KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 13, 2008

Clip Demo Minyak | 13 Jun 2008

Rakyat bantah kenaikan harga minyak.



2000 Sertai Protes Kenaikan Harga Minyak Di Kg. Baru



Demonstrasi Bantah Kenaikan Harga Minyak



Polis Kawal Masjid Kg Baru & KLCC | Protes Minyak - 13/6/08

Pengarah Bomba KL ditahan BPR

utusmeloya - Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sarawak menahan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat dalam rasuah membabitkan wang suapan berjumlah RM925,000.

Menurut kenyataan BPR di sini hari ini, suspek berusia 45 tahun ditangkap di ibu pejabat BPR, Putrajaya pada pukul 11.55 malam, 11 Jun lalu.

``Suspek disyaki menerima suapan daripada seorang lelaki di Jalan Ampang untuk menyokong cadangan pembangunan dan pembinaan bangunan pejabat dan bengkel untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak pada 31 Julai 2003.

``Pada waktu kejadian, suspek merupakan Penolong Ketua Pengarah di Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat di Putrajaya,’’ katanya.

Katanya, suspek ditahan selama lima hari sehingga 16 Jun ini di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara mandatori tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun.... selanjutnya.

Kumpulan Rakyat Perak (KURAP)

matsamankati - [...] Bahasa orang puteh ni aku tak berapa pandai, nak baca pun merangkak. Bila kena macam ni, lagi aku pening. Yang pasti, salah satu mesti tukang kaki bodek Pak Lah.

Tapi tajuk yang bercelaru itu bukan isunya, tapi isinya yang jadi isu. Rasuah dinegara kita tak payah cerita. Aku tau, ada penguasa Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) yang pau duit dari peniaga. Ada pegawai MPKK yang ugut dari tauke restoran dan warung. Ada pegawai MPKK yang beli pokok bunga tahi ayam dua ringgit sepokok, tapi claim dalam bil bubuh lima ringgit. Aku tau kat Pejabat Tanah ada kaki yang boleh selesai masalah geran tanah dengan membayar tiga ratus ringgit. Tapi nak repot kat sapa?

Nak repot kat Penghulu, depa pun serupa, walaupun bukan semua. Ada penghulu yang minta 10% untuk semua projek kat mukim dia. Sampai boleh beli tiga biji kereta.

Nak repot kat Ahli Majlis, depa pun dua kali lima. Dapat saja kontrek, dah minta peti ais, minta handphone.

Nak repot kat BPR? Kalau repot tentang PR, memang cepat, tapi kalau repot pasai Ameno, tak payah buang masa la.... selanjutnya.

Berita geli geli hari ini [13-June-2008/Jumaat]

Demo terbesar bantah harga minyak [malaysiakini]
Hatta: Merah 'simbol kemarahan rakyat' [malaysiakini]
Minyak: Rakyat marah, ragui k'jaan [malaysiakini]
Ian Chin 'marah tidak naik pangkat' [malaysiakini]
Polis: Tiada tangkapan, polis siasat dalang [mstar]
Mufti Perlis rayu Mahathir-Pak Lah-Anwar-Nik Aziz 'duduk semeja' [mstar]
Tekanan akibat kenaikan minyak [mstar]
Rakyat hidup perit bila barang naik [mstar]
Kos sara hidup semakin membebankan! [mstar]
Dr M sedia disiasat atas tuduhan mengugut hakim [mstar]
Dakwaan Dr M ugut hakim: Abdul Hamid dicabar buat kenyataan [mstar]
Tan Kee Kwong sudah jawab surat tunjuk sebab [mstar]
Hakim Chin perlu buat laporan polis, kata Karpal [mstar]
Jangan korbankan kualiti kerja walaupun kos barang naik [bharian]
Kerajaan serah bayaran ex-gratia kepada keluarga Eusoffe Abdoolcadeer [bharian]
DBKL setuju tidak lanjutkan tempoh bayar letak kereta kenderaan [utusmeloya]
Rising inflation is also due to corruption’ [theStar]
Diesel sold at twice the price in rural Sarawak [theStar]
Middle Rocks still out of bounds [theStar]
Perak wants Pakatan spouses to take over association [thestar]
Selangor plans fund for babies [thestar]
Chicken price soars to RM7 a kilo [thestar]
Ex-judges: CJs call the shots [thestar]
‘Pendedahan hakim bukan sengaja direka’ [bharian]
Saya sedia kena tangkap untuk disiasat: Dr Mahathir [bharian]
Hanya bawa MyKad tuntut rebat di Pejabat Pos mulai esok [utusmeloya]
Perhimpunan haram mudaratkan orang ramai – Polis [utusmeloya]
Tuntutan rebat tunai dilanjut tahun depan [bharian]
Ugut henti jualan diesel [bharian]
Celcom henti peraduan SMS [bharian]
MAS akan naik surcaj bahan api [utusmeloya]
Tunku Mahkota yakin Iskandar Malaysia jadi contoh [bharian]
Pahang tidak akan potong elaun wakil rakyat biasa [utusmeloya]
Perarakan desak ambil semula hakim dipecat [utusmeloya]
Kontrak kantin ditarik jika naik harga [utusmeloya]
Kerajaan rancang beli 100 bas [utusmeloya]
Scomi hanya baik pulih bas [utusmeloya]
Rebat kenderaan: Pos Malaysia jamin cukup wang [utusmeloya]

"Islam Hadhari karut" Nik Aziz

05.jpg

imej oleh: fotowarung .... kunjungi untuk imej yang menarik TG

klpos - [...] “Walaupun Kerajaan Selangor dan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menolak Islam Hadhari namun Kelantan mengambil langkah sebaliknya.

“Kalaulah betul konsep Islam Hadhari, di mana pula Iman Hadhari kerana Islam dan iman tidak boleh diasingkan. Ia akan disoal di akhirat kelak,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di kediamannya di Pulau Melaka dekat sini, semalam.

Mursyidul Am Pas itu berkata, UMNO sepatutnya tidak mewujudkan Islam Hadhari sebaliknya perlu mengikuti langkah yang telah dilaksanakan oleh Pas di Kelantan.

“Kelantan bergerak sejak dulu tanpa mengamalkan konsep Islam Hadhari. Apa jaminan Islam Hadhari diterima Allah? Padahal kita kena ikut perlembagaan Allah.

“Sejak saya pegang Kelantan saya buat tiga dasar, ubudiah, itqam, masuliyah supaya kakitangan kerajaan senang ikut supaya senang nampak apa yang kerajaan nak,” jelas beliau ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan Pakatan Rakyat yang menolak Islam Hadhari di negeri yang ditadbir mereka.

Nik Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka berkata, kerajaan Pas di Kelantan tidak akan haram Islam kerana mereka akan menjawab balik soal berkaitan Islam Hadhari dengan dalil dan ayat al-Quran.

“Ini sebabnya kami (Pas) tak mahu berdamai dengan UMNO. Sebab UMNO bawa ajaran sesat. Islam Hadhari adalah ajaran yang mengasingkan agama dan politik.... selanjutnya.

Demo 13 Jun berjaya dan penuh keamanan

tranungkite - Demontrasi Aman yang menghimpunkan pemuda-pemuda Pakatan dan rakyat pada hari ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat dalam dan luar negara terhadap kezaliman Barisan Nasional yang menaikan harga minyak minggu lepas.

Himpunan bermula dari Masjid kg. Baru kira-kira jam 2 petang dengan dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub bersama Hj. Mohamad Sabu, Ust. Idris, Syed Azman, Ust. Nuridah, Dr. Lo’lo’, serta Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Jonah@Khairul Annuar Ahmad Zainudin dari Angkatan Muda Keadilan.



Sekitar 5,000 orang menyertai himpunan ini dan pihak Polis yang menerima laporan bahawa perarakan akan berlangsung hingga ke Suria KLCC telah mengambil tempat.
Laluan untuk memasuki jalan Raja Abdullah disekat berhampiran pintu keluar masjid. Untuk itu rancangan untuk ke KLCC dibatalkan dan himpunan berarak memasuki jalan Raja Alang di Chow Kit dan Keluar di Jalan Batu untuk menuju ke Sogo....selanjutnya.

lapuran dari
Harakah - Protes harga minyak akhirnya berlangsung di hadapan Sogo
klpos - Bantah harga minyak: 2000 berarak di Kuala Lumpur

Yang kecewa .... termasuk aku

Kecewa demo tidak jadi di KLCC
malaysiakini - Penantian orang ramai di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) untuk menyertai demonstrasi membantah kenaikan harga minyak ibarat "menunggu buah yang tidak gugur".

Lebih 100 orang menunggu mulai selepas solat Jumaat pukul 2 petang hampir dua jam kemudian ketibaan kumpulan 2,000 penyokong Pakatan Rakyat yang dijadual berarak dari masjid Kampung Baru.

Bagaimanapun polis yang mengadakan sekatan di simpang Jalan Raja Abdullah dengan Jalan Sultan Ismail menyebabkan kumpulan penunjuk perasaan ini beralih ke arah Kompleks Pertama.

Mulai pukul 2.15 petang, pengawal keselamatan Suria KLCC memasang pagar besi di depan pintu masuk utama bangunan itu sebagai langkah berjaga-jaga berdepan dengan serbuan kumpulan pembantah kenaikan mendadak harga minyak yang diumumkan minggu lepas.

Kira-kira 50 orang berlegar-legar menunggu di situ dan mula menyulitkan pengunjung keluar-masuk pusat membeli-belah terkemuka itu.... selanjutnya.
Korang dah baca berita Malaysiakini di atas .... haha aku adalah yang tergolong antara yang kecewa itu. Menanti di perkarangan KLCC dan ketika 3 trak FRU bertolak meninggalkan lokasi tersebut, aku tertinggal di sana, menanti di tepi jalan berharap agar rombongan perarakan akan datang ke destinasi asal.

Menurut pemberita yang aku temui ada memberitahu bahawa perarakan sedang berada di SOGO ... amboi mak, jauhnya. Aku pun cuba menggunakan kenderaan dan bertolak ke lokasi tersebut, tapi kenderaan terlalu sesak dan wak gagal ke sana. Akhir nya aku pulang membawa beberapa keping gambar yang entah apa apa .... Di dalam kenderaan, aku dan kawan sering tuduh menuduh kerana kesilapan itu.


Kelihatan ketibaan 2 trak polis yang datang untuk berkawal di hadapan KLCC


Anggota FRU sedang mengenakan topi .. bimbang wak datang menyerang


Tunggu di tepi jalan kalau kalau ada rombongan yang datang menyerbu ke arah kami


Bila dah tunggu terlalu lama .... ini lah gambar yang wak ambil ...[bila dah tak der kerja]


Dan ini juga ..... imej tiang bus stop ..... [hep !!! bukan yang bawa beg tangan tu]

Wak tunggu 5hb Julai nanti ..... aku akan pergi lagi untuk merakam gambar insiden insiden yang menarik, tentu nya tak seperti yang wak dapatkan untuk hari ini. Huhuhuhu ....
Korang baca lapuran malaysiakini, Sebab penganjur tukar jalan
Penganjur perarakan membantah kenaikan harga minyak hari ini menukar rancangan asalnya untuk berarak dari Masjid Kampung Baru ke KLCC setelah polis bertindak menutup laluan ke sana.

"Setelah berbincang dengan rakan-rakan dan badan bukan kerajaan (NGO) kita mengambil pelan B iaitu berarak ke Komplek membeli belah Sogo," kata Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub...selanjutnya.
Ini yang aku nak marah ni .... apesal tak bagi tau aku tentang PLAN B? tiada seorang pun dari penaja perhimpunan yang aku contact menjawab panggilan aku. Siap la korang !!!

Demo Minyak: Lapuran MStar

Lebih 5000 sertai demo protes kenaikan minyak!
Mstar - [...] Demonstrasi membantah kenaikan minyak berakhir dengan aman apabila lebih 5000 penyokong pembangkang bersurai di Pejabat Agung Pasdi jalan Raja Laut di sini tadi.

Demonstrasi yang bermula jam 1.30 tengahari sebaik selesai sembahyang Jumaat berlangsung hampir dua jam lamanya dengan perarakan secara aman hingga ke Jalan Raja Laut.

Penyokong pembangkang membawa sepanduk dan poster, berarak sambil melaungkan 'turunkan minyak'.

Walaupun kebanjiran lautan manusia melimpah ruah hingga ke bahu jalan dan turut membuat kesesakan lalu lintas terhenti, keadaan agak terkawal dan tiada tangkapan dilakukan.

Sebelum ini, laungan "turunkan minyak" turut bergema di perkarangan Masjid Kampung Baru sejurus setelah selesai jemaah masjid menunaikan solat Jumaat.

Masjid Kampung Baru yang sering dijadikan 'markas' untuk demonstrasi sekali lagi sesak dipenuhi dengan orang ramai. Pada jam 2:05 petang laungan meminta kerajaan menurunkan harga minyak bergema di sekitar kawasan masjid.... selanjutnya.

Gambar menarik demo minyak oleh MStar


















Khir Toyo mengigau

Korang pernah dengar cerita tentang mimpi berjalan? Mata pejam, tangan ke depan dan berjalan waktu tidur ... kekadang mulut bercakap. Esok paginya, kalau ditanya, yang bermimpi tak sedar apa yang dia cakap .... macam ni,

Saman jika buat tuduhan palsu: Dr Khir
sinarharian - Silakan buat tuduhan palsu atau bersedia kena dihadapkan ke mahkamah.

Begitulah amaran yang diberikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kepada mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) atau individu yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap kepimpinan terdahulu dalam kempen atau ceramah politik mereka.

Menurutnya, satu pasukan peguam sukarela telah dibentuk sejak sebulan lalu untuk memantau aktiviti ceramah politik yang diadakan pemimpin PR kerana beliau tidak mahu pemikiran rakyat disogok dengan cerita-cerita yang tidak benar.

“Bukti-bukti tuduhan palsu yang dilemparkan pemimpin PR itu sudah mula dikumpulkan sejak sebulan yang lalu oleh sepasukan peguam yang dibentuk khas bagi memantau tindakan tidak beretika berkenaan yang kebanyakannya wujud semasa sesi ceramah politik kepada orang ramai," kata beliau.

Menurutnya, setakat ini pasukan peguam berkenaan sudah mengumpul tiga isu serta gambar bukti bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melemparkan tuduhan palsu tanpa sebarang bukti kukuh.

“Mereka tuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu rasuah dan sebagainya. Bagaimanapun sehingga kini kita lihat tiada sebarang laporan dibuat dan tindakan diambil terhadap orang yang dituduh.

“Tindakan saman ini dibuat untuk memberikan pengajaran kepada mereka supaya tidak lagi membuat tuduhan palsu yang dilihat mencemarkan imej kita," katanya.... selanjutnya.
Aku tertanya tanya ... siapa yang tuduh? Kalau tuduh, sudah pasti dibawa ke mahkamah lama dulu. Nak tahu siapa yang tuduh tiada bukti? Ni dia ......
Bekas pelajar lapor polis, Selangor tak tunai manifesto dan 4 ahli PKR buat laporan BPR

Wak tak pernah pegang jawatan tinggi. Mungkin dek kerana seronok duduk diatas, sekali jatuh, tak terima hakikat. Burukkan orang lain untuk tutup buruk diri sendiri. 5 tahun ... entah apa apa lagi yang mereka rancang.

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (3)

riwayathayat - [...] Khabarnya, 'musang' tersebut kini sudah mulai merencana agenda peribadinya (yang sudah saya jangka sejak tiga bulan lalu ketika terserempak dengannya dalam satu program kempen pilihanraya Anwar Ibrahim) untuk menguasai jadual dan pergerakan harian Anwar. Menurut sumber dalaman Pejabat Anwar Ibrahim, kakitangan asal yang selama ini berkhidmat menyelia jadual Anwar sudah pun meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian dalam pengurusan perniagaan keluarganya.

'Sang musang' dikhabarkan kini memulakan langkah untuk mensabotaj beberapa program yang melibatkan Anwar Ibrahim Club (AIC) serta berusaha untuk mencemar nama baik salah seorang kakitangan kanan yang baru berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim.

Saya turut menerima respon daripada beberapa orang teman sekuliah berhubung dengan rancangan terbaru 'musang' ini yang dahulunya merupakan bekas oportunis politik di kampus. Lantaran kesibukan bermain politik ala UMNO, 'musang' ini kandas dalam pengajian dan disingkir oleh pentadbiran universiti.... selanjutnya.

artikel sebelum ini - Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (2)
No2umnO - artikel di atas adalah artikel bercorak politik dan berlandaskan kepada persepsi .... so sebelum baca korang kena pikirkan sendiri.

Jangan tuduh sebarangan ....



Ingin di perjelaskan .... aku, wak Raden menafikan sekeras-kerasnya bahawa... aku tidak pernah pun menjejakkan kaki di Sarawak. Diminta fitnah ini dihentikan. Harap maklum.

Baca berita ini : KLIK

Lapuran Demo Berita Haruan ..



SESAK...Orang ramai mengadakan perhimpunan bagi membantah kenaikan harga minyak di ibu negara yang diadakan selepas solat Jumaat, hari ini. - foto Effendy Rashid

Di atas gambar yang diperolehi di dalam Berita Harian - Media angguk negara.

Korang baca tajuk cerita nya .... Tajuk nya saja dah cukup menggelikan anak tekak, halcum dan tenggorok.
Hanya 2,000 berarak bantah kenaikan harga minyak dan korang baca tajuk berita Agendoldaily - Rancangan berarak ke KLCC gagal

kelakar ....

Friday the 13th nightmare in downtown KL

malaysianinsider - [...] It started at 2pm, right after Friday prayers, in the compound of the "legendary" Masjid Jamek in Kampung Baru, about 3km away from the national oil company, Petronas's headquarters in KLCC.

The original idea was to walk from the mosque to KLCC along Jalan Raja Abdullah, turn into Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang before stopping at the main entrance of the iconic building.

But PKR Youth chief Shamsul Iskandar had received word of heavy police presence at KLCC. So they resorted to Plan B.

Instead of KLCC, their end destination was the Sogo shopping mall along Jalan Tuanku Abdul Rahman, another artery in the heart of the hectic city.

Despite the mass of people, it was a relatively peaceful protest. They walked and chanted many slogans, like at a sports meet.

"Tumbang BN! Tumbang Umno!" "Turun harga! Undur PM! Hapus rasuah!" "Allah hu akhbar!"... selanjutnya.

Thousands protest fuel hike in K.Lumpur

mariasamad - About 2,000 people marched from Kampung Baru mosque after Friday prayers to the iconic Twin Towers in Kuala Lumpur to protest against last week's sharp rise in petrol prices.

However, the police have blocked Jalan Raja Abdullah - the main road leading to the destination - Kuala Lumpur City Centre - about 3km away.

Faced with the roadblocks, marchers used alternative roads instead, many of whom headed north in a circuitous route to KLCC.At 2.22pm, many of them were in Chow Kit area, north of the city, with the traffic police seen helping to control the traffic.

The marchers, led by PAS Youth chief Salahuddin Ayub, then headed south along Jalan Tunku Abdul Rahman towards Jalan Sultan Ismail.However, in the effort to avoid an ugly confrontation with the police who have formed a tight cordon around KLCC, the crowd marched further south to the Sogo Department store.... selanjutnya.

PERHIMPUNAN BERJAYA DILAKSANAKAN..NAMUN..

petrol price hike proyest kg baru sogo 130608 02tranungkite - Saya turut serta dalam perarakan bagi membantah kenaikkan harga minyak sebentar tadi yg turut diketuai oleh YB Salehuddin ,saudara Mat Sabu dan kepimpinan keadilan yg lain.Walaupun sekatan polis yg amat ketat sehinggakan plan asal ke KLCC terpaksa diubah ke Komplex SOGO.Apa yg saya tahu,ramai orang telah berkumpul di KLCC untuk turut serta dalam perhimpunan aman sebentar tadi,bagaimanapun turut hampa kerana plan asal telah diubah menuju ke komplex SOGO di mana, semua kepimpinan berada di Kg.Baru untuk memulakan perarakan.

Selesai sahaja sembahyang Jumaat,orang ramai mula berkumpul di kawasan masjid untuk mendegar taklimat ringkas bagi memulakan perarakan.Setelah selesai taklimat,orang ramai mula mengambil tempat sambil dikawal rapi oleh unit amal Malaysia. Bagaimanapun anjing arahan Celaka Doloh bodoh,telah menghalang perarakan dengan menyekat jalan Raja Abdullah untuk menghala ke jln Sultan Ismail dan seterusnya Jalan Ampang utk sampai ke KLCC.
Bagaimanapun ketua perarakan telah mengubah laluan melalui jalan Raja Alang untuk berhimpun di komplex SOGO.Perarakan berjaya sampai ke komplex SOGO dan membuat ucapan bagi mendesak kerajaan celaka supaya turunkan harga minyak..... selanjutnya.

2,000 play 'cat and mouse' with cops

"BN naik, minyak naik, BN turun, minyak turun."

petrol price hike protest kg baru sogo 130608malaysiakini - [...] 3.20 petang Polis memberitahu Malaysiakini, tiada tangkapan dalam perhimpunan tersebut dan keadaan kini terkawal.

Beberapa ratus penyokong pembangkang berhenti di depan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dan kemudiannya bersurai di situ.

3.00 petang Sekumpulan penyokong pembangkang berarak di sepanjang Jalan Raja Laut, menuju ke arah ibu pejabat PAS. Mereka masih diketuai oleh ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Lalulintas, yang melimpah ke tengah-tengah jalan tersebut, dikawal oleh Unit Amal PAS.

2.50 petang Pasukan polis, khususnya FRU, menuju ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di atas simpang dekat Kompleks Pertama-Sogo.

petrol price hike proyest kg baru sogo 130608 03Polis dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Dang Wangi.

2.45 petang Ketua angkatan muda PKR menyampaikan ucapan selepas ucapan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Salahuddin menjanjikan satu perhimpunan yang lebih besar bagi membantah kenaikan harga minyak.

"Rakyat akan berhimpun (lagi) 5 Julai," katanya. "Pemimpin BN dah kaya raya, rakyat hidup papa. Marilah kita jatuhkan Umno dan BN."

Penyokong pembangkang melaungkan slogan "BN naik, minyak naik, BN turun, minyak turun."

2.37 petang Perarakan bantahan harga minyak berada di Kompleks Pertama-Sogo dan beberapa ratus duduk, berkumpul, di atas jalan.

Lalu lintas menuju simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Dang Wangi terhenti.... selanjutnya.

Air Percuma hasil usaha BN Selangor

Sekembali wak dari KLCC, Kuala Lumpur, di pamirkan di dalam shoutbox dan wak sempat meneliti butir cerita di bawah ....


Air Percuma Kejayaan BN

Pengumuman Kerajaan Negeeri Selangor mengenai pelaksanaan manifesto Pakatan Rakyat untuk memberi air percuma sebanyak 20 meter padu untuk setiap meter individu di Selangor merupakan satu kejayaan besar kepada Barisan nasional sebagai pembangkang.

Telah nampak sejak awal kerajaan Pakatan Rakyat cuba melengah-lengahkan pemberian air ini sehinggalah didesak oleh BN Selangor. Malah sejak awal Jun lalu kerajaan negeri belum mengadakan sebarang rundingan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agak tidak menyetujui idea ini kerana ia akan mengggunakan banyak wang KDEB dan kerajaan negeri. Bagaimanapun tekanan politik dari dalam PKR dan Pas memaksa beliau menyetujuinya. - pembangkangselangor
... Chewaaaahhhh....kejayaan Barisan Nasional katanye... Hebat !!!

Wak ni tak kesah sangat jasa siapa ... Kalau itu lah maksudnya, kesempatan ini wak ambil untuk ucapkan Tahniah kepada Khir Toyo dan Barisan Nasional Selangor kerana berjaya merealisikan impian rakyat.

Tanpa UMNO dan BN, mungkin rakyat Malaysia tidak dapat menikmati air percuma ...

Perjuangan UMNO dan BN nampaknya menemui kejayaan hanya setelah Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Selama 50 tahun berjuang, bukan perkara yang mudah..."Ye tak wak Khir?"

Bekas Menteri Besar ni agaknya cuba melatih diri untuk menjuarai rancangan Raja Lawak untuk tahun hadapan. Semoga, rakyat boleh ketawa bersama dengan hidangan lawak lawak yang akan khir toyo persembahkan. Hidup Khir Toyo !!! Hidup UMNO !!! dan Hidup BN !!! ... Wakakakakaka

Nak tanya jawa tak sedar diri ni ...... "Minyak Naik ni jasa siapa?"

Aduh .... 'ketawa sampai ketut' lagi aku.

PEMBETULAN ... Harap Maaf

Tiada perhimpunan PROTES di Shah Alam. Hari ini perhimpunan besar besaran hanya ada di Masjid Kampung Baru membawa ke KLCC. Wak minta maaf sebab mendapat info yang mengelirukan ..... PASTIKAN adan berada di Masjid Kampung Baru . Selepas waktu Solat !!!

Malaysia semakin terkenal .... tahniah Pak Lah

Tahniah Pak Lah .... akhirnya rasuah kita semakin cemerlang, terbilang, tak boleh nak bilang ....

Malaysia has been deteriorating steadily over the past decade in its efforts to reduce corruption, according to a UN report and is a long way off from matching the standards set by Singapore, Hong Kong and Japan, the top three Asian countries who are least corrupt.

Launching this year’s Asia Pacific Human Development Report published by the UN Development Programme in Kuala Lumpur Thursday (12 June), Transparency International (TI) Malaysia, Ramon V Navaratnam said, according to the International Country Risk Guide (ICRG), “Malaysia’s position has been deteriorating steadily over the last decade from 4.00 in 1966 to 2.38 in 2006.”

This compares with Singapore’s ranking which improved from 4.00 to 4.50 over the same period, making it the least corrupt Asian nation ahead of Hong Kong and Japan. However, both Hong Kong and Japan actually slipped in their anti-corruption ranking from 5.00 to 4.00 and Japan from 5.00 to 3.50 over the same period respectively.... selanjutnya.

Ini pula berita di www.lse.co.uk Kita terkenal di mata dunia ... yahooooooo !!!
Malaysia's corruption at critical level - watchdog
Corruption in Malaysia has reached a critical level as the country falls in international rankings, a graft watchdog announced Thursday, warning the government to act or lose its competitiveness.

The UN's Asia-Pacific Human Development Report highlighted an International Country Risk Guide finding which saw Malaysia decline from a score of 4.00 in 1996 to 2.38 in 2006, with a lower score representing greater corruption.

'It is worrying because it is a business index which reflects on our domestic investment, foreign direct investment and confidence in the economy,' said Ramon Navaratnam, country head of graft watchdog Transparency International.

'Corruption is at a critical level here,' he said.

He said corruption in Malaysia was deeply entrenched in the negotiation of contracts. Bribes were paid to government officials to speed up trade licences, for police protection and for loan transactions.

'Our economic structure, the way we do business here, needs to be reviewed, renewed and redesigned,' Navaratnam said, warning that Malaysia could lose its competitive edge if it remained 'complacent and inefficient.' ...read the rest.

Siri Ceramah GERAMM di Selangor

Road Show GERAMM di Seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan yang di adakan pada bulan ini. Diadakan Kearah 1 juta perhimpunan pada 5 Julai 2008 di ibukota.

21-Jun
Ceramah 100 Hari Pakatan Rakyat
Stadium Shah Alam
Halimey (019-2399809)

22-Jun
Ceramah GERAMM
Seksyen 24, S.Alam
YB Azmin/Yakkob/Tian Chua/Gobalakrishnan/Rodziah/Shamsul/Jonah/Hishamudin Rais
Hisham (016-2870947)

28-Jun
Ceramah GERAMM
Stadium Seksyen 15
YB Azmin/Yakkob/Tian Chua/Gobalakrishnan/Rodziah/Shamsul/Jonah/Hishamudin Rais
Hanapi (012-3051757)

29-Jun
Stadium Sungai Besar
YB Azmin/Yakkob/Tian Chua/Gobalakrishnan/Rodziah/Shamsul/Jonah/Hishamudin Rais
Fauzi (017-3030346)

Beberapa siri ceramah sepanjang bulan sedang di aturkan. Sebarang informasi terbaru berkenaan tarikh, lokasi dan penceramah akan di beritahu kelak.

DEMO MINYAK HARI INI !!!

PEMBERITAHUAN - Jangan lupa ... untuk datang beramai ramai ke perkarangan Masjid Shah Alam, selepas solat jumaat ini untuk bersama berdemo minta turunkan harga minyak. Kepada yang bukan Islam ..... tunggu di sana sehingga selepas waktu solat. Perhimpunan Anjuran GERAMM. Pakaian berwarna Merah dan bawa bersama poster serta Banner masing masing..... Bersama kita perjuangan hak rakyat Malaysia ....

TURUNKAN HARGA MINYAK !!!!

Di dalam masa yang sama, petang ini, Pakatan Rakyat turut mengadakan perhimpunan di Masjid Kampung Baru, bersama sama menuju ke Bangunan KLCC.

Kenali lokasi yang terdekat dan bersama sama kita PROTESSSSSssssss .....

BN’s Wastages That The Rakyat Has to Pay For

malaysiatoday - [...] Looking at the list below, it looks like the BN government is more determined to help themselves rather than the citizens.

And this list below is hardly exhaustive as these are the ones uncovered so far – the tip of the ice-berg, if you will! What lies beneath could be much larger :-

1. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion (RM3.2 billion in 2008 ringgit) wasted;

2. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million (RM1.6 billion);

3. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s;

4. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion). (Eric Chia was charged with corruption for allegedly steering US$20 million (RM64 million) to a Hong Kong-based company.);

5. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market;

6. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam;

7. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million);

8. Wang Ehsan from oil royalty in Terengganu amounting to RM7.4 billion from 2004 – 2007;

9. For the past 10 years since the Philharmonic Orchestra was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million;

10. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000; Shahrizat Abdul Jalil (Women and Social Development Affairs) RM404,726; and Abdul Hamid Othman (Religious Affairs) RM549,675 per annum;

11. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipment of which the breakdown of costs is unknown;

12. The commission paid for the purchase of jets and submarines to two private companies, Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910 million;

13. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion “Crooked Scenic Half-Bridge”;

14. RM1.3 billion has been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore scenic bridge;

15. RM100 million spent on the Parliament building for renovations and to patch up leaks;

16. National Astronaut Programme - RM 40 million;

17. National Service Training Programme - yearly an estimate of RM 500 million;

18. Eye on Malaysia - RM30 million and another RM5.7 million of free tickets;

19. RM4.63 billion ’soft-loan’ to PKFZ;

20. RM2.4 million on indelible ink;

21. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. A RM380 million windfall for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hikes in 2008 alone;

22. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to the Sarawak Chief Minister and his family;... selanjutnya.

Shut up !!!

isuhangat

Keengganan Abdullah bukti dakwaan hakim benar

harakahdaily - [...] "Bayangkan, ia adalah suatu tuduhan yang begitu serius tetapi secara mudah beliau tidak mahu menyiasat hal tersebut," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ketika ditanya kemungkinan tindakan Abdullah itu sebagai cubaan untuk mengelakkan lebih banyak pendedahan kelemahan dan kecelaruan sistem kehakiman negara, Hanipa menegaskan bahawa Abdullah yang turut berada bersama di dalam kabinet Tun Dr Mahathir perlu bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.

"Apabila sekarang ini beliau menjadi Perdana Menteri, enggan menyiasat kes tersebut ia secara tidak langsung membuktikan beliau mengakui pendedahan Chin itu.

"Jika tidak, kenapa beliau tidak mahu hal ini disiasat?" ujarnya lagi.

Hanipa yang juga merupakan pengamal undang-undang berkata rakyat berhak untuk meminta satu suruhanjaya dibentuk bagi memperbetulkan segala kelemahan dan menegakkan kebenaran, kerana ianya merupakan salah satu platform yang mempunyai kuasa bagi membolehkan proses siasatan dilaksanakan.

"Sekiranya beliau tidak mahu tubuhkan juga, kita anggap segala dakwaan itu benar," katanya.

Bahkan tambahnya, selagi BN memerintah, lambat-laun segala kelemahan dan keburukan kerajaan akan terbongkar jua akhirnya.

"Dalam siasatan itu nanti, jika terbukti hakim berbohong maka dia boleh dikenakan tindakan yang berat dan sebagai kerajaan yang berkuasa, mereka hendaklah bertanggungjawab untuk bertindak, bukan hanya mengambil mudah perkara ini," katanya lagi. ... selanjutnya.
No2umnO - Aku rasakan agenda memulihkan sistem kehakiman, persediaan untuk pilihanraya ke 12 yang lepas. Sementara itu, kalau kita masih ingat, dia menggunakan isu benteras rasuah pada pilihanraya ke 11 yang terdahulu. UMNO ni. .... kalau tak menipu, tak boleh menang ke?

Pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

 tranungkite - [...] Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah...selanjutnya.

Najib terus jadi lalang

http://pgoh13.free.fr/najib_named.jpg

Kenyataan nya berbelit belit. Alasannya sayang parti, tapi sebenarnya takut kemudahan hilang. Sanusi di lucutkan jawatan kerana menentang. Mahathir pun terumbang ambing di dalam Petronas. Melihat orang lain terbongkang di serang, Najib tarik balik kenyataan. Sebelum ini cerita tentang peralihan kuasa, tapi sekarang tak melawan langsung. Timbalan Perdana menteri, jawatan kedua tertinggi, menterinya tak berpendirian.

Berani nya cuma mencucuk dari belakang, bila di depan ... tak ubah macam lalang.

Rujuk
Isn’t he a coward?
Najib cites himself as true Umno man, won’t challenge Abdullah
ISU PERALIHAN KUASA CUMA SATU MUSLIHAT? Ruhanie Ahmad Datuk Seri ...

Gerammmmmm nyer ...

Kerana geram, lawati laman web GERAMM. Minta turun harga minyak . Desak sampai sesak. Perlancarannya semalam..




selanjutnya di GERAMMMMMM

Between reality and wishful thinking

Image

THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
malaysiatoday - [...] So, getting at least 30 Barisan Nasional MPs to cross over is not that difficult. The only thing is they will not personally cross over as such. They will remain in their parties and their parties will leave Barisan Nasional and join Pakatan Rakyat. The Umno Sabah MPs, in turn, will form a new party (or revive an old party) and their party too will join Pakatan Rakyat.

And that only leaves the Umno MPs from West Malaysia. If a device can be created whereas they need not resign from Umno to join PAS or PKR but instead they can join a new (or old) party that will become a component party of Pakatan Rakyat, then Anwar Ibrahim’s 16 September deadline is no wishful thinking.

When that happens, though, Umno will be forced to reinvent itself, or will at least be embroiled in a leadership change. It will not die. And a reinvented Umno will be a stronger Umno. And when Umno becomes strong again it will no longer remain in the opposition. Instead, it will bounce back come the next election, just like PKR in the recent election, and it will retake control of the federal government.

Chances are Pakatan Rakyat, if they form the next federal government come 16 September, will be just a one-term government. They will have to invent some marvellous new strategies if they want to stay two terms. Just pointing out the wrongs of the previous government is not good enough any longer. People will soon get tired of all the blaming and finger pointing. By then Umno would have reinvented and repackaged itself to attract the voters. And that can only mean good things for Malaysia. When two parties try to outdo each other and fall over each other in trying to impress the voters, then Malaysians can only benefit.... selanjutnya.

BN Gagal ... serah kuasa pada PR

pemudabersih - [...] "Jika demikian, lebih baik serahkan sahaja amanah kepimpinan negara ini kepada Pakatan Rakyat," katanya tegas.

Namun, Mumtaz kesal kerana tindakan kerajaan menampilkan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berdebat mengenai penyelesaian dalam masalah ini seolah-olah ingin menguji kehebatan dan mahu menunjukkan Pakatan Rakyat yang tidak bijak dalam menangani hal ini.

"Jika mahu jadi hero sekalipun, bukan ini caranya kerana dalam keadaan sekatan ekonomi dengan sumber kewangan yang terhad selama 18 tahun di Kelantan, kita mampu mentadbir negeri ini jauh lebih baik," katanya.

Tegasnya, sekarang bukanlah masa untuk menunjukkan kehebatan berhujah sahaja tetapi masa untuk bertindak menyelamatkan rakyat secara praktikal daripada kemelut yang sedang melanda negara.

"Sekiranya kerajaan mahu Pakatan Rakyat turut sama memainkan peranan dalam mencari formula penyelesaian, sila berikan maklumat lengkap mengenai kedudukan kewangan dan jangan sorokkannya. ... selanjutnya.

Biar kabinet tentukan bonus Petronas

isuhangat - Petronas dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus memaklumkan laporan keuntungannya sebelum kabinet memutuskan jumlah bonus kepada pegawai-pegawainya, saran ahli majlis tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

"Janganlah terlalu dipentingkan keuntungan beratus-ratus juta (ringgit) GLC sehingga rakyat di bawah menderita.

"Apa penting diumumkan keuntungan besar syarikat ini tetapi rakyat tidak merasai apa-apa?" katanya, mengulas kenaikan mendadak harga minyak minggu lepas.

"Petronas dan semua GLC negara perlu mengumumkan keuntungan kepada kabinet sebelum kabinet memutuskan jumlah bonus yang perlu di berikan kepada mereka. Masa ini semua pengurusan (keuntungan) GLC dilakukan oleh CEO masing-masing."

Tambah bekas menteri besar itu, pegawai GLC menikmati bonus besar sehingga sembilan bulan tetapi keuntungan syarikat-syarikat itu tidak disumbangkan kepada kumpulan wang disatukan negara.

"Pengalaman saya di Selangor, semua GLC hendaklah menyumbang kepada (kumpulan) wang disatukan negeri sebagai satu punca pendapatan, sama ada secara terus atau melalui tabung tertentu," katanya di blog peribadinya.

"Jika GLC ingin memberikan bonus kepada kakitangan, mereka perlu membuat sumbangan kepada kerajaan negeri, di samping menyelesaikan pinjaman mengikut jadual." ... selanjutnya.

TUNKU ABDUL RAHMAN HIDUPNYA DISELIMUT SEDIH

mokhtarpetah - [...] Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, telah berjaya dalam jihadnya menuntut kemerdekaan Tanah Melayu, berkuasa sebagai memimpin negara dan rakyat, namanya masyhur ke seluruh dunia, tetapi semua ahli UMNO yang lahir selepas negara merdeka, tidak mengetahui beban duka yang ditanggungnya hingga ke akhir hayatnya.

Pada malam jenazah Tunku masih terbaring dalam banglo di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, ramai rakan dan rakyat Malaysia sedang menziarahnya, pada sebatang pokok, di halaman banglo itu terpampang papan tanda dengan tulisan besar ‘Rumah ini hendak dijual’.

Dalam hujan renyai-renyai, penyokong kuat Tunku Abdul Rahman, Haji Baiza, dari Butterworth, telah memanjat pokok itu dan membuang papan tersebut ke dalam semak.

Itulah di antara gambaran perbuatan di kalangan orang tertentu menghina pemimpin orang Melayu dan rakyat Malaysia.
... selanjutnya.

Anwar telah cuba bertemu saya beberapa kali - Dr Mahathir

cardoza - [...] "Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan pelakon-pelakon penting yang terlibat dengan mengabui perhatian Gaboner Bank Negara ketika itu – almarhum Tan Sri Jaffar Hussein - untuk melakukan kerja-kerja spekulasi tukaran matawang asing (forex) menyebabkan kerugian besar sehingga RM30 bilion antara 1992 – 1994," demikian laporan Malaysiakini pada 19 Julai 2006.

Malaysiakini seterusnya melaporkan: Sambil menyatakan bahawa keseluruhan episod itu adalah "pengalaman yang paling dahsyat" ketika berada dalam kerajaan, Anwar mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad turut terlibat dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hingga menyebabkan kerugian besar yang masih belum dapat dipulihkan kembali oleh Bank Negara hingga hari ini.... selanjutnya.

MB Perak pernah saman kerajaan

azridulblog - [...] Paling menarik perhatian saya ialah pendedahan yang dianggapnya sebagai ekslusif. "Saya tidak pernah beritahu ini kepada mana-mana akhbar dalam dunia, ini pertama kali saya hendak laporkan, ini betul ekslusif untuk saudara (Majalah I-pen)."

"Mereka bercakap mengenai ketuanan Melayu, tetapi saya adalah orang yang pernah menyaman kerajaan dan menyaman Menteri Pendidikan ketika itu kerana menukar dasar mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Saudara semaklah siapa budak yang menyaman kerajaan ketika itu?

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saya dan anak saya turun naik mahkamah, dan anak saya dah darjah enam. Dia saman masa dia darjah empat. Saya masa itu sebagai pembangkang, tetapi saya memperjuangkan hak Melayu.

Saya sanggup bayar duit peguam untuk menyaman kerajaan oleh kerana tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, bertentangan dengan Akta Pendidikan dan bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan.

Sekurang-kurangnya walaupun dalam pembangkang, saya membuktikan kesungguhan saya menjaga ketuanan Melayu dengan mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu, walaupun saya diejek ketika itu. Mereka kata, tak pernah dibuat orang budak kecil saman kerajaan." ... selanjutnya.

ISU PERALIHAN KUASA CUMA SATU MUSLIHAT?

kudakepang - Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang gentleman. Beliau tidak pernah kelihatan agresif dalam mencarta serta mencaturkan kerjaya politiknya. Apatah lagi bertindak menongkah arus atau membelah badai dalam siasah.

Lantaran itulah Najib sentiasa berandaian bahawa majoriti insan lain juga mungkin berwatak sepertinya - bersikap dan bertindak gentleman serta bijaksana membaca apa jua mesej yang terhurai secara bersurat atau tersirat disebalik sesuatu perkembangan siasah negara.

Perwatakan Najib ini menyebabkan sebilangan besar warga UMNO mutakhir jadi resah gelisah. Mereka mahukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tampuk kepimpinan parti dan negara kepada Najib dengan seberapa segera. Tetapi, Najib pula seolah-olah terus bersuara dan bertindak mengikut rentak irama Abdullah yang nampaknya penuh muslihat berjuta rahsia.

Kebelakangan ini, Najib dikatakan bertindak dan bersuara sedemikian rupa kerana beliau mengharapkan peralihan kuasa daripada Abdullah kepada dirinya dilaksanakan “mengikut adat dan tradisi” yang diwarisi oleh UMNO sejak berzaman lamanya.... selanjutnya.

Ayub pindah ke Pulau Pinang

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/insidenbatuburok.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Ayub akan dikenang kerana peristiwa polis menembak rakyat di Batu Burok

buletinonline - [...] Peristiwa tersebut telah menggemparkan negara dan dunia kerana inilah kali pertama dalam sejarah profesionalisma polis diraja Malaysia, menggunakan peluru hidup dalam tugas-tugas awam.

Isu utama dalam keseluruhan drama insiden bersejarah Batu Burok adalah isu kebebasan bersuara, dimana pihak kerajaan telah mempergunakan agensi penguatkuasa bagi menyekat satu ceramah penerangan.
Insiden Berdarah Batu Burok sebenarnya bukan sebuah ‘pehimpunan’ kerana insiden tersebut berlaku terlalu jauh dari lokasi asal cadangan ceramah umum yang dianjurkan oleh Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH). ... selanjutnya.

Pak Lah & Mahathir. Dua-dua tak boleh pakai.

matsamankati - emenjak dua menjak ni, aku tengok Chedet kita tak menang tangan nak tepis isu-isu recond, isu lama yang diperbaharui semula.

Daripada kes Lingam, sampai la kes terbaru, kes Hakim Ian Chin. Tu yang pekena Chedet. Chedet pulak cuba timbulkan isu recond jugak. Dari korek pasir sampai yang terbaru, RapidKL.

Yang lain aku tak mau nak cerita, tapi pasai RapidKL ni, ada syok jugak.

RapidKL ni, majoriti saham dipunyai oleh Syarikat Prasarana Negara (SPNB) dan sejak zaman Mahathir dulu dah ada dah. Lebih tepat tahun 1995 dimana RapidKL mengeluarkan tender untuk 1200 bas. Dari 1200 bas itu, 160 bas dikontrak kepada MTrans. Dan CEO MTrans ialah menantu Mahathir. Selain daripada membekalkan bas kepada RapidKL, MTrans juga merupakan pembekal kepada sistem monorail KL.

Tapi bila Pak Lah jadi PM, semua peluang didalam sistem pengangkutan ini cuba dibolotnya.

Pada bulan March 2005, KTM menganugerahkan kontrak bernilai RM50 juta kepada Scomi untuk menyelanggara sekitar 1,000 wagon kepunyaan KTMB.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive