KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 4, 2008

Gambar-gambar Lawatan Anwar ke Pulau Pinang, Kedah & Perlis

KeADILan

image-81.jpg

image-13.jpg

image-61.jpg

image-122.jpg

image-91.jpg

image-101.jpg

image-41.jpg

image-1121.jpg


ANWAR DI KAMPUNG JAWA

UCAPAN ANWAR DI CERAMAH KG JAWA 3 FEB 2008

"Sekiranya saya diberikan peluang, saya akan kembalikah MARUAH saya dan kembalikan KUASA rakyat" ANWAR IBRAHIM

"UMNO dan BN di dalam keadaan terdesak dan takut. Kalau tahun 1999, bangsa Melayu sudah berubah arah, kini bangsa India turut bersama kita untuk menolak BN dan UMNO"

"Kalau hari ini diistiharkan BA Menang, Saya akan buat pengumuman keesokannya untuk turunkan harga minyak dan memberikan pendidikan percuma kepada murid sekolah rendah dan menengah serta penuntut universiti" disusuli dengan sokongan dan tepuk sorak dari yang hadir pada ceramah tersebut.

Di dalam pada itu beliau banyak berbicara tentang sikap pemimpin jahilliyah yang terdapat sekarang, bangsa melayu yang ditipu dan beberapa isu terkini. Penerangan terus diadakan pada setiap malam untuk memberikan penerangan sebenar tujuan pilihanraya kali ini termasuk isu VIDEO VK LINGAM.

Gobalakrishnan yang menjadi penceramah pertama telah berbicara tentang skandal perempuan simpanan Samy Vellu, isu Sujatha serta Pemberian bantuan RM13.15 barangan dapur kepada rakyat oleh LIM KENG YAIK.

Manakala ustaz BADRUL AMIN menceritakan tentang pengalaman dipenjara PUDU, pengalaman beliau berjuang bersama parti keadilan, isu HINDRAF yang diputar belitkan oleh kerajaan dan pelbagai isu semasa. Selain dari itu, beliau turut menyarankan rakyat agar turun beramai ramai bersama BERSIH pada 23hb Februari 2008 untuk memaksa SPR menuruti permohonan 4 perkara. TEmpat masih belum ditetapkan lagi.

Kehadiran sangat memberansangkan. Walaupun hujan telah turun tetapi tidak menghalang orang ramai memenuhi kawasan laman sebuah rumah di Kampung Jawa. Ahli jawatankuasa penganjur juga kelihatan memberikan kawalan lalulintas serta bantuan internet untuk memeriksa senarai pengundi.

Kedatangan Anwar Ibrahim sekitar jam 11.00 malam telah menyebabkan pengunjung yang sudah ramai, melaungkan slogan "REFORMASI!!!" berulang kali. Kaum India yang turut sama hadir telah memberikan isyarat bahawa pilihanraya kali ini adalah lain dari yang lain.

ADA YANG CUBA GANGGU INTERNET PULAK DAH

Kempen dalam internet: SPR tidak ada kuasa
MStar
Oleh SA'ODAH ELIAS

PETALING JAYA: Penggunaan teknologi maklumat terutama internet dijangka menjadi alat berkempen paling berpengaruh pada pilihan raya akan datang melebihi masa-masa sebelum ini, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui tidak berupaya untuk mengawal selia kegiatan itu kerana ia di luar bidang kuasanya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keadaan ini berlaku kerana peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya (1954) (AKP) dalam hal mengawal kegiatan berkempen hanya terhad kepada bahan-bahan kempen tradisional tetapi tidak kegiatan berkempen menggunakan teknologi maklumat.

"Kita hanya boleh kawal kegiatan kempen melalui ceramah, rapat umum serta yang menggunakan bahan tradisional seperti risalah, sepanduk, poster dan kain rentang. Lain daripada itu, kita tidak boleh buat apa-apa.

"Jika pihak tertentu didapati memaparkan sesuatu yang dianggap bohong, fitnah, mengandungi unsur menghasut atau apa-apa maklumat yang dianggap rahsia rasmi menggunakan bahan kempen tradisional, seperti risalah, sepanduk atau kain rentang, kita boleh ambil tindakan dengan merampas, menurunkan dan memusnahkannya.

"Tetapi jika perbuatan sama dilakukan dan disebarkan menggunakan teknologi maklumat, kita tidak boleh bertindak. Terpulanglah kepada yang terlibat untuk mengambil tindakan mengikut peruntungan undang-undang yang lain untuk menjaga kepentingan mereka," katanya kepada mStar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kegiatan berkempen tidak rasmi melalui internet, terutama oleh laman-laman web dan blog yang berunsurkan politik yang telah pun bermula sejak dua bulan lalu, walaupun tarikh pilihan raya masih menjadi tandatanya.

Beliau menjelaskan AKP tidak mempunyai peruntukan untuk mengawal kegiatan kempen yang menggunakan apa juga bentuk teknologi maklumat, sama ada melalui kaedah khidmat pesanan ringkas (SMS), khidmat pesanan multimedia (MMS), internet atau telivisyen berasaskan internet.

Beliau juga menggesa pihak yang berkepentingan agar mengambil inisiatif memantau kegiatan berkempen melalui internet dan membuat laporan sama ada kepada polis atau kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia jika terdapat bahan-bahan yang berunsur bohong, fitnah, menghasut atau melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang lain.

Mengulas kegiatan parti-parti politik yang telah pun memulakan perang bendera di tempat-tempat awam, Wan Ahmad berkata perkara itu juga berada di luar bidang kuasa SPR.

Katanya, terpulanglah kepada pihak berkuasa tempatan untuk bertindak ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab kerana mencacatkan pemandangan di tempat awam dengan memasang bendera dengan jumlah yang banyak.


SPR, katanya, hanya boleh menguatkuasakan undang-undang dan peraturannya sebaik parlimen dibubarkan dan tidak sebelum itu.

No2umnO - Isu ini timbul mungkin kerana ada beberapa beruk di dalam UMNO dan BN yang tidak tahan dengan serangan blogger dan website yang mengkritik kerajaan Barisan Nasional. Dengan pengertian lain bahawa masih ada pihak yang cemburu atau cuba menyekat kebebasan bersuara. Kalau internet cuba di halang, kenapa agaknya media arus perdana terus berkempen untuk Barisan Nasional. Kalau ada Pihak yang tidak berpuas hati kenapa tidak dihalang dulu berita berunsur propaganda di TV? Bila la agaknya Malaysia mahu sampai ke status betul betul adil? Rosakkkkkk..... Tentang bendera parti pula, tindakan mencabut dan menjatuhkan bendera banyak dibuat oleh PBT PBT dan bukan SPR sendiri. Kalau ditiang elektrik dan barangan kerajaan tak per tapi atas pokok dan primis sendiri pun tak boleh....pelik sungguh Malaysia.

APA YANG MALAYSIA CUBA TUNJUKKAN?

Malaysia Hulur AS$270,000 Kepada Mangsa Bencana Alam Bangladesh

PUTRAJAYA, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia hari ini menghulurkan sumbangan AS$270,000 bagi membantu meringankan beban rakyat Bangladesh yang menjadi mangsa bencana alam baru-baru ini.

Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata taufan serta banjir yang melanda Bangladesh baru-baru ini menjejaskan kehidupan kira-kira 10 juta penduduk negara itu.

"Malaysia memahami kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan dan sebagai tanda persahabatan dan perpaduan dengan rakyat dan kerajaan Bangladesh, kerajaan kami membuat keputusan untuk menghulurkan derma ini," kata Syed hamid pada majlis penyampaian cek AS$270,000 sumbangan kerajaan Malaysia kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia M. Khairuzzaman di Wisma Putra di sini hari ini.

Syed Hamid berkata walaupun sumbangan itu mungkin tidak seberapa, tetapi Malaysia berharap ia dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa.

"Malaysia sentiasa berasa bertanggungjawab membantu dan memberi sokongan kepada saudara dan sahabatnya, terutama ketika mereka memerlukan bantuan. Oleh itu, kami akan terus memberi sokongan dan bantuan kemanusiaan sekadar yang terdaya oleh kami, terutama kepada saudara dan sahabat kami di rantau ini," katanya.

No2umnO - Sedang rakyat Bangladesh di Malaysia sedang berjuang untuk terus hidup, kerajaan Malaysia cuba tunjuk hebat dengan membantu mangsa ribut di Bangladesh. Apa sebenarnya agenda kerajaan? Tunjuk baik atau tunjuk duit? Lihatkan wajah warga Bangladesh yang meminta dibawa pulang ke tanah air akibat ditipu oleh majikan dan sendikit pekerja asing ......

SIAPAKAH PENGUNDI BN?

Mereka mereka yang terus memberikan undi mereka kepada BN dan UMNO adalah mereka mereka yang terdiri daripada manusia yang,

  1. Tidak faham tentang perjuangan Melayu
  2. Tidak percaya tentang kuasa rakyat
  3. Suka angguk dan tidak mampu berfikir
  4. Berharap pada media arus perdana dan malas mencari kepastian dan kebenaran
  5. Keliru dengan perjuangan bangsa melayu sebenar
  6. Kena tipu hidup hidup dan terus membenarkan diri ditipu
  7. Tak faham politik dan pengertiannya tetapi cakap macam orang pandai
  8. Tidak faham bahawa media ditugaskan untuk menipu rakyat bagi kepentingan BN dan UMNO
  9. Yang suka kepada ketidak adilan
  10. Suka kepada pemimpin yang kejam kepada rakyatnya
  11. Tidak faham tentang demokrasi sebenar
  12. Tidak faham tentang hak menjadi rakyat
  13. Suka pada pemimpin yang korup dan tidak bertanggung jawab
  14. Degil dan tidak mahu mendengar nasihat
  15. Dibutakan mata dan hatinya untuk tidak mahu menerima nasihat orang lain
  16. Sangat suka rasuah dan jenayah berlarutan akibat kepimpinan yang lemah
  17. yang mengambil kesempatan dari sikap rasuah pemimpin dan kakitangan kerajaan
  18. Suka pada pemimpin yang membazir tidak tentu hala
  19. Suka pada keadaan kepimpinan yang kaya sedangkan rakyat miskin
  20. benarkan diri ditipu dengan masalah minyak dunia menyebabkan kenaikan harga minyak tempatan
  21. Suka pada tol diseluruh rakyat Malaysia
  22. Tidak faham dengan penipuan istilah dan pengertian Islam Hadhari
  23. Suka kepada pemerintahan cara British dan penjajah
  24. Sangat suka budaya barat sedangkan mengutuk barat mati matian
  25. Yang hidupnya asyik disusu dan disudukan oleh UMNO dan BN
  26. Tidak percaya pada diri dan kemampuan sendiri ... asyik bergantung
  27. mereka yang suka bermimpi dan mengigau akibat janji yang bukan bukan
  28. Pengecut takut dengan ugutan Barisan Nasional dan UMNO
  29. Terpedaya dengan helah perpecahan kaum dan rusuhan 13 Mei
  30. Suka diri di perkaumkan sehingga mengutuk bangsa lain yang kononnya tidak baik berbanding diri
  31. Mangsa peras ugut oleh samseng UMNO dan BN
  32. Mereka yang mudah dibeli jiwa dan marwahnya dengan wang ringgit
  33. Tidak tahu tentang Halal dan Haram
  34. Bersetuju untuk kenaikan harga barangan sedangkan diri itu susah dan miskin
  35. Tidak sedar bahawa negara kita kaya dan tidak perlu jual hasil bumi untuk hidup
  36. Tidak mengerti cara memilih pemimpin
  37. Tidak tahu membezakan antara pemimpin yang benar dan palsu
  38. Terpedaya dengan media yang asyik cerita tentang kebaikan pemimpin sedangkan di belakang pemimpin BN dan UMNO bersikap sebaliknya.
  39. Tidak tahu tentang Islam
  40. Tidak tahu tentang pemimpin yang amalkan Islam sebenar

Dan lain lain lagi.... Letih aku ...

Sebab Ali Rustam Ditarik Ke Pusat

Serkamvelleyonline
Tg Kudin

Pentadbiran Ali Rustam lemah, tidak cekap dan penuh penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa menyebabkan hutang Melaka sejak beliau mengambil alih kepimpinan negeri pada tahun 1999 berjumlah RM 482 juta meningkat mendadak setiap tahun sehingga pada tahun 2006 berjumlah RM 1.05 bilion, ini bermakna setiap rakyat Melaka mempunyai hutang sebanyak RM 2,342.22.

1 - Ali Rustam didakwa guna Tabung Kesihatan untuk ahli keluarga dengan mewujudkan satu Tabung Kebajikan peribadi di atas nama peribadinya sendiri bagi membolehkan bantuan kewangan dihulurkan kepada pesakit miskin dan berkeperluan untuk kos dan perbelanjaan hospital dan perubatan menurut laporan kepada BPR 4 Januari 2006 oleh Lim Guan Eng, Ali Mohd Rustam menyalahgunakan Tabung Misteri Kebajikan Kesihatan tersebut sebanyak RM 908,242.33 sejak 2001 untuk membiayai kos rawatan hospital ahli keluarganya sehingga 31 Mac 2005.

Sumber tabung itu ialah daripada Umno Melaka sebanyak RM 368,283.82 dan RM 539,958.51 diperolehi daripada derma orang awam yang dipungut oleh Ketua Menteri Melaka sendiri. lebih daripada RM590,000 (65%) digunakan untuk orang kaya bergelar Datuk-datuk dan ahli keluarga Ketua Menteri Melaka sendiri, iaitu RM 365,000 atau 40% digunakan untuk ahli keluarga Ketua Menteri sendiri termasuk isteri, anak-anak, abang ipar, mak mertua, kakak dan arwah ibunya dan 225,000 atau 25% digunakan untuk pesakit bergelar datuk ataupun isteri datuk.

Orang awam hanya mengetahui mengenai tabung misteri tersebut selepas tiga tahun didirikan, ini melibatkan penyelewengan oleh seorang wakil rakyat dan ahli pentadbiran yang menggunakan wang awam yang dikutip atas tujuan membantu orang miskin, Ali Rustam telah menyalahi peruntukan-peruntukan 10 hingga 15 dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997, khususnya seksyen 15.

Sekiranya beliau disabitkan kesalahan, Ali akan berhadapan dengan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun; dan didenda tidak kurang daripada 50 kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan atau RM 10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi dibawah seksyen 16.

2 - Pejabat Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang juga Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam disita Mahkamah Tinggi berikutan kegagalan agensi itu membayar tunggakan hutang lebih RM2.23 juta kepada Subang Teknik (M) Sdn Bhd .

Selain Pejabat Mohd Ali di Tingkat 11 Bangunan PKNM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu, tujuh lagi tingkat lain milik PKNM termasuk yang menempatkan pejabat pengurus besar turut disita. Arahan sita itu dikeluarkan menerusi surat penghakiman Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Timbalan Pendaftar, Elesabet Paya Wan bertarikh 28 Jun 2006.

3 - Penjualan dua aset Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) iaitu Ayer Keroh Country Resort (AKCR) dan Tanjung Bidara Beach Resort (TBBR) yang mengalami kerugian teruk adalah bukti kelemahan kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Mohd Ali Rustam. AKCR telah dijual kepada AMZ Resort (Melaka) Sdn Bhd dan TBBR kepada Brisdale Asset Sdn Bhd (kemudian ditukar kepada IIUM Holdings Sdn Bhd) walaupun tanpa mendapat kelulusan kerajaan pusat seperti yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2006 baru - baru ini.

Berdasarkan laporan itu, AKCR dijual pada harga RM6.7 juta sedangkan harga di pasaran manakala TBBR dijual pada RM15.8 juta. RM6 juta sedangkan harga pasaran RM7.12 juta menyebabkan mereka menanggung kerugian sebanyak RM10.22 juta. Sudahlah ke dua-dua aset ini mengalami kerugian kemudiannya dijual pula dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran menyebabkan mereka rugi lagi sebanyak RM10.22 juta.

4 - Menara PERTAM Akan Dilelong? Pengerusi PERTAM, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dilihat telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya bagi memastikan prestasi pencapaian dan pengurusan kewangan dalam membangunkan TanahAdat Melaka yang merupakan aset paling berharga bagi orang Melayu. PERTAM juga terus mencatat kerugian terkumpul sehingga 31.12.2006 sebanyak RM 40.96 juta daripada pinjaman pokok sebanyak RM 35.91 juta yang diperolehi kerana tidak mampu membayar balik pinjaman. Ke tiga-tiga anak sykt rugi sehingga 31.12.2005

(+) PERTAM Construction Sdn Bhd - RM 5.03 juta (+) PERTAM Properties Sdn Bhd - RM 0.32 juta (+) PERTAM Trading Sdn Bhd - RM 0.65 juta. = RM 6 juta

Bukan sahaja sekadar tidak dapat membayar balik pinjaman malah keadaan pengurusannya begitu kritikal sehingga tidak mampu membayar gaji kakitangannya.

LELONG
Menara PERTAM - pinjaman RM 28.57 juta sedangkan kosnya RM 25.17 juta. Mengapa PERTAM perlu meminjam RM 3.4 juta lebih daripada kos pembinaannya?

Pinjaman berjumlah - RM 18.45 juta dari Bank Rakyat
(+) RM 5.32 juta juta dari Yayasan Melaka (+) RM 4.8 juta dari kerajaan negeri RM 4.8 juta Jumlah Keseluruhan = RM 28.57 juta

Setakat ini PERTAM hanya menjelaskan satu bayaran ansuran berjumlah 220,000 daripada 53 kali ansuran bayaran sebanyak RM 11.42 juta yang sepatutnya dijelaskan sehingga Disember 2006 dan bagi mendapatkan balik pinjamannya, Bank Rakyat sedang menjalankan proses untuk melelong Menara PERTAM.

5 - Sayang Melaka Sungainya Kotor! Orang ramai mempertikaikan kos perbelanjaan yang begitu besar digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Melaka sebanyak RM 335 juta sedangkan kesannya tidak seberapa dan kualiti airnya masih seperti dulu.

Ini diakui sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang baru-baru ini melahirkan kekecewaan dengan kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Melaka kerana gagal memastikan air di sungai itu bersih dan tidak berbau bagi menarik kedatangan pelancong. Oleh itu katanya, kerajaan negeri akan menyerahkan semula projek tersebut kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan meminta MBMB melantik kontraktor yang lain bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.

Serentak dengan itu beliau meminta Kementerian yang berkaitan supaya menahan wang yang perlu dibayar kepada kontraktor terbabit berikutan air sungai yang masih berbau busuk, berkelodak dengan lumpur dan warnanya seperti air longkang. Ali Rustam kata kebersihannya macam Sungai Venice dan San Antonio diTexas tapi hakikatnya begitu kotor, ini memalukan industri pelancongan di Melaka yang menjadikan Sungai Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan.

Projek ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan seperti bangunan MARA di tebing Sungai Melaka yang menempatkan peniaga bumiputera telah dirobohkan kerana dianggap mencacatkan keindahan sungai dan dijadikan tempat meletak kenderaan. Banjir kilat juga sering berlaku di sepanjang tebing sungai sehingga keparas lutut walaupun cuma ketika air laut pasang, padahal sebelum ini tidak pernah berlaku. Malahan ianya hanya mencantikkan ruang siar kaki di sepanjang tebing sungai itu sahaja dan baru-baru ini ribuan ikan belanak ditemui mati terapung di muara sungai yang mungkin berpunca dari pencemaran toksid yang teruk.

Yang dapat manfaat menerusi projek ini ialah kroni-kroni Ali Rustam ianya melibatkan empat fasa yang bernilai kira-kira RM 335 juta yang bermula dari Jalan Chan Koon Cheng hingga ke Jalan Tun Ali membabitkan jarak 4.5 kilometer sejak 2002 dan kini di fasa terakhir iaitu pembinaan pintu air pasang surut yang dijangka siap akhir Januari 2008. Selain itu, perkhidmatan bot penumpang yang disediakan oleh Melaka River Cruise untuk pengunjung menyusuri sungai itu, di mana ideanya dicetuskan oleh Mohd Ali juga tidak mendapat sambutan dan hanya tersadai menunggu penumpang.

Terdahulu, pengendali bot Parameswara Tour River & Island Trip dan para nelayan telah diarah menghentikan operasi bot mereka atau berpindah walaupun sudah beroperasi sejak 21 tahun lalu di kawasan itu mendakwa, tindakan berkenaan menjejaskan operasi syarikat sekali gus mengancam sumber pendapatan mereka. Lantaran itu, Pesta Sungai Melaka yang diadakan pelbagai aktiviti sukan air seperti perarakan perahu berhias terpaksa dibuat pada malam hari baru-baru ini bagi mengelakkan air sungai yang hitam dan kotor serta berbau seperti air longkang itu dilihat pelancong dari luar negara.

6 - Projek-projek mewah kerajaan negeri yang merugikan rakyat seperti:

  • Projek Lebuhraya Sungai Udang Ke Durian Tunggal sebanyak RM 280 juta
  • sepanjang 21 km atau RM 14 juta sekilometer di mana hanya separuh
  • adalah 4 lorong kereta;
  • Projek Hang Tuah Mall sebanyak RM 8.5 juta;
  • Projek air terjun Bukit Sebukor sebanyak RM 1.7 juta;
  • Projek pintu gerbang MBMB sebanyak RM 2.7 juta;
  • Jeti Parameswara sebanyak RM 13 juta yang tidak boleh digunakan
  • sebaik sahaja siap kerana akibat mendapan lumpur berpunca dari projek Pulau
  • Melaka yang juga terbengkalai.
  • Projek pesiaran kaki Jonker Walk sepanjang 600 meter sebanyak RM 1.8
  • juta atau RM 300 sekaki;
  • Bunga pasu sebanyak RM800 sebuah di sepanjang Jalan Bendahara;
  • Air pancut dan pesiaran kaki di depan Mahkota Parade sebanyak RM 2
  • juta dan jalan berbatu yang rosak sebaik ia disiap sebanyak RM 2.5 juta.

Lesson 1969, Voting and Chew Mei Fun ?

sagaladoola.blogspot.

Sometimes I feel so bored about writing socio-political blogs. Reading Malaysiakini and Malaysia Today makes me feel that everything seems to be repeating. The same set of blunders, and inefficiency of the Hadhari government.

For example, Lulu mentioned something familiar in her post " OOOOOO Chew Mei Fun.... Lulu Says Its Time For You To Go ". It seems Lulu said certain politician gave this comment in Chinese:

"If we do not have enough representation in the Barisan Nasional, then to the Chinese community, the lesson of 1969 is sufficient. I think we cannot afford another such scenario.”

I am not sure how the brain of this Miss Chew works, but if a lack of Chinese in Barisan Nasional would trigger lesson of 1969, I would like to ask this lady whether totally (100%) voting away Barisan Nasional and all its racial representation of Malay, Chinese and Indian, be it UMNO, MCA or MIC would solve the problem at hand?

Wouldn't that be a good solution? After all there is so much dissatisfaction in all racial communities. Furthermore, there are parties like PKR, PAS and DAP. There is never a lack of alternatives. So, is that what Miss Chew wants?

Otherwise I would like to ask Miss Chew the reason she choose to mention such a fearful phrase. If Lulu had given the right translation and information, I would recommend Chew Mei Fun to leave her post. The society needs Members of Parliament who can perform efficiently and not those that use such words for suspectful motives.

In the meantime, there is an interesting read in Hiroblog2007's blog titled: Glossary of BN terms .

TIDAK BABI HILANG DIDUNIA ..... LAWAKNYA

Sudah hampir dua minggu aku menjelajah bertemu dengan beberapa orang teman berbangsa India. Yang tidak kenal dan mereka yang aku kenal. Menyampaikan hasrat Barisan Alternatif untuk menurunkan harga minyak dan memberikan bantuan percuma kepada penuntut sekolah rendah, menengah dan universiti kalau mereka menang. Rata rata kaum India sudah mencapai kata putus. TOLAK MIC, UNDI BA. Dendam masih membara, kemarahan sudah tidak boleh dikawal lagi. Tinggal menanti tarikh pilihanraya untuk membuang undi. Ada yang bertanya , kenapa lambat sangat?

Malangnya ramai yang kehilangan nama dari senarai pengundi. Usaha masih diteruskan untuk mengesan tempat undi masing masing. Kalau tahun 1999 dahulu, Melayu sudah tidak memihak kepada UMNO dan BN, kali ini tahun 2008, India pula berpatah arang dan berhasrat untuk berpaling tadah. Aku tidak bimbang dengan bangsa India kerana marah mereka bakal membawa perubahan. Yang aku bimbang bangsa aku sendiri.

Teringat kata kata DS Anwar Ibrahim, perjuangan UMNO menghunus keris dan keris itu lah yang membunuh bangsa Melayu. Namun masih ramai bangsa Melayu yang tidak faham apa itu politik dan apa itu propaganda. Menelan semua putar belit Barisan Nasional yang disiarkan melalui media. Mudah sangat Melayu ditipu maka semudah itu lah Tanah Melayu dijajah.

Baru baru ini aku bertemu dengan bangsa Melayu dari Melaka yang petah bercakap tapi tidak menggunakan akal untuk berfikir. Mencemuh pemimpin Melayu UMNO serta mengaitkan dengan pelbagai masalah termasuk penternakan BABI, Rasuah dan penyalahgunaan kuasa mereka. Semua perkara diketahui kerana hidup nya bercampur. Maklumat maklumat keburukan pemimpin mudah diperolehi. Yang memusykilkan, beliau kekal menjadi pengundi BN yang setia.

Bila saya bertanya kenapa beliau masih lagi mempercayai UMNO, jawapannya adalah kerana beliau bimbang kalau pemerintah bertukar, negara menjadi kucar kacir. Ini lah dia Pemikiran bodoh dari Melayu kolot yang sering ditakutkan dengan propaganda media.

Kalau sikap begini membelengu bangsa melayu di Melaka, tidak mustahil Melaka akan dipenuhi dengan babi babi satu hari nanti. Yang menarik di ceritakan oleh sipolan ini adalah tentang tiadanya bantuan diperolehi sepanjang Barisan Nasional memerintah Melaka.

Pelbagai kursus pertanian yang dihadiri dan menjadi ahli bagi pelbagai persatuan, sayangnya bantuan yang dipohon tidak pernah di luluskan. Lalu sumpah seranah berjela jela mengutuk kepimpinan Barisan Nasional di Melaka. Kebodohannya disambung pula dengan pujian nya kepada Abdullah badawi kerana berjaya menaikkan daya saing negara kita ke tangga yang ke 6. Aduh.... bila dengar apa yang diceritakan memang jelas beliau tidak tahu apa yang beliau katakan. Menelan bulat bulat semua maklumat tanpa membuat sebarang penyelidikan. Tambah lagi, tidak menilai diri yang di dalam kesusahan.

Sungguh tidak menghairankan kalau Melaka menjadi sebuah negeri yang terbiar tanpa Sultan. Mungkin SUltan pun tidak boleh percaya kepada rakyatnya sendiri menyebabkan Sultan Melaka lari entah kemana. Rakyatnya mudah sangat dipesongkan dengan dakyah pemerintah sekarang apatah lagi dengan dakyah penjajah zaman dahulu. Kerana tiada SUltan maka melaka di perintah oleh Gabenor yang bukan rakyat Melaka sendiri. Rakyat Melaka angguk macam daung pisang kena hujan.

Bila aku bandingkan antara kaum India dan Melayu di dalam keadaan ini, aku menjadi malu. Kaum India berani menentang pemimpin, kaum Melayu pucat teloq ketakutan. Apa nak jadi dengan Melayu. Jangan menjadi pendekar hangat hangat tahi ayam. Bila diri dihina, Melayu bangun bagai pendekar. Bila dengar berita, melayu lari lintang pukang. Kalau bercerita tentang Pahlawan, Melaka ada lah negari yang dijadikan contoh. Mendabik dada lagak Hang Tuah. Rupa rupanya Melayu di melaka bukan lah berani sangat macam Hang Tuah tapi pengecut macam Hang Bapuk dan Hang Pondan. Melayu tidak hilang didunia tapi Melayu bodoh sampai ketua. Merempat di tanah air sendiri. Nak salahkan siapa?

Kenyataan "tangan ghaib": Anwar enggan minta maaf


mstar

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan badan bukan kerajaan, Aliran, telahpun menyatakan bahawa mereka tidak akan mengemukakan sebarang permohonan maaf kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kenyataan mereka mengenai panel itu yang disiarkan melalui Internet.

Perkara itu dinyatakan Isnin oleh Datuk Mahadev Shankar, seorang daripada lima anggota suruhanjaya itu yang mengadakan siasatan berhubung klip video kontroversi yang memaparkan peguam Datuk V.K. Lingam sedang berbual menerusi telefon kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.

Mahadev berkata peguam M. Puravalen yang mewakili Anwar dan peguam C.V. Prabhakaran yang mewakili Presiden Aliran, P. Ramakrishnan, memaklumkan kepada suruhanjaya itu bahawa anak guam mereka bertegas dengan kenyataan itu dan tidak akan mengemukakan permohonan maaf kepada suruhanjaya.

Beliau berkata suruhanjaya itu memberi perhatian kepada dua artikel yang disiarkan dalam Internet.

Pertama ialah kenyataan oleh Ramakrishnan bahawa Aliran terkejut besar apabila Anwar, Naib Presiden PKR R. Sivarasa dan Penyelaras PKR Sim Tze Tsin tidak dipanggil sebagai saksi dalam siasatan itu meskipun mereka mempunyai bukti yang berkaitan, katanya.

Kedua ialah kenyataan akhbar yang dibuat oleh Anwar bahawa suruhanjaya itu dimanipulasi oleh 'tangan yang ghaib', katanya.

No2mno - TAK PERLU MINTA MAAF !!! Tiada lagi rasa hormat rakyat kepada Suruhanjaya. Biar pun mereka itu dilantik oleh Sultan mahu pun Agung. Ianya kerana tangan yang dimaksudkan ghaib itu mungkin lebih berkuasa dari semua yang ada. Kalau Suruhanjaya pun dah tak boleh dipercaya, nak percaya pada siapa?

Jadilah Ulul Albab, bukan pemilik fikiran lembab


MINDA MUFTI: Jadilah Ulul Albab, bukan pemilik fikiran lembab


ISTILAH Ulul Albab adalah istilah yang dipelopori oleh al-Quran al-Karim. Ia bukan cetusan idea mana-mana tokoh ulama, atau penceramah motivasi atau pemimpin politik.

Maka tidak boleh sesiapa yang ingin menggunakan istilah-istilah al-Quran membuat tafsiran tersendiri yang tersasar daripada maksud Penurun al-Quran iaitu Allah azza wa jalla.

Ada berbagai syarikat, jenama, pusat, institusi, cuba menggunakan nama ini. Itu bukanlah kesalahan jika mereka berusaha menghayati ajaran al-Quran yang agung.

Namun malangnya apabila ada yang cuba menafsirkan perkataan, atau memulas-mulas istilah agar selari dengan kehendak masing-masing.

Maka wajah al-Quran yang kudus dan murni sering dimanipulasi oleh kepentingan manusia.

Apabila YAB Perdana Menteri Malaysia menyebut dalam salah satu ucapannya pada tahun 2006 tentang generasi Ulul Albab, tidak ramai yang memberikan sambutan yang sewajarnya.

Kecuali di Terengganu kedengaran slogan Ulul Albab itu berkumandang dan diberi perhatian yang baik.

Saya tidak pasti kenapa. Barangkali masyarakat kita tidak cukup ‘mesra’ istilah atau slogan yang termuat dalam al-Quran.

Atau mereka terbayang perkataan ‘Ahmad Albab’ yang popularkan oleh P.Ramlee dalam filemnya “Tiga Abdul’ sehingga menenggelamkan istilah al-Quran yang agung ‘Ulul Albab’.

Ataupun mungkin penekanan dan kempen ke arah menghayati maksud Ulul Albab ini tidak cukup kuat seperti kempen kepada slogan-slogan lain.

Apapun saya sukakan slogan ini melebihi slogan-slogan baru lain yang sering cetuskan oleh berbagai pihak dalam masyarakat kita.

Ini kerana Ulul Albab adalah istilah yang dipelopori oleh al-Quran.

Istilah-istilah baru yang lain itu kadang-kala memberi ruang kepada banyak pihak untuk mempertikaikannya atau berlaku salahfaham terhadapnya.

Adapun kempen menghayati istilah ini tidak boleh dipertikaikan oleh seorang muslim kerana ianya adalah kempen kepada menghayati al-Quran.

Perkataan ‘ulul albab’ disebut dalam al-Quran sebanyak enam belas kali. Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhan bersepakat bahawa perkataan Ulul Albab yang digunakan oleh al-Quran ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat.

Kemuncaknya mereka akan menemui hakikat kebenaran yang menyelamatkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Apabila kita menyebut tentang pemikiran yang matang dan berkemampuan membuat penilaian yang betul bukanlah semestinya bermaksud pemikiran mereka yang berkelulusan pusat pengajian tinggi.

Walaupun itu satu langkah untuk mematangkan fikiran, namun entah berapa ramai yang berkelulusan tinggi tetapi berakal dangkal.

Maka membina golongan Ulul Albab bukan sekadar membanyakkan universiti atau pondok, atau penghafal buku dan matan tanpa kematangan fikiran.

Sebaliknya adalah dengan mengujudkan persekitaran negara dan masyarakat, dasar dan falsafah yang membina akal yang matang sehingga dapat membezakan antara yang benar dan salah, antara yang buruk dan baik, antara yang berfaedah dan sia-sia dan seterusnya.

Lihat Allah sifatkan golongan Ulul Albab ini; (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Maka tidak termasuk dalam golongan Ulul Albab mereka yang menelan apa sahaja berita yang didengar dan khabar yang disampaikan tanpa mampu membuat penilaian yang baik.

Bukan dari golongan Ulul Albab masyarakat yang dipenuhi dengan berita palsu, khabar angin, fitnah mengfitnah dan segala keburukan yang lain. Juga bukan Ulul Albab masyarakat yang menelan apa sahaja khabar yang termuat dalam media dan internet tanpa mampu membuat penilaian yang betul.


Bahkan saya kata; tidak menjadi Ulul Albab mereka yang mendengar ceramah di masjid atau surau jika menelan semua yang diceramahkan itu tanpa menilai dengan nilaian yang betul dan matang.

Bukan sedikit juga pandangan atau pendapat yang dibuat atas nama agama atau oleh orang yang bergelar agama tetapi tidak menepati agama.

Bukan sedikit jua mereka yang memakai gelaran ‘pensyarah pengajian tinggi’ atau ‘pakar itu dan ini”, namun dalam banyak perkara mereka hanya mengikut tanpa berfikir, menurut tanpa memahami.

Justeru itu golongan Ulul Albab hanyalah “mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik”.

Dalam membentuk insan yang berkualiti kita memerlukan beberapa rukun utama. Pertamanya; sukatan pengajaran atau pendidikan yang memenuhi hala tuju yang kita ingini.

Kedua: guru atau pembimbing, sama ibu bapa, pemimpin politik, atau guru formal yang diamanahkan.

Mereka ini hendaklah menghayati secara amal dan faham terhadap hala tuju pembentukan insan berkualiti ini dan mampu membentuk rakyat atau para penuntut mereka.

Ketiga; suasana persekitaran yang memberansangkan agar segala ajaran yang baik dapat dihayati dengan sepenuhnya. Ini kerana persekitaran memainkan peranan penting mempengaruhi jiwa dan kelakuan manusia.

Ertinya dalam negara ini, jika modal insan berkualiti ini hendak dibentuk kita memerlukan kejelasan sukatan dan hala tuju masyarakat kita. Ke arah mana hendak kita bentuk sebenarnya?

Kedua; para guru dan pemimpin di setiap peringkat hendaklah berkemampuan menyampaikan dan menghayati hakikat pembentukan insan yang bertamadun ini.

Ketiga; persekitaran kita hendaklah dibersihkan dari nilai-nilai kebodohan, khurafat dan contoh-contoh buruk yang ditabal menjadi baik. Di situlah kita inginkan peranan para pemikir soleh yang menggariskan hala tuju, pemimpin yang terdiri dari golongan Ulul Albab dan media yang membentuk persekitaran yang baik lagi harmoni.

Jika tidak, kempen ke arah membentuk modal insan hanya menjadi kempen kosong. Sekalipun sekolah dan universiti ditambah, namun hasilnya tetap tidak membawa kepada masyarakat berprinsip, damai, harmoni lagi sejahtera. Jika kita ingin berkempen ke arah generasi Ulul Albab, maka segala hala tuju, pemimpin dan guru dan persekitaran kita hendaklah melambangkan kematangan fikiran yang mampu membawa kita menemui hakikat kebenaran seperti yang dikehendaki oleh Tuhan.

Apatah kita akan berjaya membentuk generasi Ulul Albab jika artis-artis kita asyik menggayakan dan mencontohi artis Barat tanpa sempadan akal dan agama? Segala macam gaya pelik lagi songsang cuba dibawa ke dalam masyarakat kita yang mempunyai latar agama dan budayanya yang tersendiri.


Aksi-aksi tidak masak yang melambangkan kedangkalan atau kebudak-budakan yang cuba ditiru secara ‘mengkhinzir buta’ dari gelagat artis-artis Barat. Ini seperti yang dibuat oleh salah seorang penyanyi baru-baru ini. Lalu para peminat yang tidak hanya gilakan keseronokan semata meniru dan mempertahankannya.

Nilai-nilai yang negatif cepat sahaja berkembang dalam masyarakat kita, padahal kebanyakan kita sekarang mempunyai latar pendidikan yang bukan sebarangan. Barangkali pengajian kita lebih banyak menegaskan soal penghafalan fakta, dan kurang pula membentuk kemampuan menilai fakta secara matang dan berprinsip. Lalu ramai yang hanyut dalam ‘cakap orang’.

Al-Quran dalam mensifatkan golongan Ulul Albab menyatakan: (maksudnya) 100. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun jumlah banyaknya yang buruk itu telah mengkagumkan engkau. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai Ulul Albab supaya kamu berjaya (Surah al-Maidah: 100)

Di atas kelemahan minda analisis sesetengah masyarakat muslim, maka tidak hairan jika dalam keadaan kita ingin membentuk pemikiran matang dan bertamadun tiba-tiba media kita menyiarkan cerita para bomoh meramalkan tentang adik Sharlinie yang hilang. Kita amat bersimpati dengan kehilangan adik Sharlinie berkenaan dan mendoakan agar Allah mengembalikannya dengan selamat. Namun penggunaan bomoh yang seperti itu amat mendukacitakan kita.

Apabila saya melihat mereka menggunakan burung yang lepaskan ke udara dalam mencari adik berkenaan, mengingatkan saya tentang amalan masyarakat jahiliah dahulu yang menggunakan burung untuk meramalkan nasib baik dan buruk mereka. Apabila Nabi s.a.w. diutuskan, baginda melarang perbuatan jahiliah ini dengan berkata: “Kekalkan burung pada sarangnya” (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Kata al-Imam al-Syafie (meninggal 204H): “Dahulu golongan jahiliah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Sekiranya ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas anggapan tuah tersebut. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi s.a.w. diutuskan, baginda menyeru orang ramai: “Kekalkan burung pada sarangnya”. (Abu Nuim al-Asfahani, Hilyah al-Auliya, 9/95, Beirut: Dar al-Kitab al-’Arabi).

Ertinya Nabi s.a.w berkempen membuang pemikiran dan karut seperti itu dari masyarakat jahiliah. Jahiliah bermaksud bodoh iaitu dari perkataan jahil. Setelah seribu empat ratus tahun berlalu, iba-tiba kebodohan itu muncul semula dengan liputan yang meluas di dada-dada media dalam sebuah masyarakat yang ingin membina tamadun.

Kita kadang-kala bukan sahaja mengutip perangai jahiliah, tetapi khurafatnya sekali. Saya selalu berkata; drama kebanyakan bomoh hampir sama. Heronya ialah bomoh itu sendiri, penjahatnya adalah hantu dan sesiapa yang berkait dengannya. Sementara mangsanya adalah pengadu yang akan membayar ‘mengkerasnya’.

Maka apa penyakit pun, jika kita berjumpa bomoh, kebanyakannya akan menuduh hantu itu dan ini. Jika anda mengidap ketumbuhan dalam perut yang disahkan oleh doktor pakar, anda bertemu bomoh, dia akan beritahu anda hantu sedang menggigitnya. Sehingga saya rasa mungkin hantu-hantu juga banyak yang rasa tertekan dan kecewa kerana mereka asyik difitnah oleh bomoh sekalipun dalam perkara-perkara yang mereka tidak lakukan.

Saya bukanlah menafikan kewujudan jin atau syaitan dan kemungkinan mereka melakukan kejahatan kepada insan-insan tertentu. Tetapi pemikiran yang berlebih-lebihan hanya akan memandulkan akal kita dan menjadikan otak seseorang sempit dan boleh membawa kepada kekarutan.

Namun masyarakat kita masih tidak mempunyai nilai kematangan akal yang tinggi dalam memastikan minda umat kita ini membangun. Majalah-majalah keluaran termpatan yang dijual secara meluas di sana sini kadang-kala sesetengahnya tidak lebih bagaikan sampah- sarap yang cuba dilonggokkan dalam pemikiran generasi kita.

Kisah-kisah hantu dan sensasi artis mendapat sambutan dalam masyarakat kita. Sementara bahan-bahan ilmiah disambut hambar oleh segelintir manusia sahaja. Demikian perfileman kita. Cerita-cerita yang merendahkan nilai akal serta ala ‘lawak bodoh’ menjadi hidangan yang digemari oleh kebanyakan penonton kita. Sementara filem yang mempunyai kualiti ilmu dan kaya dengan falsafah yang matang jarang diterbitkan. Atau jika diterbitkan pun akan gagal mendapat sambutan.

Mana perginya pendidikan dan kematangan minda yang sepatutnya sentiasa membuat kita memilih yang terbaik, sesuai dengan sikap Ulul Albab. Firman Allah: (maksudnya) “Allah memberikan hikmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak, dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan Ulul Albab”. (al-Baqarah: 269).

Saya amat anti apabila mendengar sesetengah penceramah menyebut bahawa dalam agama ini semua yang diterangkan oleh tok-tok guru mesti diterima sahaja, jangan banyak pertikai atau soal. Bahkan mereka mengangkat slogan “barangsiapa banyak bertanya itu maka lemahlah imannya”. Akhirnya, sehingga sesetengahnya disesatkan guru-guru tarikat mereka, atau diselewengkan oleh ustaz-ustaz mereka.

Punca utama kesesatan kebanyakan manusia ini adalah anggapan bahawa akal perlu dimandulkan tanpa perlu bertanya dalil atau hujah apabila berhadapan dengan golongan agama. Seakan ajaran Islam ini anti akal yang matang yang sentiasa menilai apa yang didengar. Padahal akal yang matang itulah ciri golongan Ulul Albab yang diseru oleh al-Quran.

Kata tokoh pemikir semasa Muhammad al-Ghazali r.h: “Aku begitu berang dan marah apabila difahami agama itu sebagai kecenderungan kepada perkara-perkara ghaib yang kabur, atau menuruti perasaan yang tidak pasti. Seakan iman itu pemikiran yang pasif, sementara anti iman pula adalah pemikiran yang aktif. Atau seakan insan mukmin itu tunduk kepada kejahilan, sementara orang lain pula menyingkap penemuan baru dan mencari ilmu pengetahuan. Boleh jadi golongan yang menyandarkan diri kepada agama ini terdiri dari kalangan yang buruk pemikirannya, atau berpenyakit fitrahnya, namun apalah dosa agama ini sehingga disandar kepada mereka, atau mereka pula yang membawa agamanya” (Muhammad al-Ghazali, ‘Ilal Wa Adwiah, 36, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Maka jadilah kita golongan Ulul Albab, bukan golongan berfikiran lembab.

Sudahkah 50 bomoh menemui Sharlinie?

Azamin Amin
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) - Dengan pelbagai 'kepakaran' dan teknik, masyarakat umumnya masih tertanya akan hasil kemampuan para bomoh memberi khidmat dan menjanjikan '1001' janji manis untuk menemui Sharlinie yang sudah hampir sebulan hilang.

Lebih mengecewakan, beberapa bomoh sanggup menetap tarikh Sharlinie akan 'muncul' namun janji tersebut hanyalah omongan kosong sahaja dan menghampa keluarga mangsa.

Mengulas isu yang seumpama ini, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam laman webnya menyatakan bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang dan dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat.

"Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut," katanya yang pernah mengulas 'fenomena' bomoh menawarkan khidmat dan kepakaran mengesan kehilangan Nurin Jazlin Jazimin yang wajar dielak oleh masyarakat khususnya yang beragama Islam.

Beliau berkata masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini kerana bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat. more...

Rising Hindu Activism May Upset Poll Calculations

"Our politicians have betrayed us… only our energy and our god can protect us now," he said echoing the views of the majority of Tamils in the country caught up in a ‘Makkal Shakthi’ (people power) movement.

Analysis by Baradan Kuppusamy
ipsnews

KUALA LUMPUR, Feb 4 (IPS) - A new political force -- right wing Hindu activism -- has emerged in multi-ethnic Malaysia adding, in an election year, volatility to the country's already religiously charged politics dominated by the majority Malay Muslims.

Across the country, Indian Tamils are mobilising to protest against alleged socio-economic neglect, under the banner of Hinduism in an awakening that is vocal but disorganised providing an open field for opposition political parties to exploit.

Ethnic Indians, who make up about eight percent of the population of 26 million people, complain that majority Malays have used their political power and special privileges to corner for themselves opportunities in employment, education and business.

The Chinese, who first arrived as labourers to work in the tin mines, now form 25 percent of the population and are economically the most vibrant group -- controlling some 60 percent of the economy.

On Nov. 25, ethnic Indians took to the streets en masse to protest against alleged discrimination that resulted in the indefinite detention of five top leaders of the Hindu Rights Action Force (Hindraf). more...

NO ELECTORAL REFORMS – NO ELECTION!

keadilanjohor.blogspot

In the Proclamation of Independence, the Father of Independence said in a one-sentence proclamation:

“Now in the name of God the Compassionate, the Merciful, I Tunku Abdul Rahman Putra …..…., the Prime Minister of the Federation of Malaya with the concurrence and approval of Their Highnesses the Rulers of the Malay States do hereby proclaim and declare on behalf of the people of the Federation of Malaya that as from ……..… the Federation comprising ……....is and with God’s blessing shall be forever a sovereign democratic and independent State founded upon the principles of liberty and justice and ever seeking the welfare and happiness of its people and the maintenance of a just peace among all nations.”

Fifty years after independence, if our beloved Tunku is alive today, he would be a heart-broken old man. For instead of a democratic State founded on the principles of liberty and justice where the people are living in unity and happiness, Malaysia is now an undemocratic State with neither liberty nor justice where the people are in turmoil and dangerously polarized in race and religion – more than ever in our history.

The state of this nation has never descended so low.

STATE OF THE NATION BAD

Our democratic institutions are in tatters, as exemplified by the unprecedented arrogance of power displayed in recent days in crushing the fundamental constitutional rights of peaceful citizens through the police force acting in cohort with the attorney general’s chambers and the courts. These three bodies, which are heavily corrupted as revealed in recent scandals and investigations, are increasingly identified as the triumvirate of oppression serving the illegitimate political interests of the ruling power. more...

“Atas Nama Pembangunan”

firdauskhairi.blogspot

Cermin jenama baru !!!--> “Atas Nama Pembangunan” .

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan pelancaran Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. TTI yang dibina dengan peruntukan RM250 juta di tapak sebuah pulau seluas 23 hektar mengandungi 21 monumen Islam .

Hasil nasihat Timbalan Perdana Menteri pula . Felda telah bersetuju melancarkan pembinaan Menara Felda setinggi 50 tingkat di ibu negara .

Mnaakala Perbadanan Putrajaya pula akan membina menara tinjau setinggi 100 meter dengan anggaran kos kira-kira RM30 juta, sekali gus bakal menjadi ikon terbaru bagi menarik lebih ramai kedatangan pelancong asing dan tempatan ke sini.

Ini adalah beberapa pelancaran beberapa projek pembangunan yang dilancarkan pada minggu ini.


Nampaknya pembangunan kosmetik semakin mendapat tempat dalam agenda pembangunan utama negara kita yang tercinta ini. Sedangkan ramai rakyat yang kebuluran dan dipaksa memabyar tol.Mahasiswa pula yang memerlukan hak pendidikan percuma terus di dipaksa berhutang dan berbunga-bungaan..Mahasiswa dan rakyat menjadi sumber keuntungan

Mengapa projek pembangunan bersifat arca-arca ini di utamakan sedangkan negara kita sednag menghadapi krisis kemanusiaan yang amat parah dewasa ini.

Dadah, Kecuriaan, Keciciran Pendidikan, Zina, Sumbang Mahram, Pergaulan Bebas, HIV-AIDS, Peras Ugut, Rogol, Pembunuhan, Penculikan, Pembunuhan dan banyak lagi jenayah dan masalah sosial melanda negara kita. Sehinggakan kita berasa tidak selamat dan timbul perasaan prajudis kita terhadap sekeliling.

Mengapa kita meletakkan kayu ukur kemajuan berdasar pembangunan “BANGUNAN” material fizikal semata-mata? Adakah itu kayu ukur pembangunan sebenar atau kita terlupa itulah kayu ukur pembangunan yang telah diambil oleh masyarakat barat sehinga kini telah menjahanamkan tamadun barat ?. Mengapa kita tidak mengambil pengajaran daripada keadaan ini ?. Atau kita memang “KAYU”?

Di dalam buku karangan Prof. Dr. Wan Noor Wan Muhamad yang bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu. Beliau menjelaskan perbezaan utama di antara tamadun dunia lain dan dengan tamadun Islam ialah kepada pembangnunan keinsanan. Pembinaan nilai insan di dalam diri manusia itu sendiri. Sebab itulah tidak satu monumen dan bangunan pun yang melambangkan tamadun Islam secara keseluruhan. Lambang keunggulan tamadun Islam ialah hanya kepada pencapaian ketinggian Ilmu. Contoh-contoh ilmuwan Islam adalah lambang Tamadun Islam. Al-Farabi,Ibnu Sina,Al-Khawarizmi,Ibnu Khaldun adalah di antara contoh nama-nama besar ilmuwan yang sehingga ke hari ini memebri kesan kepada kemajuan dunia secara keseluruhan.
Adakah kita benar jujur melahirkan modal insan ? ataupun modal pusingan ?

Sebab itulah secara sisnisnya kita terpaksa mengumpul 21 monumen Islam dariapda seluruh dunia dan diletakan pada satu tempat. Mana mungkin hasrat untuk melahirkan generasi ulul albab dengan hanya kita memaksa generasi muda melihat arca-arca itu dengan harapan generasi muda akan terpukau dan terpesonan lalu bersemangat untuk menjadi generasi yang berfikir. Saya yakin dan percaya dengan cara ini kita akan mampu dengan jayanya melahirkan generasi yang lembab. more...

PEMBAZIRAN YANG MENGELIRUKAN

Taman Tamadun Islam

http://static.flickr.com/60/153969213_f1f7f70b3e_m.jpg

Otak bodoh aku terfikir dimana logiknya kalau Kota Tamaddun Islam yang dibangunkan di Terengganu bernilai RM250 juta. Manakala Kota Disneyland pun bernilai RM250 juta. Kalau taman mini masjid seluruh dunia bernilai Sama dengan taman tema Disneyland. Maknanya ada yang tertipu dan ada yang menipu. Satu projek 2 kali tipu.

Ada yang tak kena nihhhh!!!

http://www.ineedavacation.com/disneyland/graphics/disneyland_map.jpg

BAZIRKAN RM250 JUTA UNTUK DISNEYLAND

detikdaily


Dalam pada rakyat diarahkan berjimat cermat dan membayar segala bentuk cukai, tol dan kenaikan harga barangan keperluan, Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi pula dengan sewenang-wenangnya menjahanamkan wang rakyat sebanyak RM249.3 juta hanya untuk tujuan bermegah-megah.
Oleh Ketua Perusuh

PERTAMA sekali saya ingin mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Almarhum Dato’ Ishak Baharum atas pemergian Bekas Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan. Semoga Allah merahmati beliau dan meninggikan darjatnya di akhirat kelak. Himpunan maaf dari saya sekeluarga atas ketidakmampuan kami untuk menghadiri majlis pengkebumian Almarhum Dato’ Ishak Baharum atas sebab-sebab yang tidak dapat kami elakkan.

Berbalik kepada tajuk yang diatas, kepada semua rakyat Malaysia anda sewajarnya berasa berbangga dengan kemampuan ekonomi Malaysia. Memang pada dasarnya Malaysia adalah sebuah negara yang kaya yang mana mampu menjanakan beberapa inisiatif bertaraf mega (giga) yang memperuntukkan belanja lebih dari 100 bilion. Malaysia memang sebuah negara yang kaya. Manakan tidak Abdullah Ahmad Badawi boleh melancarkan empat koridor ekonomi yang bernilai lebih dari 100 bilion (digabungkan) hanya dengan nilai KDNK negara yang kecil.


Kini anda boleh boleh berbangga dengan Malaysia kerana akhirnya impian Malaysia untuk memiliki sebuah taman tema (Disneyland Malaysia) akan dirasmikan hari ini. Taman Tamadun Islam (TTI), satu-satunya taman tema (Disneyland Malaysia) adalah seluas 33 hektar dan terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu serta menempatkan 21 replika monumen terkenal di seluruh dunia.

Apa yang pasti dengan pelaburan mencapai RM249.3 juta, tentunya taman tema ini adalah lebih bermanfaat (benarkah?) daripada pelaburan menyediakan buku teks percuma kepada semua pelajar sekolah peringkat rendah atau menengah ataupun dari pelaburan untuk menyediakan mesin homeodialysis di semua klinik kesihatan kerajaan agar dapat memudahkan pesakit mendapatkan khidmat dengan harga yang rendah atau percuma.

Jika kita campur, tolak, kira dan bahagi tentunya kita akan mendapati bahawa dengan RM249.3 juta yang dilaburkan untuk Disneyland Malaysia (TTI) tentunya dapat kita perolehi lebih daripada 2493 unit mesin homeodialysis dapat dibekalkan kepada semua klinik kesihatan kerajaan. Tapi Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi lebih mementingkan kebanggaan dan kehebatan serta lupa bahawa mereka diamanahkan untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya untuk bermegah-megah.

Pelancaran Disneyland Malaysia (Taman Tamadun Islam) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu memperlihatkan bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co bukanlah berminat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan malah dengan sinisnya sanggup pula menghina (memperlekehkan) pihah lain yang bersungguh-sungguh bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan.

Oleh kerana ini, jika anda merasakan bahawa anda tidak mendapat banyak kemudahan dan kebajikan sebagai rakyat Malaysia, maka sedarlah bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co hanya ingin memeras perolehan dari anda (cukai dan sebagainya) tanpa perlu memberikan apa-apa khidmat kepada anda.
Hasil cukai yang dikutip hanyalah untuk mereka dan keluarga mereka.

Warga Malaysia tidak sewajarnya dijadikan lembu susu kepada kegilaan Abdullah Ahmad Badawi & Co malah warga Malaysia berhak mempersoalkan kewajaran pembinaan Disneyland Malaysia ini yang dirasakan tidak kena pada masa dan tempatnya.

Dalam pada rakyat diarahkan berjimat cermat dan membayar segala bentuk cukai, tol dan kenaikan harga barangan keperluan, Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi pula dengan sewenang-wenangnya menjahanamkan wang rakyat sebanyak RM249.3 juta hanya untuk tujuan bermegah-megah.

Kalau beginilah caranya Abdullah Ahmad Badawi mentadbir ekonomi negara, maka jangan terkejut jika Malaysia akan menjadi bankrap dengan lebih pantas (walaupun Najib Razak ada mengatakan bahawa negara ini pasti akan bangkrap jika ditadbir oleh parti pembangkang yang berminat untuk menjadikan negara ini negara kebajikan).

Semoga Allah S.W.T akan menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang rasuah, pecah amanah, bermegah-megah dan menzalimi rakyat. Amin.

ALASAN BODOH KHIR TOYO

Khir Toyo nafi suntik botox

PETALING JAYA 3 Feb. – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan yang beliau mengambil suntikan botox atau melakukan sebarang pembedahan ke atas wajahnya.

Sebaliknya, beliau dalam nada berseloroh berkata, rahsia mukanya yang kini semakin tampak lebih muda dan berseri adalah kerana gemar memakan tempe yang menjadi hidangan utama masyarakat Jawa.

''Tempe selain mempunyai kandungan protein yang tinggi, ia juga mempunyai khasiat melawan kanser berikutan penyediaannya yang melibatkan proses fermentasi.

''Itu sahaja petua saya. Ini pembangkang fitnah saya pakai suntikan botoxlah, pembedahanlah sedangkan saya tak buat pun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Mengecat Bangunan di Taman Desa Ria PJS 5 di sini hari ini.

Mohamad Khir menambah, dakwaan dan fitnah sedemikian ke atasnya disifatkan oleh beliau sebagai dilakukan oleh golongan yang tidak mempunyai kerja.

Penampilan Mohamad Khir sejak tahun lalu menarik perhatian ramai apabila kulit mukanya bertambah licin dan sekali gus membuatkan beliau kelihatan lebih muda berbanding sebelumnya.

Selain itu, beliau juga tidak kelihatan memakai cermin mata seperti mana kebiasaannya.
No2umno - Dulu Khir Toyo kata dia gunakan rawatan kulit yang di usulkan oleh isteri beliau. Sekarang dia kata makan tempe boleh jadi kulit putih dan hidung mancung. Nak bagi tau la ..... Wak raden tu jowo toktok, dia makan tempe sejak kecil. Seminggu dua kali mesti masak tempe campur dengan kacang panjang digoreng. Kalau tidak pun makan masak lemak, di dalamnya diletakkan tempe. Tapi hidung masih lagi pesek. Woiiii .... Khir Toyo berapa ramai orang jawa yang makan tempe boleh putih kulit dan hidung mancung. Kalau itu lah resepinya, muka jawa semua dah bertukar ..... Kalau nak gelembong pun biar lah berpada pada. Nanti makan diri tau.....

Contoh pengamal BOTOX

Mas AF Sebelum


Mas AF Selepas



Jessica Simpson Sebelum (Bibir)



Jessica Simpson Selepas (Bibir)



Zahida Rafiq

TAK MEMBAZIR KATANYE

Taman Tamadun Islam

MB nafi projek taman tamadun membazir

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri semalam menafikan dakwaan Pas bahawa projek pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, di sini, membabitkan peruntukan RM250 juta adalah projek membazir. [+]

No2umnO - Siapa dapat manafaat? Siapa bina Taman tersebut? Rakyat nganga tonton ..... RM250 juta beb....Alasannya untuk pengunjung dan pelancung. Boleh menjana pendapatan untuk negeri. Selepas itu pendapatan diagihkan pada siapa? Membina satu hal, menyelenggaranya satu hal. Kalau membinanya sudah memakan belanja RM250 juta dan memeliharannya memakan belanja berapa ribu untuk setiap bulan? Siapa yang dapat pulangan kepada semua ini?

YAKINKAH ANDA?

"Projek pembangunan yang akan dilaksanakan berpandukan kepada keperluan yang ditentukan pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam dengan mengekalkan ciri-ciri pewakaf seperti kebajikan amal jariah mereka," - Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin

Rujuk: Melabur dalam ASB, ASN harus: Fatwa

No2umno - Kemana wang itu dilaburkan? Kenapa ramai yang miskin tidak dibantu? Teluskah pembahagian amal jariah tersebut? Bersihkah mereka mereka yang bertanggung jawab terhadap pengagihan tersebut? Aku masih ragu ragu. Maklumlah sekarang ni duit anak yatim pun dibelasah oleh pemimpin pemimpin tertentu tanpa rasa bersalah. Inikan pula untuk yakinkah diri tentang bersihnya tanggung jawab mereka mereka yang diberikan amanah untuk selenggara wang dan tanah wakaf.

Mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa ianya tanggung jawab mereka. Kalau salah, mereka yang salah dan kalau benar, maka mereka yang benar. Tapi hati berkata kata dan maih ragu. Kalau ragu untuk memakan makanan samaada halal atau haram, perlukah kita makan makanan itu? Tanya diri masing masing.....aku tetap tak yakin.

LEPAS KOYAK GAMBAR RASHIT, KOYAK GAMBAR PEMIMPIN BN PULAK

 Ada jugak mangkuk mangkuk yang masih beranggapan untuk menangani orang jahat perlu jadi baik. Tunjukkan kebaikan untuk menentang kejahatan.

Aku rasa mamat tu silap cara. Hendak berbuat baik biar lah bertempat. Hendak berbuat jahat pun ada tempatnya. Masakan orang biadap di layan baik pada ketika ketika tertentu. Kalau begitu, orang yang merogol saudara kamu dihadapan mata dinasihatkan cara baik....kan bagus. Dilayan dengan makan minum dan contoh perlakuan terbaik kamu. Ehhhh....bukan masanya beb.

Kalau ikut pendapat aku, orang jahat dibalas jahat dan orang baik di balas baik. Kalau orang baik, 10 kebaikan kita berikan dan kalau orang buat jahat, 10 kejahatan kita lakukan. Baru padan muka.

Kalau koyak gambar rashit itu biadap, apakah cara terbaik untuk ajar mangkuk seperti itu?

Kawasan elit jadi 'Mini Dhaka'

kosmo.
SEBAHAGIAN daripada ratusan warga Bangladesh yang masih lagi tersadai di sekitar pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Masalah ratusan warga Bangladesh 'bersidai' di tebing Sungai Gombak berdekatan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Damai di sini sehingga 'menyakitkan' mata memandang, kini menjalar pula menjadi masalah lain.

Ini kerana, penduduk tempatan khususnya yang tinggal berdekatan dengan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Lorong Damai 7, kini mulai pening dengan kebanjiran warga berkenaan yang bertumpu di kawasan itu.

Lebih merimaskan penduduk, kawasan tersebut kini bagaikan sudah menjadi 'Mini Dhaka' ekoran ramainya warga Bangladesh berkeliaran dan mundar-mandir tanpa arah tuju di sepanjang lorong berkenaan.

Ada antara warga terbabit yang mengambil kesempatan membuka gerai roti, biskut, buah-buahan dan rokok di hadapan pejabat pesuruhjaya tinggi berkenaan.

Keadaan itu, sekali gus menjadikan suasana di lorong perumahan banglo elit di tengah bandar raya Kuala Lumpur itu tidak ubah seperti lorong di sebuah pasar.

Malah, kebimbangan penduduk di situ makin menjadi-jadi apabila mereka mendakwa warga Bangladesh itu mula menjadikan sebuah banglo kosong di kawasan itu sebagai penempatan mereka sejak tahun lepas lagi.

Seorang pekerja swasta di situ, Suffian Osman, 23, berkata, beliau terkejut melihat warga Bangladesh itu tinggal beramai-ramai di banglo berkenaan kerana mereka kebiasaannya sering melepak di sekitar jalan dan tebing sungai.

Suasana itu turut menimbulkan rasa kurang senang penduduk di situ antaranya, Suriyati Mohamad yang berasakan keselamatan dan kesihatan di kawasan tersebut kini tidak lagi terjamin.

"Mereka sentiasa ramai berkeliaran di sini dan paling saya risau, masalah sosial bakal berlaku. Saya ada anak-anak gadis serta pembantu rumah, begitu juga jiran lain.

"Kami jadi tak selesa, tak selamat. Nak keluar halaman rumah pun mereka asyik pandang saja dan sebagai penduduk kami juga ada hak," katanya ketika ditemui KOSMO! semalam.

Dari sudut kesihatan dan kebersihan pula, Suriyati berasa rimas kerana longkang-longkang di sepanjang Lorong Damai 7 itu kini dipenuhi bekas makanan polisterin dan sisa makanan yang dibuang warga Bangladesh terbabit.

"Memang berbau. Air bertakung di longkang ini nanti boleh mewujudkan suasana tidak sihat dan Alam Flora tak mahu kutip sampah sisa makanan ini kerana mereka kata ini bukan sampah biasa yang patut mereka kutip," jelasnya.

TIMBUNAN bekas makanan yang dibuang warga Bangladesh sehingga menimbulkan bau busuk di sekitar Jalan Damai,Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat merayu supaya pihak berkuasa tampil menyelesaikan masalah pekerja Bangladesh berkenaan sebelum pelbagai masalah lain menular.

"Malulah, bila pelancong naik LRT (Transit Aliran Ringan) melalui Stesen Damai, apabila mereka lihat bawah, nampak penuh warga Bangladesh.

"Begitu juga pelajar sekolah dan orang awam yang lalu menyeberangi Sungai Gombak, keselamatan mereka juga tak terjamin," jelasnya.

Sementara itu, tinjauan ke tebing sungai berkenaan iaitu di kawasan berdekatan Stesen LRT Damai mendapati tiada kelibat warga Bangladesh melepak dan berbaring di situ.

Namun KOSMO! difahamkan, masih ada segelintir mereka yang masih menjadikan tebing Sungai Gombak sebagai tempat tidur biarpun kebanyakan mereka kini dibenarkan bermalam di dalam kawasan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.

RM3.8mil for 15 schools vs RM20mil for ONE school

kai8994.blogspot


By Jed Yoong

As I read today’s Star over breakfast, I wondered when the stories on MCA’s efforts in the Chinese school arena would stop. Already I had enough after reading a news article telling us that the BN had given Penang an “Ang Pow for 15 Schools”. How magnanimous. Page after page I read about how benevolent the Government had been and how much the MCA had done and was doing. Already for the past month, The Star had fed us stories about how “great” the MCA had been. And how “lucky” we were that we had “peace and stability”. We should be so grateful that UMNO didn’t slaughter us…..What a way to live — literally at knifepoint.

Then I remembered that about this time last year, Prime Minister Abdullah Badawi had approved RM20million of development funds for his former school — High School Bukit Mertajam.

Umno Johor Di Landa Badai



newsyoumavemissed.

Kegusaran dan kebimbangan pemimpin-pemimpin Umno negeri Johor baik yang bertanding di Parlimen mahupun dewan undangan negeri bukanlah menjadi suatu rahsia lagi.

Masing-masing cuba menaikkan nama secara politik murahan di media-media lapuk dan puaka milik parti pemerintah. Makanya disana sini banyaklah kenyataan seolahnya merendah diri tidak kisah bertanding di manapun samada bertanding di Parlimen atupun DUN dan ada juga yang tidak kisah sekiranya tidak terpilih untuk bertanding.

Pada piliharaya kali ini negeri Johor akan mempunyai 1,100 peti undi untuk 26 kerusi Parlimen dan 56 DUN untuk dipertandingkan.

Di Johor sekurang-kurangnya empat nama disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Johor, menggantikan Dato' Abdul Ghani Othman yang dikatakan akan ditukarkan dan dibawa kembali ke pusat.

Mereka-mereka yang tersenarai ialah Dato' Dr Abdul Latiff Ahmad, Dato' Nur Jazlan Tan Sri Mohamed (Ahli Parlimen Pulai), Razali Ibrahim (Ahli Parlimen Muar) dan Dr Shahruddin Md Salleh dan tidak lupa juga Dato' Mohamad Khaled Nordin yang heboh pada pilihraya umum tahun 2004 yang lalu sebagai bakal MB.

UMNO Johor juga dijangka akan meletakkan calon yang benar-benar berkemampuan dan berkaliber untuk bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang yang dimenangi secara percuma oleh PAS melalui Dr Mohd Ramli Md Kari bilamana pencalonan wanita Umno di tolak oleh SPR gara-gara kesilapan teknikal.

Nampaknya keyakinan Umno Johor semakin goyah, biarpun disuatu sudut negeri ini adalah kubu kuat dan selamat untuk sesiapapun pun bertanding, apa guna kegusaran itu kerana calon bukan menjadi persoalan buat rakyat yang sudah lama ditipu. Sekiranya calon itu diganti dengan 'tong gas' pun UmnoBN pasti menang.

Kredibiliti Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman juga semakin tercalar gara-gara beliau adalah penerus dan penyambung legasi jahat Tan Sri Muhyidin Yasin yang menggadaikan tanah-tanah orang melayu kepada bukan bumiputra dan bangsa asing sehingga bangsa melayu hilang jati diri terhimpit dalam arus kemodenan negeri walhal masih ramai lagi orang melayu yang duduk disetinggan dan rumah-rumah flat rakyat.

Sesiapa yang pernah bertandang di Johor Bahru pasti tidak akan lupa dengan bangunan-bangunan tinggi yang semakin banyak menjadi gajah putih dan ditinggalkan pembeli dan penyewa yang tidak mampu meneruskan perniagaan.
Begitu juga nasib kilang-kilang dan gudang yang ada di negeri Johor semakin lama semakin banyak ditinggalkan kosong tidak berpenghuni gara-gara perniagaan yang semakin rugi dan tidak mampu berdaya saing.

Johor yang terkenal sebagai pintu masuk utama pelancong dari selatan juga semakin menjadikan rakyat terbanyak tersepit dan terhimpit dengan kuasa beli rakyat Singapura yang mampu membeli apa sahaja barangan dan aset rakyat Johor akibat nilai wang dolar Singapura yang semakin tinggi.

Di Johor bawalah apapun isu semuanya tidak mampu untuk membuka mata rakyat untuk membuat perubahan, yang pentingnya bagi Umno mereka lebih senang untuk melihat rakyat terus bodoh dan menderita asalkan rakyat terus mengundi dan menyokong mereka.

UmnoBN sebenarnya adalah sampah kepada masyarakat dan umat Islam, Johor juga adalah juara murtad, juara sumbang mahram dan zina, juara rogol dan juara jenayah dan ia menjadikan negeri ini adalah negeri yang tidak selamat didiami selepas Selangor dan Pulau Pinang.

Wilayah Pembangunan Iskandar yang menjadi perintis kepada projek-projek koridor di negeri-negeri lain juga dilihat sebagai satu ancaman kepada negara yang bakal tergadai kepada Singapura..

Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew semalam membuat kenyataan Malaysia dan Singapura melalui WPI akan mendapat manfaat jangka pendek dan panjang.
Persoalannya siapa yang akan kaya dan siapa yang akan tergadai...

Ayuh rakyat Johor bangkitlah dari lamunan puaka yang menghantui kita selama ini, selagi UmnoBN dibenarkan memerintah negeri ini selagi itulah rakyat akan terus dibala dengan pelbagai ujian, dan pastilah menjadi kewajipan kepada rakyat Johor untuk menderhaka dari pemimpin yang zalim dan jahat...

Selamatkan Johor, Rampas Terengganu ,Pertahankan Kelantan, Tawan Kedah,Perlis, Pulau Pinang dan Selangor dan Selamatkan Malaysia.... AllahuAkbar. ...

Pilihanraya 2008, bakal tunjukkan kerosakan sistem pilihanraya

Ketika mendengar ceramah pada malam tadi, seseorang berbangsa India telah memberitahu bahawa beliau baru sahaja memeriksa namanya di komputer dan senarai pengundi di Kaunter Ceramah Keadilan. DIa di beritahu bahawa namanya tiada di dalam senarai. Sedangkan pada tahun 2004, beliau telah mengundi di pelabuhan Kelang, Selangor.

Tambah beliau lagi, pada tahun 2004, beliau mengundi DAP dan kalau mungkin ada kesilapan pun mungkin akan berpindah ke kawasan lain seperti yang banyak berlaku pada pilihanraya tahun 2004. Tetapi malangnya nama beliau langsung telah terpadam dari senarai tersebut.

Memandangkan keadaan tersebut, beliau berhasrat untuk pergi sendiri ke pejabat SPR terdekat untuk mengetahui kemana hilangnya. Disamping itu diberitahu juga bahawa kemungkinan banyak nama kaum India akan hilang dari senarai sepertinya akibat perubahan yang cukup hebat pada kaum India akibat peristiwa Hindraf.

Diberitahun juga bahawa beberapa lokasi pengundian baru telah dibuka oleh pihak SPR. Kalau tahun 2004 dahulu ada yang membuang undi disekolah sekolah, jangan terkejut kalau lokasi baru pada tahun 2008 ini berubah ke dewan dewan orang ramai pula.

Beberapa kekeliruan akan timbul lagi seperti tahun 2004. Usaha seperti ini mungkin dilakukan untuk mengelirukan pengundi.

Anda dinasihatkan untuk mengetahui status diri anda di dalam pilihanraya. Dimana lokasi mengundi tahun 2008 ini dan masih adakah nama anda tersenarai di dalam senarai pengundian 2008 ini? Sesungguhnya undi anda yang lepas bukan lah rahsia kerana dengan nombor serial di atas kertas undi mampu untuk ketahui calun mana yang anda undi. Oleh itu SPR sudah pasti akan cuba mengkucar kacirkan hari undian pada tahun ini, mirip seperti yang berlaku pada tahun 2004, atau lebih teruk lagi.

Oleh itu jangan sesekali berharap SPR akan menjalankan tanggung jawab mereka dengan telus. Berjaga jaga dan berwaspada kearna tipu helah, belit, bohong adalah permainan SPR dan Barisan Nasional.

Ingat apa kata bekas MAHAFIRAUN baru baru ini bahawa, Dollah akan umum tarikh pilihanrayanya, apabila dia rasa selesa dan yakin untuk menang. Maka kalau Dollah sudah mampu untuk umum dan bubar parlimen, maka ketika itu lah Dollah betul betul yakin bahawa muslihat mereka sudah cukup untuk memberikan kemenangan lagi kepada BN dan UMNO. Ingat !!! Kalau tak tipu, bukan SPR, kalau tak bohong, bukan lah UMNO, Kalau tak membelit, bukan lah BN.

Sesungguhnya, tindakan selepas pilihanraya tidak akan memberikan sebarang makna. Biar lapuran, kritikan dan apa pun langkah pengadilan dibuat, ianya tidak akan memberikan sebarang perubahan kerana tidak semua pengadilan dibuat secara jujur dan telus. Kalau kemenangan sudah BN perolehi, buat apa pun sudah tidak berguna lagi kerana setiap sudut sistem negara kita. sudah rosak dan terus dirosakkan oleh Barisan Nasional.

Angan angan mereka adalah, tidak akan membenarkan Malaysia jatuh ke tangan orang lain kerana kalau rakyat sudah dapat rasa pemerintahan parti lain, UMNO dan BN tidak akan boleh mengulangi zaman kekuasaannya kerana sesungguhnya yang lain adalah lebih baik dari UMNO dan BN. Kalau rakyat sudah bahagia dan selesa, kenapa perlu pulang ke zaman kegelapan?

Maka kerana itu, aku dapat bayangkan betapa busuknya perminan pilihanraya yang bakal berlaku pada tahun ini. Kambing hitamnya adalah Rashit SPR, Dalangnya Dollah Badawi. yang tertipu adalah rakyat Malaysia. Maka apa langkah anda seterusnya?

Posting terkini

Blog Archive