KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 14, 2008

Umno Biadap Umno Derhaka (Bahagian Tiga)

[umnomerusuh.jpg]Perang propaganda Umno derhaka

bulanpenuh2012 - Menjelang Oktober 1983, Rakyat Malaysia mulai sedar krisis perlembagaan sedang memuncak. Rang Undang-undang (Pindaan) Perlembagaan 1983 diluluskan oleh kedua-dua dewan di Parlimen. Tetapi oleh desakan raja-raja melayu, YDP Agong enggan memperkenankannya.

Rang undang-undang itu menghapuskan keperluan perkenan diraja terhadap sesuatu undang-undang di peringkat pusat dan negeri. Ia juga menyerahkan kuasa YDP Agong mengisytiharkan darurat kepada Perdana Menteri.

Selepas satu mesyuarat di Selangor pada 20 November 1983, raja-raja melayu menolak secara terang-terangan semua pindaan ini. Apabila masyarakat umum menyedari krisis semakin buruk, pentadbiran Mahathir memulakan satu perang propaganda untuk memberi tekanan kepada raja-raja melayu.

Beberapa siri rapat umum 'haram' dianjurkan oleh Umno di Alor Star, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada PM. "Laporan rasmi media menipu dengan menyiarkan jumlah kehadiran penunjuk perasaan yang terlampau ramai....", petikan ucapan Lim Kit Siang di Dewan Rakyat.

Perhimpunan yang dijayakan untuk mewujudkan simpati rakyat terhadap kerajaan ini adalah 'haram' kerana permit polis tidak pernah dipohon atau diluluskan.

Laporan angka penunjuk perasaan yang dilaporkan media yang dikuasai Umno tidak dapat disahkan kebenarannya. Yang terbukti benar kepada para pemerhati ialah cara mereka melaporkannya dalam perspektif yang positif untuk Umno. Rapat-rapat umum 1983 adalah petang-petang yang menyeronokkan, dengan sentimen republikan sekurang-kurangnya di kepala otak semua pesertanya, kalaupun tidak terkeluar di mulut mereka....selanjutnya [KLIK DI SINI]

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive