KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 18, 2008

Wanita UMNO naik angin...Rafidah nak berundur

Agendoldaily
Pengumuman jemaah menteri oleh Perdana Menteri hari Selasa yang tidak menyenaraikan wakil Wanita UMNO menyaksikan pergerakan itu mengadakan mesyuarat exco tergemparnya hari ini yang difahamkan bersetuju untuk membuat rayuan berhubung kedudukan wakil wanita di dalam kabinet. Selain itu, salah seorang exco wanita yang ditemui selepas mesyuarat exco pergerakan itu berkata, Ketuanya, Datuk Seri Rafidah Aziz turut menyatakan kemungkinan beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua pergerakan itu. Rafidah yang mempengerusikan mesyuarat tersebut di ibu pejabat Wanita UMNO di Menara Dato' Onn Kuala Lumpur bagaimanapun mengelakkan diri daripada ditemui wartawan. Difahamkan juga sekumpulan exco dan ahli-ahli wanita UMNO telah pergi ke Putrajaya dalam usaha untuk menemui Perdana Menteri bagi menyatakan rasa tidak puashati mereka berhubung dengan ketiadaan wakil Wanita UMNO di dalam kabinet.


Wanita UMMO…patah sayap terbang jua
Pergerakan Wanita UMNO juga menghadapi tsunami dalam kabinet baru Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Ia tidak ada seorang pun wakil dalam kabinet bila Datuk Seri Rafidah Aziz digugurkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri manakala Datuk Shahrizat Jalil ,bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga tewas di kerusi parlimen Lembah Pantai.Sebaliknya produk Puteri UMNO Datuk Azalina Othman Said kekal dalam kabinet ditukar dari Kementerian Belia dan Sukan ke Kementerian Pelancongan.Juga Ketua Puteri sekarang Datuk Noraini Ahmad,ahli parlimen Parit Sulong dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia

Aku Bukan Kontraktor

nafastari

Pilihanraya Umum ke-12 Malaysia bukan sahaja menggemparkan seluruh penyokong dan pendokong UMNO/BN yang sekian lama mendabik dada sebagai kuasa terbesar yang menentukan arah dan halatuju kepimpinan demokrasi di Malaysia malah juga mengejutkan pihak pembangkang yang lansung tidak menyangka akan memerintah sehingga 5 buah negeri: Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak.

Pada malam pengumuman keputusan, media arus perdana yang sememangnya berat sebelah itu terpaksa mengheret panjang cerita tentang kekocohan di Rusila kerana kononnya penyokong PAS telah menghalang orang ramai daripada pergi mengundi, padahal orang-orang di Terengganu sememangnya telah maklum akan kemunculan pengundi hantu yang telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu yang sangat terdesak untuk menang dan terus mengumpul harta bertimbun. Sungguh lega rasanya apabila tiada lagi bebelan “Kita sudah berada di landasan yang betul….” Teringat kata-kata Hayatuddin, “… tapi kita berada di gerabak yang salah”.

Tiada apa yang diharapkan dari sebuah kerajaan di Malaysia ini. Penulis yang bukan seorang kontraktor mahupun ahli politik, akan terus hidup seperti biasa. Tiada apa-apa kepentingan peribadi yang hendak dijaga, lalu sesiapa pun yang akan menjadi kerajaan itu tidak akan membawa banyak perubahan kepada kehidupan seharian.

Cuma sebagai seorang individu yang ingin menjadi warganegara yang baik di sebuh negara demokrasi yang bertamadun, penulis mengharapkan kita mempunyai pemimpin yang telus dan amanah. Prinsip demokrasi dan perlembagaan dihormati dan dipatuhi terutamanya oleh pihak berkuasa yang memerintah, tiada sesiapa pun yang berada lebih tinggi daripada undang-undang. Jika anda terlibat dengan rasuah, tindakan undang-undang mesti dikenakan ke atas anda walaupun anda seorang raja, perdana menteri atau ketua pengarah di jabatan kerajaan.

Nabi Muhammad pun pernah bersabda, “Demi Allah, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri, niscaya akan aku potong tangannya”. Sepatutnya tiada amalan kronisma dan nepotisma yang dibenarkan dalam sebuah negara yang bertamadun, dan sebab itu jugalah dikatakan menjadi punca kepada kejatuhan pemerintahan Khalifah Usman Ibn Affan.
Media sepatutnya perlu belajar sesuatu daripada keputusan pilihanraya ini. Kerana dengan menggambarkan sesuatu dengan tidak tepat atau menambah-reka cerita yang bukan-bukan dengan berulangkali tentu sahaja akan membuat penonton berasa meluat dan menyampah. Bukankah kalau seseorang itu baik, lambat-laun orang ramai akan tahu juga dia baik? Rakyat juga semakin terbuka dan berpengetahuan, bukan seperti di zaman 60-an dulu. Jadi bahan-bahan di media juga mesti dipersembahkan selari dengan perkembangan intelektual orang ramai, kalau tidak pasti sahaja media tersebut akan dicap sebagai bodoh dan ketinggalan zaman.

Ramai yang mengatakan SPR sudah menjalankan tanggungjawab dengan adil dan telus kerana pembangkang pun berjaya memenangi pilihanraya di Malaysia. Bagi penulis ini bukan ukurannya. SPR perlu bukan sahaja perlu adil dan telus, tetapi mereka perlu dilihat sebagai adil dan telus. Jika masih ada kritikan-kritikan yang secara jelas memperlihatkan kesilapan bodoh mereka bermakna mereka masih belum mencapai tahap yang boleh dipuji. Pengadil tidak boleh berpihak dan tidak boleh menunjukkan mereka berpihak.

Lalu UMNO sekarang sibuk membuat demonstrasi (dulu ianya bukan budaya mereka)di Pulau Pinang kononnya memperjuangkan Melayu Pulau Pinang yang terpinggir lantaran DAP telah berkuasa dan mengisytiharkan untuk tidak menghapuskan dasar DEB. Kenapa sekarang, kenapa dulu mereka tidak berdemonstrasi untuk memperjuangkan nasib-nasib Melayu sewaktu cina Gerakan memerintah di sana? Kerana DEB hanya menguntungkan sebahagian kumpulan kecil yang mempunyai hubungkait dengan pemerintah, sebab itulah agaknya orang UMNO perlu berdemonstrasi kerana mereka mungkin akan kehilangan banyak projek.

Sebagai seorang Muslim sudah tentu penulis ingin melihat negara sendiri menjadi islamik dan persekitarannya kondusif untuk membesarkan anak-anak untuk menjadi Muslim dan warganegara yang baik. Kita juga berhasrat untuk tinggal di sebuah negara yang harmoni, bersih, bertamadun, selamat dan mempunyai pemimpin-pemimpin yang berintegriti. Tetapi kalau itu belum mampu dapat dilakukan oleh seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam mengapa tidak kita berkongsi kuasa dan memberi peluang kepada orang lain untuk melakukannya. Lagipun keistimewaan orang Melayu itu sudah pun terjamin di bawah perlembagaan persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara.

Sudah tiba masanya kita sendiri yang menentukan nasib dan masa depan kita. Marilah kita bangsa Malaysia bersatu dan menentang segala semangat perkauman yang boleh meruntuhkan bangsa kita. Kita menyokong sesiapa sahaja yang mampu membuat perubahan ke arah kebaikan tanpa melihat kepada perbezaan warna kulit kita. Makkal sakhti!

Majoriti senyap dalam Umno sokong Mukhriz, Ku Li?

 Oleh A Kadir Jasin

MANAKALA Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, terus mendapat sokongan dan ikrar taat setia daripada kelompok kuasa dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam parti itu, gerakan ke arah memaksa beliau menerima tanggungjawab dan meletakkan jawatan juga semakin hebat.

Hakikat bahawa kelompok-kelompok kuasa dan pihak-pihak yang berkepentingan ini, termasuk ahli Majlis Tertinggi, anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua, terus menyokong Abdullah tidaklah sukar difahami.

Antara faktor yang memaksa mereka terus menyokong Abdullah dan taat setia kepadanya adalah:

1. Mereka sama ada bersekongkol dengan beliau atau turut menjadi punca pengundi menolak Umno dan Barisan Nasional;

2. Mulut mereka dikunci dan terkunci kerana Abdullah masih mempunyai cukup kuasa dan pengaruh untuk menentukan nasib dan periuk nasi mereka;

3. Kerana keperibadian mereka tercela (compromised) dan boleh dijadikan bahan peras ugut politik – political blackmail;

4. Mereka tidak lagi mempunyai pautan yang bebas dan akrab dengan ahli akar umbi Umno untuk memahami dan merasai kemarahan ahli biasa Umno; dan

5. Mereka mungkin bukan lagi orang yang sesuai menerajui Umno dan Kerajaan kerana kedudukan mereka yang tercela (compromised) itu akan mendorong mereka bersekongkol (conspire) untuk melindungi satu sama lain.

Walaupun media massa arus perdana masih takut untuk menyiarkan berita yang tidak memihak kepada Abdullah selain menguar-uarkan kecaman terhadap Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, khalayak sudah tahu mengenai tekanan ke atas Perdana Menteri.

Surat Mukhriz bertarikh 12 Mac sudah pun diketahui umum apabila media massa alternatif dan media asing mendedahkan kewujudannya.

Kesedaran mengenai surat Mukhriz yang, antara lain, menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan, menjadi semakin luas apabila media massa arus perdana mula menyiarkan berita serangan terhadap beliau oleh pengikut-pengikut Perdana Menteri, khasnya Ketua Pemuda Hishammuddin Hussein.

Kemudian semalam (16 Mac), laman berita bebas Malaysiakini mendedahkan mengenai surat Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kepada 193 bahagian Umno menggesa mereka menuntut agar Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan.

Antara lain, Tengku Razaleigh, 70 tahun, yang pernah menjadi Naib Presiden Umno dan Menteri Kewangan, mencadangkan agar mesyuarat itu membincangkan pencapaian buruk Umno dalam pilihan raya.

Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan 11 Mei sebagai tarikh mesyuarat itu bagi mengambil sempena penubuhan Umno pada tanggal itu pada tahun 1946.

Tengku Razaleigh berkata kepimpinan dan keahlian Umno tidak seharusnya menuding jari kepada orang lain dan cuba membersihkan tangan daripada tanggungjawab kekalahan teruk parti. Katanya parti tidak seharusnya membenarkan kepemimpinan atasan melakukan kesilapan yang begitu besar.

Tegasnya lagi, ini adalah tanggungjawab bersama -- tanggungjawab semua ahli Umno dan kepemimpinan, Umno di semua peringkat daripada cawangan ke bahagian dan Majlis Tertinggi dan bukan tanggungjawab beberapa orang pemimpin atasan sahaja.

Adalah menakjubkan yang begitu ramai pembesar Umno, sama ada yang masih bergayut kepada kuasa atau yang sudah dinyahkan oleh pengundi, terus membisu dan menipu diri dengan berpura-pura seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.

Atau apakah kebisuan sebahagian besar daripada mereka membawa maksud mereka bersetuju dengan pendirian Tengku Razaleigh dan Mukhriz?

Majoriti senyap – silent majority - sudah bersuara. Kalau kepemimpinan atasan Umno tidak cacat pengelihatan, pendengaran dan percakapan, mereka sudah pasti dapat melihat, mendengar dan mengakui wujudnya amaran buruk di dinding benteng pasir mereka.

Ulama besar Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim pernah dipetik oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra sebagai berkata:
“Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita.”

Anwar: Umno in turmoil

Kabinet Baru Untungkan Singapura?

Lah-khairy.jpgkuda-kepang.

Di bawah ini saya siarkan sepenuhnya komen seorang pengunjung blog ini yang menggunakan nama Pemerhati. Kandungannya amat memeranjatkan. Komen beliau adalah seperti berikut:


Salam kepada Datuk dan pembaca. Kawan tidak terkejut barisan kabinet hari ini. Adakah anda tahu kabinet ini menguntungkan negara jiran selatan kita? Masih ragu dan tidak mempercayai? Tunggu dan lihat. Anda tentu tidak menyangka sama sekali apa akan berlaku tidak lama lagi. Anda perlu ingat mengapa menantunya (Khairy Jamaluddin) berada di negara jiran (berkenaan) selepas PRU12. Tolong fikir demi kedaulatan tanah air kita tercinta. Salam Perjuangan Anak Johor. – Pemerhati, 18 Mac 2008, jam 7:54 malam.

Saya tidak dapat pastikan maksud sebenar komen di atas. Mungkinankah “negara jiran” yang dimaksudkan adalah Singapura? Apa kena mengena kabinet baru Malaysia dengan Singapura? Apa pula kaitan barisan kabinet tersebut dengan pemergian Khairy ke Singapura? Adakah Khairy di Singapura untuk mendapatkan nasihat pihak tertentu bagi kabinet ayah mertuanya?

Susah untuk dirasionakan komen di atas. Tetapi, dalam keadaan mutakhir ini, yang mustahil mungkin jadi realiti. Mungkinkah begitu? Contohnya, desas-desus kini amat kencang mengatakan bahawa sebuah entiti perniagaan yang besar dari sebuah negara jiran tertentu dikatakan akan membeli saham di sebuah syarikat penjana tenaga letrik tertentu di negara ini tidak lama lagi. Siapakah syarikat dari negara jiran itu, dan siapa pula syarikat penjana kuasa letrik yang berkenaan? Kita tunggu dan lihat apa perkembangan selanjutnya di era Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas PRU12! Ruhanie Ahmad

Kain rentang suara rakyat sokong Tuanku 'dicuri'?

KUALA TERENGGANU, 18 Mac (Hrkh) - Siapa bakal Menteri Besar yang akan mengetuai kerajaan negeri Terengganu masih dalam dilema dan menjadi teka-teki sejak Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar (MB) dan Ahli Exco Kerajaan Negeri yang sepatutnya diadakan pada 10 Mac lalu di Istana Maziah pula dibatalkan di saat akhir.

Maka, akhirnya pecahlah 'tembelang' bahawa pihak Istana kurang senang dengan calon MB Terengganu yang sebelum ini disandang oleh Dato� Seri Idris Jusoh.

Image Berikutan itu, sebanyak 60 keping kain rentang (banner) yang dipasang 'warga kota' (rakyat) dan disokong oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu 'hilang' hanya beberapa jam tergantung.

Antara slogan yang tertera pada kain rentang berkenaan berbunyi 'Daulat Tuanku, Patik Rakyat Terengganu Berdiri Teguh Di belakang Tuanku', 'Daulat Tuanku, Selamatkan Terenggnau Darul Iman' dan 'Jangan Lo' Patrick Lim Mengatur Kuasa Politik Dan Harta Rakyat Terengganu' dipasang di seluruh lokasi utama di ke pusat Bandaraya ini.

Harakahdaily difahamkan, kain rentang tersebut bagi menyatakan sokongan serta pendirian rakyat berdiri teguh di belakang Tuanku Sultan yang turut dipasang oleh beberapa NGO di negeri ini, semalam.

Bahkan, menurut sumber yang boleh dipercayai terdapat juga di kalangan pemimpin dan pengikut Umno/BN Terengganu cukup 'meluat' dengan kepimpinan Idris tetapi tidak berani bersuara secara berdepan.

Mereka (Umno) hanya berani 'di belakang' dan menyatakan kesediaan memprotes secara 'senyap' kerana dibimbangi tindakan dari Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato� Seri Idris Jusoh.

Ini kerana, kata sumber terbabit bekas Menteri Besar itu dikatakan telah 'mengamanahkan' kepada Pemuda Umno Terengganu bagi mengawasi serta memantau perkembangan isu perlantikan MB.

Difahamkan juga, sebarang poster, kain rentang (bennar) atau apa-apa sebaran am berkaitan isu MB dengan pihak Istana Tuanku akan dirampas, dicuri serta dihilangkan dari pengetahuan orang ramai.

Pemuda Umno didakwa menjalankan operasi khas tersebut 24 jam agar berita gelombang pihak Istana dan rakyat menolak kepimpinan Idris Jusoh sebagai MB Terengganu tidak heboh.

Namun begitu, ibarat kata pepatah Melayu bahawa Umno Terengganu cuba menutup 'bangkai gajah dengan sehelai daun' yang pasti akan diketahui akhirnya.

Sumber Harakahdaily memaklumkan sehingga petang ini (18 Mac) tarikh perlantikan Menteri Besar Terengganu itu masih menjadi teka-teki di kalangan rakyat kerana belum mendapat lampu hijau dari pihak Istana. - mns

Mukhriz terlepas

malaysiakini

Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir, yang mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan, tidak dikenakan sebarang tindakan ketika mesyuarat pergerakan itu hari ini.

Di sidang akhbar selepas mesyuarat, ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pergerakan itu menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri dan juga presiden Umno.

"Kita serah kepada perdana menteri untuk menyelesaikan isu Mukhriz," katanya.

hishammuddin hussein 03Dalam mesyuarat itu, tambahnya, Mukhriz memaklumkan surat itu memang ditulis olehnya dan diutus secara peribadi kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan salinannya dikirim kepada semua empat pemimpin atasan parti.

"(Mukhriz kata) beliau tidak membocorkan surat itu kepada umum," kata Hishammuddin.

Katanya, mulai sekarang Pemuda Umno tidak boleh lagi memandang rendah pada parti-parti pembangkang kerana mereka boleh mencatat kemenangan tanpa disangka-sangka.

Beliau juga memaklumkan Pemuda menubuhkan satu kumpulan khas untuk mengkaji perkembangan di lima negeri yang jatuh ke tangan PKR, DAP dan PAS, serta cuba mengatasi kelemahan untuk merampasnya kembali.

Mesyuarat pertama exco Pemuda Umno selepas pilihanraya umum 8 Mac turut menerima laporan prestasi calon-calon pergerakan itu di semua negeri, tambah Hishammuddin.

mukhriz mahathirSementara itu Mukhriz memberitahu media, beliau tetap dengan pendiriannya seperti tercatat dalam suratnya.

"Saya mendapat banyak panggilan telefon dan mesej SMS yang menyatakan pendirian yang sama," katanya.

"Kita mahu parti jadi lebih relevan dan diterima semula oleh orang ramai," tambahnya.

Anak bongsu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun menegaskan beliau tidak mengetahui pihak-pihak yang membocorkan suratnya kepada umum.

Surat bertarikh 12 Mac itu mula beredar di internet sehari selepas itu.

abdullah ahmad badawi pak lah 110907Melalui surat itu, Mukhriz mengulangi gesaan bapanya agar Abdullah melepaskan jawatan perdana menteri sebagai menerima tanggungjawab atas ketewasan besar-besaran BN.

"Hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri dan presiden Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat pemulihan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jaya," kata Mukhriz dalam suratnya.

Salinan surat itu diserahkan kepada timbalan Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak, dua naib presidennya Datuk Wira Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga setiausaha agung Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Mengulas desakan tersebut, Abdullah minggu lepas menyerahkan isu Mukhriz itu kepada Pemuda Umno.

Ditemui media selepas mesyuarat Pemuda tadi, Mukhriz juga berkata beliau kini gembira kerana sudah wujud ruang bersuara dalam Pemuda Umno.

"Pemuda (Umno) perlu ada satu ruang untuk membolehkan ahli dan orang ramai meluahkan perasaan mereka terhadap parti," katanya.

"Perkara ini saya nyatakan kepada Datuk Seri Hishammuddin dan exco-exco yang hadir."

Idris Jusuh : Menang dalam tangisan

alhusseyn51

Kini, telah masuk hari kesembilan, namun Terengganu masih tidak punyai Menteri Besar. Rakyat negeri lain telah menerima perkenan istana masing-masing berhubung jawatan menteri besar.

Kemelut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Idris Jusoh yang tidak menerima perkenan Tuanku menjadi semakin kusut dan sukar dirungkai, apabila tindak-tanduknya berhimpun haram dan tandatangan petisyen oleh juak-juaknya, seolah-olah ‘berseteru’ dengan Tuanku Sultan Mizan. Laporan Buletin Online Tiada petunjuk jelas mengenai persediaan bagi mengadakan majlis itu. Semua pihak yang dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta pihak media menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh pihak istana.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong pula dilaporkan enggang menjawab sebarang soalan berkaitan dengan isu itu.

Sementara dari satu sumber Umno Terengganu yang diterima lewat malam ini pula 'mengesahkan' bahawa Idris sudah pasti tidak akan dilantik menjadi MB Terengganu. Nama Adun Telok Pasu, Abdul Rahin Mohd Said (foto) dikatakan sudah diperkenan oleh Sultan Terengganu untuk mengganti Idris.

"Nama Datuk Rahin adalah satu-satu nama setakat ini yang diperkenankan oleh Sultan," ujar sumber berkenaan. Lihat laporan MSO di sini

Has the BN learned its lesson not to mess with Bloggers yet?

mahaguru58.

I have a gnawing question for the battled, bruised and toothless BN propaganda machine?
Have you learned your political lessons yet in not trying to mess with the Malaysian bloggers?

When we Bloggers started to expose the wrongdoings of the former cabinet ministers, we were ostracized and insulted day in day out by every top leader of the still arrogant BN?

When all we wanted was for the BN to rule over the nation fairly and not to discriminate against any Malaysian based upon his or her race or faith, we were brushed aside and condemned as petty nuisances?

We were even warned by the then Malaysian Youth & Sports Minister Azalina Othman who said "They think they can get away with it but it is not the case as they too are being monitored," and that bloggers were cowards and a nuisance to the ruling (BN) party".

Well, for all the cowardice that she accused us of , we sure proved our bravery in writing for the truth and helped our fellow Malaysians to know about the real situation throughout the nation!

What the hell for should we be afraid of telling the truth?

I mean I know that there are anonymous commenter's and those who blog under a pseudonym but the growing number of us who blog using our true names, publish our pictures and contact details show the whole world that Malaysian Bloggers are true rightful citizens of this country who blog as we do because we love our nation and only want to see true justice be practiced by everyone who holds public office or wants to rule over Malaysia?

The Barisan Nasional has been in power way too long for it's own good.

Being in power for such a long, long time only gives way to arrogance to creep in the ruling party and reduces them to being despots and tyrants who fail to keep in touch with the Malaysian grassroots communities.

The invincible barrier between the ruling politicians and the long suffering Malaysian public is further compounded by the BN ministers failure to listen to our dissatisfactions and the result showed itself for the first time after 50 miserable years of the Malaysian public finally getting the awareness to stand up and teach the BN a lesson!

50 long suffering years of listening to the BN's meanisters call us this and that and the brutal manner by which the BN used the security apparatus to whack, smash, kick and humiliate the Malaysian people into submission just pissed us off so much that there were people ready to die out there on our nation's streets to avenge their honor and defend their faith all because the BN DID NOT LISTEN OR CARE about us Malaysians!!!

I suggest to Abdullah Ahmad Badawi to learn from this electoral beating which we Malaysians have given him and his bunch of goons in designer suits!


























When you forget about those who have been crying out to you by way of engaging and taking part in so many protests and got beaten, bloodied, bruised, walloped, kicked, stepped on, dragged, slapped, punched, elbowed, pushed, scraped, teargassed, acid bathed, imprisoned, humiliated, incarcerated and denied their rights to a free, fair and compassionate government, then you have lost that right to rule over us, Malaysians!


The people's hearts and minds have been broken so many times by the BN's ruthless manner of oppressing the rakyat that the rakyat have grown to despise you and whomever you try to put us to us as your cabinet ministers.

You have betrayed the trust and hope that Malaysians had in you when you took over from Mahathir.

You have dismissed us off as those whom you do not have the time to listen to?

You badmouthed us Malaysian Bloggers as people who have nothing better to do and pooh poohed us away as if you are the Supreme Leader you imagine yourself to be?

Wake up dear Abdullah Badawi and try to remember the promises that you made?

Try to recall the statements you uttered telling us that you are not looking for the millions and are instead the seeker of Imam Al Ghazali?

You got caught up in the world of luxury and the company of beautiful women when Kak Endon returned to Rahmatullah.

You reneged on your sworn promises to give us a better Malaysia.

You instead made us suffer much more worse than what we saw take place during Mahathir's watch?

You ordered the FRU to beat up our fellow Malaysians who were forced to protest against you and your tyranny!

That, the Malaysian people will never ever forget!

Today, you are experiencing the consequences of messing with the Rakyat.

Today, UMNO is at its lowest stage of existence as a Malay nationalist party and the MIC together with the MCA be cut down to size by the voters of Malaysia!

In the next Malaysian General Elections, from the looks of it, the Malaysian people will be reciting the 'Talqin' for the BN.

Bloggers are just responsible Malaysians watching out for our beloved country.


















Instead of waging a psychological war against the Malaysian Bloggers and the people, the BN would do better to learn as to how to capture the hearts and minds of us all by being good leaders in the true sense of the word and learn to be humble and moderate as per the likes of the Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat and the other leaders of the Barisan Rakyat?












Did you hear about Penang Chief Minister Lim Guan Eng refusing to spend RM100,000.00 of the Penang State Government money on refurbishing the official CM's Residence which has a leaking roof and chooses to stay at his father's house in order to save money?













Have you heard about the Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim who asked the Selangor State Secretary NOT TO purchase a new official car for him and that he will use his own car to travel?

Did you also hear about him ordering the Selangor State Secretary NOT TO carry out any renovations of his MB office and to leave the furnitures as it is to save unnecessary expenditures from the Selangor State coffers?

It is things like this which the BN failed to observe and as a result are now suffering the consequences of their arrogant and lavish ways.

Be nice to us.


Please.

SAMBUTAN MAULIDDURRASUL CUBA DI SABOTAJ ADUN UMNO

wrlr

Kemenangan sudah dan seharusnya perancangan dan perlaksanaan adalah agenda utama kita. Demi agama dan bangsa setiap dari kita dipertanggungjawab untuk melakukan yang terbaik. Proses mengatur organisasi sedang giat dijalankan walau terdapat ruang dan sedikit longgar dalam meletakan individu berkaliber ditempatnya.

Saudara

Majlis Maulidur Rasul di peringkat negeri akan dilaksanakan pada 20/03/08. Program ini merupakan program pertama kerajaan baru alternatif namun sudah ketara ada pihak berhasrat untuk sabotaj dan menggagalkan acara itu, justeru itu saya rasa terpanggil dan berharap dengan bantuan rakan rakan kita mampu membuktikan pada musuh serta agen agen munafik bahawa setiap yang benar pasti mendapat pembelaan. Diantara intipati acara adalah seperti berikut :-

PROGRAM : MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI
KEHADIRAN : 4 - 5 RIBU
TETAMU : YAB AHMAD FAIRUS (TIM. KETUA MENTERI)
KONTIGEN : AGENSI KERAJAAN, SWASTA, BERKANUN DAN NGO
TEMPAT : MASJID JAMEK SEBERANG JAYA BERARAK KE TAPAK ESPO SEBERANG JAYA
MASA : 7.30 PAGI

PROGRAM ini besar kemungkinan akan di sabotaj oleh wakil rakyat umno terdiri dari YB Penaga, Sg Dua, Pinang Tunggal dan lain lain YB Pembangkang. Bertujuan untuk memalukan pihak pentadbiran alternatif dengan membesarkan melalui media sekiranya gagal menghimpun sebanyak kontigen dan agensi kerajaan. Mesyuarat yg baru berlalu Jumaat lalu jelas membuktikan terdapat anasir memboikot setelah program ini cuba di politikan. Jumlah kehadiran disekat dari 5 ribut kepada 2 ribu dan saya berharap pihak saudara dapat menwar warkan dan cuba membawa seramai mungkin penyokong alternatif pada pagi 20/03/08 di masjid seberang jaya.


Kerjasama saudara terlalu tinggi nilainya dan saya menanti respon agresif setiap pendokong keadilan dan islam.

takbir

ANWAR PREDICTS NEW CABINET SPARK MORE TURMOIL IN UMNO

freelittlebrain.

PKR de facto leader Anwar Ibrahim suggested with tongue in cheek that veteran minister and Wanita Umno head Rafidah Aziz would resign.

Rafidah, who has held the international trade and industry portfolio since 1987, was the highest-profile casualty of the reshuffle.

At a press conference at his office in Petaling Jaya just as Abdullah was announcing his new cabinet Putrajaya at noon.

Anwar Ibrahim said, Umno’s leadership is in turmoil, so he expected more turmoil after this announcement of the new cabinet.

Anwar Ibrahim warned that the new cabinet line-up would spark more turmoil in Umno.

“The other coalition partners are also in serious trouble. They cannot claim to have the support of their own communities and constituents any more.”

He said there is no indication that things are going to change.

“You can change faces, but if it’s business as usual, it does not make any impact. Right now there is no indication that things are going to change fundamentally in terms of politics and the manner of doing their work.

“But we have not seen signs to that effect, especially with the racist undertones voiced by Umno leaders and members which I hope will stop.”

AWAS! BN Sedang Pasang Jerangkap Samar – Dr. Aziz


Prof. Dr. Aziz Bari menegaskan tanpa kerajaan Barisan Rakyat
di peringkat Pusat, agenda perubahan dan fajar baru yang
diwar-warkan oleh Anwar akan tinggal slogan yang akan
disabotaj oleh BN melalui struktur pentadbiran mereka.
sanggahtoksago.com

AKHBAR web malaysiakini.com jam 11.30 pagi tadi melaporkan tentang keharusan kerajaan-kerajaan negeri di bawah Barisan Rakyat mengengkari kontrak dan perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Laporan itu memetik pendapat Profesor Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Akbar web yang sama kemudian melaporkan, sekitar jam 6.30 petang, bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengkaji perjanjian dan komitmen yang dibuat oleh Kerajaan BN sebelum ia jatuh pada pilihan raya 8 Mac lalu.

Berdasarkan perkembangan ini, saya menghubungi Profesor Undang-undang UIAM, Dr. Abdul Aziz Bari untuk mendapatkan penjelasan.

Beliau menyatakan bahawa kerajaan-kerajaan negeri itu perlu berhati-hati dan tidak terus memberi komitmen kerana meskipun dari segi undang-undang mereka terikat dengan komitmen kerajaan yang lalu ia terpulang sama ada komitmen itu sah atau tidak.

“Jika ada kecacatan undang-undang maka kerajaan yang ada sekarang tidak perlu mematuhi perjanjian atau komitmen itu,” tegas Dr. Abdul Aziz lagi.

Beliau menyambung, “banyak aspek yang perlu dilihat. Ini termasuk sama ada kontrak, perjanjian atau MoU itu dibuat selepas dewan dibubarkan dan kerajaan itu hanyalah kerajaan sementara yang tidak boleh membuat komitmen yang besar”.

Sekiranya ini wujud kerajaan negeri berkenaan boleh memilih untuk tidak menghormati perjanjian berkenaan.

“Dan sekiranya pihak berkenaan tidak puas hati mereka boleh membawa kes mereka ke mahkamah,” jelasnya.

Dr. Abdul Aziz menambah ketika PAS mengambilalih Kelantan selepas pilihan raya 1990, negeri itu dilanda hutang sekitar RM700 juta.

“Itulah yang dilakukan oleh Umno selepas ia memerintah Kelantan selama 12 tahun mulai 1978,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan PAS berjaya membayar hutang itu tanpa menjejaskan perbelanjaan mengurus seperti membayar gaji, elaun dan lain-lain.

“Dan sekarang ia tinggal RM11 juta yang merupakan bunga hutang berkenaan. Yang lucunya Tan Sri Muhyiddin Yasin mendakwa Kelantan hampir bangkrap sedangkan Johor masih mempunyai hutang lebih RM800 juta dengan Kerajaan Pusat”, ujar Dr. Abdul Aziz lagi.

Profesor Undang-undang UIAM itu juga mengingatkan kerajaan-kerajaan negeri berkenaan bahawa pegawai-pegawai Persekutuan yang menduduki EXCO negeri secara ad hoc dan ini mungkin boleh menimbulkan masalah.

“Di Kelantan dan Kedah, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) adalah pegawai perkhidmatan tadbir negeri. Bagaimanapun di Pulau Pinang, Selangor dan Perak mereka adalah pegawai Persekutuan dari perkhidmatan PTD,” jelas beliau lagi.

Beliau mengingatkan pegawai-pegawai ini, seperti yang berlaku di Kelantan, setia kepada arahan pihak Persekutuan dan mungkin boleh menyebabkan kerajaan negeri bermasalah.

“Apa pun di semua negeri, termasuk Kelantan dan Kedah, YB Penasihat Undang-undang Negeri adalah pegawai-pegawai dari Kamar Peguam Negara,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Abdul Aziz menegaskan adalah tidak salah jika kerajaan-kerajaan negeri berkenaan mendapatkan nasihat dari sumber dan rujukan mereka sendiri.

Kadang-kadang, dedah beliau, pegawai-pegawai ini tidak berkualiti dan memberi nasihat yang tidak betul.

Saya ajukan soalan, kalau begitu bagaimana negeri-negeri ini hendak menangani masalah itu?

Dr. Abdul Aziz menjawab, “Sebab itulah saya banyak kali menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera menubuhkan kerajaan di peringkat Persekutuan supaya masalah-masalah ini dapat ditangani”.

Profesor Undang-undang UIAM itu menegaskan tanpa kerajaan Barisan Rakyat di peringkat Pusat, agenda perubahan dan fajar baru yang diwar-warkan oleh Anwar akan tinggal slogan yang akan disabotaj oleh BN melalui struktur pentadbiran mereka.

Sambutan MaulidRasul adat orang Kristian?

The image “http://web7.bernama.com/bernama/newspic/am/MOHD%20ASRI_mufti.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
tranungkite

Beliau menceritakan lagi bahawa pernah satu ketika, Dr Asri bertikam lidah dengan Dr Hayyi Shukor berhubung masalah solat kanak-kanak dibelakang saf. Dr Asri dengan keras mengatakan bahawa amalan ini adalah tafsiran sempit agama. Bahkan menganggapnya sebagai amalan khurafat yang disandarkan kepada feqah. Beliau berhujah membawa beberapa potong hadis. Tetapi hujah Dr Asri kemudiannya disangkal oleh Dr Hayyi yang membawa pandangan Imam Nawawi bersumberkan pelbagai dalil. Khususnya dari Sunan Abu Daud dan menjadi amalan mazhab al-Shafi'iyy. Namun Dr Asri tetap berkeras dengan pendapatnya dan cuba berhujah menggunakan qiyas. Dakwanya kulup kanak2 itu sama dengan najis orang dewasa dalam perut.

Berasaskan kepada alasan tadi, Dato Mufti Sabah bertekad untuk membatalkan ceramahnya. Tetapi Mufti Perlis khabarnya masuk juga ke Sabah secara senyap dan menyampaikan ceramah dirumah individu tertentu secara tertutup. Dato' Mufti Sabah jelas kecewa dengan sikap Mufti Perlis setelah mengetahui perbuatannya itu.

Saya juga pernah diberitahu Syeikhuna Dato' Hassan Ahmad, Mufti Pulau Pinang bahawa apabila Dr Asri tidak mampu menyanggah hujah2 Dr Hayyi kelihatan wajahnya merah padam. Bahkan Dr Asri seringkali keluar awal @ menarik diri dari mesyuarat JawatanKuasa Fatwa jika sesuatu perbincangan itu tidak 'berkenan' dihatinya. Saya terfikir sendirian. : Inikah sikap seorang Mufti Sarjana.

Semalam, (mlm Sabtu 16/3/08) saya diberitahu seseorang bahawa Dr Asri diundang oleh KETENGAH untuk menyampaikan ceramah Maulid Rasul di Masjid al-Muktafi Billah, Bukit Besi, Paka, Terengganu. Tetapi ceramah itu khabarnya tidak diizinkan oleh SS Mufti Terengganu, Dato' Ismail Yahya. Beliau khuatir, jika Mufti Perlis menyelitkan unsur kewahhabiannya..nescaya masyarakat bertambah keliru. Kira-kira jam 3:30 ptg saya dikhabarkan bahawa ceramah tersebut telah dibatalkan oleh Mufti Terengganu.

Namun, pada jam 7.00ptg semalam saya diberitahu bahawa ada orang dalaman KETENGAH yang bermati-matian mahukan Dr Asri berceramah. Sedangkan penaung program tidak tahu apa-apa. Kecoh seketika keadaannya.

Memandangkan persiapan telah dibuat. Perbelanjaan mencecah ribuan ringgit. Akhirnya, Jabatan Mufti terpaksa berdiplomasi dengan penganjur. Ceramah dibenarkan asalkan tidak menyentuh isu sensitif agama. Pada hemat saya, isu sensitif tersebut adalah 'unsur Salafiah Wahhabiyyah' yang diperjuangkan Dr Asri selama ini. Apa cerita.. Dr Asri sendiri ceramah Maulid Rasul yang dianggap bid'ah sebelum ini.? Bid'ah..bid'ah jugak. Tapi masyuukkk Syeikh..masyyuuukk..

Tahniah Dr Asri kerana tidak mudah patah semangat dalam menyuburkan perjuangan Salafi Wahhabi. Beliau mula berceramah. Tetapi tetap dengan style biasa beliau. Sifat 20 tetap dikutuk. Dakwanya mempelajari sifat 20 hanya melemahkan minda sahaja. Contohnya Allah ada lawan tiada. Benarkah Tuan Mufti? Atau anda yang tidak mengerti dan tidak menguasai?Bagi saya, hujah sebegini hanyalah modal lama beliau. Orang yang tidak berilmu hanya mengitarkan modal lama sahaja.

Dr Asri juga mengatakan bahawa amalan sambutan MaulidRasul ini merupakan adat orang Kristian. Terperanjat segala hadirin termasuk VIP yang hadir. Masya Allah! Betul ke Syeikh! Yang entum pi sambut undangan ceramah sampai ke Tganu Kite tu guane pulok? Kecek dok ghok starang. Penganjur program membayangkan tidak lagi menjemput Mufti Muda ini dalam program mereka. Saya difahamkan bahawa pihak penganjur juga bercadang mengenakan tindakan terhadap 'org dalam' yang bertanggungjwb menjemput Mufti Huru Hara ini. More...

Pak Lah Umumkan Kabinet Baru, Najib Tidak Hadir

antara.

Kuala Lumpur (ANTARA News) - PM Malaysia Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kabinet baru, Selasa pukul 12.00 waktu setempat, di Kantor PM Malaysia, Putrajaya, tapi banyak pihak mempertanyakan ketidakhadiran Najib Tun Razak selaku wakil PM Malaysia di samping Pak Lah atau berada di ruangan jumpa pers.


"Lebih dari setengah adalah muka-muka baru," kata Pak Lah, panggilan akrab Badawi dengan muka yang sangat ceria di Putrajaya. Ada 16 muka baru dalam kabinet yang berjumlah 30 menteri ditambah PM dan wakil PM menjadi 32 orang.

Muka-muka lama seperti Rafidah Aziz, Samy Vellu, Tengku Adnan Mansor (suami artis Eni Beatrice), Radzi Che Mat, Zainudin Maydin sudah tidak lagi menghiasi kabinet baru, padahal Rafidah Aziz kembali memenangi sebagai anggota parlemen.

Selain adanya muka baru, juga ada rotasi menteri. Misalkan Menteri Olahraga dan Pemuda Azalina Othman Said kini menjadi Menteri Pelancongan (Pariwisata), Menteri Kebudayaan dan Warisan Rais Yatim kini menjadi Menteri Luar Negeri dan Menteri Luar Negeri Syed Hamid Albar kini menjadi Menteri Dalam Negeri.

Ketika ditanya, mengapa Najib Tun Razak tidak hadir pada saat pengumuman kabinet baru, seperti pengumuman kabinet-kabinet lalu, Pak Lah menjawab, "Ia tidak harus hadir karena saya yang umumkan. Mungkin dia lagi sibuk," katanya.

Ia juga mengatakan kepada pers bahwa banyak rakyat Malaysia yang menyampaikan program-program pembangunan sangat baik, tapi masih terlalu pendek untuk merealisasikannya. Jadi perlu waktu yang lebih panjang untuk membuktikannya.

"Besok pagi, seluruh kabinet akan diangkat sumpah oleh Yang Dipertuan Agung dan besok siang akan ada rapat kabinet baru yang pertama," kata Pak Lah. more...

Kabinet yang lemah dan serba tak kena

Roslan SMS

Kabinet Malaysia yang ditunggu-tunggu akhirnya diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi. Ianya menarik perhatian ramai kerana inilah kabinet pasca kekalahan besar BN dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.

Bagaimanakah prospek kabinet ini?

Saya melihat jika inilah bentuk kabinet yang Dollah mampu lahirkan, maka saya yakin ianya tidak akan berdaya untuk memulihkan ketidakyakinan dan kebencian rakyat terhadap BN yang telah diterjemahkan pada pilihan raya umum lalu. Mengapa saya berkata demikian?



Walaupun seramai 8 menteri digugurkan termasuklah “heavyweights” seperti Rafidah Aziz, Radzi, Azmi, Tengku Adnan, Jamaluddin Jarjis dan Abdullah Mat Zain, namun muka-muka baru yang diambil masuk tidaklah sehebat mana, malah ada yang memiliki rekod buruk yang diketahui umum.

Mengemukakan nama Mat Taib ke dalam kabinet, adalah satu kesilapan awal Dollah, kerana rekod Mat Taib ini bukan hanya diketahui orang Selangor malah satu Malaysia termasuk peringkat antarabangsa. Umno Selangor difahamkan menggugurkan nama Mat Taib untuk kerusi Parlimen di Selangor. Sudah pastilah pengguguran itu bersebab, sekurang-kurangnya terdapat asas dimana beliau dikira tidak layak. Mengapa dalam hal yang demikian Dollah menobatkan pula Mat Taib ke dalam kabinet?

Begitu juga halnya dengan Zaid Ibrahim, peguam yang berfahaman liberal dan keras menentang perlaksaan hukum-hukum Islam dalam negara. Zaid juga turut digugurkan oleh Umno Kelantan, malah Zaid pernah dikaitkan dengan politik wang sehingga digantung dari jawatan Ketua Bahagian Kota Bharu. Mengapa tiba-tiba Zaid kini dikira layak pula oleh Dollah?

Kabinet Dollah ini mempunyai 3 orang menteri bertaraf Senator. Iaitu Mat Taib, Zaid dan Amirsham Abdul Aziz. Apakah tidak ada dari kalangan 78 ahli parlimen Umno yang layak untuk dilantik sebagai menteri sehingga terpaksa mengambil orang yang bukan dipilih rakyat? Pemilihan mereka ini membuktikan yang Dollah tidak percaya kepada ahli-ahli parlimennya sendiri yang telah dipilih oleh rakyat.

Semasa pengumuman tadi selain nama Mat Taib dan Zaid, semasa mengumumkan nama Dr Mashitah sebagai Timbalan Menteri di JPM, Dollah menyebut bahawa mereka ini dilantik sebagai Senator bukan sebab kalah bertanding. Dalam erti kata lain beliau bukan memilih dikalangan mereka yang telah ditolak rakyat. Tetapi soalnya Mat Taib, Zaid dan Mashitah (di Baling) telah ditolak oleh Umno peringkat bahagian atau negeri masing-masing. Adakah Presiden Umno sudah tidak lagi mahu mendengar suara akar umbinya sendiri?

Kabinet kali ini turut menyaksikan penggabungan semula beberapa kementerian, antaranya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Dollah juga yang melahirkan dua kementerian ini dari satu dan kini beliau juga yang menyatukannya kembali. Kata beliau rupanya banyak pertindihan antara kedua-dua kementerian ini. Apakah tidak ada perancangan jangka panjang ketika memisahkannya dahulu?

Kata Dollah pentadbiran baru ini adalah berasaskan semangat perkongsian kuasa dan setiakawan BN yang mampu melaksanakan agenda kerajaan dengan lebih berkesan. Itu kata Dollah, tetapi keputusan PRU ke 12 lalu menunjukkan yang rakyat tidak berapa bersetuju dengan Dollah. Jika kabinet baru ini mencetuskan ketidak puasan hati dalam Umno sendiri, kemudian diisi pula dari kalangan mereka yang buruk rekodnya, saya pasti setiap agenda kerajaan yang dicetuskan Dollah akan gagal, dan masadepan semakin muram.

Kesimpulannya kabinet Dollah ini lemah, sudah jatuh dan nampak tak mampu bangkit kembali.

Malaysia’s new ‘kitchen’ cabinet very hot!

kitchen-cabinet-mart.jpg

sloone.


Looks like PM Abdullah Ahmad Badawi is being prudent here. Ministries are slashed from from 32 to 27, only 17 ministers were retained and only five maintained their old portfolios. (see full list of cabinet here)

As usual, UMNO got the most places in the cabinet, with merely a sprinkling of other BN members like the MCA and MIC. Some appointments are controversial, like Abdullah himself for Finance Minister. Isn’t that dangerous? Where is the check and balance, if at all, there is a mechanism for one?

Having Sharir Abdul Samad and Zaid Ibrahim, both outspoken UMNO members, show that Abdullah is capable of handling criticisms himself, doesn’t he? These two will keep him in check, I hope.

It’s good that AP Queen and Trade Minister Rafidah Aziz has been axed - she’s been warming her seat too long with too many controversies and arrogant remarks. And of course, it is only right that his spoiled son-in-law didn’t get any piece of the pie on the kitchen.

The Housing Ministry is really like a house - it’s Minister handed down from brother to brother. Huh! On Ka Chuan is now Housing Minister. Now we know why Ong Ka Ting didn’t want a Minister’s position in the Cabinet, and it’s nothing to do with taking responsibility for the bad MCA showing in the 12th General Elections!

I hate the big mouth Nazri Aziz, who’s still frothing from the mouth in PM’s department. With this guy presence and stupid remarks, BN is sure to be wiped out in the coming 13th GE! So, let him stay.

Looks like Tengku Adnan, the dimwit Minister, who called all women bloggers liars and jobless have been shown out the door as well. The same goes for the likes of MIC loser S Samy Velu …am I glad or not!

But bringing back Taib Muhamad Muhamad is indeed merciless. After embrassing all Malaysians in Australia (with his extra cash controversy at the Immigration), he is now rewarded for being the best propaganda master for UMNO. It’s pays, it does pay.

But with his appointment, the road to a Malaysia without BN is near, very near. I believe that Abdullah is secretly an Opposition supporter. Ha, ha, ha…

For changes in the cabinet more...

UMNO GUNA GABEM DAN BERTAM UNTUK BANTAH GUAN ENG


utusan.com.my/

SHAH ALAM 15 Mac – Badan Bertindak Melayu (Bertam) hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bercadang mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Pengerusinya, Ahmad Shahrizal Jimin berkata, laporan itu dibuat berikutan kenyataan Guan Eng terhadap dasar tersebut yang tidak mengambil kira sensitiviti kaum di negara ini khususnya orang Melayu.

Katanya, tindakan Setiausaha Agung DAP itu yang ingin memansuhkan DEB seolah-olah satu cubaan menyekat peluang dan hak orang Melayu serta bumiputera lain dalam pembangunan yang jelasnya termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. more...

No2umnO - Wak tak pernah beli Utusan sejak beberapa tahun yang lepas. Tapi intai intai juga di internet untuk mengetahui tohmah dan fitnah yang mereka lakukan. Hari ini wak diberitahu oleh rakan rakan di Shah Alam bahawa terdapat gambar di halaman dalam tentang perhimpunan dibuat satu kumpulan yang dikenali sebagai GABEM yang membuat lapuran polis terhadap Guan Eng. Informer wak memberitahu bahawa wajah yang terdapat di dalam berita utusan itu adalah terdiri dari orang orang UMNO, termasuk bekas Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Rahim Md Shah, merangkap bekas Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

Wak cuba bayangkan betapa bimbang nya beliau apabila peluang yang mereka perolehi selama ini ditarik balik dan sekarang pemimpin seperti Rahim Mat Shah ini tidak lagi memegang apa apa jawatan penting di dalam kerajaan Selangor. Pening beb.... periuk besar, kerak pun besar. So apa cara yang boleh dilakukan kecuali menentang penghapusan DEB oleh Kerajaan Pulau Pinang dan sekarang kononnya berjuang untuk MELAYU..... untuk bangkit kan isu perkauman. Alahai UMNO sudah sudah la.....jangan sengsara diri membabitkan orang lain dan kalau selama ini sudah mewah....cukup cukup lah tu.

AWAS !!! PERHIMPUNAN UMNO DI SHAH ALAM

Berikut adalah berita diperolehi dari lawan blog UMNO DESA SAJA ...

HIMPUNAN MELAYU SELANGOR.
umnodj
Himpunan Melayu Selangor akan di adakan di Dataran Shah Alam jam 3.45 petang hari Rabu 19 /3 / 2008. Kita orang Melayu mesti bersatu dan berhimpun bagi mempertahankan hak Bangsa dalam Dasar Ekonomi Baru dan menolak orang Cina di lantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor.Harap kita yang bernama Melayu dapat hadir dan menunjukkan kekuatan dan Ketuanan Melayu.Hidup Melayu.

( harap dapat memakai baju warna Merah atau Kuning .)
Harap dapat sebarkan kepada semua Bangsa MELAYU.....

No2umnO - Kenapa ketika UMNO kalah teruk, baru Melayu diajak bersatu? Sebelum ni mungkin sibuk dengan projek membuntangkan perut masing masing. Ketika projek Jambatan dan Kota Tamaddun Terengganu di berikan kepada kontraktor Cina .... tak dengar apa apa pun. Kita tengok samaada adakah semburan air beracun atau asap kemenyan dikenakan pada hari itu?

Alahai UMNO .... terdesak sangat ke? Jangan lah kerana nyamuk seekor, Kelambu habis dibakar. Jangan tuding bangsa lain. Tuding ke muka sendiri.

LAGU "WARISAN" EDISI TERKINI

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Dulu Kita Kaya Raya
UMNO gadai Harta Pusaka
Gilakan kuasa, tamak dan haloba
Melayu kini tiada apa

Chorus
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Kita di perdaya, pemimpin yang kaya
Melayu ditipu sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
UMNO tipu bangsa sendiri

Chorus
Kini Kita Cuma Tinggal Tenaga
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatu Hati Bersama Berbakti
Jangan UMNO, berkuasa kembali

Usah Mudah terpedaya
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Kita dah terlewat, kuat kan semangat
Biar lambat asalkan selamat

edisi terbaru No2umnO

TV3 has no BALLS

TV3 news-utter rubbish
moseskumar

I have been an ardent fan of TV3 news ever since its inception, but after 8th March 2008, i have decided enough is enough. TV3 presents news of Malaysian politics fit fot rubbish dumps of Chow Kit Road. Imagine, just becos BN did not do well, their journalism reports have taken a slide. What makes me surprise is that, there wasn't a coverage of the PKR-DAP-PAS victories or commentaries of the CM of Penang's visit to the rakyat. No news on the developments of Selangor under its new leadership.

What i see is, TV3 covers only good reports showing BN successes and the good that the Govt has done. Whatever happened to fair and justified reporting ? TV3 news of politics is in no way near to Al Jazeera or even Bernama News at Astro Channel 502.

TV3 takes pain in covering Lingam's case, Altantuya's case and other top stories, now i wonder, why they dont cover news on Datuk Khir Toyo? Or wheres ur news on the Information Minister who lost the elections? You people only cover stories that pleases they powers to be. Heck!!

I dont blame the newsreaders (they are educated better than the Media Prima directors)
but the owners who got no balls to say the TRUTH. That is why the Goverment is like this.
Maybe you can learn a thing or two from the DAP and PAS leaders.

Meanwhile , i will have to thank the good people in Harakah Daily and Malaysia today, plus not forgeting Malaysiakini for giving us unbias truthful news. I now know why ur news are not accepted by the mainstream media. These people plus the govt just dont like TRUTHs.

If they go on like this, i'm sure in the next election PKR-DAP-PAS will form the next goverment.
The truth shall prevail, all evil doer will pay for their follies. Datuk Aziz Shamsudin, Datuk Maidin, Datuk Samy Vellu and others have paid the price, even the wealth u accumulate you wont be able to enjoy it, some can testify for it. U can build a big mansion, but what happen is, you end up 6ft underground. Life is like That.

Lastly, i end here by saying : TV3 has no BALLS to report fairly!

BERATNYA HATI NAK SERAH KUASA

Wak sebagai rakyat Selangor, cukup lega dengan penyerahan tugas Menteri besar kepada Dato Khalid Ibrahim (http://klpos.com). Kalau pilihanraya dibuat secara telus dan betul, 4 tahun lepas pun dah sepatutnya serah kan kuasa. Tapi semua ini ada hikmahnya. Semuanya ada sebab dan kita redha. Mungkin kita akan saksikan lebih banyak pendedahan selepas ini. Tunggu.... kalau tak dedah, lain kali tak payah undi PKR. Aku nak duit aku balik. Aku tak kira .....

Ucapan wak pada Khir Toyo - "Lepas ni, kalau nak main golf tiap hari pun wak tak kisah."

Rahin Mohd Said bakal MB Terengganu?

siasahdaily

KUALA TERENGGANU, 18 Mac: Adun Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said bakal ditabalkan sebagai Menteri Besar Terengganu, bukannya Datuk Seri Idris Jusoh, tulis Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar dalam blognya.

"Dari satu sumber Umno Terengganu yang diterima lewat malam ini pula 'mengesahkan' bahawa Idris sudah pasti tidak akan dilantik menjadi MB Terengganu.

Nama Adun Telok Pasu, Abdul Rahin Mohd Said (foto) dikatakan sudah diperkenan oleh Sultan Terengganu untuk mengganti Idris.

"Nama Datuk Rahin adalah satu-satu nama setakat ini yang diperkenankan oleh Sultan," ujar sumber berkenaan, tulis Sayuti dalam blognya.

Sementara itu, Buletinonline melaporkan, upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu masih samar-samar dan tiada petunjuk ia akan diadakan hari ini, walaupun akhbar media perdana melaporkan kelmarin majlis itu dikatakan akan berlangsung Selasa.

Namun sehingga lewat petang ini tiada pihak dapat mengesahkan tarikhnya.
Buletin Online dimaklumkan bahawa Tuanku Sultan Mizan tidak meletakkan jadual kerangkatannya hari ini(18/3) manakala anakandanya Tengku Muhammad dimaklumkan ada di Singapura.

Sumber-sumber yang rapat dengan istana yang sepatutnya menghubungi Buletin Online, tidak berbuat demikian sehingga lewat semalam.

(Gambar: Istana Maziah tempat sepatutnya istiadat mengangkat sumpah diadakan)
Akhbar media perdana yang melobi Idris Jusoh supaya meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar melaporkan Idris mempunyai jadual yang agak padat esok sekali gus memberi petanda bahawa tiada upacara angkat sumpah jawatan akan berlangsung.

Jika upacara angkat sumpah masih tidak diadakan esok, bermakna Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang masih belum mempunyai Menteri Besar selepas sepuluh hari Pilihan Raya Umum Ke-12 berakhir.

Sehingga pukul 6.30 petang kelmarin, tiada petunjuk jelas mengenai persediaan bagi mengadakan majlis itu. Semua pihak yang dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta pihak media menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh pihak istana.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong pula dilaporkan enggan menjawab sebarang soalan berkaitan dengan isu itu.

DEDAHKAN PEMBAZIRAN KHIR TOYO

Banglo exco untuk dijual
klpos
PARTI
Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu kerajaan negeri itu menjual 10 buah banglo kediaman anggota Exco di Seksyen 7 Shah Alam yang pernah mencetuskan kontroversi tiga tahun lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei berkata, semua wakil rakyat PKR negeri itu bersetuju untuk membawa usul tersebut kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tindakan lanjut.

Usul itu diputuskan dalam satu mesyuarat minggu lalu.

‘‘Wakil-wakil rakyat PKR berpendapat banglo-banglo itu tidak diperlukan memandangkan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen PKR mempunyai rumah sendiri di Selangor.

‘‘Kami telah membuat keputusan untuk menjual unit kediaman itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mengambil kira kos penyelenggaraan rumah-rumah banglo tersebut yang terlalu tinggi.

‘‘Kalau kita tidak jual rumah-rumah itu, kerajaan perlu menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi. Ini merupakan satu pembaziran.

‘‘Wakil-wakil rakyat PKR juga berpendapat, hasil penjualan banglo-banglo itu dapat disalurkan untuk tujuan pembangunan di negeri ini,” katanya.


Untuk dijual

Pembinaan 10 banglo yang dilengkapi sebuah rumah kelab untuk anggota Exco Selangor di Seksyen 7 Shah Alam pernah mencetuskan kontroversi apabila ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Khim mendakwa pembinaannya menelan kos kira-kira RM40 juta termasuk kos tanah, pembinaan dan kelengkapan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan dakwaan itu dan menegaskan kos sebenarnya adalah RM21 juta.

Menurut Mohamad Khir, pembinaan banglo-banglo yang mula didiami sejak 2005 itu diluluskan pada 2001 dan ia bukan untuk semua Exco tetapi untuk Exco yang tidak ada rumah di Shah Alam dan para pegawai kanan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, ADUN Kajang, Lee Kim Sin ketika dihubungi mengesahkan bahawa PKR Selangor bersetuju untuk menjual banglo-banglo mewah di Seksyen 7 Shah Alam yang dijadikan sebagai kediaman rasmi Exco-Exco kerajaan negeri.

‘‘PKR Selangor mendapati banglo-banglo ini terlalu mewah dan ahli-ahli Exco tidak memerlukan kediaman yang sebegitu mewah.

‘‘Adalah lebih baik jika kita menjual semua unit banglo itu dan hasilnya boleh digunakan untuk menjalankan projek- projek yang dapat memanfaatkan rakyat di Selangor,” katanya.

No2umnO - Kalau ikut wak, buka untuk pameran seminggu, kemudian buka tawaran kepada orang ramai yang mahu beli rumah tersebut. Biar rakyat tengok betapa mewahnya pemimpin BN selama ini. Sedikit doa dari rakyat pun dah cukup untuk kebumikan riwayat BN di Selangor. Sesiapa yang mempunyai kamera tu. bawa sekali dan tunjuk kat orang kampung. Buktikan hala tuju duit rakyat selama ini.

BN KATA TAK DER PENGUNDI HANTU

Bas ini tidak membawa pelajar atau perantau tetapi membawa pengundi hantu dari Keluang, Johor!
buletinonline

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/phantu1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Marang, 16 Mac – Kenyataan beberapa pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri(TPM), Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihanaraya(SPR) yang menyatakan bahawa "tidak ada pengundi hantu yang masuk ke Terengganu" adalah tidak benar dan jauh dari realiti yang berlaku pada hari pengundian 8hb Mac yang lalu

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, Encik Ariffin Deraman ketika dihubungi oleh Buletin Online hari ini.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/hantudalambas.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Kita sedang menerima banyak gambar-gambar dan dokumen dari seluruh negeri Terengganu yang kita akan klasifikasikan secara ‘detail’, untuk dijadikan bukti bahawa memang wujud pengundi hantu dan dakwaan kita adalah benar” tegas En. Ariffin.

Pada 5hb Mac lalu, Dato’ Seri Najib menegaskan, tiada istilah pengundi hantu dalam pilihan raya dan apa yang dihebohkan itu adalah perantau yang pulang semata-mata untuk mengundi.

(Foto : gambar semua penumpang dalam bas.... adakah mereka pelajar atau perantau rakyat Terengganu yang bekerja diluar)


Terdahulu dari itu, pada 2hb Mac, Suruhanjaya Pilihanraya menafikan wujud 'pengundi hantu' di Kelantan dan Terengganu sebaliknya ‘percaya’ mereka adalah anak tempatan yang merantau ke negeri lain dan pulang ke kampung untuk mengundi.

Kenyataan TPM dan SPR itu adalah respon terhadap amaran kepada pengundi hantu oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abd Abd Hadi Awang dan pendedahan PesuruhJaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Hj Mustafa Ali berkaitan sejumlah 85,000 pengundi hantu yang akan masuk ke Terengganu menjelang pilihanraya umum yang lalu.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/phantubas4.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Pengundi-pengundi misteri yang wujud dalam senarai pemilih ini dipanggil pengundi projek oleh pihak UMNO/BN Terengganu dan disahkan sebagai ‘pengundi khusus’(special voter) oleh Ketua Polis Negara pada 8hb Mac lalu.

(Foto: kita perbesarkan gambar mereka untuk melihat wajah sebenar hantu)

“Pengundi-pengundi bukan rakyat Terengganu dan tidak ada kena mengena dengan politik Terengganu, yang didaftarkan sebagai pengundi dan disahkan oleh SPR,

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/phantubas5.gif” cannot be displayed, because it contains errors.“konspirasi pihak-pihak yang berkuasa dengan secara terancang bagi tujuan memenangkan UMNO/BN dan mengalahkan parti lawan khususnya PAS di Terengganu” terang Encik Ariffin Deraman bila diminta mengulas tentang maksud pengundi hantu.

(Foto: kita bahagikan gambar kepada dua supaya lebih jelas, adakah mereka pelajar ?)

Justeru, pihak Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu yang telah menerima banyak maklumbalas orang ramai yang menghantar gambar serta dokumen pengundi hantu yang datang dengan bas untuk mengundi di Terengganu.

“Kita menerima banyak gambar, salah satu darinya adalah gambar sebuah bas yang datang dari Keluang Johor, siap dengan senarai nama pengundi dan rakaman perbualan dengan pemandu bas tersebut,

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/phantubas6.gif” cannot be displayed, because it contains errors.“tidak seorang pun dari penumpang bas tersebut adalah rakyat Terengganu dan bukan juga terdiri dari para pelajar.” kata Encik Ariffin Deraman lagi.

Dalam pendedahan Pesuruhjaya PAS Terengganu, sehari sebelum hari pengundian, Dato’ Mustafa Ali berkata PAS mendapat maklumat terdapat kira-kira 190 buah bas serta 2000 buah kereta yang akan masuk ke Terengganu dan Kelantan dari pelbagai penjuru khas membawa pengundi ‘luar’ yang didaftarkan di negeri Terengganu dan Kelantan sebagai pengundi yang sah.

Katanya, bas tersebut didapati juga bukan sahaja membawa para pelajar dari pusat pengajian tinggi tetapi diselit dengan orang-orang yang bukan pelajar.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa mempunyai bukti-bukti penglibatan pihak luar sebagai pengundi di Terengganu dan Kelantan.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/phantunama.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

(Foto : Nah... ini senarai nama mereka..... adakah mereka rakyat Terengganu)

Beberapa hari sebelum pengundian 8hb Mac, Idris Jusoh, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, memaklumkan kepada pimpinan UMNO bawahan dalam satu perjumpaan dan memberi jaminan Barisan Nasional akan memenangi Pilihanraya Umum kali ke 12 berdasarkan dua perkara; pengundi projek(hantu) dan penggunaan lesen ‘terbang’ (kad pengenalan palsu) yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Klik Sini Untuk Dengar/Download Rakaman Perbualan

Boleh caye ke?

Semua fail rasmi berada di jabatan berkaitan, kata Mahdzir
mstar.com.my
ALOR STAR: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata semua fail penting yang dilaporkan 'hilang' oleh Menteri Besar yang baru, Azizan Abdul Razak sebenarnya berada di jabatan yang berkaitan.

"Azizan boleh menyemak kedudukan fail-fail dengan jabatan berkaitan. Kita tidak langsung mengambil atau membawa balik ke rumah fail-fail rasmi kerajaan negeri," katanya kepada Bernama di sini, pada hari Selasa.

Beliau mengulas cadangan Azizan semalam untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang mengenai "kehilangan fail-fail penting kerajaan," apabila mendapati pejabat Menteri Besar lengang dan cuma terdapat meja, kerusi dan seunit komputer riba.


Azizan, 64, yang merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 9 Mac lepas.

Mahdzir berkata beliau hanya mengambil fail dan barangbarang peribadinya sahaja semasa meninggalkan pejabat Menteri Besar apabila kerajaan campuran PASParti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengambil alih pemerintahan selepas menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Katanya beliau dan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) BN tidak pernah menyimpan fail projek atau fail mesyuarat kerajaan negeri di dalam bilik masing-masing.

"Semua fail projek dihantar terus ke jabatan berkenaan selepas mesyuarat. Fail Exco dihantar untuk disimpan oleh pejabat Exco dan fail kewangan di jabatan kewangan," kata Mahdzir yang merupakan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

DOLLAH BUAT ULANG TAYANG DRAMA


PUTRAJAYA, - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa semua anggota Kabinet barunya dan timbalan menteri akan dimestikan membuat deklarasi aset mereka.

"Saya mahu aset mereka diketahui rakyat, itu yang penting," katanya kepada Bernama hari ini.

Abdullah berkata mereka akan diberitahu pada mesyuarat jemaah menteri yang pertama di sini esok mengenai tempoh mereka perlu mengemukakan butiran aset mereka itu.
- 18 Mac (Bernama)
Tahun 2004 dulu pun macam ni, sekarang pun serupa. Cakap cakap .....cakap cakap ..... Pak lah terus cakap. Bila tanya perkembangan ...."ZzzzzZZZzzzzZZZZzzz"

PEMIMPIN PKR TENTANG RIMBA JAYA

Boycott the Lying Newspapers!

surind

"From 24th March, 2008, commence a boycott of all the MSM for a period of one week. I urge that if at the end of that one-week boycott, the MSM continues to unjustifiably attack our Barisan Rakyat YBs, we resume our boycott of the MSM for a longer and more sustained period."

from:
- The People's Parliament

This post is lengthy as I feel obliged to try and justify that which I now ask you to do.

____________________________

Received the following 2 sms’s yesterday :

‘Dear M’sians. It’s time to reform media. The local media needs 2 b fair in reporting news to all m’sians. Pls ‘BUY NO PAPERS, READ NO LIES’. The NST, STAR, B. Harian, Utusan, chinese daily, Tamil Nesan & even TheSUN now r feeding lies & garbage 2 M’sians. They cant accept the elections defeat gracefully & r attacking opposition. There r bigger problems brewing in UMNO, MCA, MIC, Gerakan & PPP but no mention. LET’S STOP BUYING THESE PAPERS 4 1 WEEK FR Mon, 17/3 till 23’

‘Dear Malaysians, calling for ur action to show our ‘people’s power’ again! BOYCOTT THE NEWSPAPERS, READ NO LIES! Stop buying NST, THE STAR, Berita Harian, Utusan M’sia from Monday 17 March for 1 mth. They are feeding us with lies! BN could not accept d defeat & r now attacking the opposition & the new state gvnmts. There r bigger problems brewing in UMNO, MCA, MIC, Gerakan & PPP but not featured in the newspapers. Switch to Msiakini, M’siatoday, BBC, CNN, AlJazeera for real news. We M’sians r matured now. Pls send msg to 10 ppl u know NOW’. More...

"Jalan ke Putrajaya semakin dekat” - Anwar

dppwp.wordpress

ADA nada optimis apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu puluhan pemimpin kanan parti itu serta beberapa tokoh NGO agar “jalan ke Putrajaya semakin dekat”. Beliau berkata demikian dalam perjumpaan tertutup di rumah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang semalam.

Menurut Anwar, biarpun apa yang dikatakan beliau itu ‘macam tidak masuk akal’ namun beliau memberikan bandingan, “Dulu saya kata PKR akan menang, orang tak percaya, pemimpin parti sendiri tidak percaya, tapi alhamdulilah kita menang juga,” katanya.

Sebelum ini, Anwar pernah memberitahu bahawa parti itu mensasarkan 30 kawasan parlimen tumpuan, tetapi seperti kata Anwar sendiri, ‘tidak ramai yang percaya,”.

Bahkan seorang pemimpin kanan PKR memberitahu penulis, tiga hari sebelum pilihanraya lalu, Anwar memberitahu beliau Barisan Rakyat akan menang sekurang-kurangnya 45 kerusi Parlimen.

“Saya tidak percaya waktu itu,” katanya.

Bahkan, menurut pemimpin yang tidak mahu namanya disebutkan itu, Anwar sendiri pada hari-hari akhir sebelum pembuangan undi mengatakan pembangkang boleh menawan Selangor dan Pulau Pinang.

“Ketika itu Perak dan Kedah tidak termasuk dalam perkiraan kita lagi,” katanya.

Berbalik kepada pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin PKR, kata sumber, Anwar menekankan bahawa semua ADUN dan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat mesti balik ke kawasan masing-masing dan menubuhkan Pusat Khidmat secepat mungkin.

“Anwar menekankan peri pentingnya pemimpin PKR dilihat berkerja untuk rakyat jika mahu mengekalkan kemenangan besar parti,” kata beliau.

Jelas beliau, Anwar juga memberi amarah bahawa parti tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.

“Tiada kompromi dan kita akan pecat jika terbukti bersalah biarpun dia ahli Parlimen kita sendiri,” kata Anwar tegas.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar juga memberitahu bahawa beliau ada berunding dengan ahli-ahli Parlimen BN yang ingin meloncat parti.

Namun syaratnya jelas, “Tiada bayaran dan mereka mesti menerima agenda kita,” kata Anwar.

Sementara mengenai, kedudukan ahli majlis, lembaga pengarah syarikat di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Rakyat, Anwar membayangkan bahawa, beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melobi kedudukan tersebut.

“Kita pilih berdasarkan merit, kalau layak, layaklah, kalau tidak kita akan pilih orang yang layak biarpun bukan pemimpin parti,” kata Anwar.

ORANG BN SELANGOR KENA GALI PERIGI

air selangor
cikguyusof.blogspot.

NAMPAKNYA ramai warga kota Kuala Lumpur yang mahu berpindah ke Selangor sejurus negeri itu mengumumkan bekalan air secara percuma bagi warga negeri itu sehingga 20 meter padu sebulan mulai bulan depan (April). Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim menyebut 20 meter padu penggunaan air adalah untuk kegunaan rumah atau domestik sebulan bernilai RM11.40.

Di Selangor terdapat hampir satu juta pengguna domestik dan ini bermakna hampir RM11.4 juta kutipan air sebulan akan dikecualikan. Langkah bijak Tan Sri Khalid ini dipercayai akan "menyentuh" hati setiap pengundi yang inginkan perubahan dan langkah ini diyakini menyukarkan BN untuk kembali berkuasa di Selangor.

Dalam perkembangan lain, rakyat di Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta Kelantan juga mahukan "hidangan" serupa terlaksana di negeri mereka. Sekurang-kurangnya, ia akan mengurangkan bebanan hidup yang membungkam mereka sejak pelbagai barangan keperluan naik mencanak!

Secara simboliknya, orang-orang Umno dan BN di Selangor terpaksa minum dan mandi air subsidi dari Kerajaan Barisan Rakyat, jika tidak terpaksalah menggali perigi atau membeli air dari Kuala Lumpur.

Looking for a Bottom!

happenstance0203

The Cabinet line-up has been announced. It is a fair one but the market is not giving Nor Mohd Yakop a tumultuous welcome as Finance Minister II. Shahril inclusion as the Minister of Domestic Trade is a breath of fresh air! Pongy Rafidah, Jamaluddin, Radzi Shekh and Azmi Khalid has been booted out to the happiness of Malaysians. Too bad, we still have to see to looks of Azalina Osman - Minister Incompetence Extraordinaire! and shoo-in.

The CI continued to go to penguinland,albeit a ta slower pace. GLCs continued to get hit though some were recovering this morning. The water stocks continue to be sold down even though there was a light buying of KPS in the morning. Puncak is heading for a helluva beating because of that silly below the belt agreement signed on the fleeting hours of the dying UMNO-led government of apparently botoxy ex-MB!At noon, CI fell nominally by 2.27 points bringing down the market level to 1175.26. There were 168 gainers and 409 losers. Volume was 271 million shares worth RM485 million.

Gainers were led by BAT up 50 sen; KFC climbing 25 sen and LKT adding 24 sen. Tanjong went up 20 sen. The losers included Parkson down 35 sen,Puncak sinking 33 sen, Asiatic being pummeled 30 sen and Haisan slipping 28 sen.

Portfolio saw Genting adding 5 sen to RM6.15,Resorts world adding 6 sen to RM3.12. Metronic was unchanged at 8.5 sen. RCE lost 0.5 sen to 50 sen while BJ Sports Toto was down 2 sen to RM4.78. KHSB continue to lose,dropping also 0.5 sen to 33.5 sen.

Afternoon may see a good re-start after a fair Cabinet line-up! We should see some reclamation of lost price territory

CINA DAN INDIA SOKONG PAS

BATU PAHAT 17 Mac – Penerimaan masyarakat India dan Cina terhadap Pas merupakan faktor penting yang telah membantu kejayaan dua calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 di negeri ini pada 8 Mac lalu.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, kejayaan Pas menumpaskan calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan Sungai Abong menunjukkan parti itu kini semakin diterima oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Beliau turut menyifatkan kejayaan itu sebagai kemenangan 'anak jantan' bukan seperti kemenangan akibat masalah teknikal pada calon lawan di DUN Senggarang pada Pilihan Raya Umum Ke-11 .

"Ia merupakan perkembangan yang baik dan Pas bukan lagi parti yang ditakuti oleh orang bukan Islam terutama kaum Cina dan India khususnya di Johor yang sekian lama menjadi kubu kuat UMNO dan BN,'' katanya

Beliau berkata demikian kepada para pemberita ketika ditemui di majlis meraikan dua calon Pas yang menang pada pilihan raya umum di sini baru-baru ini.

Dua wakil rakyat Pas itu ialah Dr. Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh yang berjaya menewaskan calon BN, Kamaruddin Suratman di DUN Sungai Abong dan Dr. Mohammad Taslim yang menewaskan calon BN, Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah di DUN Maharani.

Dr. Mahfodz berkata, cubaan Pas Johor mencalonkan wanita bukan Islam daripada Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) yang diwakili peguam, R. Kumutha, 29, yang juga ahli Kelab Penyokong Pas turut berjaya menarik sokongan pengundi bukan Islam.

Katanya, Kumutha yang bertanding di DUN Tiram berjaya memperoleh 8,827 undi sementara penyandang kerusi DUN itu, Datuk Maulizan Bujang daripada BN mendapat 17,005 undi.

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam

riwayathayat.

Beberapa orang teman terkejut apabila mengetahui yang saya telah melakukan tapisan terhadap ulasan-ulasan yang singgah di blog ini. Kata mereka, tindakan saya itu bakal merosakkan imej sebagai seorang pendukung kebebasan bersuara. Petang semalam, saya kembali melupuskan praktik tersebut dan kini ulasan serta komentar dalam blog ini kembali bebas tersiar.
Saya punyai alasan tersendiri dalam hal ini. Menyorot kembali entri 'Awas! Ada Musang Berbulu Ayam', jelas terdapat beberapa individu yang sensitif lantas melatah tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada diri mereka sendiri. Saya menganggap pihak yang merasakan diri mereka 'musang berbulu ayam' ini sebagai terdesak dan gelisah serta kurang matang dalam berhadapan dengan realiti. Bermula dari kesilapan mengeluarkan kenyataan, seterusnya menukar identiti melalui nama samaran, 'musang' yang sedang resah ini kemudiannya mengambil tindakan jahat dengan menyerang dan mencemuh peribadi beberapa individu yang sebetulnya tidak ada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan.
Saya suka untuk menjawab tuduhan fitnah seorang bekas 'pemimpin' mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) yang menyebut saya sebagai penyebab kejatuhannya sewaktu beliau berkuasa sebagai seorang pimpinan kampus serta menyebabkan kehidupannya terumbang-ambing. Persoalannya, apakah saya yang menentukan hala tuju hidup individu ini? Jika benar saya punca kejatuhannya, maka saya kira hujah beliau cukup dangkal memandangkan saya hanyalah seorang mahasiswa biasa tanpa kuasa yang mampu menentukan naik turun seseorang. Bekas 'pemimpin' mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) ini harus merenung dirinya kembali. Urusan pemecatan dari kampus ini merupakan subjek di bawah bidang kuasa pentadbiran universiti, bukan saya.
Jika dibaca kembali entri 'Awas! Ada Musang Berbulu Ayam', jelas bahawa saya tidak pernah menyebut atau menuduh nama sesiapa pun, namun demikian masih ada juga seorang dua individu yang resah. Dan individu-individu resah ini kemudiannya menyerang dan mencemuh peribadi mereka yang langsung tiada kaitan dalam isu ini.
Kelab Anwar Ibrahim (AIC), sebuah organisasi anak muda yang mewacanakan idea serta pemikiran Anwar Ibrahim dijadikan sasaran fitnah dan lepas-geram individu-individu resah ini. Melalui penyamaran identiti, individu yang dikesan sebagai salah seorang pemimpin AIC ini mencemuh dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berniat jahat yang disanggah oleh banyak pihak. Tuduhan-tuduhan jahat tanpa asas ini mengingatkan saya kepada tragedi yang menimpa Anwar hampir 10 tahun yang lalu gara-gara fitnah dan permainan kotor pihak yang tidak menyenanginya. Ini kelihatan mulai berlaku dalam AIC, melalui individu yang dikatakan diangkat sebagai pemimpin organisasi itu sendiri.
Situasi sebegini akhirnya memaksa saya untuk mengambil tindakan menapis semua ulasan yang singgah di blog ini demi memastikan tidak ada individu yang bakal teraniaya dek kerana agenda politik sempit segelintir oportunis yang rakus kuasa.
Saya menyeru kepimpinan AIC agar dipertimbangkan satu rombakan kepimpinan demi meletakkan semula objektif AIC pada landasan yang sepatutnya. Reputasi serta kredibilti AIC sebagai sebuah kelab pemikiran tidak seharusnya dipertaruhkan setaraf dengan kelab Mat Rempit ala Putera UMNO yang sarat dengan para oportunis rakus kuasa.
Barangkali benar dugaan saya. Musang berbulu ayam mungkin wujud dalam lingkungan kakitangan di pejabat Anwar. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa pula percaturan mereka selepas ini.

BN AKAN TUMBANG

PRU-12: HoT..HoT..HoT-"ANWaR SeDiA TuBuH KeRaJaaN PuSaT, BN AKaN TuMBanG BiLa-BiLa MaSa...
saiful-anis.

Pemimpin utama pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk menubuhkan kerajaan bagi menggantikan Barisan Nasional, namun tindakan tersebut tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa. Bagaimanapun Harakahdaily difahamkan, Anwar yang diuar-uarkan bakal Perdana Menteri telahpun mengadakan perundingan dengan parti-parti gabungan pembangkang untuk menyediakan 'Kabinet Bayangan', terutamanya jika terjadi apa-apa kepada BN.

Dalam kenyataannya semalam, Anwar memperakui terdapat 'sejumlah' anggota Parlimen BN yang ditemui dan berhubung dengannya bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai Parti KeADILan Rakyat atau mana-mana parti gabungan pembangkang. Namun menurut Anwar, beliau tidak akan mempraktikkan amalan 'membeli wakil rakyat' atau menjanjikan apa-apa jawatan bagi mereka yang berhasrat untuk menyertai pembangkang. Pakatan pembangkang menguasai 82 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen. BN hanya memenangi 140 kerusi sahaja, kehilangan majoriti dua pertiga, pertama kali selepas 50 tahun memerintah.

51 kerusi Parlimen adalah diwakili dari kawasan Sabah dan Sarawak. Jika fenomena ini berlaku, bermakna pembangkang akan memperolehi 112 berbanding BN 110, kelebihan dua kerusi untuk memerintah Malaysia. Menurut sumber, berdasarkan perkembangan terkini, tidak mustahil Anwar boleh memperolehi tambahan 30 kerusi dari kalangan wakil rakyat BN, khususnya daripada Umno untuk menyertai pakatan pembangkang.

"Sebenarnya kita percaya Anwar boleh mendapatkan lebih dari 30 kerusi." "Perubahan kerajaan (Pusat) boleh berlaku pada bila-bila masa, namun kita tidak mahu ianya berlaku secara tergesa-gesa kerana ia boleh menimbulkan keresahan rakyat dan menjejaskan kepentingan para pelabur," kata sumber yang rapat dengan Penasihat KeADILan itu. Anwar bagaimanapun secara berterusan mempertegaskan agenda ekonomi untuk semua pihak sama ada rakyat atau sektor korporat bagi menjamin keselesaan pada masa akan datang. Dalam kenyataan medianya sejak akhir-akhir ini, Anwar sering memberi penekanan kepada persoalan ekonomi dan taraf hidup serta jaminan pelaburan, dipercayai untuk memberikan keyakinan kepada rakyat.

Menurut sumber, Anwar sedang berusaha untuk menubuhkan kerajaan yang stabil, membawa masuk pelaburan asing dan mempertingkatkan taraf ekonomi rakyat. Pada masa ini dilaporkan, Anwar banyak membuat perjumpaan dan perundingan dengan pelabur-pelabur asing dalam dan luar negeri bagi menyatakan komitmen dan jaminan semuanya tidak akan terjejas jika Kerajaan Persekutuan bertukar. "Kita tidak ada 'target date' bila perubahan kerajaan akan berlaku, mungkin dalam tempoh terdekat atau setahun dua. "Keadaan tergesa-gesa tidak akan berlaku, lagi pun kita mahu Anwar berpeluang masuk ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen terlebih dahulu, untuk menjadi Perdana Menteri," kata sumber berkenaan - HaRaKaHDaiLY (18 Mac)

P/s: I wish this could be happen ASAP...We knew that you're capable of doing these reforms...

Posting terkini

Blog Archive