KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit Khir Toyo. Show all posts
Showing posts with label Belit Khir Toyo. Show all posts

Nov 8, 2008

Sekejap boleh, sekejap tak boleh

Larangan penggunaan IT seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), pesanan suara, khidmat pesanan multimedia (MMS) dan blog hanya akan membantutkan pemimpin Umno daripada menjadi mahir IT.

"Bila pilihan raya umum boleh buka blog dan SMS tapi bila pilihan Umno tidak boleh, sepatutnya ia digalakkan," kata kepada pemberita yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Bahagian itu mengadakan persidangan perwakilan di sini hari ini.

Mohamad Khir berkata, sepatutnya setiap calon mesti mempunyai blog sendiri sebagai jambatan berkomunikasi antara calon dengan ahli parti yang lain.

"Sepatutnya digalakkan... saya difahamkan tidak boleh, saya kena tanya Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan Umno) kenapa tidak boleh guna SMS dan MMS. Jumpa tak boleh, SMS tak boleh, macam mana tu," kata beliau dipetik Bernama.... selanjutnya.
Kah kah kah ... Khir Toyo pun pening .. ini kan pulak aku.
SMS, Blog, Masa PRU boleh guna, masa Pemilihan UMNO, tak boleh guna.
Politik wang, Masa PRU Boleh ... masa Pemilihan UMNO, salah pulak.
Kalau Khir toyo pening ... ini kan pulak aku.

Kelakar betul UMNO ... wakakakakak !!!

Oct 31, 2008

Ada syarikat tak bayar premium RM68.2 juta - Hassan Ali

Harakah | Menurut Exco Hal Ehwal Islam, Adat-ada Melayu dan Infrastruktur Awam, Dato' Dr Hasan Mohd Ali ada syarikat di Selangor yang sudah tujuh tahun tidak membayar premium berjumlah RM68.2 juta.

Dalam perbahasan Belanjawan 2009 beliau turut menjelaskan mengenai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang membuat penyiasatan terhadap seorang pegawai Mais dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Katanya, Tuanku Sultan menyokong tindakan BPR supaya diambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan wang kerajaan atau menyalahgunakan kuasa.

Sebab itu tambah beliau berdasarkan tindakan itu seorang pegawai LZS ditukarkan ke Kolej Islam Selangor (Kuis) tetapi seorang lagi pegawai didakwa terbabit masih berada di Mais. ... selanjutnya.
Cuba periksa ... mungkin ada kaitan dengan pak ngah, pak cik, pak long dan mertua ke? Atau mungkin dah bayar tapi tersilap akaun.

Oct 30, 2008

State Assembly condemns Khir Toyo for stirring up racial discord

Sun2surf | .... Mohd Khir used this issue as an opportunity to defame the Pakatan Rakyat (PR) government and to make him look like a Malay hero, more so during this time when he is vying for the Umno youth head position," he said.

"All this at the expense of public order, peace and harmony," he added.

Mohd Khir had in response to a posting on his blog allegedly accused Kok of supporting a petition by residents in Kinrara to lower the volume of the azan (call to prayer) by a mosque in the area. Kok denied this.

Mohd Khir later clarified that what he quoted was an acknowledgement of receipt of a copy of the petition which residents sent to Kok’s office.

Ng said: "Mohd Khir should apologise to all Malaysian for causing disharmony and Kok for causing her to be detained under the ISA."

Ng also said that Mohd Khir should be referred to the privilege committee of the House.

He also accused Mohd Khir of conspiring with Utusan Malaysia and its columnist Zaini Hassan and Datuk Chamil Wariya to ignite the issue.

Ng also stressed that the PR was in no way against the media but condemned any media that is used to plant hate, violence and cause unrest.

"One would expect more maturity from a senior writer like Chamil Wariya but instead he incites murder and unrest," said Ng adding that Chamil had authored a book on Mohd Khir’s political journey and rise to become Selangor Menteri Besar in a book titled Dari Sungai Burong Ke Bukit Melawati in 2004.... selanjutnya.
no2umno - Hmmm Hmmm ... gambar atas tu masa Khir Toyo JAWA, sekarang dia dah tukar jadi Mat Salleh. Tapi menurut berita di atas, dia dan gerombolan UMNOnya tak datang sidang. Sibuk main golf la tu ...

Oct 20, 2008

Najis najis UMNO yang perlu di cuci



Clear notice: A yellow signboard informing the public that Raja Musa is a forest reserve, but this seems to have been ignored.


Well organised: The smallholders have even put up bunds like this to prevent floods from inundating their settlement.



Access road: This wide gravel road at Raja Musa in Kuala Selangor provides access to the houses and is separated by a drainage system that the smallholders built.


Bare necessities: The smallholders have built their own drainage and irrigation system, bridges and even an access road.

berita penuh nya di STAR
no2umno - Kecoh minggu lepas bila penduduk di sana menghubungi EXCO pertanian Selangor, Yaakob Sapari tentang kononnya beliau berjanji memberikan geran tanah TOL pada penduduk di situ.

Apa yang korang kena pikirkan adalah .... sebelum kawasan tersebut menjadi terang ... apa yang telah di potong dan di angkut keluar. Balak?

Selepas kawasan menjadi lapang, maka orang ramai masuk ke situ untuk bercucuk tanam dan berdiri lah rumah rumah rumah penempatan. Kejadian berlaku sejak berpuluh tahun yang dulu. Sekarang Kerajaan pakatan rakyat kena cuci NAJIS yang di tinggalkan oleh BARISAN NAJIS.

Korang cari lah kalau kalau ada tanah kosong di Selangor ... Semua dah rentung, semua dah di bahagi bahagikan. Jangan harap nak dapat tanah percuma lagi. Semua BN dah balun... .tak caya tanya Khir Toyo.

Oct 16, 2008

Khir toyo minta tolong

Dr. Khir Toyo seru UMNO Selangor beri pencalonan kepada wakil Selangor

Utusan
| Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyeru mana-mana bahagian UMNO di Selangor yang masih belum bermesyuarat memberikan pencalonan mereka kepada calon dari negeri ini bagi merebut jawatan tertinggi dalam pemilihan pada perhimpunan Agung UMNO, Mac ini.

Katanya, pencalonan bagi jawatan tertinggi itu dilihat begitu penting dalam usaha untuk membantu Barisan Nasional merampas semula Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang turut menjadi calon Ketua Pemuda itu berkata, bahagian-bahagian yang belum bermesyuarat seharusnya memberikan undi mereka kepada calon dari negeri ini yang belum cukup kuota bagi membolehkan mereka bertanding.

``Kalau saya tidak dapat cukup pencalonan seperti yang ditetapkan oleh kuota, ia sudah pasti akan mengekang tujuan saya untuk membawa beberapa perubahan dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda terutamanya di Lembah Klang yang hari ini merupakan antara golongan penentu dalam pilihan raya akan datang,'' kata Mohamad Khir di sini hari ini. - Utusan

Oct 6, 2008

Exco S'gor saman Dr Khir Toyo

malaysiakini | Anggota exco kerajaan Selangor Ronnie Liu hari ini memfailkan saman terhadap Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kerana mendakwa bekas menteri besar itu mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Beliau memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta, melalui peguamnya Gobind Singh Deo, bagi menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan untuk fitnah, faedah, kos dan sebarang relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Liu tidak meletakkan sebarang jumlah tuntutan, sebaliknya membenarkan mahkamah menentukannya, lapor Bernama.

Beliau mendakwa Dr Mohamad Khir mengeluarkan satu dakwaan palsu berunsurkan fitnah mengenai tindakannya campur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran.

Sep 26, 2008

Orang beruban ni nak jadi Ketua Pemuda

Image

Khir mahu jadi Ketua Pemuda?
umnoreform | Khir Toyo laung hasrat untuk menjadi Ketua Pemuda. Khir Toyo yang membawa Selangor tumbang kepada Parti Keadilan Rakyat pada PRU 12 baru-baru ini kini mahu menerajui Ketua Pemuda pula. Mana agaknya arus Pemuda UMNO mahu beliau bawa. Bukankah rakyat Selangor menolak kerajaan Selangor kepimpinan Khir Toyo yang gah – menjerit Setinggan Sifar dan pembangkang Sifar. Adakah salah kalau kita katakan kekalahan Selangor adalah kerana pengemudinya lupa bahawa rumah peneroka kota yang dirobohkan pada bulan Syawal, tak kala anak-anak kecil kala itu sedang menghadapi peperiksaan adalah satu dosa yang mencemar kepimpinan beliau. Hari ini mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO – sedang UMNO Selangor di himpit trauma kekalahan.... selanjutnya.

Sep 23, 2008

Khir Toyo nafi terlibat dalam tangkapan Teresa

malaysiakini | Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menafikan beliau terlibat sehingga tertangkap ahli parlimen DAP Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama seminggu.

Beliau juga menyatakan sama sekali tidak bersetuju dengan penahanan Teresa.

Dr Mohamad Khir, yang juga wakil rakyat Sungai Panjang, meminta isu azan - yang menjadi asas siasatan exco kanan kerajaan Selangor itu bawah akta kontroversi tersebut - diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Beliau juga enggan mengulas pembebasan Teresa, Jumaat lalu.

Sep 17, 2008

Police report against Khir Toyo

Star | Kampung Tunku assemblyman Lau Weng San has lodged a police report against former Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo for allegedly making a false statement on his blog (www.drkhir.blogspot.com)

The content of the blog was subsequently published in a Malay daily on Sept 9. Lau said Dr Khir’s statement and the report from the daily accused Seputeh MP Teresa Kok of being responsible in spearheading a campaign to ban the broadcast of azan (Muslim call to prayer) on loudspeakers.

He lodged the report at the police headquarters here at 11am yesterday. Lau said that the mosques had denied Kok’s involvement in the allegation.

“This whole misunderstanding was even explained by a blogger (pembelamelayu.blogspot.com) and yet Dr Khir paid no attention to it,” he said.... selanjutnya.

Sep 11, 2008

Dr Mariah dakwa isu kaum 'permainan politik Umno'

dr mariah mahmud pas kota raja call for prayer azan khir toyo comments police report 110908 05malaysiakini | ..."Sekarang mereka berusaha untuk mendapatkan balik sokongan Melayu Islam, kononnya dengan memperjuangkan Islam," kata Dr Siti Mariah yang juga ahli Parlimen Kota Raja di Selangor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Khir Toyo yang mendakwa ada usaha untuk menghalang laungan azan di Selangor.

Dr Siti Mariah membuat laporan tersebut di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi tadi.

Turut bersama beliau adalah Setiausaha Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah al-Jundi.

Dr Siti Mariah menjelaskan, sebagai ahli PAS, beliau terus komited bersama-sama dengan PKR dan DAP untuk menjaga perpaduan di Malaysia, terutama di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.... selanjutnya.

Cetus kemarahan, Dr Siti Mariah buat laporan polis terhadap Khir Toyo

harakah | ...Menurut Siti Mariah, laporan itu dibuat berikutan laporan media Utusan Malaysia 9 September 2008, yang menyebut bahawa Khir kononnya berkata wujud usaha daripada sebuah parti dalam komponen Pakatan Rakyat untuk melarang azan daripada berkumandang di masjid-masjid seluruh Selangor.

"Bahkan Khir Toyo juga secara ambil mudah memperakui bahawa kononnya wujud usaha pihak tertentu (penduduk Puchong) bagi menyediakan satu petisyen membantah azan daripada dikumandangkan di kawasan tersebut.

"Jelas ini semua adalah fitnah dan Khir bercakap tanpa sebarang fakta dan bukti yang dapat disandarkan kepada kenyataannya," ujar Siti Mariah yang juga AJK PAS Pusat.

Ujar beliau, PAS melihat kenyataan ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau turut mendakwa ia sebagai satu kenyataan provokatif terhadap umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

"Saya menyeru rakyat agar bertenang dan jangan mudah mempercayai fitnah dan berbaur perkauman ini," katanya.... selanjutnya.

Jul 28, 2008

Khir Toyo mungkin mandul

Bukan gua yang cerita, tapi saintis dari Amerika, kalau Khir toyo nak marah, gua cadangkan dia gi Harvard cari saintis tu.

Makan tempe boleh 'mandul'
Dalam kajian terbaru, penyelidik Amerika Syarikat mendapati lelaki yang mengamalkan pengambilan tinggi makanan berasaskan soya memiliki bilangan sperma jauh lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak memakannya langsung.

Diketuai Dr Jorge Chavarro dari Jabatan Kesihatan Awam Harvard di Boston, mereka menyoal lelaki mengenai pengambilan 15 jenis makanan berasaskan soya. Ia termasuk tofu, tempe, sosej soya, burger, susu soya, keju, dadih dan ais krim, hasil soya seperti kacang panggang dan minuman. - Bharian
Pada mereka yang cuba untuk melicinkan kulit dengan kaedah tempe ..... gua rasa hentikan lah. Walaupun aku sendiri dah cuba, tapi setakat ini masih memberangsangkan.

Jul 24, 2008

MB: Umno dreaming, 'sleep talking'

Sun2surf | Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim says the issue of PAS leaving Pakatan Rakyat (PR) to join Umno in the Barisan Nasional (BN) does not arise.

"I think Umno is dreaming for that. They are 'sleep talking'," he said when a reporter asked him whether PR was prepared for the possibility of losing PAS in the coalition.

Khalid said: "PAS members are working together (with us). Selangor exco members from PAS are working well. I hope we reduce political discussions and increase welfare efforts and state development work."

On Sunday (July 20), Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi made headlines when he admitted that Umno and PAS have been holding talks to address issues on Muslim and Malay unity.

Abdullah's admission have sparked mixed reactions from all parties and indicvidual leaders. DAP veteran and Ipoh Timor MP Lim Kit Siang had queried why Abdullah, who claims to be a prime minsiter for all Malaysians, is not talking about Malaysian unity instead.

Speaking to reporters after opening the new Monfort Girls Centre (MGC) in Monfort Boys Town today, Khalid said the RM7 million project features three main buildings; girls dormitory, assembly hall and training centre.... selanjutnya.

'Don't blame Anwar, it's you, Khir'

malaysiakini | Doesn't Khir Toyo know PAS is more mature than he thinks? Don't blame Anwar for ruining your plans. It's you,' said a Malaysiakini reader.

On Umno-PAS rule in S'gor - 'Anwar ruined it'

Mooshie Mooshie: Why is he a cry baby now? Doesn't he know PAS is more mature than he thinks? PAS wasn't born yesterday, man. Don't blame Anwar for ruining your childishly concocted plan. It's you, Mat Khir.

Ooisk: I found Khir Toyo's recent move to be a rude awakening as it gives us a frightening glimpse of the Umno leadership's thought process. I can only conclude that Umno is ever ready to abandon their thinly-veiled promise of a fair and equitable multiracial government .

When faced with the prospect of losing to a multiracial opposition coalition like PKR ; they would rather be a subservient partner with their previously sworn enemy like PAS so that they can continue to play the racial card and propagate the Malay supremacy ruling agenda.

I congratulate the leadership of PAS for not falling to such seduction and staying the course to build a new future for all Malaysian.... selanjutnya.

Jul 23, 2008

Dr Hassan muncul di sisi MB S'gor

malaysiakini | ...Datuk Dr Hassan Ali, exco Selangor yang jarang muncul di sidang media bersama Tan Sri Abdul Khalid Samad, hari ini duduk sebaris bersama menteri besar ketika kontroversi rundingan PAS-Umno sedang hangat diperkatakan sekarang.

Mengulas kenyataan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tentang tawaran jawatan kepada pemimpin PAS di negeri itu jika wujud kerajaan campuran, Abdul Khalid berkata hubungan PKR dengan PAS tiada masalah.

Beliau enggan mengulas lanjut, sementara Dr Hassan, pesuruhjaya PAS negeri yang hadir dalam pertemuan dengan perdana menteri dan Dr Mohamad Khir pada Mac lalu, tidak memberi sebarang ulasan.

Turut hadir di sidang media yang sama, tiga lagi exco - Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Yaakob Sapari.

Di sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri lewat petang ini, Abdul Khalid berkata Selangor akan memangil perundingan tentang belanjawan tahun depan pada 4 dan 11 Ogos, masing-masing di Shah Alam dan Kuala Selangor.... selanjutnya.

Percubaan Usang Khir Toyo Untuk Memecahkan PAS

malaysiawaves | ...Malangnya, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas, melalui Setiausaha Agungnya, Kamaruddin Jaafar, telah menggagalkan usaha tersebut. Saya yakin selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan.”

Jelas sejelasnya, Khir Toyo sedang cuba untuk memecahbelah perpecahan PAS. Saya nak tanya Khir Toyo, adakah logik keputusan untuk menubuhkan kerajaan campuran terletak hanya di tangan Setiausaha Agung sahaja?

Untuk pengetahuan Khir Toyo, keputusan untuk tidak mengadakan kerajaan dengan UMNO di Selangor terletak di tangan AJK PAS Pusat dan Majlis Syura dan bukannya Setiausaha Agung.

Tugas Dato’ Kamaruddin Jaafar hanyalah untuk MENGUATKUASA keputusan yang telah diambil oleh parti. Itu sahaja.

Dan hakikatnya, walaupun didesak oleh Dato Hasan Ali, Presiden PAS sendiri Tn Guru Haji Abdul Hadi Awang menolak pelawaan UMNO dan menghalang Dato Hasan Ali dari menjalin hubungan dgn UMNO di Selangor.

Itulah sebabnya kerajaan campuran PAS-UMNO tidak menjadi kenyataan di Selangor.

Kita tak dengar pulak Tajol Rosli menuduh Kamaruddin Jaafar sebagai penghalang kepada kerajaan campuran di Perak. Ini kerana pelawaan UMNO ditolak mentah-mentah oleh Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmas Awang tahu beza yang mana kaca yang mana intan.... selanjutnya.

Jul 22, 2008

Dah kalah baru UMNO nak pujuk PAS

Agendaselangor | Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akhirnya mengakui ada perbincangan antara Barisan Nasional serta Umno dan PAS selepas pilihan raya umum lalu malah mencadangkan pemimpin PAS diberikan jawatan Menteri Besar dan timbalan serta empat kerusi Exco.

Bekas Menteri Besar itu sendiri menolak sebarang jawatan bagi mengelak dianggap menguasai Exco yang bakal dibentuk andainya wujud kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PAS di Selangor bagi membentuk kerajaan negeri.

Dalam blognya, Dr Mohamad Khir menyatakan kegembiraan bila mendengar sudah ada perbincangan di antara kepimpinan Melayu dalam Umno dan PAS.

“Kegembiraan ini kerana inisiatif ini telah saya mulakan di Selangor sebaik sahaja berakhir Pilihan raya Umum ke 12 yang lalu.

Saya telah mencadangkan agar diadakan satu kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional di Selangor,” ujarnya.

Dr Mohamad Khir menjelaskan, beliau telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya juga mencadangkan agar PAS diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 Exco. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai Exco yang bakal dibentuk,” katanya.....selanjutnya.

no2umno - Siapa yang masih percaya Khir Toyo? Perbincangan adalah usaha memujuk PAS untuk berpaling tadah. Antara TG Nik Aziz dan Khir Toyo .... mana yang PAS pilih? Aku? ........ Khir Toyo? Tak payah la. Buang masa. Dah kalah, baru terhegeh hegeh nak pujuk PAS. Masa menang dulu? .... Sikit pun tak pandang.

Jun 28, 2008

Plastik kutuk ORI

Korang kena baca artikel terbaru drkhir toyo@botoxman. Bekas menteri besar cum desperado UMNO ini memberikan pandangan tentang strategi dan hala tuju politik DS Anwar Ibrahim. Banyak perkara yang di jelaskan mengikut persepsi beliau. Tapi yang mesti ada di dalam kepala, baca dan nilai. Nilaian berpandu isi pemikiran pemimpin yang sudah kecundang.

Rujuk,

My PhotoFasa pertamanya ialah pilihan raya ke 12. Beliau menggunakan menggunakan segala kelicikannya melakukan manipulasi politik melalui penawaran jawatan dan kedudukan bagi menyatukan parti-parti politik yang bukan sahaja berbeza ideologi tetapi bertentangan sama sekali.

Retorikal dan manipulasi politik Anwar telah berjaya menanggap imaginasi pengundi-pengundi di kawasan bandar sehinggalah gabungan longgar ini mampu mengambil alih lima negeri (termasuk Wilayah Persekutuan).

Beliau berjaya meyakinkan Dap dan Pas untuk mengadakan satu kerjasama longgar. Yang untung pastinya Dap kerana hari ini mereka sudah boleh berhujah bahawa ada orang Melayu yang menyokong perjuangan "cauvinis" mereka. Malah mereka juga dilihat menguasai dua buah negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Melayu. - Khirbotox
Yang menarik di dalam artikel tersebut, Khir toyo sedang cuba untuk menyuruh rakyat belajar....
Kita harus belajar daripada sahabat-sahabat rapat Anwar Ibrahim yang dulunya sanggup tenggelam timbul bersama, akhirnya mengambil keputusan meninggalkan beliau. Kita juga harus sedar manipulasi ini tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada rakyat. Bagi saya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah opportunist yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa.
Sengsaranya untuk memperolehi kembali kemenangan. Dan aku mengerti bahawa sesungguhnya perbezaan antara realiti dan fantasi .... belajar dari musuh dan belajar dari pengalaman. Pengalaman kita bersama Khir Toyo dan BN di selangor adalah lebih jelas dari cerita keburukan Anwar melalui mulut musuh politik.

Alhamdulillah, rakyat tidak bodoh untuk mendengar sebarang komen dan cakap cakap yang tanpa bukti. Kita mahukan realiti. Nilaian kita setelah Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri. Risiko kita adalah untuk terus memilih UMNO dan kepimpinan mereka sedangkan terlalu banyak rekod buruk sudah terpampang di depan mata. Kita tidak bodoh lagi.

Paling penting .... kita tak mahu pemimpin berwajah plastik. Kita mahu yang ORI.

Komen komen menarik artikel tersebut,

su-kj said...

A.kum Datuk Seri,

1. Masalah utama yang dihadapi oleh UMNO sekarang ialah UMNO tidak mempunyai seorang 'tokoh' yang setanding dan berwibawa seperti Anwar Ibrahim.

2. Jika UMNO mempunyai seorang tokoh yang setaraf atau lebih baik dari Anwar, saya percaya PKR dah ranap. Harus diingat PKR adalah 'Juru Perunding' yang bertauliah...?

3. Cuba kita lihat dalam blog saya, keputusan 'vote'...Siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ?

--------

azarazara said...

Bacaan yang baik untuk dibaca, tidak begitu baik untuk di ikut....
resmi org kalah hehehhe.
Owh lupe blog dia .. dia punya suke lah nak cakap apa saje....
Tumpang baca je apa yang dirintihkan oleh org kalah ini..
Kasihan.....

--------

malaysiabaru said...

A'kum Saudara Khir, mungkin saudara nie lupa siapa saudara ini dengan komen saudara. Bukankah saudara orang yang menswastakan projek kerajaan negeri dimana kerajaan negeri tidak punya keuntungan munasabah dalam projek penswastaan negeri. Kalau ada bukti DSAI pun sama macam saudara boleh bagi bukti? Buat Laporan Polis dan sebagainya...

Siapa saudara sebelum ini? Hanya dr gigi biasa di kajang, itu sahaja, title MB selangor sekejap tuh telah menamatkan releven saudara dalam politik negara.

Jadi saya cadangkan, saudara tak payah lah susah-susah, kerana kat selangor sendiri UMNO negeri dah lama menyampah dengan saudara.

------

Muhammad Kamal said...

ala Datuk, ini cakap orang yang dah kalah. dulu masa memerintah apa sangat lah sumbangan Datuk. sumbangan rasuah ada la. ini cakap orang gila talak sebenarnya. lepas kalah teruk baru tersedar dan sekarang tergila gilakan jawatan semula. saya nak muntah dengar nama UMNO sekarang. semua pemimpin UMNO suka kahwin artis, isteri pakai tudung tak lengkap, hidup penuh hiburan, suka raba bontot macam Jamaluddin Najis dan sebagainya.

Jun 13, 2008

Khir Toyo mengigau

Korang pernah dengar cerita tentang mimpi berjalan? Mata pejam, tangan ke depan dan berjalan waktu tidur ... kekadang mulut bercakap. Esok paginya, kalau ditanya, yang bermimpi tak sedar apa yang dia cakap .... macam ni,

Saman jika buat tuduhan palsu: Dr Khir
sinarharian - Silakan buat tuduhan palsu atau bersedia kena dihadapkan ke mahkamah.

Begitulah amaran yang diberikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kepada mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) atau individu yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap kepimpinan terdahulu dalam kempen atau ceramah politik mereka.

Menurutnya, satu pasukan peguam sukarela telah dibentuk sejak sebulan lalu untuk memantau aktiviti ceramah politik yang diadakan pemimpin PR kerana beliau tidak mahu pemikiran rakyat disogok dengan cerita-cerita yang tidak benar.

“Bukti-bukti tuduhan palsu yang dilemparkan pemimpin PR itu sudah mula dikumpulkan sejak sebulan yang lalu oleh sepasukan peguam yang dibentuk khas bagi memantau tindakan tidak beretika berkenaan yang kebanyakannya wujud semasa sesi ceramah politik kepada orang ramai," kata beliau.

Menurutnya, setakat ini pasukan peguam berkenaan sudah mengumpul tiga isu serta gambar bukti bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melemparkan tuduhan palsu tanpa sebarang bukti kukuh.

“Mereka tuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu rasuah dan sebagainya. Bagaimanapun sehingga kini kita lihat tiada sebarang laporan dibuat dan tindakan diambil terhadap orang yang dituduh.

“Tindakan saman ini dibuat untuk memberikan pengajaran kepada mereka supaya tidak lagi membuat tuduhan palsu yang dilihat mencemarkan imej kita," katanya.... selanjutnya.
Aku tertanya tanya ... siapa yang tuduh? Kalau tuduh, sudah pasti dibawa ke mahkamah lama dulu. Nak tahu siapa yang tuduh tiada bukti? Ni dia ......
Bekas pelajar lapor polis, Selangor tak tunai manifesto dan 4 ahli PKR buat laporan BPR

Wak tak pernah pegang jawatan tinggi. Mungkin dek kerana seronok duduk diatas, sekali jatuh, tak terima hakikat. Burukkan orang lain untuk tutup buruk diri sendiri. 5 tahun ... entah apa apa lagi yang mereka rancang.

Air Percuma hasil usaha BN Selangor

Sekembali wak dari KLCC, Kuala Lumpur, di pamirkan di dalam shoutbox dan wak sempat meneliti butir cerita di bawah ....


Air Percuma Kejayaan BN

Pengumuman Kerajaan Negeeri Selangor mengenai pelaksanaan manifesto Pakatan Rakyat untuk memberi air percuma sebanyak 20 meter padu untuk setiap meter individu di Selangor merupakan satu kejayaan besar kepada Barisan nasional sebagai pembangkang.

Telah nampak sejak awal kerajaan Pakatan Rakyat cuba melengah-lengahkan pemberian air ini sehinggalah didesak oleh BN Selangor. Malah sejak awal Jun lalu kerajaan negeri belum mengadakan sebarang rundingan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agak tidak menyetujui idea ini kerana ia akan mengggunakan banyak wang KDEB dan kerajaan negeri. Bagaimanapun tekanan politik dari dalam PKR dan Pas memaksa beliau menyetujuinya. - pembangkangselangor
... Chewaaaahhhh....kejayaan Barisan Nasional katanye... Hebat !!!

Wak ni tak kesah sangat jasa siapa ... Kalau itu lah maksudnya, kesempatan ini wak ambil untuk ucapkan Tahniah kepada Khir Toyo dan Barisan Nasional Selangor kerana berjaya merealisikan impian rakyat.

Tanpa UMNO dan BN, mungkin rakyat Malaysia tidak dapat menikmati air percuma ...

Perjuangan UMNO dan BN nampaknya menemui kejayaan hanya setelah Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Selama 50 tahun berjuang, bukan perkara yang mudah..."Ye tak wak Khir?"

Bekas Menteri Besar ni agaknya cuba melatih diri untuk menjuarai rancangan Raja Lawak untuk tahun hadapan. Semoga, rakyat boleh ketawa bersama dengan hidangan lawak lawak yang akan khir toyo persembahkan. Hidup Khir Toyo !!! Hidup UMNO !!! dan Hidup BN !!! ... Wakakakakaka

Nak tanya jawa tak sedar diri ni ...... "Minyak Naik ni jasa siapa?"

Aduh .... 'ketawa sampai ketut' lagi aku.

Posting terkini

Blog Archive