KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 21, 2008

RM5.80 a day not enough for meals, says Murugiah

Star | Seputeh MP Teresa Kok’s claims that she was served meals resembling dog food during her ISA detention have led to an investigation into the quality of food for suspects in police lock-up.

Deputy Minister in the Prime Minister’s Department T. Murugiah said he wanted to first determine if it was true that only RM5.80 was allocated for each detainee’s meals per day.

“If it is true, then it is definitely not enough especially with the price of goods going up. A detainee needs to have breakfast, lunch and dinner.

“Breakfast would cost you at least RM2.50, while a good lunch would be a minimum RM3.50 and dinner RM3.50,” he told a press conference here on Sunday.... selanjutnya.

Pemimpin Umno Pulau Pinang pun tolak PM

harakah | ... Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang memberitahu, kedudukan Abdullah tidak dapat dipertahankan lagi dan beliau hendaklah berundur sebelum pemilihan parti Disember ini.

"Abdullah tidak ada pilihan lagi. Beliau mesti berundur sebelum hujung tahun," kata pemimpin Umno yang enggan memberi namanya itu kepada AFP.

"Abdullah kini dilihat sebagai pemimpin yang sudah tidak dapat mengawal parti dan kerajaan.

"Beliau tidak boleh membuat sebarang langkah yang drastik untuk memulihkan semula kepercayaan para pemimpin parti yang secara terbuka menentangnya dengan mempersoalkan perjanjian peralihan kuasa," katanya.

Abdullah ditekan hebat supaya berundur selewat-lewatnya Oktober ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) Khamis lalu.

Walaupun Ketua Penerangan Umno yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib cuba memberikan gambaran kepada AFP bahawa hanya empat orang yang bercakap sedangkan terdapat lebih 30 ahli MT, tetapi beliau sengaja tidak menyatakan bahawa yang lain tidak dapat bercakap setelah Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan bertindak memotong laluan mereka untuk bercakap setelah melihat Abdullah begitu tertekan malah ada yang mendakwa "hampir menangis" berikutan tekanan-tekanan itu. ... selanjutnya.

Agen Amerika: AMK bidas kenyataan biadap Rais Yatim

Harakah | Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan biadap dan dangkal yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri,Dato' Seri Dr Rais Yatim hari ini yang cuba menimbulkan spekulasi mengenai hubung kait Amerika Syarikat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan tersebut, Rais dipetik sebagai berkata Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat dan Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata, kenyataan biadap itu dipercayai usaha terdesak Umno-BN melalui propaganda murah akhbar arus perdana yang dilihat mahu merosakkan sokongan rakyat di sebalik kemelut kepimpinan negara yang dihadapi oleh Umno khususnya.

Katanya, propaganda murahan mengaitkan 'Anwar Agen Amerika' ini telah disebar luas sebegitu lama, terutama sewaktu kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos lepas.

"Tanpa mereka sedari, di bawah kerajaan Umno-BN jugalah Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) antara Malaysia-Amerika Syarikat begitu hebat digerakkan dalam keadaan FTA ini ditentang oleh kebanyakan ahli ekonomi dan rakyat peringkat pertengahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Jelasnya, kebergantungan ekonomi Malaysia ke atas Amerika Syarikat juga memperlihatkan ia menyumbang hampir 53.2 peratus jumlah eksport Malaysia sehingga Jun 2008. Ini pastinya berlaku di bawah pentadbiran Umno-BN tanpa sebarang campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. ... selanjutnya.

Info ministry awaits report before acting against Radio24

malaysiainsider | The Information Ministry is awaiting a report before deciding on the form of action against the all-news Radio24, which had run an interactive programme allegedly on an issue without regard for national sensitivities.

Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek said today the ministry was conducting an investigation into the matter and was awaiting a report before taking further action.

Expressing disappointment, Ahmad Shabery said the incident should not have happened, more so when it involved a radio station run by an agency under the purview of the ministry.

"As a government radio station, it should not be misused by anyone, including in disseminating matters negative to society and giving wrong views on government policies," he told reporters after presenting Hari Raya Aidilfitri goodies to 25 poor, aged and handicapped people at the community hall of Taman Wan Adnan, here.

Ahmad Shabery was asked to comment on the broadcast of an interactive programme by Radio24 on the topic "Which is more important, the transition of power from Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) to Datuk Seri Najib Tun Razak or a reduction in the fuel price?"... selanjutnya.

2 Kerusi bertukar ke Pembangkang

bernama | Kerusi dua Ahli Parlimen Parti Maju Sabah (SAPP) iaitu Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau) akan dipindahkan ke barisan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat, 13 Oktober ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, sebagai anggota parti yang tidak lagi menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), kedudukan kerusi mereka secara automatik perlu diubah kepada barisan pembangkang.

‘‘Oleh kerana mereka ini mengumumkan keluar daripada BN iaitu kerajaan yang berkuasa hari ini, maka status dua ahli Parlimen ini adalah pembangkang di Dewan Rakyat.

‘‘Meskipun mereka yang mewakili SAPP ini mengisytiharkan sebagai bebas dan tidak menyertai pakatan pembangkang tetapi pendirian keluar BN menyebabkan mereka tidak boleh berada di barisan penyokong kerajaan,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.... selanjutnya.

Serah surat letak jawatan

bernama | Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, dijangka menyerahkan sendiri surat peletakan semua jawatan dalam Kabinet Negeri kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Isnin depan.

Shu Kiah, Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) yang tidak bersetuju dengan tindakan parti, hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan keputusan keluar dari gabungan Barisan Nasional (BN), berkata, beliau akan menyertai Musa di majlis penyampaian kuih raya dan di situ akan memberikan surat letak jawatan.... selanjutnya.

Suara Keadilan Jawab Surat Tunjuk Sebab KDN Semalam

bernama | Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan telah menjawab surat tunjuk sebab Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa yang ditetapkan, kata Ketua Penerangan PKR Tian Chua.

Beliau berkata surat tersebut diserahkan dengan tangan ke pejabat Ketua Setiausaha KDN, Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran di Putrajaya semalam, sebelum berakhir tempoh tujuh hari yang diberi oleh kementerian tersebut untuk menjawab.

"Dalam surat itu juga disertakan salinan naskah terbaru Suara Keadilan yang memuatkan pembetulan dan penarikan balik berita mengenai kesihatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Cop akuan penerimaan pada tarikh tersebut telah pun diperolehi dari pejabat KDN dan salinan surat itu juga dihantar melalui faks pada tarikh yang sama," katanya dalam satu kenyataan hari Sabtu.

Suara Keadilan diberikan surat tunjuk sebab kerana laporannya yang memetik sumber-sumber yang mendakwa Musa lumpuh setelah menjalani pembedahan pintasan jantung.

Semalam, Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sehingga tengah hari semalam, KDN belum menerima jawapan daripada Suara Keadilan.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive