KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Mukhriz. Show all posts
Showing posts with label Mukhriz. Show all posts

Sep 22, 2008

Mukhriz cries foul over Umno ‘restrictions’

malaysianinsider | ...Jerlun Member of Parliament Datuk Mukhriz Mahathir, who has announced his intention to contest the post of Umno Youth chief, today called for an immediate stop to attempts to restrict party members from meeting with leaders or candidates, saying they were contrary to the democratic practice in Umno.

He claimed that some Umno Youth members had been prevented from meeting with him while others had been disallowed at functions he attended.

"I see unhealthy elements (in the campaign for the contest for Umno Youth chief) in the form of restrictions. When I am invited to meet with friends in the divisions, certain (Umno Youth members) people are disallowed there.

"We can gauge the reason for this but the practice is unhealthy, more so when we practise a democratic system in the party," he said.

Besides Mukhriz, former Selangor Menteri Besar Datuk Dr Mohamad Khir Toyo, Umno Youth vice-head Khairy Jamaluddin and Padang Besar Umno division chief Datuk Zahidi Zainul Abidin have announced their intention to contest the post.

Mukhriz said now was the appropriate time for Umno to give ample opportunity to its members to get to know leaders and candidates going for party posts.... selanjutnya.

Aug 27, 2008

Mukhriz desak Pak Lah letak jawatan

Sempat juga aku menonton berita tengahari tadi di dalam Astro Awani. Channel 501.

Pembaca berita sempat membuat panggilan tembual bersama Mukhriz Mahathir dan di dalam temubual itu, Mukhriz secara terang terangan mendesak Pak Lah letak jawatan. Uhhhh panas. Sebelum tu, dia ulas kemenangan DS Anwar di Permatang Pauh sebagai 'amaran yang ke 2' dari rakyat ....

Ini pula lapuran dari Harakahdaily.

Jul 18, 2008

MUKHRIZ - KALAU BODOH JANGAN SOMBONG

1426 | ....Bila bodoh dan sombong dalam perkara agama terutamanya, boleh mengundang pelbagai kemungkinan. Jangan main-main, salah perkataan berdasarkan kebodohan, apalagi bertaraf bodoh sombong boleh membawa petaka.

Kalau bodoh atau tidak tahu, baik diam sahaja dari bercakap sia-sia dan pergi diam-diam pergi belajar dengan mereka yang berilmu.

Hari ni dalam Parlimen A/L Madey dari Jerlun telah mempertikaikan ketetapan hukum ALLAH yang mewajibkan persaksian empat orang dalam pertuduhan zina/liwat. Sebaliknya A/L Madey ini menyatakan penggunaan DNA lebih moden.
Sedangkan dalam kes 98 dahulu jelas penggunaan DNA telah diputarbelitkan yang akhirnya menyebabkan Augustine Pol expunge keterangan berkaitan tuduhan zina/liwat terhadap DSAI. Saya telah bangun menyanggah sangkaan buruk A/L Madey
yang mempertikaikan hukum ALLAH. Berlaku tikam lidah antara saya dan A/L Madey ni. ... selanjutnya.

Jun 1, 2008

Banner penyokong Mukhriz



klik selanjutnya .... di minaq jinggo
... selanjutnya.

May 30, 2008

Alih kuasa : Mukhriz rayu Najib pujuk Pak Lah

MStar - Datuk Mukhriz Mahathir, yang lantang mengkritik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak pilihan raya umum ke-12, menemui Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dua minggu lalu untuk merayu agar beliau "melakukan sesuatu bagi mempercepatkan peralihan tampuk kepimpinan dengan segera."

Mukhriz mengakui telah menemui Najib untuk menyampaikan pendiriannya itu pada 15 Mei lalu, empat hari sebelum ayahnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar Umno di Alor Star.

"Ada perjumpaan dengan beliau (Najib). Itulah, saya terangkan pendirian saya. Beliau kata beliau faham, saya pun merayu kepada beliau melakukan sesuatu.

"Tetapi nampaknya setakat itu sahaja. Masih belum nampak apa-apa lagi," kata beliau yang juga Exco Pemuda Umno ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mukhriz, Ahli Parlimen Jerlun menjelaskan, beliau telah merayu kepada Najib agar berbincang dengan Abdullah untuk membincangkan peralihan kuasa dengan segera - sebelum mesyuarat cawangan dan bahagian.... selanjutnya.

May 29, 2008

KHAIRY LIABILITI UMNO - MUKHRIZ

utusmeloya - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin adalah liabiliti kepada parti.

Beliau mendakwa, itulah persepsi ramai terhadap Khairy dan beliau bersetuju mengenainya.

''Saya kira betul, saya sendiri sebut kepada beliau dalam mesyuarat Exco (Pemuda UMNO Malaysia) bahawa rata-rata kalau kita tanya orang di kedai-kedai kopi lepas pilihan raya hari itu, antara sebab kita kalah ialah faktor Perdana Menteri dan faktor Khairy.

''Ini orang sebut secara terbuka,'' katanya dalam temu ramah yang disiarkan akhbar dalam talian, Agenda Daily.

Mukhriz berkata, beliau bersetuju bahawa Khairy adalah satu liabiliti kepada parti kerana campur tangannya dalam soal-soal penting seperti pemilihan calon-calon untuk bertanding.

''Selama ini pun orang bercakap tetapi kita biarkan. Kadang-kadang persepsi itu lebih penting daripada realiti,'' katanya.

Mukhriz ditanya apakah nasihatnya kepada Khairy dalam menghadapi persepsi itu dan beliau berkata, ia terpulang kepada Khairy termasuk dalam soal sama ada hendak bertanding atau tidak jawatan Ketua Pemuda UMNO.... selanjutnya.

May 23, 2008

Mukhriz tak layak bertanding Ketua Pemuda: anggota Exco Pemuda Umno

 detikdaily - Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir tidak layak menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini kerana meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, kata anggota Exco Pemuda Umno Md Jais Sarday.

"Umno tidak perlukan ahli politik yang bersifat pembangkang terutama kepada pucuk pimpinan parti," katanya.

Jais, yang juga Pengerusi Biro Latihan Pemuda Umno berkata bahawa pada masa ini semua anggota Umno perlu menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan parti dan bukannya bercakap mengenai jawatan.

May 22, 2008

Mukhriz nafi keluar Umno Julai

Mstar - Anggota Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini menafikan yang beliau akan keluar parti jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meletakkan jawatan parti dan kerajaan sebelum Julai ini.

"Saya tidak kata menjelang Julai jika Perdana Menteri tidak berundur, maka saya akan keluar parti," jelas beliau kepada pemberita di Parlimen di petang ini - beberapa jam selepas Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengecam kenyataannya dikeluarkan semalam.

Jelas Mukhriz, apa yang disuarakan semalam ialah beliau mempunyai hak untuk mengubah pendirian pada bila-bila masa mengikut perkembangan semasa dan beliau tidak menyatakan hanya ada satu cara iaitu keluar parti sedangkan banyak lagi cara lain yang boleh diambil.

Hishammuddin kesal dengan kenyataan Muhkriz semalam sambil menegaskan, beliau akan merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Pengurusan Umno.... selanjutnya.

berita lain
Hishammuddin kecam Mukhriz letak syarat desak Pak Lah undur
Analisis: Pilihan raya umum tergempar tidak mungkin?

May 21, 2008

Sam kecam Mukhriz

agendodaily - Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini mengecam tindakan anak buahnya Datuk Mukhriz Mahathir yang semalam umum beliau nak kekal dalam UMNO tetapi bagi syarat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti letak jawatan."Saya tak boleh terima dalam konteks kesetiaan dan tergamaknya beliau untuk meletakan keahliannya dalam parti dengan memberi tempoh kepada Presiden untuk letak jawatan,"katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen.selanjutnya

Mukhriz akan di hadapkan ke jawatankuasa pengurusan parti

malaysiakini - [...] "Sebagai calon ketua Pemuda, beliau tidak boleh bersikap begitu," kata ketua pergerakan itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein di lobi parlimen hari ini.

Beliau menambah, sebagai ahli parti, Mukhriz tidak wajar meletakkan syarat sedemikian kepada presiden parti dan perdana menteri.

Beliau juga menyatakan desakan Mukriz semalam bukan kali pertama dan tindakannya itu tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku di peringkat akar umbi Umno.

"Saya menyeru pemimpin dan ahli Pemuda Umno melihat ke depan dan merapatkan barisan," katanya.... selanjutnya.

Politik Tiga Beranak Lawan Politik Dua Beranak

mesomelayu - [...] Orang cekap dan pintar dalam politik dapat membuat kesimpulan mudah dengan sikap Mukhriz itu. Mengapa beliau tidak keluar Umno dan semacam kontras dengan langkah bapaknya. Ada motifnya! Sebenarnya Mukhriz berbuat begitu bukan kerana politiknya tetapi atas nasihat bapaknya juga. Suara politik Mukhriz sebelum ini pun adalah air liur bapaknya.

Semacam tektik Mukhriz berbuat begitu. Dia mungkin tahu dan sedar kalau dia bertindak keluar Umno ianya tidak memberi apa-apa kesan dan untung. Malahan tindakan itu boleh memberi kesan buruk kepdanya. Begitu juga kalau beliau melepaskan kerusi Parlimen Jerlun ia satu kerugian besar. Menyebabkan suara Mahathir tidak akan sampai lagi ke Parlimen.

Sekurang-kurangnya kalau beliau terus tercokol di situ beliau dapat membawa suara bapanya ke dalam Parlimen.

Apa yang Mukhriz dan bapaknya berharap daripada tindakannya itu ialah mereka mahukan Mukhriz diambil tindakan disiplin oleh Umno. Mereka mengharapkan Mukhriz dipecat daripada Umno. Apabila Mukhriz dipecat maka simpati kepada Mahathir akan bertambah-tambah. Itulah motif di sebalik tindakan Mukhriz itu.... selanjutnya.

Mukhriz wants to be his own man

malaysiainsider - There may have been a time when Datuk Mukhriz Mahathir was known for being the son of Tun Dr Mahathir Mohamad, for 22 years the most important man in Malaysian politics. If so, that time has passed.

At 6pm today, Mukhriz stepped out from under his formidable father's deep shadow when he announced his decision to stay on in Umno and continue to challenge the party leadership from within.... selanjutnya.

Mukhriz tidak ikut Mahathir, tapi desak PM undur

Tidak ikut jejak Dr M: Anggota Parlimen Jerlun dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir bersama penyokong-penyokongnya selepas sidang media di Hotel Seri Pacific hari ini.

MStar - "Saya akan tetap setia sebagai ahli Umno dan akan menjadi suara yang lantang menegur kepincangan kepimpinan parti".

Demikian pendirian Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir selepas lebih 24 jam ayahnya memutuskan untuk keluar Umno.

Mukhriz yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno bagaimanapun sependapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad - terus mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sipaya meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Mukhriz mengumumkan pendiriannya di Hotel Seri Pacific di sini kira-kira pukul 5.30 petang dengan dikerumuni sebahagian penyokongnya.

Laporan wartawan mStar Online, Zanariah Abd. Mutalib dari Parlimen menyebut, malam tadi (Isnin) Mukhriz telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di kediaman Hishammuddin.... selanjutnya.

May 20, 2008

Mukhriz not quitting, urges PM to step down

thestar - [...] Umno Youth executive council member Datuk Mukhriz Mahathir said he is not resigning from Umno, but reiterated his call for Datuk Seri Abdullah Badawi to step down as prime minister and party president.

The Jerlun MP, who is expected to contest for the post of Umno Youth chief in December, had previously called for Abdullah to step down after the March 8 polls that saw the Barisan Nasional coalition losing its two-thirds majority in Parliament.

On Monday, Mukhriz's father, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, resigned from the party, citing his dissatisfaction over the current leadership.

He urged other Umno members to also leave until there was a change in party leadership.... selanjutnya.

Mukhriz…'ku dipersimpangan dilema'



agendodaily - Datuk Mukhriz Mahathir jarang mengelak dari para wartawan yang hendak mendapatkan komen mengenai isu politik.Sebaliknya sepanjang petang hingga ke malam Isnin Exco Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Jerlun ini tiba-tiba jadi sukar dihubungi oleh para wartawan.Ada yang hanya berpeluang setakat bercakap dengan pembantu khasnya saja.Sebabnya tidak lain tidak bukan ialah berita gempar bapanya,Tun Dr Mahathir Mohamad buat pengumuman di majlis dialog bersama Himpunan Melayu Kedah di Alor Star beliau keluar UMNO pada waktu tengahari.Wartawan Agendadaily agak bernasib baik kerana kebetulan beliau sendiri menjawab telefon bimbitnya ketika ia berdering pada waktu petang.Itupun suaranya kedengaran amat keberatan sekali untuk menyentuh bab itu Akhirnya Mukhriz hanya bersetuju untuk dipetik sebagai berkata buat masa ini beliau enggan memberi sebarang ulasan mengenai tindakan Dr Mahathir umum keluar UMNO."Sekarang ini saya sedang berfikir,"katanya.... selanjutnya.

May 18, 2008

Mukhriz perlu teliti rekod ayahnya sebelum kritik Anwar

harakahdaily - Tindakan Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir untuk mengaitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan golongan anti-Islam Amerika dan pelobi Yahudi antarabangsa sebenarnya memalukan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Menurut Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim, rakyat berhak berasa malu tatkala Mahathir ketika menjawat PM mengupah pelobi Amerika pro-Zionis, Jack Abramoff dengan bayaran RM4.6 juta demi memastikan pertemuan antaranya dengan Presiden George Bush terlaksana.

"Abramoff telah menyatakan kekesalan beliau merasuah ahli-ahli politik Amerika dan menipu puak peribumi Amerika di dalam casino deal dan Mahathir sendiri telah mengaku bahawa wang yang dibayar untuk menjamin pertemuaan pada Mei 2002 tersebut hanyalah 'sesuatu yang normal'.

"Pendedahan terbaru oleh Suruhanjaya Diraja menggambarkan Mahathir sebagai seorang manusia yang tidak mempunyai pertimbangan nyata untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meluaskan pengaruh," jelas Salehuddin dalam kenyataan media yang dimel-e kepada Harakah. ... selanjutnya.

May 17, 2008

The Elite Party

subjected2subjectivity - [...] Firstly, that the Elite Party is an Elite Party is not strange at all. Yes, it used to be the Grassroots Party before something did happen and the party was dissolved. His father however revived the party which from then on turned out to be fully controlled by the Elite rather the grassroots.

How does Elitism occur?

There are too many examples to be listed here. The main reason for Elitism easily taking charge is the systems they have within themselves.

Just take one example - The Taxi Permits.

During the existence of the Grassroots Party, taxi permits were given to those grassroots as this was how the Party tried to help the poor. This served two purposes:

a) Helping the grassroots
b) Maintain loyalty among the grassroots
... selanjutnya.

May 14, 2008

Mukhriz Jangan Panjangkan Lidah Bapa ke Parlimen!

msomelayu - [...] Sementara di dalam Dewan pula terpamir karektor ahli Parlimen dengan berbagai lagak dan aksi. Ada macam kera baru mendapat bunga dan ada yang macam kera mendapat bunga yang sudah lama layu dan busuk. Tersengen-sengen.

Aksi ini boleh dilihat apabila sesekali kamera (CCTV) menghala kepada wajah mereka ada yang mengorek hidung, garut janggut dan juga cungkil gigi kemudian menciumnya! Yang lebih teruk korek lubang hidung atau lubang telinga sampai ternyenyak.

Di dalam dewan pula semuanya cuba menarik perhatian dan nak menunjukkan belang bagi mengsahihkan kehadiran masing-masing.

Paling nyata ialah semasa perbahasan. Masing-masing cuba membangkitkan isu kononnya untuk kepentingan rakyat. Tidak kurang juga cuba mengenengahkan isu yang menjadi perhatian media agar muka mereka keluar surat khabar dan disuluh oleh kamera tv. Sayangnya isu yang dibangkitkan sudah basi dan tidak menggambarkan ketinggian akal budi dan mental politik.

Macam mana mereka nak mendapat man of the year.

Ada yang diberi peluang berucap pula terloncat-loncat macam beruk kena belacan. Dengan tangan dimasukkan ke dalam seluar lagak macam anaku Sazali bercakap dengan kawan-kawannya yang merancang nak pergi menyamun kedai emas. Langsung tidak menunjukkan kesopanan dan adat susila sebagai orang Melayu. Kalau mereka Cina dan India tidak mengapa sebab mereka kurang arif dengan tatabudaya Melayu, tetapi mereka ini orang Melayu!selanjutnya [KLIK DI SINI]

Apr 16, 2008

Mukhriz suggests PM transfers power to Najib before Umno polls

NST - Umno Youth Exco member Datuk Mukhriz Mahathir has suggested that the transfer of power from party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to his deputy be carried out fast. The proposed succession plan between the prime minister and Datuk Seri Najib Razak would best be carried out before the party elections in December, he said.
"The transfer of power should be done immediately to preserve the stability of the party and unity among members. This is the sentiment raised by my constituents each time I meet them," he said here today.

Mukhriz, who is also MP for Jerlun, was asked to comment on the proposed succession plan mooted by Johor Umno recently.

He said a majority of Umno grassroots members wanted a change in Umno leadership as a means to rehabilitate the party. more...

Apr 4, 2008

Mukhriz tidak mahu berkompromi


Mukhriz tidak mahu berkompromi untuk laluan tanding jawatan Ketua Pemuda Umno

Berita Harian - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak akan berkompromi dengan sesiapa, termasuk Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bagi memberi laluan kepadanya bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti, Disember ini.

Beliau yang juga Exco Pemuda berharap, pada pemilihan kali ini, Umno dapat membuka ruang lebih luas kepada anggota pergerakan itu untuk menampil dan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda selaras dengan proses penyuburan semula parti.

Posting terkini

Blog Archive