KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 14, 2008

Saya tahu rasuah tetapi tidak tahu sehebat ini - Ronnie Liu

siasah - "Saya tahu kerajaan BN sebelum ini memang banyak melakukan rasuah tetapi tidak sehebat ini," kata Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu dalam majlis PAS bersama media malam tadi.

Kira-kira 200 wartawan dan blogger serta pemimpin PAS menyertai majlis di sebuah hotel itu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai pemimpin PAS menemui para pengamal media untuk menyatakan terima kasih kepada mereka.

Ini kerana, dengan sokongan mereka, PAS dan lain-lain parti Pakatan Rakyat menang besar dalam pilihan raya lalu.

Menurut Ronnie, secara umumnya beliau memang tahu rasuah berlaku dalam kerajaan negeri Selangor sebelum menjadi Exco lagi tetapi apabila menjadi Exco kerajaan negeri beliau terkejut gejala rasuah yang terlalu parah di negeri itu.

Ronnie sebelum ini membuat beberapa laporan polis atas beberapa isu rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam kerajaan negeri Selangor sebelum ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive