KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit Dollah. Show all posts
Showing posts with label Belit Dollah. Show all posts

Oct 14, 2008

I disagree Mr PM.

Sorrylah Mr PM.... I am not convinced!

mvnathan | The PM says that we the rakyat should not pay heed to all the allegations against the DPM. He says "I don't believe that Najib had abused his powers. If he did how can he be my successor ? I believe that he is a good person and that he will be a good PM".

Sorrylah Mr PM I don't buy it one bit. I think that at the moment there is one allegation too many against that Najib chap. I am of the opinion that there are simply too many questions regarding Najib presently and his possible involvement in that infamous murder.Didn't that PI Bala "implicate" Najib in his SD ? Anyway.... what has happened to that PI Bala ? Where has he gone to ? Why did he disappear ? Did the police investigate the PI's SD ? What is the outcome of the investigations ? Why did PI Bala retract his SD and then disappear ? What about the missing immigration records of the dead woman ? ... selanjutnya.

Oct 13, 2008

Dollah anggap tarikh baru pembangkang sebagai karut

utusanmeloya | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menganggap tarikh baru pembangkang untuk membentuk kerajaan persekutuan menjelang awal Disember sebagai `karut’ dan `membuang masa’.

Perdana Menteri berkata beliau tidak nampak sebarang sebab untuk anggota Barisan Nasional (BN) meninggalkan gabungan itu dan menyertai Pakatan Rakyat.

“Barisan Nasional ialah pemenang dalam pilihan raya umum lepas dan kami ada kerja yang perlu dibuat. Mungkin ada perbezaan pendapat di antara kami dan sesetengahnya bukan mudah untuk diselesaikan tetapi hakikatnya ialah kami telah diberikan amanah oleh rakyat.

“Kami membentuk kerajaan yang kuat dan kami akan terus lakukan apa yang kami mampu untuk membangunkan negara. Ini adalah satu peluang bagi parti, jadi kenapa pula ada yang mahu meninggalkan parti?” kata Abdullah.
... selanjutnya.

Oct 11, 2008

Abdullah jadi Quran buruk Umno dan bangkai bernyawa pada Rakyat

suarakeadilan | ... Kalau dulu masa belum kawin dengan Jeanne, kakitangan di putrajaya terpaksa menunggu lama baru Abdullah menjelma untuk berucap di perhimpunan mingguan di JPM. Lepas kahwin pula Abdullah kelihatan lesu dan kurang bermaya di sebabkan terpaksa bangun lebih awal kerana masa tidor dan bangun Abdullah di tentukan oleh isterinya.

Namun kini semuanya telah berbeza, walaupun Abdullah masih bergelar Perdana Menteri tetapi dia tidak layak lagi bercakap pada media kerana apa yang akan di cakapnya sudah tidak memberi manfaat pada Negara maupun rakyat.

Begitu juga untuk berjumpa orang kenamaan dari luar Negara. Abdullah tak perlu lagi ‘menyibuk’ kerana tak akan ada pelabur yang akan yakin dan percaya padanya lagi.

Bagi rakyat itu semua tak jadi halangan. Sebagai manusia Abdullah berhak menikmati pelbagai rahmat yng di angugerah tuhan kepada hambaNya.

Namun apa yang mungkin di pertikai rakyat adalah wang rakyat yang diberi kepada Abdullah yang masih memegang jawatan sebagai perdana menteri. Wang berupa gaji, elaun, kenderaan, lawatan dan pelbagai tip keistimewaan yang di terima oleh Abdullah adalah hak rakyat.

Apa guna ada PM sekiranya jawatan tersebut tidak memberi makna dan manfaat kepada Negara dan rakyat?. Rakyat berada di persimpangan berhubung kedudukan Abdullah sekarang. ...selanjutnya.

Oct 8, 2008

Abdullah mahu kekal presiden Umno?

malaysiakini | ...Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka membuat keputusan penting hari ini - sama ada melepaskan jawatan nombor satu Umno atau terus bertarung menongkah arus popular yang mahukan beliau segera meninggalkannya.

Ketika spekulasi popular menjangkakan perdana menteri tidak akan mempertahankan jawatan presiden Umno, tiba-tiba muncul andaian sebaliknya apabila satu perjumpaan tergempar selama tiga jam diadakan sehingga 2 pagi tadi.

Perjumpaan melibatkan 200 orang itu diadakan di kediaman rasmi Abdullah di Putrajaya "untuk memuktamadkan keputusan sama ada beliau akan bersara atau terus mempertahankan jawatannya," kata seorang bekas ahli parlimen Umno, Datuk Ruhanie Ahmad.

Keputusan pertemuan itu, menurut mantan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) itu, "Abdullah akan terus mempertahankan jawatan presiden Umno."... selanjutnya.

Sep 26, 2008

Dapatkah Abdullah tekan MT ikut kehendaknya?

Harakah | .... Berdasarkan laporan , semua cara dirancang akan digunakan supaya kehendak Abdullah itu menjadi kenyataan.

Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad melaporkan dalam blognya, kuda-kepang.blogspot.com, cadangan Abdullah untuk menangguhkan mesyuarat agung perwakilan Bahagian dan PAU ke tahun hadapan malah dibangkang dan ditentang oleh timbalannya sendiri yang dilihat dan sentiasa dilaporkan begitu setia.

Menurut sumber Seri Perdana, Abdullah telah memanggil Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi kelmarin untuk membincangkan isu-isu parti.

Dalam pertemuan tersebut, Presiden Umno itu telah mencadangkan supaya Mesyuarat Bahagian dan PAU ditangguhkan ke bulan April dan Jun 2009. Namun cadangan tersebut telah ditolak oleh Najib.

Bagaimanapun Abdullah berkeras mahukan Majlis Tertinggi meluluskan kehendaknya itu dalam mesyuarat hari ini.

Ruhanie memetik laporan dalam laman web penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz, mykmu.net ... selanjutnya.

Sep 23, 2008

PM sifatkan laporan agensi berita asing 'paling gila'

BHarian | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyifatkan laporan sebuah agensi berita asing kononnya wakil beliau dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah memulakan rundingan penyerahan kuasa sebagai berita 'paling gila' yang beliau pernah dengar.

Perdana Menteri berkata, agensi berita asing itu sepatutnya berfikir sebelum membuat dan menyiarkan laporan seumpama itu.

"Itu laporan paling gila yang saya pernah dengar. Apa yang buat laporan seperti itu, anda patut fikir dulu sebelum membuat laporan seperti itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.... selanjutnya.

Sep 20, 2008

Pak Lah under pressure to exit

Star |The Prime Minister is under pressure to fast-forward the transition plan that would have seen him handing over power to his deputy in 2010.

Umno supreme council members had reportedly told Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in their meeting on Thursday that the political situation was not improving and that he should consider an earlier exit.

At the same time, Abdullah’s supporters are rallying around him to ask him to stick to the transition plan and defend his president’s post, if need be.... selanjutnya.

Sep 17, 2008

Badawi gets ready for War.

donkidmepls | I'm no political scientist. But let me try. See if this makes sense.

Im not sure what has happened to Badawi. Either he fired his old Strategist and hired some brainy guy, or his strategist just woke up. His actions over the last 3 days confirmed one thing. Some "Critically Heavy Thinking" is going on to safe his seat. And he is probably adopting the football mantra “Attacking is the best form of Defense”.

Lets see his actions over last 2 days.

1st - He called Anwar Bluff and refused to give face & meet Anwar and asked him to reveal the names instead.
2nd - He has appointed DPM Najib as the Finance Minister With immediate effect.
3rd - He said that his power transition plan with Najib scheduled to complete in 2010 is in tact.
4th - That he as the PM, will now take over the Defence Ministry with immediate effect.
5th - (Probably Has asked) ACA to start investigation on charges that Oposition is offering money to cross over.... selanjutnya.

Tukar portfolio, talian hayat Abdullah/Umno - Mahfuz

harakah | ....Selain itu ujar Mahfuz, terdapat kebimbangan dengan tindakan Abdullah mengambil portfolio pertahanan dari Najib kerana ini katanya mungkin untuk mempergunakan kementerian itu sebagai talian hayatnya.

"Saya bimbang dengan kedudukan Abdullah di Pertahanan yang memungkinkan penggunaan tentera jika keadaan mendesak tatkala mereka juga bimbang dengan senario perubahan kerajaan yang diusahakan Pakatan Rakyat," ujarnya.

Walaupun pada 16 September perubahan tidak berlaku, tetapi Abdullah sendiri bimbang dnegan ebarang kemungkinan dalam masa terdekat bahawa perubahan itu akan berlaku juga, kata Mahfuz.

Mahfuz juga menempelak kelemahan Abdullah yang baginya tidak bertanggungjawab terhadap portfolio lamanya sebagai Menteri kewangan selepas membentangkan Belanjawan 2009 yang belum sempat dibahas di Parlimen. ... selanjutnya.

Anwar nak lingkupkan negara - Dollah

bernama | ... "Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, Rabu.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.

Sebaliknya, Abdullah berkata, FDI sebenarnya masih mengalir ke dalam negara ini, malah Malaysia merupakan antara negara yang diminati oleh pelabur.

Timbalan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan, dan yang turut hadir pada sidang akhbar itu, mencelah dengan berkata kadar pelaburan tahun ini mungkin lebih tinggi dari tahun lepas.

Mengenai kedudukan daya saing negara pula, Abdullah berkata Malaysia mencatatkan kedudukan lebih baik dari tangga ke-23 kepada tangga ke-19 sekarang.

"Anwar mahu melingkupkan negara dan mengekploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri," kata Perdana Menteri.

Najib juga berkata permainan politik Anwar boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

Najib meminta orang ramai agar tidak menjadi mangsa kepada mainan politik Anwar itu.... selanjutnya.

Siapa hilang kuasa? [update]

Hari ni ... cuti umum, perubahan kuasa antara Najib dan Dollah. Najib sekarang bergelar Menteri Kewangan 1 dan Dollah pula bertukar ke portfolio, Menteri Pertahanan. Cukup menarik dan apakah agenda? Siapa sebenarnya yang hilang kuasa?

Baca syarat syarat dari DS Anwar Ibrahim kepada Pak Lah ... melalui surat yang dihantar semalam.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan.

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu.

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa.

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.
Pertukaran potfolio PM dan TPM untuk perancangan jangka pendek atau panjang? Baca komen MMUTAligat.

Menteri Kewangan dan Pertahanan bertukar tangan

malaysiakini | Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari melepaskan jawatan menteri kewangan menyerahkannya kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berikutan, Abdullah mengumumkan yang beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan dari Najib.

Abdullah memberitahu sidang akhbar tengah hari ini bahawa Najib dilantik sebagai menteri kewangan berkuatkuasa serta merta.

Perdana menteri yang memegang jawatan tersebut sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai keputusannya.

Kedua-dua juga mengesahkan komitmen mereka untuk berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Bagaimanapun, Abdullah berkata, beliau mungkin melepas jawatan lebih awal daripada 2010 bergantung kepada prestasi Najib.

no2umno - KUrang kan risiko dan kacau bilau ? heheheh ....teka teki

Sep 16, 2008

Dr M steps up calls for Abdullah to be ousted

malaysiainisider | ...Datuk Seri Abdullah Badawi must be removed if race relations are to be improved, Tun Dr Mahathir Mohamed said today.

'Unless and until Datuk Seri Abdullah is removed nothing that the Chinese parties and Umno can do will help improve race relations or resuscitate the BN or improve the government of the country,' he wrote in his blog, adding that blaming Umno will not achieve any of these objectives.

Dr Mahathir, a trenchant critic of his handpicked successor, said the reason for this was because no one is willing to openly criticise Abdullah and instead 'Umno is made the scapegoat.'

He called the handling of Datuk Ahmad Ismail's reported racial remarks an example of Abdullah's missteps in attempting to protect racial harmony.

'Instead of Datuk Seri Najib Razak apologising, Umno should discipline Ahmad. His apology and its rejection by Gerakan simply angered the Malays. At the same time I don't think support for Gerakan and MCA would increase.

'The BN leader should have called the parties concerned and persuade them not to use the race card. But the leader was too scared to face Ahmad Ismail one-to-one. Instead he resorted to the Internal Security Act (ISA) to prove that he is impartial. Now not only the Malays but the Chinese too will become more angry,' he wrote.... selanjutnya.

Sep 4, 2008

EXCO Terengganu terus guna Mercedez

Buletin | Kerajaan Terengganu akan terus mengguna pakai 14 buah Mercedes E 200 Kompresor untuk kegunaan Exco dan Pegawai Kanan,
walaupun Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ia akan digunakan untuk pelancong VVIP dari luar negeri.

Sumber dalaman memberitahu kenyataan Abdullah tersebut adalah tidak munasabah kerana berapa orang pelancong VVIP dari luar negeri yang akan datang ke negeri Terengganu.

Oleh yang demikian, kereta-kereta tersebut tidak akan disimpan dibawah garaj sambil menunggu kedatangan pelancong VVIP, tetapi sebaliknya akan terus digunakan.

Menurut sumber itu lagi, empat Belas Buah Mercedes tersebut juga tidak akan dijual kerana nilai kereta tersebut telah berkurangan kerana ia telah digunakan oleh pihak ‘exco’.... selanjutnya.

Aug 28, 2008

P.PAUH | Pak Lah tak der hal pun

Pak Lah tak kesah pasal kekalahan di Permatang Pauh .... Lapuran oleh MStar

"Keputusan itu hanya membabitkan satu pilihan raya kecil seperti pilihan raya kecil lain sebelum ini. Ia bukan perkara yang boleh melemahkan BN kerana kita tidak kehilangan 20 atau 30 kerusi."

Katanya lagi,

"Oleh itu, saya berasakan kita masih boleh bergantung harap kepada Umno serta BN kerana kita menang dalam pilihan raya umum lalu. Kita hanya tidak mendapat majoriti dua pertiga,”

dan lagi,

"Kemenangan pembangkang mempertahankan kerusi itu memang sudah dijangka dan ia tidak akan melemahkan kekuatan BN yang hanya kekurangan lapan kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen. "

dan lagi lagi ...

"Kita dalam BN sudah memahami apa yang berlaku kepada parti komponen BN dalam pilihan raya umum lalu. Jika pada pilihan raya kecil Permatang Pauh menunjukkan trend yang sama, maka ialah adalah ekoran daripada trend pilihan raya umum lalu."
Kenyataan Pak Lah memang untuk menyedapkan hati Pak Lah, tapi musuh di dalam UMNO sendiri, sudah pasti merah telinga dengar kenyataannya. Heh ..... kalau Pak lah tak mau letak jawatan, orang UMNO lompat parti je. APa ada hairan, Parti bukan untuk bawa mati.

Aug 22, 2008

Hang Temberang apa Dollah?

Hangpa baca kenyataan dari PM hangpa ....

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kini sudah sampai masanya pengundi Permatang Pauh memberikan peluang kepada calon yang tinggal tetap di kawasan ini untuk mewakili mereka di Parlimen.

Perdana Menteri berkata kerusi Parlimen Permatang Pauh ini sudah lama diberikan kepada orang yang tidak tinggal tetap di kawasan ini.

"Dulu bagi presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dia dah tak mau, dia bagi kat suami dia (Anwar). La ni kena ambille," katanya semasa melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Permatang Ara di sini malam ini. - Bernama
Dollah .... Hang ceghita apa? Kalau nak buat contoh, hang ambik la Kepala Bateh ....

Wakil Parlimen dia nun duduk kat Putrajaya. Napa Ahli Parlimen Kepala Bateh tak duduk kat kampung?
Hish ... hang ni loqlaq la Dollah ... Ketegoq apa ka?

Aug 20, 2008

Mana satu yang kurang ajar?

Hari ini Pak Lah bising tentang kibar jalur gemilang terbalik. tapi sebenarnya kalau komputer di pusingkan 180 darjah. Bendera yang terdapat di dalam blog Kickdefella adalah di dalam keadaan yang sebenar.

Kecualilah kalau melihat paparan komputer di dalam keadaan normal. PAsti kelihatan terbalik. Terbali atau tidak, ia masih bendera Malaysia yang kita sayangi, walaupun Perdana menterinya, tidak kita gemari.

Walau bagaimana pun ... kickdefella sudah pun menjawab tuduhan pak lah, di dalam artikel terbarunya DI SINI.

Kalau Kickdefella di gelar kurang ajar ... Bagaimana pula dengan imej di bawah ini?

Dajal punya mangkok

Hari ini Perdana Menteri Flip Flop menggelar Kickdefella sebagai Syaitan 'Evil' . Rujuk berita sini.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has described the action of a blogger in calling on his blogsite followers to fly the national flag upside down as a sign of protest, as evil.
Dan aku hari ini menggelarkan mangkok sekor tu sebagai DAJAL kerana penting kan diri sendiri dan merosakkan nama Islam sepanjang pemerintahannya. Pirrahhhhhh mabok !!!

Korang baca komen Rocky bru.

Jul 26, 2008

Bijaknya kerajaan BN



RM3.43 juta dibazirkan untuk membeli 14 buah kereta Mercedez E200 Kompressor untuk EXCO Terengganu. Kalau itu lah jumlahnya totalnya, maka kenderaan itu bernilai sekitar RM245,000 sebuah. Ianya dibeli dengan cara tunai. Menurut kata MB Terengganu, keputusan itu di buat kerana Mercedes lebih jimat dari Proton Perdana V6.

Disebabkan terlalu banyak kritikan dan kekeliruan yang berlaku, BPR pun dah turun ke negeri tu nak buat siasatan. Tak tahu penghujungnya, tapi bergantung kepada Pak Lah untuk buat keputusan. Kalau Idris Jusoh mahu di ambil tindakan, maka kena la dia. Tapi jika tidak, maka lepas lah Idris Jusoh seperti lepasnya pemimpin pemimpin UMNO yang pernah di tuduh rasuah dan salah guna kuasa. Ada satu yang terus senyap dari perbincangan. Mereka adalah syarikat syarikat yang di pilih untuk menyelenggara kereta Proton Perdana milik kerajaan Terengganu sehingga menyebabkan kos tersebut cukup tinggi untuk di logikkan akal fikiran.

Untuk tutup cerita kebodohan kerajaan BN Terengganu ini maka Pak lah pun keluarkan kenyataannya ....
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu telah dinyatakan dalam pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur semalam.

"Tapi sekarang kereta itu dah dibeli. Kalau jual pun akan rugi. Jadi, gunakan untuk tetamu-tetamu yang akan datang, ia sangat jelas... tidak ada lebih, tidak ada kurang," kata beliau di sini petang ini.

"Semalam, saya dan Najib dalam perjumpaan dengan Menteri Besar Terengganu telah membincangkan perkara ini dan telah pun menyatakan bahawa adalah satu perkara yang penting yang sudah pun menjadi keputusan Jemaah Menteri iaitu pihak kerajaan Terengganu jangan menggunakan kereta Mercedes untuk ExcoExco mereka," katanya. - MStar
Benarkah ia tidak lebih atau tidak kurang?

Itu adalah idea dari Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia yang sudah berada di singgahsana pemerintahan memasuki musim ke 2 nya. Soalnya di sini, selepas Merz di larang untuk di gunakan oleh EXCO, kini Kerajaan Negeri Terengganu terpaksa membeli Perdana V6 pula untuk tutup isu Mercedez itu. Kalau sebuah kereta Perdana V6 bernilai RM113,000, maka untuk 14 buah kereta yang akan di beli nanti bernilai RM1.61 juta.

Bila Pak Lah campur tangan dan desak EXCO Terengganu menggunakan kereta lebih murah nilai, rakyat Terengganu lega. Ohhhh .... Pak Lah buat keputusan betul. Tetapi .....

Kalau pada awalnya, RM3.43 juta di belanjakan untuk membeli Mercedes, kini Terengganu bakal mengeluarkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM1.61 juta untuk membeli Proton Perdana v6. Menjadikan jumlah keluar wang di dalam tempoh terdekat ini sebanyak RM5.01 juta hanya untuk membeli kereta kepada para EXCO.

Itu baru kos membeli dan bagaimana pula kos menyelenggara kenderaan yang bukan lagi 14 unit tetapi 28 unit nanti. Bijak sungguh kepala otak Pak Lah di dalam membuat keputusan yang sepetik jari sahaja.

Kalau untuk dijadikan perbandingan, ini yang kerap berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional. Contohnya, sebuah projek yang menelan belanja sebanayak RM10 juta terbengkalai. Rakyat bising dan untuk menutup dari kritikan maka kemudiannya dana tambahan sebanyak RM5 juta dikeluarkan untuk menyiapkan projek tersebut. Hakikatnya, kos asal sebanyak RM10 juta meningkat kepada RM15 juta. Kalau itu adalah wang milik rakyat, maka bising pun kena, tak bising pun rakyat yang kena.

Yang rugi siapa? Sudah tentu kita.

Apa kata Pak Lah? "Ubah cara hidup" ... saranan kepada rakyat dan bukan pemimpin BN. PADAN MUKA KORANG kerana pandai sangat pilih pemimpin. Tidak sampai 6 bulan selepas pilihanraya, rakyat di tipu lagi. Isu ini akan lupa selepas 4 tahun nanti dan BN akan menang lagi kerana rakyat yang bodoh, cukup mudah di perbodohkan.

Jul 23, 2008

Court throws out Karpal's application to call Najib as witness in murder trial

Malaysiainisider | Lawyer Karpal Singh's application to call Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib as witness and recall private investigator P. Balasubramaniam to the stand in the on-going Altantuya Sharibuu murder trial was thrown out this morning.

Speaking to the press outside of the court immediately after, he said he was surprised that DPP Tun Majid did not support it as the prosecution should have made the application in the first place but 'instead I had to do it'.

He reiterated that the police had said on July 19 that they would investigate everyone named in the two statutory declarations made by P. Balasubramaniam. 'How can the court make a finding on the credibility of Bala if investigations are still being carried out?'

Earlier in the court, judge Datuk Mohd Zaki Yasin had said, 'This court will only exercise that right when the need arises.' Karpal added later, 'I hope it does. The court should not just sit mutely.'

Karpal added that he might take this to the Court of Appeal.

More to come.

Posting terkini

Blog Archive