Isu 'hero' cetus kekecohan dalam Dewan
harakahdaily - [...] Topik ingin menjadi hero kepada golongan bukan bumiputera telah mencetuskan kekecohan di dalam sidang Dewan Rakyat pagi ini.
Ia didakwa oleh Menteri Pembangunan Awam dan Koperasi, Dato' Mohd Noh Omar ketika diajukan soalan tambahan ketika sesi soal jawab lisan oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang meminta pihak kementerian menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kerajaan kepada golongan bukan bumiputera terutamanya kaum India.
Namun, Noh dengan sengaja menuduh Siti Mariah sebagai ingin menjadi hero kepada golongan bukan bumiputera yang menurutnya sebelum ini biasanya diutarakan oleh Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).
"Biasanya isu bukan bumiputera ini dijuarai oleh YB Ipoh Timur, tapi kali ini seolah-olah Kota Raja ingin menjadi hero untuk membela golongan ini.
"Kerajaan tetap menyediakan peruntukan yang khusus kepada golongan bukan bumiputera tanpa menjadikan isu perkauman sebagai penghalang kepada penyaluran bantuan kepada mereka,
"cuma pembangkang sahaja yang sering menuduh kerajaan mengambil kesempatan memainkan isu perkauman ini," ujarnya sambil disambut suara yang tidak berpuas hati dengan kenyatan tersebut.
Tegasnya lagi, hal tersebut membuktikan bahawa pihak pembangkang yang sebenarnya sengaja mencetuskan isu perkauman ini sebaliknya BN tidak bersifat perkauman.
Kenyataan Noh tersebut mencetuskan kegawatan dalam dewan sehingga menyebabkan Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam) bangkit mengemukakan 'point of order' yang menyatakan tuduhan Noh tersebut sebagai menyeleweng daripada fakta yang sepatutnya.... selanjutnya.
no2umno - dah memang mentaliti perkauman UMNO, kalau Melayu untuk melayu dan bangsa asing untuk bangsa asing. Patut lah UMNO kecundang tahun ni. Otak pemimpin dah sama taraf dengan otak udang. Noh Omar .... otak British. Muka cam Melayu perasan orang putih.
Jun 26, 2008
Melayu untuk melayu, India untuk india - mentaliti UMNO
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 7, 2008
Menteri kata jangan .......
Mungkin maksud Noh Omar jangan duduk ditepi perigi dan tangguk air yang berkeladak. Ntah aku tak paham apa yang Noh Omar katakan, korang pikirkan sendiri .....
Bas, lori dilarang naik tambang, sewaMacamana tak tangguk air keruh, kalau air yang jernih dah tak der. Nak minum apa .... Ehhh betul ke aku cakap ni?
Malaysiakini - "Saya memberi amaran supaya jangan menangguk di air keruh. Kami boleh membatalkan permit mereka.
"Mereka masih mendapat subsidi petrol melalui 'fleet card' sebanyak 70 peratus dan membayar hanya RM1.45 untuk seliter," katanya ketika ditemui di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan para pengusaha lori hari ini mula menaikkan kadar sewa sebanyak 35 peratus berikutan keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel Rabu lalu.... selanjutnya.
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dadah: Adik Noh diperintah bela diri
buletinonline - Adik Noh Omar yang dituduh mengedar dan memiliki dadah diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini ( 6 Jun)
(Foto : Jusnaidi berbaju putih)
Hakim Datuk Ian H. C. Chin memutuskan demikian terhadap Mohd Jusnaidi Omar, 36. Mahkamah menetapkan 16 Jun ini untuk mendengar keterangan bela diri tertuduh.
"Selepas meneliti penggulungan hujah kedua-dua pihak, mahkamah membuat keputusan supaya tertuduh dipanggil membela diri," kata Hakim Chin.
Tertuduh, Mohd Jusnaidi Omar, 36, diwakili dua peguam bela, Zahir Hussein Ahmad Shah dan Hamid Ismail, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim bersama Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun.... selanjutnya.
no2umnO - nampak gaya macam abang nya .... cehhhhh adik menteri la katakan .....
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Kes edar Ganja, adik Noh Omar diminta bela diri
Alllaaaaahhhhaiiiii... geli geleman aku dengar tajuk berita ni .... Sebut aje Adik Noh Omar ape de hal? Aku ingat tak der layanan istimewa kalau menteri pun. Tapi sembunyi sembunyi konon. Apa yang ditakutkan dek wartawan dan editor media perdana ni. Macam bukan jantan je.
Diperintah bela diri - Kes adik menteri edar ganja
Utumeloya - Adik kepada seorang menteri yang dituduh mengedar dan memiliki dadah diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Ian H. C. Chin memutuskan demikian terhadap Mohd. Jusnaidi Omar, 36. Mahkamah menetapkan 16 Jun ini untuk mendengar keterangan bela diri tertuduh.
"Selepas meneliti penggulungan hujah kedua-dua pihak, mahkamah membuat keputusan supaya tertuduh dipanggil membela diri," kata Hakim Chin.
Tertuduh, Mohd. Jusnaidi Omar, 36, diwakili dua peguam bela, Zahir Hussein Ahmad Shah dan Hamid Ismail, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim bersama Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun.
Kes ini mula dibicarakan pada 26 Mei lalu dan pihak pendakwa telah memanggil 13 orang saksi.
Bagi tuduhan pertama, Mohd. Jusnaidi (gambar) yang beralamat di No 211, Blok 37, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor didakwa mengedar dadah ganja seberat 1,011.04 gram di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007.... selanjutnya.
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 6, 2008
Kalau bodoh, jangan jadi menteri
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mempersoalkan hasrat pengusaha pengangkutan awam yang mahu menaikkan kadar tambang atau caj perkhidmatan sedangkan mereka semua mempunyai kad fleet dan masih menikmati subsidi diesel yang diselaraskan pada harga RM1.43 seliter.Kalau noh omar hairan pengusaha naik kan tambang, rakyat juga hairan kendapa kerajaan naikkan harga minyak. Dah banyak kali pesan, kalau bodoh, jangan jadi menteri.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada semua syarikat pengangkutan awam termasuk pengusaha bas, lori dan teksi tersebut supaya tidak menaikkan tambang sesuka hati atau berdepan dengan kemungkinan permit mereka digantung atau ditarik terus. - Utusmeloya
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Jun 5, 2008
Kenyataan merapu dari Noh Omar
Kenyataan dari seorang menteri yang ............. Datuk Noh Omar.
Tiada sebab kenaikan tambang pengangutan awam: Noh OmarDia paham ke apa dia cakap? Hello Bro ... mana boleh cakap jer...kena kira. Kalau tak payah kira cakap jadi merapu.....macam wa.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata tidak ada sebab yang kukuh bagi pengusaha pengangkutan awam untuk menaikkan tambang ekoran kenaikan harga minyak dan diesel mulai hari ini kerana mereka memiliki “kad fleet” yang membolehkan mereka mendapatkan bekalan pada harga lama.
"Kenaikan harga minyak tidak membabitkan kenaikan harga minyak kepada pemegang kad fleet iaitu pengangkutan awam oleh kerana harga minyak (diesel) yang ditentukan kepada pengangkutan awam kekal pada RM1.43 (seliter).
Tidak ada sebab tambang perlu dinaikkan untuk pengangkutan awam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bharian
Labels: Belit Noh Omar, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 12, 2008
Beri semula permit teksi individu
malaysiakini - [...] Kerajaan sedang mengkaji mengeluarkan semula permit individu selepas muncul masalah akibat pemberian lesen kepada syarikat, kata menteri pembangunan usahawan dan koperasi Datuk Noh Omar.
Beliau berkata pemberian lesen kepada pemandu individu membolehkan perkhidmatan teksi di negara ini diperbaiki.
"Kita sedar ada pelbagai masalah timbul apabila lesen teksi diberikan kepada syarikat termasuk isu kos sewa dan sewa beli teksi yang tinggi, pendapatan pemandu tidak setimpal, kebajikan pemandu tidak dijaga dan masalah (pemandu) tidak guna meter dan tidak mahu ambil penumpang," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 1, 2008
Motivation with Barisan Najis: INDIFFERENCE
by - mob 1900
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MARI LAWAT BLOG NOH OMAR
Blog baru noh omar
Yang menarik untuk dilihat ....
Jawatan Noh Omar - Rujuk nohomar.blogsport
Post Held in Politics :-No2umnO - Mungkin ini lah di cari oleh mereka selama ini. Berbangga sangat kerana penuh 'calling card'. Berapa tangan mereka ada?
· Chairman of UMNO Malaysia Anti Drug Bureau (2004 -present)
· Head of UMNO Division, Tg. Karang, Selangor (present)
· Committee Member of UMNO Information Bureau, Malaysia (present)
· Committee Member of, UMNO Training Bureau, Malaysia (present)
· Chairman of UMNO Politics Bureau, UMNO Tg. Karang, S’gor (present)
· Committee Member, International UMNO Youth Bureau, UMNO Malaysia (1996-1999) : Penolong Ketua Majlis Antarabangsa, Ahli Majlis Pendidikan Ahli Majlis Belia.
· Committee Member of UMNO Youth, Selangor (1994-1995) : Committee Member of Information and Editorial Board of Voices of Youth magazine.
· Chairman of UMNO Youth, Parit 2, Sg. Burung, UMNO, Tg. Karang (1994-1995) .
· Chairman of UMNO Youth, UMNO Parit 2, Sg. Burung, UMNO Tg. Karang (1990-1994)
· UMNO member of Tg. Karang since 1976.
Post Held in Voluntary Organization :-
· Deputy President of Belia 4B, Malaysia (1999-present)
· Chairman of Alumni UMNO Overseas Clubs (NGO) (2000-present)
· Member of Malaysian Youth Council (1995-98)
· Chairman of Sports and Arts Bureau of Belia 4 B Malaysia (1995-98)
· Deputy Honourable Secretary of Belia 4B, Malaysia (1991-94)
· Vice President (III), Belia 4B, Selangor (1997-present)
· Exco of Belia 4B, Selangor (1995-97)
· Deputy Honourable Secretary of Belia 4B, Selangor (1991-1994)
· Chairman of Belia 4B, Tg. Karang (1995-97)
· Committee Member of Belia 4B, Tg. Karang (1991-94)
· Committee Member of Belia 4B, Cawangan Batu 12, (1975-present)
Sg. Burung, Tg. Karang dan Member of Belia 4B, Cawangan
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 21, 2008
KESIAN NOH OMAR
Pembangkang berpecah di Selangor?
Utusan - Rakyat Selangor diseru supaya bersatu dan bersedia menghadapi kemungkinan perpecahan dalam pakatan pembangkang yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP yang ketika ini memerintah negeri ini.
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar berkata, pakatan ketiga-tiga parti berkenaan terlalu 'rapuh' dan tidak berada pada landasan atau matlamat yang sama untuk menerajui negeri itu.
Katanya, keadaan sedemikian jelas dilihat pada pilihan raya umum lalu dengan penggunaan simbol masing-masing dan bukannya berpegang kepada satu simbol seperti Barisan Nasional (BN).
Malah, tiada satu parti pun termasuk BN sendiri berjaya mendapatkan kemenangan majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri yang memerlukan 29 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Menurutnya, Selangor kini diperintah sebuah kerajaan yang lemah kerana tiga parti itu sebenarnya, mempunyai ideologi berbeza dan hanya bergabung untuk membentuk kerajaan negeri semata-mata.
"Kita tahu Pas yang bercakap tentang negara Islam tetapi DAP sudah beri amaran kepada Pas jangan lagi cakap mengenai perkara itu. more...
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Apr 18, 2008
Noh Omar's Silly Statement...
enarip - UMNO should organize some communication (or what most will call "PR") classes for their top layer...
Tanjung Karang's Noh Omar was speaking to reporters about the controversial pig farming project in Selangor last week:
Check out his words in the following vid: (he appears about 2.5 minutes into the vid)
"Ini hadiah pertama lah... Hadiah dan anugerah yang pertama lah, yang diberi oleh kerajaan Selangor, kepada rakyat Selangor... yang errr... dalam pilihanraya lepas, errr yang menyokong parti pembangkang... yang hendakkan pembaharuan... maka inilah pembaharuan yang dibuat." more...
Labels: Belit Noh Omar, Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
