KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 29, 2008

UTUSAN SEBAR FITNAH DI DENDA RM200 RIBU

Utusan dan dua lagi diperintah bayar RM200,000 kepada bekas pensyarah

bharian - Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Johan Jaaffar, akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Melayu (M) Berhad diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada seorang bekas profesor madya Universiti Sains Malaysia (USM) kerana menerbitkan satu rencana melalui surat pembaca yang berunsur fitnah terhadapnya, 11 tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus turut memerintahkan supaya ketiga-tiga pihak selaku defendan membayar kos kepada plaintif, Fatimah Busu @ Che Su, dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.

Melalui saman fitnah yang difailkan 26 Ogos 1997, Fatimah menamakan Johan sebagai defendan pertama, akhbar Mingguan Malaysia sebagai defendan kedua, dan Utusan Melayu (M) Berhad selaku pencetak serta penerbit akhbar Mingguan Malaysia, sebagai defendan ketiga. more...

No2umnO - Shhhhhh ...... berita ni tak der dalam utusan.

PARLIMEN KETEPIKAN SOALAN PEMBANGKANG

malaysiakini - (...) "Jika anda melihat pada jumlah (perwakilan), kita (Pakatan) ada 82 ahli parlimen berbanding BN hanya ada 77 (ahli parlimen penyokong kerajaan).

"Melihatkan kepada nisbah ini, kita patut ada 52 peratus. Dan BN hanya 48 peratus. Jadi kalau mereka boleh uruskan sepuluh soalan, maksudnya kita patut dapat sekurang-kurangnya enam (soalan), berbanding mereka empat."

azmin interview 260408 talkingMohd Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak, berkata wakil-wakil rakyat Pakatan diberikan sedikit sahaja peluang bertanyakan soalan.

"Sekarang saya melihat, daripada 10 soalan, kami hanya diberi dua. Ini tidak adil," katanya Jumaat lalu.

"Kedua, mereka patut beri keutamaan pada ketua pembangkang. Soalan pertama pada hari itu patut diberikan kepada ketua pembangkang dan ini tidak dilakukan. Soalan daripada Dr Wan Azizah (Wan Ismail) (berada di) nombor ketiga. Jadi ini tidak adil."

Beliau mendakwa wakil-wakil pembangkang "tiada kebebasan" menentukan susun atur soalan dalam prosiding dewan kali ini.

"Saya tidak tahu apa peranan (Datuk Seri) Nazri (Aziz) dalam memutuskan urutan soalan. Tetapi saya rasa speaker Dewan Rakyat patut memmainkan lebih peranan untuk memastikan kita melindungi kebebasan parlimen," katanya. more...

SPR yang semakin senget!

azzlie.blogspot.com - Aduhai! Seribu kali sayang! Ku sangkakan kau telah berubah, namun lagakmu tetap serupa semacam dulu. Makin merapu dan makin hilang arah. Dulu ada seorang badut yang hampir pencen. Kini muncul seorang lagi badut yang boleh tahan jugak keletahnya.

Dulu bising nak guna dakwat. Last-last minute dia cancelkan. Dulu dia sibuk suruh bakal-bakal calon dok cari setem hasil negeri, suruh letak dekat borang. Last-last minute jugak dia cancelkan. Akibatnya, majikan dia hilang 5 negeri. Terus tak terkata. Ditanya macam mana kerusi pihak sebelah satu lagi, dia terus jawab " Saya tak tahu".

Sekarang, SPR nak pantau kempen internet pulak. Aduh! Apa kerejanya depa nih? Banyak lagi benda yang tak diselesaikan. Yang renyok(senget), yang sengau sana-sini yang perlu dibetulkan pasca PRU-12. Ingatkan nak berubah menjadi insaf. Agak-agaknya, dah sedar tanggungjawab dan amanah yang rakyat bagi. Rupa-rupanya sama jugak. Lepas ni, SPR boleh ambil alih tugas SB-SB dan MCMC untuk pantau blogger-blogger dan kempen internet. Mana-mana calon parti menyalahgunakan blog, sms akan dikenakan tindakan. Yang gunakan tv, radio, suratkhabar takde masalah pulak.

Nampaknya makin sengau SPR ini. Di minta pula pewaris-pewaris si mati (termasuk waris jari hantu kot) yang nak bersihkan senarai nama orang-orang yang dah meninggal, sila kemukakan sijil kematian sekali. Al-maklum kami nak bersihkan nama pengundi-pengundi hantu. Murni niat tu tapi sedikit pelik. Kata e-kerajaan. Takkan setakat nak ambik data dekat pangkalan data polis punyalah susah? Dah tentu senarai-senarai nama orang yang meninggal ada kat situ. Takkan susah sangat hingga SPR meminta waris-waris si mati pulak berikan kerjasama. Nasib baiklah tak suruh si mati sendiri yang laporkan. Kalau tak parah! Ap ubat kita nak bagi dekat SPR ni? Bagi depa sihat walafiat kembali ?

Aditya: Anuar Zain tidak 'bersalah'

MStar - APABILA sebuah akhbar menulis tentang Anuar Zain menyatakan kesanggupannya untuk dicium peminat atau membenarkan pemujanya duduk di atas pahanya, industri seni sekali lagi diperdebatkan dengan polemik baru.

Itu kenyataan berani daripada lelaki ini, itupun kalau benar kata-kata tersebut dilontarkan daripada kerongkong dan halkumnya. Setahu Aditya yang agak mengenali lelaki bernama Anuar Zain ini, dia tidak begitu. Sebaliknya sikap gentlemen dan sopan santunnya sering diutamakan.

Sebenarnya sekali imbas melihat tajuk akhbar itu, Aditya fikir hanya gimik semata-mata. Ternyata telahan itu silap selepas membaca baris demi baris dan di hati mula terdetik akan keberanian adik Ziana Zain ini.

Sehingga ada peminat membuat kesimpulannya melalui tulisan yang dikirim menerusi emel kepada beberapa wartawan hiburan (yang kemudiannya turut dilebarkan kepada mStar online) telah melihat industri hiburan sudah tenat dengan masalah sosial golongan artis yang kian menjadi barah.

"Mereka boleh lakukan apa yang disukai. Tidak kira bercium atau duduk di atas paha." Ini kata-kata (kononnya) daripada Anuar yang dipetik daripada akhbar bersaiz tabloid berkenaan. more...

No2umnO - Mari kita undi ....Siapa yang salah?

PENGARAH JAIP DIARAH BERTUKAR

Opppsss .... jangan cepat melompat. Kita baca berita dulu.

Tajuk bernama

Pengarah JAIP Diarah Bertukar Oleh Menteri Besar

Tajuk Utusanmeloya
MB Perak arah Pengarah JAIP bertukar

Tajuk BHarian
Pengarah Jaip diarah bertukar oleh Menteri Besar Perak

Ini ceritanya
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diminta keluar dari pejabatnya oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi.

Seorang anggota Dewan Undangan Negeri yang mengesahkan perkara itu berkata Jamry telah dihubungi menerusi telefon oleh Mohammad Nizar untuk berbuat demikian tanpa diberi peluang menjelaskan apa-apa bagi membela dirinya.

Tidak pula diberitahu ke pejabat mana Jamry ditukarkan.

Sementara itu, Jamry ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut dan memaklumkan bahawa beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini di Istana Kinta di Ipoh.

“Setakat ini saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu. Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya selepas mengadap Sultan petang ini,” katanya.

No2umnO - Kita semua tahu Agama di bawah tanggung jawab siapa? Sebelum MB Perak buat keputusan, mungkin sudah ada perbincangan. Sebelum ini, Mufti Perak dan YM Sultan Perak yang banyak ambil berat soal agama. Siapa sebenarnya si Datuk Jamry Sury ni? Kita tunggukan lapurannya selepas beliau bertemu Sultan. Takkan MB Perak suka suka buat keputusan. Dia arif akan implikasinya, so sabar......kita tunggu ........

KHIR TOYO SEORANG YANG BETUL

Rujuk clip



Mari kita kaji berapa ramaikah yang bersalah di tonjolkan di dalam video ini....

1. Isu penyapu
Perbincangan setahun yang lepas mereka setuju selipar gantung di leher, beri dan pakai baju koyak, bagi penyapu. Jadi kesilapan adalah penyapu tidak di balut. Silap tak balut, sebab yang siapkan bukan saya. Pegawai kerajaan yang siapkan semuanya, saya pemimpin saya ikut. Saya beri sahaja.
Kesalahan - Pegawai kerajaan kerana setuju beri penyapu dan kerana salah tidak membalut penyapu. (2)

2. Isu runtuh kuil
Runtuh 2 hari sebelum deepavali is not right kita henti. Saksi adalah Pak Lah, samy vellu dan ramai saksi, kuil tak runtuh. Lepas deepavali seminggu pada 15hb malam, jam 11 lebih Samy tel saya sendiri, kena runtuhkan pada malam tu jugak., runtuh pada 15/11, persetujuan samy untuk pindahkan dengan ganti rugi sami kuil sebanyak 40,000. Samy vellu, he is the one call me that night, hindraf is going in and i think eh eh eh doing some ritual activities.
Kesalahan - Sami kuil kerana dibayar RM40,000 ganti rugi dan Samy vellu kerana suruh runtuhkan. (2)

3. Isu Suruhanjaya
Suruhanjaya polis, Suruhanjaya klip video, what the outcome? Action .... kos tinggi, bukan percuma. Tindakan tak ambil, what does it mean? Kita tak boleh ujudkan perkara yang kita tak nak buat.
Kesalahan - Penubuh suruhanjaya kerana tubuhkan suruhanjaya. (1)

4. Isu Kepimpinan UMNO
Budaya feudelism tak boleh panjangkan. Jurang luas dan tukar perdana menteri tak selesai masalah. (Pulak) Yang penting,....sistem reform, policy economy, interreligion, parti, UMNo jadi tiang seri untuk sandar kan harapan, orang lain tinggalkan umno. ahli akan lompat, pemimpin tak lompat. Ahli yang lompat.
Kesalahan - Ahli UMNO kerana lompat parti (1)

5. Isu Penternakan Babi
Nak eksport ke cina , too much,.
Kesalahan - Pengeksport babi (1)

6. Isu Rumah Setinggan / Stinggan sifar
Tanya pendapat penduduk tempatan. Pembangkang Langgar pagar, Dulu diorang yang bantah. Berdiri disana, langgar pagar. Sekarang mereka setuju.
Kesalahan - Pembangkang kerana baring di kawasan setinggan dan langgar pagar. (1)

7. Isu Rumah exco
Dulu mereka yang bantah, sekarang kenapa mereka tidak jual. Pembangkang dari dulu asyik bangkang, sampai sekarang pun membangkang.
Kesalahan - Kerajaan baru Selangor kerana tidak jual rumah exco. (1)

Ramainya yang salah ... yang betul Khir sorang ..... Yeahhhh !!! Hidup Jawa.

MESTI BACA: RAFIDAH PUNYE HAL

http://seefei.files.wordpress.com/2006/07/rafidah.jpgADA DESAKAN AZALINA TANDING RAFIDAH
agendodaily - (...) Bercakap pasal perubahan kepimpinan Wanita UMNO lalu soalan ini diajukan kepada salah seorang ketua wanita bahagian di Selatan tanahair enggan disiarkan nama. Awalnya dia tidak mahu menjawab soalan ini kerana katanya masa terlalu panjang lagi. Dia sendiri pun tidak tahu sama ada kekal sebagai ketua wanita bahagian atau sebaliknya. Tapi memandangkan ketua wanita bahagian berkenaan antara yang agresif dan rajin bekerja kita percaya dia akan kekal menyandang jawatan tersebut pada pemilihan bahagian nanti.

Selepas diasak berkali-kali siapa yang dia mahukan sebagai ketua dan naib ketua wanita akan datang jawabnya,’’ S dan A.’’ Adakah pangkal huruf S itu Shahrizat dan A itu Azalina? Jawab ketua wanita bahagian tadi,’’ Yalah, tapi jangan tulis nama kakak nanti kakak saman kau. Tahu Faridah Abu Hassan (Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO) mati kakak.’’

Benarkah Wanita UMNO tidak mahu Rafidah lagi? Lalu soalan ini saya ajukan kepada salah seorang ketua wanita bahagian di Utara tanahair. Ketika menelefon beliau sedang bermesyuarat dengan anggota pergerakannya. Akuinya, dia akan mencalonkan Shahrizat sebagai ketua wanita dan Datuk Azizah Mohd Dun sebagai naibnya. Ketua wanita bahagian berkenaan ada alasan mencalonkan Azizah kerana katanya perubahan kepimpinan Wanita selalunya bermula dari Wanita di negeri Bayu. Katanya,’’ Sudah sampai masanya kita memilih naib ketua wanita di kalangan orang Sabah.’’

Sekadar untuk menguji mindanya saya bertanya lagi,’’ Kenapa Shahrizat tidak diregukan dengan pemimpin pelapis seperti Datuk Seri Azalina Othman Said?” Jawabnya,’’ Dia (Azalina) belum menampakkan ciri-ciri membantu Wanita.’’ Duga saya lagi,’’ Kena beri Azalina peluang kalau tidak kita tidak tahu performancenya.’’ Balasnya, ‘’Dia (Azalina) sendiri beritahu kakak dia belum bersedia lagi menyandang jawatan dalam Wanita. Apa alasannya kakak tidak boleh bercakap melalui telefon nanti kakak terangkan bila berjumpa Norzah nanti.’’ more...

EGM UMNO Cheras

anotherbrickinwall (...) UMNO Bahagian Cheras telah menyelesaikan Mesyuarat Luar Biasa (EGM) pada hari Ahad April 27hb, 2008 baru-baru ini dengan menuntut pindaan perlembagaan dan 15 resolusi diluluskan.

Dalam syarahan tanpa teksnya, Ketua UMNO Bahagian Cheras Syed Al Habshee dengan lantang meminta perlu disegerakan peralihan kuasa. Katanya, "Tidak boleh tangguh-tangguh lagi ... masa dah tidak ada." baca lanjuntan more...

A 'CLIP' FOR MAHATHIR .....

Anwar 'back' in parliament

Pimpinan BN perlu cermin diri, bukan berebut wang kebajikan!

niknazmi - (...) Ketua Pembangkang, Datuk Seri Khir Toyo mendakwa mereka mengikut segala prosedur yang perlu untuk tujuan tersebut. Tetapi semalam, juruaudit BAKTI memaklumkan beliau tidak menerima sebarang laporan ataupun notis dari BAKTI termasuk proses pembubaran tersebut.

Mengapa pimpinan BN dan keluarga mereka begitu kemaruk dengan wang kebajikan tersebut? Mengapa mereka tidak dapat akur dengan semangat demokrasi untuk membenarkan isteri-isteri kami (kolektif ya, saya ada seorang isteri sahaja!) untuk turut serta bersama-sama meneruskan segala kerja baik yang mereka lakukan sebelum ini? Adakah mereka merasakan kami tidak dapat menguruskan RM9.9 juta dengan amanah, sedangkan bajet Kerajaan Negeri jauh lebih banyak (dan saya yakin sekiranya mereka meneliti blog-blog yang menjadi tren terbaru mereka, mereka akan dapati pimpinan BN gagal mengurus wang yang jauh lebih banyak!)? more...

Rujuk berita/artikel lain
Ball Kissed - 2
Confessions?
BALKIS @ BALQIS
Khir Toyo - The Balkis Story
And now... about Balkis' accounts

The true JIHAD

ImageNO HOLD BARRED

Raja Petra Kamarudin

Malaysiatoday - (...)So the greatest jihad is the war against your own heart. Some say that this is the only ‘war’ while others says that this is the greater jihad and armed conflict the smaller jihad. Nevertheless, this is the most difficult jihad and many lose this war, miserably.

Just look at what is going on in Malaysia. Just look at all those mosque-going, church-going and temple-going Malaysians. Many ‘religious’ people are the most corrupt. Rape, murder, corruption, abuse of power, oppression, persecution, etc., are committed by not only those who profess a religion but also by those who practice their religion to a fault (in particular leaders in government cum heads of religion). But some of these people are the worst people on the face of this earth. And the perfect gentleman appears to be those atheists and agnostics who are good because they are good at heart and not because they want to go to Heaven -- in fact they do not even believe that there is a Heaven and Hell.

IKIM must stress that jihad is your personal war. It is a war against your own heart. It is a war to resist all forms of temptation. It is a war to evict ego, lust, greed, envy, jealousy, vanity and all forms of diseases of the heart. It is a war very few win. It is a war that even the most religious Muslim, Christian, Jew, Hindu, Buddhist, etc. fall victim to in the battle against Satan.

The new de facto Minister of Law has many enemies, especially in Umno. His critics call him a drunk and an apostate (at least they don’t call him a womeniser, as what most Umno people are). But then I too have been accused by Umno people of the same ‘crime’; so it is no surprise. When Malays want to discredit you, they use these arguments against you. But Zaid is more Islamic than most Malays. At least Zaid opposes ‘un-Islamic’ laws, which most Malays support and defend as necessary.

Syeds are supposed to be descendants of the Prophet -- at least this is what Malays believe. But Syed Hamid Albar says that the ISA shall stay while the ‘drunkard apostate’ Minister is opposed to it. Who is more Islamic? Who is the better follower of Islamic teachings? Give me a ‘dunk apostate’ over the ‘Prophet’s descendant’ anytime. They are certainly better people. more...

There will be no turning back - Anwar

Anwar attends lunch at Parliament House
NST - (...) Anwar, who is also the husband of new Opposition leader Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, was at Dewan Rakyat to attend a special lunch for MPs and their spouses after the Yang di-Pertuan Agong opened the 12th Parliament.

Asked when he would be back in Dewan since he could now contest for a seat, he said:

“This is a new beginning; when I get in, I will not come out. I told my friends now that I am here, I will stay, and there will be no turning back."

Asked if he was seated at the same table as the King, Prime Minister and Deputy Prime Minister, and if he chatted with the Prime Minister, Anwar said:

“No, I just said hello to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, as I was seated at the table where the other spouses were sitting with the Queen. The Opposition leaders sat with the King,’’ he said. more...

Ku Li sanggah Abdullah: Perlembagaan Umno benarkan EGM

harakahdaily - (...) Tengku Razaleigh, yang juga anggota Parlimen Gua Musang, mengulas kenyataan Presiden Umno Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam supaya semua bahagian parti berhenti mengadakan EGM untuk membincangkan masalah parti dan menggesa pemimpin meletak jawatan.

Tengku Razaleigh berkata ini akan hanya menggalakkan akar umbi menyuarakan pendapat mereka secara tidak mengikut undang-undang. "Pemimpin menggesa anggota parti berjumpa mereka. Kenapa mereka tidak menggalakkan mereka mengadakan mesyuarat mengikut prosedur yang ditetapkan perlembagaan parti," katanya.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Abdullah berkata daripada mengadakan mesyuarat bagi mendesak peralihan kuasa sebelum pemilihan parti Disember ini, anggota Umno sepatutnya menumpukan kepada perkara berkaitan dengan kepentingan rakyat.

Lagipun, beliau berkata pucuk pimpinan sudah menerima dan memahami kehendak akar umbi.

Tengku Razaleigh berkata kurangnya mesyuarat dan perundingan akan hanya melemahkan parti.

"Perasaan rakyat tidak dapat dikawal. Jika mahu menjadi stereotaip, dengan itu hanya perlu menulis semuanya dalam sekeping kertas untuk mereka ikuti, ulangi apa yang kita mahu mereka katakan. Tetapi ini sebuah negara merdeka dan semua orang berhak menyuarakan apa yang mereka mahu katakan. Sama ada apa yang mereka katakan itu betul atau tidak, biar rakyat menentukannya," katanya.

Ditanya sama ada banyak bahagian merancang untuk mengadakan EGM, Tengku Razaleigh berkata terdapat mereka yang telah bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat itu. more...

Jangan salahkan MIC - Samy

Malaysiakini - (...) "Beliau berkata saya telah memberi persetujuan agar kuil (di Kampung RimbaJaya dekat Shah Alam) diriobohkan pada 15 November.

"Saya ingin jelaskan bahawa kuil itu telahpun dirobohkan pada pertengahan Oktober," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kenapa beliau tidak sebut sayalah orangnya yang merayu kepada beliau dan Perdana Menteri supaya menghentikan rancangan asal untuk merobohkan kuil itu," katanya dalam laporan Bernama.

khir toyo samy vellu and kg rimba jaya templeDalam satu temubual dengan Malaysiakini, Dr Khir mendakwa kononnya Samy Vellu mengarahkan beliau untuk merobohkan kuil itu kerana ia digunakan sebagai tempat perhimpunan penyokong Hindraf.

‘Henti bercakap'

Menurut lamanweb itu, Dr Khir berkata Samy Vellu menelefonnya pada malam 15 November dan memberitahunya bahawa penyokong Hindraf telah menyusup masuk ke kuil itu dan ia perlu dirobohkan malam itu juga.

"Tetapi kuil itu telahpun dirobohkan dan patung-patungnya dipindahkan pada akhir Oktober.

"Apa lagi nak dirobohkan, dan kenapa pula saya harus minta supaya sebuah kuil yang sudah dirobohkan, dirobohkan lagi," kata Samy Vellu. more...

No2umnO - Wak ada satu soalan pada mangkuk dua ekor nihhh ......."SIAPA YANG PERCAYA KORANG LAGI?"

Harta datuk nenek moyang mereka


ImageDARI JELEBU

LAILATULQADAR datang hanya sekali
(...)
Pakatan Rakyat wajib mengambil kerajaan Persekutuan Malaysia secepat mungkin untuk memberhentikan penyalah gunaan kuasa. Lailatulqadar hanya datang sekali sahaja.

Pakatan Rakyat hari ini sedang berhadapan dengan gerombolan Barisan Nasional yang telah kalah teruk. Kita tidak perlu membuka kitab Mao untuk memahami garis politik yang tepat - ketika musuh menyerang kita undur dan ketika musuh lemah kita menyerang. Barisan Nasional kini sedang nazak. Inilah masa yang tepat untuk terus menyerang dan membungkus mereka untuk dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah. Lailatulqadar hanya datang sekali.

Perhatikan apa tingkah laku gerombolan Barisan Nasional ketika mereka nazak. Perjanjian di antara negeri dengan Kementerian Pelancongan telah dilupuskan. Ketua-ketua kampung di Perak telah di berhentikan. Ahli JKK diubahsuai. Fail dan maklumat negeri telah di musnahkan. Ini dilakukan ketika mereka nazak. Bayangkan jika mereka dapat bangun berjalan pasti Pakatan Rakyat akan dipukul musnah.

Lihat pula apa yang terjadi di Selangor. Dana NGO Balkis telah dipindahkan oleh isteri Khir Toyo seolah-olah ini harta datuk nenek moyang mereka yang dibawa dengan tongkang dari Jawa. Ini belum lagi di perinci berapa banyak fail-fail yang telah dikoyak rabak dan dimusnahkan sebelum pentadbiran kerajaan baru dapat memasuki pejabat kerajaan.

Sila jangan lupa apa yang terjadi kepada Radio Selangor? Radio ini adalah hak milik kerajaan negeri Selangor. Tiba-tiba stesen radio ini dipindahkan ke Angkasapuri. Apakah ini dengan niat jahat atau dengan niat baik?

Sila jangan lupa apa yang berlaku pada subuh 15 April 2008. Rumah Dr.Wan Azizah dan rumah Menteri Besar Selangor telah didatangi oleh polis. Polis telah diarahkan untuk mengambil kenyataan dari Wan Azizah dan MB Selangor kerana malam sebelumnya Pakatan Rakyat telah mengadakan satu rapat raksasa di Kampung Baru yang dianggap ‘perhimpunan haram’.

Dengan angkuh pihak polis telah enggan mengambil kenyataan Dr Wan Azizah dan MB Selangor di pejabat mereka. Polis mendesak mereka berbondong-bondong ke balai seolah-olah untuk dilihat umum sebagai orang jahat. Ini arahan siapa? Mereka langsung tidak ada niat untuk hormat kepada Menteri Besar dan Ketua Pembangkang.

Bandingkan dengan kes raba-raba buntut pelayan yang pelakon utamanya Jamaluddin Jarjis. Dari laporan akhbar, kita diberitahu bahawa ketua polis yang sama telah menjalankan siasatan. Tetapi di mana kenyataan Jamaluddin Jarjis ini diambil? Dari laporan akhbar kita hanya di beritahu bahawa "pihak polis telah menemui bekas menteri ini di satu tempat”.

SATU TEMPAT ini di mana? Kenapa Jamaluddin Jarjis tidak diminta datang ke balai polis. Kenapa Wan Azizah dan MB Selangor dipaksa datang walhal kes raba-raba buntut adalah satu jenayah seksual yang amat berbahaya. Ini adalah bukti bahawa pihak polis juga kini telah menjadi perkakas Barisan Nasional. Mereka ini akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan gerombolan Barisan Nasional ini. more...

Karpal yang prihatin

roslisalem - (...) Hanya selepas KARPAL SINGH MEMBUAT LAPORAN POLIS baru saya sedar bahawa peguam yang hebat ini juga sensetif dengan shout-box. Tapi malangnya lebih banyak thread-thread forum dalam website kelolaan umno-bn tak pernah DAP ambil peduli. HANYA yang berkaitan PAS sahaja yang diberi perhatian.

KALAU Karpal anggap ini caranya untuk 'menasihati' PAS, maka saya kenalLAH saya kini akan Karpal Singh. Nampaknya KARPAL lebih bersikap lembut dengan umno-bn dan Polis berbanding PAS, rakan dalam Pakatan Rakyat.

MUNGKIN dari awal Karpal Singh TIDAK setuju dengan Pakatan Rakyat..tapi kalau tak setuju pun janganlah tunjuk lagak tak tentu pasal.

SAYA anggap ini hanyalah sikap dan cara terpencil pemimpin DAP dalam bersahabat. Mungkin beginilah adat dan caranya Karpal Singh berkawan. Baru saya tahu cara peguam menegur 'parti sahabat' adalah dengan menggunakan laporan polis.

SAYA JUGA berharap semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat ambil maklum akan perkara ini. JIKA ada sebarang teguran dan nasihat sesama Pakatan Rakyat, sila buat LAPORAN POLIS. BIAR Polis ada alasan untuk selongkar dan porak perandakan 'parti sahabat' kita.

Ahli Parlimen Pembangkang Tidak Berpecah



msomelayu - Sebenarnya undi yang diperolehi Wan Junaidi tidak boleh dianggap pembangkang berpecah dan ia suatu perkembangan positif kepada kerajaan hari ini.

Jika diteliti kepada kaedah dan peraturan yang ditetapkan Dewan di mana Dewan memimta mengundi dua nama sekaligus ini menyebabkan pembangkang yang hanya mengemukakan calon tunggalnya terperangkap dalam ketetapan yang ditetapkan itu.

Tidak hairan kalau ada wakil pembangkang turut sama mengundi seorang lagi calon setelah mereka memilih Seng Giaw (Kepong).

Sekiranya pembangkang mengemukakan dua nama, sudah pasti kedua-dua calon pembangkang itu akan mendapat undi sama banyak 81 undi. more...

'Samy Vellu ordered temple demolition'

exclusive In the second of a three-part interview, Dr Mohd Khir Toyo denies involvement in the demolition of the Rimba Jaya Hindu temple, claiming that MIC head S Samy Vellu had asked for this to be done.Malaysiakini

Rujuk Video: Khir Toyo

Melalui temubual antara malaysiakini dan Khir Toyo, beliau menyatakan bahawa Kuil yang dirobohkan di Rimba Jaya bukan arahan beliau sementara merujuk kepada punca dari Samy Vellu.

Menurut beliau di dalam temubual tersebut, selepas Deepavali pada 15 hb November, pada jam 11 lebih, samy vellu menalipon beliau dan memberitahu ianya kena runtuh pada malam itu juga kerana menurut kata Samy, Hindraf akan masuk dan melakukan upcara sembahyang. Katanya "Doing some ritual activities."...

Akhirnya Samy Vellu yang kena ...... Macam macam .... tolak selagi boleh. .... Aku tak salah !!!

10 Umno chiefs want Cheras head to resign

NST - Ten Federal Territory Umno division chiefs are united against their Cheras counterpart Datuk Syed Ali Alhabshee.
They want him to resign before demanding the resignation of the city's BN chief and Federal Territories Minister Datuk Zulhasnan Rafique.

FT Umno information chief Datuk Suhaili Abdul Rahman said: "He syok sendiri (pleasing himself). He is also representing Umno. He should equally share the responsibility for losing 10 of the 11 seats in Kuala Lumpur to the opposition," he said at a press conference here.

Two days ago, Syed Ali had asked the prime minister to replace Zulhasnan with former BN chief Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

The division decided on this after an extraordinary general meeting.
Suhaili said the other division chiefs were in support of Zulhasnan.

"It is not fair for one fellow to create misunderstanding between Zulhasnan and Tengku Adnan." more...

KHIR TOYO ..... WHAT ELSE?

khir toyo 181207Balkis accounts 'not audited or finalised'

NST - External auditors for the Wives of Selangor Assemblymen and MPs Welfare and Charity Organisation (Balkis) yesterday said the charity's accounts for 2007 were never audited or finalised, contrary to claims by Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

The former menteri besar on Sunday said the accounts of the charity for the previous year were finalised, before RM9.9 million was transferred to the Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers (Bakti).


Yee Choon Kong & Co, in a faxed statement, said the financial statement of Balkis was unaudited and the accounts not finalised before the funds were transferred.

Company principal Yee Choon Kong said he never issued a duly signed audit report in respect of the conduct and financial affairs of Balkis for the financial year ending Dec 31 last year.

He said the firm was appointed as external auditors for Balkis at the last annual general meeting on June 30 last year.

Yee said his firm, on a number of occasions, had called the treasurer of Balkis, Datin Suraimi Sapuan, to send financial records for auditing.

"We wanted bank statements, official receipt books, payment vouchers, supporting documents, fixed deposit receipts, payment vouchers, minutes of meetings and details of membership and subscription list to enable us to conduct the annual financial audit.

"Our calls to the treasurer remained unanswered."


Yee said they had no knowledge of new auditors being appointed to replace his firm.

"In any event, the Institute of Accountants by-laws impose an obligation on new auditors not to accept the role without consulting existing auditors."

He said his firm had received no inquiries from any new firm of auditors.

Yee said contrary to a press report, at no time did Balkis past president Datin Zaharah Kechik nor any members of Balkis or Dr Khir consult him prior to the transfer of the money.

It was earlier reported that Balkis had "consulted" its auditors and its legal adviser before making the transfer and there was no hanky-panky involved.

Meanwhile, Dr Khir, when contacted by the New Straits Times yesterday, refused to make any comments regarding Balkis.

"My lawyer has advised me not to make any further comments."

SIARAN LANGSUNG PERSIDANGAN DEWAN N. KELANTAN

Seperti biasa dan maklum, Persidangan Dewan UNdang Negeri Kelantan mendahului Persidangan Parlimen dalam siaran secara langsung. Tak perlu nak kecoh, tak perlu nak heboh. Tapi memang semua orang tau.

Majlis Angkat Sumpah ADUN
(Siaran Langsung)
Dewan Sidang Undangan Negeri
28/4/08, 9.00 Pagi

Sidang DUN Kelantan
(Siaran Langsung)
Dewan Sidang Undangan Negeri
29/4/08 dan 30/4/08
Bermula pada 9.00 Pagi

Kepada rakyat yang mahu tonton: KLIK http://www.ipglobal.tv/

SELANGOR'S BALKIS AND PENANG'S BUNGA TANJUNG

Penang to probe financial records of wives club, too

Star - PENANG: The state government has ordered its state financial officer to look into the status of Persatuan Bunga Tanjung, the association for former Barisan National state assemblymen wives, and its financial records.

Chief Minister Lim Guan Eng said he had asked Datuk Supiah Md Yusof to report back to him his findings.

Former chief minister Tan Sri Koh Tsu Koon’s wife, Puan Sri Chui Kah Peng, headed Bunga Tanjung.

It is understood the former officer bearers of the association have yet to vacate their seats even though the new state government took over the administration of the state last month. The wives of the DAP state assemblymen have yet to take over the membership of the organisation.

A source said Bunga Tanjung has about RM250,000 in its bank account.

Attempts to get the several wives of the former Barisan state assemblymen failed while DAP assemblymen refused to comment on the status of the association or the membership of their wives.

In Alor Star, the Wives of Kedah Assemblymen and Parliamentarians Welfare Body (Bidara) just has a token sum in its coffers, according to Bidara president Datin Seri Noraini Abdullah. She said funds were usually disbursed immediately after a fund-raising campaign.

“We do not accumulate funds. We hold fundraisers as and when the need arises. Usually in a year, we choose 10 charitable organisations and orphanages.

“We also give aid to needy handicapped people and hardcore poor folks. But we do not give aid to the same people year after year. We give aid to different groups of people each year,” she said yesterday.

She said that Bidara would continue to operate as usual, although Kedah was now under the Pakatan Rakyat Government.

Bidara is a non-governmental organisation that would continue to be under the control of the wives of present and past Barisan National elected representatives, she said.

Noraini also said Bidara was not giving up its RM300,000 premises at Jalan Sultanah.

“That premises is Bidara property. We do not see why we cannot continue operating from there.”

State executive councillor Amiruddin Hamzah said that wives of Pakatan Rakyat elected representatives might set up a similar body if it was legally not possible to take over Bidara.

SHAARIBUU PC AT PARLIAMENT

Khir Toyo: Umno has lost touch with reality



Sessi Wawancara ini kesempatan untuk Khir Toyo membelasah ORANG LAIN selain dirinya. Kononnya dirinya saje yang betul. Sekarang baru salah, Kakitangan kerajaan salah, Samy Vellu salah, salahkan Suruhanjaya, Salahkan itu dan ini. Semuanya salah....Dia aje lah yang betul. Nak apa lagi wak? Nko tak berubah lagi ke ...? Cukup la 8 tahun, berapa lama lagi mau?

SHAARIBUU DI PARLIMEN SEMALAM



Ini di Parlimen semalam ..... Shaaribuu? Bersalam dengan Khairy ......... Shaaribuu bukan Ahli Parlimen, Bukan calun dan bukan rakyat Malaysia. Tapi berkunjung untuk bertemu Dollah dan Najib. Berjayakah beliau bersalam dan berkata kata dengan musuhnya..... baca cerita selanjutnya dari Sloone.

PASUKAN BARU

April 29, 2008 :  Kuala Lumpur

April 29, 2008 : Kuala Lumpur Malaysian opposition leaders, Wan Azizah Wan Ismail (L) and her daughter Nurul Izzah Anwar, arrive for the swearing-in ceremony for the members of parliament at the parliament house in Kuala Lumpur April 28, 2008. REUTERS. See the rest of pics

Bayar RM15,000 untuk ijazah luar negara

Kosmo - Jika anda mahu jalan pintas untuk mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), ada pihak yang boleh menawarkannya dengan syarat sedia membayar RM15,000.

Pakej pengajian mereka ialah dari sebulan hingga tiga bulan, tidak perlu ijazah sarjana sebagai kelayakan terdahulu serta bebas daripada syarat mengikuti sebarang kelas.

Itulah tawaran yang diberikan kepada wartawan Kosmo! menerusi pertemuan dengan seorang lelaki yang mendakwa bertugas sebagai pendaftar program ini dan perantara dengan sebuah universiti terbuka luar negara yang berpangkalan di Sri Lanka. more...

Hairan jenayah tanpa tindakan “Ada ke sebelum ini individu-individu yang disyaki ditangkap atau di soal siasat? Saya berani katakan tidak ada satu pun. Kalau tidak dipenjara pun, sekurang-kurangnya hukuman denda wajar.

“Saya sangat bimbang kerana isu ini juga melibatkan tokoh-tokoh besar dan ada antara mereka telah membina empayar institusi pengajian di dalam dan luar negara,’’ katanya. more...

No2umnO - Jenayah golongan Elit nihhhh.......

Ugut bunuh Karpal: Pelajar kolej serah diri

Utusan - ''Pelajar itu, ayahnya dan beberapa wakil daripada Pas negeri telah menyerahkan surat permohonan maaf dan menyesali perbuatan dan masalah yang ditimbulkan olehnya.

''Dia juga berjanji untuk tidak menghantar mesej sedemikian rupa ke sebarang peti mesej (e-mel) dalamannya,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pelajar itu juga merayu agar Karpal menarik balik laporan polis yang telah dibuat.

Menurut Fernandez, beliau akan menyampaikan surat itu kepada Karpal esok dan terpulang kepada Pengerusi DAP itu untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Amer Awal ketika dihubungi berkata, polis sedang menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, beberapa individu akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya, komen bertarikh 24 April pada laman web Pas Johor Bahru yang dihantar oleh pengirim yang menggelar dirinya 'Alif' itu mendakwa Karpal telah menghina Islam dan oleh itu, darahnya halal dibunuh. more...

No2umnO - Maaf boleh maaf....tapi benci makin benci. So....jangan bangkitkan isu benci negara Islam. DAP kena ajar Karpal. Bukan tindakan sebelah pihak sahaja. Isu tu sensitif. Ada orang berani mati pertahankan agama. Makin tua, makin pandai. Nasib baik ada maaf kerana kat tempat lain, marah orang tak payah sebut, mereka terus buat. Itu lagi bahaya bro.

Pada tahun 87 dulu ada lah mamat tu, suruh basahkan keris dengan darah Cina. So .... pegi la siasat. Kalau difikirkan semua ni....meletihkan kepala otak dan rasa macam menyesal aje jadi Melayu. Baik aku jadi semut, ada makan makan, tak der makan cari makan. tak payah pening pening pikir semua nih. Orang pijak, ajal pun sampai. Mati bercerai padan. Kepala kat tumit, kaki bersepah sepah.

Pemimpin MIC Kota Raja Maut Dalam Kejadian Samun

Ketua Pemuda MIC Kota Raja mati disamunBernama - Seorang pemimpin Pemuda MIC Bahagian Kota Raja, S.Seelvadhurai, ditemui mati dipercayai selepas dibelasah oleh sekumpulan penjenayah dalam satu kejadian samun di Seksyen 25, Sri Muda, Shah Alam di sini Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin berkata polis tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 9 malam selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam.

Pemimpin berumur 43 tahun itu ditemui mati dengan kesan kecederaan pada bahagian muka, dan beliau juga dipercayai dijerut dengan wayar telefon.

Difahamkan beliau sebelum itu mengeluarkan sejumlah wang tunai dari mesin ATM berdekatan pejabat isterinya yang terletak di sebuah bangunan rumah kedai empat tingkat sekitar kawasan itu.

Semasa tiba di pejabat isterinya, beliau diserang oleh beberapa lelaki.

Isterinya yang turut cedera dipukul dalam pergelutan itu, sempat melarikan diri untuk meminta pertolongan.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Posting terkini

Blog Archive