PENGKALAN CHEPA, 26 Mac (Hrkh) Umno Kedah dianggap telah dilanda sindrom takut apabila kerajaan negeri yang secara tradisi dikuasai Barisan Nasional (BN) tiba-tiba dimenangi PAS dan KeADILan pada pilihan raya umum lalu.
Keadaan itu menyebabkan mereka dengan sendirinya cuba keluar daripada premis-premis milik kerajaan negeri yang digunakan sebelum ini termasuk kelas Tadika.
Sampai kelas-kelas Tadika pun mereka hendak pindah. Saya kata jangan pindah kerana anak-anak kita hendak belajar,� kata Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak.
Beliau menyampaikan ceramah bersama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali di Putik malam tadi.
Ceramah itu merupakan yang kedua diadakan selepas kemenangan besar PAS dan KeADILan di Kelantan pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.
Ribuan manusia membanjir perkarangan Putik sehingga kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer. Banyak kenderaan terperangkap sehingga jam 1.30 pagi.
Biar pun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan sekali sekala lebat ia tidak menghalang orang ramai datang. Dianggarkan lebih 10,000 membanjiri perkarangan Putik. More...on Harakahdaily
No2umnO - Penyakit ketakutan ini bukan hanya berlaku di Kedah malah semua negeri yang berkerajaankan BA. Di Perak, Ketua Kampung ketakutan dan rasa bersalah lalu meletakkan jawatan. DI Selangor, guru kemas meninggal dan membawa bersama file segala. Berani kerana benar, takut kerana salah. Kelakar betul UMNO nihhhh.....
Mar 26, 2008
Umno Kedah dilanda sindrom takut - MB
Labels: PAS Kedah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Perjanjian air perlu distruktur semula - MB Selangor
Menteri Besar Selangor Persoal Perjanjian Air Kerajaan Negeri Sebelum Ini
SHAH ALAM, 26 Mac (Bernama) -- Meskipun Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan sebagai sah, perjanjian air yang dimeterai oleh pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini dan Puncak Niaga Holdings Bhd -- sehari sebelum pilihan raya umum 8 Mac lepas -- Menteri Besar mahu tahu jika perjanjian itu adil kepada rakyat Selangor.
Pada hari Selasa, menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata perjanjian itu terpakai kecuali Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), sebagai badan pengawal, memutuskan untuk membatalkannya.
Pada 7 Mac, perjanjian itu dimeterai oleh pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini dan Puncak Niaga Holdings Bhd bagi operasi dan pengurusan pengumpulan air mentah dan loji rawatan di Sungai Sireh, Tanjung Karang.
Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata: "Ia boleh kekal, tetapi saya fikir pengguna juga mahukan jaminan daripada Datuk Shaziman bahawa ia perjanjian yang adil kepada rakyat.
"Jika perjanjian itu tidak adil kepada rakyat Selangor, saya akan minta rakyat Selangor menulis surat kepada Datuk Shaziman bahawa perjanjian itu melanggar kepentingan rakyat."
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri selepas kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP mengambil alih Selangor daripada Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini.
Abdul Khalid juga berkata kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menyemak perjanjian itu.
Ditanya apakah tindakan beliau berhubung perjanjian itu, beliau berkata:"Daripada pengalaman saya dalam dunia korporat, perjanjian itu perlu distruktur semula."
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana ia melibatkan rundingan tetapi menjelaskan walaupun perjanjian itu dimeterai oleh pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan (negeri) sekarang untuk menyemaknya.
Labels: Khalid Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
RAJA PETRA's EXPLAINATION
Others, not you, decide what you are
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
(...) The court's decision, however, is not based on what I am worth. It is based on what Nordin Kardi and UUM are worth, or rather what their reputations are worth. I was alleged to have smeared Nordin's reputation as well as that of all Malaysian universities plus the intellectuals who are heading them. In a way, Nordin filed a sort of 'class action suit' against me to defend not only his reputation, and not only UUM's reputation, but that of all Malaysian universities and all Malaysian intellectuals who are heading these universities. And the court has valued these combined reputations as a mere RM4 million.
The court has spoken and the court said that all these people's reputations are worth a mere RM4 million. I rest my case.
Actually, Nordin did not win his case. It was the other way around. I 'threw' the case. When his lawyer sent me a Letter of Demand I did not respond to it. I threw it into the dustbin. Then they served me the Writ of Summons and, again, I did not respond to it but threw it into the dustbin. Then I was ordered to defend myself in court and, yet again, I ignored the order and threw it into the dustbin. I, of course, also did not make an appearance in court so they obtained judgement in default. Soon they will serve the Judgement on me and rest assured I will do what I do best, I will throw it into the dustbin. Then they will of course file for bankruptcy against me and I will, in time, receive the Bankruptcy Notice and guess what, yes, I will throw that into the dustbin as well. That is the 'value' I place on all their Letters of Demand, Writs of Summons, and whatever else they have chosen to serve on me and will continue to do so as we play this little charade of justice in Malaysia. more...on
Labels: Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Pandai-pandai nak Tunda Pemilihan: MIKE TYSON ditempelak
Konon nak tunjuk teror sangat, pandai-pandai cadang nak tunda pemilihan Agung Parti AMENO, Mike Tyson (penculik Puteri Raja) akhirnya diTEMPELAK oleh puak-puak dalaman Ameno sendiri.
Yang menentang beliau bukan wakil rakyat BeEnd yang baru lahir..tapi Bapak-bapak, ibu-ibu, Ameno yang ganyut (tak sedor diri), Puteri-puteri dan pemuda Ameno (yang saling ambil peluang berdating). Bermula Tok Ketua Ku Li... ianya diikuti Sang Mukriz.
Terkini Si Puteri Siput Sejemput: Noraini, dan Sang Rajuna Tapa Mohamad Hasan MB Negeri Terbanyak. Mereka semua sependapat bahawa cadangan Mat Tyson itu tidak relevan..
Mike Tyson kononnya mahu menunjukkan kesetiaannya bagaikan seorang hulubalang Melaka yang setia menjaga Sultan. Namun beliau lupa, bahawa beliau sudah teruk beruban dan cakap pun sudah meraban.(org Terengganu kata tang rambang)
Kesian Mike Tyson...ingatkan ada orang nak support, tapi sebaliknya terjadi. Dia lupa, ramai yang dah lama tunggu pemilihan selepas ditunda sekian lama. Takkan lah nak tunda lagi ke tahun depan. - Tranungkite
Labels: MAT TYSON MAT THAILAND
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Umno, anda butakah melantik Tengku Adnan?
siasahdaily.
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Memeranjatkan. Tetapi itulah orang yang dipilih oleh Presiden Umno untuk dilantik sebagai setiausaha agung partinya dan juga Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung Umno yang baru, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mempunyai kepentingan dalam sekurang-kurangnya 59 buah syarikat sendirian berhad dan juga berhad.
Di samping itu, beliau menghadapi sekurang-kurangnya empat tindakan bangkap dan hanya satu sahaja dari tindakan itu yang telah selesai.
Beliau juga adalah pihak yang meghadapi sekurang-kurangnya 11 tindakan mahkamah menuntut penggulungan syarikat oleh pelbagai pihak termasuk dari kerajaan Malaysia sendiri apabila syarikat-syarikatnya gagal menjelaskan hutang mereka.
Tengku Adnan juga menghadapi sekurang-kurangnya 15 kes saman kerana kegagalan syarikat yang beliau ada kepentingan dalamnya membayar hutang mereka yang jumlah keseluruhannya hampir RM50 juta.
Semua rekod-rekod ini adalah tembahan kepada penglibatan beliau dalam kes video klip Lingam yang menunggu keputusan dari Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes ini.
Pemilikan saham syarikat
Antara syarikat-syarikat utama yang Tengku Adnan memiliki syer utama adalah KL Monorail Concessionaires Sdn Bhd, Magni-Tech Industries Berhad, Bridgecon Holding Berhad, Nostalgia Kiara Sdn Bhd dan Regnis Industries (M) Sdn Bhd.
Dalam KL Monorail Tengku Adnan adalah stau-satu pemegang saham individu iaitu sebanyak 2,372,500 saham manakala tiga pemegang saham yang lain adalah syarikat sdn bhd.
Jumlah asset semasa syarikat yang menguruskan KL Monorail ini adalah RM7.377 juta dengan modal berbayarnya adalag RM7.4 juta.
Apakah kedudukan Tengku Adnan dalam KL Monorail tidak bertentangan dengan kedudukan beliau sebagai salah seorang anggota kabinet Abdullah dan kini sebagai Setiausaha Agung Umno?
Dalam Nostalgia Kiara, Tengku Adnan adalah pemegang saham individu tertinggi iaitu sebanyak 3,1000,000 . Turut memegang saham individu adalah Robin Tan Yeong Ching, anak Vincent Tan yang memiliki 375,000.
Aset semasa syarikat ini, sebagaimana yang dilaporkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah RM28 juta.
Tengku Adnan juga merupakan pemegang saham individu terbesar dalam Regnis Industries iaitu 77 unit manakala yang lain kebanyakannya dipegang oleh syarikat Sdn Bhd.
Beliau juga memilki saham sebanyak 986,507 saham dalam Bridgecon Holding dan 1.89 juta saham dalam Magni-tech Industries Berhad.
Kenapa Tengku Adnan
Dengan rekod-rekod perniagaan yang beliau ada di atas, tidak diketahui bagaimana beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1999-2004), Menteri Pelancongan (2005 – 2007) dan kini Setiausaha Agung Umno dan BN oleh Perdana Menteri.
Ramai yang menafsirkan langkah Abdullah melantik Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung Umno adalah untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini defacto Ketua Pembangkang yang disebut-sebut bakal menjadi perdana menteri jika kerajaan yang ada tumbang.
Mungkin langkah ini dibuat berdasarkan pengalaman beliau menghadapi Anwar ketika menjadi Setiausaha Kerja Umno di bawah Tun Dr Mahathir dahulu.
“Are you blind (Anda butakah)?” kata seorang pemerhati politik kepada Umno ketika beliau ditunjukan rekod-rekod yang Siasah terima.
Bagi beliau, setelah menerima kekalahan, Umno sepatutnya memilih Setiausaha Agung yang berwibawa untuk memulihkan nama baiknya bukan orang yang mempunyai rekod buruk sebagaimana Tengku Adnan.
Sebagai pelopor Islam hadhari juga, Abdullah sepatutnya memilih mereka yang benar-benar bersih agar nama baik Islam tidak terpalit dengan imej burok Tengku Adnan ini.
“Kenapa pada tahun 2004 digugurkan, kemudian pada tahun 2005 ambil balik. 2008 digugurkan sebagai menteri tetapi kemudian ambil balik sebagai Setiausaha Agung. Macam yo-yo je. Budak-budak kata macam biskut, sekejap ada sekajap tak ada,” kata beliau lagi.
Sesetengah pihak mungkin beranggapan ini adalah tindakan pembangkang atau Siasah untuk memburukkan nama Tengku Adnan tetapi berdasarkan rekod yang Siasah terima inilah faktanya.
Dan rekod-rekod ini adalah rekod yang boleh dilihat sendiri oleh orang awam kerana ia sudah berstatus rekod awam (public record).
Labels: Tengku Adnan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Free water: Decision soon, says Selangor MB
SHAH ALAM, March 26(English Section) - Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim has today indicated that he would soon make an announcement on the possibility of the state offering consumers up to 20 cubic metres of free water.
Khalid also said a decision would be made Friday on the water supply agreement controversially entered by the previous state government with two companies on the eve of polling day.
At a press conference after chairing the new state government's first executive council meeting this afternoon, Khalid however declined to elaborate further on the possibility of the free water.
He however promised to give the people the "best deal" regarding the water supply agreement.
"We'll give you the best deal. We are talking about a win-win situation (between) the state, federal government and consumers. Last time, the calculation did not include the consumers," he said.
"So support us, then we'll deliver it to you. We will make an announcement in two days," he said in a room packed with members of the media.
The People Justice Party (KeADILan) leader also contested the claim by Energy, Water and Telecommunications Minister Datuk Shaziman Abu Mansor who yesterday declared that the agreement was valid.
Commenting on this, Khalid said: "(The agreement) can stand but I think the consumers would want assurance from Shaziman that it was a fair deal to the people of Selangor."
"If it is not a fair deal to them, we will ask them to write letters to Shaziman that he has not acted in the interest of the people.
"Both the federal and the state governments can review the agreement. Selangor is also a party to the contract," he said.
According to media reports, the agreement dated Dec 15, 2004 was to take effect on April 1, 2007 and due to expire on April 30, 2034.
However an agreement between the three parties and the federal government was signed on March 7, 2008 - a day before the general election.
On another development, Khalid said that exco member Ronnie Liu who is in charge of local government, research and development will be tasked to resolve hillside development-related problems.
"He will be meeting local government representatives in Ampang and other areas with hillside developments to advice the exco on what further action can be taken by us," he said.
Khalid also said land grants will no longer be given to individuals but to institutions with close relations to the state government.
He said that schools and religious buildings will be charged a nominal rent of RM1 per year as a sign of support in their activities.
The Selangor Menteri Besar also wanted the state exco members' plans to appear in a local state radio station to interact with listeners and get feedback from the people but a source said this would be unlikely to happen because the station in question was controlled by the federal government.
He also proposed to impose about RM10 charge per month for employers using the service of each foreign workers. He said the collected charge would be used for "youth development" in the state. - Saadon Aksah/ES
Labels: Selangor Govt
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
City Hall plays vengeful politics
Sun2surf
PETALING JAYA (March 26, 2008): Ten of the 11 MPs in the Federal Territory of Kuala Lumpur today slammed Kuala Lumpur City Hall for "involving itself in politics" and being pro-Barisan Nasional (BN).
The MPs from the DAP, PAS and PKR alleged that this was apparent from heightened enforcement against hawkers, petty traders and City Hall tenants following the March 8 general election, ostensibly to punish them for the overwhelming support for the Opposition, leading to BN's loss and rejection in the FT.
In a press statement, the 10 Opposition MPs criticised City Hall's "swinging into action to victimise hawkers, petty traders for the miserable performance of BN in the 12th General Election".
They claimed that two months before the elections, inspections by City Hall against hawkers and petty traders were lax.
"There has been a four-fold increase in snap inspections by City Hall officers, compared with two months before the elections," said Bukit Bintang MP Fong Kui Lun.
"After March 8, City Hall began to regularly summon hawkers for not having licences and confiscating their goods. In some parts of Kuala Lumpur, it has become a daily affair," he said.
"Two months ago, it wasn't so frequent. Before the elections, inspections happened maybe once a month."
Fong cited the Pudu area, Bandar Tun Razak and Jalan Kenaga near Jalan Hang Tuah as being the areas mainly targeted.
He also pointed out that hawkers and petty traders in Kuala Lumpur are being victimised for petty offences.
"The hawkers are being charged with small offences, like road obstruction with goods. As a result, their goods are all being confiscated." he said.
City Hall director-general Datuk Salleh Yusup refuted the allegations, claiming the crackdown is part and parcel of City Hall enforcement.
"This is a regular and normal City Hall exercise. Enforcement is part of our job in managing KL. We want to keep KL clean, safe and tidy, and this is why we need to enforce the law," he said.
"We have been taking such action all the time against those who violate the laws. Hawkers have to follow the law. If they follow the law, we have no reason to take action."
Labels: Belit DBKL
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nasib dua anak istimewa dapat pembelaan
rajaahmadzainuddin
Sebuah keluarga pekerja estet Bukit Rhona, Kubu Gajah yang mempunyai dua orang anak istimewa mendapat perhatian pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya yang melawat keluarga berkenaan bersama Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Selama mendengar rintihan keluarga tersebut.
Bapa anak istimewa itu, Jamal Embi telah menyuarakan masalah yang dihadapinya ekoran keadaan kedua-dua anaknya iaitu Nor Asri, 10 tahun dan Sharpawi 11 tahun yang bisu.
Tindakan segera yang akan diambil ialah memastikan anak-anak tersebut dapat bersekolah dan dengan itu bantuan bulanan boleh disalurkan kepada keluarga berkenaan.
Saya akan membuat susulan kterhadap kes ini bagi memastikan anak-anak tersebut mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Pada kesempatan lain saya turut melakukan lawatan ke atas seorang vateran UMNO yang kini terlantar sakit.
No2umno - walaupun blog ini milik Pemimpin UMNO, wak ambil juga kerana yang baik kita war warkan, yang jahat pun kita dedah dedahkan. No2umnO tidak memilih berita kecuali untuk kebaikan semua pihak. Cehhhh ..... kelas gitu.
Labels: Kemiskinan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Umno hina istana, Pemuda PAS Terengganu buat laporan polis
tranungkite.
Beliau membuat laporan itu mengenai tindakan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Terengganu yang telah mengeluarkan kenyataan di dalam Berita Minggu bertarikh 23 Mac lalu yang telah diketuai oleh Mohd Sabri Alwi yang menuduh pihak Istana Terengganu campur tangan dalam urusan pemilihan menteri sesar.
"Saya sesungguhnya percaya bahawa sidang akbar itu bertujuan untuk menghina Sultan Terengganu dan mencabar kewibawaan baginda dalam menggunakan budi bicara baginda untuk melantik Menteri Besar Terengganu.
"Saya juga percaya tindakan itu juga bertujuan untuk menghina Sultan Terengganu dan menghasut rakyat supaya menderhaka kepada baginda Sultan Terengganu yang juga merupakan Yang Di-Pertuan Agong," ujarnya dalam laporan itu.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat juga memohon pihak polis membuat siasatan di atas satu kain rentang (banner) yang dipercayai bertujuan menghina pihak istana yang berbunyi, 'Kami Nak Idris, Natang'.
Sehubungan itu, beliau memohon pihak polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan (mencetuskan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong) ataupun mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang lain yang terpakai.
"Saya membuat laporan pihak polis dapat mengambil tindakan terhadap tindakan pemimpin Umno Terengganu yang terus menerus menghina Sultan Terengganu dan berusaha untuk menghasut rakyat menentang Sultan Terengganu," ujarnya .
Baca Selanjutnya bersama isi kandungan lapuran polis...
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Raja Petra dan tiga defendan diperintah bayar RM7 juta kepada Naib Canselor UUM
ALOR STAR 26 Mac – Penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan diperintah membayar ganti rugi RM7 juta kepada Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Nordin Kardi dan UUM dalam satu kes saman fitnah.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Star, Priscilla Gengadaran hari ini membuat taksiran ganti rugi sebanyak RM7 juta yang patut dibayar kepada Nordin Kardi dan UUM selepas defendan menyiarkan fitnah terhadap mereka dalam laman web dan akhbar Suara Keadilan.
Nordin Kardi dan UUM menyaman empat defendan dalam kes tersebut.
Defendan pertama ialah Raja Petra, defendan kedua parti PKR, diikuti Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan dan editornya.
Mahkamah memutuskan Raja Petra memfitnah Nordin dan UUM apabila mendakwa dalam sebuah laman webnya DURL www.malaysia. today.net pada 16 Disember 2006 secara penulisan menyiarkan sebuah artikel bertajuk: Dato Dr. Nordin Kardi ciplak karya saya? Mohon penjelasan.
Nordin Kardi mendakwa beliau telah difitnah selama tempoh dua minggu penerbitan artikel berkenaan dan fitnah tersebut adalah melibatkan profesion dan integriti beliau untuk mengetuai sebuah universiti awam.
Sementara defendan kedua, ketiga dan keempat didakwa menyiarkan sebuah artikel bertajuk: NC UUM penciplak dalam akhbar Suara Keadilan bilangan 098 bertarikh 27 Disember 2006 hingga 10 Januari 2007 di muka surat 26 akhbar defendan kedua. - Utusan
Labels: Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Idris, Rosol dan Din Adam ditarik gelaran datuk
siasahdaily.
KUALA TERENGGANU, 26 Mac: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.
Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiag mereka itu berkuatkuasa serta merta.
Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.
Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jelas Mat Taib Berbohong Lagi
Menurut laporan kebanyakan akhbar hari Mat Taib mengatakan ketua-ketua perhubungan negeri UMNO sebulat suara bersetuju untuk tangguhkan pemilihan pimpinan parti.
Tetapi di bawah tajuk “No need to defer Umno elections, says NS Mentri Besar” the Star melaporkan melaporkan bahawa MB Negri Sembilan Mat Hassan, hari ini, tidak bersetuju untuk menundakan pemilihan pucuk pimpinan parti.
Apakah Mat Hassan sebagai MB NS bukannya ketua perhubungan NS?
Jadi bagaimana Mat Taib boleh kata semua ketua perhubungan negeri sudah “sebulat suara” bersetuju untuk tidak diadakan pemilihan parti untuk mengelakkan “malapetaka”?
Labels: MAT TYSON MAT THAILAND, Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Deep Shit Fishing for Dollah Dehaka
kickdefella
HRH The Agong has spoken. The King has sent Dollah on a deep shit expedition. It surely will not be an easy one for Dollah especially after he was given the ultimatum to accept the appointment of the Terengganu Menteri Besar or face more shit on his face.
Dollah was asked to provide the detail expenditure of the RM1.2B a year that Idris Jusoh received from the federal government since he became the MB of Terengganu.
Are we going to see the establishment of a Royal Commission if Dollah fails to present to the King the detail expenditure?
Are we also going to know who is the real MB of Terengganu from 2004 until March 2008? Who is Patrick Badawi and what is his relationship with Kamaluddin Abdullah’s wife? What is the business relationship between Kamaluddin and Patrick Badawi? Why is the RM50M Crystal Mosque actually cost ten times higher upon finishing? Why is RM350M was spent annually on Monsoon Cup and how has it benefits the poor in Terengganu? With only four years to go for Terengganu to enjoy the gas and petroleum, why are Terengganu still listed amongst the poorest state in Malaysia and with such a huge default in federal loans, etc, etc, etc and etc……. the list continues.
Surely, this is really a deep shit fishing trip for Dollah Derhaka. How will Khairy Jamaluddin comes handy this time.
How King Patrick’s spent the money
And he enjoyed it so much
Only King Patrick can advise Dollah
But Back in Seri Perdana, The King has to report to The Boss, Mr Scomi Guy .... (more pix ....at kickdefella)
Labels: DOLLAH derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
876 ketua kampung di Perak akan letak jawatan - Alhamdullillah !!!
IPOH 26 Mac – Sebanyak 876 ketua kampung di seluruh Perak akan meletakkan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei ini kerana tidak sehaluan dengan kerajaan campuran negeri ini pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selain mereka, sebanyak 13,140 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan turut berbuat demikian.
Presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak, Zukiman Jalil memberitahu satu sidang akhbar di sini hari ini, semua ketua kampung itu akan memberi notis peletakan jawatan kepada kerajaan Perak pada 1 Mei. - Utusan
Labels: Ketua kampung Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MENGAPA TANGGUH?
Mohamad yang juga ahli Majlis Pengerusi Umno Negeri Sembilan berkata, mengapa pemilihan parti hendak ditangguhkan sedangkan ia mesti diadakan juga kemudiannya.
"Mengapa hendak tangguh pemilihan parti? Jika ditangguhkan sekarang, ia kena diadakan juga kemudian," kata Mohammad yang menegaskan itu adalah pendangan peribadinya.
Menurut beliau lagi, jika Umno menghadapi masalah, tiada sebab untuk lari daripada menghadapinya.
"Kita mesti menyelesaikannya dalam semangat sebenar Umno," katanya lagi sambil menegaskan bahawa setiap masalah tidak boleh ditutup begitu sahaja.
Sementara itu, TheStar Online melaporkan Dr Khir Toyo pula berkata Umno perlu mendapatkan pandangan dari akar umbi sebelum memutuskan sama ada hendak menangguhkan pemilihan parti.
Bekas menteri besar Selangor itu berkata, pada kebiasaannya, keputusan dibuat di peringkat atasan tanpa mendapat maklumbalas dari akar umbi. - Malaysiakini
Labels: Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
GUAN ENG BATAL PEMBELIAN 5 PROTON PERDANA
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata mesyuarat exco negeri hari ini sebulat suara bersetuju untuk membatalkan pembelian lima buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan anggota exco kerajaan negeri.
Lim berkata pembatalan pembelian kereta yang berjumlah RM623,000 itu adalah sebagai langkah untuk perbelanjaan berhemah seperti yang telah diputuskan oleh mesyuarat exco minggu lepas.
Difahamkan lima buah kereta itu dibeli semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kesemua kereta itu ditempah oleh kerajaan yang lama tetapi tidak sampai lagi, jadi kami membatalkannya kerana buat apa beli kalau tidak mampu untuk bayar nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini.
Lim berkata kesemua anggota exco kerajaan yang baru juga bersetuju untuk menggunakan kereta sedia ada bagi menjimatkan wang rakyat.
Katanya kereta yang ada sekarang berusia antara lima hingga lebih 10 tahun dan masih boleh digunakan.
"Keputusan ini juga telah disampaikan kepada Setiausaha Kerajaan negeri dan beliau juga bersetuju untuk membatalkan pembelian itu," katanya.
Ditanya tujuan pembelian lima buah kereta itu Lim berkata:"Kitapun sudah batalkan pembelian itu jadi tidak mahu ambil tahu tujuan pembelian kereta itu oleh kerajaan yang lama".
Kepada isu penyelewengan tanah Lim berkata satu perjumpaan akan diadakan dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada Jumaat ini bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes itu.
"Jumaat ini saya akan diberi taklimat oleh BPR mengenai perjalanan siasatan berkaitan kes itu," katanya. - Bernama
Labels: DAP Penang
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO Musuh Melayu?
cetusan-hati.
Selepas singgah berjumpa mata dengan Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri, Sdr Fairuz di Komtar, kami mengambil kesempatan melawat saki baki kampung Melayu yang belum ditelan 50 tahun peminggiran tersusun UMNO-Gerakan.
Derita - itulah kata-kata penduduk kampung yang kami temui di Tanjung Tokong dan Jelutung.
Mereka diburu - UDA yang diamanahkan oleh Tun Razak pertengahan 70an, kini doremon yang cukup mereka takuti. Mereka luahkan dalam bentuk foto pimpinan pembangkang, kain rentang, bendera roket, bulan dan keadilan - setiap pelusuk kampung. Apa lagi jika bukan kemarahan, hilang kepercayaan dan kebencian - kepada BN. Tidak hairanlah, BN kecundang.
Rakaman lensa spontan ini adalah rakaman sebuah kebangkitan dan pengharapan. Juga sebuah derita di bumi sendiri. Sebuah lukisan kegagalan yang amat nyata. Sebuah monumen hidup tentang peminggiran Melayu untuk tatapan UMNO tentang erti perjuangan mereka yang telah hilang.
Labels: Bangsa Melayu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ku Li menghadap Agong?
"Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada beberapa sumber yang berwibawa, Abdullah sebenarnya sudah pun mengadap Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada kira-kira jam 6.30 petang, 25 Mac 2008.
"Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pula diberitakan telah mengadap Baginda pada tengahari 24 Mac 2008," kata Ruhanie dalam blognya kuda-kepang.blogspot.com
Persoalan dan spekulasi timbul mengenai siapakah orang ketiga yang menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas Abdullah menghadap baginda.
"Dan, seorang lagi tokoh Umno yang kini dikatakan sebagai "the man on the spot" dipercayai mengadap Baginda selepas Abdullah pada senja 25 Mac 2008.
"Berdasarkan info inilah saya membuat posting (bertajuk) 'Percaturan Politik Malaysia Terkini: Adakah Sesuatu Sedang Menggelegak?'" kata bekas Ahli Parlimen Parit Sulong itu.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan "the man on the spot" itu.
"Selanjutnya, saya serahkan kepada kebijaksanaan dan imajinasi anda untuk meneruskan plot kisah ini".
Oleh kerana beliau menyebut "seorang lagi tokoh Umno yang kini dikatakan sebagai 'the man on the spot'", besar kemungkinan tokoh itu ialah Tengku Razaleigh. - harakahdaily
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
JANTUNG dan BR
Labels: Artikel
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ungkapan 'natang' ke balai polis
Sekumpulan penduduk Terengganu membuat aduan polis berhubung kain rentang, menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Idris Jusoh, yang didakwa menghina institusi raja.
Kumpulan itu, yang dikenali Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu, membuat laporan itu di balai polis Kuala Terengganu jam 11:20 pagi tadi.
Mereka meminta polis menyiasat beberapa kain rentang, antaranya yang dipamerkan penyokong Idris, di bandar itu yang menyebut "Kami nak Idris, natang".
"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang. - more...on Malaysiakini
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Pak Lah dan Khairy Menang Anugerah Pos Malaysia
the-antics-of-husin-lempoyang.
Kuala Lumpur Mac 25hb, 2008 – Pos Malaysia Berhad mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah Wakil Pos untok Pilihanraya 2008 kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Perdana Menteri Malaysia dan Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen Rembau.
Anugerah ini yang pertama kali dilancar tahun ini memberi penghargaan kepada pengguna-pengguna perkhidmatan Pos Malaysia Berhad. Ini merupakan usaha untuk mengekalkan kesetiaan pengguna di dalam suasana pasaran perkhidmatan yang lebih bersaing.
Abdullah merupakan pengguna perkhidmatan pos terbanyak semasa musim PRU12. Mengikut anggaran firma konsultan Etot Consulting, Abdullah telah menggunakan sekurang-kurangnya 10,096 undi perkhidmatan Pos Malaysia untuk menaikkan lebihan dari 1,150 ke paras lebih ketara 11,246 undi.
Perkhidmatan Pos Malaysia lebih bermakna untuk Khairy. Undi perkhidmatan pos menyelamatkan Khairy dari kalah sebanyak 83 undi untuk menang lebihan undi 5,746 undi. Etot Consulting menganggarkan penggunaan fasiliti undi pos yang digunakan adalah sekurang-kurangnya 5,829 undi.
Menurut jurucakap Pos Malaysia, Cik Jenny Stamp, sebanyak 12,000 dan 6,000 orang anak Kepala Batas dan Rembau menyertai perkhidmatan keselamatan negara. Jumlah anggota askar dan polis negara adalah lebih kurang 180,000 orang.
Pos Malaysia mengalu-alukan sumbangan mereka kepada kemajuan syarikat. Pemenang-pemenang untuk tahun ini amat bermakna kerana perkhidmatan Pos dapat meletakkan wakil di Parlimen dan pucuk kepimpinan negara. Pos Malaysia menganggap mereka lebih merupakan Wakil Pos dari Wakil Rakyat.
Selain mendapat hadiah pertama mesin pencelik mata berkomputer dan sarung tangan menahan batal air sembahyang, Abdullah juga diberi tawaran untuk jawatan posmen sukarelawan apabila bersara. Khairy pula diberi tawaran jawatan posmen untuk Rembau apabila kerjaya politik yang dijangka menunggu masa untuk berakhir. Dia memenangi hadiah sangkar kera dan berok, dan alat solek lelaki, yang termasuk ubat pemutih muka dan clorox mulut.
Upacara penyampaian hadiah masih belum ditetapkan lagi memandangkan kedua-dua pemegang anugerah sedang sibuk bertengkar dengan Raja-Raja Melayu dan menguruskan perpindahan harta karun ke Perth, Australia.
Disamping rakan cemolot mereka yang tidak bertanding, Kalimullah dikatakan telah melarikan diri ke London. Pos Malaysia berharap dapat menawarkan perkhidmatan Pos Laju untuk menghantar salinan dokumen kerajaan dari Abdullah dan Khairy. – Agensi Husin Lempoyang
Labels: Kelakar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Malay NGOs going against Perak Sultan’s wishes
Star
IPOH: The Malay non-governmental organisations in the state are going against the Perak Sultan by rejecting the six-three-one formula for the make-up of the state executive council, said Mentri Besar Mohamad Nizar Jamaluddin.
He said the organisations, numbering about 20, were exposing themselves to unnecessary trouble from the palace by insisting there should be more Malays in the exco line-up.
He pointed out that it was the people whom the Sultan would listen to on who should be in the executive council, not the NGOs.
“But if the NGOs want to make noise, that is their right,” he told reporters after meeting with village heads and penghulus at the State Secretariat here yesterday.
“If they want to go against the wishes of the Sultan, let them fight. And we should get away from these NGOs,” he quipped.
On Sunday, Nonee Ashirin Mohd Radzi, who chaired a special meeting with the NGOs, said they could not accept the formula, as it did not reflect the composition of the state population with Malays as the majority.
The formula agreed upon by the new state government would see the DAP taking up six exco posts, PKR three and PAS one.
The NGOs had also rejected the creation of two Deputy Mentri Besar posts, on the basis that the positions were not provided for in the state Constitution and only served to fulfil the DAP’s political interests.
However, Mohammad Nizar said the question about the two deputy Mentri Besar posts did not arise as the names had already been finalised and submitted to the Sultan of Perak.
Asked about the exco line-up, Mohamad Nizar said the new state government was awaiting word from Sultan Azlan Shah who was presently in London.
Meanwhile, Mohammad Nizar clarified that the 18 DAP assemblymen, in accepting him as a Malay mentri besar, did not mean that the party had acceded to Malay supremacy.
“No, I think that the assemblymen were accepting what has been provided for in the state constitution, and are abiding by it,” he said.
He urged all doubters to give them 100 days to prove themselves, likening the new state government to a marriage.
“A couple might be newly married, but after three months, they would truly be in love. Three months is a fair period to judge and assess (the new government). Anything less is unfair,” he added.
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Dari Bodoh ke Nyanyuk.
Jika rakyat kata bahawa “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang paling bodoh mungkin keterlaluan dan dianggap kasar tetapi apa yang dikatakan oleh dia nampak tidak cerdik dan tidak pandai dan adalah tahap terakhir sebelum dikatakan bodoh, sehingga beberapa SMS yang dikirim dan beredar menyebut dia sebagai Abdullah Bodohwi dan bukan Abdullah Ahmad Badawi.
Kenapa dia tidak dikira sebagai orang bijak dan sebaliknya sudah sampai ke peringkat bodoh dan menunggu masa ke arah dipanggil nyanyuk, kerana berdasarkan kenyataan di atas yang hanya ikut sedap mulutnya. Tidak ke dia selaku Perdana Menteri tidak mengetahui bahawa Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, mengikut apa yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya yang bertulis:
Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua Agama Islam.Maka untuk tujuan apa Abdullah Hj Ahmad untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong? Sekiranya apa yang berlaku sekarang di Terengganu selepas majlis menghadap itu maka dengan sendiri Yang Di Pertuan Agong sudah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja kenalah bermesyuarat untuk menggugurkannya.
Tetapi Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan dengan dibantu oleh Ayahandanya Sultan Perak yang juga bekas Ketua Hakim Negara atau Raja-Raja lain yang berpengalaman kemungkinan Yang Di Pertuan bagi perkenan menghadap kerana membincangkan perkara negeri Terengganu tidak mungkin akan berlaku, kecuali sambil-sambil menghadap dalam soal pentadbiran negara Abdullah Hj Ahmad menyentuh perkara Terengganu kemungkinannya ada tetapi itu pun menjadi satu kesalahan.
Abdullah Hj Ahmad sewajarnya mencari sebab musabab kenapa boleh berlaku insiden yang memalukan ini. Sudah beberapa kali ditulis dalam blog dan laman web oleh mereka yang mempunyai kebebasan akal dan fikiran akan perihal Abdullah Hj Ahmad ini bergantung akal fikiran dari anaknya Kamalludin dan menantunya Khariry Jamalludin. Itu sebab selaku ketua Parti, dia perlu mengambil iktibar bahawa cara menyelesaikan sebarang isu ialah dengan mencari puncanya. - Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pak Lah juga perlu bertanding
"Amalan (kuota) ini dibuat di zaman Tun Dr Mahathir Mahathir. Walaupun beliau pernah dicabar Tengku Razaleigh tetapi Umno kembali kuat," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat khas Umno bahagian Cheras malam tadi.
Oleh itu, katanya, Abdullah juga tidak perlu takut untuk bertanding mempertahankan jawatan presiden.
Syed Ali berkata, ini kerana kemenangan melalui pertandingan membuktikan beliau seorang 'anak jantan' yang berani berdepan dengan apa juga cabaran.
Beliau berkata, sistem kuota juga menyebabkan berlakunya rasuah apabila pemimpin yang mahu bertanding membeli pencalonan daripada bahagian-bahagian.
"Keadaan ini menyebabkan hanya orang tertentu sahaja yang mampu membeli sokongan dari bahagian untuk mendapat pencalonan yang mencukupi mengikut sistem kuota tersebut," katanya.
Cara ini, tambahnya, tidak sihat dan gagal melahirkan barisan pemimpin yang benar-benar tulen seperti yang dikehendaki oleh para ahli.
Syed Ali berkata, bahagian itu juga menyokong gesaan supaya Umno mengadakan perhimpunan agung khas untuk membincangkan prestasi buruk BN, khususnya Umno dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu. - Malaysiatoday
Labels: Belit Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PM ‘Flip Flop’ mengkhianati UMNO dan Melayu tatkala desakan untuk berundur atau dicabar makin intensif?
Makin banyak pihak pihak dalam UMNO mengesa PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar mengambil tanggung jawab penuh (accountable) atas kekalahan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi buruk BN dalam Pilihanraya Umum XII (PRU 12) 8 Mac 2008.
Bermula dengan mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesa PM ‘Flip Flop’ Abdullah berundur, sejurus tamat PRU 12. Bahagian Muar telah secara lantang membuat gesaan PM ‘Flip-Flop’ berundur, setelah Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, MP Jerlun, membuat kejutan dengan tersebar berita mengenai surat peribadi kepada Presiden UMNO itu dua minggu lepas. Masa yang sama, ketua Bahagian UMNO Gua Musang Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah mencadangkan bahawa akar umbi UMNO meminta satu EGM diadakan untuk membincangkan kemelut yang UMNO hadapi hari ini dan hala tuju UMNO dan Melayu. Bahagian lain pula, seperti UMNO Cheras dengan lantang menyuarakan agar diadakan pemilihan jawatan UMNO disemua peringkat, termasuk Kepimpinan. Malah usaha untuk ‘mempertahankan’ Kepimpinan, seperti apa yang berlaku di Pemuda UMNO Bukit Bintang semalam, telah gagal.
Walaubagaimanapun, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhammad Taib mencadangkan bahawa pemilihan UMNO ditangguhkan sehingga 2009, kunun kunun menurut kehendak wakil wakil Zon yang bertemu dengan Presiden UMNO secara tertutup semenjak minggu lepas.
Ini disanggah oleh Mukhriz, dengan menegaskan bahawa penangguhan pemilihan UMNO akan makin melemahkan parti. Kegagalan Presiden UMNO untuk menunaikan apa yang dijanjikan tahun lepas akan mengkukuhkan sifat ‘Flip-Flop’ beliau itu. - bigdogdotcom
Labels: Dollah gila kuasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Khairy, Jangan Bongkak Dengan Sijil Nikah
aminiskandar
Saya mohon maaf kepada semua pembaca blog ini. Dahulu saya pernah berjanji untuk berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai anak menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin. Tapi apakan daya, anak menantu yang bernaung dibawah ketiak bapa mertuanya masih angkuh walaupun parti yang didokongnya semakin parah dengan krisis dalaman yang tidak sudah – sudah.
Khairy Jamaluddin,
Ya, saya sedang menulis mengenai anda. Tentu anda bangga bukan. Ya lah, nama anda sedang diperkatakan oleh saya yang kerdil jika mahu dibandingkan dengan anda yang sudah pun bergelar YB. Tapi kenapa ya saya masih mengata anda. Kenapa ya? Oh ya, sebab anda masih angkuh. Mari sini baca artikel ini. Saya mahu menyedarkan anda supaya berpijak kepada dunia nyata.
Lupakah anda satu ketika dahulu anda pernah berkata golongan muda sudah mula mengalihkan sokongan kepada Umno. Dengan bangganya anda sewaktu perhimpunan agung Umno sebelum PRU 12 dijalankan menayangkan video bagaimana sengsaranya Umno ketika gerakan REFORMASI dilancarkan pada tahun 1998. Anak muda pada waktu itu langsung tidak mahu menyokong Umno dan akhirnya menyebabkan Terengganu dirampas oleh PAS, Kedah nyaris tumbang di tangan PAS, beberapa kawasan kubu kuat Umno nyaris tumbang kepada PAS dan KeADILan waktu iu. Tapi, pada tahun 2004 Umno kembali berkuasa dengan begitu selesa. Nah dengan segera anda claim orang muda mula mengalihkan sokongan Umno. Persembahan video yang anda reka itu menunjukkan bagaimana orang muda mula megah memegang bendera dacing. Tapi kan YB Khairy, ye ke orang muda mula beralih arah? Kalau beralih arah, masakan 4 negeri tumbang di tangan Barisan Rakyat.
Lupakah anda dengan kempen “18 Tahun Pade Doh” yang kononnya rakyat Kelantan sudah muak dengan PAS. Tapikan Khairy, dahlah Kelantan anda tak dapat rampas, negeri kelahiran bapa mertua anda pula yang terlepas ke tangan Barisan Rakyat. Haishhh, kesian. Saya tahu anda begitu yakin Kelantan akan jatuh ke tangan Barang Naik (BN) sebab itulah anda telah membeli Kuari di Kelantan tapi kesian kuari pergi mana Penang pun entah ke mana.
Lupakah anda wahai Khairy Jamaluddin ketika pilihanraya kecil di Ijok, anda dengan garang (konon) tampil dengan slogan “SEDIA GEMPUR, PKR TERKUBUR”. Ya anda menang ketika waktu itu (mahu tak menang semua jentera kerajaan diulangi jentera kerajaan bukan jentera parti sahaja tumpu kat sana). Tapikan Khairy, ermm PRU 12 Ijok dapat dekat siapa ya. Siapa nama dia…Tan Sri Khalid Ibrahim kan?
Lupakah anda Khairy Jamaluddin, ketika Ijok berjaya dimenangi oleh BN anda dengan muka macam Khaipanzi mengatakan pengaruh Anwar Ibrahim telah terkubur. Ermm terkubur ek. Kalau terkubur tak ada lah sampai 4 negeri tumbang dan kerusi di parlimen di Kuala Lumpur BN hanya mampu pertahankan satu sahaja.
Lupakah anda Khairy Jamaluddin, ketika Pengerusi Umno Negeri Selangor yang baru yang kaki rasuah mula membuat langkah menyerang para bloggers anda selamba beruknya mengatakan blogger – blogger ini macam monyet. Tapikan bapa mertua kamu yang negerinya tergadai pun telah mengaku para blogger lah yang memainkan peranan yang paling aktif dalam melaporkan perkara sebenar yang akhirnya ermm jangan marah saya nak sebut. Sampai majoriti 2/3 BN tak dapat.
Lupakah anda Khairy Jamaluddin, kerana terlalu yakin rakyat akan menyokong anda kerana hanya berdasarkan keputusan pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir, Machap dan di Ijok. Tapi YB Khairy, jangan lupa pula dengan kemenangan anda di Rembau. Dengan gaya gangster, dengan gaya angkuh dan terlalu yakin menang anda telah dikejutkan dengan langkah pahlawan anak muda yang tidak sekaya anda. Nak saya ingatkan siapakah gerangan anak muda tersebut. BADRUL HISHAM aka Chegu Bard. Gelombang yang dicetuskan oleh beliau telah menyebabkan anda pada kiraan undi awal telah tewas sebanyak 800 undi lebih dan ya lah anak menantu mana boleh anak menantu kalah maka anda telah mengarahkan pihak SPR menghalau orang – orang PKR keluar dari dewan dan 3 buah kenderaan pacuan 4 roda masuk ke dewan dan dengan segera anda menang dengan majoriti 5 ribu lebih. Ermm tahun 2004 Parlimen Rembau, BN menang 18 ribu lebih tapi tahun ini 5 ribu lebih sahaja. Jadi jangan bongkak ya. Apa maknanya? Orang Umno Rembau sendiri benci kepada anda inikan pula rakyat Rembau yang tidak berparti.
Jadi buat Khairy Jamaluddin, sudah – sudahlah mengeluarkan kenyataan untuk mengecam tindakan kerajaan BR di Kedah kerana memberikan tiket percuma untuk rakyatnya. Anda tak serik lagi ke? Anda ingat Ustaz Azizan itu bodoh ke? Tak usah nak ingatkan dia mengenai jumlah wang yang perlu dibayar kepada FAM tahulah lelaki berumur itu jalankan tanggungjawab dia sebagai pemimpin. Bukan macam kamu, konon pertahankan Melayu. Tapi Umno Terengganu panggil Sultan Terengganu binatang, tak ada pula tindakan selanjutnya. Kalau nak jadi pemimpin, tegaslah. Kalau betul nak bela Melayu, pergi tangkap Derih and The Gang. Jangan tunjuk jaguh tapi bila Sultan Terengganu (Daulat Tuanku! Patik hormat Tuanku) kena hina diam menikus takut, bacul dan penipu. Konon bela Melayu.
Jadi Khairy Jamaluddin, cukuplah, nasihatilah ayahanda mertua kamu untuk letak jawatan dan anda pergilah jaga butik anda di Pavillion yang bernama TENC (The Emperor New Clothes). Jangan sibuk – sibuk lagi dengan politik.
SEBAB BAGI KAMI ANDA TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN.
Labels: Beruk Rembau
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
DOLLAH TAK PERASAN RAKYAT DAH BERTENANG
Dato Seri ..... bangun la !!! Dato' Seri masih tidur lagi ke? Kami semua dah bertenang. Sultan Terengganu dah selesaikan masalah kami. Dato' Seri tak perasan ke? Yang Dato Seri ajak rakyat bertenang buat ape? Tinggal Dato seri aje yang gabra....kitorang semua dah ok. Kami dah sampai ke bulan, Dato' Seri baru terheggeh heggeh panjat tangga lagi ke?
"ZzzzZZZZZZZ .......hah ape?", jawab Dollah Badawi.
Rujuk:
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengulas Datuk Ahmad Said, yang dilantik oleh pihak istana kelmarin, yang mula menjalankan tugas rasmi walaupun belum mengangkat sumpah.
"Kita tahu keadaan di peringkat bawah. Ada pihak yang mengeksploitasi keadaan itu untuk kepentingan mereka. Jadi wujud macam-macam kekeliruan.
"Kita mesti bertenang dan pada masa yang sama tidak mengabaikan isu yang perlu ditangani," katanya selepas menyampaikan ucaptama di seminar pelaburan Invest Malaysia 2008.
Abdullah bagaimanapun tidak memperincikan maksud "eksploitasi" yang sedang berlaku di negeri itu.
Beliau mengulangi kesediannya untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan krisis pelantikan menteri besar itu - perebutan antara Ahmad dengan pengerusi BN negeri Datuk Seri Idris Jusoh yang kini masuk hari ke-17 selepas pilihanraya umum 8 Mac. - Malaysiakini
Labels: Dollah dengkur
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Yang bersalah adalah sikap kepimpinan BN
“Yang bersalah dalam kes ini adalah sikap kepimpinan BN yang hanya menamakan seorang sahaja calon MB ketikamana calon berkenaan tidak diterima oleh istana Terengganu,” kata Sabky.
Menurut Perlembagaan, kata Sabky, raja atau sultan hendaklah melantik mana-mana pihak yang pada pandangan baginda mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.
Ini bermakna, istana boleh memilih mana-mana calon. Yang silapnya adalah Presiden Umno hanya berkeras untuk melantik Datuk Seri Idris sahaja sebagai MB.
“Sepatutnya BN mengemukakan calon lain bukan berkeras untuk melantik Idris sahaja,” katanya yang merasa hairan dengan sikap itu sehingga sanggup memperjudikan nasib sebuah kerajaan negeri miliknya.
Beliau memberikan contoh yang berlaku di Perak apabila pemangku Raja Perak meminta tiga nama untuk dipilih dari mereka seorang menteri besar.
“Tugas BN dalam krisis sebegini adalah meraikan kuasa Sultan, bukannya berkeras untuk menafikan kuasa Sultan. Bila BN gagal kemukakan calon yang dipersetujui oleh Sultan berlakulah constitutional deadlock,” katanya.
Apabila perkara ini berlaku, Sultan, katanya boleh melantik calon yang difikirkan baginda akan mendapat sokongan majoriti dalam DUN.
“Sebab itu, bagi saya perlantikan Ahmad Said oleh istana adalah sehaluan dengan kehendak perlembagaan,” kata beliau.
Menurut Sabky, sultan tidak semestinya menunjukkan bukti sokongan majoriti semasa perlantikan dibuat tetapi ia boleh dibuktikan kemudian.
“Cukup dengan baginda percaya, MB Terengganu yang dipilih itu akan mendapat sokongan majoriti,” katanya. - Siasahdaily
Labels: ALAHAI IDRIS ....
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
"UMNO tipu aku hidup hidup"
Makcik Tua di tipu UMNO
Radenjowo
Wak kenal benar dengan seorang Makcik Tua yang tinggal berdekatan dengan rumah. Suaminya sudah meninggal dan merupakan penyokong kuat UMNO sejak zaman 1970 lagi. Dia pernah melalui 13 Mei dan mungkin sebab itu lah beliau cukup bimbang dengan kemungkinan kekalahan UMNO jika ianya berlaku.
Sebelum pilihanraya, diulang ulang kepada keluarga dan saudara terdekat. Jangan undi parti lain, nanti kaum India atau Cina akan membuat kecoh, Malaysia bakal berperang. Wak diam aje sebab hormat pada dia dan mungking faktor umur menjadi alasan kenapa tidak wak bantah apa yang dikatakan. Kalau orang muda, sudah pasti wak belasah secukup rasa.
Nak jadikan cerita pada malam 8hb. selesai pilihanraya, dia lah yang paling bimbang. Kehulu dan kehilir. Kepala runcing, hati pun bimbang. Cerita dari anak cucu yang melayari internet memberitahu bahawa UMNO bakal menghadapi kekalahan. Berlainan dengan apa yang diberitakan di TV, ketika itu. Namun dia ni memang percaya pada cucunya, walaupun cucunya kerap kali menipu.
Maka kebimbangannya menyebabkan, dia mengajak beberapa orang cucu untuk tidur bersamanya pada malam itu. Kerana letih, dia tertidur sehingga waktu subuh. Bimbang ... memandangkan rumahnya dikelilingi oleh penempatan dan rumah kaum India.
Pagi keesokan harinya, dia terus menalipon wak. Memandangkan cucu cucunya masih tidur, maka ditanya wak tentang keputusan pilihanraya. Maka wak pun cerita berpandu kepada info yang wak tau. Kawasan kita dah jatuh ke tangan pembangkang, PAS, itu kata wak, ketakutannya menjadi jadi.
Selepas letak talipon, dia dikatakan menjenguk ke luar jendela memerhatikan keadaan sekeliling. Peristiwa 13 Mei menghantui pemikiran orang tua ni. Dilihatkan cucu cucunya yang berada di dalam bilik dan semuanya masih terbongkang berdengkuran. Kaki atas kepala dan kepala di bawah kaki. Semua bentuk acara akrobatik tidur pun ada.
Dia talipon wak semula dan mengesahkan berita kekalahan UMNO dan BN. Dia bertanya kalau kalau ada apa apa yang berlaku. Maka wak kata, "Tak der pun". Maka hari itu dan berikutnya dia masih berjaga jaga sehingga lah beberapa hari selepas keputusan pilihanraya dan tiada perkara yang mudharat berlaku sehingga lah sekarang.
Ini lah yang berlaku pada ramai orang Melayu dan bangsa lain. Takut untuk berubah memikirkan kemungkin buruk akan berlaku. Takut kerana setiap hari di hebahkan berita dan info negatif dari media yang menjadi alat menakutkan bangsa bangsa yang cuba untuk berubah. UMNO dan BN, mahu rakyat terus berada di bawah tempurung. Dan sekarang rakyat Malaysia sudah menyaksikan bahawa tiada apa apa yang berlaku selepas UMNO dan BN kalah teruk. Dan sepatutnya kita semua boleh memikirkan betapa UMNO dan BN ini menipu dari dulu sampai kini. Tak pernah yang betul.
Bila orang lain tak gaduh, dia yang kecoh. Kecoh sampai memalitkan kekecohan pada pihak lain. Sebenarnya bukan rakyat yang takut pada perubahan kerajaan, tetapi UMNO dan BN takut hilang kuasa pemerintahan. Nasib baik masih ramai yang boleh berfikir.
Kita akan lihat dan memantau kemajuan yang bakal berlaku pada 4 tahun akan datang. Rakyat sudah tidak lagi bimbang dan kalau BA mampu membawa perubahan, BN akan kekal menjadi pembangkang untuk 50 tahun akan datang sehinggalah BA pula akan rosak dengan ketamakan pemimpin pemimpin yang bakal ujud satu hari ini. Waspada Kalau BA tidak dijaga, dia akan punah, semusnah UMNO dan BN.
Dan wak bertemu lagi dengan makcik tua tu semalam dan dia berkata, "UMNO tipu aku hidup hidup".
Labels: Radenjowo
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Keris Nogosostro
Keris ini yg benar-benar asli dan pertama kali dibuat, hanya terdapat dikeraton Jogjakarta, jika terdapat keris dengan nama yg sama, maka dapat dipastikan keris tersebut aspal (asli tapi palsu), tetapi mungkin asli tetapi jauh berbeda dengan keris yg pertama kali dibuat. Keaslian dari keris jenis ini adalah dapat dilihat jika dipegang diatas air, maka bayangan yg timbul pada permukaan air bukanlah sebuah keris melainkan ratusan ular yg berada dalam air. Sedangkan jika kita berada dalam gelap dg hanya bantuan sebuah lilin, maka akan timbul bayangan ular yg membentuk bayangan naga ( atau hampir menyerupai bayangan naga ). keris Nogososro memang banyak terdapat di masyarakat, namun tingkat kekuatan yg ada dalam keris tsb tergantung dari kekuatan yg diberikan oleh sang empu pada saat proses pembuatan. Keris Nogososro yg memilki kekuatan terbesar dipercaya oleh masyarakat Jawa adalah keris yg dibuat pertama kali sbg pencetus keris Nogososro.
Labels: Ilmu
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Alumni SMSS pertahan istana
Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMSS), di sini, menyokong kedaulatan Istana Terengganu dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan sama ada melalui pemasangan kain rentang atau percakapan penghinaan ke atas institusi raja berhubung kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu.
Kenyataan dianggap menghina oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengenai isu pelantikan Menteri Besar dianggap sebagai melanggar prinsip Rukun Negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Wakil Alumni SMK Sultan Sulaiman, Rosdeen Md Hasnan, berkata raja adalah institusi terakhir untuk rakyat mempertahankan kesucian agama dan kedaulatan bangsa, tetapi disebabkan perasaan tidak puas hati menyebabkan ada segelintir rakyat cuba mencemarkan kesucian itu.
Katanya, adalah kurang wajar dan tidak sopan oleh pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan yang menghina institusi diraja Terengganu dan mereka berikrar untuk berdiri teguh di belakang Sultan Terengganu yang juga penaung alumni SMK Sultan Sulaiman dan Pemangku Sultan di atas keputusan istana mengenai pemilihan Menteri Besar. - Berita Hairan
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
BILA PENDERHAKA NI NAK BERHENTI?
PEJUANG YANG BAKAL TERKUNTANG KANTING SENDIRIAN
Beberapa hari lepas, dia lah HERO. Sekarang aku nak dengar sendiri sejauh mana JANTANnya EXCO Terengganu ini untuk meletakkan jawatan. Jangan cakap berdekah dekah beb. Kalau dah menderhaka, berhenti. Kalau tidak dibuang daerah pun sudah bernasib baik.
Kita nantikan kalau kalau ada kenyataan dibuat. PAHLAWAN UMNO konon. Rosol Wahid umpama, pak angguk yang malang. Berjuang untuk pemimpin, tapi akhirnya akan terkuntang kanting bersendirian. Jawab ........ harap harap Idris Jusoh atau Pak Lah boleh tanggung anak bini nya makan selepas meletakkan jawatan nanti. Atau suruh Patrick Badawi carum EPF atau SOCSO, untuk tanggung makan minum dia. Kalau sebelum ini dikatakan kenduri perkahwinan anaknya ditaja oleh YAM Patrick, kira ok la kalau tanggung Rosol sampai ke tua.
Labels: Rosol Bangang, UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Penyelewengan Idris sampai ke pengetahuan Tuanku Mizan
SinarSeharian
Maklumat sulit mengenai penyelewengan Dato Idris Jusoh dikatakan telah sampai ke pengetahuan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu, Tengku Mizan Zainal Abidin.
Beberapa pihak yang tidak berpuas hati dan tidak tahan dengan tindak tanduk Dato Idris yang begitu tamak mengaut keuntungan dari peruntukan wang ehsan yang berbilion ringgit itu kepada Duli Tuanku Sultan. Aduan yang sama katanya telah dihantar ke Biro Pencegah Rasuah (BPR).
Merurut sumber Istana, aduan tersebut dipersembahkan kepada Duli Tuanku Sultan kerana mereka percaya bahawa Tuanku Sultan memahami hakikat ini dan akan bertindak tegas menolak percalonan Dato Idris sabagai Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihanraya umum yang akan datang.
Antara penyelewengan terbaru yang dilaporkan termasuklah tuntutan VO (Variation Order) Masjid Kristal yang asalnya RM80 juta menjadi RM200 juta lebih. Juga turut didakwa adalah tuntutan VO stadium dari RM180 juta menjadi hampir RM300 juta.
Semua wang tuntutan ini difahamkan telah diluluskan kepada Kontraktor berkenaan yang kemudiannya dipulangkan kembali ke akuan peribadi pihak tertentu yang menjadi proksi dan kroni. Alasan diberikan kepada kontraktor kononnya wang tersebut untuk “Political Fund” tetapi semua wang yang diambil terang-terang itu dibolot untuk diri sendiri.
Dimaklumkan juga bahawa Kontraktor-kontraktor yang berkenaan berbuat demikian dalam keadaan berbuat demikian dalam keadaan dipaksa. Walau merekalah nantinya yang akan menangung akibat buruk, dan mereka sekarang diburu ketakutan memandangkan kes tersebut sudah sampai ke meja BPR, Dato Idris mungkin boleh terlepas, tetapi mereka akan menghadapi masaalah besar. Nama tercemar dan bisnes pun akan terganggu. Tetapi mereka tidak ada pilihan kerana tuntutan VO itu bukan kehendak mereka tetapi dipaksakan ke atas mereka dan dengan mudah diluluskan. Peruntukannya di ambil dari Tabung Ehsan.
Diperinkat awal mereka mungkin bergembira kerana dapat duit percuma, tetapi melihatkan jumlah yang diambil oleh krone dan proksi jauh lebih banyak dari keuntungan mereka dan merasakan dari mereka ditipu, kini knotraktor berkenaan sudah mula marah. Mereka juga meluat dengan sikap tidak malu dan tamak Dato Idris.
Maklumat dari sumber yang rapat dengan BPR juga menunjukkan kes tersebut telah dibuka dan dijangka akan dimulakan siasatan selepas pilihanraya umum nanti.
Labels: ALAHAI IDRIS ...., IDRIS DERHAKA
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Khalid to save PKFZ
Selangor Menteri Besar said his government wants to take over and manage operations at the Port Klang Free Zone (PKFZ) as part of its overall revamp of troubled projects and corporations within the state to bring these back to the black.
Rather than letting this Port Klang project go to ‘waste’ at taxpayers’ expense, the Selangor state government will try to turn it around to make it economically viable, said MB Abdul Khalid Ibrahim.
“I think the least (that) the public expect is that people who benefited from this must pay for their sins or crimes (through legal action).”
“I’m going to request the federal government that we be allowed to operate it so that the state can make use of these assets and enhance the economic activities of the port,” Khalid said in an exclusive interview at his office in Shah Alam.
Otherwise, the 406 hectares of real estate on which PKFZ is sited and more than RM4 billion that has been committed to develop the project may be in danger of going to waste, given the lukewarm reception on the part of local and foreign investors, he said.
“We will take it over at book value of RM1 or RM2, and then we can do it better. If you leave it alone, it becomes a ghost town,” he said. - maverickysm
Labels: Khalid Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PEMIMPIN BA MUNCUL DI TV3
Radenjowo
Pagi ini Berita TV3 menyiarkan temubual bersama Dato' Hassan Ali tentang kebajikan rakyat dan sistem kerajaan Selangor yang lalu. Beliau memberitahu tiada perubahan dibuat untuk masa ini dan tiada arahan perletakan jawatan kepada semua pihak. Teruskan dan kerajaan negeri akan tidak membuat sebarang perubahan drastik.
Yang menarik, Untuk pagi ini sahaja TG Haji Hadi dan Dato Hassan Ali sudah pun muncul di dalam berita berkenaan. Adakah ini perubahan kepada kaedah samarata antara BA yang dahulu di gelar pembangkang oleh media? Sama sama lah kita berdoa agar perubahan akan terus berlaku. Kita dah lama sangat tertekan....naik nak muntah jadinya.
Labels: Hassan Ali
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Rakyat pilih ketua kampung ... Bukan UMNO
SEORANG penghulu mengemukakan soalan kepada Menteri Besar Perak pada perhimpunan ketua kampung dan JKKK di Ipoh semalam.
IPOH - Mulai 1 Januari 2009, penduduk di 817 kampung di seluruh Perak berpeluang memilih sendiri ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melalui satu proses yang bakal diperkenalkan.
Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pelaksanaan sistem baru itu diharap mampu memberi lebih banyak peluang kepada penduduk terlibat memilih ketua mereka.
"Jika di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), kuasa memilih diserah kepada rakyat, tiada sebab konsep yang sama tidak dilaksanakan di peringkat kampung.
"Kalau rakyat merasakan ketua kampung yang sedang berkhidmat ketika ini baik dan tidak perlu ditukar, mereka boleh meneruskan khidmat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan ketua kampung dan JKKK seluruh Perak bersama Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini semalam.
Jelasnya, proses pemilihan ketua kampung akan dilakukan secara terbuka dan semua penduduk bebas mencadangkan nama calon yang difikirkan layak.
"Kerajaan negeri akan mengeluarkan garis panduan berkaitan melalui pejabat-pejabat daerah," katanya. - KOSMO
Menarik - Budaya UMNO yang memilih ketua kampung berdasarkan fahaman politik akhir TAMAT ..... bye bye UMNO dan budayanya.
Labels: Ketua kampung Perak
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
SEKURANG KURANGNYA MEREKA BIMBANG
Kadar tarif elektrik kekal
PUTRAJAYA - Kadar tarif elektrik sedia ada akan dikekalkan berikutan tiada perubahan harga minyak dan gas di negara ini, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Menteri Kewangan, dan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop masing-masing semalam menyatakan harga minyak dan gas kekal.
Apa yang penting bukan sahaja kadar tarif elektrik dikekalkan tetapi pengurusan terhadap permintaan dan kecekapan bekalan elektrik dipertingkatkan lagi sekarang, kata Shaziman kepada para pemberita selepas majlis serah terima tugas menteri berkenaan daripada Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik di kementerian itu di sini.
Sementara itu pada majlis berasingan, Perdana Menteri ketika mengumumkan pengekalan harga bahan api dan gas berkata: "Apapun harga sekarang, kita perlu menghadapinya," katanya yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita pada persidangan Invest Malaysia 2008 di sini.
Bagi gas, Nor Mohamed berkata: "Tidak ada keputusan untuk menaikkan harga gas pada masa ini."
"Jika ada kenaikan, kami tidak akan membebankan Tenaga Nasional Bhd. Mengapa perlu berbuat demikian," katanya ketika ditanya sama ada Petronas akan menaikkan harga gas.
Mengenai subsidi dalam mengurangkan jurang pendapatan, beliau berkata: "Kami sedang mengenal pasti cara menggunakan subsidi dengan lebih baik dan cekap dan ia sudah menampakkan kemajuan." - Bernama
Labels: Naik Harga
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Pemuda, Anak Muda dan muda-mudi V
Hari ini, siapa yang mampu menafikan perbezaan heroisme Pemuda terdulu, dengan sekarang? Kalau dulu, mana-mana yang tidak kena dalam PEKEMBAR, kumpulan Pemuda yang mendepani teguran.
Hari ini, apa saja yang membolehkan Pemuda disukai pucuk pimpinan (khususnya Presiden), itulah yang didahulukan. Seolah-olah, tidak ada langsung yang tersilap. Semuanya sempurna
Malah, jika dari kalangan Pemuda sendiri yang cuba menegur pucuk pimpinan, pemimpin Pemuda sendiri yang beria-ia mahu 'membunuh' anak buahnya sendiri. Apa ini? Kita boleh lihat contoh terdekat ini, Mukhriz dibidas, surat minta PM letak jawatan tak bertanggungjawab.
“Kita Pemuda UMNO akan ambil tindakan (terhadap Mukhriz) ikut saluran sedia ada. Bermakna kita tunggu mesyuarat Exco dahulu yang akan diadakan selepas pengumuman pembentukan Kabinet. Itu merupakan satu keputusan yang saya rasa realistik,” katanya.Rata-rata kita tetap akan menyatakan bahawa si pemimpin Pemuda itu hanya pandai mengambil jalan selamat, sekaligus akan dituduh sebagai pengampu - kerana semahu-mahunya membela Presiden, sehingga cuba 'membunuh' anggotanya sendiri. Sepatutnya anak buah dibela. - akalmuda
Labels: PEKEMBAR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Adakah Sesuatu Sedang Menggelegak?
kuda-kepang
Saya mendapat berita bahawa mulai tengahari semalam, pada dua tempoh waktu tertentu sebelah petang hari ini, dan dijangka bersambung lagi esok, terdapat beberapa percaturan aktif yang berlaku terhadap siasah dan kepimpinan negara yang mungkin membabitkan BN dan UMNO.
Bagaimanapun, saya rasa wajar untuk mentawakufkan dulu penyiaran apa jua info yang saya ketahui setakat ini. Saya sekadar boleh kongsikan dengan seluruh pengunjung blog ini bahawa segala-galanya adalah demi masa depan dan demi kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia seluruhnya.
Kalau anda ingin tahu siapakah yang terlibat dengan percaturan ini, jawab saya adalah: semua pihak yang seharusnya terlibat, katanya, memang sudah dilibatkan. Matlamatnya? Untuk menjernihkan suasana, untuk meleraikan kekusutan dan paling penting lagi utama, semoga aspirasi rakyat jelata menerusi PRU12 dihormati selaras dengan tuntutan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan!
Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya dengan penuh sabar. Sama-samalah juga kita panjatkan doa ke hadrat Illahi semoga segala-galanya beroleh restu, hidayah dan petunjuk menuju ke arah perjuangan yang lurus dan diredhaiNya. Insya Allah! – Ruhanie Ahmad
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ARAHAN TERBARU KEMENTERIAN PELAJARAN
ARAHAN HARAM TERKINI KEPADA PENGETUA2 SEKOLAH DI NEGERI BA
mr-khairul.
INFO TERKINI DARI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN MENGARAHKAN SEMUA SEKOLAH2 DI NEGERI2 YG DI PERINTAHI BA SUPAYA TIDAK MENJEMPUT PENCERAMAH2 ATAU PEMIMPIN2 DARI KERAJAAN BA UNTUK BERCERAMAH.
ARAHAN KERASNYA BERUPA UGUTAN KEPADA SETIAP PENGETUA2 DAN GURU2 BESAR SEKOLAH PERLU DI PATUHI JIKA TIDAK JAWATAN2 MEREKA DALAM KERAJAAN AKAN DI GANGGU GUGAT.
BEGITULAH SELAMAT, AMAN DAN MAKURNYA MALAYSIA KITA HARI INI YG DITABIR OLEH KERAJAAN PILIHAN RAKYAT DARI PARTI UMNO/BN.
BEGITULAH TERDESAKNYA PEMIMPIN2 DARI PARTI UMNO/BN INI MENGUNAKAN KUASA HARAMNYA SETELAH LEBIH 50 TAHUN MEMPENGARUHI BADAN2 KERAJAAN DAN MINDA RAKYAT YG RAKYATNYA RELA MENJADI ROBOT SEBAGAI ALAT KAWALAN OLEH PEMIMPIN2 UMNO/BN ITU SENDIRI.
DENGAN PEMBERIAN KUASA UNDI OLEH RAKYAT PADA PRU KE 12, MEREKA BEBAS MENGGUNAKAN ARAHAN SECARA HARAM DI LIMA NEGERI DAN MENYEKAT KEBEBASAN PENCERAMAH2 AGAMA,PAKAR2 MOTIVASI UNTUK MENAMBAH ILMU KEPADA PELAJAR2 MUDA KITA.
Labels: Menteri Sotong
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
UMNO BUSUK HATI
Blacklisted class F contractors
Sloone
”We’ve checked them out, they need to be blacklisted”.
So far, we’ve only heard about it. Friends in government service did gossip about it. But how far it is true, one cannot tell for sure.
Here is a letter on an UMNO letterhead addressed to the Works Department in Batu Pahat, Johor, informing the latter about a list of class F contractors who needed to be blacklisted because they are Opposition supporters. The letter was also copied to Johor Chief Minister Ghani Othman.
Hope our friends in the newspapers can help get feedback regarding this blatant and shameful discrimination. Or, is this old news already? Never mind, for those who have not seen it, this is a historical document, cherish it.
Labels: Barua UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ALI DAN ZAHID SETUJU TANGGUH
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, adalah wajar tarikh pemilihan itu ditangguhkan supaya barisan pemimpin dan ahli-ahli UMNO memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha untuk mengukuhkan parti.
''Setelah UMNO kukuh dan ahli-ahlinya bersatu padu, barulah sesuai untuk diadakan pemilihan parti,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang mencadangkan supaya pemilihan dalam parti itu ditangguhkan.
Bagaimanapun, Muhammad berkata, cadangan penangguhan pemilihan tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat MT yang akan diadakan Khamis ini.
Ahli MT, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, penangguhan itu dapat membantu ahli-ahli di peringkat akar umbi merapatkan barisan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, di peringkat nasional pula, penangguhan itu memberi makna untuk pemimpin tertinggi 'turun padang' bagi memantau permasalahan dan melakukan muhasabah diri bagi memperkukuhkan semula perpaduan parti.
"Jika pemilihan di peringkat cawangan terus diadakan, ia akan mengakibatkan jarak (hubungan ahli) yang menang dengan yang kalah tidak dapat diperbaiki segera.
"Di peringkat bahagian pula akan lebih parah lagi jika pemilihan diizinkan,'' ujarnya. - Utusan meracau
Labels: Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
MUKHRIZ TIDAK SETUJU TANGGUH
"Saya merayu kepada kepimpinan Umno supaya tidak menunda pemilihan dan ikutlah seperti apa yang telah dikatakan (oleh Presiden parti pada tahun lepas) iaitu pemilihan akan diadakan pada tahun ini", katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mukhriz, yang juga anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno, itu berkata beliau yakin pertandingan merebut jawatan tidak akan menyebabkan perpecahan dalam parti kerana perwakilan sekarang mampu membuat keputusan yang bijak tanpa emosi.
Beliau berkata pemimpin Umno mesti mengikut perlembagaan parti dan semua anggota Umno harus membuat keputusan yang rasional dan bijak.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini berkata badan-badan perhubungan Umno negeri menyarankan supaya pemilihan parti yang dijadual diadakan tahun ini ditunda kepada Jun tahun depan bagi mengelakkan kekecohan dalam parti.
Muhammad, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata badan-badan perhubungan itu termasuk ketua masing-masing sebulat suara menyatakan persetujuan itu dalam beberapa pertemuan berasingan dengan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak Jumaat lepas.
Pemilihan Umno yang dijadual tahun lepas ditunda hingga tahun ini ekoran jangkaan pilihan raya umum ke-12. Kali terakhir pemilihan diadakan adalah pada tahun 2004. Mengikut perlembagaan parti, pemilihan Umno boleh ditunda sehingga 18 bulan dan tempoh itu berakhir pada Jun 2009.
Mukhriz berkata jika terdapat pertandingan di peringkat jawatan Presiden sekalipun, beliau yakin Umno tidak akan berpecah jika pertandingan diadakan secara "gentleman".
"Yang paling penting jangan ada rasuah politik kerana itulah yang boleh menyebabkan perpecahan... Saya tidak nampak boleh berlaku sebarang perpecahan jika kita bertanding dalam suasana yang terkawal dan tanpa emosi," kata beliau. - Bernama
Labels: Mukhriz
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments