KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 22, 2008

UNTUK RAKYAT SELANGOR AJE

Badan Antarabangsa Berminat Bangunkan Program Latihan Belia - Khalid Ibrahim

KUALA SELANGOR, 22 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hari ini beberapa badan antarabangsa menyatakan minat untuk membantu membangunkan program dan modul latihan bagi belia dalam bidang keusahawanan dan tooling (perkakasan) di negeri ini.

Dengan mengikuti program latihan ini, belia akan mempunyai kepakaran dan kemahiran bertaraf antarabangsa, dan membolehkan mereka bekerja malahan di luar negara, katanya kepada pemberita selepas majlis makan kesyukuran sempena kemenangan beliau dalam pilihan raya umum lepas di Bukit Badong, di sini.

Abdul Khalid berkata Selangor akan dapat mewujudkan satu kumpulan kelas pertengahan berkemahiran melalui program pembangunan belia yang akan memacu pembangunan di Selangor.

Beliau berkata pada masa ini 80 peratus daripada belia di negara ini terpinggir dan tidak mendapat latihan kemahiran untuk berdikari dan selebihnya iaitu 20 peratus sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Oleh itu, Abdul Khalid berkata beliau akan menumpukan kepada golongan yang terpinggir ini termasuk yang keciciran dalam pelajaran untuk mempunyai peluang kedua.

Beliau berkata jika selepas menerima latihan masih ada belia yang gagal meraih pendapatan RM2,000 sebulan mereka akan dipanggil balik untuk dilatih semula.

"Di Selangor ada satu setengah juta pekerja asing mencari makan, kalau ada lagi pemuda-pemudi di Selangor yang tidak bekerja saya rasa sedih," katanya.

Mengenai struktur Exco kerajaan negeri, Khalid berkata beliau akan memegang portfolio berkaitan tanah, kewangan dan belia; tetapi beliau tidak pula menyebut portfolio lain.

Beliau berkata barisan exco yang akan mengangkat sumpah Isnin ini akan bermesyuarat buat kali pertama pada Rabu.

ANALISA Ketegangan BN-istana isu MB T'ganu

malaysiakini.

Jika majlis angkat sumpah menteri besar Terengganu dipulaukan oleh semua wakil rakyat BN esok, parti itu kini berdepan dengan tanggapan umum bahawa ia sengaja mencipta masalah dengan istana - sekali gus melanjutkan krisis sejak tamatnya pilihanraya umum 8 Mac.

Hari ini, selepas keadaan tidak pasti selama 14 hari tanpa calon menteri besar, istana melantik wakil rakyat Kijal Datuk Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Majlis angkat sumpah dijadual pagi esok di Istana Tamu, Kuala Terengganu.

Namun 23 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid mengisytiharkan secara terbuka untuk memulaukan majlis tersebut.

Usaha ini kelihatan sudah dirancang lebih awal apabila sumber-sumber Umno negeri memberitahu Malaysiakini kelmarin, Idris yang juga pengerusi BN negeri meminta semua Adun - kecuali Ahmad - menurunkan tandatangan sokongan kepadanya.

Sumber itu juga tidak senang apabila Idris membuat kenyataan menyeru rakyat Terengganu agar bertenang sementara menunggu menteri besar baru dilantik.

Idris seolah-olah memberi gambaran rakyat masih bersamanya, kata sumber itu lagi.

Sumber-sumber Umno itu bimbang penduduk akan memandang serong kepada Umno dan membawa kesan politik yang negatif apabila parti itu dilihat cuba menentang istana.

Hari ini, sebelum sidang media Rosol, wakil-wakil rakyat BN bertemu Idris di kediaman rasmi menteri besar dan kemudian masing-masing menurunkan tandatangan sekali lagi bagi menyokong Idris untuk diserahkan kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) jam 9 pagi esok.

Tandatangan sokongan tadi kali ketiga dikeluarkan sejak krisis ini - satu kempen tandatangan sokongan wakil-wakil BN kepada Idris pernah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pertemuan mereka Sabtu lepas.

Kenyataan Rosol, yang dikatakan penyokong setia Idris, petang tadi mengulangi ugutan DAP memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin minggu lepas atas alasan parti itu menolak wakil rakyat PAS sebagai calon jawatan tersebut.

Kenyataan pemulauan tokoh utama DAP Lim Kit Siang itu telah menyebabkan istana Perak menangguhkan majlis itu dan mengesyorkan semua 31 wakil DAP, PKR dan PAS menandatangani persetujuan dengan calon menteri besar itu.

Suasana berkonflik di negeri pakatan tiga pembangkang utama itu kini telah selesai, seperti juga krisis pelantikan menteri besar Perlis - perebutan antara Datuk Seri Shahidan Kassim dengan penggantinya Datuk Dr Mat Isa Sabu.

Shahidan, yang terus-menerus mendakwa hingga saat akhir mendapat sokongan Perdana Menteri, tidak hadir di majlis angkat sumpah.

Kedua-dua kebingungan ini selesai dengan Shahidan dilaporkan menerima Isa demi kebaikan Umno dan BN di negeri itu, dan Lim pula memohon maaf kepada istana dan menghadap sendiri Pemangku Raja Perak selepas majlis angkat sumpah Mohamad Nizar.

Walaupun berita pelantikan Ahmad tidak begitu mengejutkan tetapi pemulauan majlis angkat sumpah esok benar-benar satu tamparan kepadanya dan sekali gus MPPR.

MPRR minggu lalu gagal mengadakan pertemuan di Putrajaya dengan wakil-wakil BN apabila majlis yang dijadual pada 11 pagi dibatalkan di saat-saat akhir. Dua puluh wakil parti itu kemudian mengadakan perjumpaan dengan Abdullah.

Di Terengganu pula, naik beberapa puluh sepanduk menyatakan sokongan kepada istana. Sepanduk yang memuatkan antaranya perkataan "Daulat Tunku" dan kesediaan rakyat bersama istana itu bagaimanapun diturunkan selepas dua jam kemudian.

Dalam satu kes kelmarin, polis berjaya menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu berhubung pelantikan menteri besar.

Kain rentang itu yang dirampas awal pagi itu antaranya bertulis "Daulat Tuanku Selamatkan Terengganu Darul Iman" serta "Daulat Tuanku, Rakyat Berdiri di Belakang DYMM Tuanku".

Semalam ketua polis negeri Datuk Ayub Yaakob pula memberi amaran agar penduduk tidak menyebarkan SMS mengaitkan isu itu dengan pihak istana kerana bimbang ia menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat, selain mencemarkan institusi diraja itu sendiri.

Dalam keadaan tidak pasti itu, Peguam Negara turut mengeluarkan kenyataan bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam isu tersebut.

Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan, Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dilarang terlibat dalam hal-ehwal pentadbiran negeri kecuali menyentuh kepentingan Islam.

Calon menteri besar bukanlah pilihan baginda, kata Abdul Gani lagi.

Malam ini, selepas melaporkan perkembangan istana telah melantik Ahmad sebagai menteri besar, tiba-tiba sebuah stesen televisyen swasta melaporkan, seorang ahli politik Terengganu kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.

Siapakah ahli politik Terengganu yang tidak disebutkan namanya dalam laporan TV3 itu tetapi disiasat BPR kerana projek-projek di Kijal?

BERITA PENUH BOIKOT

23 Adun BN Terengganu Ancam Boikot Majlis Angkat Sumpah MB
bernama
KUALA TERENGGANU, 22 Mac (Bernama) -- Kesemua 23 anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Terengganu akan memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Tetamu di sini, pagi esok jika Datuk Seri Idris Jusoh tidak dilantik semula untuk memegang jawatan itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata kesemua wakil rakyat terbabit kecuali wakil rakyat Kijal Datuk Ahmad Said, akan berbuat demikian jika nama lain diumum sebagai Menteri Besar.

 Beliau berkata ada di kalangan wakil rakyat terbabit yang sanggup meletak jawatan jika
Idris tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.

"Pada hari ini kami semua wakil rakyat BN Terengganu kecuali Adun Kijal telah mengadakan perjumpaan dan kami ingin menegaskan bahawa kami sebulat suara menyokong dan berdiri teguh di belakang Datuk Seri Idris sebagai Menteri Besar Terengganu. Tiada calon lain yang kami sokong.

"Jadi mana-mana perancangan untuk menamakan selain daripada Datuk Seri Idris, kami tidak akan menerimanya. Kami sebulat suara tidak akan menghadiri majlis tersebut (angkat sumpah jawatan Menteri Besar) jika Datuk Seri Idris tidak dilantik sebagai Menteri Besar," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman di sini hari ini.


Sidang akhbar itu dibuat sebelum pejabat Sultan Terengganu mengeluarkan kenyataan mengenai pelantikan Ahmad sebagai menteri besar.

Pejabat Sultan Terengganu hari ini mengumumkan bahawa Ahmad, 51, akan memegang jawatan itu dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Tetamu di sini pagi esok.

Rosol yang juga wakil rakyat Ajil berkata kesemua wakil rakyat itu juga akan membuat undi tidak percaya pada sidang Dewan Undangan Negeri jika Idris tidak dilantik semula ke jawatan itu.

Beliau berkata mereka juga telah menandatangani surat untuk menyatakan sokongan kepada Idris dan ia akan diserah kepada Perdana Menteri dan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) esok.

Rosol berkata kesemua wakil rakyat terbabit membuat keputusan menyokong Idris kerana berpendapat selain wakil rakyat Jertih itu, tiada pemimpin lain yang mampu mentadbir dan mengurus negeri itu dengan baik.

"Keputusan yang kami buat ini bukan satu paksaan, tanpa bayaran dan kami membuat pengakuan menyokong beliau (Idris) setulus hati kami," katanya dan menjelaskan bahawa ia dibuat bagi memperkasakan parti dan bukan atas kepentingan individu tertentu.

MB Baru Terengganu Pencabul dan Perogol?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
amdang81
Maaf, aku tidak mahu menulis dulu. Aku hormati keputusan istana untuk melantik Mat Said. Namun aku akan mencari masa yang sesuai untuk membongkar siapa sebenarnya Mat Said ini. Apapun, aku lontarkan dulu pertanyaan yang mungkin boleh menyebabkan tuan punya diri panas dan tidak senang duduk. Betul la kerusi MB memang panas.

Apapun, tunggu...

link berkaitan pengumuman Mat Said sebagai calon MB Terengganu.

Link 1


Link 2

BIADAPNYA LIM KIT SIANG ....ISHK ISHK ISHK ...



Pemuda Perak Sifatkan Lim Kit Siang Biadap

Oleh Haris Razali
pemudaumno.org.
Friday, March 14

Ipoh -- Pemuda UMNO Perak hari ini menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang memperolok-olokkan titah Sultan Perak berhubung perlantikan Menteri Besar negeri itu semalam merupakan satu perbuatan biadap dan kurang ajar.

Ketuanya, Zainol Fadzi Paharuddin berkata tindakan tersebut adalah satu penderhakaan dan penghinaan kepada institusi kesultanan Melayu Perak yang amat dimuliakan dan disanjung tinggi oleh orang Melayu.

Tegas beliau tindakan biadap dan kurang ajar Lim Kit Siang hanya akan mengundang kemarahan orang Melayu yang sentiasa menjaga kemuliaan dan martabat kesultanan Melayu Perak.

"Pemuda Perak mengambil ketetapan menzahirkan sumpah taat setia yang tidak berbelah bagi kepada ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan akan mempertahankan kemuliaan intitusi kesultanan Melayu.

"Penghinaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ianya membabitkan maruah kesultanan melayu", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Kenyataan ini adalah hasil resolusi perjumpaan khas pergerakan Pemuda UMNO negeri itu semalam.

Zainol yang memenangi Dewan Undangan negeri (DUN) Sungai Manik dalam pilihan raya umum ke-12 Sabtu lalu turut menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri terbabit.

"Pemuda negeri sentiasa akur dan patuh kepada segala arahan beliau. Seluruh ahli Pemuda negeri juga diminta bersikap rasional dan patuh kepada keluhuran undang-undang", ujarnya.

No2umnO - Itu berita 14hb lepas ....cuma 8 hari sahaja. Takkan UMNO lupa kot?

When UMNO is ‘biadap’


refleksiminda.

Kijal assemblyman, Datuk Ahmad Said, will be appointed as the new Mentri Besar of Terengganu, ending two weeks of speculations. His appointment by the Terengganu palace was against the desire of Barisan Nasional and UMNO, who wanted incumbent MB Datuk Idris Jusoh to remain as Mentri Besar. Therefore, 22 BN assemblymen in the state planned to boycott the swearing in ceremony to be held on Sunday. Read the story here.

A week or so ago, when Mr. Lim Kit Siang of the DAP released a statement asking Perak DAP assemblymen to boycott the swearing-in ceremony of PAS’ Mr. Mohd. Nizar, many quarters and especially UMNO, proclaimed that the opposition man was ‘biadap‘ for not respecting the choice of the Regent of Perak, Raja Nazrin. UMNO’s official mouthpiece, Utusan Malaysia even carried the headline ‘DAP Biadap‘. In fact, amongst the various ‘demands’ by the UMNO (and associates) protesters in Selangor and Perak was an apology by Mr. Lim Kit Siang on his statement, who incidentally had apologized to the Perak regent on the very net day.

If Mr. Lim was biadap then UMNO Terengganu is also biadap here. By stating their intentions to boycott the ceremony and submitting a letter of protest, they are going against the wishes and decision of the Terengganu regent. And by their own definition that they have imposed upon Mr. Lim, going against the Malay sultans is an act of biadap.

As such, I urge the people of Terengganu to protest somewhere in Terengganu to demand an apology for the act of biadap displayed by their elected assemblymen. I also urge that we write to Utusan Malaysia to demand they carry the headline ‘UMNO Biadap‘.

I admit that I’m full of glee at what’s happening to UMNO and BN these days. It seems like whatever they did and said will backfire on them.

UMNO BUAT LAPURAN BPR KE ATAS MAT SAID

TERKINI !!!
KERJA JAHAT: AMENO VS AMENO:MAT SAID DISIASAT BPR
Tranungkite

MAKIN HANGAT: Isu Mohd Said dilantik MB Terengganu menuju kehancuran dalam kemelut BeEnd /Ameno Terengganu.

Terkini, Adun yang memboikot Mohd Said telah menyerahkan kepada BPR untuk menyiasat salah laku beliau semasa membuat projek di Kijal. Bukan satu tetapi dua kes yang akan disiasat oleh BPR terhadap Mat Said.

Inilah lakonan terbaru AMENO Terengganu yang tidak berpijak di bumi nyata. Rakyat sebenarnya bukan tidak sedar bahawa semua Adun dan MP BN Terengganu mempunyai rekod rasuah dan pecah amanah masing-masing. Tetapi bila diperlukan, nasib badanlah siapa yang akan dijerat atau terjerat.

Jika Mat Said disiasat BPR dan didapati salah, apakah kesudahannya isu kerajaan negeri BN di Terengganu?

Bagaimana pula dengan kuasa Istana yang mentauliahkan Mat Said? Semua ini adalah sikap semua wakil rakyat Terengganu yang telah membuka PEKUNG DI DADA sendiri.

Rakyat sedang memerhatikan gelagat mereka. Jangan lupa Allah menurunkan bala! Sekarang ada dua team di Terengganu. Satu team dipilih raja tetapi tunggal, satu team boikot pilihan raja=23 orang. Bagaimana?

Harap-harap ada peruntukkan dalam undang-undang tubuh Terengganu, jika mana-mana pihak gagal membentuk kerajaan negeri dalam tempoh tertentu, maka akan diadakan pilihanraya semula.

Kalau lu orang ada itu JANTAN...aku cabar 23 Adun yang boikot itu letak jawatan dan adakan pilihanraya semula. Janganlah bukak pekung sendiri dan dapat tahik terpalit di muka. Sedangkan kamu itu adalah wakil rakyat...

Memang bodolah wakil rakyat BeEnd nih!!!

PEMILIHAN EXCO SELANGOR SELESAI

Kemaskini

SHAH ALAM, 21 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyerahkan 10 nama, empat PKR, tiga DAP dan tiga PAS untuk dilantik sebagai Exco Selangor kepada Sultan Selangor.

Jumlah komposisi kaum pula adalah lima Melayu dan lima lagi bukan Melayu menjadikan komposisi dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor adalah enam Melayu dan lima bukan Melayu.

Dari lima bukan Melayu itu, satu India iaitu dari PKR. Namun, DAP memilih semua Cina sebagai exconya.

Empat dari exco itu pula adalah wanita iaitu dua PKR, satu DAP dan satu PAS.

Menurut sumber, wakil PKR adalah

  1. Yaakob Sapari (Kota Angerik),
  2. Rodziah Ismail (Batu Tiga),
  3. Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas ) dan
  4. Elizabeth Wong (Bukit Lanjan)
Wakil DAP adalah
  1. Ronnie Liu (Pandamaran),
  2. Teresa Kok (Kinrara) dan
  3. Ean Yong Hian Hua (Seri Kembangan).
Siasah difahamkan sebelum ini, tiga wakil PAS yang dicalonkan adalah
  1. Datuk Dr Hassan Mohd Ali (Gombak Setia),
  2. Iskandar Samad (Cempaka) dan
  3. Dr Halimah Ali (Selat Klang).
Dalam pilihan raya lalu, PKR memenangi 15 kerusi Dun, DAP 13 dan PAS lapan.
Dengan penyusunan ini bermakna tidak ada satu parti pun yang mempunyai majoriti dan masing-masing saling bergantung antara satu sama lain atau pemuafakatan jelas berlaku.

No2umnO - Mana nama wak nihhh !!!! Tak ada? BOIKOT ....MESTI BOIKOT ......
Tahniah kepada semua EXCO sekarang time buat kerja....jangan kecoh kecoh macam Terengganu tau !!! Jangan lupa bongkar salah laku dan penyelewengan Pemimpin UMNO dan BN yang lalu.

UTUSAN BOHONG ATAU IDRIS HIPOKRIT ...

http://www.jphpk.gov.my/Malay/IDRIS%20JUSOH3.jpg

Apa kata Idris Jusoh dulu?

Menurutnya, sebagai pemimpin beragama Islam, beliau tetap bersyukur dengan apa yang berlaku kerana ia sudah tentu ada hikmahnya.

“Saya rasa tak apalah (berhubung kedudukan saya sebagai Menteri Besar). Itu, terpulang kepada Allah.

“Saya amat percaya dan berpegang kuat pada qadak dan qadar serta saya reda di atas setiap ketentuan-Nya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh itu semasa diminta mengulas perkembangan terkini kedudukannya sebagai Menteri Besar
. - Utusan 15 Mac 2008
Dan hari ini lain pula jadinya .....
KUALA TERENGGANU 22 Mac - Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar esok kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh. - Utusan Meloya 22 Mac 2008
Kita tengok apa akan jadi pada esok hari. Samaada Berita Utusan Meloya ini sememangnya satu putar belit atau Idris Jusoh terus menghipokritkan dirinya seperti biasa. Qada dan Qadar kononnnnn........

ZAID SURUH BN MINTA MAAF PADA TUN SALLEH ABBAS


Kerajaan BN harus mohon maaf pecat Salleh Abas
Utusan Meloya

KOTA BHARU 22 Mac - Kerajaan Barisan Nasional (BN) harus memohon maaf di atas kesilapan memecat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan mencampuri urusan badan kehakiman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, ia merupakan kesalahan besar kira-kira 20 tahun lalu yang meninggalkan kesan sehingga hari ini.

Beliau berkata, tindakan tersebut juga memalukan negara apabila dunia memandang serong terhadap sistem keadilan Malaysia.

PKK PERAK DIHASUT UNTUK BOIKOT KERAJAAN PERAK

Baca keratan di bawah. Kononnya ramai ketua kampung tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan baru Perak. Walaupun kerajaan itu dilantik oleh Sultan Perak sendiri. Ada batu api atau mereka ni kena semua mengadap Sultan nanti? Atau lebih mudah lagi, buat pencalunan baru. Ramai yang mahu tu. Ini adalah satu bukti jelas bahawa kerajaan BN dahulu telah memilih Ketua Kampung dari golongan ahli UMNO dan barua barua mereka sahaja. Maka, semua kucar kacir sebuah pemerintahan bukan hanya berlaku di atas, tetapi turut berlaku di bawah dan akar umbi. Tak hairan lah kalau ketua kampung wak pun kuat rasuah dan selewengnya. Ikan kalau busuk, dari kepala membawa ke ekor.

Pertubuhan Ketua Kampung boikot MB pembangkang
pulaupangkor

Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN

LUMUT 22 Mac – Pertubuhan Ketua-ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) akan memboikot semua program anjuran Kerajaan Negeri Perak yang diterajui gabungan pembangkang di sini, berkuatkuasa sertamerta.

Exco PKKN, Kassim Mohd. Said, berkata ketetapan itu diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut terdiri daripada 776 orang ahli dari 9 daerah pada petang kelmarin.

Beliau yang juga Yang Dipertua (YDP) PKKNP Cawangan Manjung, berkata pihaknya juga telah mengarahkan semua ahli di sini supaya memboikot majlis perjumpaan dengan Menteri Besar yang baru pada Selasa depan.


Keterangan gambar:

KASSIM (tiga dari kiri) berbincang sesuatu dengan beberapa ketua kampung di Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Dewan UMNO Bahagian Lumut di Sitiawan, dekat sini, semalam. – Gambar NORSHARUDDIN SAPIAN.

“Saya telah mengarahkan semua 56 ahli pertubuhan di Manjung supaya memulaukan sebarang program
anjuran kerajaan negeri pembangkang di sini.

“Hari ini (Jumaat) saya telah mengarahkan semua ketua kampung di Parlimen Lumut supaya tidak memberikan kerjasama dengan pimpinan kerajaan negeri yang baru itu.

“Esok (Sabtu) saya akan bertemu pula dengan semua ketua kampung di Parlimen Beruas bagi menyampaikan arahan yang sama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Dewan UMNO Bahagian Lumut di Sitiawan, dekat sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurna oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Kassim yang juga Ketua Kampung Sitiawan, berkata selain daripada itu pihak persatuan juga mengambil ketetapan untuk tidak meletakkan jawatan mereka.

“Kami dilantik oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perkhidmatan ketua kampung hanya akan berakhir pada 31 Disember ini.

”Justeru itu, kami dilantik bukan untuk berkhidmat dengan kerajaan yang baru dan mereka tiada hak mengarah ketua kampung mengikut telunjuk mereka,” kata beliau yang telah berkhidmat sebagai ketua kampung sejak tahun 1975 lalu.

Menurutnya, pihak persatuan juga akan membuat pertemuan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam masa terdekat ini bagi membincangkan hala tuju pertubuhan tersebut.

Jelasnya, pihak pertubuhan juga akan mencadangkan kepada kementerian tersebut supaya melantik semua ahli sebagai ketua penyelaras pembangunan kampung seperti di negeri yang dikuasai pembangkang seperti di Kelantan.

”Dengan itu, proses membangun dan menyalurkan semua projek pembangunan dari kerajaan pusat dapat diselaraskan,” katanya.

Letter to Badawi by Tamil Youth Network

(Original source here)

I still remember just after the cabinet was dissolved, how BN tried to gain its votes by instilling fear to the rakyat reminding them of the May 13 incident. Najib constantly repeated his speech about the May 13 in most of his ceramah and press statements. Do you think that Malaysians are that stupid to be fooled by the government?

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
No.Fax: 03-88884333

C:C :-
TAN SRI DATO' SERI
HJ. AB. RASHID BIN AB. RAHMAN
Chairman Election Commission of Malaysia
Aras 4 & 5, Block C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA.
Tel : (603)-8885 6500
Fax : (603)-8888 9117

And to all beloved Malaysians,

March 11 -08

Dear Prime Minister,

First of all, I would like to welcome you in to the new era of Malaysians politics. The old money, racial and UMNO Putera politics is no more valid in this country where people choose freedom of rights and a democratic process. Many reasons have caused the big waves of change in your government. Some of the points are as below. I hope this will help you to restructure your government.

1. The peaceful assemblies being disrupted by the police for your own political gain.
2. The use of ISA on innocent Malaysians.
3. The on going corruption.
4. The failure of the judiciary system.
5. The involvement of government officials in the murder of Altantunya.
6. The federal constitution law is violated especially in the freedom of religion under article 11, example in the case of Subashini, Lina Joy, Holy Scriptures and Bibles banned from entering the country, the movie Passion of Christ being banned in Malaysia and the demolishment of holy temples.
7. The one sight media coverage.
8. Discrimination against the Indians.
9. Most of the government project are given to the UMNO Putera`s and fly.
10. The indecent and racial remarks made by your Ministers.
11. The keris issue by Hishamudin
12. No transparency in the accounts administration.
13. And of course much of the noise made by the empty vessel, Khairy.

I still remember just after the cabinet was dissolved, how BN tried to gain its votes by instilling fear to the rakyat reminding them of the May 13 incident. Najib constantly repeated his speech about the May 13 in most of his ceramah and press statements. Do you think that Malaysians are that stupid to be fooled by the government? You took control of the media fully, spending millions in advertising the campaign in TV and newspapers. One advertisement in the STAR by MIC even stated that IF YOU VOTE THE OPPOSITION, BE PREPARED TO PAY THE PRICE. What the hell!!. Is not that against the election law which prohibits candidates from threatening the voters? For weeks there were articles on you and your Ministers doing this and that. But when it was about the opposition, it would be a negative report. Trust me on this, did you know how many Malaysians felt bored looking at you muggy face daily. Some even told me, they felt like want to vomit and was very angry with the press. This is the feedback from the ground, not me. And all this emotions was transferred to the ballot boxes. Personal letters by BN were sent to all citizen with your signature in it. Even the electoral information letter, which provides information on the voting centre and stream, was posted with the BN letter head. A helicopter carrying the BN flag was seen for campaigning purpose. You know using government properties for campaigning is against the law, yet you still choose to allow it. I even came to know that Ang Pow were given for people who attended BN ceramah`s in Penang. All this gave a clear picture to the citizens on the misuse of power given to you.

There was no fairness and equal treatment given to the opposition in this election. But still, with the will of God, they managed to captured five states and deny you the 2/3 majority. You have wasted Malaysians money in millions campaigning in the elections. But it turns out that half of the population did not choose you. How are you going to pay back the money to the people now? Or will you just get on with it.

Lately in your press conference after the official results was out, you answered back to the reporters in a rude way, SUDAH KALAH, KALAH LAH! This attitude reflects your personality. How can a Prime Minister talk in that way? Are you an uneducated Kampung Boy trying to run the show here? Hey, come on ya. Please learn from Mr. Koh Soo Khoon. He will teach you how to accept failure and defeat being a gentleman.

When the Election Commission chairman announced the seats won by BN that night, he was asked by reporters on how many seats were won by the opposition, he answered back in a very angry face and an irresponsible manner, shouting to them saying SAYA TAK TAHU LAH! ITU SAYA TAK TAHU !!! What the hell is wrong with our leaders? How can an EC Chairman say he does not know anything on the seats won by the opposition when at that time the whole of Malaysia had already come to know about the victory of the opposition. Was he sleeping with his wife that night that made him not know anything about the results? I then asked you to sack him from his post and reform the election commission, for giving a reply which cannot be accepted in this world of democracy. It has brought great shame to Malaysians as many foreigners were watching his statement that night live in TV.

You used this election results to prove that Malaysia is a democratic country and that there was no such thing as HANTU VOTERS or cheating. Let me tell you, with or without you knowledge, I don't know, but there were many cheating and fraud planned that day. Most of it was prevented by various organizations volunteering to help in the election process. Many ballot boxes were found unsealed. The serial number was also written by pencil in the ballot papers in some hot areas. This created fear in government staffs casting their vote for the opposition. A police personal even complained he could not vote for the opposition fearing that his vote could be traced by the serial no written in the postal votes. In another case, the Chief counting agent asked both the representative from BN and opposition to stand outside the classroom while he closed the door and was inside. But the candidate was informed about it and quickly responded to the situation. Another case reported was on nearly three hundred people registered in the one same address in Penang . From where did this people come out about suddenly?

Barisan representative were seen pulling votes in the voting area and begged voters to vote for Barisan. Barisan Booth were seen at all the voting centre, claming to provide services such as checking the voters polling stream, and after that they would say PLEASE VOTE FOR BN. There is no need for barisan to provide such services as the EC is already providing it for them inside the voting centre. Why should you then miss use your powers and waste our money on setting up thousands of booth nation wide. Where are the accounts for all this expenditure? Has it not reach the limit allowed to spend in a campaign. All this had gave a clear picture on the unfairness in the election process and the cheating that was about to be done. I then again, urge you to sack the EC Chairman from his post if you say, you are clean and not involved in those matters, because the Election commission has failed in its duties and task from holding a fair and clean election. There were nearly three hundred police reports made that day on the election.

The time has now come for you to change the attitude of your Ministers and reinvent Barisan Nasional. Sack Ministers that does not perform well, and do not tolerate racial hatred in the Ministers. Malaysians today are not the Malaysians of 1969. They have grown to be more matured and they can now think for the future of the country. They can reject you regardless of your race and religion if you fail to perform your responsibilities. No more racial sentiments are tolerated in this community. We have change to become a BANGSA MALAYSIA. Corruption is no more accepted. Unequal treatment to the races has been strongly rejected by the Rakyat.

On people pressuring you to resign, this is my advice. You have to stay on and answer for what mess you have brought upon to this country. There is no escape. Stay and change. The tigers and lions are now in the parliament. And soon the king of the jungle "Tarzan" will be in too, if his wife makes way for him. He is famous swinging in between the races. And he has achieved in bringing all the races together thus creating a new era of politics in Malaysia . So be prepared to face this happy family elected by the people of Malaysia . Don't ever think of giving Samy vellu a post or job in your government. Not even a toilet cleaner. I wish you the best in the future of your career.

May God bless you.


K.Sudhagaran Stanley,
Coordinator,
Islanders Tamil Youth Network

LAGI BIODATA BAKAL MB T'GANU

Nak tengok bagaimana hebatnya Adun KIJAL BN ni menentang kaumnya sendiri. Hehehe....mesti lawak

Biodata Ahmad Bin Said (Bakal MB T'ganu)


Biodata

YB Dato' Ahmad Bin Said dilahirkan pada 15 Februari 1957 di Kampung Teluk Kalong. Beliau anak bongsu dalam keluarganya hasil perkahwinan Said Bin Mohd dan Wook Binti Ali.

Beliau dibesarkan di Kampung Teluk Kalong dengan penuh kasih sayang oleh keluarganya. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong dan seterusnya hingga ke peringkat tertinggi di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Sains Politik.

Ayah beliau seorang petani @ pekebun yang mengusahakan tanah dengan bercucuk tanam. Juga kemahiran ayahnya ialah menyadat kelapa. Oleh sebab itu, YB Dato' Ahmad Bin Said tanpa segan silu mengaku beliau seorang anak Tok Nyadat di dalam ceramahnya. Pengakuan itu adalah lambang kepayahan seorang anak kampung yang gigih berusaha dan berjaya mengejar cita-cita apabila berusaha bersunguh-sungguh walau dalam kesulitan ayahnya seorang petani.

Penglibatan awal beliau dalam perkhidmatan awam adalah apabila berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Kemaman pada tahun 1982. Seterusnya, ketokohan beliau dalam bidang pentadbiran semakin menyerlah apabila beliau diberi beberapa tanggungjawab sebagai Pengetua Pusat Pupuk Semangat, Pegawai Pentadbiran Tanah Kemaman, Penolong Pegawai Daerah Setiu dan YDP Majlis Daerah Kemaman.

Dalam karier politik pula, beliau bermula dengan menyandang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal apabila memenangi kerusi DUN tersebut dalam pilihanraya kecil 1990. Lawan beliau pada masa itu ialah Ahmad Shabery Cheek (YB Ahli Parlimen Kemaman dan Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negeri, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman sekarang).

Seterusnya beliau menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kemaman sejak tahun 2000 hingga sekarang. Beliau juga sekali lagi memenangi kerusi DUN Kijal dalam pilihanraya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 dan diberi kepercayaan sekali lagi menerajui portfolio Jawatan Kuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh, Menteri Besar Terengganu.

Beliau juga menerima 3 pingat kebesaran iaitu ASM dan PJK oleh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud dan DPMT bagi membawa gelaran Dato' oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan pada tahun 2005.

Di dalam bidang sukan, beliau meminati sukan bola sepak, golf dan badminton. YB Dato' Ahmad Bin Said mempunyai 2 isteri iaitu To' Puan Norliza Binti Mahmud dan Nor Hamilah Binti Yahya dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

PROBE INVESTIGATION START NEXT WEEK

Panel to probe dubious land deals in Penang
thestar

PENANG: The state government has set up a special panel to investigate “land improprieties” amounting to “tens and tens of thousands of ringgit”.

The week-old new administration has uncovered improprieties in the previous government's practices that could cause a huge contingent liability for the state, chief minister Lim Guan Eng said.

Set to start investigations next week, the newly formed three-member panel headed by deputy chief minister I Mohammad Fairus Khairuddin will comprise deputy CM II Dr P. Ramasamy and exco member Phee Boon Poh.


“I cannot go into details because of legal reasons. What we have discovered may only be the tip of the iceberg but it has caused us great anxiety.":

"That is why I have set up the panel. I am taking a personal interest in this matter because in Penang, land is even more precious than gold. Because of the seriousness of the matter, I have informed Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas of our preliminary findings.

“We must stop unhealthy practices that cause severe strains on the state’s finances.

“When we have to pay compensation because of irregularities, it makes it difficult for us to help the poor. We need to see if similar improprieties have also occurred in other agencies,” said Lim.

“As an accountant, I am very worried but as chief minister, I must find ways to attract investors to plug the deficiency. We need to do a thorough audit to determine the actual state of our finances,” he said.

Lim, who is also the state Industrial Development and International Trade, and Land Affairs and Land Development Committee chairman, was speaking to reporters after handing out 400 goodie bags to senior citizens at the Penang Yi Ching Taoism Association Saturday.

Asked about the missing documents in the state executive councillors’ offices, Lim said he did not want to comment yet. “Let state secretary Datuk Jamaluddin Hasan investigate. Besides, what is gone is gone,” he said.

Lawak UMNO T'ganu .... Bersatu Teguh, Bercerai kecoh



Awal bulan March : TETAP TEGUH BERSATU DULU, KINI DAN SELAMANYA...
Hujung bulan March : BERCERAI ROBOH

BANJIR BUTTERWORTH: TKM DATANG AWAL DARI KETUA JURUTERA


TKM sampai awal, YDP Perbandaran tak nampak muka

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) - Apabila mendapat tahu 12 pam yang tidak berfungsi mengakibatkan banjir kilat yang terburuk sejak beberapa tahun lalu di Zon Perindustrian Seberang Prai, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P Ramasamy bergegas ke tempat kejadian dan sampai seawal pukul 8.30 pagi.

Malangnya, Ketua Jurutera Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak kelihatan langsung sehinggalah jam 10 pagi.

Lebih hebat lagi, Yang Dipertua MPSP pula langsung tidak dapat dihubungi sehinggalah pukul 12.30 tengah hari.

Sambil menyatakan kedua-duanya perlu menyatakan apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka, perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam blognya, www.jeffooi.com

Ketika itu, Dr Ramasamy, Jeff dan pembantu-pembantu sedang menyelaraskan usaha untuk mendapatkan maklumat dari pihak yang sepatutnya bertanggungjawab mengenai banjir kilat itu.

Beliau menyatakan kekecewaanya pihaknya terhadap dengan apa yang berlaku itu.

Lebih malang lagi, katanya, Timbalan Pengerusi Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) cawangan utara, Datuk Muhammad Ismail mengadu, masalah itu telah lama berlaku dan pihak MPSP telah diberitahu mengenai perkara itu dalam beberapa pertemuan.

Jeff yang juga seorang blogger terkenal membayangkan pihaknya akan mendedahkan segala-galanya.

Dr Ramasamy pula dipetik oleh sebuah akhbar tempatan sebagai berkata: "Saya telah mengarahkan MPSP mengambil tindakan-tindakan pemulihan kerana banjir tersebut akhirnya mungkin akan menjejaskan keyakinan para pelabur".

Rujuk (Berita Hairan)

23 ADUN UGUT BOIKOT MAJLIS?

23 ADUN BN mahu pulaukan majlis angkat sumpah
Utusan

KUALA TERENGGANU 22 Mac - Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar esok kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh.

Berikut adalah senarai ADUN BN Terengganu PRU 12 . Keputusan pilihanraya PRU 12 adalah BN (24), PAS (8) = 32 ... senarai hanya 23 orang yang bakal di gelar (ADUN BIADAP)

KUALA BESUT
Dr. A. Rahman Mokhtar (muka baru)
KOTA PUTERA
Fehmi
JERTIH
Datuk Seri Idris Jusoh
HULU BESUT
Nawi Mohamad
JABI
Ramlan Ali
PERMAISURI
Abd. Halim Jusoh
LANGKAP
Ashaari Idris
BATU RAKIT
Khazan Che Mat
TEPUH
Mohamed Ramli Noh
TELUK PASU
Datuk Abdul Rahin Mohamed Said
SEBERANG TAKIR
Ahmad Razif Abd. Rahman (muka baru)
BANDAR
Toh Chin Yaw
ALUR LIMBAT
Alias Abdullah
PENGKALAN BERANGAN
Yahya Khatib Mohamad
TELEMUNG
Rozi Mamat
KUALA BERANG
Mohd. Zawawi Ismail
AJIL
Datuk Rosol Wahid
BUKIT BESI
Datuk Din Adam
RANTAU ABANG
Za'abar Mohamed Adib
PAKA
Zakaria @ Ariffin Abdullah
KEMASIK
Rosli Othman
CUKAI
Datuk Mohamad Awang Tera
AIR PUTIH
Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar

PRU 12, BN memang. Kalau kalah tak tau la......ngarut punya pemimpin. Orang Terengganu minta buka la mata sikit. Sebelum PRU, Kalau berdemo HARAM, selepas PRU .... HALAL. Kalau BA boikot Majlis di gelar BIADAP, Tapi kalau BN Boikot Majlis ....nak panggil ape?

ADUN Kijal Dilantik Sebagai MB Terengganu

t
TERENGGANU, 22 Apr (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu dan istiadat angkat sumpah akan diadakan di Kuala Terengganu esok (23 Mac), pejabat Sultan Terengganu mengumumkan hari ini.

-- BERNAMA

YB. Ahmad bin Said
(ADUN Kijal, Kemaman)
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan & Perumahan

Rujuk:ANTARA IDRIS DAN AHMAD SAID

Merujuk kepada tulisan sebelum ini, CALON YANG DIGUGUR TIADA HARAPAN LAGI, telahan Idris Jusoh mengenai situasi yang melanda sekarang amat tepat. Awal-awal lagi beliau telah menggugurkan nama-nama yang berpotensi untuk menjadi Menteri Besar seperti Dr. Latif, Che Mat Jusoh, Rahman Bakar dan Tengku Putera. Begitu juga dengan Razali Ismail yang kekal di Parlimen serta Nasir Ibrahim Fikri dan Datuk Jidin yang dinaikkan ke Parlimen.

Yang tinggal untuk dinaikkan sebagai Menteri Besar hanyalah anak-anak didik beliau yang pasti tidak akan menderhakainya. Rosol Wahid, Din Adam dan Rozi Mamat adalah kroni Idris Jusoh yang disebut bakal Menteri Besar baru. Maka kepentingan beliau di Terengganu masih terpelihara.

Ada juga sumber mengatakan ADUN lain yang mungkin dinaikkan sebagai Menteri Besar seperti Datuk Awang Tera (Chukai) dan Datuk Abdul Rahin (Teluk Pasu) yang merupakan orang lama dalam politik UMNO Terengganu. Namun melihatkan majoriti yang amat tipis dimenangi oleh kedua-duanya, pasti akan menambah kegoyahan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan kerajaan negeri. Untuk makluman, Datuk Awang Tera hanya menang 769 undi manakala Datuk Abdul Rahin hanya 462 undi majoriti. more...

Berapa Harga Kerusi Menteri Pembangunan Luar Bandar?

Oleh Mohd Sayuti Omar
penpasksgb

MUNGKIN bagi mereka yang jahil mengenai liku-liku dan sepak terajang politik Umno merasa hairan dan teronggak-conggak sendiri bagaimana Muhammad Mohd Taib yang sudah hampir menjadi najis dalam Umno tiba-tiba boleh kembali semula dan mendapat kedudukan istimewa dalam parti Melayu itu. Siapa pun tidak terfikir bagaimana Abdullah Ahmad Badawi pelopor Islam Hadhari boleh menerima semula Muhammad! Apakah itu type Islam Hadhari?

Semua orang tahu dosa dan kesalahan Muhammad Taib. Dosanya bukan setakat mencuri tetapi 'merompak' dan 'melanun'. Peristiwa beliau ditahan di lapangan terbang Brisbane, Australia tahun 1986 masih segar dalam ingatan.

Suatu perbuatan tidak masuk akal telah dilakukan oleh bekas MB Selangor itu di lapangan terbang berkenaan bila mana beliau ditahan atas kesalahan membawa wang yang tidak istyharkan sebanyak RM2.4 juta.

Beliau telah membawa RM2.4 juta dalam sebuah guni dan ditahan di lapangan terbang berkenaan. Bayangkan betapa banyak wang beliau kalau wang dimasukkan dalam guni macam orang kampung bawa rambutan pula lagaknya.

Menurut ceritanya wang itu bukan kepuanyaannya tetapi kepunyaan adiknya? Adapun wang itu dibawa ialah untuk urusan pembelian ladang 'kerbau' di sana?more...

Zaid cadang gubal undang-undang anti-lompat parti

mstar
mstar.com.

KOTA BAHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang khusus untuk meletakkan noktah bagi perbuatan melompat parti oleh ahli politik.

Beliau berkata perbuatan ahli politik yang bertanding mewakili parti tertentu dan bertukar ke parti lain apabila menang dalam pilihan raya umum merupakan perbuatan amat tidak bermoral walau apa pun alasannya.

"Kita tak boleh benarkan orang bertanding satu parti, buat janji macam-macam untuk rakyat percaya dan bila menang, lompat ke parti yang lain.

"Pada saya ini tak ada integriti, saya harap kerajaan boleh adakan undangundang khas, sudah sampai masa kita ada Undang-undang Antilompat Parti supaya tak timbul lagi perkara seperti ini," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini pada hari Sabtu.

Beliau berkata walaupun perbuatan itu bukan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan negara, ia bagaimanapun memberi kesan negatif kepada pentadbiran negara.

"Saya fikir kita tak payahlah buang masa lagi (untuk memikirkan sama ada ia wajar atau tidak), gubal sahaja undang-undang ini, kalau tidak, ia akan berterusan seperti yang kita sudah mulai dengar sekarang ini.

Kalau kita tak buat sekarang, takut nanti rosak negara," katanya.

Mohd Zaid yang memegang portfolio undang-undang berkata beliau akan mencadangkan perkara itu untuk dibincangkan di peringkat Kabinet dan menurutnya undangundang serupa telah diguna pakai di beberapa negara termasuk India.

Beliau yakin penggubalan undangundang itu juga akan mendapat sokongan pembangkang. more...

BUKAN GAMBAR UMNO

Bawah: Berhabuk !!! APesal tak cuci
Bawah: Hello Khairy ! Apa lu cerita?

gorilla
Bawah: Pernah nampak kereta ni?
peugot
Bawah : Tak perlu airbag
bigboobs
Bawah: Shahidan Kassim pindah rumah
moving

RELAX - TENGOK GAMBAR

Boringnye aku hari ini ..... tak per kita cuci mata dan kepala otak dengan perkara lain.

Basketball

Atas: Menteri wanita@lelaki yang tak der kawan. Main sorang sorang.
Stupid mirrorAtas: Jangan nak berangan
Fun for children Atas: Rafidah Aziz masa kecik : "KENAPA TAK PILIH AKU?"

HorseAtas: Sepatutnya PM pakai kereta cam nihh...

Oh ShitAtas: PAK LAH LAGI !!!
Everybody cheatsAtas: Tu sebab ramai graduan dari OXFORD

Man PowerAtas: Menteri Tenaga
Romeo and Juliet

YAHUDI MEMANG YAHUDI

Rusia serah kereta perisai tanpa meriam kepada Palestin
Reuters
BAITULMAQDIS 22 Mac – Rusia semalam bersetuju dengan syarat-syarat Israel berhubung penyerahan kereta berperisai kepada pasukan keselamatan Palestin di bawah pentadbiran Presiden Mahmoud Abbas.

Israel pada November lalu bersetuju membenarkan kerajaan Palestin menerima 50 kereta perisai ringan Rusia tetapi tuntutan Palestin supaya kenderaan berkenaan dilengkapi meriam di atasnya telah mencetuskan pertikaian.

Pegawai Israel semalam berkata, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov memaklumkan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert semasa pertemuan mereka kelmarin bahawa Rusia bersetuju menyerahkan kenderaan tersebut tanpa meriam.

Bagaimanapun, belum jelas bilakah kereta berperisai itu akan diserahkan kepada pasukan keselamatan Mahmoud.

Israel telah mempersetujui penyerahan 25 kereta berperisai pada peringkat awal dan meluluskan penyerahan 25 buah lagi jika pasukan keselamatan Mahmoud mencapai kemajuan dalam meningkatkan kawalan keselamatan di Tebing Barat.

Kenderaan berkenaan ditawarkan oleh Rusia kepada kerajaan Palestin beberapa tahun lalu tetapi penyerahannya tertangguh selepas pergerakan Hamas memenangi pilihan raya pada Januari 2006.

No2umnO - Teknik yang digunakan oleh YAHUDI ini memang digunakan di negara kita. Tentunya Kerajaan Terengganu PAS dahulu dan Kelantan pernah rasainya. Beri tapi tidak sedikit sedikit. Mereka ini bimbang kalau musuh boleh bangun dan menentang mereka semula. Kalau dah Yahudi tu. ...... memang tetapi YAHUDI.

Anwar di Mesjid Bayan Baru.......

alditta.blogspot

Lebih daripada 10 tahun yang lalu ketika menjadi TPM, Anwar Ibrahim telah melakukan upacara pecah tanah Mesjid Bayan Baru, Pulau Pinang. Sejak daripada itu Anwar tidak dibenarkan melangkah masuk ke mesjid tersebut atas sebab-sebab keselamatan atau ??. Semalam, buat kali pertama beliau telah kembali ke Mesjid Bayan Baru untuk memberi ceramah Maulidul Rasul kepada hampir-hampir 2,000 orang yang mengisi dengan penuh sesak di ruang mesjid dan kawasan letak kereta mesjid tersebut.

Anwar Ibrahim,dalam ceramah Maulidul Rasul tersebut menyentuh beberapa hal berhubung dengan kebesaran Nabi Muhammad S.A.W serta sumbangan-sumbangan baginda kepada umat Islam. Ceramah Anwar juga diselang seli dengan isu-isu semasa terutama berkaitan dengan kejayaan pakatan pembangkang yang berjaya merampas 5 buah negeri di Semenanjung serta kejayaan pakatan pembangkang menafikan majoriti 2/3 BN dalam parlimen.

Anwar juga telah menyelar sikap media tempatan terutama akhbar-akhbar gomen yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa BN telah tewas dengan teruk. Anwar menegaskan bahawa akhbar-akhbar ini masih berfikir bahawa pilihanraya umum masih belum tamat. Sekarang ini, agenda mereka ialah cuba hendak membelah bahagi pakatan pembangkang yang telah berjaya menubuhkan gomen masing-masing di negeri-negeri yang ditawannya itu. Tegasnya lagi, sepatutnya media-media memberi tumpuan kepada Terengganu kenapa sehingga kini masih tidak mempunyai Menteri Besar, sedangkan BN menang dengan selesa di negeri itu?

Anwar juga berjanji bahawa Barisan Rakyat yang telah menang besar itu tidak akan mengecewakan rakyat yang memilihnya. Namun,Anwar berpesan bahawa rakyat perlu terima hakikat bahawa rakyat tidak akan mengalami perubahan-perubahan seperti yang dijanjikan itu dengan serta merta,kerana perubahan akan mengambil masa yang agak panjang.

Anwar juga mengingatkan rakyat bahawa sungguhpun pakatan pembangkang ini telah menawan 5 buah negeri, pihak gomen akan buat apa saja untuk memastikan pembangunan di negeri-
negeri ini akan diperlambatkan, termasuklah melewat-lewatkan pememberian peruntukkan kewangan. Namun begitu beliau akan berusaha mendapatkan pelabur-pelabur luar untuk melabur di negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang.

Berhubung dengan DEB,Anwar tetap menolak DEB ini kerana menurutnya dasar DEB itu tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat khususnya orang-orang Melayu yang miskin, sebaliknya DEB telah melahirkan kumpulan Melayu Umnoputra yang begitu gelojoh mendapatkan kontrak dan tender hinggakan dalam masa yang singkat menjadi kaya raya. Anwar berjanji akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia yang bukan saja menjaminkan hak-hak orang Melayu malah juga akan menangkat martabat orang-orang Cina,India dan bangsa-bangsa lain di negara ini.

Ceramah Anwar juga bukan saja dihadiri oleh orang Melayu saja,malah ramai orang Cina dan India turut serta mendengarnya. Apa yang kurang,adalah sistem pembesar suara yang sering terganggu. Walaupun skrin besar diletakan,tetapi semuanya dalam ruangan mesjid saja. Sepatunya skrin besar dan pembesar suara juga perlu dipasang di kawasan tempat letak kereta mesjid tersebut. Mungkin, AJK mesjid yang 'organise' acara ini menganggap bahawa negeri Pulau Pinang masih ditakbir BN oleh itu mereka membuat perancangan secara berhati-hati. Sekarang gomen Pulau Pinang adalah pakatan pembangkang dan JAIPP yang mengeluarkan permit jadi nak takut apa? Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan MP Bayan Baru pun menghadiri majlis tersebut.

Itulah 'bahang ketakutan' yang masih membelenggui rakyat di sini ketika di bawah BN dulu yang terbawa-bawa hingga sekarang,walaupun mereka sedar bahawa BN ketika ini adalah pembangkang.

cheers.

Rencana Penuh Agenda Ekonomi Malaysia

Wacana mengenai Dasar Ekonomi Baru perlu mengisi perbahasan mengenai Agenda Ekonomi Malaysia. Saya sertakan semula rencana tersebut dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

aem-page1.JPG

ANWAR IBRAHIM

WAJAH-WAJAH HEBAT PERPADUAN MELAYU?

marhaen.org

Laporan akhbar menyebut banyak NGO menyeru Melayu bersatu selepas UMNO kalah dalam PRU-12 lalu atas nama Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM). Beberapa NGO disebut dalam akhbar utusan Malaysia yang mendukung BBPM iaitu, PEKIDA, PPIM, GPMS, DPMM dan GAPENA. Wajah-wajah perpaduan melayu di sebalik BBPM ini ialah seperti berikut:


Imej Atas :
PEKIDA antara NGO yang bergabung dalam Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) selepas kegagalan UMNO dalam PRU 12 – Rujuk Akhbar 21/03/2007.
Lelaki berbaju putih sebelah Khairy ialah Paduka Ayahanda Penasihat Putrajaya (PEKIDA PUTRAJAYA).
Semua orang cerdik dan bermaklumat kenal siapa Khairy.


Imej Atas:

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) juga dilapor mendokong BBPM yang menyeru perpaduan melayu selepas kekalahan UMNO dalam PRU 12 2008.

Gambar menunjukkan presiden GPMS Reezal Merican bersama Adnan Mansor Setiausaha Agung UMNO/BN yang dilantik Pak Lah apabila Radzhi Sheikh Ahmad letak jawatan selepas kekalahan dan kelalutan UMNO dalam PRU 12 2008.
Semua orang cerdik dan bermaklumat kenal siapa Adnan Mansor. Terutama kes buku 50 dalil DS Anwar Ibrahim tak boleh jadi PM. Adnan juga disebut dalam video V.K.Lingam.


IMej Atas:
Selain PEKIDA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga antara pendokong BBPM. Gambar (1) ialah Mesyuarat Agug Tahunan anjuran PPIM – PRESMA. PRESMA ialah Pengusaha Restoran Muslim Malaysia.

Gambar (2) ialah sebahagian dari PRESMA dalam mensyuarat agung berkenaan.
Peniaga-peniaga restoran dari Kelantan menjalankan perniagaan makanan diseluruh Malaysia. Boleh dikatakan 100% muslim. Mereka kebanyakkan berusaha sendiri. Jatuh bangun dalam perniagaan ditanggung sendiri. Mereka tidak meminta simpati menteri UMNO.


Imej Atas:
Selain dari PEKIDA dan PPIM, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia juga mendokong BBPM yang menyeru perpaduan melayu selepas kekalahan UMNO dalam PRU12. Sehingga menghancurkan UMNO. Presiden DPMM juga adalah Pengerusia DPPMM Pulau Pinang. Presiden terdahulu adalah dari Kelantan dan Trengganu.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/f/f6/Rahim_thamby_chik.jpghttp://www.gpms.org.my/e107_images/newspost_images/ReezaL%20(AMT).jpg
Imej Atas:

Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) baru di tubuh oleh kerajaan senget sebelah Islam Hadhari Pak Lah. Gabem diistihar oleh Najib Razak sebagai sayap UMNO.

Seperti di ketahui Pengerusi GABEM adalah manusia yang terlibat dengan fitnah DS Anwar Ibrahim. Rupanya Reezal Merican juga ahli Ex-Officio GABEM.
Sungguh pandai niaga mereka berdua ini.


Imej Atas:
(UMNOputra) :
Azeez Abd. Rahim – Presiden Putera UMNO, Rizal Merican dan Khairy Jamaluddin. Rizal Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.
UMNOPutra dikata sangat berpengaruh di Putrajaya terutama hal-hal yang melibatkan wang Negara.
Reezal Merican adalah juga setiausaha politik kementerian kewangan I (Pak Lah).

http://www.nst.com.my/Sunday/SundayInterview/20070909085956/insidepix1
IMej Atas:

Sebelum jadi MP, 2008, Beliau dilantik senator sejak zaman Mahathir fitnah Anwar Ibrahim. Masaalah beliau seperti didedah dalam laman web Malaysia today.

http://www.engen.co.za/images/about/directorate/engen_limited/tan_sri_dato_hassan_marican.jpg
IMej Atas:
Tan Sri Hassan Marican
Presiden dan CEO PETRONAS. PETRONAS menjadi senjata ampuh UMNO untuk melumpuhkan kerajaan Trengganu waktu di perintah PAS. Duit Royalti jadi wang ehsan. Inilah wajah Presiden dan CEO nya. PETRONAS dilapor untung berbillion ringgit. PETRONAS juga tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan Kelantan untuk menaikan gas/minyak ke pantai Kelantan. PETRONAS lebih rela berkerjasama dengan kerajaan Thailand yang membunuh orang-orang islam selatan Thai dalam bulan puasa suatu masa dulu.

The image “http://star-motoring.com/archives/2007/3/4/motornews/mt_pg21nasim.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Imej Atas:
Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin
Antara penerima AP terbanyak seperti dibentang oleh Rafidah Aziz. Ada laporan akhbar pernah menyebut NAZA mengatakan NAZA-KIA adalah kereta NASIONAL.

Ketika itu kempen patriotisme rancak berjalan kerana ekonomi Negara teruk dan kempen beli kereta nasional – Proton juga rancak. Kenapa mengaku NAZA-KIA kereta Nasional. Orang semua tahu KIA kereta korea.


Imej Atas:
Semua orang kenal siapa ZAM. Putar belit no.1 negara melalui Kementerian Penerangan Malaysia. Banyak filem hindustan diputar masa kekuasaanya.
Tak keterlaluan disebut beliau juga adalah penyumbang terbenamnya UMNO dalam PRU 12 2008.

http://www.international.ucla.edu/cms/images/malaysia_03-09-18.jpg
Imej Atas:

Kini bukan minister lagi. Kalah di Lembah Pantai dengan Nurul Izzah Anwar dalam PRU 12 2008.
Dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri. Apa yang nak diambil nasihat tidak diketahui.
Apa hebat sangat yang ada pada beliau sehingga layak untuk memberi nasihat kepada Perdana Menteri ?

Imej Atas:
ekas Perdana Menteri Malaysia yang memerintah Malaysia 22 tahun. Memecat DS Anwar Ibrahim yang mana terlibat sama ialah Tengku Adnan Mansor/Rahim Tamby Chik dan ramai lagi.
Adakah kronisme/nepotisme yang disebut DS Anwar Ibrahim tidak ada kaitan dengan semua ini?

http://www.nst.com.my/Thursday/Frontpage/20071206081813/insidepix1
Imej Atas:
Ghani Patail adalah Pendakwa kes fitnah ke atas DS Anwar Ibrahim. Dia ini juga menegur Sultan Trengganu atas kelewatan perlantikan Menteri Besar selepas kekalahan besar-besaran UMNO dalam PRU 12 2008 lalu.

Tan Sri Haidar Pengerusi Suruhanjaya Di raja siasat video V.K.Lingam. Adnan Mansor dan Mahathir di panggil soal jawab tetapi DS Anwar Ibrahim tidak dipanggil oleh suruhanjaya dipengerusi beliau. DS Anwar Ibrahim tidak percaya Tan Sri Haidar ini kerana beliau mempunyai kepentingan.

Sejarah menunjukkan Dewan Perniagaan Melayu Kelantan (DPMKelantan) ada pelopor kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). DPMKelantan ditubuh 1938. Sebelum merdeka lagi. Oleh yang demikian, awal-awal penubuhan badan-badan korporat di Malaysia kebanyakannya diisi oleh tokoh-tokoh dari Negeri Kelantan. Tokoh-tokoh ini tidak menggunakan UMNO tetapi UMNO menggunakan mereka. Tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku.

Kalau betul ingin bersatu dan bantu-membantu atas nama Melayu dan Islam, Kelantanlah tempat yang sepatutnya. Fikirlah Melayu!!

Muramatsu
United Kingdom


BACA JUGA : Barisan Bertindak Perpaduan Melayu memang hebat!
Dan bila DEB di mansuhkan, kononnya Melayu marah tapi ....

Photobucket

UMNO MAKCIKS LAUGHED AT AZALINA'S FEMALE STATUS

Rafidah not sure about Azalina’s Wanita status
thestar
KUALA LUMPUR: With Wanita Umno maintaining that the wing is not represented in the new Cabinet, the status of Tourism Minister Datuk Seri Azalina Othman Said is being questioned.

Is she a member of Wanita Umno? Azalina is certain she is, but Wanita Umno chief Datuk Seri Rafidah Aziz is unsure.



Light moment: (Front row, from left:) Wanita wing deputy chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil and Rafidah sharing a light moment with other Wanita Umno exco members in Kuala Lumpur yesterday.
Rafidah, who was dropped from the new Cabinet line-up on Tuesday, said she had no idea which Umno branch Azalina belonged to.
“They can’t just come out from the sky. They must belong to a branch. Everyone has a branch or a division somewhere,” she told reporters after chairing a Wanita Umno exco meeting yesterday.

Azalina, the former Puteri Umno chief, countered that a Puteri member automatically became a Wanita member once she attained the Puteri age limit.

“I am the Penggerang Umno division deputy chief and as such the question of whether I am a Wanita member or not does not arise. I am an Umno member appointed as minister.

“According to the (Puteri) Constitution, Puteri members who have passed the age limit automatically become Wanita members,” she told reporters at her ministry yesterday.

The age limit for Puteri Umno chief is 40. It is 35 for other Puteri posts.

Rafidah, the former International Trade and Industry Minister, accepted that this was the case, but stressed that a Wanita member must be in a branch or division.

She said there was no need to make a stand on the issue because it was an individual matter.

“I do not jaga hal orang (am not a busybody). Individuals are not relevant. What is important is support for the party leadership,” she said.

Following the new Cabinet line-up announced by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Wanita Umno expressed disappointment that no member from the wing had been appointed.

Azalina then said that she should be viewed as the Wanita Umno representative.

UBAH SLOGAN ATAU SIKAP?

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, slogan baru itu mampu menaikkan semangat anggota dan pegawai dalam menjalankan tugas dengan lebih tegas, adil dan berhemah sejajar pelan strategik lima tahun PDRM.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan slogan baru tersebut.

“Ia (slogan dan lencana baru) akan dilancarkan pada Hari Polis (Selasa ini) nanti. Pada hari itu kami akan terangkan dengan lebih terperinci,” katanya di Bukit Aman di sini hari ini. - Utusan Meloya

No2umnO - Slogan tukar dan banyak kali. Perangai? Entah korang fikir lah sendiri.

PIHAK ISTANA TAK HADIR !!!

Sambutan Maulidur Rasul Terengganu tanpa kehadiran istana
Utusan Meloya

KUALA TERENGGANU 21 Mac – Majlis sambutan Maulidur Rasul di Terengganu tahun ini agak berbeza apabila ia dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Idris Jusoh dan bukannya sultan sebagaimana kebiasaan.

Malah, Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raka (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman yang dijemput merasmikan majlis tersebut di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man di sini malam tadi juga tidak hadir.

Idris tiba bersama isteri, Toh Puan Seri Che Kamariah Zakaria di Dewan Konvensyen TTI kira-kira pukul 9 malam selepas solat Isyak di Masjid Kristal.

Dalam ucapannya, beliau menyeru rakyat terutama golongan muda supaya mencontohi kejayaan Nabi Muhammad dalam melahirkan sebuah tamadun yang hebat.

Beliau berkata, dalam hubungan ini kerajaan negeri sedang berusaha melahirkan generasi Ulul Albab atau generasi pemimpin masa depan mengikut ajaran Islam sebenar.

‘‘Kita harus menjadikan Nabi Muhammad sebagai model dan personaliti pemimpin agama dalam melahirkan generasi muslim yang berjaya,” kata IDRIS JUSOH.

Kira-kira 4,000 orang menghadiri majlis tersebut termasuk Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid.

Majlis bertemakan Penjana Ummah Gemilang itu dimulakan dengan persembahan rawi dan selawat oleh sekumpulan pelajar sekolah menengah di sini.

No2umnO - Banyak persoalan yang timbul. Kenapa tak hadir? Siapa suruh Idris rasmi? Pemimpin contohi Nabi Muhammad saw? Hai pening pening Terengganu nihhh.....

Jawatan Ketua Pemuda UMNO – Norza ganti?

Antikhairy

Kuat mengatakan bahawa menantu Pak Lah terpaksa melepaskan cita-cita untuk menjadi Ketua Pemuda buat masa ini. Ini adalah untuk mengelakkan dari UMNO terus di kritik dan di hina. Perlepasan cita-cita hanya seketika. Lepas itu boleh di bolot kembali bila UMNO dapat sapu semula negeri-negeri yang terlepas dari BN. Ini mungkin dilakukan untuk menyelamatkan nasib bapak mertuanya yang hari ini terus di desak untuk meletak jawatan.


Tapi...siapa Ketua Pemuda UMNO kalau bukan menantu Pak Lah nanti. Biasa la proksi menantu Pak Lah adalah Norza Zakaria. Beliau akan di junjung untuk mengambil alih Ketua Pemuda UMNO. Ini akan memastikan peluang menantu terus wujud dan Norza Zakaria pasti akan terhutang “body”.

Mampu kah Norza untuk ganti Ketua Pemuda UMNO. Beliau yang asal dari rusuk menantu Pak Lah terma yang pernah kami baca – dan adalah Norza ini akan diterima kerana dia adalah penjilat Khairy No 1.

Inilah senario yang jelas terdengar dalam formulasi untuk mengadakan perubahan palsu dalam UMNO. Kami dimaklumkan bahawa Pemuda UMNO akan dijadikan jentera untuk mengambil balik negeri-negeri yang sudah terlepas. Pemuda UMNO akan menjadi jentera untuk terus menipu dengan perubahan kononnya menantu Pak Lah tidak akan memegang jawatan lain selain untuk menumpukan peranan sebagai ahli parlimen.

Apa pun, menantu Pak Lah akan terus berada di situ dan Pak Lah akan terus terikat dengan idea usang menantu itu. Perubahan dalam UMNO seperti yang di gembar gembur adalah dengan pemupusan menantu dan bapak mertua ini.

Tanpa itu UMNO akan terus berkubur. Semangat anti khairy akan terus memburu dia dan rakan-rakan dia. Nyah ko menantu Pak Lah dari bumi bertuah Malaysia.

Bila agaknya nak cabut?

Billboard disimpang simpang jalan memaparkan wajah Khir Toyo dan Adun Adun.

Banyak signboard seperti ini masih lagi berada di simpang simpang jalan di sekitar Selangor dan Lembah Kelang. Yang gagah hanyalah signboard dan bukan pemilik wajah terpamir.

Ketika pemerintahan mereka dulu, beberapa wak cuba untuk membuat panggilan, tiada jawapan. Yang ada hanya pesanan suara dan selepas pesanan dibuat, tiada pun panggilan jawapan di buat. Action jer kot...

Atau mungkin sekadar syarat sahaja.

Sekarang Selangor sudah jatuh ke tangan kerajaan baru dan wajah pembangkang masih bertebaran di sana sini. Kelainan di dalam kerajaan BA, wajah wajah ini masih dibiar berterusan menyeringaikan keadaan. Sesiapa yang masih ingin beurusan, dipersilakan talipon mereka. Manalah tahu mungkin ada hutang atau janji yang tertunggak?

Posting terkini

Blog Archive