KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 18, 2008

Ketua Pemuda: Mukhriz nafi berpakat dengan Khir Toyo

Bernama - ANGGOTA Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir hari ini menafikan bahawa terdapat pakatan antara beliau dengan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno yang akan dipertandingkan pada perhimpunan agung parti itu Disember ini.

Penyandang jawatan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan itu.

"Sebenarnya, tidak pernah ada pakatan dengan Khir untuk jawatan Ketua Pemuda Umno," kata Mukhriz yang membuat penjelasan itu ketika ditemui pemberita selepas majlis "Pemukiman Anggota Parlimen Barisan Nasional" di sini.

Beliau turut ditanya sama ada terdapat percubaan menghalangnya daripada berjumpa dengan ketua bahagian dan para perwakilan menjelang pemilihan itu bagi mendapatkan pencalonan.

"Setakat ini tidak ada sebarang halangan. Bagaimanapun, saya tidak tahu sama ada akan mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi untuk bertanding," katanya.

TIDAK LAYAN ATAU ADA KAITAN?

Abdul Rashid tidak akan layani permintaan Guan Eng untuk beri penjelasan

MStar - Beliau berkata, Ketua Menteri Lim Guan Eng boleh mendapatkan maklumat dengan merujuk kepada dokumen dan butiran terperinci mengenai sebarang status tanah di negeri ini dari semua pejabat tanah dan daerah di negeri ini.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga boleh merujuk mengenai perkara itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kerana mereka hadir pada setiap kali mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri dan juga mesyuarat Exco.

"Saya bukannya perpustakaan dan saya tidak boleh memberi penjelasan terhadap perkara yang tidak jelas butirannya. Semua fail dan dokumen ada disimpan di pejabat kerajaan. Saya tidak menyimpan sebarang fail itu dan jangan ada sebarang implikasi yang mengatakan bahawa fail-fail itu ada dalam simpanan saya.

"Sebab itu, saya tidak mempunyai apaapa penjelasan untuk sebarang dakwaan berlakunya penyelewengan tanah itu dan tindakan mereka itu hanya serkap jarang sahaja serta tidak ada kes yang jelas," kata bekas Exco Tanah, Agama serta Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri itu.

Sehubungan itu, Abdul Rashid berkata, beliau tidak mempunyai tanggungjawab atau obligasi untuk menemui ketua menteri bagi tujuan itu dan sebaliknya meminta kerajaan negeri campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menyemak sendiri dokumen bagi menyelesaikan dakwaan penyelewengan itu. more...

Anwar Ibrahim Fail Saman Fitnah Terhadap Timbalan Menteri Pelajaran

bernama - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah semasa berkempen pada pilihan raya kecil Machap tahun lepas.

Anwar, yang bertindak sebagai plaintiff, mendakwa kata-kata fitnah oleh Dr Wee adalah disengajakan dan dilakukan dengan niat jahat.

Saman itu difailkan Anwar menerusi firma guaman peguamnya, S N Nair & Partners, di Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini.

Noh Omar's Silly Statement...

enarip - UMNO should organize some communication (or what most will call "PR") classes for their top layer...

Tanjung Karang's Noh Omar was speaking to reporters about the controversial pig farming project in Selangor last week:

Check out his words in the following vid: (he appears about 2.5 minutes into the vid)



"Ini hadiah pertama lah... Hadiah dan anugerah yang pertama lah, yang diberi oleh kerajaan Selangor, kepada rakyat Selangor... yang errr... dalam pilihanraya lepas, errr yang menyokong parti pembangkang... yang hendakkan pembaharuan... maka inilah pembaharuan yang dibuat." more...

Najib wants Samy to explain outburst

NST - Datuk Seri Najib Razak said he would ask MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu to explain his statement that if the government continued to ignore the Indian community, he would seek support from other countries.
Najib, who is Barisan Nasional deputy chairman and deputy prime minister, said he did not know that the former Works Minister had come up with such a statement.

“I do not know. I will have to ask him what he meant by that. In terms of government policy, it is a fact that we have been giving fair and equal consideration to all races in the country.

“Whatever is needed by the Indian community, we are prepared and willing to consider it but all this must be done in the context of consensus under the Barisan Nasional.”

Najib was asked about Samy Vellu’s interview with an Internet news website, in which he said he go overseas for aid, “if this government does not do anything”.
Najib said the government was prepared to consider concerns raised by all races but not in the form of threats. more...

Teng Chang Kim has audience with Selangor Sultan

Sun2surf - Sungai Pinang assemblyman Teng Chang Khim had an audience with the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, in Istana Bukit Kayangan today, further fuelling talk that he will be the next speaker of the State Legislative Assembly.

Teng, a fourth-term assemblyman, declined to confirm if his meeting with the Sultan was over his impending ascension to the post when the legislative assembly sits end of this month.

Teng, a practising lawyer, was opposition leader of the assembly from 1995 to 1999 and from 2004-2008.

Met outside the palace gates at 12.15pm, about one and the half hours after he arrived at 10.50am, Teng said: “I sought an audience with the Sultan and we had a good conversation about various matters, including how to develop Klang and its historic heritage.”

Asked if the audience with the Sultan had anything to do with his impending duty as assembly speaker, Teng said: “The speaker is actually elected by the state assembly and not appointed by the Sultan.

“The Sultan can voice his opinion, but Tuanku is not interfering with the appointment of the speaker because according to the constitution, his job is to select the Mentri Besar and to appoint the executive councilors selected by the Mentri Besar,” he said. more...

Selepas Azreen, kita akan menjejak Sufiah pula - Husam

Siasah - "Selepas ini, kita akan mulakan misi menjejak dan menyelamatkan Sufiah pula," kata Datuk Husam Musa selepas berjaya membawa pulang adik Che Siti Nur Azreen Che Ishak, 13 tahun, dengan selamatnya selepas hilang lebih dari empat bulan.

Husam berkata demikian kepada wartawan yang bersama-sama beliau menunggu kepulangan Azreen yang hilang dari rumahnya di di Ladang Ulu Sawah, Rantau Negeri Sembilan Disember tahun lalu.

Azreen selamat dibawa pulang oleh bapanya, Che Ishak Che Kob dari Lombok, Mataran, Jakarta selepas beliau bersama dengan Koordinator Migrant Care, Alex Ong serta Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar ke sana 14 April lalu.

Mereka pergi ke sana dengan biayaan Kijang Care, badan bukan kerajaan yang dinaungi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di samping pembiayaan pribadi ahli rombongan. more...

Selain Umno, selamatkan juga Unitar

Siasah - KUALA LUMPUR, 18 April: Selain menyelamatkan Umno yang sedang hendak karam, para pemimpin Umno juga diminta menyelamatkan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) yang mereka ambil alih dari KUB setahun lalu yang sedang menghadapapi malapetaka sekarang.

Rata-rata kakitangan Unitar tidak berpuashati dengan kedudukan mereka bahkan mereka terasa selesa dan aman berada di bawah pentadbiran lama dahulu berbanding dengan pentadbiran Umno sekarang.

Yayasan Tun Abdul Razak (Pintar) yang dimiliki oleh Umno telah mengambilalih Unitar dari KUB Mac 2007 lalu selepas 10 tahun ia beroperasi untuk dijadikan universiti Umno.

"Pada mulanya, kami cukup gembira dengan kehadiran pengurusan baru yang berjanji untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada Unitar. Pengurusan baru kemudiannya telah membawa masuk orang-orang baru yang memegang jawatan tinggi. more...

Rashid can help uncover truth behind land scam - Guan Eng

malaysianinsider - Penang Chief Minister Lim Guan Eng says his call for a discussion with former Deputy Chief Minister Datuk Abdul Rashid Abdullah is to find the truth about a land scam case.

On Tuesday, Lim had issued an invitation to Abdul Rashid through the media for them to meet to discuss the issue.

However, Abdul Rashid responded today, also through the media, that he would not entertain the state government's request as all the information could be obtained from the land office and other relevant departments.

"Together, we can find out the truth. I'm puzzled as to why he (Abdul Rashid) refuses to attend to our request as it was him who had earlier challenged the state government. That's why we should discuss the case," Lim told reporters after opening the Pikom PC Fair 2008 at the Penang International Sports Arena today.

Read more...

Isu ketuanan Melayu hanya gimik Umno, buang masa bincang - Husam Musa

Imageharakahdaily - Isu ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi kerana ia sengaja ditimbulkan oleh Umno bagi meraih sokongan untuk menutup kelemahan parti tersebut.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata PAS tidak mahu lagi terperangkap dalam isu tersebut yang disifatkan sebagai membuang masa.

Image"Kita tidak akan terperangkap dengan gimik politik yang dimainkan Umno yang mahu menyembunyikan kelemahan dan masalah yang sedang dihadapi mereka kerana ia merupakan sikap lama yang tidak mahu diubah," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Pengarang Harakah hari ini.

Tegasnya jika Umno ingin membincangkan mengenai masalah ketuanan Melayu, mereka boleh menyertai kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Kenapa sekarang baru hendak membincangkan mengenai hal ketuanan Melayu? Kenapa sebelum pilihan raya umum hal ini tidak ditimbulkan?" katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya Umno benar-benar serius mengenai hal tersebut, ia hendaklah dilaksanakan melalui kerajaan yang adil dan telus kerana ia merupakan satu-satunya cara yang terbaik bagi memelihara kepentingan kesatuan semua bangsa di negara ini.

Sementara itu, Husam melahirkan kehairanan terhadap sikap Kerajaan Persekutuan yang mengumumkan mengenai penubuhan Suruhanjaya Kehakiman semalam. more...

Ketua Puteri MIC Kedah letak jawatan

bharian - Beliau yang menghubungi Berita Harian berkata, peletakan jawatan itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak sebaliknya mahu memberi tumpuan terhadap kerja kebajikan dan pembabitannya dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Persatuan Wanita, Ibu Tunggal dan Warga Emas kaum India yang ditubuhkannya sendiri sejak dua minggu lalu.

"Surat peletakan jawatan sebagai Ketua Puteri MIC Kedah sudah saya faks ke pejabat Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Ketua Puteri Pusat petang ini. Terpulanglah kepada mereka sama ada mahu menerimanya atau tidak.

Pengerusi MIC Kedah, Datuk V Saravanan ketika dihubungi berkata, beliau terkejut mendengar berita itu selain tidak tahu mengenai hasrat Sarala kerana perkara itu tidak dimaklumkan kepadanya. more...

Keris antara punca BN kalah - Khairy

malaysiakini - Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengakui bahawa isu keris menjadi satu daripada beberapa punca sokongan kepada BN merosot dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Beliau menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi sebab utama pengundi, khususnya bukan Melayu, menolak ramai calon BN dalam pilihanraya umum tersebut.

"Kita perlu mengkaji dan berfikir untuk melihat isu keris ini secara terbuka," kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau.

Beliau memberita pemberita demikian ketika ditemui di "retreat" ahli parlimen BN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur hari ini.

Kelmarin dua akhbar bawah Kumpulan NSTP, yang dikaitkan dengan Khairy, menyalahkan ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana menghunus keris 'Panca Warisan' selama tiga tahun berturut-turut mulai 2005. more...

MB Perak akan bergelar Datuk Seri

Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Mac lalu akan dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Hari Keputeraan ke-80 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok. Turut menerima darjah kebesaran ialah Pengerusi DAP Perak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Ngeh Ko Ham yang menerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP). Darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk.

Anwar Ibrahim, Guru Asia

Former deputy prime minister Anwar Ibrahim delivers his returning ...klpos - ANWAR Ibrahim layak dijadikan guru oleh banyak ahli politik Asia. Ilham yang disajikannya melampaui apa yang ditunjukkan Deng Xiaoping, Kim Dae-jung, atau Benazir Bhutto.

Ia bukan hanya contoh terbaik tentang jatuh-bangun politik yang ekstrem dihadapi dengan penuh martabat. Tapi ia juga menunjukkan bahwa politik merupakan paduan tepat antara cita-cita kenegaraan yang berjangkauan jauh dan luas, landasan intelektual yang kokoh, dan pragmatisme yang diabdikan demi cita-cita itu.

Dengan gemilang ia menunjukkan bahwa amal politik haruslah dimulai dengan mengatasi rasa benci. Karir politiknya ditapaki dengan tahapan yang mantap, dan kemudian meteorik. Dalam usia 20-an ia menjadi tokoh mahasiswa paling menonjol, pada umur 30-an ia bintang politik Malaysia paling bersinar di generasinya.

Dalam usia 40-an, sarjana sastra dengan bakat beragam ini menjadi 'putera mahkota', wakil dari seorang perdana menteri yang amat kuat, merangkap menteri keuangan di sebuah negara yang ekonominya sedang tumbuh pesat. more...

SELAIN DARI PR ... BOLEH BERHIMPUN

A policeman looks as Falun Gong members carry a banner outside ...

POLIS memerhatikan demontrasi di luar kedutaan China di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh persatuan Falun Gong. Falun Gong mendakwa ramai ahli persatuan mereka ditangkap oleh kerajaan China sebelum negara itu menganjurkan sukan Olimpik. Gambar Zainal Abdul Hamid.

No2umnO - Nak cakap macam mana lagi. Nak bukti apa lagi?

LORD OF THE RING KE NIH?



Imej - Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Tun Salleh Abas pada Majlis Makan Malam Badan-Badan Peguam di Kuala Lumpur malam tadi sambil disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad. - utusan

No2umnO - Mata aku tak betul atau memang superimpose. Macam ada yang tak kena dengan gambar ni...Perhatikan

  • Background yang berlainan saiz berbanding pandangan lensa dan mata
  • Wajah masing masing menghadap ke tempat lain. Tidak sehaluan atau tak ikhlas
  • Kepala Dollah boleh sedikit lonjong di atas menunjukkan kaedah paste yang tidak sempurna
  • Jari Tun Salleh yang mengelirukan
  • Tangan Dollah juga terdapat barangan ketika bersalam
..... Dah macam Lord of the Ring.

dan berikut adalah imej dari NST ..... kalau tiada masalah apesal buat benda pelik pelik ...Mungkah Utusan mahu tutup wajah sesiapa di belakang?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi  shaking hands with Tun Salleh Abas at  the Bar Council dinner last night.

BEBAL MEMANG BEBAL

Pembayaran Ex Gratia Bukan Sebagai Minta Maaf - Najib
Bernama - Pembayaran ex gratia yang diumumkan kerajaan untuk enam bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 1988, semalam bukan merupakan satu bentuk minta maaf kerajaan terhadap mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pembayaran ex gratia bukan seperti melihat semula apa yang telah diputuskan. Ia tidak harus ditafsirkan sebagai sebarang bentuk minta maaf tetapi ini adalah cara kita mengambil pertimbangan apa yang mereka lalui, pengalaman peribadi mereka, kesusahan yang telah mereka rasai.

"Itu saja...jadi ia patut dilihat dari aspek itu. Ia tidak harus ditafsirkan lebih daripada itu," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara pengeluar kenderaan Chery Automobile Co Ltd dan Alado Corporation Sdn Bhd di sini.

Enam bekas hakim itu ialah allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed serta Datuk George Seah.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa kerajaan selain daripada membayar ex gratia kepada enam hakim kanan itu, juga akan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim untuk mencalonkan, melantik dan menaikkan pangkat hakim secara telus dan diwakili.

Mengenai anggota suruhanjaya itu, Timbalan Perdana Menteri berkata ia akan dibincangkan kemudian. more...
No2umnO - Bayar tapi tak ngaku salah .... bebal memang bebal ....

UMNo minta berpakat lagi Melayu selepas 30 tahun ?

perantaukite - Melayu..Melayu...Melayu.. tiada nada paling kuat, gawatnya selepas ini di Malaysia melainkan slogan Melayu..Melayu lain. Semua adalah gara-gara keputusan PRU 12 lalu yang meranapkan hemogini UMno dalam kancah politik pelbagai kaum di Malaysia.

PAS dan UMNO dua parti Melayu establisah besar sering dijadikan rujukan khusus, bila bercakap soal penyatuan politik berdasarkan kaum. sejarah pernanh mencatatkan titik temu pernah diterokai PAS UMNo selepas 13 Mei 1969. Gabungan persepakatan ini sudah menjadi lipatan sejarah belaka, PAS diwaktu itu nampak ikhlas , tetapi UMno bertindak mengkhianati persepakatan itu dengan mencipta pelabagai perbedaan , maka atas alasan banyak sangat perbedaan itu, maka UMNo bertindak menyingkirkan PAS daripada pakatan kerjasama tersebut.

Maka PAS bersendirian kembali selama 30 tahun, binalah hubungan dengan menubuhkan CCC gagal, kemudian berpakat lagi menubuhkan Gagasan Rakyat bawah angkatan Perpaduan Ummah dengan S46 bilamana UMno diharamkan. more...

Dr Khir bimbang kelicikan Anwar

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 12Malaysiakini - "Dengan Pak Lah masih menjadi pemimpin nombor satu, mood di kalangan ahli Umno dan BN akan berada di tahap amat rendah dan amat sukar untuk BN menang," kata Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini, meramalkan satu pilihanraya kecil akan berlaku tahun ini bagi membolehkan Anwar ke parlimen.

"Keputusan hampir pasti akan menyebelahi PKR.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 12"Apabila ini berlaku, kemenangan Anwar bukan sahaja menghancurkan keyakinan rakyat, terutama ahli Umno, kepada Pak Lah tetapi juga kepada Datuk Seri Najib (Razak). Umno hampir pasti hancur jika ini berlaku."

Menulis di blognya tengah hari ini, bekas menteri besar Selangor itu menambah, "atas kebimbangan inilah, saya merayu Pak Lah memikirkan semula exit plan (pelan berundur) yang terbaik dan ia tidak boleh dilengahkan.

"Jika proses peralihan kuasa ini dilakukan segera, ia akan memberi ruang dan masa untuk Datuk Seri Najib melakukan sesuatu yang drastik, menyusun semula kabinet dan melakukan pembaharuan dalam parti."

Dr Mohamad Khir berkata jika kuasa diserahkan segera kepada timbalan Abdullah, "rancangan Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil pasti tergendala" dengan alasan sokongan ahli dan rakyat akan berubah kepada BN sebagai dukungan kepada kepemimpinan Najib. more...

BN angkuh larang jemput kerajaan Pakatan Rakyat

harakahdaily - Keangkuhan Barisan Nasional (BN) semakin memuncak apabila bertindak melarang sebarang jemputan membabitkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang untuk menghadiri program 'Hari Belia' anjuran Kerajaan Persekutuan.

Demikian didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairuz Khairudin ketika ditemui selepas majlis penyampaian pelajar cemerlang sijil pelajar Malaysia (SPM) 2007 dan ibu tunggal di Yayasan Aman Penanti semalam.

Ujarnya, kerajaan Pulau Pinang dimaklumkan terdapat surat arahan tersebut dan ini membuktikan Kerajaan Persekutuan terus menafikan sokongan rakyat dalam sebuah negara demokrasi.

"Tidak sepatutnya Kerajaan Persekutuan bersikap tidak adil pada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat sebab kami dipilih oleh rakyat berlandaskan sistem demokrasi yang menjadi amalan semua, "katanya kesal.

Sempena Sambutan Hari Belia, BN wajar membuang sifat angkuhnya yang tidak menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya mendedahkan kebodohan sendiri.

Tetapi, berlainan dengan Kerajaan Pulau Pinang yang akan menjemput semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri tidak lama lagi. more...

Pelan Peralihan Kuasa Idea Siapa?

mixiehudson - Siapakah punya idea mengenai pelan ini. Umno Johor! Tetapi ia dari cetusan siapa? Tentu ada seorang manusia yang memikirkan dan bukan kesemua 25 orang ahli badan perhubungan Umno Johor. Tidak mungkin mereka serentak berfikir mengemukakan pelan berkenaan.

Pelan peralihan kuasa yang dicadangkan Umno Johor lebih tajam daripada ‘perintah’ Dr Mahathir Mohamad agar Abdullah Ahmad Badawi berundur. Perintah Dr Mahathir tidak dianggap sebagai berbisa lagi kerana semua orang arif dan faham penerimaan Dr Mahathir terhadap Abdullah.

Orang juga tahu kenapa sebab dan keperluan beliau terus-terusan menghentam dan mahukan Abdullah melepaskan jawatannya. Semuanya bertolak atas kepentingan politik dendam dan peribadi beliau.

Semalam, hari ini, esok dan selamanya Dr Mahathir tidak akan bersetuju dengan Abdullah. Banyak sebab kenapa Dr Mahathir tidak bersetuju dengan Abdullah.

Ia bukan saja kerana Abdullah membatalkan projek-projek mega yang dirancangkan oleh Dr Mahathir termasuk Jambatan Bengkok, landasan kertapi berkembar atau isu-isu lebih besar seperti isu Oil for Food yang dikaitan dengan penglibatan syarikat (Scomi) milik anak Abdullah, Kamaluddin Abdullah.

Perkara atau tindakan Abdullah paling dimarahi Dr Mahathir ialah kerana membebaskan Anwar Ibrahim.

Walaupun Abdullah menjelaskan beliau tidak terlibat dalam proses penghakiman ke atas Anwar, namun Dr Mahathir tidak percaya.

Katak mampus (pukul mati) Dr Mahathir tidak percaya kalau Abdullah tidak terlibat! more...

Mahathir – nak selamatkan UMNO atau menjaga egonya….

alditta - Selepas bersara, Mahathir fikir Anwar tidak lagi boleh bangkit, tetapi sangkaan Mahathir jauh terpesong. Mahathir marah Pat Lah kerana terlalu lalai dengan tugas-tugasnya, hinggakan memerlukan nasihat anak dan menantunya serta kumpulan Tingkat 4 JPM untuk mentadbir Negara. Mahathir bertambah marah bila prestasi UMNO/BN yang diterajui Pat Lah hampir-hampir tersungkur dalam pemilu bulan March 2008 lalu dan orang membuat UMNO hampir tersungkor,tak lain tak bukan Anwar Ibrahim and Mahathir lost his cool...

Mahathir bangkit menerusi forum-forum pasca-pilihanraya untuk mengutuk kekalahan tersebut sehinggalah ke tahap meminta Pat Lah meletakkan jawatannya sebagai PM dan bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku. Tapi,who is he to tell Pat Lah to resign as PM, for he is not even an advisor to the gomen or nothing near then that? Mahathir juga guna forum-forum ini untuk memperlekeh Anwar sambil berkata, "the general election results do not reflect PKR de facto leader Anwar Ibrahim’s popularity. On the contrary, he said Anwar was not at all popular.“He didn’t get this huge majority that you mentioned. People didn’t like him." more...

Agenda Melayu giliran PAS

Sangkelembai - Masalah yang terbesar dihadapi oleh Saya Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad yang “Saya Masih Di sini” ialah ketergantungan dengan nasihat dan pandangan anaknya Kamalludin Abdullah dan menantunya Khairy Jamalludin Abu Bakar dan penasihat di belakang tadbirnya yang bernama Zulkefli Abdul yang pernah mengetuai BTN-Biro Tata Negara dan dua orang korporat penyamun yang bernama Anuar Zaini dan Kalimullah Meor Hassan.

Itu sebab sebagai seorang Perdana Menteri dalam kerajaan majoriti mudah dan Presiden UMNO, dia langsung tidak mahu memberi respons atau memberikan sokongan balik kepada kenyataan Presiden PAS, Haji Hadi Awang yang bersedia memikirkan soal Melayu dengan terlebih dahulu membetulkan pentadbiran negara.

Jika orang berakal, kenyataan Haji Hadi Awang adalah satu hantaran yang baik dalam satu perlawanan bola dan jika penerima nya pasukan lawan sudah pasti bersedia untuk menendang terus di dalam gol tetapi Abdullah Hj Ahmad hanya membiarkan sahaja bola itu masuk kepada gol sendiri.

Kenapa tidak lebih daripada 24 jam selepas kenyataan itu, tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang hendak menjawab akan kenyataan dari Haji Hadi Awang berkaitan perpaduan Melayu. Kalau takut sangat kerana belum di dahului oleh komen Abdullah Hj Ahmad, sekurang-kurang selepas berani bercakap dengan orang yang tidak hadir dalam perjumpaan dengan pemimpin UMNO untuk meminta Abdullah Hj Ahmad meletakan jawatan, jika sekadar berani membentangkan kain rentang, baik tak payahlah bercakap banyak pemimpin UMNO dalam soal Abdullah Hj Ahmad didesak meletakan jawatan sebalik teruslah sokong. more...

PAS, PKR Jangan Jadi Bodoh

aisehman.org - It seems that stupidity doesn’t only run in Umno.

It has also reared its ugly head in PKR and PAS:

They may be sworn enemies but next week, representatives from Umno, Parti Keadilan Rakyat and Pas will meet to achieve a common goal.

The meeting is at the initiative of Umno supreme council member Datuk Mohamad Norza Zakaria who has been in contact with both PKR vice-president Mohamed Azmin Ali and Pas Youth chief Salahuddin Ayub over the past few days to arrange details.

… He said some of the issues to be discussed included matters relating to religion, education as well as the New Economic Policy.

He added that the three parties would try to determine where exactly the Malays stood at this point in time in terms of economic well-being.

“On the New Economic Policy, its ultimate goal is to make the Malays competitive. This has to be deliberated.

“We need to determine where exactly the Malays are right now. [New Straits Times]
Azmin dan Salahuddin sama bodo telan umpan Norza.

Yang hangpa bedua percaya sangat kat si Norza, ketua tukang kipaih KJ, apa sudah jadi?

Tuan-tuan, saya menyeru tuan-tuan agar guna akai masin-masin sebaik-baiknya … ini tak lain dan tak bukan permainan politik Umno.

Anwar Ibrahim kata Pakatan Rakyat sudah kuat. Cukup kuat untuk menjana politik baru yang mengambil kira kepentingan rakyat Malaysia secara sama rata.

Ketuanan Rakyat namanya, bukan begitu? more...

Antara yang naik dan yang jatuh

Roslansms - Tadi saya sempat mengunjungi laman yang dikendalikan oleh sahabat saya Sdr Anuar di
http://www.umno-reform.com/ . Saya terus terpaku pada suatu surat yang dimuatkan oleh Anuar dalam lamannya yang ditulis oleh seorang Ketua Umno Cawangan. Bahagian akhir suratnya berbunyi:

Darah yang mengalir ditubuh ini dan selagi nyawa dikandung badan akan terus memperjuangkan UMNO parti keramat ini walaupun ada segelintir ahli yang mula berpaling tadah dengan melihat sikap pemimpin di atas yang tiada kesudahan untuk menyelesaikan kemelut politik UMNO waktu kini.

Diharap lupakan sengketa sesama sendiri, fikirkan kami di bawah ini yang terpaksa berdepan dengan ahli-ahli yang mula goyah pendiriannya. Jemputlah kami ketua-ketua di cawangan untuk memberi penjelasan yang jelas atau rendahkan diri untuk turun ke cawangan-cawangan.

Jangan pula ahli-ahli kita mengiakan apa yang dikata pihak pembangkang bahawa pemimpin UMNO penuh dengan keangkuhan. Saya percaya rakyat masih sayangkan UMNO Parti Melayu yang membela bangsa Melayu, ini dapat didengar perbualan dikedai-kedai kopi. Saya percaya mereka akan kembali kepada UMNO jika kita terus menunjukkan kematangan politik seperti mana kehendak masa kini.

JANGAN DIRINTIH KEKECEWAAN, ATUR LANGKAH UNTUK MARA, BULAN PASTI GERHANA. KERIS KERAMAT UMNO TERUS DIPERASAP AGAR SEMANGAT KEKAL MEMBARA. SANG SAKA BANGSA MEGAH DIANGKASA. SAYA PASTI BERSAMA.Hidup UMNO Hidup MELAYU dinusantara. Wassalam
Demikianlah bersemangatnya saudara kita seorang Ketua Umno Cawangan (yang tidak disebutkan dimana cawangannya itu). Saya percaya cawanganbeliau terletak dalam salah sebuah negeri yang Umno hilang kuasa, mungkin di Kedah, Perak atau Selangor. Tak mengapalah. Memang semangat seumpama ini diperlukan untuk menghidupkan sebuah oraganisasi yang telah ditolak rakyat. Tetapi cukupkah dengan hanya semangat? more...

Malaysia's deputy PM rejects defections claim - report

Msn - Malaysia's deputy prime minister has rejected opposition claims it has the support of enough defectors from the ruling coalition to seize power, reports said Thursday.

The Barisan Nasional (BN) coalition lost its two-thirds majority in parliament and control of four states in March 8 general elections in the worst performance of its half-century rule over Malaysia. Five states are now in opposition hands.

Opposition leader Anwar Ibrahim has said government lawmakers from Sabah and Sarawak states on Borneo island have approached him about switching sides although none has declared such intentions publicly.

'So far, there's no indication of BN elected representatives wanting to cross over,' Deputy Prime Minister Najib Razak was quoted as saying in The New Straits Times.

'I don't believe we are in a crisis to be toppled at any time. Still, we will monitor the situation and not take things for granted,' he said.

Anwar's claim that 'we have enough MPs to topple the government' was made Monday as he celebrated the end of his ban from politics with a rally.

'We are saying here for the first time that we are ready (to rule the country),' he said.

'But we will only enter when the majority is comfortable,' Anwar told reporters after his speech to 10,000 supporters was cut short by police, who said the gathering was illegal. more...

Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari!

Mstar - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini.

"Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian," kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk...'Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha'.

Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini.

"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan.

"Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah."

Dr Asri turut memetik satu rangkap di dalam artikel beliau semalam yang jelas memperkatakan isu pasca politik yang 'bercelaru' sekarang.

"Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana.

"Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)”. (Surah al-Anfal: 33).

Kata Dr Asri, "Ramai yang tidak berani berterus terang tentang isu 'Islam Hadhari' ini. Ini adalah kewajipan saya."

Menurutnya, istilah atau jenama 'Islam Hadhari' itu menakutkan orang kampung.

"Ada yang berfikiran ia satu agama baru sedangkan itu tidak benar. Ada juga yang keliru mengatakan pakaian separuh bogel adalah fahaman dari Islam Hadhari. Jadi saya syor hentikan saja uar-uar pasal Islam Hadhari kerana ia mengelirukan.'

Katanya, hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas.

"Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka.

"Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai," kata tokoh agama yang berfikiran kritis ini.

Katanya lagi, "Apa yang berlaku dalam politik hari ini adalah dosa-dosa semalam yang terpaksa dipikul oleh kepimpinan hari ini dicampur dengan kelemahan yang ada. Janganlah orang semalam hanya pandai menuding juri kepada pemimpin hari ini seolah-olah mereka begitu bersih.

"Keadaan yang teruk ini adalah dosa warisan dan semasa. Apa yang kita bimbang jika kita merebahkan pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya," kata Dr Asri.

AZREEN



MISSING TEEN REUNITED WITH FAMILY: Che Siti Nor Azreen, 13, who went missing last December, returned home from Indonesia to be reunited with her family last night. She was acompanied by her father at the Low Cost Carrier Terminal in Sepang yesterday. Read more...

MIKE TYSON KONGKONG MAJLIS, RAMAI KECEWA KELUAR DEWAN?

Kudakepang - Friday, April 18, 2008

Pada Rabu, 16 April 2008, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongan Jawatankuasa Pengurusan UMNO Malaysia mengadakan perjumpaan tertutup dengan para pemimpin UMNO Selangor.

Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa terdapat beberapa pemimpin UMNO Selangor yang meninggalkan dewan pertemuan sewaktu sessi soal-jawab.

Mereka dikatakan kesal kerana Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, telah mengonkong sessi tersebut.

Beliau dikatakan telah menunjuk siapa yang perlu diberikan peluang bercakap dan mereka diizinkan bercakap pula diberikan tempoh yang amat singkat untuk meluahkan pandangan atau kritikan masing-masing.

Untuk mengelakkan ketegangan suasana, segolongan hadirin pun dikatakan keluar meninggalkan dewan.

Saya harap info di atas silap. Saya harap Mike Tyson tidak berbuat seperti apa yang dilaporkan ke blog ini. Tapi, kalaulah info ini benar, sebagai ahli UMNO, saya pastinya turut kesal dengan apa yang telah berlaku! – Ruhanie Ahmad

Rencana pengarang BH bukti Umno nyawa-nyawa ikan

Harakahdaiy - Semalam (16 April) saya 'terbeli' Berita Harian. Saya sudah lama tidak beli akhbar ini. Meluat, tetapi semalam 'terpaksa'. Terkejut saya melihat ada rencana pengarang di muka depan. Tajuknya 'Henti segera tuding jari'.

Setahu saya rencana pengarang ditempatkan di muka dalam, misalnya muka 8 atau 10. Tentulah ada perkara besar yang hendak diberitahu sehingga rencana pengarang diletakkan di muka depan.

Betul tekaan saya. Rencana pengarang itu menyeru ahli dan pemimpin Umno berhenti daripada bercakaran termasuk mendesak PM dan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan, atau dalam bahasa lembut, meminta Abdullah menyediakan pelan pemindahan kuasa.

Apabila seruan dibuat di muka depan, bermakna tanda amaran (merah) dinyalakan. Hal ini diibaratkan ambulans membunyikan siren dengan lampu merahnya berkelip-kelip, memberi amaran kepada kenderaan lain supaya memberi laluan.

Pesakit dalam ambulans itu adalah Umno, keadaannya sudah nazak. Mungkin sedang bergantung kepada talian hayat. Kini Umno sedang dirawat seperti diakui Ketua Wanita, Rafidah Aziz.

Teman-teman di sisi Umno seperti MCA, MIC dan Gerakan perlu berhati-hati kerana sebelum mati, Umno akan memberikan terajang terakhir.

Harap-harap rontaannya benar-benar yang terakhir kerana jika ia membela makhluk...ia akan nampak hidup (seperti kuat makan) tetapi hakikatnya sudah mati.

Siti Nur Azreen has Returned

Kickdefella
(...)

Husam then used his Kijang Care to form a team of four people including Alex who is with Migrant Care, which got vast networking in Indonesia and sent them to Lombok in search of Siti Nur Azreen. Husam reported the journey in his personal blog, Cetusan Hati.

“She is 13 years old, the post-traumatic period will be difficult for her. Please respect her privacy, that is what is best for her”, Husam appealed to the press.

In the press conference held at LCCT, Husam lashed out at the Malaysian Police which despite all the networking and intelligence machinery, yet failed to utilise it for the right purposes and in this case, solving the missing person case.

Husam also is very upset with the Ministry of Foreign Affairs and the Embassy of Malaysia for not making it easy for them to bring back Azreen. more...

DBKL, Oh DBKL! Tidur lagi ke?

Wee Choo Keong
Had a round table meeting with DBKL this morning but was utterly disappointed with their lackluster attitude and work ethics. I couldn't help but walked away from the meeting with this conclusion. That DBKL = CORRUPTIONS AND MORE CORRUPTIONS!

Read for yourself the comebacks that I have received, or not received, for questions I put forward to them earlier this month.

Questions for Datuk Bandar submitted by Wee Choo Keong, MP for Wangsa Maju, to Datuk Bandar for answers during meeting on 07 April 2008 with the 10 MPs

1. The DBKL Advisory Board. We demand that all MPs in WP should be made ex-officio of the Advisory Board.

No decision made.

2. Objection by residents on future development on Lot 2398 Taman Setapak Indah, Mukim Setapak (Ref: DBKL.JPKB. 6471 / 2001): Development from Kindergarten Land to residential units. Residents sent letter in August 2003 until today no reply. Why? What happened to it now? Please give full detail.

Up till today, 16 April, there is still no reply form DBKL. 3 days delivery system? What a big joke!

More...

Ini kisah Tengku Adnan

klpos - (...) Ahli Parlimen muda ini berjaya menarik perhatian para audien yang hadir dengan membangkitkan sikap ‘double standard’ pihak Kementerian Wilayah yang tidak menghormati ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang dijemput ke majlis berkenaan sebagai ahli panel.

Beliau memaklumkan bahawa beliau dijemput hadir sebagai VIP tetapi tidak dibenarkan untuk meletakkan kereta beliau ditempat VIP kerana tempat itu dikhaskan untuk ahli parlimen BN dan kenderaan DBKL sahaja. Oleh itu beliau terpaksa meletakkan kenderaan di tempat letak kereta awam di bahagian bawah Hotel.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga ditolak oleh pengawal peribadi Datuk Bandar ketika cuba mendekatinya untuk berbual.

Ahli Parlimen Putrajaya yang sampai lewat ke majlis ini menjadi panas punggung bila mendengar komen Lim yang dianggapnya sebagai perkara remeh dan ‘rubbish’. Beliau tanpa segan silu menolak untuk naik ke pentas dan terus sahaja meninggalkan majlis walaupun baru setengah jam berada disitu.

Sikap tidak ‘gentelment’ Adnan ini dikutuk oleh para hadirin hingga ada yang memanggilnya sebagai ‘rubbish MP’ ketika beliau melangkah keluar dari dewan.

Walau apa juga sebabnya beliau tidak sepatutnya keluar dan perlu berlapang dada menerima komentar dari MP lain. Urusetia program turun kecewa kerana beliau sebagai ahli parlimen BN gagal menunjukkan komitmen dan sikap yang positif didalam majlis berkenaan.

Para perwakilan persatuan, NGOs dan wartawan yang hadir menganggap bahawa beliau hari ini gagal menjalankan tugas beliau sebagai ahli parlimen Putrajaya, dimana semua MP telah memberikan kerjasama yang baik dalam mengupas permasalahan di parlimen masing-masing untuk dikongsikan.

Beliau menyertai ahli parlimen Setiawangsa, yang turut gagal membawa isu-isu rakyat dikawasan parlimen mereka yang sepatutnya dikemukakan dalam sesi pembentangan isu.

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan begitu kecewa dengan sikap ahli parlimen BN ini kerana mereka gagal menunjukan kesungguhan dan kerjasama walhal mereka juga yang merayu agar semua MP dapat hadir untuk berkerjasama dalam membela rakyat melalui majlis ini. more...

MAKKAL OSAI: INI ALASAN HAMID ......

Makkal Osai tidak patuh syarat permit.

Bharianb - Kajian semula lanjutan permit mesti berlandaskan kepada sumbangan sesuatu akhbar itu untuk bersama membangun dan memajukan negara dan masyarakat, bagaimana maju ke depan serta menyuburkan perpaduan serta persefahaman yang baik kalangan rakyat.

"Tetapi, banyak aduan disampaikan kepada kita (mengenai Makkal Osai) dan apabila tiba masa untuk memperbaharui lesen, kita membuat keputusan tidak memperbaharuinya. Bagaimanapun, terpulang kepada mereka untuk membuat rayuan dan kita akan melihatnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), di Jalan Padang Tembak di sini, semalam. Turut hadir, dua timbalannya, Datuk Chor Chee Heung dan Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Syed Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan akhbar itu, seperti yang dinyatakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. more...

Bezanya Guang Eng dengan Ali Rustam

 tranungkite - " Bila saya dapat tahu MB Pulau pinang, Lim Guan Eng naikkan elaun guru KAFA sebanyak RM100, lain pula jadinya di Negeri Melaka pada Januari 2008 mula elaun KAFA guru-guru JAIM dipotong sebanyak RM 288, dah tu tak beri notis lebih dulu.

Maknanya baik lagi Kerajaan DAP Pulau Pinang daripada Kerajaan UMNO Melaka. Dah tu tak ada seorang pun ADUN UMNO yang berani bangkit perjuangkan nasib guru-guru agama. Bila ada apa-apa majlis kerajaan negeri dan UMNO, guru-guru JAIM dipaksa hadir untuk tolong meramaikan tanpa ambil kira mereka perlu bersama keluarga atau tidak.

Ini jelas menggambarkan pada kita bahawa Guru KAFA JAIM telah dijadikan buruh kasar dan buruh paksaan Ali Rustam, nak lawan tak berani kerana semua bertaraf kontrak yang boleh dibuang bila-bila masa umpama lampin pakai buang yang telah digunakan. Elaun yang diberikan pun tak berpadanan dengan kerja yang telah dibebankan. Betapa siksanya hidup orang Agama di bawah pemerintahan Dinasti BN Melaka. Kalau ada pembangkang-khususnya PAS sudah tentu perkara ini adakan diperjuangkan. more....

Is Umno exploding or imploding

Image
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

Yesterday, Muhammad son of Muhammad chaired an Umno Selangor meeting to discuss the party’s disastrous loss of the state to the opposition Pakatan Rakyat. Someone from Umno PJ Utara stood up to speak and said that Umno’s disastrous performance is because of Raja Petra Kamarudin. The speaker from the Umno division aligned to Tun Dr Mahathir Mohamad then suggested that the government arrest the man behind Malaysia Today.

I am honoured the all-powerful Umno would think that a puny website like Malaysia Today can actually demolish the hegemony the ruling party has held over this country since two years before Merdeka, save maybe for a brief period that is now infamously known as the May 1969 era. But the honour I am feeling is overshadowed by the hard on I am enjoying in knowing that Umno still does not get it. Umno has still not awoken to the realisation that it was people’s power, Makhal Sakhti, which caused the political Tsunami on 8 March 2008. It was not about Malaysia Today. It was about the people finally rising up in anger and screaming ‘enough is enough’. That was what hit Umno and Barisan Nasional.

I would like to say just one thing to Muhammad son of Muhammad. Come get me. Go make your police report if you feel this will solve Umno’s problems. Then come and get me if you think this will help Umno win back the people’s support. But you are barking up the wrong tree. And if you still don’t wake up, the second Tsunami will hit Umno, resulting in the nails being hammered into the coffin. Yes, Umno is now lying in a coffin. And it will be Umno itself that will be nailing the lid on the coffin. And Malaysia Today will be very happy to provide the hammer to help hammer down these nails. Hell, Malaysia Today’s readers will even pay for the coffin if you wish, Muhammad son of Muhammad. Just send me the bill. Malaysia Today will help raise enough money to pay for a gold-laced coffin. more...

DAH RASMI TAPI MASIH DALAM PEMBINAAN?

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/tti1604081.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Setelah Dua Bulan Dirasmikan, Taman Tamadun Islam Masih Dalam Pembinaan
Buletinonline - Kuala Terengganu – Walaupun telah dirasmkan dua bulan yang lalu, Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man masih dalam pembinaan !

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/tti1604082.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Pada 3 Februari lalu, TTI telah di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Masjid Kristal pula dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sepanjang acara pembukaan Taman Tema TTI itu terdapat tiga majlis perasmian.

Yang pertama majlis perasmian Perkampungan Hadhari oleh Idris Jusoh, kedua majlis perasmian TTI dan akhir sekali adalah majlis perasmian Masjid Kristal.

Memang munasabah pun kalau ada yang mengatakan bahawa perbelanjaan seluruh progeam pembukaan taman tema itu adalah RM 15 juta.

Apa yang menarik, majlis perasmian yang dipancarkan secara ‘live’ itu ada persembahan konsert lagu Tema TTI yang dialunkan oleh Penyanyi dan Pengubah lagu popular M.Nasir.

inilah pertama sekali dalam sejarah mungkin, konsert nyanyian diadakan berhampiran dengan masjid ..more...

Naib Presiden LDP dan 1000 ahli isytihar keluar parti

"Kita tidak berpuas hati dengan tindakan pucuk pimpinan yang menggantung keahlian kami tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka yang terlibat, sebaliknya menyebarkan perkara itu kepada media.

"Sepatutnya MT LDP perlu memberitahu kepada kami dahulu sebelum membuat sebarang keputusan besar seperti itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sabtu lalu, Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong memberitahu, MT LDP dalam satu mesyuarat memutuskan menggantung keahlian Yun Fah dan empat lagi pemimpin kanan parti itu kerana didakwa melakukan sabotaj terhadap calon BN pada pilihan raya umum lalu.

Kesemua mereka diberi tempoh selama 10 hari untuk berjumpa dengan MT parti itu bagi memberikan penjelasan mengenai dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Yun Fah yang sebelum ini Ketua LDP Bahagian Merotai berkata, beliau tidak menyesal dengan tindakan keluar parti kerana berasakan semua pengorbanannya selama ini seolah-olah tidak dihargai. - Utusanloya

HARGA MINYAK MACAM NAK NAIK JE ....

Kita dah biasa dan kita kena biasa dengan kenaikan harga. Zaman Dollah ..... macam macam kenaikan yang berlaku. Seperti biasa dimulakan dengan berita seperti ini .....

Kerajaan tanggung subsidi minyak tertinggi RM19 bilion
Utusanloya
- Kerajaan dijangka menanggung subsidi minyak yang lebih tinggi antara RM18 bilion hingga RM19 bilion pada tahun ini, berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia yang melambung tinggi.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, jumlah subsidi itu merupakan peningkatan berbanding antara RM7 bilion hingga RM8 bilion yang dibelanjakan pada tahun lalu.

‘‘Berdasarkan harga minyak mentah semasa global, subsidi minyak sebenar yang kita (kerajaan) ambil daripada bajet (tahun ini) itu tidak termasuk daripada Petronas untuk diberikan kepada rakyat dan syarikat adalah berjumlah antara RM18 bilion hingga RM19 bilion pada tahun ini berbanding antara RM7 bilion hingga RM8 bilion pada tahun lalu. more.....

Mungkin ianya tidak berapa jelas. memberitahu keadaan sekarang dan mungkin dah bagi tau pun masa lalu berkali kali .... selepas kenyataan di atas .... di bawakan pula tajuk yang berkaitan, pada hari yang sama, pada akhbar yang sama ....
'Rakyat perlu bersedia hidup bebas subsidi'

Utusanloya - Ketua Pegawai Eksekutif Gagasan Kajian Permuafakatan Melayu Malaysia, Datuk Dr. Ibrahim Saidun, bimbang ekonomi negara mungkin terjejas jika kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang terlalu tinggi.

''Rakyat perlu bersedia untuk hidup bebas daripada subsidi dengan meningkatkan daya kerja agar pendapatan mereka bertambah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan bahawa kerajaan dijangka menanggung subsidi minyak yang lebih tinggi antara RM18 hingga RM19 bilion pada tahun ini, berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia yang melambung tinggi. more...

Dan dengan ini, No2umno mengambil kesempatan memberita, dengan adanya berita berita seperti itu.....maka bersedia lah rakyat Malaysia dengan kenaikan minyak yang akan berlaku pada bila bila masa ..... ANgin dah ada, pokok dah bergoyang .....lepas ni kita jalan lah terhoyong hayang kerana belanja semakin membebankan. Terima kaseh.

Khabarnya bebas, tetapi..


anwaribrahimblog

Selesai prog di Kg Baru, saya berlepas ke Abu Dhabi menemui pelabur dan pedagang Arab. Saya tiba sekitar jam 11 pagi dan terus mengadakan pertemuan hingga malam. Di antara lain kami membincangkan keperluan menyegerakan pelaburan Arab di Malaysia khususnya di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Saya juga sempat ditemuramah oleh TV Arab yang berpusat di Dubai untuk siaran khas mereka.

Saya berlepas pulang tanpa bermalam di sana dan tiba awal petang tadi. Dari KLIA saya terus ke pejabat sementara mendapat lapuran sesi siasatan dengan polis. Alahai, khabarnya bebas, tetapi jelas terus dibatasi dengan pelbagai helah dan sekatan.

ANWAR IBRAHIM

Pengharaman Makkal Osai: BN Tidak Belajar Dari Kekalahan

KeADILan

Kuala Lumpur, 17 April - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini membantah keras tindakan bacul Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak mengharamkan penerbitan akhbar Makkal Osai atas sebab-sebab yang tidak diperincikan.

Dalam sebuah kenyataan media, ketuanya Shamsul Iskandar mengatakan bahawa pengharaman ini dipercayai disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah laporan khas mengenai Perhimpunan Hindraf 25 November lepas, dan yang terbaru adalah laporan khusus muka depan mengenai acara Black 14 yang bertujuan meraikan pengakhiran sekatan berpolitik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“AMK menyelar tindakan KDN yang kelihatan bersikap jumud dan menghalang rakyat untuk mendapatkan input-input yang berasaskan kepada fakta sebenar yang tidak mungkin diperoleh di dalam mana-mana media arus perdana.

“Ini membuktikan betapa kerajaan sekarang betul-betul terdesak di sebalik kemelut kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang bertelagah hanya kerana mereka dinafikan majoriti dua pertiga di dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU-12) 8 Mac lepas” kata beliau.

Menuruth Shamsul, BN tidak belajar daripada keputusan PRU-12 bahawa maklumat alternatif daripada internet lebih dipercayai daripada media arus perdana disebabkan laporan berat sebelah yang sentiasa dihidangkan kepada rakyat. Sekiranya tindakan kerajaan bersifat menghukum dan zalim seperti ini terus dilaksanakan, beliau berkata, ini akan mempercepatkan lagi proses peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat. more...

Berita berkaitan: Makkal Osai minta penjelasan keputusan kerajaan tidak sambung permit penerbitan

DENDAM POLIS PADA ANWAR

Polis mahu siasat Anwar
Malaysiakini - (...) Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata polis sedang menyiasat pembabitan mantan timbalan perdana menteri itu di majlis tersebut yang, menurutnya, kemudian bertukar menjadi perhimpunan haram.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 21"Kami perlu merekod kenyataan beliau bagi memudahkan siasatan. Bagaimanapun, kami belum memanggil beliau dan kami akan berbuat demikian apabila perlu.

"Berucap di tempat awam tanpa permit polis menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tanggungjawab sosial Polis Diraja Malaysia-Public Bank hari ini.

Menurut Bernama, Muhammad Sabtu berkata hanya tiga pemimpin utama PKR sepatutnya berucap di majlis berkenaan: naib presiden Mohamed Azmin Ali, menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan pengerusi Kelab Sultan Suleiman, Datuk Mokhtar Ahmad. more...

Rakyat Sabah Kelas 2?

anakbulan

Semasa pembentukan Malaysia pada 1963, empat pihak menandatangani perjanjian tersebut; Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Termaktub untuk setiap pihak keistimewaan2 dan hak2 tertentu yang tidak boleh diganggu-gugat oleh mana2 pihak yang lain.

Dalam konteks Sabah, ia harus dilihat sebagai satu dari 3 wilayah yang membentuk Malaysia (tolak Singapura yang kemudiannya dimerdekakan oleh Tunku Abdul Rahman). Tidak patut ianya dilayan sebagai salah satu dari 13 negeri di Malaysia. Selagi Sabah dipimpin oleh mereka yang menjiwai semangat ini, tentunya mereka akan mempertahankan hak2 dan keistimewaan2 ini buat selama-lamanya.

Sabah mempunyai sistem kabinetnya sendiri, diterajui oleh 11 menteri, 30 agensi dan jabatan, dengan dibantu oleh 24000 kakitangan awam. Belanja operasinya pula mencecah RM600juta setahun.

Dalam PRU-12 yang lalu, BN Sabah menang 24 dari 25 kerusi parlimen yang ditandinginya. Dalam kedudukannya yang seteguh dan setanding Umno Johor dan Pahang itu, pastinya harapan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 5 jawatan menteri persekutuan ada kewajarannya.
Tetapi Presiden Umno berfikir sebaliknya. 2 wakil Sabah; Safie Afdal diturunkan pangkat dan kini menjaga muzium2 dan penari2 kerajaan, manakala Dr. Maximus Ongkili dipanggil semula untuk menjaga urusan kajicuaca.

Penghinaan Presiden Umno ini dipercayai sebagai punca sebenar Anifah Aman menolak jawatan Timbalan Menteri manakala Ghafur Salleh meletak jawatan, juga sebagai Timbalan Menteri tidak sampai sebulan selepas mengangkat sumpah.

Sumber dalaman Umno memberitahu, mereka menuntut sekurang-kurangnya 3 lagi jawatan menteri penuh iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Kerjaraya dan Menteri Perindustrian Antarabangsa dan Industri.

Rasionalnya memang jelas. Sabah lebih layak dari Selangor untuk memegang portfolio Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana ia adalah negeri termiskin di Malaysia. Kadar kemiskinan di Sabah mencecah 23%, sedangkan data EPU menunjukkan purata nasional adalah 3.8%.

80% kampung masih bercahayakan pelita dan penduduknya mandi di sungai dan paya. Jalan2 darat pula banyak yang layak dilalui dengan menunggang kerbau. Kenapa Umno Selangor diberikan kementerian itu, sedangkan ia adalah negeri termaju di Malaysia.

Umno Selangor juga mendapat portfolio Kerjaraya. Bukankah Sabah lebih layak? Dianggarkan JKR Sabah memerlukan RM5bilion untuk kerja2 membaikpulih 5,000 km jalan2 negeri.

Umno Sabah juga kecewa apabila jawatan Menteri MITI diserahkan kepada Umno Johor. Hasil bumi Sabah tidak sebanyak mana. Hasil balak semakin menyusut. Royalti minyak hanya sekitar RM400juta setahun pada ketika ini. Justeru, Sabah perlukan MITI untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dengan menarik lebih banyak FDI.

Perkara2 ini dipercayai telah dibangkitkan oleh pemimpin2 Umno Sabah dalam pertemuan dengan PM Badawi minggu lepas. Mereka mengingatkan PM Badawi bahawa Sabah telah dipinggirkan dan dilayan sebagai rakyat kelas dua dalam persekutuan Malaysia.

Ahli2 Parlimen dari Sabah menuntut jawatan yang lebih senior dalam kabinet persekutuan bukan sekadar kementerian2 yang tidak penting dan bukan juga sebagai penunggu jawatan timbalan menteri selama berpuluh2 tahun.

Presiden Umno itu dikatakan mengangguk2 dan membuat perakuan untuk meneliti semula jumlah perwakilan Sabah dalam kabinet persekutuan sambil menegaskan ianya akan mengambil masa.

Peliknya, dalam keadaan Presiden Umno itu didesak berundur oleh ramai pemimpin Umno di Semenanjung, pemimpin2 Umno Sabah memilih untuk terus menjadi rakyat kelas dua. Bukankah PKR telah memberikan ruang untuk rakyat Sabah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan saudara2 mereka di Semenanjung?
lawati: http://bulanpenuh2012.blogspot.com

Posting terkini

Blog Archive