KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Masalah rakyat. Show all posts
Showing posts with label Masalah rakyat. Show all posts

Nov 9, 2008

Mangsa NGV buatan sendiri





Nak beli dan pasang RM5,000 ke RM6,000 sebuah kenderaan,
Nak buat sendiri ... tak tentu selamat.
Nak isi minyak ... harga tak turun seperti yang sepatutnya, walaupun harga minyak dunia dah turun.
Dalam keadaan ekonomi macam ni ... macam macam boleh jadi.

Apa kata Menteri Melaka? Ini dia ...

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

“Saya harap, pihak berkenaan dapat menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian ini termasuk mengenakan tindakan tegas sekiranya wujud bengkel yang menawarkan perkhidmatan mengubahsuai tong gas memasak menjadi tong NGV,” katanya.
Orang tak buat suka suka untuk mati. Semuanya mungkin kerana terdesak atau cuba cari peluang niaga. Maklumlah nak jadi panel pasang NGV bukan murah.

Nov 8, 2008

Protest over 100pc rent hike

NST | SHAH ALAM: Some 60 residents of Lembah Subang and Kota Damansara council homes demonstrated peacefully at the state secretariat building here yesterday to protest against the more than 100 per cent hike in their rents. They rose from RM124 to RM250 a month.
Chairman of the action committee Johari Nander said most of the residents were former squatters, single mothers, senior citizens and the disabled and many could not even afford the old rate.

The Kota Damansara residents started paying RM250 a month from May while those in Lembah Subang from July.

"There was no supervision and we feel neglected. We did not hear anything from the government and the next thing we knew, we were asked to pay RM250," said Johari.
He said they were also asked to pay an extra RM800 as a deposit on Oct 20, even though they had paid more than RM500 when they moved in years ago.

Nov 6, 2008

Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat


melalui email
Merujuk kepada perkara di atas, kami 321 orang pembeli rumah Desa Kerayong Indah. Jeram, Kuala Selangor, Selangor ingin melahir rasa terkilan yang teramat di atas keengganan dan kegagalan pihak Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan masalah kami ini. Kami telah berurusan lebih 3 bulan hanya untuk membuat temujanji melalui PA DSAI. PA beliau asyik berjanji untuk menemukan kami semua, namun sehingga kini, tiada sebarang perkembangan langsung.

Kami Pembeli yang 100% Melayu Islam ini masih tidak lagi mendapat pembelaan yang sewajarnya. Malahan YB Iskandar di dalam jawapan bertulisnya melalui e-mail memaklumkan bahawa kerajaan negeri (PR) memerlukan sebanyak RM70 juta jika memutuskan untuk meneruskan projek tersebut.

Kami amat kesal kerana Pakatan Rakyat sejak mula memegang tampuk pemerintahan Negeri Selangor sejak Mac 2008 yang lalu terlalu asyik menumpukan kepada perkara-perkara untuk menonjolkan diri dan mencari populariti sehinggakan tidak langsung menampakkan tanda-tanda untuk membantu rakyat yang selama ini memberikan sokongan kepada mereka.

Kalau dahulu, janji yang dicurahkan untuk memegang kuasa pemerintahan barulah boleh membantu rakyat jelata. Sekarang apabila telah memerintah di Negeri Selangor ini, kami merasakan seolah-olah tertipu dengan janji-janji manis untuk membantu rakyat.

Umpama pepatah mengatakan, terlepas dari mulut harimau, masuk pula mulut buaya.

Mengapa terlalu sukar untuk berurusan dengan bangsa Melayu Islam seperti kami ini? Mengapa isu babi, isu pasir, isu PKNS, isu air dan sebagainya yang melibatkan bangsa lain cukup cepat untuk diselesaikan oleh Pakatan Rakyat?

YB EXCO Selangor Sdr Ronnie Liu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saman terhadap kerajaan negeri Selangor akan diselesaikan di meja rundingan (http://desakerayongindah.blogspot.com/2008/04/kes-saman-dki-ke-meja-rundingan.html).

Kami merasakan ianya amat berbaloi dengan sokongan yang diberikan selama ini terhadap Pakatan Rakyat. Namun ianya berakhir disitu sahaja tanpa apa-apa tindakan susulan.

Malahan YAB Menteri Besar Selangor (Tan Sri) sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan semasa salah seorang pembeli yang hadir ke pejabat beliau semasa sessi bertemu rakyat baru-baru ini dengan tegas menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak akan meneruskan projek tersebut dan meminta supaya kami yang teranaiya ini menarik balik saman yang dikemukakan.

Apakah erti semua ini? Dimanakah janji-janji Pakatan Rakyat yang selama ini heboh memperkatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan parti untuk merakyatkan ekonomi Selangor. Susah sangatkah untuk seorang pemimpin untuk bertemu dengan rakyat?

Perlukah kami menjemput media dan kemudian barulah Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk bertemu dengan rakyat?

Kalau di masa pemerintahan Barisan Nasional dahulu di Negeri Selangor ini, Pakatan Rakyat sering mencanangkan kepincangan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tetapi kini apabila telah memegang tampuk pemerintahan, kami seolah-olah tidak lagi bermakna dan ingin melarikan diri daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Malahan semasa Penamaan Calon PRU-12 di Komplek Sukan Kuala Selangor (Stadium) kami telah mengadakan demontrasi aman dan diberikan ruang di kem Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kegagalan Barisan Nasional menyelesaikan masalah kami. Pada masa itu Pakatan Rakyat seolah-olah adalah HERO kami semua.

Namun begitu apabila telah memenangi Piliharaya Umum ke-12 yang lalu bermula dari Mac 2008 sehingga Oktober 2008 (10 bulan) ini, kami langsung tidak nampak apakah jalan penyelesaian yang telah dan akan diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Malahan kami seolah-olah disekat untuk bertemu dengan pemimpin atau memang itulah amalan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Kami tambah terkilan apabila YAB MB Selangor telah sanggup hadir di Lobi Parlimen pada 6:45 petang 4 November 2008 yang lalu, walaupun sidang Dewan Rakyat telah berakhir dengan kesemua Pembangkang keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes. Mengapa beliau sanggup berada di Lobi Parlimen (sidang telah tamat)? Sedangkan untuk bertemu dengan rakyat beliau tidak mempunyai masa?

Seringkali alasan yang diberikan adalah Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor. Berikan kami (Pakatan Rakyat) masa untuk menyelesaikan masalah ini. DSAI sibuk dengan urusan 16 September. Kemudian selepas itu, DSAI sibuk di Parlimen, DSAI ada temu janji yang lebih penting. Janji sebegini telah lapuk.

Bagaimana dengan hutang kami kepada pihak bank yang perlu dijelaskan pada setiap bulan? Bergolok bergadai, suami isteri bergaduh telah lama kami alami akibat kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menunaikan janji untuk menyiapkan sebuah rumah untuk kami dengan wang hasil dari titik peluh kami sendiri.

Andai inilah kaedah dan kesombongan yang diguna pakai oleh pemimpin Pakatan Rakyat, bukanlah salah untuk kami semua rakyat untuk menyesali memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Wassalam

Rakyat yang teranaiya

Desa Kerayong Indah

url: http://desakerayongindah.blogspot.com

Oct 16, 2008

20 penduduk Kampung baru Plentong ditahan

JOHOR BAHRU: Kira-kira 20 penduduk Kampung baru Plentong Tengah, dekat sini hari ini ditahan kerana menganggu tugas anggota penguatkuasa merobohkan rumah mereka atas perintah mahkamah.

Kronologi kesah Penduduk Plentong Tengah ..
" 1984 - 1986 - KAMI telah meneroka dan menduduki tanah lot tersebut dalam keadaan hutan rimba dan telah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai pihak terutamanya Wakil Rakyat mereka ketika itu lalu KAMI memohon serta mengisi borang permohonan tanah dengan bayaran RM 10.00 di pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan kemudian tanah tersebut telah diberi nama KG BARU PLENTONG TENGAH. (KBPT).

1987 - PTG telah dikurniakan KBPT kepada Mosbert Berhad (MB). KBPT telah bertukar pemilik sebanyak 2 kali dalam masa dan waktu yang sama. Mosbert Berhad (MB) —> Jet Ace Const (JAC) —> Oakfield Ent.

1989 - 1993 - Atas niat untuk memiliki KBPT secara sah dan di atas sokongan serta galakan Wakil Rakyat dan pelbagai pihak, persetujuan telah dibuat dengan OE tersebut setelah tawaran menjual tanah lot kepada KAMI dengan kadar nilai RM 5.00 bagi setiap kaki persegi dan sejumlah RM 417, 307.93 telah dikumpulkan sebagai bayaran 10 % daripada harga jualan telah di songlap oleh peguam yang dilantik.

1994-1995 - KAMI sekali lagi ditawarkan utk membeli KBPT secara individu dengan bayaran wang pendahuluan sebanyak RM 3K iaitu 10 % dari jumlah keseluruhan. Seramai 236 orang telah membuat bayaran berjumlah RM 820,000.00 kepada firma guaman milik OE. seterusnya
Baca juga kenyataan dari SUARAM - Syabas penduduk Kampung baru Plentong Tenagah !!!

Oct 12, 2008

Security staff at hospital on strike

Star | Some 140 security personnel at Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) here went on strike for 15 hours on Friday over a salary dispute.

The 70 personnel who were to report for night shift at 8pm, refused to do so.

Langahati Kuwak, 54, a security supervisor, said the company, an outsourcing company with the Health Ministry at HTAR, had not paid their basic salary since June. He said their full salary was about RM800 each.

“Our life is in limbo now, I have four school-going children in Semporna, Sabah, and I need to send money home,” he said.

Langahati said they were paid a few times a month, between RM100 and RM200 each time.


“But the partial salary that I received is not enough even for myself,” he said.

State Health, Plantation Work­ers, Poverty and Caring Govern­ment committee chairman Dr A. Xavier Jayakumar said he had contacted the director of the security company on the matter.... selanjutnya.
no2umno - Wakakakaka ... tak kan tokey tak der duit kot. Buat belanja pemilihan UMNO ke? Tu .. pekerja sedang pening kepala nak hantar duit ke kampung. Cuba bayangkan kalau sekurity tak der di hospital. Kot kot ada mayat yang hilang atau pesakit yang mungkin jadi doktor. Pada mereka yang takut untuk di bedah ... boleh cabut lari malam malam. KAh kah kah ... Sapa punya kontrak tu ?

Jul 21, 2008

Proton atau Mercedez?



MOTHER LOSES THREE CHILDREN IN SMASH UP: Siblings Tan Jun Hui, 4; Jun Wah, 11; and Jun Nia, 12; and their cousin Wong Yui Yen, 7; were killed on the spot in a head-on collision between the Proton Wira they were in and a lorry. Another sibling, Jun Kwang, 8; and cousin, also named Wong Yui Yen, 6; sustained serious head and body injuries, along with Lee. Their Indonesian maid Kismi Wati, 23, also died instantly ... selanjutnya.
Sedih. Sejak awal Proton di jual dan di perkenalkan, berapa ramai yang telah terkorban. Tengok gambar kereta tu, separuh bahagian atasnya hilang entah kemana. Kekadang rasa betul juga kata MB Terengganu. Dari Proton baik Mercedez, sekurang kurangnya, maintenance pun rendah, keselamatan ada sikit terjamin.

Jul 20, 2008

Wajah-Wajah Rakyat Desperate

cursingmalay | Aku dah perasan dekat Petronas rumah aku ada notis letak muka pencuri dekat tepi pintu.Masa first2 dulu ada gambar satu brader pakai baju kemeja datang dengan kereta Wira.Brader ni perompak.
Baru2 ni gambar tu dah di update.Ditukar pulak dengan gambar satu family yang datang tiga beranak yang suka mencuri benda2 kecik,macam coklat ke.

Dekat rumah aku jugak ada satu Econsave,dekat Econsave ni lah tempat aku membeli barang keperluan setelah aku sedar selama ni aku membeli belah di Jusco dengan harga yang maha tinggi.Dekat Econsave ni ada notice board muka-muka mereka yang "wanted" atau ditangkap oleh kamera CCTV telah mencuri barang dari pasaraya tersebut.

Pada mulanya hanya ada gambar seorang brader melayu,gambar dia sorang je.Minggu lepas aku pegi tambah gambar sorang perempuan melayu.Hari ni aku pegi ada dah tambah gambar beberapa orang dah.Maknanya kes kecurian kat situ makin menjadi-jadi.

... selanjutnya.

Jul 10, 2008

38% of households struggling to make ends meet

aninetto | ........ If you assume that families earning below RM2,000/month are having a really tough time making ends meet, then 38 per cent of all families are in that predicament.

If we take RM3,000 as the threshold for those who are barely coping, then that makes it more than 50 per cent of Malaysian families who are going through lean times.

This is the real problem in Malaysia today - not the inter-ethnic income disparities.

And the government still doesn’t want to heed the MTUC’s call for a minimum wage of RM900/month and a cost of living adjustment of RM300?

After nearly 40 years of fairly rapid FDI-driven economic growth and over 20 years of neo-liberal policies, to what extent has the quality of life for families really improved - even with more than one person in the household working or the breadwinner taking up an extra job? Instead, we have a vast gulf between the rich and the poor, as a sense of disillusionment sets in. This partly explains why the BN did badly at the polls.

Now the question is what kind of solutions can the PR offer if they come to power to tackle such structural disparities - apart from the urban-rural poverty gap? Will eradication of corruption alone solve the problem - or is the problem a more deep-rooted structural one?... selanjutnya.

Jun 15, 2008

Dimana wakil rakyat kita?

desakerayongindah - [...] Lima projek itu ialah Taman Lestari Perdana, Taman Lestari Puchong, Taman Lestari Permai, Saujana Puchong dan Saujana Putra adalah antara yang terbengkalai sejak tahun 2003 di sekitar Puchong dan Seri Kembangan.

Lawatan ke Taman Lestari Permai turut dihadiri sekurang-kurangnya 150 pembeli rumah projek perumahan itu, yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila projek yang dijadual siap sepenuhnya pada 2006 masih terbengkalai. Sementara itu, Hamzah berkata kementerian akan mengetatkan lagi akta-akta yang terkandung di dalam Dasar Perumahan Negara (DPN) untuk mengelakkan berlakunya projek perumahan terbengkalai. "Apabila perkara itu mendapat persetujuan dari semua pihak yang terlibat dalam industri perumahan, ia akan kita (kementerian) kemukakan kepada jemaah menteri akhir tahun ini," katanya. [seterusnya]

Agak malang bagi nasib sesetengah pembeli rumah yang lain kerana langsung tidak mendapat perhatian daripada pihak yang sepatutnya samada daripada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat. Kalau semasa era pemerintahan BN di Selangor sebelum 8 Mac 2008 yang lalu, Pembeli Desa Kerayong Indah dilayan seolah-olah seperti melukut di tepi gantang apabila berhadapan dengan EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Mantan Menteri Besarnya apatahlagi, langsung tidak ambil peduli dengan Projek Pemberimilikan Tanah Terancang tersebut.... selanjutnya.

Jun 3, 2008

300 penduduk adakan demonstrasi bantah operasi kilang pasir

bharian - Kira-kira 300 penduduk di Kampung Bangau Parit di sini mengadakan demonstrasi memohon Kerajaan Negeri Pahang supaya campur tangan bagi memindahkan sebuah kilang pasir yang didakwa mereka mendatangkan pelbagai kesan buruk termasuk pencemaran bunyi, hakisan tebing sungai dan kerosakan jalan.

Penduduk mendakwa, kilang yang beroperasi sejak enam tahun lalu itu menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan seperti batuk dan berkudis, selain terpaksa hidup dalam keadaan amat berdebu.

Wakil penduduk, Ramli Mat Lela, 52, mendakwa pihaknya pernah melaporkan masalah berkenaan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh serta Jabatan Alam Sekitar (JAS), namun tiada tindakan diambil sehingga kini, menyebabkan mereka bertindak mengadakan demonstrasi secara aman berhampiran kilang itu.

May 23, 2008

Lebih 1,000 setinggan, cuma sebuah yang dirobohkan?

SULAIMAN (kiri) bersama ahli keluarga melihat rumahnya yang dirobohkan pihak berkuasa kelmarin di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang semalam.

Kosmo - “Lebih 1,000 rumah setinggan di Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang ini, mengapa hanya rumah saya seorang yang dirobohkan?”

Itulah persoalan yang ‘menghantui’ Sulaiman Hashim, 48, dan lapan ahli keluarganya yang sedih dan kecewa.

Katanya, rumah yang baru dibina berdekatan rumah lamanya lebih sebulan lalu di kawasan berkenaan dirobohkan pihak berkuasa kelmarin.

Sulaiman yang mengusahakan warung secara kecil-kecilan berkata, rumah yang dibina dengan kos lebih RM25,000 itu dirobohkan setelah notis selama sebulan untuk mengosongkan rumah itu tamat kelmarin.... selanjutnya.

No2umnO - Macam politik je.

May 22, 2008

BILA BAPAK KAYA .... ANAK CELAKA

Padah tegur anak VIP
Hmetro - [...] “Ketika minum, anak VIP itu menghubungi telefon bimbit saya dan memberitahu mahu menemui saya bagi menyelesaikan perselisihan faham,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sekumpulan lelaki datang menemuinya tidak lama kemudian dan mendakwa dia mengusik ‘adik’ mereka dan menyerang serta terus membelasah dirinya.

Mangsa berkata, rakannya, Shamsul Kamal yang cuba melindunginya turut dibelasah dan mereka hanya berhenti membelasahnya selepas melihat dia tidak bermaya.

“Ketika kejadian, anak VIP itu turut bersama kumpulan berkenaan dan saya serta Shamsul Kamal dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan,” katanya.

Wan Mohd Aznam berkata, Shamsul Kamal membuat laporan polis pada Isnin lalu dan dia akan melakukan perkara sama sebaik dibenarkan keluar dari hospital.

Menurutnya, tindakan kumpulan lelaki terbabit yang mendakwa diri mereka anggota sebuah pertubuhan cuma memburukkan nama baik pertubuhan yang ditubuhkan dengan matlamat mengamalkan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta membela nasib Melayu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan.

“Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan berdasarkan siasatan awal, kejadian itu berlaku akibat perselisihan faham,” katanya.... selanjutnya.

May 19, 2008

Hasrat Bang Mat kahwin ke-4 tangguh lagi

Utusanmeloya - [...] Pada akhir perbicaraan selama satu setengah jam, Hakim Shaikh Ahmad berkata: “Saya boleh membuat keputusan hari ini tetapi keputusan saya bergantung penuh kepada keterangan yang diberikan oleh Mohamed Nor dalam mahkamah. Kalau Mohamed Nor tidak mahu memberi kerjasama, saya tidak boleh luluskan permohonan berkahwin lagi.”

Beliau berkata, mahkamah akan memberi peluang kepada Mohamed Nor untuk menyediakan saksi-saksi bagi mengukuhkan lagi keterangan mengenai kemampuannya dari segi ekonomi untuk berkahwin lagi.

Terdahulu, Mohamed Nor yang memiliki 18 orang anak ketika membaca afidavit tambahan permohonannya untuk mengahwini isteri keempat berkata, beliau sebenarnya berpendapatan RM3,500 sebulan dan bukan RM1,500 seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Menurutnya, pendapatan tersebut adalah hasil daripada kerja mengangkut kayu getah dan getah beku dengan lori selain membaiki kereta dan motosikal.

“Selain itu, saya bersama isteri ketiga, Noraini Daud, 40, mempunyai pendapatan tambahan daripada kebun getah seluas 2.4 hektar selain isteri pertama, Wan Rukiah Mat Yusof, 50, memiliki kebun kelapa sawit seluas 0.8 hektar,” ujarnya.... selanjutnya.

No2umnO - Selama ini pun gajinya cuma RM1,500 tetapi Bang Mat mampu kawin 3. Semua isteri, bakal isteri dan Bang Mat pun dah setuju. Cara betul, kaedah betul tetapi mahkamah ragu ragu. Kekadang terpikir ada logiknya kenapa rakyat Malaysia kahwin di sempadan. Kalau nak kira pendapatan, sekarang pun mungkin ramai yang disara oleh isteri. Nak kawin senyap senyap atau cara betul?

May 17, 2008

Serumah dengan ulat

hmetro - “Kami dua beranak seakan-akan berkongsi rumah dengan ratusan ulat sampah sejak tiga bulan lalu,” kata seorang penduduk yang tinggal bersebelahan tempat buangan sampah di Blok C, Seksyen 10, Wangsa Maju di sini.

Fauziah Malik, 43, berkata masalah ulat mula timbul sejak dia sekeluarga menduduki kawasan perumahan itu lima tahun lalu, namun semakin parah sehinggakan kehidupan harian mereka terpaksa dikongsi bersama ratusan ulat.

Katanya, situasi itu menyebabkan dia bersama ibu yang kurang upaya (OKU) tinggal dalam keadaan tidak selesa ditambah pula dengan bau busuk sampah bersebelahan rumahnya.

Menurutnya, masalah itu berpunca kegagalan pihak berwajib mengutip sampah mengikut jadual ditetapkan termasuk ada ketikanya sampah diangkat selepas dua minggu.

“Saya pernah mengajukan aduan mengenai masalah itu kepada pemaju perumahan, namun tiada tindakan susulan sehinggakan ibu dan adik sering mengadu sakit kepala akibat menghidu bau busuk.

“Dakwa mereka (pemaju), segala urusan berkenaan sudah diserahkan sepenuhnya kepada sebuah syarikat konsesi, namun apa yang dikesali kini ialah syarikat terbabit bersikap sambil lewa.
>> selanjutnya

May 14, 2008

Girl with 10A1s shocked by PSD’s rejection



MStar - [...] What was worse was that her application for a matriculation programme was also rejected.

Kamine, 17, said she had her heart set on becoming a doctor and even participated in an attachment programme in April that exposed her to a doctor’s job.

“I couldn't believe my eyes when I found out on Sunday through the PSD website that my application was unsuccessful,” she said yesterday, adding that she checked the result of her application several times.

“I felt that my world collapsed that day,” said the former student of SMK Ahmad Boestamam in Sitiawan, about 90km from here....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Rundingan Untuk Selesai Projek Rumah Terbengkalai?

http://desakerayongindah.blogspot.com



Kerajaan Selangor diberitakan akan berunding dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak bank bagi menyelesaikan masalah pembeli yang terbabit di dalam projek rumah terbengkalai di Selangor ini (rujuk Sinar Harian Selasa 13 Mei 2008)

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya memandang serius perkara ini kerana ianya telah berlarutan sejak sekian lama. KPKT mempunyai kuasa untuk merampas mana-mana projek yang telah terbengkalai dan menyerahkannya kepada pihak ketiga tanpa merujuk kepada Menteri Kewangan. Namun tiada satupun projek yang dirampas oleh KPKT diberikan kepada pihak ketiga yang mampu melaksanakannya.

Tambahnya lagi, terdapat pemaju lain yang ingin meneruskan projek terbengkalai ini dengan membelinya daripada pemaju yang telah muflis. Namun pemaju baru menghadapi masalah kerana adanya cukai tertunggak daripada pemaju terdahulu yang perlu dijelaskan kepada pihak bank pembiaya.

Kenyataan EXCO Iskandar Abdul Samad ini langsung tidak boleh dikaitkan dengan kes Projek Pembesaran Kampong Desa Kerayong Indah ini, kerana sejarah keujudan projek ini sejak dari awal telah terjerumus kearah kepentingan politik untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari individu dan pihak yang berkepentingan sendiri daripada membantu rakyat Selangor berketurunan Melayu 100% ini untuk memiliki rumah kediaman yang sempurna dengan wang sendiri di atas Tanah Rezab Melayu ini.

Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepada :-

* Projek diilhamkan oleh Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan Kampong (JKKK). Siapa mereka?
* Sejarah keujudan syarikat Pemaju Kontraktor) yang bermodalkan RM2 untuk memajukan projek bernilai lebih RM100 juta.
* Pemilihan lot-lot tanah yang dikhaskan untuk VIP
* Pembeli dikenakan RM8 sekaki persegi tanah yang kononnya untuk kemudahan prasarana, sedangkan ianya adalah Projek Pemberimilikan Tanah Terancang yang perlu mendapat kelulusan EXCO Negeri. Pada hakikatnya wang sebanyak RM32,000 (4,000 kaki persegi) ini telah diserapkan ke dalam nilaian harga rumah yang terlalu tinggi pada masa itu. Dengan jumlah RM32,000 pada tahun 1999, pembeli sebenarnya mampu memiliki tanah seluas 20,000 kaki persegi.
* Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi sendiri tidak meluluskan pembinaan Individual Septic Tank (tangki najis) yang pasti akan mencemarkan alam sekitar.
* Pengambilalihan Projek oleh Pemaju baru tidak mendapat persetujuan daripada pembeli sendiri.
* Pihak Pemaju telah membuat tuntutan bayaran yang mana tidak setara dengan kerja-kerja yang dilakukan. Malahan adalah pembeli yang telah membayar (melalui bank) hampir 90~95% , sedangkan tiang rumah masih belum tertegak lagi.
* Pembeli digula-gulakan dengan janji-janji menjelang PRU-12
* Dan lain-lain lagi....

Oleh yang demikian, Pembeli-pembeli rumah bagi Projek Pemberimilikan Tanah Terancang Desa Kerayong Indah yang telah memfailkan tuntutan di mahkamah, tetap dengan pendirian untuk menuntut bayaran gantirugi daripada Kerajaan Negeri Selangor dan pihak-pihak yang terlibat dengan projek ini. Sekiranya ada perbicaraan di mahkamah nanti, InsyaAllah, kami akan berjuang habis-habisan demi untuk menuntut HAK kami semua tanpa mengambilkira siapa yang memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor ini.

Kami telah lama menanggung kesusahan sejak 1999 lagi bilamasa terpaksa mengeluarkan wang dari keringat sendiri demi untuk memiliki sebuah kediaman yang sempurna. Bayaran ansuran kepada pihak bank menjangkau sehingga RM1200 sebulan membuatkan sebilangan pembeli telah diburu oleh pihak bank melalui tindakan saman. "Black List" memang telah tercatat sejak projek ini gagal disiapkan pada 2002 yang lalu. Malahan ada pembeli yang telahpun "kehilangan" wang sebanyak RM100,000 daripada wang saku sendiri.

Manakala dipihak JKKK, Pejabat Tanah, Kerajaan Negeri Selangor (terdahulu) dan Kontraktor seolah-olah membisu walaupun telah banyak mesyuarat demi mesyuarat diadakan dengan mereka. Namun bayangan rumah yang kami semua harapkan tidak kesampaian sehinggalah tindakan saman pemula difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 April 2007 yang lalu. EXCO terdahulu pernah mengeluarkan kenyataan di dalam salah satu media ternama supaya kami semua menyaman mereka.

Pemaju seolah-olah dilayan sebagai anak emas, apabila mereka telah GAGAL untuk memfailkan Pembelaan yang kemudiannya diberitakan telah diminta agar hadir ke mahkamah pada hari yang sepatutnya kami semua mendapatkan JID daripada Hakim Mahkamah Tinggi. Ini adalah bagi mengelakkan Pemaju daripada diistiharkan muflis dan seterusnya tanah seluas 216 ekar yang berstatuskan Rezab Melayu tersebut perlu ditebus semula oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Pihak Pemaju masih lagi boleh tersenyum lebar walaupun masih belum memfailkan Pembelaan di Mahkamah, sedangkan kami yang telah memfailkan tuntutan lebih dari 1 tahun ini terpaksa menjalani hari-hari yang mendatang dengan bebanan yang semakin menghimpit biarpun berteduh di bawah Negeri Selangor yang Maju dan Makmur ini.

Apakah ini semua yang dikatakan keadilan? Kami tidak mahu nanti gajah sama gajah bertempur, pelanduk yang tersepit ditengah-tengah.

Deritanya hospital lembab, lintah darat

malaysiakini - [...] Ibu saya Latiffah Hashim, 65, mempunyai penyakit kencing manis yang tidak kronik, paras gulanya tidak pernah mencecah tahap bahaya dan sentiasa terkawal dengan ubat-ubatan yang diperolehi daripada klinik kerajaan.

Pada hari raya Aidilfitri yang pertama 2007, beliau tiba-tiba tergelincir di bilik air, lalu bahunya patah. Kami telah membawanya ke hospital besar Pulau Pinang (HBPP).

Di sana beliau telah dibedah dan dimasukkan klip untuk menyambung bahagian yang patah. Para pegawai perubatan dimaklumkan akan penyakit kencing manis yang dihidapi beliau, tetapi tetap meneruskan pembedahan.

Doktor berjanji akan membuka simen yang telah dibalut dalam tempoh dua minggu. Setelah tempoh itu berlalu, kami membawa ibu kami ke hospital untuk membuka balutan simennya, lebih-lebih lagi ibu merasa kesakitan yang amat pada bahagian yang dibedah.

Malangnya doktor menyatakan bahawa balutan tersebut tidak boleh dibuka dengan alasan klip penyambung belum betul-betul berfungsi. Kami minta penjelasan, kenapa ibu merasa sangat sakit di bahagian yang dibedah tetapi tidak diendahkan oleh pegawai-pegawai perubatan yang bertugas.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 13, 2008

Keluarga Dhoif

zul4kulim - Selepas solat Jumaat di Masjid Permatang Pasir..saya pergi menziarahi satu keluarga dhoif di Lubok Buntar, Serdang. Saya sangat terkejut melihat kemiskinan keluarga ini yang telah terbiar bertahun-tahun lamanya. Keluarga ini tinggal menumpang di atas tanah orang di Batu 22, Lubok Buntar Serdang. Kedua-dua suami isteri dari golongan bisu/pekak. Suaminya Ahmad Zaini Osman berumor 47tahun(IC 611003025231). Kerja di kilang kayu dengan upah sebanyak RM300 sebulan. Isterinya Nor Azizah Mansor (IC 720525026090) tidak bekerja.

Mereka mempunyai tga orang anak iaitu Nurul Syaniza (17.05.2002) dan Siti Aishah (05.06.2001). Berumur 6 & 7 thn. Nurul kini bersekolah tadika. Kedua-duanya menghadapi masalah pertuturan kerana kedua-dua ibubapa yang bisu. Anak sulong mereka berumur 8 tahun telah diserah kepada orang lain untuk dibela kerana kemiskinan mereka. Ngkorang boleh tengok sendiri gambar-gambar yang saya sisipkan.

Yang sedihnya bekalan letrik kepada keluarga ni pun dipotong 3 bulan lepas kerana tak bayar bil. Saya pun naik tak faham dengan otak TNB ni.....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Prisons officer sues doc, govt for RM2m

sun2surf - A prisons officer today filed a RM2 million suit against a doctor and the government for negligence following the death of her newborn son, allegedly due to a botched ventouse delivery (using vacuum).

Noor Hidayu Hashim, 21, who named medical officer Dr Wan Shahruliza Shaharan, the director of Kajang hospital and the government as respondents, is claiming RM1,850 for special damages, RM500,000 for general damages, RM1 million for exemplary damages, RM500,000 for aggravated damages, cost and other cost deemed fit by the court.

In her writ of claim, Noor Hidayu said she went into labour at 3am on April 4 and was taken to the Kajang hospital by her husband.

At about 9am the same day, Wan Shahruliza examined her and found that her cervical opening had dilated by 3cm.

Noor Hidayu claimed she repeatedly told Wan Shahruliza that she was having stomach pains and that her water bag had burst, but was told by the latter this was a normal occurrence for someone in labour and stressed that the plaintiff and her baby were in good health....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Cikgu amuk baling kerusi ..... Phuyooo

hmetro - [...] Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, guru lelaki terbabit mengamuk apabila beberapa muridnya membuat bising dalam kelas dan tidak mendengar arahannya supaya diam selepas beberapa kali menegur mereka.

Tidak tahan dengan kerenah dan kenakalan murid lelaki tahun lima itu, guru berkenaan secara tiba-tiba naik angin sebelum dia mencapai kerusi lalu membalingnya dan terkena dinding kelas terbabit.

Akibatnya, serpihan kerusi dibaling guru berkenaan terpelanting dan terkena seorang murid yang mencederakan kepalanya.

...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Posting terkini

Blog Archive