KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 26, 2008

GUAN ENG BATAL PEMBELIAN 5 PROTON PERDANA

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata mesyuarat exco negeri hari ini sebulat suara bersetuju untuk membatalkan pembelian lima buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan anggota exco kerajaan negeri.

Lim berkata pembatalan pembelian kereta yang berjumlah RM623,000 itu adalah sebagai langkah untuk perbelanjaan berhemah seperti yang telah diputuskan oleh mesyuarat exco minggu lepas.

Difahamkan lima buah kereta itu dibeli semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kesemua kereta itu ditempah oleh kerajaan yang lama tetapi tidak sampai lagi, jadi kami membatalkannya kerana buat apa beli kalau tidak mampu untuk bayar nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini.

Lim berkata kesemua anggota exco kerajaan yang baru juga bersetuju untuk menggunakan kereta sedia ada bagi menjimatkan wang rakyat.

Katanya kereta yang ada sekarang berusia antara lima hingga lebih 10 tahun dan masih boleh digunakan.

"Keputusan ini juga telah disampaikan kepada Setiausaha Kerajaan negeri dan beliau juga bersetuju untuk membatalkan pembelian itu," katanya.

Ditanya tujuan pembelian lima buah kereta itu Lim berkata:"Kitapun sudah batalkan pembelian itu jadi tidak mahu ambil tahu tujuan pembelian kereta itu oleh kerajaan yang lama".

Kepada isu penyelewengan tanah Lim berkata satu perjumpaan akan diadakan dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada Jumaat ini bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes itu.

"Jumaat ini saya akan diberi taklimat oleh BPR mengenai perjalanan siasatan berkaitan kes itu," katanya. - Bernama

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive