KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 19, 2008

Umno Tanah Merah buat laporan polis

malaysiakini | .... Setiausaha Umno bahagian itu, Amran Abdul Rahman berkata berdasarkan kepada perjanjian, jawatankuasa itu akan menyerahkan laporan mesyuarat selepas dua hari setiap persidangan cawangan diadakan.

"Bagaimanapun sehingga hari ini, laporan yang dijanjikan tidak diserahkan, sebaliknya ia diserahkan kepada pihak lain yang tidak berkenaan," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Menurut Amran sebelum persidangan cawangan bermula dari 4 Oktober hingga 10 Oktober lalu, jawatankuasa tersebut, yang dipengerusikan oleh pegawai khas kepada pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Tuan Hashim Tuan Yaakub bersetuju untuk menyerahkan salinan laporan mesyuarat kepada bahagian.

Bagaimanapun, katanya sehingga hari ini laporan yang diminta untuk simpanan bahagian, tidak diserahkan.

"Yang peliknya, jawatankuasa terbabit menyerahkan laporan itu kepada pihak lain sebagaimana yang dilaporkan dalam laporan media pada 11 Oktober lepas," katanya.... selanjutnya.

Rasuah punca curi pasir berterusan

umnomore | Saya ingin menyentuh artikel yang tersiar pada bulan Jun.

Lapurannya adalah seperti berikut,


Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata kegiatan itu dilihat tidak bermoral dan melanggar Akta Kanun Tanah Negara serta peraturan pejabat tanah dan galian (PTG) yang menghalang aktiviti seumpama itu.

Kerajaan negeri memandang serius kegiatan mencuri pasir dan tanah yang berleluasa sejak kebelakangan ini dan berharap pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan kegiatan itu diseret ke pengadilan secepat mungkin. - terengganulening
Kaedah pencurian pasir di Terengganu, Perak dan Selangor semuanya adalah sama. Anda lihat photo di sebelah dan adalah menjadi kemushkilan sekiranya jentera yang jalannya seperti siput itu, terlalu sukar untuk di tahan atau di sitar.... selanjutnya.

Kecewa dengan UMNO, ahli Johor masuk PAS

harakah | Tidak puashati dengan layanan dan sikap diskriminasi Umno yang berkuasa lebih 50 tahun, pagi tadi beratus ahli Umno telah istihar keluar daripada parti itu dan sertai PAS.

Kira-kira 200 daripada 500 ahli Umno termasuk lapan ahli jawatankuasa cawangan Umno Kampung Baru Plentong Tengah ,Masaitelah mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai PAS pagi tadi.

Mantan Ketua Pemuda Cawangan Umno kampung tersebut, Mohd Daud Mohd Isa telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu pertemuan yang diadakan di kampung tersebut pagi tadi.

Tindakan tersebut tercetus, ekoran insiden perobohan rumah penduduk pada 16 Oktober lalu yang tidak mendapat simpati daripada Umno.

Sementara itu, Ketua Cawangan Umno yang sama, Sahari Mohd Sham telah serah memorandum kepada Presiden PAS untuk membawa isu perobohan rumah tersebut ke parlimen.

Sukaneka baling kerusi di Kuala Selangor

Umno Pekan Kuala Selangor branch chief Datuk Dr Zahrah A. Kadir voicing her dissatisfaction to reporters.

Ini mungkin antara wakil acara sukan baling kerusi yang dianjurkan oleh Wanita UMNO Kuala Selangor.
Beritanya KLIK DISINI

dan korang bayangkan barang apa yang diorang akan baling kalau bergaduh dengan suami.

Eeeee .....Ngeri .... .!!!!!!!!!

Eurocopter: BraziL Beli RM83j, Malaysia Beli RM193j

nikhassanazmi | Dalam sidang parlimen 13 Oktober yang lalu, Ketua Oposisi, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kecurigaan besar berkenaan skandal pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM2.317b. Skandal ini dilapor melibatkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Tun Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal komisen Scorpene dan Sukhoi.

Pendedahan melalui surat yang ditulis oleh Kapten (B) Dato Zahar Hashim selaku Pengerusi Mentari Services turut melaporkan bahawa proses LOI (Letter Of Intent) tidak mengikut prosedur dan keputusan pembelian dibuat tanpa menemui wakil jualan atau mendapat penerbangan ujian terlebih dahulu.

Saya terbaca pula laman Defense Industry Daily yang melaporkan keputusan kerajaan Brazil membeli helikopter tempur jenis sama dengan harga lebih USD1b.... selanjutnya.

Tiba tiba Najib menjadi 'super efficient'

harakah | ...Dalam ucapan perbahasan Bajet 2009 baru-baru ini, Anwar kesal menteri berkenaan seolah-olah berebut-rebut untuk meluluskan projek apabila sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri Kewangan.

"Saya kesal dan dukacita. Bila Menteri Kewangan tahu beliau akan diangkat menjadi Menteri Kewangan, berebut betul-betul dan sebagai pengerusi jawatankuasa Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau High Speed Broadband yang bernilai RM11.31 bilion diluluskan oleh kerajaan dengan segera tanpa proses tender terbuka.

"Yang hendak berebut sangat itu apa dia? Tidak bolehkah tunggu sehingga dua minggu? Ini kerana kalau dalam masa dua minggu dijamin sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan negara ini sebanyak RM2.4 bilion. Tidak sabar hendak tunggu dua minggu kerana hendak sign juga," kata Anwar.


Katanya, Menteri Kewangan menjadi 'super efficient' apabila meluluskan projek tetapi sangat 'inefficient' apabila hendak membuat projek dan penilaian baru.

Menurut Anwar, dalam keadaan rakyat yang sedang menghadapi kesusahan kerana kenaikan harga barang kerana senang lenang meluluskan projek tetapi apabila hendak menyelamatkan RM2 bilion semata-mata kerana rakyat pun susah. ... selanjutnya.

Mari Curi Pasir !!!

Hoi hoi hoyahoi ... hati kita gembira. ..... Hoi hoiya pulang dapat harta !!!
Begitu gembiranya hati pencuri pencuri pasir di Selangor.

Kalau susah sangat nak rompak, bank dan kedai emas, perompak perompak boleh lah mencuri pasir. Tak der siapa yang marah dan larang sementara tiada hukuman yang berat. Paling teruk pun hanya di sitar kenderaan dan kenderaan baru boleh di keluarkan dalam masa yang singkat menggunakan untung yang anda perolehi. Setakat RM200,000 nilai kenderaan ... Untung beratus juta.

Apa da hal ...... !

Berita menarik dari Utusan, untuk kita kongsi bersama. Korang baca berita ni ....

Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) mahu semua aktiviti melombong pasir berdekatan paip-paip utama dihentikan bagi mengelak kejadian paip pecah sehingga menjejaskan kehidupan harian rakyat berulang.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diarah berbincang dengan Pejabat Tanah dan Galian di setiap negeri bagi memastikan tiada aktiviti melombong pasir dilakukan berdekatan paip utama.

''Kita akan pastikan supaya tidak ada aktiviti perlombongan pasir berhampiran dengan kawasan paip utama kerana ia merupakan nadi kepada bekalan air.

''Walaupun kita boleh kenakan denda sehingga RM50,000 atau enam tahun penjara jika sabit kesalahan atau minta ganti rugi (aktiviti perlombongan haram) tetapi akibatnya ia akan menyusahkan orang ramai dan menjejaskan imej negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat kerja-kerja penggantian tiga batang paip pecah di Kampung Revolusi Hijau, Semarang di sini hari ini.

Kejadian paip pecah pada Khamis lalu itu telah menyebabkan lebih 350,000 penduduk sekitar Hulu Langat, Kuala Langat dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terputus bekalan air.

Menurut Shaziman, pihaknya tidak menolak aktiviti perlombongan pasir di sekitar kawasan itu telah menyebabkan berlaku kejadian paip pecah itu.

Tiada perkataan "perlombongan HARAM". Semuanya dah jadi HALAL ke..... Kah Kah kah.

Malah kelihatan di dalam berita seolah olah, kerosakan paip lebih besar isunya dari mencuri pasir.
Shaziman minta selepas ini operasi pasir tidak di lakukan berdekatan dengan paip air.

Semua diorang ni dah kena sogok oleh tawkey pasir ke?

Pejabat Tanah dan Galian, Menteri besar Selangor, YB dan EXCO .... sila jawab !!!!
Kalau Kerajaan Negeri merestui, apa yang kita tunggu lagi .... MARI CURI PASIR !!!

Khairy seakan BERUK TUNGGAL

Ini lah nasib pemimpin di dalam UMNO apabila Mertuanya bakal meletakkan jawatan. Bak kata orang orang dulu, Jadi beruk tunggal. Dalam hutan rimbun ... seekor beruk keseorangan. Nak cari bini tak der, nak cari kawan untuk berebut buah pun tak der.

Semalam MCA dah serang dia. ISAkan Khairy!!!. Kata Pemuda MCA.

Tapi cerita cam ni, lambat sikit keluar. Tak tau apa strategi... KLIK SINI

Kalau lah dulu berlaku seperti ini ..... Dah sah MCA di serang oleh pendekar UMNO yang mukanya garang garang, bak muka pemecah rumah dan rumah yang kena pecah. Dulu UMNO garang !!!

Hari ini ... khairy silat sendiri. Di iringi dengan muzik gong ... cak pung cak pungnya.

Kalau korang nak tahu bagaimana perasaan menjadi BERUK TUNGGAL ... korang tanya Khairy.

Dulu ada kepercayaan tentang kelebihan mempunyai anggota binatang yang mati beragan. Kalau anda meminati barangan mistik ini ... rapat rapat lah diri dengan Khairy kerana selepas BERUK menjadi TUNGGAL, dia akan MATI BERAGAN.

UMNO .... pusat barangan antik dan mistik Nusantara.....

Mahathir kembali menjadi Tuhan

Pernah satu ketika Mahathir kecewa dengan UMNO yang tidak melayan dirinya. Ada menteri menteri, menjadi kurang ajar kepada pemimpin Lagenda itu. Dihina, di kritik dan di perbodohkan sehingga kita menganggap itu balasan kerana mainan politik wang di zaman pemerintahannya. Yang paling kurang ajar adalah Nazri Aziz yang tiba tiba berubah dari seekor ular lidi yang botak kepada naga yang berapi di mulutnya.

Kita pun masih ingat dengan tindakan pemimpin UMNO dan juga menteri yang lainnya pun bersama menempelak Mahathir kerana ganggu perjalanan kerja Pak Lah. Itu berlaku ketika UMNO cuba membodek Pak Lah yang ketika itu utuh memegang kuasa.

Bila Pak Lah istihar dirinya tidak akan mempertahankan jawatan, keadaan berlaku sebaliknya. Ini kerana, UMNO tahu bahawa Najib bila di suluh cahaya kedinding, wajah Mahathir di belakang.

Yang menariknya, UMNO tidak rasa malu dengan sikap macam lalang di hanyun angin. Bagaimana sikap UMNO mengusung kawan kawan untuk sebentar menyebelahi Pak Lah dan sekarang bergerombolan menyokong pemimpin yang di hina sebelum ini. Dan begitu lah sebaliknya.

Dan pak lah pun sekarang kecewa seperti mana Mahathir kecewa padanya sebelum ini...lalu Pak Lah mula membidas Mahathir

Media pun pandai jadi barua, pemimpin dan ahli UMNO pun mula jadi pengkhianat kepada bakal pemimpin yang masih menjadi PM dan bakal pencen itu.

Aiyooo ... UMNO dah tunjukkan buruk perangai mereka. Politik UMNO, bila buat perangai, tak pikir masa depan. Bila ada air liur di lantai, habis di jilat licin. Mahathir kini kembali menjadi Tuhan UMNO.

Posting terkini

Blog Archive