BHarian | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyifatkan laporan sebuah agensi berita asing kononnya wakil beliau dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah memulakan rundingan penyerahan kuasa sebagai berita 'paling gila' yang beliau pernah dengar.
Perdana Menteri berkata, agensi berita asing itu sepatutnya berfikir sebelum membuat dan menyiarkan laporan seumpama itu.
"Itu laporan paling gila yang saya pernah dengar. Apa yang buat laporan seperti itu, anda patut fikir dulu sebelum membuat laporan seperti itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.... selanjutnya.
Sep 23, 2008
PM sifatkan laporan agensi berita asing 'paling gila'
Labels: Belit Dollah, Media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sep 21, 2008
Info ministry awaits report before acting against Radio24
malaysiainsider | The Information Ministry is awaiting a report before deciding on the form of action against the all-news Radio24, which had run an interactive programme allegedly on an issue without regard for national sensitivities.
Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek said today the ministry was conducting an investigation into the matter and was awaiting a report before taking further action.
Expressing disappointment, Ahmad Shabery said the incident should not have happened, more so when it involved a radio station run by an agency under the purview of the ministry.
"As a government radio station, it should not be misused by anyone, including in disseminating matters negative to society and giving wrong views on government policies," he told reporters after presenting Hari Raya Aidilfitri goodies to 25 poor, aged and handicapped people at the community hall of Taman Wan Adnan, here.
Ahmad Shabery was asked to comment on the broadcast of an interactive programme by Radio24 on the topic "Which is more important, the transition of power from Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) to Datuk Seri Najib Tun Razak or a reduction in the fuel price?"... selanjutnya.
Labels: Media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 25, 2008
Media jangan pulaukan Parlimen - Zaid Ibrahim
Berlaga angin. Nazri halang media, Zaid mahukan media. Korang cakap biar betul. Berbelit belit. cam lepas minum todi....?
bernama - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim meminta petugas media agar tidak meneruskan tindakan memboikot liputan di lobi Parlimen selepas mereka dilarang memasuki kawasan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata media perlu diberi ruang secukupnya untuk menjalankan tugas kerana mereka perlu menyampaikan maklumat yang tepat kepada pembaca dan orang ramai.
"Kebebasan akhbar adalah penting dan saya fikir media ada tugas yang penting dan perlu menjalankan tugas mereka dengan teratur.
Jika tidak mendapat maklumat yang tepat, mereka tak dapat buat kerja dengan teratur," katanya ketika ditemui selepas melancarkan buku bertajuk "Sharing the Nation: Faith, Difference, Power and the State, 50 Years After Merdeka" di Universiti Malaya di sini, hari Selasa.
Hadir sama pada majlis itu ialah penulis buku Prof Noraini Othman, Fellow Ketua Penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Mavis Puthucheary, ahli sains politik kanan dan Clive Kessler, Prof Emeritus Sosiologi dan Antropologi di University New South Wales, Australia.
Zaid berkata kerajaan dan agensi berkaitan perlu menangani isu tersebut serta mencari jalan penyelesaian dan berbincang dengan pihak media untuk memudahkan kerja masing-masing.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan petugas media supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan.
Zaid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan petugas media yang membuat liputan pada Sidang Dewan Rakyat mengambil tindakan itu sebagai membantah terhadap peraturan baru yang melarang mereka memasuki lobi Parlimen.
Dalam kejadian Selasa pagi, jurugambar dilihat meletakkan kamera masing-masing di tepi ruang lobi sebagai tanda protes.
Labels: Belit Nazri, Media, Sidang Parlimen, zaid ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 16, 2008
TAIB MAHMUD KAYA, RAKYAT MAKAN KATAK?
Maut selepas makan katak panggang
Star
SIBU: Seorang lelaki meninggal dunia selepas memakan katak beracun yang dipanggang semalam manakala anak saudaranya dimasukkan ke Hospital Sibu setelah muntah tidak henti-henti.
Katang anak Rayun, 40-an, bapa kepada tiga orang anak, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Selangau manakala anak saudaranya Ejor Sulaiman anak Undi, 14, beransur pulih.
Undi anak Saga, 35, yang ditemui di Hospital Sibu hari ini, berkata anaknya bernasib baik kerana hanya makan sedikit sahaja isi dan telur katak itu.
Katanya beliau bersama anaknya serta Katang serta beberapa lagi anggota keluarga pergi memancing di Sungai Sepiring tidak jauh dari rumah panjang mereka.
"Saya tak tahu kenapa Katang dan anak saya makan katak itu kerana saya yakin mereka tahu ia beracun," kata Undi.
Labels: Media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 8, 2008
Boleh abaikan
Caj RM250 dikata berpatutan
kosmo
ALOR STAR – Yuran prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun enam berjumlah RM250 yang dikenakan sebuah sekolah di sini, dianggap satu kadar yang berpatutan.
Malah, Pengarah Pelajaran Kedah, Misrah Ibrahim memberitahu, cadangan mengenakan yuran oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Bohor itu juga telah diluluskan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Namun beliau berkata ia tidak wajib, malah ibu bapa yang telah membayarnya boleh menuntut kembali.
Misrah berkata, ia diletakkan sebagai bayaran lain-lain bersama derma PIBG dalam pakej C yang berjumlah RM28.80 diikuti pakej B berjumlah RM30.50 dan pakej A berjumlah RM55.30
“Yuran tersebut boleh dibayar secara ansuran sehingga akhir bulan depan.
“Tapi kalau ada yang tidak bersetuju, mereka boleh mengabaikannya dan jika ada yang sudah membayar, boleh menuntut kembali bayaran,” katanya ketika mengulas laporan KOSMO! semalam mengenai tindakan sekolah mengenakan yuran keseluruhan murid tahun enam sebanyak RM373.80.
Misrah berkata, kadar yuran yang telah diluluskan hanya RM30.50 manakala yuran lain adalah sekadar pilihan.
Labels: Media, Penipuan Yuran Sekolah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 7, 2008
RTM DITAHAP MEMUALKAN
Surat dari pleyar kepada MStaronline
Tidak hairan bila kakitangan kurang minat menonton program RTM
MStar
AGAK menghairankan bila kakitangan RTM sendiri pun tidak minat RTM?
Dari dulu lagi nampak sangat program-program RTM yang senantiasa dijaja diwar-warkan diheboh-heboh bagai nak rak itu semuanya sebenar-benarnya tidak sehebat mana.
Macam dia orang punya Klasik Nasional la. Mana ada klasiknya? Kononnya Saluran Inforia tapi sudahnya jadi Saluran Inforiak atau Saluran Feranda (Porak Peranda).
Kononnya Tepat, Padat, Mutakhir padahal Maklumat tidak lengkap, adakalanya Laporan Saham yang di dapati dari Bursa Malaysia pun tak betul. Yang Bukan Mutakhir biasanya Market Closing Report seharusnya tepat...
Dan ada juga Laporan yang tak 'up-to-date', malah sudah basi pun dihidang untuk para penonton yang dia orang anggap penonton jenis butakayu?.
Ada kala filem dari slot Filem Lagenda pun di siarkan bahagian yang Terkemudian dan diikuti dgn yg Awal. Kita tahu mereka buat silap tapi tidak mampu atau berusaha membuat pembetulan dgn seberapa segera. Bikin orang maki menyumpah dan kutuk saja. Macam mana orang nak respek dan sanjung RTM kalau macam ni punya gaya?
Drama-drama yg disiarkan melalui RTM yg di heboh-heboh sebelum sesuatu siri di lancarkan dgn menjemput para Penerbit/Pengarah, pelakun atau yg berkaitan dgnnya sebagai mempromosikan drama-drama mereka, pun semuanya gembar gembor kosong saja lebih - seolah-olah menipu para penonton supaya mereka diheret untuk menonton siri-siri drama-drama mereka yg streotype, monotonous, tak berkualiti, hampeh yg memang jenis sampah sarap belaka.
Begitu juga dgn para pengacara RTM - semuanya macam apa kata 'survey' la .... Tiada Tarikan.
Tiada Tarikan di sini bermaksud kepada daya pemikiran, intelektual dan tahap respon si pengacara yang tidak menunjukkan tahap yang cerdas smart dan pintar..... itulah yang membawa kepada kurang daya tarikan.
Kebanyakan pengacaranya tidak berpengetahuan luas dan cetek dalam segi ilmu dalam segenap hal. Mereka harus versatile dalam segenap segi.
Ada juga sebilangan artis yang ada rupa sikit dan ada kaitan sikit dengan pihak atasan, sudah dikira layak untuk jadi pengacara majlis atau program. Maka timbullah tersasul sana tersasul sini, silap sana silap sini. Gugup sana gugup sini disebabkan tak buat 'homework' dan tidak bijak dan main hentam keromo saja.
Banyak yang memualkan, mengada-ngada lebih, melampau-lampau dan 'over'sampai naik meloya dan memualkan. Bila dah memualkan, mulalah tukar channel.
Begitu juga dalam siaran bercorak Forum atau 'TALK-SHOW' kebanyakannya tidak boleh dibanggakan. Bagi penonton yang tidak berminat dalam politik akan langsung hilang minat kerana laporan berat sebelah.
Satu lagi masalah audio visual yang malap dan hambar tu sememangnya dari dulu sampai sekarang, tak ada pembaharuan. Katanya sudah menggunakan sistem digital. Rasanya belum lagi sampai ke tahap itu.
Gangguan gambar dan gangguan suara (Audio/Visual) sering berlaku, boleh dikatakan setiap hari.
Lagi satu tentang seni artistik pihak RTM yang sememangnya tak pandai dan tidak kreatif.
Tengoklah setting dalam sesuatu show di RTM. Semua jenis tidak menarik langsung, jenis kuno. Lihat sajalah set pentas, lighting, background, pemilihan warna dan bermacam lagi yang tiada tarikan langsung
Memang segala-galanya malap dan hambar...
TIDAK MINAT RTM
Labels: Media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 1, 2008
IDEA SPONTAN DARI ZAM .....
No2umnO - Bila menteri bertukar, idea pun berubah. Sekejap tukar dan sekejap tukar. Tidak tahu berapa lama boleh bertahan dan tidak tahu perkara ini boleh dipraktikkan atau tidak. Bagaimana dengan filem filem yang sudah di buat tetapi belum disiarkan yang menggunakan kaedah lawak sebegitu?
RTM haramkan dialog dialek Cina, Tamil
KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengharamkan lakonan dalam program komedi, sitkom atau drama yang menunjukkan orang Melayu ataupun bukan Melayu bercakap bahasa Malaysia dalam dialek atau intonasi mengikut bahasa Cina atau Tamil, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin. selengkapnya
Idea spontan tanpa berfikir panjang dari Zam akan berakhir dengan masalah kepada pihak lain. Ini semua gara gara kononnya nak tunjuk hormat pada bangsa lain sebelum pilihanraya. Kesiannnnn......bekas wartawan yang tidak kreatif tapi mahu menjadi menteri. Wartawan seperti zam ini selalunya hanya catit apa yang orang lain cakap dan bila disuruh lahirkan idea sendiri, Zam pun pening.
Labels: Media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
POLIS TIDAK AMBIL TINDAKAN?
‘Aku letup kau macam Altantuya’
Oleh Hadzlihady Hassan
KUALA LUMPUR: “Aku akan letupkan kau menggunakan (bom) C4 seperti kes Altantuya dan kau akan jadi Altantuna,” itul antara ugutan seorang anggota tentera kepada teman wanitanya yang kini hamil tujuh bulan hasil hubungan sulit mereka.
Difahamkan, lelaki terbabit yang enggan bertanggungjawab dengan perbuatannya, melakukan pelbagai ugutan dan pernah memukul wanita itu.
Lebih malang, mangsa yang membuat sembilan laporan polis, mendakwa hingga kini lelaki terbabit belum ditahan.
Menceritakan detik pahit itu, wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 25, berkata dia mengenali bekas teman lelakinya itu hampir empat tahun lalu sebelum mereka terlanjur hingga menyebabkan dia hamil.
Menurut Ina, lelaki terbabit mula membencinya selepas mengetahui dia hamil lalu sering memukulnya.
Kini, dia tidak tahan lagi dengan perbuatan lelaki terbabit dan membuat laporan polis.
Malah, dia hampir ditikam dengan pisau ketika mereka berbincang untuk menyelesaikan masalah itu di rumahnya.
Katanya, dia betul-betul bimbangkan diri dan anak yang dikandung selepas menerima ugutan daripada lelaki terbabit.
“Saya tidak tahan dengan ugutan dan perbuatannya yang sering memukul serta mengeluarkan kata-kata kesat dan memburuk-burukkan saya.
“Sepanjang perkenalan, saya mengetahui lelaki terbabit pandai membuat bom dan dia pernah menceritakannya kepada saya,” katanya.
Menurut Ina, dia dan lelaki terbabit pernah dipanggil untuk diambil keterangan.
“Lalu, lelaki itu mengaku di hadapan polis dia mengugut mangsa. Bagaimanakah nasib saya dan anak yang dikandung ini,” katanya.
Labels: Media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dec 31, 2007
RTM tambah masa untuk siar cerita karut
Warta Perdana RTM Dilanjutkan Kepada 45 Minit Mulai Esok
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Warta Perdana di RTM1 akan bersiaran selama 45 minit mulai esok dalam usaha stesen televisyen itu menyajikan lebih banyak bahan berita dan maklumat kepada para penonton.
Perubahan sempena tahun baru 2008 itu membolehkan penonton menyaksikan warta perdana dari pukul 8 malam hingga 8.45 malam, iaitu tambahan 15 minit daripada waktu siaran sekarang.
"Menariknya, ciri baru yang ditampilkan dalam pengisian kandungan berita ialah lebih banyak berita `human interest', selain berita-berita utama dalam dan luar negara, berita ekonomi, sukan dan cuaca," kata stesen TV itu dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam usahanya menjadikan Warta Perdana lebih mantap dan berinformasi, RTM akan menyampaikan lebih banyak maklumat terkini kepada penonton menerusi liputan lintas langsung selain temubual secara langsung dengan tetamu di studio bagi membincangkan isu atau topik yang mendapat perhatian ramai.
Laporan khas yang lebih terperinci akan turut dimuatkan dari semasa ke semasa, tambahnya.
No2umnO - Maka bermula lah propaganda politik BN sempena menyambut pilihanraya yang ke 12. Membazir....tak der sapa nak tengok. Baik tonton Al Jazeera.
Labels: Media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
