KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 6, 2008

Razak nak sesuaikan diri?

abdul razak baginda postponed pc event 061108 02Malaysiakini | ... Difahamkan, keputusan untuk membatalkan sidang akhbar tersebut dibuat malam tadi.

Sementara itu, anak perempuan beliau, Rowena dalam sebuah kenyataan, meminta maaf di atas penangguhan sidang akhbar tersebut.

“Beliau (Abdul Razak) sedang menyesuaikan diri sebagai seorang yang bebas, selepas berada di dalam penjara hampir dua tahun. Beliau fikir beliau dapat membuat penyesuaian sejurus selepas dibebaskan, tetapi perkara itu ternyata memakan sedikit masa," katanya.

Rowena berkata, Abdul Razak juga mengambil kira kesihatan dirinya dan akan berada di Malaysia untuk beberapa minggu lagi.... selanjutnya.
HAMPIR 2 tahun penjara dah kecoh ... nak sesuaikan diri katanya. Takkan anak bini pun tak nak bagi tau kalau nak postpone.

Macamana agaknya mangsa ISA nak sesuaikan diri nanti? Nak sesuaikan diri atau takut jawab soalan macam Najib ... wakakakakak !!!!

INILAH PENGALAMAN LUAS ROSMAH DALAM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN……

http://keadilanbatu.files.wordpress.com/2008/05/rosmah.jpg

“ Upon returning to Malaysia in 1983 , she joined Island and Peninsular Berhad where she was a Business Development Manager for five years before deciding in 1997 to devote more time towards supporting her husband , Deputy Prime Minister Malaysia , Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Razak’s political career .”
Pengalaman luas konon….itulah yang dicanangkan oleh Khir Toyo, Nawawi dan Shukur semua orang kuat UMNO dalam Sinar harini.

Sekadar 5 tahun jadi Manager tak payahlah nak gelembong macam2 wahai pencacai UMNO.

by Mat Kelambu
via email

Perak MB orders SEDC CEO to submit report on RM100 million losses

malaysianinsider | The Perak Government has ordered State Development Corporation chief executive officer Datuk Shamsudin Hashim to submit a detailed report on more than RM100 million losses suffered by several subsidiaries.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said the losses suffered were actually a cumulative figure by several subsidiary companies and not by one company as reported on Friday. The report is inaccurate, not one company with a RM50,000 paid-up capital incurring more than RM100 million losses.

“It's a cumulative figure involving several companies,” he told reporters after a meeting with Perak Penghulus' Assocation here today.

Asked whether the losses were incurred from foreign investments, Mohammad Nizar said they were mainly from investments besides various other aspects.

“Investments made in and outside the country ended up in losses. Besides that, several housing projects cannot be sold. Hence, several companies accumulated the losses over a long period,” he said.... selanjutnya.

Razak ignored reporters



malaysianinsider | Political analyst Abdul Razak Baginda, recently acquitted of abetting in the murder of a Mongolian woman, failed to turn up this morning for a scheduled press conference, initially sparking speculation as to his whereabouts.

He was seen later at his house in the leafy Damansara Heights neighbourhood, but he did not come out to the gate to speak to reporters gathered there.

Members of the press who turned up at the swanky boutique Maya Hotel earlier today were told by reception that the press conference had been cancelled. No reasons were given.

Earlier this week, Abdul Razak had told reporters camped outside his residence that he would meet them at the hotel this morning for an extensive question-and-answer session.

His acquittal last week in the murder trial of his former lover Altantuya Shaariibuu has given rise to a host of questions because of the sensational nature of the case.

The affable political analyst's close ties as a confidant of Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak also sparked wild rumours and speculation.

Najib was even forced to swear that he had never met Altantuya and was not involved in the case.

If Abdul Razak does not make a public appearance soon to answer many lingering questions about the case, it will probably add grist to the rumour mill.... selanjutnya.

BPR siasat elaun pegawai kanan PKNS

bharian | Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat kewajaran pegawai kanan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerima elaun untuk menandatangani perjanjian Jual Beli (S&P) dengan syarikat pemaju yang mengadakan usahasama dengan perbadanan itu.

Menurut sumber, perkara ini dikatakan menjadi amalan dalam PKNS dan BPR akan melihatnya daripada sudut perundangan, sama ada ia dibolehkan atau sebaliknya kerana semua pegawai PKNS dibayar gaji oleh perbadanan itu.

Sumber itu juga mengesahkan bahawa Pemangku Pengurus Besar PKNS, Low Siew Moi dipanggil ke pejabat badan itu di sini petang ini, bagi keterangan mengenai isu itu.... selanjutnya.
Kah kah kah ... Nak cari apa tu?

Eurocopter: 'Game high profile' yang ranapkan wang rakyat?

harakah | ..Sebelum pengumuman itu pun, banyak pihak mempertikaikan beberapa kenyataan dua pemimpin utama negara, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Dato' Seri Najib Razak yang sangat bercanggah antara mereka.

Pada mulanya, 27 September 2008, Abdullah mengumumkan bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar.

Ramai yang melihat pengumuman tersebut memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga angkatan tentera khususnya kepada yang ahli keluarganya pernah terkorban dalam kemalangan melibatkan Nuri.

Pada hemat rakyat dan ahli keluarga mangsa mungkin sekurang kurangnya pengorbanan keluarga mereka diberi perhatian dengan kerajaan mengambil keputusan tidak lagi menggunakan 'keranda terbang' Nuri.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa bahawa India membeli 197 unit EC725 Cougar pada harga yang sama dengan jumlah wang yang dibayar Malaysia untuk hanya mendapat 12 buah. ... selanjutnya.

Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat


melalui email
Merujuk kepada perkara di atas, kami 321 orang pembeli rumah Desa Kerayong Indah. Jeram, Kuala Selangor, Selangor ingin melahir rasa terkilan yang teramat di atas keengganan dan kegagalan pihak Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan masalah kami ini. Kami telah berurusan lebih 3 bulan hanya untuk membuat temujanji melalui PA DSAI. PA beliau asyik berjanji untuk menemukan kami semua, namun sehingga kini, tiada sebarang perkembangan langsung.

Kami Pembeli yang 100% Melayu Islam ini masih tidak lagi mendapat pembelaan yang sewajarnya. Malahan YB Iskandar di dalam jawapan bertulisnya melalui e-mail memaklumkan bahawa kerajaan negeri (PR) memerlukan sebanyak RM70 juta jika memutuskan untuk meneruskan projek tersebut.

Kami amat kesal kerana Pakatan Rakyat sejak mula memegang tampuk pemerintahan Negeri Selangor sejak Mac 2008 yang lalu terlalu asyik menumpukan kepada perkara-perkara untuk menonjolkan diri dan mencari populariti sehinggakan tidak langsung menampakkan tanda-tanda untuk membantu rakyat yang selama ini memberikan sokongan kepada mereka.

Kalau dahulu, janji yang dicurahkan untuk memegang kuasa pemerintahan barulah boleh membantu rakyat jelata. Sekarang apabila telah memerintah di Negeri Selangor ini, kami merasakan seolah-olah tertipu dengan janji-janji manis untuk membantu rakyat.

Umpama pepatah mengatakan, terlepas dari mulut harimau, masuk pula mulut buaya.

Mengapa terlalu sukar untuk berurusan dengan bangsa Melayu Islam seperti kami ini? Mengapa isu babi, isu pasir, isu PKNS, isu air dan sebagainya yang melibatkan bangsa lain cukup cepat untuk diselesaikan oleh Pakatan Rakyat?

YB EXCO Selangor Sdr Ronnie Liu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saman terhadap kerajaan negeri Selangor akan diselesaikan di meja rundingan (http://desakerayongindah.blogspot.com/2008/04/kes-saman-dki-ke-meja-rundingan.html).

Kami merasakan ianya amat berbaloi dengan sokongan yang diberikan selama ini terhadap Pakatan Rakyat. Namun ianya berakhir disitu sahaja tanpa apa-apa tindakan susulan.

Malahan YAB Menteri Besar Selangor (Tan Sri) sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan semasa salah seorang pembeli yang hadir ke pejabat beliau semasa sessi bertemu rakyat baru-baru ini dengan tegas menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak akan meneruskan projek tersebut dan meminta supaya kami yang teranaiya ini menarik balik saman yang dikemukakan.

Apakah erti semua ini? Dimanakah janji-janji Pakatan Rakyat yang selama ini heboh memperkatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan parti untuk merakyatkan ekonomi Selangor. Susah sangatkah untuk seorang pemimpin untuk bertemu dengan rakyat?

Perlukah kami menjemput media dan kemudian barulah Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk bertemu dengan rakyat?

Kalau di masa pemerintahan Barisan Nasional dahulu di Negeri Selangor ini, Pakatan Rakyat sering mencanangkan kepincangan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tetapi kini apabila telah memegang tampuk pemerintahan, kami seolah-olah tidak lagi bermakna dan ingin melarikan diri daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Malahan semasa Penamaan Calon PRU-12 di Komplek Sukan Kuala Selangor (Stadium) kami telah mengadakan demontrasi aman dan diberikan ruang di kem Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kegagalan Barisan Nasional menyelesaikan masalah kami. Pada masa itu Pakatan Rakyat seolah-olah adalah HERO kami semua.

Namun begitu apabila telah memenangi Piliharaya Umum ke-12 yang lalu bermula dari Mac 2008 sehingga Oktober 2008 (10 bulan) ini, kami langsung tidak nampak apakah jalan penyelesaian yang telah dan akan diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Malahan kami seolah-olah disekat untuk bertemu dengan pemimpin atau memang itulah amalan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Kami tambah terkilan apabila YAB MB Selangor telah sanggup hadir di Lobi Parlimen pada 6:45 petang 4 November 2008 yang lalu, walaupun sidang Dewan Rakyat telah berakhir dengan kesemua Pembangkang keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes. Mengapa beliau sanggup berada di Lobi Parlimen (sidang telah tamat)? Sedangkan untuk bertemu dengan rakyat beliau tidak mempunyai masa?

Seringkali alasan yang diberikan adalah Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor. Berikan kami (Pakatan Rakyat) masa untuk menyelesaikan masalah ini. DSAI sibuk dengan urusan 16 September. Kemudian selepas itu, DSAI sibuk di Parlimen, DSAI ada temu janji yang lebih penting. Janji sebegini telah lapuk.

Bagaimana dengan hutang kami kepada pihak bank yang perlu dijelaskan pada setiap bulan? Bergolok bergadai, suami isteri bergaduh telah lama kami alami akibat kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menunaikan janji untuk menyiapkan sebuah rumah untuk kami dengan wang hasil dari titik peluh kami sendiri.

Andai inilah kaedah dan kesombongan yang diguna pakai oleh pemimpin Pakatan Rakyat, bukanlah salah untuk kami semua rakyat untuk menyesali memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Wassalam

Rakyat yang teranaiya

Desa Kerayong Indah

url: http://desakerayongindah.blogspot.com

Unisel: Ini kata MB Selangor

Bhairan
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa menukar atau menamatkan pelantikan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

Beliau berkata, sebarang keputusan pelantikan atau penamatan adalah hak kuasa penuh Ahli Lembaga Pengarah Unisel.

Katanya, beliau menerima bantahan dikemukakan wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK), DAP dan Dewan Pemuda Pas Selangor tetapi keputusan hanya boleh dibuat Ahli Lembaga Pengarah Unisel.

"Kita terima bantahan ini tetapi setakat ini kita tidak ada rancangan menukar (Canselor). Bagaimanapun, sebarang perubahan kita akan maklumkan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco mingguan di sini, semalam.


Tiga wakil dalam Pakatan Rakyat itu semalam menghantar memorandum kepada kerajaan negeri membantah kedudukan Rosmah sebagai Canselor universiti swasta milik Kerajaan Selangor itu.

Posting terkini

Blog Archive