KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 24, 2008

Duit raya RM0.10 ... tak main la

Aku ingat lagi kisah hari raya tahun 70an dulu. Satu hari kitorang peredah rumah orang-orang kampung nak dapat duit raya. Jenuh la naik turun, naik turun, rumah orang. Sepanjang jalan asyik kira duit dalam poket. Baju basah, kaki lengoh, peluh mercik, perut kembung, dalam poket .... cuma bunyi duit besi.

Satu hari suntuk kitorang beraya pun ... dalam poket cuma dapat kumpul RM5.00 je.

Zaman sekarang, kutipan satu hari raya dah boleh cecah RM50.00. Habis musim raya ... jumlah kutipan boleh cukup untuk bayar bil letrik dan air. Bila tengah bulan, bapak pun jeling tabung anak. Lepa sikit ... lenyap.

Nak bezakan zaman dulu dan sekarang. Paling koman zaman sekarang duit raya dari satu rumah RM1.00. Kalau ada lah lagi tuan rumah bagi RM0.20, kira koman la. Baik tak yah bagi sebelum kena kutuk dek budak budak. Mulut budak sekarang celupat sikit. Silap silap .... sakit telinga.

Tapi .... PM Kita memang SAH produk zaman dulu. Ketinggalan zaman. Tu sebab dia bagi duit raya pada rakyat RM0.10/liter. Hey ... .dia ingat besar sangat ke RM0.10 tu? Baran jugak kita di buatnya. Kita labur 68 sen, kita dapat cuma 25sen. Bila susah, rakyat tolong. Bila senang ... wey sorry, kita nak joli.

Cuma orang bodoh je yang bersorak gembira bila minyak turun 10sen.

Bukan nak sombong .... tapi terasa kena tipu tak habis habis.

Baca lapuran Harakahdaily di SINI.

Menarik lagi. ..... lapuran AGendadaily ... korang baca ni,

Tepat seperti yang diramalkan banyak pihak harga petrol dan disel dikurangkan 10 sen lagi.Ia berkuatkuasa mulai tengahmalam ini.Berita gembira menjelang Hari Raya ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad di Putrajaya.- 24/9/2008
Berita gembira? Hanya untuk puak penyokong UMNO yang dah di bodohkan sejak dulu.

Pakatan hantar surat kepada Agong



MStar | ...Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pihaknya akan menghantar sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang dan permintaan untuk diadakan satu sesi khas Parlimen.

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, sekali lagi mendakwa telah mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

"Surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyentuh mengenai proses peralihan kuasa secara aman dan sidang khas Parlimen bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).

"Kita (Pakatan Rakyat) masih mengemukakan tuntutan supaya Perdana Menteri menghormati hak rakyat yang memilih kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini.... selanjutnya.

Najib drops UN trip for Umno

malaysiainsider | ...Stand down. That is the message being sent by Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and Datuk Seri Najib Tun Razak to their supporters in Umno who have become restless over the public debate on the transition plan.

The Malaysian Insider understands that the country’s top two leaders met last night after breaking fast and discussed a range of issues, including the recent furore over Abdullah’s plan to hand over power to Najib in 2010.

During last Thursday’s Umno supreme council meeting, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Rafidah Aziz and Datuk Shafie Apdal urged Abdullah to step down as president soon, and consider not defending his post in the party polls in December.

This attack upset Abdullah’s supporters and they urged the PM not to succumb to pressure from certain parties, arguing that he would be able to obtain the minimum 58 nominations from Umno divisions needed to defend his position. The Abdullah camp made it clear that they were prepared to wage a no-holds barred campaign to ensure that he obtained the support from the ground.

In plain language, this meant that anyone who came between the PM and his desire to contest the party presidency would be treated as an enemy.

This talk and the counter from Najib’s camp have created considerable unease on the ground. But last night, both leaders - who enjoy far closer ties than their advisors and supporters - agreed that come what may, they would not have a contest against each other.... selanjutnya.

Kah kah kah RM0.10 sen .....

THE price of fuel is expected to be cut by another 10 sen, a source told the NST today. The announcement was expected to be made this afternoon.
On Aug 22, the pump price of petrol was reduced to RM2.55 from RM2.70 per litre (RON 97) and diesel to RM2.50 from RM2.58 per litre.... selanjutnya.
Orang dok teka RM0.20, RM0.15 ... rupa rupanya cuma RM0.10/liter. Pecah perut ketawa. Apa nak buat ... rakyat memang kerjanya berbudi kepada pemimpin.

Kepala hatok kau ...

Teresa Kok mengakui tersilap...

dap abolish isa forum 230908 audiencemalaysiakini | ...Teresa, yang pada mulanya menafikan membuat kenyataan berhubung 'makanan anjing' tersebut, juga berkata sewaktu ditahan dalam bilik selepas 6 X 8 kaki, beliau hanya diberi air dan roti atau dua biji telur rebus serta kari untuk makanannya.

"Okay, baiklah, Anda temui kesilapan saya dengan bantuan pita video dan segalanya, dan saya boleh menerima kritikan seumpama itu," katanya merujuk kepada rakaman video berhubung komennya mengenai makanannya ketika dalam tahanan.

Sambil menegaskan beliau tidak berapa ingat mengenainya kerana jadualnya yang ketat selepas pembebasannya, Teresa bagaimanapun menuduh pengkritiknya memperbesar-besarkan isu tersebut untuk mencetuskan sensitiviti orang Melayu berhubung haiwan tersebut.

Teresa sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bukan sengaja menggunakan istilah 'makanan anjing' untuk menyinggung perasaan orang Melayu.... selanjutnya.

Minyak: RM0.20 tak cukup



marhaen | “Bagi pemudawilayah Cadangan penurunan harga minyak selepas mesyuarat Kabinet esok hari sebanyak 20 sen sahaja adalah tidak mencukupi” kata Kamaruzaman Mohamad, Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah).

Kamaruzaman yang mengetuai rombongan Pemudawilayah yang menyerahkan memorandum mendesak Kerajaan menurunkan harga minyak hari ini mahu agar Kerajaan menimbangkan untuk menurunkan harga minyak kepada harga baru yang kurang dari RM 2.

Setiausaha Sulit Kanan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, En. Zahari telah menerima memorandum berkenaan bagi mewakili YB. Dato’ Shahrir Bin Abdul Samad yang sedang menyertai Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara bersama Perdana Menteri hari ini.

Dalam pertemuan itu, Zahari menjelaskan bahawa turun naik harga minyak ditentukan oleh banyak faktor. Selain dari harga minyak dunia, nilai mata wang negara juga menjadi kayu ukur dimana pada masa kini nilai mata wang Malaysia telah jatuh berbanding US Dollar.... selanjutnya.

ISA ... kekejaman tiada batasan

suarakeadilan | ...Hari ini, Raja Petra Kamarudin, seorang blogger yang berani mendedahkan apa sahaja akan dihantar ke Kem Kemunting di Perak bagi meneruskan kezaliman Barisan Nasional yang memerintah negara ini.

Beliau akan ditahan di Kemunting selama dua tahan selepas Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar, ISA adalah satu tindakan yang kejam dan zalim dalam keadaan Syawal yang bakal menjelma kelak.

“Sepatutnya didalam bulan ramadhan ini, haruslah dihormati, walaubagaimanapun BN gunakan akta yang zalim ini untuk menahan seorang penyebar maklumat politik bagi melindungi kepincangan politik mereka,”katanya ketika dihubungi Suara Keadilan pagi ini.... selanjutnya.
Kerajaan ni macam tak der ugama

Dana Khas/Wang Ehsan - Bukan kah BPR Pernah Siasat?

http://buletinonline.net/images/berita11/danakhasbpr.jpgbuletinonline | ...– Kenyataan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat penyelewengan agihan Dana Khas/Wang Ehsan dialu-alukan oleh pimpinan PAS.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata BPR harus menerima cabaran MB Trengganu itu dan menyiasat perkara tersebut hingga ke akar umbi.

”Kita (PAS) setuju dengan MB supaya BPR siasat, mesti siasat sampai ke bawah, dikalangan penerima dan pemberi iaitu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK),” kata beliau ketika ditemui Buletinonline semalam.

”DUN saya, Rantau Abang sedang mengumpul maklumat, InsyaAllah sedikit masa lagi akan dapat,”tambahnya mengulas isu agihan secara tidak adil Dana Khas Hari Raya yang sedang panas diperkatakan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik menyokong cabaran Ustaz Azman dan menggesa supaya BPR melakukakan siasatan dengan segera.... selanjutnya.

Cakap berdegar degar ... indeks tidak berubah

transparency international malaysia corruption perception index 2008 pc 230908 ramon navaratnamDalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2008 - yang mengukur tahap rasuah di sesebuah negara - Malaysia memperolehi 5.1 mata tahun lalu.

Mata yang sederhana itu hanya sedikit berbeza daripada 4.9 hingga 5.1 mata yang diperolehi Malaysia sejak tahun 2001.

"Ini menunjukkan terdapat negara-negara yang mencatatkan kemajuan yang lebih baik daripada kita," kata Presiden Transparency International (Malaysia), Tan Sri Ramon Navaratnam.

Beliau merujuk kepada Singapura yang mendahului senarai bagi negara-negara di rantau Asia Tenggara, dengan mendapat 9.1 mata. Pada keseluruhannya, republik itu berada di tangga keempat di kalangan 180 negara yang dinilai.

Sebagai perbandingan, Malaysia berada di tangga 47 dalam senarai tersebut, berbanding pada tangga 36 pada tahun 2001 di kalangan 91 negara yang dinilai dalam indeks tersebut.... selanjutnya malaysiakini.
Baik tak payah buat apa apa ... duduk kat Putrajaya, bangun tidur, bangun tidur, bangun tidur ...... dan bangun tidur. Kalau dah toleh kiri dan kanan semua rasuah, sedara mara, kawan kawan .... shhhhhhh tutup mulut, pejam mata.

Hanya di ambil keterangan?

Katanya, proses keterangan mengambil tempoh yang lama kerana dia diminta untuk menterjemahkan lirik lagu rap berkenaan yang disampaikan dalam bahasa Mandarin dan dialek Hokkien ke bahasa Melayu.

"Selain itu, pegawai polis juga bertanya kepada saya tujuan lagu itu dicipta. Secara keseluruhannya, polis melayan saya dengan baik," katanya.

Bekas penuntut pengajian komunikasi massa Universiti Ming Chuan di Taiwan itu hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa lagu ciptaannya itu tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dan ia sekadar digubah mengikut kreativitinya sendiri.

Ditanya kebimbangan terhadap sebarang tindakan akan dikenakan ke atas diri, jawab Meng Chee:

"Saya sudah mohon maaf secara terbuka tahun lalu, saya tak bimbang dan hakikatnya memang tiada apa yang perlu dibimbangkan".... selanjutnya.
Ada yang kecut telur .... Hilang undi Johor ... wakakakaka

EXCO Perak dakwa di perangkap

utusan | Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.

Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.

Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.... selanjutnya.

Majlis Peguam Kecewa Dengan Keputusan Kerajaan Guna ISA Terhadap Raja Petra

bernama | Majlis Peguam kecewa dengan keputusan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan pengendali laman web Malaysia-Today, Raja Petra Raja Kamaruddin selama dua tahun.

"Perintah tahanan itu sehari sebelum permohonan habeas corpus beliau didengar menyusahkan kerana ia menjejaskan permohonan itu," kata Presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata jika kesalahan dilakukan, Raja Petra boleh didakwa di mahkamah tetapi ISA digunakan terhadapnya ketika cara lain yang membolehkannya membela diri masih ada.

"Ia mengesahkan anggapan bahawa ISA digunakan untuk tujuan selain daripada keselamatan nasional. Ia digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat," katanya.

Pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra kerana menulis artikel yang dipercayai menghina Islam dan umat Islam.

Posting terkini

Blog Archive