KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit Najib. Show all posts
Showing posts with label Belit Najib. Show all posts

Nov 24, 2008

Kata Najib, Dunia tersilap tidak ikut Malaysia

Dunia tersilap tidak ikut Malaysia
Krisis kewangan global yang berlaku sekarang menunjukkan komuniti ekonomi dunia telah tersilap langkah kerana tidak menerima cadangan Malaysia sejak 10 tahun lalu untuk membuat pembaharuan kepada struktur sistem kewangan yang dikawal selia oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan institusi-institusi Bretton Woods lain.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas hari pertama sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memberitahu perbincangan para pemimpin APEC itu bahawa kawal selia sistem kewangan dunia kali ini, seperti juga yang diperlihatkan dalam krisis kewangan Asia 1997-1998, telah gagal mengesan “lebihan belanja yang keterlaluan dalam sistem kewangan antarabangsa.”

Katanya, hakikat bahawa kegawatan tersebut berulang lagi dalam skala dan impak yang lebih besar hingga mengakibatkan negara-negara dunia terjebak dalam kemelesetan menunjukkan “pemikiran lama IMF sudah tidak sah lagi.... more.
Betul .... dunia pun silap sebab tak der Pemimpin macam Najib ... wakakakakak
Apa lah pagi pagi dah ada lawak ni ... bukan Rancangan Lawak Nabil tengahari sikit ke?

Nov 21, 2008

Henti fitnah Najib - Razak


“Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti.

“Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran. Hari ini saya ingin jelaskan seperti mana keterangan saya kepada polis, Najib tidak terlibat,” katanya pada sidang akhbar selama hampir 45 minit itu yang sesak dengan wakil media tempatan serta asing... selanjutnya.
Jangan fitnah, tapi boleh tertanya tanya ... napa tak bawak bik mama ngan mongol masuk court. wakakakak
Lagi di tutup, lagi lah orang bertanya ....
Ohhh ..... Balasubramaniam mana kah dikau .... !!!

Nov 19, 2008

Obama and Big Momma

Ini gambar OBAMA dan Keluarga

http://www.prolifeblogs.com/articles/archives/obama3.jpg

Ini Najib dan isteri ....



Macam tak balance je .... ..wakakakakak
36 juta penduduk AS tidak cukup makan. Patut Presiden Amerika kurus kurus.

Yang penting untuk di nilaikan ...
OBAMA tak perlu sejarah bapa untuk jadi Presiden.
OBAMA kulit hitam tapi ..... yang tu putih dan bibir pink.

Wakakakakakk .... Gegar, gegar dan gegar !!!!
GEgegegegegegeg !!! [bergegar sambil berjoging]

Nov 18, 2008

Malaysia selamat walaupun tiada PM dan TPM

Malaysia berada dalam keadaan selamat walaupun ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas urusan ke luar negara. - Bharian
Kenyataan itu menjawab persoalan yang di bakgkitkan oleh Lim Kit Siang ... baru baru ini . RUjuk berita berikut..

Eksklusif: Keluar Negara Pada Masa Yang Sama, Pak Lah Dan Najib Sengaja Langgar Peraturan !!
Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mempertikaikan ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam negara pada dua hari yang sama dalam minggu ini kerana menghadiri lawatan rasmi di luar negara. Lim berkata, mengikut kedudukan peraturan sejak 30 tahun lalu, Perdana Menteri dan timbalannya tidak boleh meninggalkan negara pada masa yang sama. Beliau berkata demikian berikutan Abdullah kini berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi empat hari yang turut disertai oleh dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Abdullah hanya akan kembali bertugas pada Jumaat ini...selanjutnya

Nov 17, 2008

Malaysia negara tak bertuan

Lim Kit Siang pertikai ketiadaan PM, TPM dalam negara dua hari yang sama

MStar
| ..Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mempertikaikan ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam negara pada dua hari yang sama dalam minggu ini kerana menghadiri lawatan rasmi di luar negara.

Lim berkata, mengikut kedudukan peraturan sejak 30 tahun lalu, Perdana Menteri dan timbalannya tidak boleh meninggalkan negara pada masa yang sama.

Beliau berkata demikian berikutan Abdullah kini berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi empat hari yang turut disertai oleh dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Abdullah hanya akan kembali bertugas pada Jumaat ini.... selanjutnya.
Tak per ... ada ramai barua barua diorang tu jaga Malaysia.
berita lain .... Who’ll lead the country with the PM and DPM away?’

Nov 15, 2008

Pendakwa tidak rayu pembebasan Razak

malaysiakini | Beliau mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana kes tersebut masih berjalan.

Pada 31 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia tersebut.

Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri.... selanjutnya.
Belum jadi PM, dah nampaknya kuasanya
Pendakwa pun dah tak mahu buat rayuan ...
Ish ..ish...ish...tak tau la apa jadi kalau jadi PM.

Nov 14, 2008

Arrests raise fears of return to bad old days

malaysianinsider | ..."We fear with Abdullah's departure and the return of hardliners like Dr Mahathir to prominence, political repression is back on a scale not seen in the last five years," said opposition lawmaker M. Kulasegaran.

"The recent spate of arrests is just the beginning."

On Tuesday in parliament, opposition leader Anwar Ibrahim described Najib as a dictator like Dr Mahathir, who would not tolerate dissent and would use security powers to crack down on the political opposition.

On Sunday, police with batons charged a group of lawyers, opposition lawmakers and writers who were holding a candle-light vigil for victims of detention without trial.

More than 25 of the protesters were arrested, held overnight and questioned.

Lawyers acting for the protesters said the 25 were likely to be charged next week with taking part in an illegal assembly, a serious charge in Malaysia that is punishable by one year in jail. Any gathering of five or more people requires a police permit, which is often refused, forcing dissenters to risk arrest if they continue to protest.

Lawmakers involved in the vigil would be disqualified if they are found guilty.... selanjutnya.

Nov 13, 2008

Pak Mongol pakar ekonomi

donotcopythisimagebin

aku cilok dari Aminiskandar
dan Kopitiam Bang Nan
Syok baca tajuknya ... wakakakakak

Nov 10, 2008

Najib will be a dictator - Anwar

Minsider | ..... "If he comes into the picture, everything will be clamped down," he said to reporters in Parliament when told that the Finance Minister plans to roll out the RM7 billion stimulus package which Najib announced in Dewan Rakyat last Tuesday.

"It has not been approved by Parliament. It has not even been tabled," the Permatang Pauh MP said of the stimulus plan.

"The public is not even aware this is a problem as conveniently most mainstream newspapers have covered this up just to protect him.

"This is what we mean by arrogance of power, they control everything, dictate terms and monopolise the news and they can get away literally with murder," he said.

"This means you can anticipate the type of administration under Najib," Anwar said, referring to the transition plan whereby Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will hand over the reins to Najib after the March Umno polls.

Anwar's statement also reflected the opposition's insistence that Najib's speech last Tuesday, in which the stimulus package was announced, cannot be considered an approved policy.... selanjutnya.
Stupid will not using mind but power to lead.

Nov 5, 2008

Caruman EPF turun, siapa untung?

Semalam ada seorang mangkuk dah umumkan penurunan caruman KWSP untuk rakyat dan Syarikat. Usaha ni kononnya nak bagi rakyat lebih berbelanja.

Sebelum ini caruman KWSP adalah 12% oleh syarikat dan pekerja 11%
Di turunkan kepada 11% syarikat dan 8% pekerja.
Kalau di lihat dari segi keuntungan kepada kakitangan, 3% untung berbelanja bersamaan dengan 3% rugi simpanan.
Manakala pada majikan 1% untung majikan sebab tak payah carum untuk korang.

Barapa banyak sangat boleh di belanjakan, kalau kakitangan di potong jumlah carumannya. Dan jumlah tersebut kalau di simpan di dalam KWSP, ianya akan bertambah pada setiap bulan dan kalau termasuk faedah, keuntungan akan berlipat kali ganda.

Korang tak payah kira pakai calculator. Ini mudah punya sifir pun boleh guna. Kalau gaji korang RM1,000, jumlah tidak potong untuk KWSP adalah cuma RM30.00 sebulan. Jumlah ni korang nak bayar apa? Top up handphone, isi minyak, beli tanah, beli rumah, tukar tayar atau bayar roadtax?

Sebenarnya ... dengan pengurangan 1% dan 3% itu, majikan akan untung 1%, manakala peniaga yang menerima wang yang kita belanjakan itu untung sebanyak 3%. Sebulan lebih RM30.00 sekarang ni, cuma celah gigi je.

So dari segi simpanan kakitangan, korang dah rugi [ 3% + 1% ] 4% setiap bulan. Dan KWSP pun tak payah bayar korang punya faedah lebih lebih.

Dalam tempoh 20 tahun bekerja, korang darabkan 4% x 12 x 20 tahun dan kalau di campurkan faedah, berapa jumlah kerugian anda semuanya?

Wakakakakak ... kena lagi.

Mahasiswa membantah Pembatalan MoU AL-AZHAR

misteraim | Mahasiswa berasa sedikit hairan apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pembatalan MOU antara IPTS dengan Al-Azhar adalah kerana kehendak pihak Al-Azhar sendiri.

Nampak begitu gugup lagi teragak-agak apabila beliau mengeluarkan kenyataan ketika menjawab isu ini. Walaupun berbagai kenyataan yang cuba menutup bahawa ianya adalah daripada pihak Al-Azhar sendiri, kami tetap yakin usaha pembatalan MOU ini adalah usaha dari pihak kerajaan Malaysia sendiri melalui kedutaannya di Mesir.

Pihak kedutaan dan Kementerian Pengajian Tinggi juga dilihat telah memainkan faktor penting dalam menjayakan misi sabotaj dengan menyekat kemasukan pelajar ke Al-Azhar. Ini dilihat berikutan dari pembatalan secara mengejut yang disyaki terdapat campurtangan dari pihak berkuasa (kerajaan Malaysia). Isu pembatalan ini juga dikesan adalah rentetan dari kepulangan Najib dari Kaherah Mesir pada satu ketika dahulu.... selanjutnya.

PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib?

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) begitu kesal dengan keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang mengambil keputusan untuk menutup siasatan skandal pembelian Eurocopter tanpa sebarang penemuan yang munasabah.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dilaporkan sebagai berkata tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter tersebut dan penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa.

Kenyataan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dalam keadaan harga tersebut adalah jauh berbeza dengan jumlah yang dibelanjakan oleh negara-negara seperti India dan Brazil yang boleh membeli lebih daripada 50 buah helikopter yang sama pada kadar RM1 billion.

AMK juga kesal apabila PAC sekadar ‘kurang senang’ dek kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan. Sewajarnya, dalam sebarang pembelian aset, uji cuba perlu dilaksanakan agar ianya dijamin selamat dan tidak membahayakan kepada pengguna, khususnya senjata dan juga pengangkutan. Dalam konteks profesionalisme urusniaga, sebarang pembelian barangan khususnya aset seumpama ini perlu diuji cuba terlebih dahulu, bukannya sekadar melihat spesifikasi melalui dokumen dan terus meluluskan tanpa sebarang tindakan susulan.

AMK melihat bahawa PAC telah gagal memainkan peranannya untuk memanggil Najib Tun Razak selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian berkenaan, sebaliknya hanya membuat penilaian berdasarkan laporan daripada Kementerian Pertahanan yang pastinya telah diatur dan disusun supaya ‘cantik dipandang dan sedap didengar’.

Apa yang menghairankan ialah sebarang kes melibatkan Najib, seperti kes Altantuya dan yang terbaru kes Eurocopter ini, pasti akan ‘disenyapkan’ oleh pihak berkenaan. Apakah ini satu pelan terancang untuk menyembunyikan kekotoran yang boleh memalitkan imej Najib yang begitu bersemangat untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri menjelang Mac 2009?
AMK kekal konsisten dengan kenyataan terdahulu bahawa BPR perlu meneruskan siasatan meskipun PAC menetapkan tidak ada apa yang berlaku di sebaliknya.

Imej kerajaan dan negara perlu dibersihkan agar wang rakyat tidak dibazirkan oleh pemimpin Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Wang Rasuah RM750 Juta Dibawa Dengan Jet Persendirian

msomelayu | ..."Inilah *** **, kerja Umno. Umno sudah nak menjual negara ini. Semua pakai duit..." dia berhenti kerana sebuah kereta melintas liar di hadapannya. "Cis.... ha ini orang Umnolah ni... kalau orang Pas dia tak bawa kereta macam ni..." sumpah kawan itu marahkan kereta yang tidak beradat.

"Macam mana you cam orang Umno," tanya saya.

"Hai... Ustaz.... takkan tak kena!" kawan itu memperli saya dan terus bercerita.

"*** ** tahu macam mana dia orang bawa balik duit dari luar negera? RM750 juta....duit dari Switzerland dibawa balik.... " kawan itu terngangga dan saya juga terkejut. Percaya dengan tidak bercampur.

"Macam mana tu? Mana boleh bawa begitu saja?" tanya kawan di sebelah saya yang hanya diam membisu. Sejak tadi asyik menggaru-garu gatal dibetisnya.

"Dia orang ada kemudahan *** **. Duit itu diangkut ke Singapura. Semua duit dalam not Singapura. Dibawa masuk dengan menggunakan jet tentera!"

"Ha..." kawan itu terkejut beruk sekali lagi.

"Jet tenteraaaa....*** **. Kalau dah masuk dengan jet tentera.... sapa nak ganggu? Begitu juga orang yang ke Switzerland tu pakai jet persendirian..... Ini Umno... bukan Pas!" jelasnya lagi.

Saya tidak terbayangkan dengan apa yang diceritakan kawan itu. Dalam hati berdoa semoga ianya tidak benar. Kalaulah begitu lagak Umno tidak ada apa yang boleh diharapkan lagi. Suara untuk menghapuskan politik wang hanya sia-sia sahaja. Ia hanya sebuah retorik yang panjang saja.... selanjutnya.
menarik tu ... jet tentera?
lagi menarik kalu dapat tahu apa maksud '*** **'

Najib ingat parlimen, dia yang punya



Kes wanita mongol ... dia selamat.
Eurocopter pun dia selamat.
Kali ni Dia ingat dewan parlimen Bapak dia punya.

baca lapuran dari MStar ... yang di kira adil sikit.
Ucapan sulung: Najib tidak beri laluan, pembangkang pulau Dewan

Nov 4, 2008

Najib kata pembangkang tak bertanggung jawab ... kah kah kah

Tindakan Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat ketika sesi penggulungan Kementerian Kewangan hari ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata pembangkang tidak sepatutnya bertindak demikian kerana apa yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat adalah langkah tambahan yang begitu penting untuk masa depan negara dan juga untuk membela kepentingan rakyat.

“Jadi dalam pembentangan seperti ini, mereka sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan menunjukkan sikap yang membina sepatutnya hadir dalam masa pembentangan itu.... selanjutnya.
Wakakakak .. pembangkang tak bertanggung jawab atau nko tak mau jawab?
Nko tak nak bagi ruang .. orang pun Blah laaaa !!!
Masa Anwar bahas pembentangan bajet 2009 Pak Lah tempoh hari .. .nko pegi mana?
Dan Anwar benarkah BN mencelah dalam perbahasan ...walaupun BN cuma ada 2 orang wakil je yang datang.

Wakakakakaka .... Ingat rakyat bodoh ke?
Semua dah tonton video kat internet ...
Jangan nak menggelembong, nanti dapat bini kembong.

Little choice but to spend

MInsider | ...He also said that the government will pump RM7 billion more into the system next year and introduce additional steps to maintain the country's economic momentum. "The emphasis will be on encouraging domestic economic activity to spur economic growth, '' he said.

Among the slew of initiatives and projects announced by Najib were:
# RM1.2 billion to be spent on building more low and medium cost housing, RM500 million on quarters for police and military personnel, some RM400 miillion on the double-tracking rail project and RM500 million will be set aside to improve public transportation in urban centres.... selanjutnya.
Wakakakka .... .kena, kita kena lagi.

Najib bentang bajet 'berbelit belit' 2009

Menurut Najib di dalam perbahasannya tadi, inflasi Malaysia akan kekal bertahan, rujuk sini,

The budget deficit is projected to rise to 4.8% from the 3.6% expected earlier, after estimated revenues were dialled down from RM176.22 billion to RM168.73 billion.

The inflation rate is expected to hold steady at around 3-4%, he said in announcing the revised Budget 2009.
Hold steady at 3 - 4%?
Sedangkan pada bulan Jun 2008, Inflasi Malaysia sudah di tahap 7.7%. Rujuk SINI

Selepas kenyataan tersebut, wakil parlimen pembangkang mula bertindak untuk mendapatkan penerangan dari beliau tapi gagal kerana beliau tidak membenarkannya. Seterusnya Najib terus menyambung celoteh bajet BARUnya. Sedangkan di dalam ucapannya, dia menyebut,
Kerajaan tidak akan membentangkan bajet baru 2009. Desakan untuk merobah keseluruhan dan membentang semula Bajet 2009 hanya akan membantutkan usaha Kerajaan untuk memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai.
Najib pasti malu kerana seluruh negara dapat saksikan live dari dewan, bagaimana bodohnya dia membuat pembentangan berbelit belit. Dia tidak membentangkan bajet baru 2009, bukan 'kajian semula' tapi bajet tambahan.

Wakakakak ... sudah kena.... sudah kena.
Balik ke pejabat mesti budak dia kena belasah ... "Nko suruh aku baca...aku baca. Malu aku ... malu aku."
Wakakakaka ..... mampus !!!
Untuk transkrip ucapan mangkuk ... sila KLIK SINI

Najib tak benar soal .. pembangkang keluar dewan [update]

opposition mps walk out of parliament 041108 06MKini | Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat hari ini sebagai membantah keengganan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak melayan pertanyaan yang dikemukakan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009.

Najib memberitahu dewan bahawa beliau akan menjawab soalan-soalan dari ahli Parlimen selepas selesai menyampaikan ucapannya.

Sehubungan itu, beliau tidak membenarkan beberapa percubaan oleh ahli Parlimen pembangkang untuk mendapatkan penjelasan.
... selanjutnya.

Aku dah agak .. dia baca je. Tu sebab kalau soal jawab, dia penin.... dari malu tak dapat jawab, baik dia tak bagi jawab. Bila pembangkang keluar dewan ... dia syonok. AKu tengok kat dalam TV tadi .. .si GEMOK kat belakang, geleng kepala .. geram betul dia pada pembangkang. Kalau ada kesempatan, nak di bom aje, gamaknya.

Pembangkang gelar Najib "Pengecut" dan kebanyakan MP dah boleh agak, ucapannya akan meleret sehingga habis masa dan tiada kesempatan untuk berbahas. Keadaan begini dah pernah berlaku sebelum ini.

Berikut adalah lapuran dari harakah

Tindakan itu dibuat selepas Najib menutup ruang ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mencelah dalam perbahasan yang telah berlangsung selama sejam.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali bangun bagi meminta ruang berbahas dengan beberapa hujah Najib yang dianggap Anwar sebagai tidak benar tidak diendahkan Najib.

Anwar mendakwa apa yang dibahaskan Najib adalah 'belanjawan tambahan' dan bukannya penggulungan bagi perbahasan Belanjawan 2009.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga kecewa kerana perangkaan dalam ucapan Najib itu, berbeza dengan perangkaan dalam bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri kewangan September lalu. ..selanjutnya
Petang tadi memang aku sempat talipon seorang dari Ahli Parlimen, memang mengesahkan bahawa Najib bentang bajet baru. dan bukan 'revise' bajet 2009 yang lepas. Dan baca berita dari BHarian
Keadaan itu berlaku ketika Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sedang membentangkan penggulungan perbahasan Bajet 2009.

Mereka mendakwa penggulungan yang dibentangkan itu menyalahi peraturan dewan kerana Najib membentangkan bajet baru. - Selanjutnya
Ketika pembangkang keluar dewan ... Najib berkata "Bagus Bagus ... bagus".
Dengan gelagat menteri kewangan baru kita ... aku dapat rasakan, negara akan menjadi lebih teruk sementara dia akan bercerita tentang perkara yang berlawanan agar kita semua syok sendiri.

Jangan la sombong sangat

Masa Anwar desak Najib 'revise' Budget 2009 pada 14 October lepas, ... dia menolak ...



KUALA LUMPUR, Oct 14 - The government will not table a new budget as requested by the opposition although revisions are possible. "It is not a suitable suggestion to be considered in addressing the global financial crisis," said Finance Minister Datuk Seri Najib Razak. "Some of the figures may have to be revised but it does not necessitate a retabling of a new budget," he added.
When asked when the budget would be revised, he answered that the government was monitoring the situation which was changing on a daily basis. "As and when we think it is appropriate, we will look at revised figures for next year." - malaysiapolitics
dan hari ini .... Najib revises Budget 2009.

Tapi ... apa yang beza selepas pembentangan hari ni? Suntikan RM7 billion? Kurang kan carumah KWSP?
katanya lagi,
"The government has the flexibility to execute additional high impact projects due to savings from fuel subsidies. From these savings, the government will execute various initiatives involving an injection of RM7 billion," he announced.
Nko tau ke pasal ekonomi ni atau nko baca skrip je. Esok pembangkang bantai dia ramai ramai. Biar tak senang duduk. Pembentangan semula bajet 2009 kosong !!!

Malaysians or foreigners will be greatly disappointed

Family ties take root in Malaysian politics
malaysianinider | Politics often appears to be a family affair in Asia with Pakistan's Bhuttos, India's Gandhis and the Lees in Singapore; now Malaysia looks set to join the party with Datuk Seri Najib Razak now set to be Prime Minister next year.

Najib, the 55-year-old son of Malaysia's second premier and the nephew of the third, will take the helm in March at a time when this Asian nation of 27 million people grapples with economic problems and rising political and ethnic tensions.

News agency Reuters released a feature today, noting that another rising star of the party that has ruled Malaysia for all 51 years of its existence as a country is Datuk Mukhriz Mahathir, the son of its longest-serving prime minister, Tun Dr Mahathir Mohamad.

On the opposition benches in Parliament sits Nurul Izzah Anwar and her father, veteran politician Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar is a former deputy premier who once looked set for the top job until he was kicked out of the ruling party and jailed on what he says were false charges.

"There is an Asian belief that political power can be passed on to the next generation through bloodline," said James Chin, political science professor at Monash University in Malaysia.

Critics say the sense that blood entitles a person to exercise power has generated corruption, stymied development and hampered good government.

More often than not, the progeny of political leaders fail to live up to the family name.

"If Malaysians or foreigners expect Najib to be like his father as PM, they will be greatly disappointed," said Abdullah Ahmad, a political author and a former aide to Najib's father.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive