KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 26, 2008

Rakyat pilih ketua kampung ... Bukan UMNO


SEORANG penghulu mengemukakan soalan kepada Menteri Besar Perak pada perhimpunan ketua kampung dan JKKK di Ipoh semalam.

IPOH - Mulai 1 Januari 2009, penduduk di 817 kampung di seluruh Perak berpeluang memilih sendiri ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melalui satu proses yang bakal diperkenalkan.

Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pelaksanaan sistem baru itu diharap mampu memberi lebih banyak peluang kepada penduduk terlibat memilih ketua mereka.

"Jika di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), kuasa memilih diserah kepada rakyat, tiada sebab konsep yang sama tidak dilaksanakan di peringkat kampung.

"Kalau rakyat merasakan ketua kampung yang sedang berkhidmat ketika ini baik dan tidak perlu ditukar, mereka boleh meneruskan khidmat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan ketua kampung dan JKKK seluruh Perak bersama Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini semalam.

Jelasnya, proses pemilihan ketua kampung akan dilakukan secara terbuka dan semua penduduk bebas mencadangkan nama calon yang difikirkan layak.

"Kerajaan negeri akan mengeluarkan garis panduan berkaitan melalui pejabat-pejabat daerah," katanya. - KOSMO

Menarik - Budaya UMNO yang memilih ketua kampung berdasarkan fahaman politik akhir TAMAT ..... bye bye UMNO dan budayanya.

3 comments:

Anonymous said...

hahahaha...tula nak tunjuk keras kepala. ha...boikot la sape yg ruuuuuugi!!!!! baru tau kene buku dan ruas?

Anonymous said...

syabas..segala2 yang berkaitan dengan masyarakat hendaklah dipulangkan kepada suara ramai dari masyarakat di situ,,,kerana mereka yg lebih mengenali akhlak mereka yg terlibat

mangchikla said...

hmm.. ade kemungkinan politik wang ke? Penghulu pon kuat oooo.. den donga poltikal fun hingga ke jutaan ringgit masuk ke poket. tapi tuh am*no lah. Wat say u my brudders/sistas?

Posting terkini

Blog Archive