KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 16, 2008

UMNO sendiri yang cabar hak Melayu



Hari raya aidil Fitri yang ke 16 .. .ini yang berlaku.

Penduduk Kampung Berembang, Rimba Jaya dan sekarang Kampung Pletong Tengah di negeri Johor adalah bukti kerakusan kerajaan Barisan nasional yang memerintah demi untuk wang dan kuasa. Persetan dengan bangsa Melayu, yang penting adalah saku.

Ahhh ... UMNO untuk bangsa Melayu !!! Untuk bangsa Melayu yang bagaimana? Adakah melayu yang agamanya Islam atau wajibnya dahi bertampal dacing, baru di gelar Melayu?

Yang menariknya, semua kejadian berlaku di bawah pemerintahan UMNO di setiap negeri. Parti yang kononnya perjuangkan bangsa sendiri. Terengganu, Selangor dan Johor. Mana lagi selepas ini?

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 02Kita cemburu dengan parti bangsa asing yang lain. Mereka berupaya perjuangkan bangsa mereka. Tapi tidak UMNO, parti yang di mulut nya manis, tapi di hatinya busuk membusung.

Hari ini ... di Johor, menyaksikan betapa kerajaan UMNO dan sejak dulu berbangga dengan pemerintahan yang tidak pernah bertukar, sudah merubah corak pemerintahannya. Bertambah ganas dan kurang ajar kepada bangsa nya sendiri.

Bila persoalan tentang penghakiman yang belum selesai, sedangkan tindakan sudah diambil .. .alasan mereka, cuma mahu robohkan 10 rumah yang tidak berpenghuni.

Rupa rupanya ... Kerajaan UMNO perlu FRU seramai 100 orang, polis seramai 200 orang dan jentera berat untuk merobohkan hanya 10 rumah.

Mungkin UMNO masih bingung berhadapan dengan bangsa Melayu sendiri. Mereka membayangkan bahawa diri mereka adalah jenerasi British yang menyerang bangsa Melayu sepanjang masa... Ada amanat Raja Raja Melayu.....

"Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. - dipetik dari malaysiakini.
Siapa mahu jaga kepentingan rakyat berbangsa melayu?

Tiada lagi hari raya kerana ada yang tidak sabar mahu kaya.

DAP lodges police report against Utusan

Malaysiainsider | Bandar Kuching MP, Chong Chieng Jen lodged a police report against Malaysian Press Institute CEO, Datuk Chamil Wariya and Utusan Malaysia at the Dang Wangi district police headquarters.

The report was lodged over a short story, Politik Baru YB J, which the DAP Socialist Youth deputy chief claimed was a "political propaganda disguised as a fiction."

He added that the story is a form of political intimidation.

Accompanied by Serdang MP Teo Nie Ching and Segambut MP Lim Lip Eng, Chong said he is disturbed by the ending of the story, where a young man assassinated YB J, a characted he believed refered to Seputeh MP, Teresa Kok, for allegedly causing racial tension.

"The said short story contains a seditious message and is aimed at instigating and inciting its readers to commit political assassination against the Member of Parliament for Seputeh, YB Teresa Kok Suh Sim,"
said Chong in his report.

He hoped that the police would carry out its investigation fairly.

"I also challenge Umno, MCA, MIC, SUPP, PBB and Sabah political parties to take a stand on this issue," he added.

He was also sickened by some Umno lawmakers who ignored the publication of the short story.

"This story tries to bring us into the dark age of political terrorism. ISA is bad enough, but this is even worse than ISA," said Chong.

Chong expected that the campaign to boycott Utusan Malaysia would intensify, adding that the party's central committee will meet to decide on the next course of action.

In a thinly-veiled threat against Kok, Mingguan Malaysia, the weekend edition of Utusan on Oct 12, published a short story written by Chamil, about a female, non-Malay lawmaker, YB Josephine, who was accused of being anti-Islam and anti-Malay.

At the end of the story YB Josephine was assassinated by a young man, who subsequently, committed suicide.

The murderer left a note that it is better for YB J to die, to ensure racial harmony.

no2umno - UMNO tak kan herannya ... semuanya masih di pihak mereka.

Puad Zakar shi pernah jadikan Anwar sebagai Idola

 tranungkite |" Saya mengenali Dr. Puad Zarkashi (DPZ) semasa di UM. Pernah memegang jawatan SU Agung PMUM awal 80-an. Bergiat cergas dalam gerakan mahasiswa dan tampil juga dalam unjuk rasa (isu Israel, pencabulan Amerika ke atas Lebanon, akta pertubuhan, dan macam-macam lagi..) Pokoknya dia adalah hero di kalangan mahasiswa. Pernah dia menjadikan sdr Anwar Ibrahim (DSAI) yang ketika itu Presiden ABIM sebagai idolanya.

DSAI menjadi pengetua di Yayasan Anda Akademik (YAA) Jalan Pantai Baru. YAA juga ada cawangan di Kg. Baru. Pernah juga menjadi tenaga pengajar di YAA Jln. Pantai Baru, bersama dengan Fuad Hassan (bekas ADUN Ulu Klang), Suhaimi Ibrahim (bekas ADUN Benta) Kamarudin Mohd. Nor (bekas ADUN Pasir Putih / pendaftar YAA), dan ramai lagi mereka yang bersama DSAI telah menjadi "orang yang bukan sembarangan" seluruh negara dan luar negara sebagai duta dan atase di MSD.

Masa TDM naik jadi PM (ambil alihdari almarhum Datu Hussein Onn), TDM panggil DSAI ke pejabatnya. Sejak itulah negara dikejutkan akan kemasukan DSAI ke dalam Umno dan serentak itu jugalah PAS dan penyokongnya begitu kecewa keran DSAI memilih jalan yang silap. DPZ juga adalah di antara orang yang paling kecewa sekali akan perkembangan DSAI memilih Umno bukannya PAS.

DPZ pernah membayangkan kepada kami dan rakan-rakan (ahli usrah di Abim) bahawa dia akan aktif dalam PAS. Kebetulan pula saya berpindah ke lain negeri, dan tidak kedengaran berita akannya kecuali pada pertengahan 1990-an ada bertemu DPZ di masjid UKM (sedang menyiapkan PhDnya). Selepas itu hilang lagi....seterusnya.

'Harimau Maut' samseng pilihanraya kampus

Harakah | Wakilnya, Mohd. Lukman Al Hakim Low Abdullah berkata, sebelum ini kumpulan 'Harimau Maut' telah bertindak mengganggu calon dan penyokong pro mahasiswa ketika sedang menjalankan tugas mereka sewaktu kempen PRK.

"Mereka ini (Harimau Maut) telah bertindak mencabut dan menyembur cat merah ke poster-poster calon promahasiswa serta mengugut dengan tujuan untuk menakut-nakutkan kami,"katanya kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Jelasnya, terdapat poster calon Pro-Mahasiswa yang ditampal dengan stiker mempunyai logo kepala harimau berlabel tulisan 'Harimau Maut'.

Lukman berkata demikian ketika ditemui selepas beliau bersama beberapa ahli pro mahasiswa UPM menyerahkan Memorandum Terbuka Berhubung Tuntutan Terhadap Pilihan Raya Kampus 2008 kepada Naib Canselor UPM, Dato' Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, baru-baru ini.

Isu 'Harimau Maut' itu merupakan salah satu daripada sembilan tuntutan mahasiswa yang tercatat dalam memorandum berkenaan.... selanjutnya.

no2umno - Pilihanraya UMUM ada pekida, pilihanraya kampus ada 'harimau maut'. Patut la Universiti negara makin mencorot kedudukannya. DI penuhi dengan ahli politik UMNO. wakakakakakak !!!

Promahasiswa di nafikan hak untuk bertanding

Mstar | ... Sebanyak 36 kerusi dipertandingkan tetapi difahamkan tidak kesemua seratus peratus dimenangi kumpulan proaspirasi berbanding sesi pengajian lalu.

Pada sesi lalu kumpulan proaspirasi menyapu bersih kesemua kerusi dipertandingkan.

Daripada jumlah itu, 12 kerusi dipertandingkan di kawasan umum, 24 bagi kawasan kolej iaitu masing-masing lapan bagi Kolej Sastera dan Sains, Kolej Perniagaan dan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa dan satu kerusi untuk pelajar antarabangsa.

Bagi UDM, keputusan rasmi hari ini mengesahkan kesemua calon proaspirasi menang tanpa bertanding.

Bekas anggota MPP universiti berkenaan yang enggan dikenali berkata, keputusan tersebut disebabkan tiada sebarang pertandingan bagi merebut kesemua 22 kerusi yang dipertandingkan.

"Hari ini sudah jelas, walaupun tiada sebarang pengumuman dibuat, tapi semua mahasiswa telah mengetahui mereka (proaspirasi) menang tanpa bertanding.

"Promahasiswa dinafikan hak untuk bertanding dalam pemilihan kali ini, jadi inilah yang berlaku," katanya kepada mStar Online.... selanjutnya.

no2umno - Tak payah buat pilihanraya la ... buang masa. Penipu pun nak jadi pemimpin. dari atas sampai bawah, kalau penuh dengan penipu, negara tak maju. Lingkup .... lingkup

Laporan polis terhadap Chamil Paria

Bharian | Pemuda DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia, Datuk Chamil Wariya kerana didakwa memburukkan imej Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok.

Dalam laporan polis itu, Pemuda DAP mendakwa bahawa watak utama dalam cerpen Chamil bertajuk “Politik Baru YB J” dalam Mingguan Malaysia, Ahad lalu sebenarnya merujuk kepada Teresa.

Laporan polis itu dibuat Timbalan Ketua Pemudanya, Chong Chieng Jen yang diiringi Ahli Parlimen Serdang, Teo Me Ching kira-kira jam 12.35 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.... selanjutnya.

no2umno - memang pariya punya mamat ... padayapppaaa !!!

Murid Perempuan tendang perut guru

Bharian | Seorang guru wanita mendakwa ditendang di perut oleh seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua ketika dia sedang mengajar di sekolahnya di sini, hari ini.

Azhana Ibrahim berkata, beliau diserang pelajar itu kira-kira jam 10 pagi berikutan tindakannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pelajar itu tentang perkataan 'gila babi' yang tertulis di belakang satu folio yang diarahkannya.

Pelajar itu bersama seorang lagi pelajar perempuan yang menemui guru itu memanggil rakan mereka selepas berlaku pertengkaran dengan guru itu.... selanjutnya.

Najib oiii .... tolong jawab tuduhan - Kit Siang

Malaysianinsider | Veteran opposition lawmaker Lim Kit Siang urged Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to attend the ongoing Dewan Rakyat sitting and clarify to all MPs, and not just a selected few, the truth surrounding the allegations against him.

Lim told reporters in the Parliament lobby this afternoon that Najib was behaving like a “fugitive on the run” by staying away from parliamentary sessions and refusing to answer queries from the Opposition.

The DPM has been faced with mounting pressure over swirling allegations ranging from his involvement in the Altantuya Shaariibuu murder investigation to defence commissions for the Scorpene submarines, Sukhoi jetfighters and Eurocopter helicopters.

Lim said that several Barisan Nasional (BN) backbenchers had apparently received an explanation from Najib this morning on the allegations against him.

He noted also that Najib had not denied the SMS exchanges with Datuk Shafee Abdullah who was the defence lawyer for Abdul Razak Baginda, an aide of Najib who is undergoing trial in the Altantuya murder.

“For Najib to satisfy BN MPs requires no effort,” the MP for Ipoh Timur quipped. He emphasised that Najib must meet all MPs, not only BN MPs.... selanjutnya.

Polis pun takut .... wakakakaka !!!!

NST | A police beat base in the Chow Kit area of downtown Kuala Lumpur was closed down because it was in a location that was considered unsafe, said Home Affairs Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar.

In a written reply to Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa), Syed Hamid said the beat base was located in a dirty area where there was a possibility of being exposed to contagious diseases.

The presence of criminals also posed a threat to the safety of police officers, he said.... selanjutnya.

no2umno - polis kalau takut ... suruh dia call polis. No polis 999. Nasihat dari polis kepada polis. Lawak paling bermutu untuk hari ni. Wakakakakak !!!! Kalau polis pun takut ... kita kena minta tolong dari jururawat. Wakakakaka .... !@!!!

Harapkan pagar, pagar seludup dadah

Star | A policeman attached to the Bukit Mertajam district was arrested under the Special Preventive Laws for allegedly being involved in drug trafficking activities.

The policeman, in his early 40s, was picked up from his house in Seberang Prai by a state narcotics department team on Tuesday night after several months of investigations.

He is now in the state prison in Gaol Road here prior to being sent to the Simpang Renggam rehabilitation centre in Johor. Police are now trying to determine the extent of his involvement in drug trafficking.... selanjutnya.

Baiknya Samy Vellu .......

MIC to continue efforts to help release Hindraf leaders

NST | MIC will continue efforts to secure the freedom of five leaders of the Hindu Rights Action Force (Hindraf) who have been detained under the Internal Security Act (ISA) since December last year, said its president Datuk Seri S.Samy Vellu.
He said MIC was pursuing the matter on humanitarian grounds and also because of requests from the detainees’ families.

“We are sympathetic to their plight,” he told reporters after chairing a meeting of MIC’s central working committee (CWC) at the party’s headquarters here today.... selanjutnya.

Kawan baik Ezam (Nalla) di saman RM10 juta

NST | Nallakaruppan over a police report lodged during the Permatang Pauh parliamentary by-election on Aug 21 which he claimed was false.
The suit by L.Balasupramaniyam was filed at the High Court registry here by his counsel, R.S. N.Rayer.

In his statement of claim Balasupramaniyam said that the report lodged at the Seberang Jaya police station accused him and several others of threatening Nallakaruppan and his workers at the MIUP operations room between 9pm and 10pm on Aug 19.

He said that he was on a business trip to Thailand between Aug 18 and 20.

As a result of the report, he was detained for investigation at the Bandar Perda police station and released on Aug 23 on police bail.
Balasupramaniyam claimed that the detention had affected his image as a company director and subjected him to mental and emotional stress.... selanjutnya.

Piala Monsun tiada rasuah - BPR

malaysiakini | ...Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkata siasatannya mendapati tiada berlaku unsur-unsur rasuah dalam penganjuran kejohanan kapal layar bertaraf dunia Piala Monsun di Terengganu.

"Saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam kejohanan ini," kata Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan.

monsoon cup terengganuBeliau menegaskan demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan hari raya BPR di Pusat Konvensyen Putrajaya hari ini.

"Ini kejohanan bertaraf dunia, (jika berlaku rasuah) ia bukan sahaja menjejaskan Terengganu, tetapi juga Malaysia," tambahnya.

Pemuda PAS dan PKR telah membuat laporan kepada BPR mengenai penganjuran sukan berprestij itu pada 29 Julai lalu.

Mereka membuat laporan tersebut susulan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang meminta badan itu menyiasat dua projek mega - Piala Monson dan Masjid Kristal.... selanjutnya.

no2umno - yang merompak pun dia ... yang jadi polis pun dia .... sampai bila pun tak der yang di tangkap.

2 pelajar cemerlang UPM dibuang kolej

malaysiakini | ... Pelajar wanita, kedua-duanya mencapai keputusan CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai semalam, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.

UPM menyatakan, kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Mereka berdua, seorang daripadanya exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, diarahkan mengosongkan bilik kediaman mereka di Blok Lekir mulai 10 pagi.

"Jika saudari mengingkari arahan ini, saudari boleh boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pihak kolej berhak menyita barang-barang di dalam bilik tersebut," surat pengetua kolej berkenaan profesor madya Dr Jasni Sabri bertarikh 14 Oktober dipetik.... selanjutnya.

no2umno - UMNO semakin kritikal.

DAP pertikaikan puisi 'ratu anjing'

utusan malaysia teresa kok puisi insult ratu anjing dr ibrahim ghaffar 161008malaysiakini | Minggu ini sastera menjadi bahan perbincangan politik yang panas. Selepas cerpen dipertikaikan di Dewan Rakyat, hari ini puisi menjadi topik kecaman seorang lagi wakil rakyat DAP.

Tokoh utamanya Lim Kit Siang mengecam 'Politik baru YB J' karya Datuk Chamil Wariya kelmarin, sementara wakil Segambut, Lip Lim Eng mempertikaikan puisi 'Ratu Anjing; Yang Melengking Itu' seperti diterbitkan di Utusan Malaysia hari ini.

Sajak karya Dr Ibrahim Ghaffar itu asalnya dibacakan di majlis baca puisi Persatuan Penulis Nasional (Pena)-Dewan Sastera baru-baru ini.... selanjutnya.

berita berkaitan - SINI

no2umno - SAH !!! Utusan memang di tugaskan untuk bangkit kan sentimen perkauman. Agar DAP marah dan melawan. AKhirnya mereka yang senang. Berapa agaknya upah mereka dapat dan berapa ramai AJK di dalam Utusan yang bertugas untuk membakar semangat perkauman?

Kg. Baru Plentong: 225 di tahan 2 cedera

Bhairan | ... Dua orang penduduk dikatakan cedera dan dimasukkan ke hospital kerana dikatakan bergelut dengan polis, namun Hassan tidak dapat membuat sebarang pengesahan mengenainya.

Kira-kira 300 penduduk kampung sebelum itu membuat benteng manusia bagi menghalang jentolak dari memasuki kampung itu seawal jam 8 pagi.

Selepas Ketua Polis Daerah Seri Alam, Suptendan Roslan Zainuddin memberi amaran bersurai sebanyak tiga kali, penduduk yang berdegil itu kemudiannya “dirempuh" anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Selepas penduduk berjaya disuraikan dan keadaan menjadi tenang, kakitangan Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Air Johor, Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri memulakan kerja meroboh pada jam 10.35 pagi.

Hassan berkata kerja-kerja meroboh hanya membabitkan 10 rumah yang dikosongkan penduduk sebelum ini.

“Kita telah berjaya meminta agar kerja meroboh sebanyak 291 rumah yang masih berpenghuni tidak dilakukan kerana tarikh pendengaran permohonan penduduk bagi menangguhkan pelaksanaan merobohkan tanah mereka ditetapkan mahkamah pada 29 Oktober ini,” kata Hassan.... selanjutnya.

no2umno - perbicaraan tak selesai ... kerajaan terus roboh. Nak gelembong apa lagi. Kalau dah BN ... sampai bila pun perangai cam British.

Khir toyo minta tolong

Dr. Khir Toyo seru UMNO Selangor beri pencalonan kepada wakil Selangor

Utusan
| Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyeru mana-mana bahagian UMNO di Selangor yang masih belum bermesyuarat memberikan pencalonan mereka kepada calon dari negeri ini bagi merebut jawatan tertinggi dalam pemilihan pada perhimpunan Agung UMNO, Mac ini.

Katanya, pencalonan bagi jawatan tertinggi itu dilihat begitu penting dalam usaha untuk membantu Barisan Nasional merampas semula Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang turut menjadi calon Ketua Pemuda itu berkata, bahagian-bahagian yang belum bermesyuarat seharusnya memberikan undi mereka kepada calon dari negeri ini yang belum cukup kuota bagi membolehkan mereka bertanding.

``Kalau saya tidak dapat cukup pencalonan seperti yang ditetapkan oleh kuota, ia sudah pasti akan mengekang tujuan saya untuk membawa beberapa perubahan dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda terutamanya di Lembah Klang yang hari ini merupakan antara golongan penentu dalam pilihan raya akan datang,'' kata Mohamad Khir di sini hari ini. - Utusan

28 ditahan, halang Kg Plentong Tengah diroboh

malaysiakini | Seramai 28 orang termasuk pemimpin PAS ditangkap polis di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kerana cuba menghalang tindakanmerobohkan kawasan setinggan tersebut.

Menurut setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk, Taslim Nani, semua yang ditahan termasuk dua wanita dibawa ke balai polis Johor Jaya.

Mereka ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.

Taslim, yang kini masih ditahan, memberitahu Malaysiakini, ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.

Menurutnya lagi, pengerusi jawatankuasa itu Sameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan.

Bagaimanapun butiran lengkap kejadian ini masih belum jelas.

Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.... selanjutnya.

Nasib penduduk Plentong tengah

Artikel ini di keluarkan pada 13hb Oktober ..

Rumah dan surau di Kg. Plentong bakal diroboh?
Setiausaha AMK Johor telah dihubungi oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim beberapa hari yang lepas . Beliau menyatakan kebimbangan kerakusan pihak berkuasa sekarang untuk merobohkan semua rumah , bangunan dan Surau di Kg. Plentong Tengah, Plentong Johor.

DSAI minta seluruh jentera AMK Johor membantu penduduk disitu sehingga ke peluh dan usaha terakhir. Beliau akan cuba sedaya upaya untuk membantu kampung yang telah dibayar sebahagian hakmilik tanah itu.

Terdahulu Ketua dan Naib Ketua AMK Malaysia telah datang ke Kg. Plentong Tengah pada pertengahan Ramadhan yang lepas. Sokongan moral, sumbangan,kata-kata semangat dan nasihat telah beliau sampaikan pada masjis berbuka puasa.

Malangnya ahli parlimen Tebrau iaitu En. Khalid Nordin hanya sibuk merebut jawatan Ketua Bahagian & MT UMNO tanpa memperdulikan para penyokong dan pengundinya. Pemimpin yang berjiwa konon-kononnya mulia ini sebenarnya salah seorang yang Hipokrit. Diberitahu pondok Polis akan ditempatkan disitu bagi menyekat dan menangkap ’sesiapa yang dianggap onak’. Penduduk disitu dimaklumkan secara lisan bahawa roboh tetap roboh, hanya menanti hari yang sesuai.
Surat rayuan penduduk yang diajukan kepada Menteri Besar Johor, ada sumber yang yang memberitahu bahawa ia mungkin telah berada ‘ditong sampah‘ untuk menanti masa untuk dihantar ke tempat ‘pembuangan pusat sampah’.... selanjutnya di rencanarakyat.

KG. PLENTONG TENGAH : AMK JOHOR BERSAMAMU

amkjohor |
Dengan kemeriahan Syawal AMK Johor di ketuai Sdr. Zabide Abas dan Sdr. Mohd. Nazri Ismail dengan semangat kental serta rakan-rakan AMK dari pelosok Johor tidur dirumah usang bagi menemankan penduduk Kg. Plentong Tengah bagi memastikan rumah mereka tidak dirobohkan.

Laporan dari Kg. Plentong Tengah.
15 Oktober 2008.
* 10.00 pagi - Anggota Polis Johor Jaya memula Sekatan jalan raya
* 5.00 Petang - Ketibaan 20 AMK Johor Bahru
* 5.20 Petang - Ketibaan 15 AMK Muar dan Kulai
* 5.30 Petang - Anggota Polis menambah bilangan bagi menghalang orang luar masuk
* 6.00 Petang - Ketibaan 25 AMK dari beberapa bahagian dari Tenggara, Simpang Ranggam.... selanjutnya.
no2umno - Keganasan kerajaan BN dan menular ke Johor, yang kononnya negeri kubu kuat UMNO. Pulau dah tergadai, sekarang rakyat pula di halau. Kepada rakyat Johor ... puji lah lagi parti kolot zaman tok kaduk ni.
Nak tunggu kena batang hidung sendiri baru nak berubah?

20 penduduk Kampung baru Plentong ditahan

JOHOR BAHRU: Kira-kira 20 penduduk Kampung baru Plentong Tengah, dekat sini hari ini ditahan kerana menganggu tugas anggota penguatkuasa merobohkan rumah mereka atas perintah mahkamah.

Kronologi kesah Penduduk Plentong Tengah ..
" 1984 - 1986 - KAMI telah meneroka dan menduduki tanah lot tersebut dalam keadaan hutan rimba dan telah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai pihak terutamanya Wakil Rakyat mereka ketika itu lalu KAMI memohon serta mengisi borang permohonan tanah dengan bayaran RM 10.00 di pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan kemudian tanah tersebut telah diberi nama KG BARU PLENTONG TENGAH. (KBPT).

1987 - PTG telah dikurniakan KBPT kepada Mosbert Berhad (MB). KBPT telah bertukar pemilik sebanyak 2 kali dalam masa dan waktu yang sama. Mosbert Berhad (MB) —> Jet Ace Const (JAC) —> Oakfield Ent.

1989 - 1993 - Atas niat untuk memiliki KBPT secara sah dan di atas sokongan serta galakan Wakil Rakyat dan pelbagai pihak, persetujuan telah dibuat dengan OE tersebut setelah tawaran menjual tanah lot kepada KAMI dengan kadar nilai RM 5.00 bagi setiap kaki persegi dan sejumlah RM 417, 307.93 telah dikumpulkan sebagai bayaran 10 % daripada harga jualan telah di songlap oleh peguam yang dilantik.

1994-1995 - KAMI sekali lagi ditawarkan utk membeli KBPT secara individu dengan bayaran wang pendahuluan sebanyak RM 3K iaitu 10 % dari jumlah keseluruhan. Seramai 236 orang telah membuat bayaran berjumlah RM 820,000.00 kepada firma guaman milik OE. seterusnya
Baca juga kenyataan dari SUARAM - Syabas penduduk Kampung baru Plentong Tenagah !!!

The Malaysian zero sum game

Malaysianinsider | The government's hostility towards the Hindu Rights Action Front (Hindraf), culminating in the outlawing of the organisation, and Utusan Malaysia's war with Teresa Kok has hardened the position of the nationalist Malay right behind Umno.

But it will have done Umno and the Barisan Nasional few favours in winning back the hearts and minds of Malay moderates or the support of the Chinese, Indian and other non-Malay communities.

By targeting Kok, Utusan and the nationalist Malays are hoping to rally the community against the “threat” of the Chinese DAP, as represented by the Seputeh MP.

Cheras Umno division head Datuk Wira Syed Ali Alhabshi has even set up a Tabung Azan to aid Utusan against the RM30 million defamation lawsuit filed against the paper by Kok.

His reasoning was that a lawsuit against Utusan was an act of hostility against all Malays and all Muslims.

Even Malaysian Press Institute chief executive officer Chamil Wariya made a thinly-veiled attempt at attacking Kok by writing a short story published last week in Utusan in which the protagonist, described as an anti-Malay female MP, is assassinated .... seterusnya.

Anggota Kabinet mula JAUHI Pak Lah

MStar | Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom menyelar segelintir anggota Kabinet yang didakwa mula menjauhkan diri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan pengumuman tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Johari berkata, beliau pernah melalui pengalaman yang sama ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara pada Oktober 2003.

"Saya telah melalui semua ini ketika Dr Mahathir bersara dahulu.

"Saya adalah bekas setiausaha politik beliau dan saya lihat ini berlaku. Dan segala yang dilalui Dr Mahathir itu, Pak Lah akan lalui juga," katanya pada penutup Program Semangat Kemerdekaan anjuran Biro Tata Negara di Akademi Kenegaraan di sini, hari ini.

Johari berkata, sepatutnya semua pihak, terutama ahli-ahli Kabinet wajar terus menghormati Abdullah walaupun beliau telah mengumumkan tempoh persaraannya kerana beliau tetap Perdana Menteri sehingga hari terakhir.

"Tetapi saya lihat kini ada pihak yang mula melarikan diri dari Pak Lah pada saat-saat akhir khidmat beliau," tambahnya.... selanjutnya.
no2umno - Anggota UMNO sudah perasan perangai ramai ahli mereka sendiri. Pak Lah dah tiada gula, semut pun tak mau datang. Sekarang gula pada Najib. Tapi kalau Najib tiada kuasa ... bakal di buang macam sampah. Masa nya akan tiba. Kalau nasib baik .... tidak lama lagi. Tak caya tanya TG Nik Aziz.

Tindakan pengharaman tidak adil - Hindraf

MStar | ... "Kami hanya akan mengulas esok (hari ini). Biar kami melihat kenyataan keputusan (diharamkan) terlebih dahulu.

"Kami tidak mahu mengatakan sesuatu terlebih dahulu tetapi diubah kemudian oleh pihak yang sudah kehilangan kepercayaan rakyat," kata beliau ketika dihubungi.

Kerajaan mengumumkan keputusan itu sehari selepas tiga pemimpin kumpulan tersebut diambil keterangan polis kelmarin berhubung tindakan kira-kira 300 penyokongnya menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet di PWTC 1 Oktober lalu dan didakwa menimbulkan kekecohan.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuat kuasa semalam setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan.

"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966, diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," kata Syed Hamid Albar. Hindraf dibentuk dengan keanggotaan kira-kira 30 pertubuhan bukan kerajaan agama Hindu dan telah mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 25 November lalu untuk menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Britain.... selanjutnya.

Thailand dan Kemboja dah mula



Thailand dan Kemboja dan mula perang. Klik beritanya di SINI.
Berkait atau tidak ... rujuk Tukartiub 6/10/2008

Amaran Dollah pada Gerakan aje

Bharian | ... “Janganlah main sentimen perkauman hanya untuk menegakkan kekuatan diri atau personaliti. Bukan cara itu kerana kita sudah 50 tahun merdeka dan sudah sampai masanya kita berhenti daripada menggunakan isu perkauman dan untuk mencari keuntungan politik.

“Itu tidak harus dilakukan kerana jika itulah cara kita, sampai bila pun kita takkan dapat atasi masalah yang ada sebab sentiasa ada pihak memanaskan situasi, menegangkan hubungan dengan menimbulkan perkara seperti ini.

“Takkanlah tak ada opsyen lain atau perkara lain yang boleh cakap, untuk kebaikan Malaysia dan faedah kepada rakyat. Takkan kosong idea kita untuk fikir cara lain dan mengelak menimbulkan perkara perkauman yang boleh menyebabkan berlaku ketegangan,” katanya di sini, semalam. ... selanjutnya.
no2umno - UMNO main isu bangsa tak per. Jangan parti lain. Rujuk kes Angkat keris, Ahmad Ismail dan Chamil Paria.

Mat Tyson minta henti serang peribadi Najib

bharian | ... “Saya berpendapat beliau (Anwar) tidak adil untuk menyerang Najib secara peribadi. Dulu dia asyik serang Perdana Menteri, sekarang timbalannya. Saya fikir apa yang dihujahnya dengan mengeluarkan fakta yang tidak benar bertujuan jahat,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Muhammad berkata, Anwar membuat cerita yang sebenarnya berbentuk spekulasi dan mengeluarkan tuduhan palsu yang bermotifkan politik semata-mata untuk menjayakan kepentingan peribadinya.

“Saya harap cara seperti ini hendaklah dihentikan. Apa yang kita nampak selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peralihan kuasa semakin menjadi-jadi Anwar membuat serangan dan tuduhan terhadap Najib.

“Beliau nampak Najib pula bakal menjadi Perdana Menteri, maka dia berusaha menyerang Najib. Nampak niat jahat yang ada pada Anwar,” katanya sambil meminta Penasihat PKR itu segera perlu menghentikan segera pembohongannya. ... selanjutnya.
no2umno - Bezanya menyerang dan minta penjelasan. Di Parlimen, terbuka untuk bersoal jawab. Lapangan berdepan satu dengan lain. Bukan berceloteh depan media berat sebelah. Boleh angkat tangan, tekan punat kalau nak cakap. Masalahnya Najib tak nampak batang hidung. Mat Taib ni tau ke apa dia cakap?

Pengendali LDP wajar kurangkan kadar tol

bharian | .... Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata kerajaan membayar pampasan tunai RM630.5 juta kepada LDP bagi pengurangan dan penyusunan semula kadar tol antara 1999 hingga 2007 manakala kutipan tol sejak tempoh konsesi bermula pada 31 Disember 1996 pula mencecah RM1.28 bilion.

“Ini bermakna, LDP adalah lebuh raya yang merekodkan keuntungan dan sewajarnya meringankan sedikit beban pengguna kerana tempoh konsesi mereka hanya berakhir pada 31 Disember 2029.

“Tambahan pula, mutu perkhidmatan lebuh raya ini sudah merosot hingga ke tahap ‘F’ di Plaza Tol Petaling dan Penchala serta tahap ‘D’ di Plaza Tol Puchong Barat dan Puchong Selatan manakala lokasinya pula tidak menyediakan laluan alternatif yang munasabah
. ... selanjutnya.

DSAI jelas siapa melutut kepada IMF

 tranungkite | Semalam, saya (Azmin Ali) bangun dalam Parlimen untuk mendapatkan penjelasan dari YB Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pemimpin UMNO bahawa beliau tunduk kepada IMF / World Bank ketika negara menghadapi krisis kewangan pada tahun 1997 / 1998.

Dakwaan UMNO disanggah oleh Ketua Pembangkang dengan tegas dan berfakta. Menurut Anwar, ketika beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia, agenda utama ialah mendapatkan kelulusan negara-negara anggota termasuk Eropah dan Amerika Syarikat untuk menghapuskan hutang negara-negara miskin.

Tindakan ini dapat meringankan beban hutang negara-negara miskin yang turut gawat akibat krisis kewangan.

Ekonomi negara yang turut diserang menyebabkan institusi-institusi kewangan lemas dan ringgit semakin lemah. Dalam suasana krisis kewangan pada ketika itu, Article 4 mengkehendaki rundingan diadakan. Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa di sepanjang tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan khususnya ketika mengurus krisis kewangan negara pada tahun 1997, beliau TIDAK PERNAH meminta "rescue package" daripada IMF / World Bank. Anwar mencabar pemimpin UMNO yang membuat tuduhan supaya menyemak rekod dengan Perbendaharaan dan Bank Negara. Dato' Seri Anwar turut menjelaskan bahawa beliau mengambil initiatif menubuhkan Dana Harta dan Dana Modal untuk menjamin ketelusan dalam membantu syarikat-syarikat tempatan yang menghadapi krisis kewangan pada ketika itu.

Ketua Pembangkang turut mendedahkan bahawa pada tahun 1993, beliau selaku Menteri Kewangan telah menulis surat kepada Bank Dunia untuk memberhentikan pinjaman dari Bank Dunia. Kedudukan ekonomi ketika itu di bawah pengurusan beliau amat kukuh dan tidak memerlukan pinjaman dari Bank Dunia. Malahan, Anwar turut memulakan pendekatan "pre-payment" untuk pinjaman yang dibuat sebelumnya dari Bank Dunia. Namun, sebaik sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, Anwar berhujah bahawa Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengarahkan Perbendaharaan Malaysia untuk meneruskan pinjaman oleh negara dengan Bank Dunia. Siapa sebenarnya yang melutut dengan IMF / World Bank ? Penghujahan Dato' Seri Anwar dalam Parlimen semalam dapat menyanggah fitnah dan tuduhan jahat UMNO selama satu dekad yang lalu.

Laporan Polis terhadap TV3

Aku miss berita TV3 hari ini. Maklumlah, dah lama tak jengok saluran info tegar UMNO tu. Menurut kawan yang menonton, berita tersebut tentang pencerobohan tanah di Selangor. Ada pihak yang cuba mengaitkan EXCO negeri Selangor ... sedikit gua cilok lapuran dari internet.

limauice.blogspot.com | ... Todays news (TV3) was also vomit material. Isu pencerobohan tanah / hutan in Selangor. Land being developed in to houses, agriculture, bird houses... etc.

A pakcik claimed he had met Yaakob Sapari with the other penerokas and was promised the problem would be solved... to make it more dramatic... he CALLED Yaakob and we could hear him talking with Yaakob.

Whoa, this Exco must really be free... and this pakcik must seriously be some big shot, i mean... maybe he's royalty or a fucking billionaire investing in Selangor and Yaakob has saved this pakciks name in his hand phone and tagged as 'Bloody Important Pakcik'. The segment also interviewed a Chinese uncle in front of his house, uncle said he had bought the land for RM5000 and has lived there for 12 years.

Oh yeah, pakcik peneroka tadi lak... 7 tahun mengusahakan tanah tu. Owh... Pakatan Rakyat has been in power for? A few months. Get the pic? 'Pencerobohan Tanah Semakin Tak Terkawal' was the title... indicating maybe that somehow... at one point of time everybody picked up a new hobby... MENCEROBOH TANAH conveniently when Pakatan Rakyat took over? Wtf. Wartawan2 TV3 ni bodoh ke hape. Pengarah Jabatan Hutan confirmed that the land was trespassed. Confirm je ke? lain tak wat ke? Ke dapat arahan dari org lain, suh bia and jadikan isu? Banyak sangat anjing sekarang ni, tak terkawal....selanjutnya.
Berikutan itu ... tindakan susulan akan dibuat oleh EXCO berkenaan.
Pada hari ini. Khamis 16/10/2008, bertempat di Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam, jam 10.00 pagi. YB Yaakob Sapari akan membuat lapuran polis berikutan putarbelit TV3 tentang kes pencerobohan tanah dan penebangan hutan di Kuala Selangor.
Kalau merujuk berita hari ke 2 melalui Buletin Utama jam 8.00 malam, SAH!!! ... dengan niat ... pakcik itu memasang 'loud speaker' taliponnya ketika menghubungi YB Yaakob Sapari dan perbualan itu di rakam oleh berita TV3.

Mungkin sudah sampai masanya YB Yaakob kena TEGAS SIKIT !!!

Posting terkini

Blog Archive