KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 30, 2008

Anwar wants PM's guarantee to leave embassy

malaysianinsider - Datuk Seri Anwar Ibrahim will only leave the safety of the Turkish Embassy in Malaysia if he receives a guarantee of personal safety from Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"I am here because I fear for my safety, and I will leave only if (Prime Minister) Abdullah and the government can give me assurances and guarantees over my safety," he told the Straits Times in an interview.

He said he has been told of attempts to not just destroy his political career but also to assassinate him.

Anwar's decision to seek refuge yesterday at the Turkish embassy came after a police report accusing him of sodomy was lodged a day earlier by an aide.

He said the allegations of sodomy against him smacked of a replay of Malaysia's political crisis a decade ago, and again involving a conspiracy at the highest levels of government.

The decision by Anwar to seek refuge at an embassy has been described by a Southeast Asian diplomat as a "shrewd tactical move".

He has internationalised his political predicament, and that could limit the government's response against his political campaign, analysts say.

Since being released from prison, he has forged a close relationship with Turkey's Prime Minister Recep Erdogan, who heads a mildly Islamic party that rules the country.

Anwar said conditions within the embassy walls were "good". And from here, analysts say, he can continue to lead the campaign against Abdullah's government. ... selanjutnya.

Hanya Tuduhan Tiada Perlakuan

tranungkite
Saya kurang percaya ke atas tuduhan yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim. Ini akan terbukti dalam beberapa jam sahaja lagi selepas analisis dibuat ke atas laporan medic ke atas pengadu. Tapi orang Melayu ni memang lah cepat melatah. Pastinya penyokong Anwar tidak dapat menerima tuduhan oleh pengadu. Malah Nik Aziz pun tidak dapat menerimanya.

Tuduhan ini sebenarnya menjadikan pemimpin UMNO serba salah. Memang bukan mereka yang merancang. Mereka pun terperanjat dengan tuduhan ini. Dan tuduhan ini mencipta pula tuduhan baru ... sekali lagi konspirasi pemimpin UMNO .. Saya tidak yakin dengan tuduhan atas tuduhan sebagai senjata untuk melawan.

Saya percaya ini sebenarnya rancangan Anwar sendiri. Pembantunya membuat laporan polis berkaitan dengan liwatnya .... penyokong menuduh fitnah UMNO ...... tuduhan pembantu didapati tidak benar .... dan Anwar mendapat jangkauan liputan politik yang lebih luas. Booom ... Khalid letak jawatan sebagai MP Tun Razak ..... Anwar Tanding MP .... menang ...... MP BN tukar kapal .... Dia jadi PM. That's the end ofthe story.

Tuduhan nyawa terancam adalah inpak sensasi bagi mengukuhkan lagi jalan cerita ini. Nokhtah."

no2umno - gua nak tambah. Pejuang reformasi bersatu, PR bersama sama. Heh ....hehe....kita tengok sapa yang kena?

OCPD in sodomy bid

thestar - Two police lance corporals have lodged reports alleging that their chief, an OCPD of a rural district in Terengganu, attempted to sodomise them, on two separate occasions.

In the first report made on Thursday, the 22-year-old cop claimed that he was sleeping at the OCPD’s house in mid-May when someone grabbed him from the back.

In his report, the cop alleged that the OCPD embraced and kissed him at about 3am.
Have you seen them?: Supt Umar Ali showing records and pictures of the escaped inmates.

The lance corporal also alleged that the senior officer dragged his “boxer” shorts down and attempted to sodomise him.

The subordinate claimed that he fled and hid in one of the rooms before deciding to lodge the police report.

The second report against the OCPD was made at 5.15pm on the same day by another 21-year-old cop who claimed that his chief had ordered him to accompany the OCPD to a bedroom on the second floor of a rest house here, early in March.... selanjutnya.

Ambassador to be summoned to Wisma Putra

Star - Turkish Ambassador Barlas Ozener will be summoned to Wisma Putra today to explain why PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was allowed to seek refuge in the embassy.

Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, who disclosed this to The Star, explained that Anwar did not qualify for any sort of international or diplomatic protection as he was being sought for a criminal investigation.

“If he is evading any sort of preventive law like the ISA, then it is a different matter. But he is being sought for an investigation involving sodomy, which is a crime under the Penal Code.

“When you run away from the law, it is not the same as facing some political persecution. As such, the embassy cannot grant him any sort of protection.

“We will ask the ambassador to reconsider (granting Anwar refuge) as it is meddling in Malaysia's internal affairs,” he said, adding that the Government also wanted to know why Anwar had gone to that particular embassy.... selanjutnya.

no2umno - aku rasa negara mongolia kena ada pejabat kedutaan di Malaysia. Ada sesiapa boleh usul?

Rakyat semakin marah dengan isu Anwar

attakiri - [...] Penulis cukup bersetuju dengan pelbagai pandangan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak bahawa isu liwat merupakan isu lapuk. Anwar pernah dituduh pada tahun 1998 tetapi dibebaskan kerana tidak cukup bukti dan fakta. Alih-alih sekarang ditimbulkan kembali isu ini. Rasa-rasanya semua rakyat tidak percaya dan muak dengan sipenuduh.

Sebenarnya isu ini akan lebih membangkitkan amarah rakyat terhadap kezaliman UMNO/BN. Dahlah kemarahan rakyat belum dapat diredakan dengan kenaikan harga minyak, kemudian ditambah dengan tuduhan yang tidak masuk akal ini. Kalau hendak jatuhkan kredibiliti Anwar pun gunalah taktik dan strategi lain.

Menuduh seseorang tanpa bukti khususnya dalam hal yang berkaitan dengan maruah adalah sesuatu yang dikira DOSA BESAR. Bahkan Quran telah memberi amaran bahawa sesiapa yang menuduh tanpa bukti yang kukuh akan disebat sebanyak 80 kali dan kesaksian orang itu akan tertolak buat selama-lamanya.... selanjutnya.
no2umno - sajer nak tambah. Gua rasa memang ada usul untuk memalukan Anwar. Kita selalunya menyangka, tanpa bukti. Tapi cuba korang check lapuran polis yang dibuat.
"Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR." - Rocky bru
Potongan ayat tu ...." jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai" .... bila dah bertaburan di internet agak agak dari mana punca ya? Report adalah milik pembuat lapuran dan balai polis. Siapa yang rajin bocorkan lapuran polis? Nak claim insuran ke?

Makin lama termenung, makin banyak persoalan.

Sodomy claim is back just as Anwar's star is rising

By Carolyn Hong, The Straits Times

The ruling Barisan Nasional (BN) coalition is fighting for its survival, and the leadership struggle has witnessed a seemingly unending series of intrigues and plots.

WHEN text messages began circulating late on Saturday evening that an aide of former deputy premier Anwar Ibrahim had lodged a police report accusing him of sodomy, Malaysians were stunned.

It brought back memories of 1998, when Datuk Seri Anwar faced exactly the same accusations. That sparked an upheaval which changed Malaysia's politics in ways that were impossible to foresee then.

Now, it would appear that Malaysia has come back to exactly the same point; just like a decade ago, Mr Anwar now faces sensational accusations just when his star is rising and seems unstoppable.

Ten years ago, then prime minister Mahathir Mohamad sacked Mr Anwar, his deputy and heir apparent, on the grounds that he had sodomised several of his employees, who had reported the alleged deed.

Today, it is an aide - some say he was no more than a party volunteer - Mr Saiful Bukhari Azlan, 23, who is claiming that the opposition leader had sodomised him, without his consent.... selanjutnya.

Jangan tanam kelapa

Image

Gambar ni aku dah post kan di artikel semalam. Cuma nak tengok sekali lagi. Bukan ada sebarang niat di hati, tapi aku nak bagi tau. Penyakit umat nabi Lut, 'jangan pandang belakang' ni memang dah ada lama. Cuma ramai yang buat suka suka. Masa aku kat U dulu pun, ada gak kitorang perasan, tapi semua main 'shhhhh'...... Kalau kitorang dengar cerita, cuma mampu pandang. Kekadang usik usik je. Paling berani pun cuma sebut "Hai ....." Bila pasangan homo ni bergaduh, muka masam masam. Tapi tak der la sampai report polis sebab bukan sekali ... tapi dah banyak kali. Buka tak rela ... tapi memang suka. Cuma ada ketika yang tak kena.

Kalau lelaki dengan homoseksnya, perempuan dengan lesbiannya. Ku sebut lesbian ni bukan ada kena mengena dengan gambar di atas tau.

Semalam, aku dok soal jawab dengan kawan kawan, apa dan bagaimana hidup Shaiful selepas ini? Mungkin dia akan keluar negeri untuk melanjutkan pelajaran dengan dana biasisssisiiisswanya atau .... dia akan terus berada di Malaysia dengan wajah yang serupa? Bagaimana pula dengan tunang nye?

Kalau hari ini, esok, lusa atau bila bila, aku ditakdirkan berselisih dengan si Shaiful ni, rasanya terteleng juga kepala. Mula mula tengok rupa, kemudian cara dia berjalan. Agak agak ada beza ke?

Bila bercerita tentang dirinya ... aku tertanya juga bagaimana kah kehidupan keluarganya. Dari mana asalnya, kampungnya dan bagaimana perkara ini di hadapi oleh keluarga terutama, ayah dan ibunya?

Bukan perkara pertama ... tapi dah mungkin banyak kali. Itu pun kalau merujuk kepada lapuran yang dibuat,

"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR." - Rockybru
Kejadian terakhir berlaku pada 26/6/08 ..... Hmmmm, sebelum ini bila dan dimana ye?

Ok lah ... tapi pada keluarga beliau, harap tabah dengan apa yang dihadapi kerana setandan kelapa, tidak semua buahnya cantik. Ada juga yang ditebuk tupai. Cuma di dalam sebuah kebun, tupai bukan seekor, kelapa bukan sebiji. So ... kalau nak cari tupai yang kerjanya asyik tebuk kelapa orang kampung, korang kena tangkap semua tupai dan check DNAnya.

Tapi dalam banyak banyak tupai, pasti ada tupai yang cukup baik dengan kelapa. Kelapa akan kata, "Tebuk lah tupai.... kelapa tak kesah."

Makluman Peguam Pembela Islam: PENTING DAN MOHON DISEBARKAN

email oleh: www.myislamnetwork.net

Kami memohon agar umat Islam, khususnya pendukung-pendukung NGO-NGO Islam yang berkelapangan untuk hadir di Mahkamah berkenaan pada tarikh-tarikh berikut bagi mengikuti secara langsung perbicaraan kes-kes yang dinyatakan, demi menzahirkan keprihatinan serta memberi sokongan moral kepada perjuangan ini serta pihak-pihak yang terlibat. Kes-kes tersebut merangkumi pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam dan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.

Tarikh-tarikh penting untuk perhatian:

7 Julai 2008 [9.00 pagi] – kes Tanah Perkuburan Kota Kemuning – Mahkamah Rayuan Putrajaya

Ini adalah permohonan Semakan Kehakiman oleh 187 orang bukan Islam terhadap penggunaan sebidang tanah yang masih belum digazetkan untuk tanah perkuburan Islam. Empat Jenazah Islam telahpun disemadikan di sana . Dan sekiranya permohonan semakan kehakiman tersebut dibenarkan empat jenazah Islam itu terpaksa digali semula. Sekarang perintah injunksi telah dikeluarkan bagi menghalang jenazah Islam lain dikebumikan di sana . Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memohon untuk mencelah tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil. MAIS merayu terhadap keputusan tersebut.
9 Julai 2008 [9.00 pagi] – kes penggunaan kalimah `Allah’ - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta – permohonan untuk semakan kehakiman (Judicial Review)
Permohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh Titular Roman Catolic Church of Kuala Lumpur untuk mengkaji semula keputusan kerajaan menghalang gereja tersebut untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly. Mereka juga memohon deklarasi mengisytiharkan perkataan ALLAH bukan milik khusus bagi orang Islam. Sekiranya dibenarkan orang Kristian bebas menggunakan perkataan ALLAH bagi tujuan agama mereka.
5 Ogos 2008 [9.00 pagi] – kes kalimah `Allah’ Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta – Writ Saman
Pihak Titular Roman Chatolic Church of Kuala Lumpur telah memfailkan Writ Saman untuk deklarasi mengisytiharkan perkataan ALLAH bukan milik khusus bagi orang Islam.
7 & 8 Ogos 2008 [9.00 pagi] – kes kalimah `Allah’ (Sidang Injil Borneo ) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta
Permohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh Sidang Injil Borneo kerana merampas bahan-bahan cetakan berbahasa Indonesia yang merujuk beberapa perkataan digunakan untuk merujuk kepada agama Kristian. Mereka juga memohon menggunakan perkataan perkataan ALLAH, BAITULLAH, KAABAH dan SOLAT bagi kegunaan pendidikan agama Kristian. Sekiranya dibenarkan orang Kristian bebas menggunakan perkataan-perkataan tersebut untuk disebarkan di Malaysia.
Seruan:
Kami memohon agar umat Islam, khususnya pendukung-pendukung NGO-NGO Islam yang berkelapangan untuk hadir di Mahkamah berkenaan pada tarikh-tarikh tersebut di atas bagi mengikuti secara langsung perbicaraan kes-kes yang dinyatakan, demi menzahirkan keprihatinan serta memberi sokongan moral kepada perjuangan ini serta pihak-pihak yang terlibat. Kes-kes tersebut merangkumi pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam dan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan. Sebarang pertanyaan/ pengesahan kehadiran boleh berhubung dengan Hj. Zainul Rijal Abu Bakar (0192351555) atau Azril Mohd Amin (0123037110).

Sekian,

Peguam Pembela Islam [PPI]
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam [PEMBELA]

What will happen to our 16th September?

Radenjowo
Bila wak siarkan gambar artis .. bukan bermakna no2umno mahu tandingi blog fofular mangga dan sebagainya. wak saja nak cerita. Korang tau tak? Gambar dibawah ini adalah barisan pelakun pelakun filem siri baru.



Mula di tayangkan pada bulan JUN dan tajuknya, "Jangan Main Belakang". Masa mula mula cerita ni disiarkan wak terkezzzzuutttt kerana ia berjaya mengembali kan nostalgia Reformasi tahun 1998 dulu. Ramai antara kita yang tika itu bersiar siar di jalanraya sambil disirami air kuning dan balunan cota. Maka kalau tajuk cam ini terkeluar, mata pun terus terjojol sama. Wak perasan cerita ini lebih kurang 2 minggu yang lepas. Dan tak sangka pula, beberapa hari yang lepas, tajuk yang sama turut menjadi kan Pemimpin Keadilan, menghilang kan diri. Semuanya gara gara tajuk yang sama. Tak wajar menyalahkan drama ini sebagai penyebab kepada kes terbaru DS Anwar.

Apa apa pun, nak bagi tau korang. Tak perlu risau akan apa yang akan berlaku pada DS Anwar kerana beliau rasanya sudah memikirkan apa langkah langkah yang perlu di lakukan. Kerana perkara yang sama, isu yang sama dan kes yang sama telah di hadapi oleh beliau sebelum ini untuk dijadikan modal untuk berhadapan dengan kes yang serupa.

Sesiapa pun, kalau melangkah ke lokap atau penjara, pada peringkat awal akan memikirkan. apa dan dimana kesilapan yang menyebabkan mereka dibawa ke sana.

Kalau pada tahun 1998 dahulu, DS Anwar seperti menanti di tangkap. ramai yang pada awalnya sudah tahu akan usaha menangkap pemimpin itu, tetapi tiada usaha lain kecuali menanti dirumah. Apabila pintu rumah beliau dipecahkan, tangan di gari, mungkin beliau berharap akan ada sesuatu gerakan yang boleh menjatuhkan Mahathir pada tika itu. Tetapi ... semua anggapan meleset. Akibatnya, beliau terpaksa beada di Penjara selama 6 tahun.

Namun kali ini, kelihatannya seperti semuanya teratur. Beliau tidak lagi tunggu dirumah. Kita sendiri tidak tahu dimana. Kita hanya dapat berita dari sana dan sini bahawa beliau berada di sana dan sini. Jangan terkejut kalau kalau DS Anwar berada di sebelah rumah anda? Siapa tahu .....???

Apa yang aku bimbangkan sebenarnya adalah, tempoh minyak dan barangan naik akan berlanjutan terus. Aku bersabar dengan kenaikan harga yang lepas kerana pada anggapan, ia nya hanya sementara. Bila Anwar menjadi PM kelak, masalah ini akan selesai.

Walaupun usaha SAPP untuk lakukan undi tidak percaya pada minggu lepas tidak berjaya, tapi kita diberikan jaminan oleh kepimpinan PKR bahawa tarikh itu masih kekal dan semuanya mengikut perancangan. Wak tarik nafas lega dan membayangkan bahawa harga minyak akan turun ke RM1.80/liter, cam dulu.

Tetapi apabila berita semalam yang memberitahu tentang tuduhan liwat terbaru terhadap DS Anwar, menyebabkan ramai yang terkejut termasuk diri aku sendiri. Wak sekarang bagaikan mandi tak kenyang, makan tak lawas, mengandung tak kembong dan kencing tak basah. Persoalan pertama di dalam kepala adalah bagaimana dengan tarikh 16 September 2008 itu?

Sebelum ini aku bukan sekadar membayangkan penurunan harga minyak sahaja, malah banyak lagi. Termasuk mengimpikan kepimpinan kerajaan sekarang yang beratur memasuki mahkamah kerana kesalahan mereka, perubahan sikap penguatkuasa, kurangnya harga barangan dan ke arah keadaan rakyat yang lebih makmur.

So ... kepada pemimpin PKR khasnya, adakah isu ini mengganggu-gugat perancangan? Sila berikan sedikit kenyataan. Dan sekiranya ia mengganggu, apakah yang perlu kami bantu agar tarikh keramat itu nanti akan terus kekal? Sebut aje .... kitorang bersedia.

M'sian edu system...good enough for all of us Malaysians?

Wow, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein and Datuk Seri Najib Tun Razak's children are academically smart. Congratulations on your succes. However, it seems like both of them did not sit for SPM.
malaysiatoday
By Boon Yeng

Education Minister, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein's son is doing O levels and will be going off to the United Kingdom this coming September to further his studies.

Our Deputy Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak's daughter, Nooryana Najwa has been accepted into Georgetown University in Washington DC to read politics and international relations after doing her IB (International Baccalaureate).

Wow, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein and Datuk Seri Najib Tun Razak's children are academically smart. Congratulations on your succes. However, it seems like both of them did not sit for SPM. Before doing her IB, Nooryana had her education in Garden International School. Najib's son, Norashman Razak had his education there too .

But Garden International School bases its curriculum on the National Curriculum of England. It teaches the English National Curriculum through Key Stages 1 to 4 and Cambridge 'A' Level.

Datuk Seri Najib and Datuk Seri Hishamuddin are cousins. Their fathers were our former Education Ministers. Datuk Seri Najib's father, Tun Abdul Razak, the second Prime Minister of Malaysia, was the education minister in 1955. Datuk Seri Hishamuddin's father, Tun Hussein Onn, our third Prime Minister, was the education minister in 1969. Fast forward, Datuk Seri Najib Tun Razak became our Education Minister in 1995-1999.
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein is our current Education Minister. Well, there goes the saying, 'like father, like son' Hishamuddin's son and Najib's kids did not follow the Malaysian Education System (so I doubt they sat for UPSR, PMR or SPM) though they come from an ancestry of Education Ministers. Both of their grandfathers were former education ministers, one's father was the education minister and is now the Deputy Prime Minister of Malaysia while the other's father is the current education minister. ... selanjutnya.

Jangan biarkan peristiwa 1998 berulang.

matsamankati - [...] Apabila beliau didakwa kerana tuduhan meliwat, aku terkejut. Bukan terkejut kerana tuduhan tersebut, tetapi salah seorang daripada dua pegawai tinggi polis yang menjadi crown witness dalam kes itu ialah abang ipar aku sendiri. Bila aku kata aku percaya Anwar tidak bersalah, bukan kerana aku dengar ditapak ceramah atau pun risalah-risalah, tetapi aku dengar dari mulut orang yang terlibat.

Anwar telah mendapat maklumat tentang konspirasi Musa Hasan dan Gani Patail baru-baru ini. Dari siapa? Aku tak tau. Tetapi Sivarasa dan William Heng tidak dapat kemajlis Forum petang tadi, kerana sedang meniliti kandungan maklumat tersebut. Aku bukan dengar dari tepi jalan, tapi dari mulut Dr. Lee Boon Chye sendiri.

Mungkin Musa Hasan dan Gani sedar perkara ini, dan Musa Hasan tidak hadir didalam perbarisan tamat latihan anggota polis semalam. Mengapa? Mungkin dia sudah tahu tuduhan liwat ini, sebelum inya dibuat.

Dalam kes liwat ini, aku juga tak mau dengar dari mulut-mulut kawan-kawan tapi aku dengar sendiri dari Saifuddin Nasution, Dr. Lee Boon Chye, Fuziah Salleh dan Hj. Ismail Yusop.

Dari maklumat mereka, ini bukan lagi kes liwat, tetapi percubaan membunuh Anwar. Menurut Dr. Lee, tuduhan liwat itu bukan sekali, tetapi banyak kali dan kali terakhir ialah pada 26 Jun yang lalu. Tetapi tidak dinyatakan masa dan tempat yang dinyatakan ialah disebuah condo diDamansara. Ini serkap jarang, kalau kita nafikan dan memberitahu tempat sebenar Anwar berada, mereka akan mengubah pula tarikh dan tempatnya. Jadi tunggu sampai kertas pertuduhan dikemukakan.... selanjutnya.

Tian Chua: Deklarasi Selamatkan Malaysia diumumkan hari ini

suarakeadilan

SHAH ALAM, 29 Jun (SK) - Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Beberapa Pertubuhan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan mengumumkan Deklarasi Selamatkan Malaysia di Parlimen hari ini.

Menurut Tian Chua, satu sidang akhbar akan diadakan esok bagi mengumumkan deklarasi berkenaan dan turut akan dihadiri oleh tokoh-tokoh penting.

Tian Chua berkata sedemikian ketika ditemui di lobi Hotel Quality hari ini

I will remember this insult forever even he apologise

almuslimin - [...] Fifty years after independent is a short period but that enough for anti muslim element in Malaysia to raise their ugly and stinking head. On pressure may be this slimy snake will apologize but damage has been done. I dont expect he is so brave to speak out that word but it had happened and it is just fifty years after independent. Other non muslim community takes 100 years to be arrogant , brave and rude but it just need 50 years in Malaysia. This will be a bench mark for the arrogance of non muslim in Malaysia. We will remember that forever

Oleh Roslan SMS
Tidak ada akhbar tempatan yang terus memain dan mensensasikan isu ini selain The Star. Di muka hadapannya hari ini dipaparkan gambar berikut meliputi satu pertiga ruangannya dengan tajuk: Turban legends on the road
... selanjutnya.

no2umno - kalau itu lah agama mamat tu ....... kita dah tak hairan

Terkini dari Anwar

Kedutaan Turki
anwaribrahimblog

Saya tiba ke Kedutaan awal pagi, berlepas dari Quality Inn. Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita!

Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.

Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.

Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.

Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.

Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.

ANWAR IBRAHIM

Perhimpunan Solidariti “Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar” di Parlimen

SK - Semua aktivis dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dijemput hadir perhimpunan solidariti “Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar” di Parlimen esok (30 Jun).

Berikut adalah butiran perhimpunan:

Tarikh: 30 Jun (Isnin)
Masa: 1:00 petang
Tempat: Parlimen

Perhimpunan ini bertujuan untuk menunjukkan bantahan terhadap fitnah dan ketidakadilan yang berlaku sekali lagi ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Sesiapa yang ingin hadir ke perhimpunan esok untuk menyatakan sokongan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, sila berpakaian formal (lelaki - berkemeja tie, kot dan berkasut; perempuan - berpakaian kemas) dan berkumpul di Parlimen pada jam 12:45 tengahari.

Penutup tirai ....

Sebelum aku menutup tirai ....ingin aku perjelaskan pengertian satu perkataan ... FITNAH

Pengertian FITNAH
Secara bahasa (Arab) : kekacauan, bencana, syirik, cobaan, ujian dan siksaan.
Secara istilah: kabar bohong tentang keburukan (aib) sesorang atau sekelompok orang.

Larangan Fitnah di dalam AL Quran

Artinya : “Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir”
- (Q.S Al-Baqarah, 2:191)
Dan ini doaku .....
Sekiranya Saudara Anwar Ibrahim di pihak yang benar, maka ..... aku serta keluargaku mendoakan akan keselamatan dan kesejahteraan beliau.

Sementara kepada mereka menebarkan fitnah .... maka sedar kan Kau akan mereka mereka itu. Sekiranya mereka itu masih tidak sedar, maka hukumlah Engkau akan mereka seberat berat hukuman yang Kamu boleh berikan.

Sekadar bertanya ....
KLIK dan soalannya siapa yang lebih jelita dari yang jelita?

SAIFUL BUKHARI RAPAT DENGAN ORANG KANAN NAJIB?

Suasan di Hotel Quality Shah Alam .... semalam

ANWAR BAKAL KE SG BULOH?

Jika Anwar terbunuh, wujud Mageran dan rusuhan ...

detikdaily - [...] Mari kita namakan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sebagai pihak yang akan menggunakan kekerasan untuk menumpahkan darah rakyat. Semua ini ada asasnya. Abdullah pegang PDRM (polis). Najib kawal ATM (tentera).

Berdasar 'track' rekod sejarah, jiwa berontak Tun Razak yang menyusun rusuhan ke atas Tunku Abdul Rahman mengalir dalam jiwa Najib. Mari kita andaikan Najib akan mencetuskan rusuhan ini. Mustahil Abdullah cetuskan rusuhan. Abdullah lemah. Mustahil orang yang kerap tidur akan merusuh.

Lagi pun, Abdullah tidak perlu cetuskan rusuhan kerana dia sudah menjadi Perdana Menteri. Hanya orang yang ingin menjadi PM dan bakal PM akan mencetuskan rusuhan. Jadi kenapa Najib ingin membuat rusuhan kalaulah benar beliau ingin mewujudkan Mageran?

Pertama, Najib mungkin tidak percaya peralihan kuasa itu akan berlaku. Najib sendiri lebih tahu bahawa Pak Lah penipu besar. Bukan sekali dua Pak Lah menipu. Hakikat Abdullah menipu rakyat ini semua orang tahu.

Kita tentu ingat tentang tarikh pembubaran Parlimen. Jadi tak sukar untuk membuktikan bahawa Abdullah sememangnya seorang penipu.

Jika Najib tidak dapat menjadi PM melalui peralihan kuasa, memang inilah satu-satunya cara mudah untuk menjadi PM. Najib tidak dapat menjadi PM melalui Perhimpunan Agung Umno kerana Abdullah sudah berikrar akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno.

Dalam negara ini, Presiden Umno adalah Perdana Menteri Malaysia. Belum lagi dipecahkan kepercayaan ini sejak dulu. Untuk menukar kepercayaan ini amatlah sukar.

Sukar dipercayai bahawa Presiden PKR adalah PM, Presiden PAS adalah PM dan sebagainya. Kalangan cerdik pandai sendiri menyatakan, kalau Anwar mahu jadi PM, maka tiada jalan lain lagi, iaitu beliau mesti masuk Umno.... selanjutnya.

Sudah sampai ajal UMNO

aliasmohdyusof - [...] Tetapi keyakinan saya kepada Pak Lah buat pertama kalinya hilang bila Yong Teck Lee, presiden parti politik SAPP Sabah dikenakan dakwaan rasuah oleh Badan Pencegah Rasuah hanya sehari selepas Yong Teck Lee membuat kenyataan terbuka tidak yakin dengan kepimpinan Pak Lah.

Sedangkan kes rasuah tersebut dikatakan telah berlaku sekitar 12 tahun yang lalu.
Tindakan Badan Pencegah Rasuah itu telah meloyakan tekak saya dengan kepimpinan Pak Lah. Nampaknya Pak Lah tidak banyak beza dengan Dr. Mahathir dalam cara menghapuskan penentang politiknya.

Selagi pemimpin-pemimpin politik disekelilingnya menunjukkan sokongan kepadanya selagi itulah kesalahan-kesalahan mereka tidak akan dibongkar, tetapi apabila mereka cuba hendak menggugat dan menentangnya maka bersedialah untuk menghadapi tindakan makamah dengan kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan walaupun kesalahan itu berpuluh tahun telah berlalu.

Nampaknya Badan Pencegah Rasuah masih lagi menjadi tunggangan pemimpin politik yang memerintah untuk dijadikan sebagai senjata politik untuk mengugut penentangnya.

Kita berasa amat sedih dan kesal bila membaca pendedahan bagaimana Dr. Mahathir telah menguasai badan kehakiman dan badan perundangan bagi kepentingan politiknya semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu. Di bawah hakim-hakim itulah juga kes Anwar Ibrahim telah diadili.

Dan kini sekali lagi Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan liwat untuk kali keduanya selepas tahun 1998. Secara peribadi saya tidak yakin beliau akan dapat pengadilan yang seadilnya memandangkan tidak ada jaminan yang pemimpin parti memerintah tidak akan menggunakan polis dan badan kehakiman bagi menghapuskan penentang politiknya.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive