KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 14, 2008

Rayuan Hindraf 5 ditolak

malaysiakini - Rayuan lima pemimpin Hindraf agar mereka dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditolak Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Lima pemimpin Hindraf itu - M Manohan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember lalu bawah ISA selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Seorang daripada mereka, Manoharan bertanding atas tiket DAP dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Alam Shah di Selangor, dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau telah mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Kem Tahanan Kamunting pada 8 Mei lalu.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

Manakala Uthayakumar pula mengidap kencing dan masalah jantung.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive