KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 26, 2008

Pak Lah juga perlu bertanding

umno 2007 abdullah ahmad badawi 071107"Amalan (kuota) ini dibuat di zaman Tun Dr Mahathir Mahathir. Walaupun beliau pernah dicabar Tengku Razaleigh tetapi Umno kembali kuat," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat khas Umno bahagian Cheras malam tadi.

Oleh itu, katanya, Abdullah juga tidak perlu takut untuk bertanding mempertahankan jawatan presiden.

syed ali al habsheeSyed Ali berkata, ini kerana kemenangan melalui pertandingan membuktikan beliau seorang 'anak jantan' yang berani berdepan dengan apa juga cabaran.

Beliau berkata, sistem kuota juga menyebabkan berlakunya rasuah apabila pemimpin yang mahu bertanding membeli pencalonan daripada bahagian-bahagian.

"Keadaan ini menyebabkan hanya orang tertentu sahaja yang mampu membeli sokongan dari bahagian untuk mendapat pencalonan yang mencukupi mengikut sistem kuota tersebut," katanya.

Cara ini, tambahnya, tidak sihat dan gagal melahirkan barisan pemimpin yang benar-benar tulen seperti yang dikehendaki oleh para ahli.

Syed Ali berkata, bahagian itu juga menyokong gesaan supaya Umno mengadakan perhimpunan agung khas untuk membincangkan prestasi buruk BN, khususnya Umno dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu. - Malaysiatoday

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive