini untuk mengambil alih kerajaan pimpinannya, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

“Itu kenalah tanya dia. Saya tidak tahu kenapa ia tidak berlaku (ambil alih kerajaan)...ada perkara-perkara yang tidak tercapai.

“Namun, apa yang penting matlamat kerajaan Pakatan Rakyat pada hari merdeka adalah memerdekakan negeri Perak dari kejahilan dan semangat perkauman,”
katanya. - MStar

Posting terkini

Blog Archive