KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 18, 2008

Muhyiddin Beri Penjelasan Pada MT Hari Ini

bernama | Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi penjelasan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno berhubung kenyataan beliau mengenai pelan peralihan kuasa yang dikatakan agak lama.

Mesyuarat MT Umno, yang dipengerusikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menerima penjelasan Muhyiddin itu.

"Saya ambil kesempatan (dalam MT Umno hari ini) untuk memberitahu tentang kenyataan saya di Singapura dan kenyataan saya tentang parti sejak dulu. Saya jelaskan dan nampak tidak ada apa-apa perbahasan kerana saya jelaskan kenyataan ini adalah dengan niat baik untuk perbetulkan parti," kata Muhyiddin semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat MT Umno di sini.

"Nampaknya Alhamdulillah... Presiden menerima dan tidak ada rakan-rakan saya yang mengkritik (penjelasan) biarpun sebelum ini ada yang kata macam-macam hal. Saya rasa syukur," katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata saranan beliau sebelum ini yang meminta Abdullah untuk menyegerakan proses peralihan kuasa adalah bagi memulihkan parti untuk persiapan pilihan raya akan datang dan mempertahankan kedudukan BN.

"Walaupun saya tegur kepimpinan Presiden, bukan ada tujuan atau muslihat (tertentu) kerana semua ini adalah untuk pastikan supaya Umno khususnya BN terus dipercayai," katanya.

Mengenai proses peralihan kuasa di antara Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata beliau menyerahkan kepada Abdullah dan Najib untuk menentukan bilakah ia akan dilaksanakan.

"Tidak ada tarikh khusus, cuma kita beritahu tadi perasaan dan pandangan ahli parti yang di bawah yang mahu proses peralihan dibuat secepat mungkin. Kita beri ruang pada Presiden untuk berbincang dengan Najib," katanya.... selanjutnya.

Gesaan sidang Parlimen 23 September

— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —

PETALING JAYA, MALAYSIA, 18 SEPTEMBER 2008

Hari ini pemimpin Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri meminta beliau untuk mengadakan satu persidangan khas Parlimen Malaysia bagi membincangkan usul “Bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau” dan persidangan tersebut perlu dilaksanakan tidak lewat dari hari Selasa 23hb September 2008.

Gesaan untuk mengadakan persidangan tersebut selari dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ianya menuntut satu jawapan segera dari YAB Perdana Menteri disebabkan kedudukan genting politik semasa. Sebarang kelengahan dari pihak YAB Perdana Menteri, akan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mensabotaj proses demokrasi dan dianggap sebagai satu penyalahgunaan Kuasa Eksekutif.

Tindakan YAB Perdana Menteri untuk bermain-main dengan istilah serta bahasa yang terkandung di dalam surat kami yang pertama, hanya memperlihatkan kepada rakyat jawapan yang tidak matang. Hasrat pertemuan yang dinyatakan di dalam surat tersebut sangat jelas, iaitu untuk membincangkan hala tuju kepimpinan negara- dengan mengambil kira kedudukan dan posisi beliau, kami telah mengambil satu jalan yang berhemah.

Saya mendapati komen Perdana Menteri terhadap saya sewaktu sidang media semalam sebagai tidak bertanggungjawab dan cuai terutamanya selepas penangkapan beberapa individu di bawah ISA pada hari Jumaat lepas.

Beliau telah mencampur-adukkan isu yang sebenar, iaitu isu demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang dengan isu keselamatan negara. Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengganggu serta menahan ahli politik yang berseberangan dengan parti pemerintah merupakan satu pelanggaran undang-undang yang nyata. Penggunaannya yang berterusan pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan memburukkan lagi suasana politik semasa.

Perdana Menteri ternyata mengabaikan kedaulatan undang-undang dan sanggup untuk melanggar batas-batas Kuasa Eksekutif yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini sangat menampakkan sikap seorang diktator yang degil untuk terus berkuasa dan menghampakan harapan rakyat.

Sebagai seorang Perdana Menteri yang masih berada di tampuk kekuasaan dan sebagai bekas Menteri Kewangan, kami akan memastikan beliau bertanggungjawab terhadap situasi politik semasa dan salah urus ekonomi negara. Tuduhan beliau bahawa saya yang menyebabkan kedudukan ekonomi negara tergugat sangat tidak berasas.

Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara. Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Pakatan to meet on next move

thestar | ....Datuk Seri Anwar Ibrahim said Pakatan Rakyat leaders will meet as soon as possible after their demand for an emergency Parliament session was rebuffed by the Prime Minister.

He said the meeting could be as soon as Saturday, or Monday.

At a press conference earlier Thursday, the Oppoisition leader said he had sent a letter to the Prime Minister requesting him to call an emergency Parliament session no later that Sept 23 to deliberate on a vote of no-confidence against Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s leadership.

The letter was jointly signed by him as the PKR leader, PAS president Abdul Hadi Awang and DAP adviser Lim Kit Siang, he said at a press conference at the PKR headquarters here Thursday afternoon.

“We will convene an emergency meeting if there is no response from the Prime Minister.

“And we won’t reveal the 31 names (of the MPs crossing over) unless the Prime Minister categorically assures that MPs are given their chance to appear (in Parliament) next Tuesday (Sept 23) to give their vote in the motion of ‘no-confidence’ against the PM,” he added.... selanjutnya.

PAS tahu senarai MP lompat

malaysiakini | Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

ahmad awang pas information chief 100605Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang (foto).

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.... selanjutnya.

BN akan majukan negara tanpa SAPP .... hehehe

Bharian | Barisan Nasional (BN) akan terus memajukan negara walaupun Parti Maju Sabah (SAPP) telah keluar daripada campuran Barisan Nasional (BN), kata naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Douglas Uggah Embas.

“Bagi BN, kita akan meneruskan, melaksanakan program pembangunan kita. Itu pilihan (mereka (SAPP) jika mereka mahu keluar. Seperti Perdana Menteri kata, BN akan meneruskan program pembangunan kita untuk membawa kemajuan kepada orang ramai,” katanya.

Uggah Embas yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Kecemerlangan untuk Undang-undang Biodiversiti (CEBLAW) di Universiti Malaya di sini, hari ini.... selanjutnya.

no2umno - Diberikan gigi pun masih susah nak makan, ini kan pula gigi dah tak der ....

Dollah kata tak perlu sidang KHAS dewan rakyat

Utusan | Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sidang khas Dewan Rakyat tidak perlu diadakan.

Kerajaan juga jelas beliau, tiada perancangan untuk menahan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Bukit Bendera Umno appeals to retract Ahmad Ismail’s suspension

Malaysianinsider | The Bukit Bendera Umno division will file an appeal to the Umno Supreme Council to retract the decision to suspend the former division head, Datuk Ahmad Ismail, from all party posts for three years.

Division secretary Ismadi Abu Bakar said although technically Ahmad was no longer the Bukit Bendera Umno division head, members of the division still regarded Ahmad as their head.

As such, he said the Bukit Bendera Umno division had agreed to appoint Ahmad as the division's advisor.

"The committees of the four wings of the Bukit Bendera Umno division, together with the respective branch heads of the four wings in the division which held their meetings on Tuesday, had unanimously decided to appoint him as the advisor of the Umno division," he said in a statement today.

Ahmad, who created a controversy following his statement in a ceramah in Permatang Pauh on Aug 23, which touched on racial sensitivity, had his party membership suspended for three years. — Bernama.

SAPP senior vice-president and youth chief resign

NST | Sabah Progressive Party (SAPP) senior vice-president Jimmy Wong and the party’s youth chief Au Kam Wah have both resigned from the party. Both said it was against their conscience to remain the party, which pulled out of the Barisan Nasional coalition yesterday.

Au, who is also Elopura state assemblyman, said he will remain as an independent despite getting offers from BN parties and Opposition.

Kickdefella di reman dua hari

Imageharakah | Beliau ditahan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan. Syed Azidi kelihatan tersenyum ketika keluar dari mahkamah kira-kira jam 1.15 tengahari dengan kedua-dua tangan bergari.

Turut kelihatan di mahkamah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang juga anggota Exco kerajaan negeri. Image

Selain itu, isterinya, Bariah Ishak, Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani dan beberapa rakan lain.

Syed Azidi ditahan di rumahnya petang semalam setelah didatangi beberapa anggota polis berpakaian biasa sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Difahamkan beliau ditahan berdasarkan artikel disiarkan dalam blognya kickdefella.worldpress.com yang dipercayai berbaur hasutan.

Beliau bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Korporat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan. ... selanjutnya.

Anwar tuntut Parlimen adakan sidang tergempar

malaysiakini | Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.

anwar ibrahim pc call for emergency parliament meeting 180908 02"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September.

"Ini mengikut Peraturan 11 (3) Parliament sebagai respons segera terhadap politik hari ini," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.... selanjutnya.

'Tiada sebab tahan saya bawah ISA - Anwar

malaysiakini | ... Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, tiada sebab untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


“Jelas tiada pilihan ke arah itu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini ketika ditanya kemungkinan beliau ditahan di bawah akta itu.

Sebaliknya, kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seharusnya memberi tumpuan kepada masalah politik dan ekonomi.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi negara, bahkan kemungkinan keselamatan".

Abdullah dilaporkan berkata, ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah juga dilaporkan berkata, kerajaan akan melakukan apa yang perlu.... selanjutnya.

Mahathir ajak UMNO, MCA dan Gerakan, paksa Pak Lah bersara

Malaysiakini | Sudah tiba masanya bagi Umno, MCA dan Gerakan bersatu untuk memaksa Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Hanya dengan cara ini kita dapat pulihkan BN dan mungkin juga menyusunnya semula.

:Jika tidak hubungan kaum akan terus merosot dan negara akan jadi mangsa," tambahnya.

Dr Mahathir berkata, Umno, MCA dan Gerakan mesti berusaha untuk memperbaiki keadaan ini dan memulihkan semula BN.

"Tetapi saya akui ianya adalah sukar jika Abdullah masih lagi memimpin BN dan kerajaan," kata Dr Mahathir dalam catatan terbarunya dalam blognya.

Time to get rid of draconian ISA

theStar | The preamble of the Internal Security Act is crystal clear in that it (ISA) was intended to be used for violent threats to the country.

ON June 21, 1960, in the Dewan Rakyat, then Deputy Prime Minister Tun Abdul Razak said: “The Government has no desire whatsoever to hinder healthy democratic opposition in any way. This is a democratic country and the Government intends to maintain it as such. It is the enemies of democracy who will be detained.”

He said this during the debate on the Internal Security Bill and it is reported in the Hansard.

The Bill of course went on to become our infamous Internal Security Act (ISA).

It is a tough law but it must be remembered that as broad as the powers given to the Government are; the preamble of the Act has this to say:

“[This is] An Act to provide for the internal security of the Federation, preventive detention, the prevention of subversion, the suppression of organised violence against persons and property in specified areas of the Federation and for matters incidental thereto”.

The late Hugh Hickling, the drafter of the ISA, had said in interviews shortly before his death, that the preamble is crystal clear and that the ISA was intended to be used for violent threats to the country.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive