KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 22, 2008

Beranikah Arif Berdebat?

Setelah Shabery Cheek kecundang dengan hina nya pada Debat Harga minyak naik yang di adakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, ada pulak yang mencadangkan agar Arif dibuihkan mulutnya untuk berdepan dengan Anwar dalam acara debat di Permatang Pauh. Rujuk di SINI.

Susah aku nak bagi pendapat. Cuma setakat ramalan.

UMNO dan ARIF takkan berani !!!

Polis tahan ahli PAS walaupun ada permit ceramah

harakah daily |

Suasana di Permatang Pauh semalam menjadi panas seketika apabila seorang ahli PAS, Asri Zakaria dari Kampung Tok Kando di tahan polis kerana membenarkan rumahnya diguna untuk ceramah kempen Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beliau ditahan polis berpakaian biasa pada pukul 4.00 petang lagi untuk menggerunkan keluarganya agar tidak memberi ruang dan menyokong Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) pada pilihanraya kecil.

Menurut Ketua Jentera Daerah Mengundi Permatang Tengah, Idris Husin, motif tangkapan belum pasti kerana beliau belum dibenarkan bertemu peguam, Lim Boo Chang sehingga tengah malam semalam.

Hari ini, Lim dijangka bertemu pegawai polis di Bandar Perda untuk berbincang perkara ini setelah sebahagian jentera Daerah Mengundi yang ditugaskan mengesan di mana beliau di tahan lokap dipermainkan oleh polis di Seberang Perai dan Butterworth.

"Kita dah dapat kesan di mana dia sekarang ini. Kita hairan kenapa dia di tahan kerana ceramah itu ada permit. " ujarnya kesal... selanjutnya.

Kenapa mereka di tahan?



Aku cuba mencari alasan kenapa Naib Ketua AMK DUN Batu, Mohd Noor Kamil Abd Samad di tahan oleh polis . Dia yang datang berikutan gambarnya yang di paparkan di dalam akhbar terus berkunjung ke balai polis Sentul dengan penuh keyakinan kerana beranggapan dia berada di pihak yang benar. Malangnya, beliau telah di tahan pada hari tersebut sehingga hari ini. Rujuk SINI

Menurut Pemberita asing yang terlibat di dalam pergaduhan antara sekumpulan manusia yang hadir pada hari penamaan calun itu, memberitahu bahawa pemimpin PKR dari DUN Batu yang ditahan itu adalah orang yang cuba menyelamatkan beliau. Rujuk berita SINI. Namun, menurut polis pula, mereka itu di tangkap berdasarkan imej dan video yang diambil.

Hari ini aku di beritahu seorang pemimpin AMK turut di tahan polis ketika memasang banner di Permatang Pauh.

Saravanan, adalah seorang pemimpin AMK, Seksyen 7, Shah Alam yang terkenal dengan kerja keras dan bertanggung jawab. Menurut sumber yang diperolehi, Polis telah kaitkan beliau dengan kes yang berlaku di Shah Alam dan dengan itu beliau telah di tahan. Sehingga hari ini, dia masih di bawah kawalan polis dan pagi ini di beritahu bahawa beliau sudah dibawa pulang ke Shah Alam untuk di tahan di sini.

Saravanan di beritakan telah berada di sana sejak hari penamaan calun lagi dan di jadualkan akan hanya kembali selepas Pilihanraya. Tugas beliau adalah membantu jentera Pakatan Rakyat Permatang Pauh untuk berkempen dan memasang sepanduk.

Merujuk kepada dua kes yang serupa ini, kelihatan bahawa penahanan ketua jentera jentera PKR yang dihantar oleh kepimpinan masing masing telah di rancang sejak awal. Mereka mereka yang sudah di kenal pasti itu mampu melicinkan proses berkempen Pakatan Rakyat dan menahan mereka di anggap boleh menggagalkan usaha tersebut.

Menurut khabar yang diterima lagi, mereka mereka yang di tahan akan hanya di lepaskan setelah selesai hari mengundi yang dijadualkan pada hari Selasa, 26/8/2008 nanti.

TERKINI
Saravanan telah di bebaskan dengan Jaminan Petang tadi. Beliau telah di sabitkan dengan kes Pergaduhan pada tahun 2005 dahulu. Persaoalannya, beliau di tahan di Permatang Pauh, di lepaskan di Shah Alam. Apa tujuannya?

Dr. Tan Kee Kwang pula sertai Pakatan Rakyat

kedahlanie |

Seorang lagi pemimpin Parti Gerakan Rakyat (Gerakan-BN), Dr. Tan Kee Kwang merupakan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan kini menyertai kempen pilihanraya menyokong perjuangan DSAI terhadap ekonomi negera.

Beliau yang kini berada di Pulau Pinang secara terbuka menyifatkan DSAI sepatutnya meneraju negara dan meminta rakyat memberikan sokongan padu kepada Anwar.

Berikutan itu beliau telah digantung keahliannya, bersedia menerima keputusan pecat oleh Barisan Nasional.

Sebelum itu, pimpinan tertinggi parti itu juag, Dato' Dr. Toh Kin Woon juga menyatakan sokongan terbuka beliau secara sendiri dan melepaskan jawatan tersebut kelmarin.... selanjutnya.

GOOD REASONS FOR NOT VOTING ARIF SHAH!

margeemar |

[...] The big question here is if Arif still continued to pursue this bogus Phd. up till April 21, when did he stop then? Did he decide to stop because of the heat coming from Bloggers? First and foremost, how can someone with just a Diploma go on and pursue a Phd. The so-called International Distance Learning Centre of Edision University of Technology is a mailbox office:
International Distance Learning Centre: 2nd Floor, 145-157, St. John Street, London EC1V, 4PY, UK. Tel:0845-8790040

If you do a google search on the above address, you will find hundreds of company using the similar mailbox address.
This clearly proves that it is a Bogus University.
Edision University of Technology is accredited by WORLD ASSOCIATION OF UNIVERSITIES AND COLLEGES (WAUC). The WAUC is global accreditation association founded to establish and promote global standards in higher education among colleges and universities worldwide."... selanjutnya.

RM1,000 untuk jadi hantu

Menariknya tentang pilihanraya Permatang pauh, rakyat dah tak hairan dengan UMNO. Baik apa pun yang di tawarkan .... ambil tapi undi lain.

Bila hati dah tak suka, segala tawaran bukan setakat diambil, malah mereka yang menerima wang sogokan itu sanggup untuk menjual info kepada pihak Pakatan Rakyat untuk di jadikan modal pendedahan dan pembongkaran. Baca cerita berikut .....

Sumber yang merupakan seorang kakitangan yang bertugas di sebuah kementerian di Putrajaya memberitahu Suara Keadilan, komplot undi hantu ini di percayai di dalangi oleh Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Adnan Mansor atau dahulunya di kenali sebagai Adinan a/l Manzoor sebelum beliau menukar nama dalam tahun 70an.

Menurut kakitangan tersebut tawaran itu di buat terutamanya kepada kakitangan berjawatan rendah seperti pemandu, kerani, pembantu tadbir dan sebagainya.

“Mereka ditawarkan RM1,000 seorang dan diminta memandu kereta sendiri ke Permatang Pauh,” kata sumber. - Suarakeadilan
Aku nak bagi nasihat ..... UMNO kena hentikan usaha beli beli orang ni. Buang masa dan buang duit. Baik korang derma pada anak miskin. Sekurang kurangnya dapat pahala dan boleh jadi bukti korang tu baik baik orangnya.

Raja Petra bertindak lagi

Hari ini polis sibuk geledah rumah Raja Petra untuk cari 'entah apa apa'. Yang dapat di bawa pulang adalah Laptop dan Scanner. Bukan hendak di jadikan bukti tapi sekadar ada. Kalau boss tanya, "Apa yang kau dapat?", sekurang kurangnya jawapan yang boleh di berikan adalah, "Kami bawa pulang computer riba dan scanner." Soalan seterusnya .... korang fikir sendiri.

Yang menarik, selepas penggeledahan itu dibuat...Raja Petra keluarkan artikel baru berkaitan tentang Kes liwat Anwar 1998 . Keratannya adalah seperti berikut,

Datuk K.S. Nallakaruppan and Dato’ Muhammad Shafee Abdullah were behind the conspiracy to frame Dato’ Seri Anwar Ibrahim on sodomy charges back in 1998. This was confirmed by Nalla’s driver, Thagarajoo a/l Thangavelu, in a Statutory Declaration signed on 21 August 2008.

This latest revelation puts to rest, once and for all, the speculation as to the real dalang behind the 1998 conspiracy. It appears like these same players are also involved in the latest sodomy allegation, dubbed as ‘Sodomy 2’, as revealed by Malaysia Today in an earlier report.

Rajoo also confirmed that Shafee coached him on what to say and that his coached ‘statement’ was tape-recorded. Rajoo was also summoned to Bukit Aman by the current IGP, Tan Sri Musa Hassan, who was then in charge of the case, and subsequently was brought to meet Tun Dr Mahathir Mohamad so that he can repeat what he had been instructed to tell the Prime Minister. - Malaysitoday
Memandangkan pengakuan sumpah yang di buat oleh Tangarajoo adalah pada 21 August 2008, ini menunjukkan bahawa kemungkinan perkara ini di ketahui dan tindakan menggeledah di lakukan.

Aku tak hairan kalau pada hujung tahun ini, satu bilik akan penuh dengan peralatan komputer milik Raja Petra akan ujud di Bukit Aman. Beli, rampas, beli, rampas dan beli rampas. Sudah sampai masanya untuk Raja Petra berkampung di Cyber Cafe untuk buat tugasanya.

Kisah Arif dan PHDnya

Setelah di sondol sondol dengan persoalan tentang PHD yang di kaitkan cuba di perolehi oleh Calun BN Permatang pauh, Arif Shah ... hari ni dia memberitahu bahawa dia telah berhenti dari pengajian di Universiti Swasta berkenaan setelah mengetahui bahawa pusat pengajian tinggi itu di syaki menjual diploma dan ijazah palsu. Seterusnya ...baca sendiri Calon BN jawab isu pengajian PhD

baca analisa serta artikel berkaitan. ...
Permatang Pauh: Of Bogus Degrees and Lying Politicians! | dandelions
Arif Shah Omar Shah pursuing PhD? | thekualalumpurtraveler
Arif Shah Ada PHD??? | malaysianbiz
Dato Arif Shah Omar Shah - Siapa anda? | qanunfiatdunia
Please check Ariff Shah UMNO ni betul ke buat PhD? | chegubard
Ariff Shah Doktor AYAM.? Kioookkk..! | perisikrakyat

Isu-Isu Perkauman Di PRK di Permatang Pauh

The image “http://permatangpauh.com/news/images/prkp44_080822_01.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kedahlanie |

Tidak kurang beberapa hari menjelang pembungan undi pilihanraya kecil, UMNO dilihat cukup terdesak mengetengahkan calonnya.

Calon BN, Arif Shah melalui cetakan risalah lampiran untuk perayu undi BN berkempen dari rumah-rumah, telah didedahkan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, YB Saifuddin menyatakan wujudnya risalah yang berbaur perkauman daripada pihak UMNO.

Risalah berkenaan dikeluarkan menggunakan beberapa versi termasuk kononya barisan kabinet Anwar Ibrahim yang dikatakan mereka "Barisan Anwar Bin Ibrahim - BABI".... selanjutnya.

Polis samseng ketuk kepala wanita dengan 'revolver'

Hangpa ingat polis ni baguih sangat ka? Bila revolver kat tangan, otak letak kat lutut ... ini la jadinya. Revolver yang aku cerita ni bukan kumpulan muzik jaman dolu. Revolver yang ini ....... senjata api. Hangpa baca cerita dulu,

The suspect, a 31-year-old corporal from the criminal investigation department, allegedly assaulted a woman with his service revolver after her car accidentally grazed his vehicle at a roundabout.

It was learnt that he blocked off her car and demanded her to get out, identifying himself as a police officer. He was then alleged to have taken out his revolver and hit the woman's head with it several times.

He also threatened to shoot her when she tried to run away. When the woman called her family for help, the corporal sped away in his vehicle.

He was arrested at his quarters at the Tabuan Jaya police complex at about 9.45pm after the woman lodged a report.... Star
Polis kalau jadi samseng ... lagi buruk rupa .....

Salah atau tak reti bahasa

Aku tak tau sapa yang silap, tapi korang baca kan berita dari bernama di bawah,

Mengenai keperluan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pembangkang, Mohamed Nazri berkata ia penting bagi mendapat sokongan mereka sekaligus mendapat kelulusan dua pertiga kerana ia melibatkan pindaan Perlembagaan.

"Saya percaya mereka tidak akan membangkang dan menolak jika mereka memahami tujuan kerajaan ini. Mereka tak akan lawan rasuah,"
katanya.

Mohamed Nazri berkata draf berkenaan menekankan kebebasan dan sokongan terhadap penambahan kakitangan yang juga dituntut pembangkang. - Bernama
"mereka tak akan lawan rasuah" samaerti dengan menggalakkan rasuah ....

Kah kah kah ... sapa la editor dalam Bernama, sampai bahasa mudah cam ni pun susah nak tulis. Atau tak paham bahasa?

Kenapa Misbun bukan rakyat Penang?

Aku ingat Rakyat Selangor beruntung, rupanya jadi rakyat Penang lagi untung. Contohnya Chong we. Dia dapat Datuk, Pencen dan wang saguhati RM300,000. Balik pulak time Pilihanraya Permatang Pauh.

Sebagai jurutlatih, Misbun kena terima hakikat. Lain kali mungkin Misbun terpaksa lawan sama gelanggang dengan Chong wei. Tak pa ... main single, hanpa masuk gelanggang dua orang, lawan sorang. Kalau menang, dua dua dapat habuan. Atau ... kalau korang nak lawan, pastikan dulu negeri mana ada pilihanraya, pastu tukar ic ikut kawasan pilihanraya. Balik lawan, naik pentas, dapat Datuk

Tapi tak pa ... Misbun masih dapat bantuan RM50,000 dari Kementerian Beliau dan Sukan untuk isterinya yang sekarang berada di Hospital di dalam proses tukar buah pinggang.


Isteri jurulatih badminton itu sedang menjalani rawatan heomodialisis.

Misbun kata, "Saya diberitahu kos untuk pemindahan buah pinggang itu membabitkan antara RM150,000 dan RM200,000 andai rawatan dilakukan di China,"

Ikuti cerita sedih Misbun di SINI.
Apa apa pun tabahkan hati kami ucapkan kepada Misbun. InsyaAllah isteri akan sihat walafiat lepas ni.

Pemuda Umno biadap, ganggu petugas wanita

Sekumpulan 30 pemuda Umno menunjukkan taring mereka apabila berkelakuan biadap terhadap Petugas-petugas wanita KeADILan dangan gangguan kata kata kesat dan lucah.

Bertujuan untuk mencetuskan pergaduhan dengan hamburkan kata-kata kesat kepada petugas Pakatan Rakyat dengan cercaan dibuat kepada calon KeADILan Anwar Ibrahim dangan tohmahan bermotifkan perkauman.

... selanjutnya.

Anak monyet ni comel

http://i202.photobucket.com/albums/aa144/Primate_bucket/2400-1197Orangutan-Baby-Posters.jpg
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Rumah Raja Petra di geledah Polis

Raja Petra's house being searched by the police

... ceritannya di Malaysiatoday.

Tulen atau Provokasi

Pagi tadi aku bagi tau "Jangan tolong wartawan" walaupun korang jumpa wartawan terbaring kat tepi longkang. Mungkin itu adalah perangkap samar yang di pasang untuk menjerat ahli ahli PKR.

Tak caya .. korang baca berita dari NST ni

Police liaison officer Superintendent Shaharon Anuar Abdul Latif said the reason they were taken into custody was to shed light on the incident which occurred outside the Permatang Pauh by-election nomination centre.

"It is standard procedure as we need to ascertain whether they were directly involved in the attack or not and the rest is up to the deputy public prosecutor's office to decide.

"We took them into custody as we have clear images of them in both photographs and a video recording," he said at the Seberang Perai Tengah district police headquarters. - NST
Apa yang di dedahkan kepada kita, hanya gambar gambar STILL dan bukan rakaman video. Tapi polis ni cerita pasal video. Bila diorang ambil rakaman video? Adakah mereka mereka yang sudah sedia untuk merakam gambar video di tempat tersebut?

Ketika darah tengah membuak, sedikit api boleh membakar satu hutan. Tapi ingat, semua provokasi terancang membuahkan hasil kerana ada yang tidak boleh bersabar. Hasilnya ... orang ydang datang membantu, di tahan.

Ingat ... wartawan pengsan atau dah nak mati ... itu diorang punya pasal. Jangan tolong kerana anda mungkin terperangkap. Kalau nak tunjuk baik, tunggu lepas pilihanraya. Kerana selepas pilihanraya, isu ini tidak di putarbelit dan menyusahkan.

Ini pulak cerita dari Wartawan luar negeri yang terlibat di dalam Perbalahan,
Berbar said he could vouch for the two Parti Keadilan Rakyat members who were arrested by police on Wednesday, saying they were part of the group that tried to protect Sairien and himself from the mob."
So apesal budak budak tu pulak yang kena tahan? Polis kena telus sikit ni !!! Takkan itu pun nak politik jugak?

Arif Shah boleh di gantung dari bertanding

Kalau ikut undang undang ORI Pilihanraya, Arif Shah boleh di gantung dari bertanding di Pilihanraya Permatang Pauh 26hb ini. Ia berikutan adanya bukti bukti pemberian RM50 kepada individu yang bukan jentera pilihanraya.

Dengan ertikata lain, Rasuah .... atau di dalam istilah UMNO, Politik wang. Tapi sekali lagi .... kalau SPR ikut undang undang yang depa sendiri buat.

Ceritanya ada di SINI

UMNO hasut isu perkauman di Permatang Pauh

Korang yang berada di Permatang pauh berhati hati dengan isu perkauman. UMNO nak buat, itu depa punya pasal. Tu sebab aku kata, depa ada LESEN BESAQ. Kalau sentuh perkauman sekali pun, polis buat tak tau. Di khabarkan semuanya ada 16 mukasurat yang diedarkan

Hangpa baca kat ... SINI



Gambaran pemimpin PKR Selangor memegang babi. Tu Cina ... depa nak pegang babi, tu depa punya pasai.

Tapi harapan UMNO adalah, pengundi Melayu dengaq cerita depa dan percaya kononnya, kalau pilih PKR memerintah, Melayu dalam bahaya.

So ... polis takkan buat buat BODOH je? Takkan tak ambil tindakan kot? Takut cakap la takut....
Hangpa nak lagi cerita pasal hasut? KLIK SINI

PKR ..... sapa suruh hangpa tolong?



Insiden pukui wartawan sebenaqnya dah lama berlaku. Kalau hangpa nak korek cerita cam ni, banyak adad dalam internet. Cerita UMNO pukui wartawan pun banyak jugak. Tapi semua tu tak jadi kes sebab lambang depa 'dacing'. Bila 'dacing' jadi samseng ...... tak pa. Jangan oghang lain jadi samseng, nanti depa carik.

Kes yang berlaku kat Permatang Pauh pada hari penamaan calun lepaih, mengakibatkan seorang Pemimpin PKR DUN BATU di tahan. Budak tu datang nak bantu. Cuba nak leraikan pergaduhan. Dia pun sengkak tangan besaq besaq dalam surat habaq. Tapi polis tak kira tu semua. Asalkan PKR .... depa tangkap.

Ni cerita pasai UMNO pukui wartawan .... sampai la ni sengap tak dengaq cerita. BN lesen depa besaq !!!

Wartawan ingat depa besaq ... kalu buat hal, masuk beghita, orang gempaq. Tapi pada suku sakat UMNO, wartawan ni macam agen saja. Depa pukui pun, editor kat opis tu terpaksa potong cerita. Takut UMNO marah. Kes pun tak keluaq berita. Sakit tanggung sendiri.

So ... aku nak habaq mai pada penyokong PKR. Kalu ada nampak wartawan kena pukui lepaih ni ... Hangpa buat buat tak tau ja. Depa nak mati ka, pengsan ka, koma ka ... hangpa jumpa tepi jalan, celah longkang, Hangpa jangan tolong.

Kalau tolong nama hangpa tak masuk surat habaq punya. Tapi kalu hang silap, nama hangpa jadi wanted. So.... jauhkan diri dari wartawan. Depa semua tu macam anjing tersepit. Tolong ..... kena gigit. Jadi ... hangpa nak tolong atau nak kena gigit?

Biaq padan muka depa. Sombong nak mampuih.

BN jangan dok ngada ngada

Pak Lah ari tu cukup marah dengan paparan terbalik bendera Malaysia oleh Kickdefella. Dia pun kata macam macam. APa yang oghang kata kat dia, dia kata kat Kickdefella.

Kickdefella buat buat tak tau ja. Sekarang giliran balaci balaci pak Lah buat kenyataan pulak. Ini biasa la. Boss cuit sikit je ... yang lain balaci buat kerja. Korang baca kenyataan berikut,

Malaysia perlu mempunyai undang-undang bagi melindungi simbol negara untuk menjamin ianya tidak dipermainkan, kata Tmbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Saifuddin Abdullah.

"Sebelum ini ada pihak mempermainkan lagu Negaraku dan sekarang ada pihak cadangkan pula supaya kibar Jalur Gemilang secara terbalik. Kita sepatutnya mengambil tindakan terhadap golongan ini sebagai pengajaran kepada mereka yang berhasrat mempermainkan simbol-simbol negara pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang di Plaza Tol Lebuh Raya Butterworth-Kulim di sini petang semalam. - Bernama
Depa tak tau ka ... tindakan Kickdefella tu bukan hina bendera, tapi hina depa. Pasai lagu NEGARAKUKU tu pun ... serupa gak. Yang depa maghah sangat sebab apa? Sebenaqnya depa tau yang Kickdefella dan Negarakuku tu memang perli pemimpin BN. Tu sebab depa maghah sangat tu !!!

Jadi depa bukan nak ubah perangai depa, tapi dok sibuk nak ubah dan cipta akta yang bukan bukan. Hangpa ingat lagi ka, baru baru ni depa nak buat akta mewajibkan serah DNA untuk tahanan? Itu berkaitan dengan Anwar Ibrahim. Hah ... ini pun seghupa jugak la. Depa buat sebab depa nak. Kalau depa tak nak, suruh pun depa tak buat.

Depa ubah dan cipta akta untuk kepentingan depa dan keluarga depa. Lepaih ni depa nak kuat kuasa atau tidak, bergantung kepada kes kes. Kalau kes yang melibatkan diri dan keluarga depa .... Depa sengap. Bila kena pada musuh depa ... depa buat tindakan. Ni apa ceghita. Satu lagi loqlaq ....

Oghang macam ni yang hampa dok percaya?

Tak pa .. .hangpa baca coretan SANGKELEMBAI

Forum Perdana .. depa TAK mai !!!



Ayo yo ... aku tak tau ... hangpa jawab la.

Bila tiba musim pilihanraya ... jabatan kerajaan dan siap siap bagi bagi tugaih.
Polis buat apa, SPR buat apa, BPR buat apa, JKKKP buat apa, puteri buat apa, pemuda buat apa ...dan semuanya memang dah di bagi kan tugaih.

Bila lampu hijau nyala ... depa pun macam lipaih kudong buat kerja. Setiap kerja ada yang pantau. Kalau tak siap ... depa kena tanya.

SPR tengah buat, BPR dah buat, Polis tengah rancang, Komando sat lagi mai ... dan Jabatan penerangan buat kerja depa.

Yang menariknya ... pilihanraya kali ni, Jabatan penerangan buat FORUM PERDANA. Habaqnya depa buat kat Sekolah Menengah Penanti Permatang Pauh. Panggil ustaz ustaz, depa bayaq dan sambil sambil tu ... suntik sikit sikit propaganda BN.

Nak jadi kan ceghita ... Forum Perdana kali ini tak dapat sambutan. Ingat nak siarkan kat TV .. nah !!!! dari 2,000 kerusi .. hanya 70 orang aje yang mai ... yang lain pi tempat lain, dengaq ceramah Pakatan Rakyat.

Korang baca cerita di SINI
Untuk bukti imej klik SINI

AWAS !!! Penipuan BN



Hah .... oghang dah dapat tangkap mangkuk ayun BN. Depa menyamar jadi oghang PKR, tapi bukak vest kopek sticker nampak lambang dacing ... Hangpa kat sana jaga jaga kalu ada provokasi dari hamlau hamlau BN tau !!!

Berita lanjut kat SINI

Khairy ... orang Permatang Pauh suka kat hang

khairy jamaluddin umno bn permatang pauh by election campaign 210808 01Shhhh .... aku nak buat trick sikit.

Hangpa ingat ka ... PRU Mac lepaih, kita semua ingat Kelantan akan jatuh ke tangan BN. Awang Adek ...calun DUN Bachok dulu memang ok gak oghang dia. Pendiam, tak banyak cakap dan oghang kampung pun suka. TG nik Aziz pun risau. Dia buat sembahyang hajat ramai ramai minta doa Kelantan tak jatuh ke tangan BN. Kalau BN jajah Kelantan, punah lah oghang kat sana. Cek Mek moleh bakal hancus ... budak budak bakal hancoq masa depan kerana gejala sosial memang haru biru.

Bila Khairy turun ke sana dan bawa 'bala balaci' Pade Doh .... Dia dok maki hamun TG Nik Aziz sampai oghang Kelantan menyampah kat dia. Mulut budak sekoq ni memang celupaq sikit. Bukan sikit .... tapi banyak.

Bila pilihanraya .... keputusannya PAS menang besaq.

Aku pun pi ka Kelantan lepaih pilihanraya dan tanya oghang sana. Depa kata .... Oghang Kelantan pada awey nya memang nak undi Awang Adek....lepaih Khairy turun bagi ceramah, depa patah ati, sakit hati dan menyampah kat mangkok sekoq tu.

Depa pun ramai ramai pakat undi PAS.

Semuanya kerana Khairy turun Kelantan. Mulut budak sekoq ni memang tak dak insuran. Cakap main lepaih ja. Bila BN kalah kat Kelantan. Dia terus sengap, tak dak cerita. 'Padeh Doh' ntah kemana, BN pun ntah kemana.

So.... kita nak main reverse psychology. Kali ni kita jemput dia ke Permatang Pauh. Biaq orang sana tolak BN pulak ...Kalau di dok maki hamun Anwar, oghang kampung sana mesti maghah. Anwar oghang Pematang pauh dan siapa budak hinguih ni?

So ghamai ghamai kita pakat jemput Khairy tughun ke Permatang Pauh. Biaq dia maki hamun Anwar berguni guni. ....Hangpa semua habaq kat dia tau !!!

Hangpa ingat oghang suka ka kat dia ... hangpa baca artikel SINI dan SINI

Pesanan rengkas dari TG NIK AZIZ

Beliau sedang berada di Hospital menjalani rawatan dan ini adalah pesanan dari beliau

RAYUAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUH

Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.

Tuan/Puan,

Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

Saudara/Saudari Sekalian,

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

Wassalam.

DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Penjenayah tak selamat di P. Pauh sehingga 26 Ogos 2008 ini

suarasakti |

[...] Nasihat aku kepada geng penyamun,perompak dan seangkatan dengannya semua jangan menghampiri kawasan permatang pauh. Rasanya tempat lain lebih selamat malah amat selamat untuk penyamun-penyamun bergerak, ini kerana hampir seluruh polis di Malaysia telah dikerahkan ke Permatang Pauh.

Jadi kalau nak merompak, merompak la dekat kawasan lain kerana kawasan-kawasan selain Permatang Pauh dah kekurangan Polis. Maka tak hairan la dadah dalam simpan di balai polis di johor pun boleh hilang. Agaknya polis dekat balai itu pun terpaksa bertugas dekat Permatang Pauh sampai penyamun pun boleh samun dalam Balai Polis.

Bukan saja ruang darat permatang pauh tidak selamat kepada penyamun,perompak dan seangkatan dengannya. Ruang udara Permatang Pauh pun sudah tidak selamat kepada golongan anda. Ini kerana helikopter polis sentiasa berlegar - legar di ruang udara Permatang Pauh terutama pada waktu malam bagi memantau ceramah-ceramah dari pakatan rakyat.... selanjutnya.

Chong Wei .... memang lu punya ONG la.



Kalau ikut pada perjanjian, Chong wei tak dapat apa apa. Lepas dia nangis kat China tempoh hari, mukanya patut masam macam cuka setiba di tanah air. Tapi budak ni 'terkejut beruk' dengan tindakan kerajaan yang menyambut macam wira. Sambutan dah macam dapat pingat emas.

Dah lah disambut meriah, dapat duit dan dapat pencen lagi. ............ Dapat 'Dato' lagi !!!
Itu belum janji janji di belakang.

Nasib baik Chong wei tidak pulang sebelum penamaan, jika ya ...... mungkin dia di pilih jadi calun BN. Siapa tau? Dengan BN .... semuanya berkemungkinan.

Apa apa pun, tahniah 2 kali kepada Chong wei kerana dapat pingak perak pada sukan Olimpik dan kepulangannya tepat pada waktu ... Lu memang ada Ong la.

Macamana dengan jurutlatih nya si MISBUN ..... takkan tak dapat apa apa? Hah .... Jawapannya, Misbun Orang Selangor dan di Selangor tiada pilihanraya. Kalau ada mungkin MISBUN pun dapat apa yang CHONG WEI dapat
.... kelakar kan?

Artikel berkaitan di SINI

Harga minyak tak turun

Terima kaseh Shahrir ... samaada bangang atau muslihat, itu tolak tepi. Tapi kenyataan tentang tiadanya penurunan harga minyak sehingga hujung tahun, memberikan keputusan mudah di buat oleh Pengundi Permatang pauh.

Hehehe .... mudah ... aku tak tau, siapa di dalam BN yang bengang dengan kenyataan Shahrir ni nanti. Najib? Arif?



baca artikel berkaitan No change in pump prices after all - Permatang Pauh kicks BN out ASAP

Sah ...risalah kabinet memang kerja UMNO

Dah sampai 3 versi risalah kabinet di edarkan kepada penduduk Permatang pauh. Satu soalan cepumas ... kalau kawasan Perlimen pun dah beredar, maknanya memang orang yang biasa dengan soal Keselamatan di Parlimen. Kalau setakat pembangkang nak bawa risalah, korang ingat guard tak perasan ke?

Itu... sifir mudah selesai masalah risalah Kabinet.

Ini berita hari ini ......

Sekurang-kurangnya tiga versi senarai muncul di Permatang Pauh sejak kelmarin - hari keempat kempen pilihan raya kecil kerusi tersebut.

Masing-masing parti utama yang bertanding menafikan bertanggungjawab menyebarkan risalah sedemikian.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah hari ini menafikan ia dilakukan oleh BN.

Ia didapati turut diedarkan kepada pekerja-pekerja pilihan raya BN di Seberang Jaya.

Anwar juga menimbulkan taktik tersebut pada sidang media di Permatang Pauh pagi semalam.

Pengarah Strategik Pilihan Raya Kebangsaan PKR, Saifuddin Nasution sambil menyifatkannya sebagai taktik politik kotor Umno dan BN berkata, terdapat beberapa versi senarai yang diedarkan sejak semalam.

"Terdapt versi khas untuk kawasan penduduk Cina, dan terdapat versi lain untuk penduduk kawasan Melayu," kata beliau ketika dihubungi petang ini.

Dalam versi bagi penduduk Melayu, Perdana Menterinya ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan Anwar sebagai Menteri Mentor manakala versi bagi penduduk Cina menyebut Perdana Menteri diberikan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Anwar kekal sebagai Menteri Mentor. - MStar

BPR bagi alasan

Apabila kena orang dia...mereka bising
Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan Khamis jawab balik para pemimpin parti pembangkang bising pasal penahanan dua orang Exco Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat kerana didyaki terlibat rasuah.

Beliau dengan nada kesal mempersoalkan sikap mereka yang hanya bising bila ahli parti mereka yang kena tetapi tidak bila orang lain kena.

Antaranya mereka mendakwa seolah BPR berkonspirasi dengan kerajaan rancang untuk jatuhkan imej pembangkang menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh.

‘Apabila tangkap orang dia, mereka bising. Mereka janji nak hapus rasuah, sepatutnya bantulah kita, bukan tuduh perkara yang negatif.

“Banyak tangkapan sebelum ini tapi tidak ada yang komen, apabila tangkap Exco Perak, mereka tuduh macam-macam,” katanya.... selanjutnya.
Itu kata Pengarang BPR .... Dia kena baca blog dan internet macamana nak bezakan bising dengan tak bising. Bila buat tangkapan pada musim pilihanraya ... kita akan tuduh dia sepakat dengan SPR. Tambah tambah lagi, kenyataan dari BPR Perak, si Shamsiah tu mengelirukan. Weyyy .... buat kerja tu biar lah pro sikit.

I'm no EVIL

Pak lah kata orang yang pasang bendera Malaysia terbalik di panggil EVIL.
Nasib baik bukan aku......



Mari kita terbalikkan bendera PAS dan KEADILAN .....?????

http://www.marangdaily.com/01/images/topics/pas.jpg

keADILan

Hang Temberang apa Dollah?

Hangpa baca kenyataan dari PM hangpa ....

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kini sudah sampai masanya pengundi Permatang Pauh memberikan peluang kepada calon yang tinggal tetap di kawasan ini untuk mewakili mereka di Parlimen.

Perdana Menteri berkata kerusi Parlimen Permatang Pauh ini sudah lama diberikan kepada orang yang tidak tinggal tetap di kawasan ini.

"Dulu bagi presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dia dah tak mau, dia bagi kat suami dia (Anwar). La ni kena ambille," katanya semasa melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Permatang Ara di sini malam ini. - Bernama
Dollah .... Hang ceghita apa? Kalau nak buat contoh, hang ambik la Kepala Bateh ....

Wakil Parlimen dia nun duduk kat Putrajaya. Napa Ahli Parlimen Kepala Bateh tak duduk kat kampung?
Hish ... hang ni loqlaq la Dollah ... Ketegoq apa ka?

Posting terkini

Blog Archive