KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 14, 2008

Deritanya hospital lembab, lintah darat

malaysiakini - [...] Ibu saya Latiffah Hashim, 65, mempunyai penyakit kencing manis yang tidak kronik, paras gulanya tidak pernah mencecah tahap bahaya dan sentiasa terkawal dengan ubat-ubatan yang diperolehi daripada klinik kerajaan.

Pada hari raya Aidilfitri yang pertama 2007, beliau tiba-tiba tergelincir di bilik air, lalu bahunya patah. Kami telah membawanya ke hospital besar Pulau Pinang (HBPP).

Di sana beliau telah dibedah dan dimasukkan klip untuk menyambung bahagian yang patah. Para pegawai perubatan dimaklumkan akan penyakit kencing manis yang dihidapi beliau, tetapi tetap meneruskan pembedahan.

Doktor berjanji akan membuka simen yang telah dibalut dalam tempoh dua minggu. Setelah tempoh itu berlalu, kami membawa ibu kami ke hospital untuk membuka balutan simennya, lebih-lebih lagi ibu merasa kesakitan yang amat pada bahagian yang dibedah.

Malangnya doktor menyatakan bahawa balutan tersebut tidak boleh dibuka dengan alasan klip penyambung belum betul-betul berfungsi. Kami minta penjelasan, kenapa ibu merasa sangat sakit di bahagian yang dibedah tetapi tidak diendahkan oleh pegawai-pegawai perubatan yang bertugas.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive