Harakah | .... "Bagi SPR mereka ini bukan pengundi hantu kerana nama mereka berada di dalam daftar pemilih itu," ujarnya.400 ekar? Macam macam boleh buat tu. Kalau buat kubur pun ramai yang boleh di tanam.
Ekoran itu, pihaknya membuat laporan polis menyebabkan pihak terbabit dipercayai berhati-hati atau tidak melakukan penipuan menyebabkan beliau menang di Kuantan dan Inderamahkota.
Fuziah menjangkakan perkara sama turut dilakukan di kawasan lain tetapi jentera pilihan raya di sana gagal mengesan menyebabkan mereka kalah dalam pilihan raya itu.
Fuziah mendakwa, ekoran kejayaan cemerlang Umno Pahang atas permainan SPR, maka sebagai menghargai jasa kerajaan Umno Pahang menganugerahkan tanah seluas 400 ekar kepada pengerusi SPR yang dibuat atas nama seorang proksi.
"Kita ada bukti bergambar kaitan pengerusi SPR dengan proksinya yang mendapat anugerah daripada kerajaan Umno Pahang," ujarnya.
Menurut Fuziah, pengerusi SPR itu juga turut mendapat tanah di Selangor atas jasanya memenangkan Umno-BN Selangor dalam pilihan raya umum sebelum itu.
Turut berceramah bersama Fuziah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Leong Ngah Ngah. ... selanjutnya.
Nov 17, 2008
Umno Pahang anugerah 400 ekar tanah pada Pengerusi SPR?
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 12, 2008
Bersih pertikai pelantikan Pengerusi baru SPR
suarakeadilan | Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mempersoal kelayakan bakal Pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Mohd Yusof.
Perkara itu disuarakan oleh wakil Bersih Teresa Kok ketika ditemui petang tadi.
Menurut Teresa yang juga merupakan Ahli Parlimen Seputeh, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang tidak mempunyai pengalamanan dalam bidang piliharan raya tidak sepatutnya dilantik... selanjutnya.
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 13, 2008
SPR cuba tutup rahsia ?
Bila melihatkan tajuk berita ... Isu karung undi dijumpai di sungai
dalam kepala dah terbayang dah membayangkan pelbagai persepsi buruk terhadap SPR dan jentera pilihanraya di Sarawak.
Menariknya, secepat kilat. Nazri aziz, Menteri di Jabatan perdana menteri, memberikan jawapan memberitahu bahawa karung Undi Pos yang di temui tidak mengandungi sebarang kertas undi. Menurutnya,
Karung undi pos di dalam sebatang sungai di Menggatal, Sabah yang ditemui Julai lepas tidak melibatkan kertas undi pos bagi pilihanraya umum Mac tahun ini kerana tiada sebarang kertas undi yang ditemui..Dengan maksud lain, tiada penipuan yang berlaku. Hati jadi lega .. tapi timbul pulak persoalan lain..
Antaranya ... kenapa jumlah karung yang hilang tidak di istiharkan selepas hari mengundi. Kalau ianya tidak berlaku pada bulan Mac yang lepas, bila dan bagaimana ianya tidak di dedahkan kepada umum?
Sudah pasti, SPR yang kononnya cukup professional di dalam menganjurkan pilihanraya setiap tahun, sudah mempunyai sistem 'stock control' bagi mengawal peralatan pilihanraya termasuk peti undi, poster dan kampit undi pos yang dikeluarkan di dalam setiap kali pilihanraya.
Kalau lah ... Kampit undi itu berusia tua .. bertahankah kertas undi yang terdapat di dalam itu dan sejauh mana ketelusan berita dan pihak berkuasa di dalam menyiarkan berita sehingga kita benar benar percaya bahawa kampit itu tidak mempunyai kandungan yang mencurigakan.
SPR .... mungkin nak cuba selamatkan diri. Melalui pengalaman, mengelak kita mempercayai sebarang kenyataan dan berita yang dikeluarkan oleh Media arus perdana. Kita harus waspada kerana di sekeliling kita ada penipu yang ingin terus untuk menipu.
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Aug 27, 2008
SPR ngada ngada la pulak
malaysiakini | ...Pertamanya, SPR enggan membenarkan Anwar menggunakan dewan tersebut untuk mengadakan sidang akhbarnya.
Ekoran itu, sidang akhbar tersebut terpaksa diadakan di luar dewan penjumlahan undi itu.
Sebaik sahaja selesai keputusan diumumkan, Anwar meninggalkan dewan untuk berucap kepada penyokongnya di padang institut tersebut.
Selepas Anwar selesai berucap, pihak media dimaklumkan bahawa penasihat PKR itu akan mengadakan sidang akhbar di dewan berkenaan.
Bagaimanapun, ketika menunggu di situ, pegawai SPR mengarahkan mereka supaya meninggalkan dewan tersebut.
Percubaan penyelaras media PKR, Ginie Lim berunding dengan pihak SPR untuk membenarkan sidang akhbar diadakan di situ, menemui kegagalan.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Aug 25, 2008
Jun 25, 2008
SPR dan BN kononnya saling tuding menuding
Kerajaan BN dan SPR saling tuding menuding. Di belakang diorang ketawa pecah perut. Lakunan ini akan berlanjutan untuk beberapa minggu dan isu ini akan senyap sendiri. Takkan cara ni pun korang tak biasa?
Rujuk berita ini
Kalau tak membelit, bukan BN. Kalau tak menipu, bukan SPR. Hakikatnya ... membelit, menipu, membohong memang kredibiliti SPR dan BN. Tak perlu di sangkal lagi.Batal dakwat: Kerajaan tidak bercadang kenakan Abdul Rashid tindakan
MStar - Kerajaan belum bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman atas kenyataannya yang beliau telah diarah oleh Kabinet supaya membatalkan rancangan penggunaan dakwat kekal beberapa hari sebelum pengundian dijalankan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan menghormati SPR sebagai badan bebas dan jika ada percanggahan kerajaan akan menjelaskan apa yang berlaku dari sudut pandangan kerajaan.
"Namun begitu, kerajaan benar-benar berharap bahawa SPR akan menjauhi kenyataan yang mungkin mengelirukan demi kredibiliti institusi SPR dan kewibawaan proses demokrasi dan pilihan raya itu sendiri," kata beliau.
Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Lim mengemukakan soalan sama ada tindakan diambil ke atas Pengerusi SPR yang telah diarahkan oleh Kabinet untuk membatalkan celup jari empat hari sebelum hari pengundian, dan mendakwa Abdul Rashid bersama-sama Peguam Negara dan Ketua Polis Negara telah menipu rakyat bahawa sebab keselamatan memerlukan pembatalan penggunaan dakwat itu.... selanjutnya.
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 24, 2008
The Truth About Indelible Ink - Fong
pokuan - [...] Parliament session, I submitted questions related to indelible ink. I have said earlier that I would pursue this issue. The first question and here is the written reply.
The truth unveiled. The government has no intention all this while to use indelible ink for a more transparent election. Read the reply by the Prime Minister’s Department.
Now, it has nothing to do with Election Regulations and Federal Constitution for the inability to use the said ink in the last general election! The reason given now is because the government finds it “troublesome” and “worrisome”, if implemented would delay the smooth running of the election. This is utter nonsense! If other countries can implement it, why not Malaysia? Or, are we really having many troublemakers and difficult to handle typed of voters?
If you read the first part of my question, I wanted to know, who actually was given the “privilege” to purchase the ink and not the name of the company which has repurchased the ink from Election Commission. Hmmm…. or I did not put the question clear or they were trying to avoid to answer the said question?
Earlier, we were told, the “life” of the ink is only 6 months. If no buyer, what happen?... selanjutnya.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 2, 2008
SPR: Batal guna dakwat elak krisis Perlembagaan
MStar - [...] "Buat pun salah, tak buat pun salah." Ini sebahagian reaksi Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menjelaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa akur dengan keputusan Kabinet dalam isu pembatalan penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan krisis Perlembagaan dan kemungkinan dakwaan ke atas panel suruhanjaya di Parlimen.
Sambil mengaku tiada pilihan dan tersepit dalam suasana amat sukar, Pengerusi SPR itu memberitahu, pihaknya terpaksa membatalkan penggunaan dakwat apabila Kabinet menolak syor undang-undang yang dikemukakan bagi menjadikan ia sebagai peruntukan undang-undang ketika hari pengundian.
"Alasan paling utama berkaitan dengan peruntukan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan hak seseorang untuk mengundi dalam pilihan raya.
"Jika SPR mengetepikan keputusan Kabinet, sebaliknya memutuskan untuk meneruskan rancangan untuk menggunakan dakwat kekal, jadi bermakna SPR mengambil risiko boleh didakwa (di Parlimen) melakukan sesuatu di luar bidang kuasanya dan sudah tentu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," kata beliau dalam satu pertemuan dengan mStar Online baru-baru ini.... selanjutnya.
Labels: Belit Rashit/SPR, Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 28, 2008
People want credible info, doesn't matter from where
malaysianinsider - [...] I find it odd that the government would want to try to "engage" bloggers in cyberspace and in the end to divert resources to this effect.
To accuse the lack of savvy on the government’s part to shape public opinion online is short sighted and will likely end up being counterproductive.
There are many reasons people would think why websites and blogs are getting more popular day by day.
News portals such as The Malaysian Insider and Malaysiakini try to provide alternative news or even angles that are not presented by the mainstream media.
Personal websites or blogs such as Screenshots and Malaysia-Today gained mythical status and its writers turned celebrities because many believed that that have been unfairly roughed up by the authorities.
Others are already superheroes or supervilains in their own right, so when Tun Mahathir, KJ, Chua Soi Lek or Umno’s Mike Tyson blogs, its followers will mainly either regurgitate praises or spew out rabid criticisms. Constructive comments and honest suggestions are usually far and few in between.
But a glaring theme that spreads over all the above reasons why the New Media is popular simply boils down to the fact that the rakyat is crying for alternative points of view and they wish for someone to react, respond or even just to lend an ear to their raving rants and complaints.
The rakyat is sick of one-sided news in the mainstream media and is sick of dissenting voices being muzzled by unnecessary snipping in self-censorship by editors... selanjutnya.
Labels: Belit Gani, Belit MUsa Hassan, Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 26, 2008
SPR cuba bantu UMNO
Zaman Siber, sains dan teknologi. Kecanggihan di dalam menyampaikan berita, internet menjadi sumber tersohor mengalahkan media TV dan arus perdana. Propaganda bentuk kuno yang cuba disampai oleh kerajaan barisan nasional tidak mendapat tempat. Hiburan menjadi daya tarikan golongan muda dan bukan lagi berita yang bercorak duduk setempat dan menceceh panjang lebar tentang kebaikan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Selepas rancangan hiburan anak anak akan mencapai komputer untuk berdiskus dan membuat blog masing masing. Hampir seluruh anak muda dan rakyat dewasa menolak propaganda meleret BN sehingga menyebabkan rating berita di media arus perdana merudum teruk.
Kini .... semua sedar tentang keberkesanan internet dan UMNO berduyun duyun membuka blog masing masing. Walaupun lesu....tapi masih berharap.
SPR pula cuba untuk meraih simpati golongan tua untuk kembali menyokong UMNO. Dimana politik menggelarkan golongan ini sebagai Saluran 1 dan 2 ... bermakna 'dewasa yang kukuh bersama UMNO'. Lihat berita ini.....
SPR syor daftar pengundi berusia 50 tahun diganti baru
Bagi tujuan tersebut, SPR akan mengesyorkan kepada kerajaan agar menyediakan undang-undang khas selepas mesyuarat anggota panel suruhanjaya itu 9 Jun ini.
“Kita perlu adakan satu daftar yang baru sama sekali mengikut keperluan dan kehendak semasa, yang boleh diterima oleh semua tanpa ragu-ragu,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam temu bual dengan mStar Online di sini.
Jika kerajaan menerima cadangan itu, proses pendaftaran pemilih baru perlu diadakan untuk mendaftar semula para pemilih.
“Kita harap kerajaan akan terima cadangan ini,” katanya sambil berseloroh “ia juga telah menjadi satu isu seolah-olah duri dalam daging” kerana dikritik banyak pihak sebelum ini.
Daftar pemilih semasa terdiri daripada 10.9 juta pengundi manakala empat juta rakyat yang layak masih belum mendaftar. - MStar
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Wakil PAS yang jumpa Rashit SPR
Dengan bangganya Rashit memberitahu wakil PAS datang berjumpa beliau. Nak tahu cerita lanjut ..... Nah baca ini
"Sayalah orangnya," kata anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bagi menjawab persoalan siapakah pemimpin pembangkang yang pergi meminta maaf kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman selepas pilihan raya umum lalu.
Menurut Wan Rahim, beliau bersendirian bertemu Rashid di pejabatnya di Putrajaya pada 13 Mac iaitu lima hari selepas pilihan raya umum ke 12 lalu.
"Saya memang minta maaf kepada dia bagi pihak kawan-kawan yang keterlaluan membuat kenyataan terhadap dia," kata Wan Abdul Rahim yang juga Timbalan Pengarah II Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat kepada Siasah.
Dalam pertemuan itu, beliau juga meminta Rashid yang akan tamat tempoh perkhidmatannya hujung tahun ini untuk meninggalkan legasinya tersendiri dalam SPR dengan membantu meningkatkan kualiti SPR - selanjutnya di Siasah
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kakitangan SPR di arah sedia
SPR kata dia sudah sedia sekiranya ada pilihan raya tergempar
buletinonline - [...] Lebih 140,000 petugas yang terlibat dalam pilihan raya umum lalu telah dinasihatkan bersedia untuk kembali membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan kemungkinan pilihan raya umum tergempar.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, beliau telah meminta mereka supaya bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan walaupun bertegasgas tidak mahu membuat spekulasi mengenainya,
Beberapa pemerhati politik tidak menolak kemungkinan pilihan raya tergempar boleh diadakan dengan mengambil kira senario politik semasa dan boleh diadakan secara tiba-tiba tanpa sebarang penunjuk awal.
Malah, Abdul Rashid menjelaskan, ketika mesyuarat postmortem pilihan raya umum ke-12 sejak dua bulan yang lalu, beliau telah menyeru agar membuat persedian yang sepatutnya.
"Saya telah memaklumkan mereka dalam pertemuan sepanjang dua bulan yang lalu, sila membuat persediaan kerana pilihan raya (tergempar) boleh diadakan bila-bilan masa jua. Ini nasihat yang saya berikan kepada mereka," katanya.... selanjutnya.
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 23, 2008
Komplot jahat '3 Tan Sri' lacurkan demokrasi
Harakahdaily - [...] Kemudian, hendak dijadikan satu sandiwara yang menarik, maka Pengerusi SPR membatalkan penggunaan dakwat itu empat hari sebelum hari mengundi kerana dua sebab. Pertama kerana keselamatan negara dan kedua kerana Perlembagaan Persekutuan. Soal keselamatan negara ini ditimbulkan kerana terdapat satu unsur sabotaj yang dilakukan oleh beberapa pihak untuk menimbulkan keraguan di kalangan ejen-ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi itu. Ketua Polis Negara pula mengatakan bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap empat kes yang melibatkan empat individu yang berlainan. Dua kes berlaku di Perlis, dan yang lainnya berlaku di Kelantan dan Kedah.
Pengerusi SPR dan Peguam Negara juga mendakwa bahawa penggunaan dakwat ini bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Barulah mereka sedar bahawa mengundi adalah hak asasi bagi seseorang pemilih yang telah berdaftar. Jawapan yang mudah dari mulut Pengerusi SPR adalah 'overlooked'! Maka kalau betul-betul ingin melaksanakannya ahli-ahli Parlimen perlu pinda perlembagaan.
Ini yang menarik untuk diperhalusi. Pertamanya, ucapan yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri danlam Parlimen 14hb Mei yang lalu. Beliau berkata, "sebanyak tiga laporan polis diterima dan tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 511, Kanun Keseksaan". Hasil siasatan polis tiada sebarang tangkapan dibuat dan Peguam Negara mengarahkan untuk menutup kes. Beliau juga tidak mempunyai nama siapakah yang membuat laporan polis tersebut. Jika benar sepertimana yang didakwa kenapa dengan mudah SPR dan KPN membatalkan kaedah ini tanpa penyiasatan yang rapi dan tiada sebarang tangkapan reman yang dibuat dan tidak ada langsung pendedahan mereka yang ditangkap dan sebagainya. Kalau benarlah ia satu tindakan yang boleh menghuru-harakan negara, kenapa tak ditangkap dan dihumban sahaja dalam ISA. Sedangkan ramai lagi di dalam ISA ditangkap kerana didapati terlibat dengan JI dan DI tidak dibicarakan dan meskipun tahanan sendiri mengaku bahawa mereka tidak terlibat! Apatah lagi sebarang bukti pun tidak ada! ... selanjutnya.
Labels: Belit Gani, Belit Polis, Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Siasatan Peguam Negara
anwaribrahimblog
Peguam Negara Tan Sri Gani Patail diberi amanah menyusuli siasatan kes video Lingam. Agaknya apa kesudahannya nanti?
Kini berbangkit semula isu penipuan Suruhanjaya Pilihanraya dalam kes pembatalan dakwat hitam. Tan Sri Rashid dan jemaah menteri saling menuding. Sekali lagi peguam negara menyiasat?
Walhasil melepaslah lagi!
ANWAR IBRAHIM
Baca rujukan lain
BPR tidak siasat enam individu laporan klip video Lingam
Labels: Anwar Ibrahim, Belit SPR, VK Lingam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 22, 2008
'Komplot' 3 Tan Sri
'Komplot' 3 Tan Sri batal dakwat kekal
malaysiakini - [...] Dalam laporan polisnya, jurucakap gabungan itu Faisal Mustaffa mendakwa usaha terancang itu melibatkan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.
"Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata Faisal.
Aduan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi tadi.
Minggu lepas Abdul Rashid mendedahkan, kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen 13 Februari untuk menolak pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari yang sama bagaimanapun menafikan kabinet mengarahkan suruhanjaya itu berbuat demikian.... selanjutnya.
Labels: Belit BN, Belit Polis, Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 18, 2008
Batal dakwat: Tubuh surhanjaya kenalpasti pembohong
harakahdaily - [...] ''Polis telah menemu bual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari Thailand.No2umnO - Ntah....kali ni aku tak berapa setuju dengan saudara Mahfuz kita....Berapa banyak bukti keberkesanan suruhanjaya menyelsaikan masalah. Ia bergantung kepada kerajaan. Kalau kerajaan masih yang sama, maka kita dah tahu jawapannya ......
''Ini kerana tidak ada sebarang saksi pun yang pernah melihat dakwat tersebut dan daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu, sindiket atau pihak-pihak tertentu yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan ini," kata Menteri Dalam Negeri.
Penggunaan dakwat itu dibatalkan oleh SPR setelah polis mendakwa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara.
"Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut.
"(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (kabinet) percaya ia memang benar-benar wujud," kata Pengerusi SPR.
Kenyataan-kenyataan bercanggah tersebut, kata Mahfuz, memberi gambaran wujudnya permainan politik untuk menghalang kemenangan suara rakyat dalam pilihan raya tersebut. ... selanjutnya.
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Shahrir Cadang Warna Dakwat Dirahsiakan
No2umnO - Nampaknya shahrir samad ni lari dari tajuk .... bukan soal warna, tapi memang SPR tak mahu gunakan. Samaada SPR takut dengan kabinet atau SPR sendiri tak berani nak terima kenyataan. Backfire...dek orang atas. Tapi yang pasti ..... alasan yang tidak logik dan bodoh digunakan. Akibatnya bila diminta penjelasan, jenuh tunjuk sana, tunjuk sini. Akhirnya berkecamuk. Beri mereka 2 bulan dan semua keadaan menjadi normal. Biasa lah ... hangat hangat tahi ayam. Panas sekejap. Rashit pasti letak jawatan. Digantikan dengan orang yang lebih kurang sama. Aiii ... biasa dah.bernama - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad mencadangkan agar warna dakwat kekal untuk menanda jari pengundi semasa proses pilihan raya dirahsiakan.
Selain hitam, warna lain yang unik seperti merah jambu atau ungu boleh digunakan, katanya ketika diminta mengulas mengenai pembatalan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya 8 Mac lepas.
"Kita pilihlah warna yang unik kepada kita, janganlah pilih hitam sahaja, hitam semua orang boleh buat," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-28 Persatuan Pemborong Ikan Johor Baharu di sini hari Ahad.
"Jangan beritahu sesiapa warnanya sehingga pilihan raya diadakan," katanya. Tahun lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan penggunaan dakwat kekal itu dalam pilihan raya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang pengundian atas alasan keselamatan.
Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi pelaksanaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang dikesan oleh polis.
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Umno nafi halang dakwat kekal
isupolitik - Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilaporkan sebagai berkata kabinet membantah pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi.
“Saya dimaklumkan bahawa saya harus bertanggungjawab (sendiri) jika bersetuju melaksanakannya.
"Tidak mudah menjadi pengerusi SPR. Saya kena memikul kecaman selama setahun," katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur semalam.
Kenyataannya itu menjelaskan sedikit tanda tanya terhadap misteri keputusan SPR membatalkan saat-saat akhir penggunaan dakwat kekal menjelang hari mengundi pilihanraya umum 8 Mac lepas.
Bagaimanapun Perdana Menteri itu dikatakan menafikan kenyataan tersebut dengan menjelaskan suatu kenyataan yang kabur sebagaimana disiarkan visual kenyataannya di sebuah Televisyen (TV) milik Umno semalam.
Tidak jelas apa yang hendak ditegaskan oleh Pak Lah berhubung dengan persoalan ini. Dikatakan Pak Lah menjelaskan bahawa, ia hanya cadangan kabinet, tidak semestinya SPR menerima cadangan tersebut.
Terpulang kepada SPR untuk menerima cadangan kabinet itu atau sebaliknya. Jelas, ada permainan tarik tali antara Pak Lah yang mengepalai kabinet dengan Tan Sri Abdul Rashid yang mengetuai SPR.
Jika Pak Lah merasa bimbang dengan soal ketelusan dalam sistem demokrasi yang agak terbuka, saya syorkan segeralah Pak Lah dan Abdul Rashid meletakkan jawatan masing-masing, jadi orang biasa lebih baik dari tidak tahu mengurus rakyat dan negara dengan baik. ...selanjutnya
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
