KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Mohd Said. Show all posts
Showing posts with label Mohd Said. Show all posts

Jul 25, 2008

Ahmad Said vs Idris Jusoh, yang menang Khalid Ibrahim

Kos senggara Proton V6 di masa pemerintahan Idris Jusoh cukup tinggi. Ada khabar khabar dari Terengganu menyatakan punca kos meningkat kerana penjagaan kenderaaan EXCO di Terengganu tidak di pantau. Semuanya lepas tangan.

Mungkin ada pihak yang menggunakan V6 untuk repair kereta exco yang lain. Almaklum, Exco di Terengganu bukannya miliki hanya sebuah saja. Kerajaan beri sebuah, sementara milik peribadi ada beberapa buah lagi. Ada juga yang kata kesempatan digunakan oleh Pemandu kereta EXCO itu sendiri. Contohnya, Tayar masih boleh guna, tapi ditukar. Sparepart masih elok, tapi ditukar. Mungkin juga, tukar tidak, tapi bill dikeluarkan. Semua nya boleh berlaku kerana ianya tidak di pantau. Bila claim dibuat, kerajaan terus bayar tanpa usul periksa.

Bila Ahmad Said beli Mercedez dengan belanja RM3.43 juta, dia gunakan track record senggara V6 sebagai perbandingan. Proton sendiri sangkal kenyataan tersebut, tapi yang pasti, belanja dah keluar dan kerajaan negeri pun kena tanggung. Kalau penjagaan Proton v6 dibuat secara jujur dan telus, kos tidak sampai sebegitu.

Memang Proton v6 buat masalah. Banyak komen tentang sparepart yang tidak tahan lama dan gearbox nya tidak berkualiti, tapi kalau di tolak campur, V6 masih murah berbanding Mercedes. Jika benar Mercedez lebih murah pada segala galanya, sudah pasti rakyat malaysia yang mampu menggunakan V6, juga memilih untuk menggunakan Mercedez. Tapi realitinya tidak begitu. Kesimpulan di sini, Ahmad Said menggunakan kos senggara v6 yang tak telus untuk membeli Mercedez dan Idris Jusoh pada pemerintahan nya yang lepas tidak memantau proses senggara V6. Kesempatan yang diambil oleh UMNO, digunakan oleh kroni kroni mereka. Sementara kelemahan ini di ambil kesempatan oleh UMNO sendiri untuk menempelak kepimpinan lama mereka. Sedangkan ketika Idris Jusoh menjadi MB, Ahmad Said adalah salah seorang EXCOnya.

Bila cerita dan tersebar, persepsi rakyat sudah bercanggah. Baru mereka tahu apa yang kerajaan UMNO buat ketika dulu dan sekarang. Apa apa pun pendedahan yang berlaku, perlu diambil iktibar oleh rakyat bahawa selagi UMNO memerintah, rakyat terpaksa telan walaupun pahit. Rakyat terpaksa bayar atas apa juga kesilapan yang diorang lakukan. Dulu sudah silap, sekarang tak tentu betul.

Aku pernah pertikai tentang pilihan Mercedez sebagai kenderaan EXCO berbanding V6. Ahmad Said ada alasannya dan Shahrir Samad pula menyanggah pilihan Ahmad Said. UMNO kecoh antara mereka. Berkeras untuk menggunakan Mercedez untuk kenderaan EXCO sedangkan pilihan masih banyak lagi. Kenapa tidak memilih kenderaan Naza atau Toyota, mahupun Nissan jika Proton V6 punca banyak masalah. Ahmad Said masih mahu memilih Mercedez kerana dia sudah 18 tahun menggunakan jenama yang sama.

Tiba tiba ...... berita berikut keluar,

http://blog.maisnam.com/files/images/2007.07.17/DSC00332.jpg

“Saya secara peribadi berasakan Toyota Camry pilihan terbaik dan ada mencadangkannya kepada Menteri Besar, tetapi beliau belum berkata ya atau tidak. Tetapi rasanya tiada sebarang bantahan, lagipun Toyota Camry lebih murah berbanding Mercedes,” katanya.


Beliau berkata kenderaan seperti Proton Perdana V6 Executive memerlukan kos penyelenggaraan tinggi dan mengalami masalah kerosakan berulang sehingga menyebabkan kos yang tinggi perlu dikeluarkan setiap kali dibaiki.

“Saya cadangkan Toyota Camry bukan sebab minat, tapi kita perlu kereta yang selamat memandangkan kami perlu ke sana ke sini untuk menjalankan tugas,” katanya. - Mymetro
Maka, di dalam Ahmad Said mengkritik Proton dan pemerintahan Idris Jusoh, sekiranya TS Khalid bersetuju, Kerajaan Selangor bakal membuat pilihan yang bijak. Memilih untuk berada di tengah tengah. Tidak lebih dan tidak kurang, memilih Toyota dan bukannya Mercedez. Itu pun untuk menggantikan Proton v6 yang sudah 7 tahun di gunakan.

Apr 9, 2008

Saya Tidak Berdendam …. Cuma saya tidak senaraikan dia

The image “http://buletinonline.net/images/berita/raptaiexco1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Buletinonline - Mad Said, pada 28 Mac lalu sebagaimana laporan agensi Bernama berkata beliau tidak pernah menyimpan dendam terhadap 22 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini menentang perlantikan beliau, dan menyokong Idris Jusoh. Beliau seterusnya menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Idris mengenai perlantikan barisan Exco yang baru selepas beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada Ahad ini (30 Mac). more...

Mar 25, 2008

JANGAN KELUAR MULUT BUAYA MASUK KE MULUT NAGA



Difahamkan ada kemungkinan Ahmad Said akan ke Kuala Lumpur petang ini untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pada itu kalangan rakan politik yang sempat melawat Ahmad Said semalam memberitahu memang betul Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong,Sultan Mizan Zainal Abidin tidak berganjak dari pendirian baginda berhubung lantikan Menteri Besar Terengganu. Dalam perkembangan berkaitan Perdana Menteri memberitahu para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur pagi ini beliau akan menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mencari penyelesaian keatas krisis itu. - Agendadaily
Selain dari itu, Mohd Said menyatakan kenyataan berikut di dalam wawancaranya pada media beberapa hari yang lepas.
"Saya tidak pernah menderhaka terhadap Umno...saya telah berjuang dan bekerja dengan parti ini sejak bapa saya masih hidup lagi."
Persoalannya di sini adakah Mohd Said sanggup korbankan kepercayaan Sultan kepada beliau demi menjadi BARUA pengganti untuk meneruskan kesinambungan pengkhianatan Abdullah Badawi ke atas rakyat Terengganu?

Apa pilihan yang Abdullah ada kecuali memanafaatkan Mohd Said memandangkan penolakan Sultan dan Rakyat Terengganu kepada pencalunan Idris Jusoh. Dollah tidak mempunyai pilihan kecuali menerima. Manakala kesetiaan Mohd Said kepada UMNO masih utuh seperti Idris Jusoh juga, dan Abdullah masih Presiden UMNO yang perlu mereka ditaati.

Rakyat dan Sultan Terengganu pun tiada pilihan. UMNO memegang majoriti 24 dari 32 kerusi Adun di Terengganu. Jawatan MB dari kalangan Adun UMNO adalah satu kemestian. Kemenangan UMNO adalah 2/3 dan ini membolehkan UMNO terus memonopoli sebarang keputusan kerajaan kelak. Kemungkinan Ulang tayang sejarah penyelewengan UMNO di dalam pemberian projek di Terengganu bakal berlaku. UMNO kekal UMNO, satu parti yang dihuni oleh mereka yang sama kaedah dan etika pemerintahannya.

Siapa kah yang bakal Mohd Said ketemui di Putra Jaya nanti selain dari Abdullah Badawi? Adakah Patrick Lim atau Vincent Tan? Adakah tawar menawar berlaku? Apa apa pun yang pasti rakyat Terengganu jangan terlalu gembira diatas kejatuhan Idris Jusoh sebagai MB, patah tumbuh, hilang berganti. Yang patah dan yang tumbuh adalah dari pokok yang sama, sama daun dan sama buahnya. Jangan sampai keluar mulut buaya, masuk pula mulut naga.

Wanita, Pemuda Kemaman sokong MB


Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno Bahagian Kemaman semalam menyatakan sokongan padu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu, kelmarin.

Ketua Pemudanya, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, berkata semua pihak harus menerima dan menghormati setiap keputusan yang diputuskan Istana Terengganu sebagai tanda taat setia kepada institusi raja berperlembagaan.

Katanya, tindakan memboikot dan mengadakan demonstrasi secara aman adalah jelas bertentangan dengan amalan mentaati perintah Sultan yang diamalkan selama ini. - Burita Hairan

No2umnO - "22 ADUN menyokong saya dan saya tahu rakyat Terengganu sokong saya ", kata Deris Badawi

Mar 24, 2008

Surat pemecatan Sudah dihantar kepada Ahmad Jam 7 Tadi?

akulelakiitu

ADUN Kijal, Ahmad Said dikatakan sudahpun menerima surat pemecatan dari UMNO Malaysia kira-kira jam 7 petang tadi (23 Mac 2008).

Ahmad Said, 51, yang menerima watikah pengisytiharan pelantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dalam satu upacara di Istana Terengganu, semalam, hari ini dikatakan telah dipecat daripada parti naungannya Umno.

Menurut sumber, pertarungan Umno dengan Istana Terengganu dijangka sengit ekoran penentangan secara terbuka Presiden Umno, anak Badawi, Setiausahanya, Tengku Adnan dan Rasol Wahid, Setiausaha Umno Terengganu.

As I promise... Terengganu 'New MB' under ACA probe..

hard-t.blogspot
A politician or political leader or public official who helps friends, family members, and supporters may seem praiseworthy in some societies and corrupt in others.

NOW SHOWING...
State Assemblyman for Kijal Datuk Ahmad Said today received the letter of appointment as the new Terengganu Menteri Besar from the Regency Advisory Council (MPPR) at a closed-door ceremony at Istana Tetamu, here this morning.

Ahmad, 51, received the letter of appointment from the head of the Council, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman, witnessed by two other members of the Council, Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail and former Federal Court Judge, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.
AND... his move can put him in trouble.

Despite being sacked from Umno, after stern warning from Umno leader including BN and Umno secretary-general, Tengku Adnan, Ahmad Said now had to face investigation and action from the Anti-Corruption Agency (ACA).

It's is learn that the officer from state ACA office start their investigation last year. Ahmad Said is an Exco in-charge on housing and local goverment before 12th general election on March 8.

The ACA officer also take three file on three goverment project. The cost of the projek is up to million of ringgit. All three papres was sent to ACA headquarter in Putrajaya recently.

Among the project is upgrading state road at tha Bandar Baju Kijal (under Kemaman district office - 1st). The amount is more than RM2 million. Second is upgrading state road to Bandar Baru Kijal (under Kemaman distric office - 2nd). Total cost is RM1.6 million and shop lot in Bandar Baru Kijal under Kemaman local goverment. Project cost is more than a million.

Ahmad Said is also Kemaman Umno division chief.

ACA also investigate him under another three project. There is Dewan Besar Seri Amar in Chukai. The project cost is RM13.7 million but was up to RM19 million. And another project that involve more than RM3.8 million, also in Chukai.

It's is learn that Ahmad Said also had another scandal with 'someone' in Kemaman.

Mar 23, 2008

Mat Said akan dipecat sejurus angkat sumpah

Ahmad Said akan dipecat sejurus angkat sumpah MB

KUALA TERENGGANU 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru hari ini, akan dipecat keahliannya dalam UMNO sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Surat peringatan berhubung pemecatan itu telah dikeluarkan oleh UMNO Terengganu dan diserahkan kepada Ahmad selepas diminta berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan pemecatan akan dilaksanakan oleh Badan Disiplin UMNO. – Utusan.

No2umnO - Nak tahu apa jenis akta yang digunakan? Nama akta tu .... Akta jangan lawan tokey, Pindaan MB tak mau pindah. Sesiapa yang melawan tawkey akan di kenakan tindakan ini. Jangan potong line dan jangan bantah boss. Ni macam pun ada ka?

Jom Pakat Sokong Istana!

amdang81

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Amdang, apa sebenarnya isu Mat Said?" Tanya beberapa teman terdekat melalui YM setelah terbaca satu posting aku yang penuh tanda tanya sebelum ini.

Aku tidak sangka catatan kosong aku itu begitu menarik perhatian ramai pihak. Mungkin kerana berita bakal MB Terengganu ini begitu ditunggu-tunggu kerana telah masuk minggu kedua Terengganu tiada MB. Aku sebenarnya sedang menyiapkan suatu kertas kerja bagi dibentangkan esok dalam mesyuarat di pejabat. Jadi bagi 'menghormati' berita terkini pelantikan MB Terengganu, maka aku selitkan coretan ringkas itu.

Lupakan seketika skandal seks Mat Said. Aku akan dedahkannya akan datang. Apa kata jika untuk beberapa jam lagi kita sama-sama menyokong pihak istana khususnya dalam perlantikan MB Terengganu yang baru. Selepas Mat Said disahkan menjadi MB, barulah kita berbicara bagaimana pula menentang MB baru UMNO Terengganu itu. (teruk ke gini? Heheheh)

Ini tidak bermakna kita menyokong Mat Said sebagai MB, namun sokongan yang diberikan di sini adalah kepada keputusan pihak Istana Terengganu memilih MB. Menghalang keputusan pihak Istana boleh diumpamakan bermusuhan dengan istana. Tetapi menurunkan MB yang rosak (walaupun baru dilantik) adalah hak rakyat dalam memilih pemimpin. Di sinilah kita perlu berperanan dalam melaksanakan 'check and balance'.

Dari segi politiknya, pelantikan MB selain Deris akan mengakibatkan UMNO Terengganu bermasalah besar. Ini kerana kebanyakan yang menjadi calon PRU 12 lalu adalah calon pilihan dan penyokong Deris. Mat Said sendiri dikatakan pada mulanya terkeluarkan namanya dari senarai calon, namun dia telah 'menekan' Deris. Akhirnya Mat Said benar-benar telah menekan Deris.

Setelah menjadi MB buat beberapa ketika, Mat Said bolehlah berlagak dengan jawatannya itu. Kemungkinan dia dibuang dari UMNO ada, namun ianya tidak akan menghilangkan jawatannya sebagai MB sehinggalah Sidang DUN membuat undi tidak percaya kepada Mat Said.

UMNO Terengganu tidak bermasalah untuk membuat undi tidak percaya kerana 22 + 1 dari MCA sudah terlebih cukup bagi menghilangkan kuasa MB pada Mat Said. Namun, alang-alang sudah sampai ke tahap ini aku kira Mat Said perlu terus melangkah ke hadapan dan menerima pelantikan sebagai MB tersebut.

Tidak semua orang berpeluang menjadi MB. Lebih-lebih lagi MB negeri kedua terkaya di Malaysia! Bila halangan sudah tiada, maka yang tinggal hanyalah peluang. Jadi manfaatkanlah peluang yang ada walaupun tempoh yang akan dilalui tidak panjang. Mana tahu Terengganu mencatat sejarah baru sebagai MB paling singkat pula!

Aku juga merasakan tidak lagi menjadi satu kesalahan (sekiranya sebelum ini salah) memasang banner-banner menyokong sepenuhnya MB pilihan istana ini. Biar Mat Said tidak terasa kerdil dan keseorangan dalam hal ini. Biar Mat Said tahu pihak istana begitu disokong rakyat. Walaupun dia tidak tahu dia juga tidak akan dibiarkan lama di kerusi MB itu.

amdang: Pecah dan perintah!

Mar 22, 2008

MB Baru Terengganu Pencabul dan Perogol?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
amdang81
Maaf, aku tidak mahu menulis dulu. Aku hormati keputusan istana untuk melantik Mat Said. Namun aku akan mencari masa yang sesuai untuk membongkar siapa sebenarnya Mat Said ini. Apapun, aku lontarkan dulu pertanyaan yang mungkin boleh menyebabkan tuan punya diri panas dan tidak senang duduk. Betul la kerusi MB memang panas.

Apapun, tunggu...

link berkaitan pengumuman Mat Said sebagai calon MB Terengganu.

Link 1


Link 2

Posting terkini

Blog Archive