KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 23, 2008

Dr Hassan muncul di sisi MB S'gor

malaysiakini | ...Datuk Dr Hassan Ali, exco Selangor yang jarang muncul di sidang media bersama Tan Sri Abdul Khalid Samad, hari ini duduk sebaris bersama menteri besar ketika kontroversi rundingan PAS-Umno sedang hangat diperkatakan sekarang.

Mengulas kenyataan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tentang tawaran jawatan kepada pemimpin PAS di negeri itu jika wujud kerajaan campuran, Abdul Khalid berkata hubungan PKR dengan PAS tiada masalah.

Beliau enggan mengulas lanjut, sementara Dr Hassan, pesuruhjaya PAS negeri yang hadir dalam pertemuan dengan perdana menteri dan Dr Mohamad Khir pada Mac lalu, tidak memberi sebarang ulasan.

Turut hadir di sidang media yang sama, tiga lagi exco - Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Yaakob Sapari.

Di sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri lewat petang ini, Abdul Khalid berkata Selangor akan memangil perundingan tentang belanjawan tahun depan pada 4 dan 11 Ogos, masing-masing di Shah Alam dan Kuala Selangor.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive