KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 13, 2008

MB Perak pernah saman kerajaan

azridulblog - [...] Paling menarik perhatian saya ialah pendedahan yang dianggapnya sebagai ekslusif. "Saya tidak pernah beritahu ini kepada mana-mana akhbar dalam dunia, ini pertama kali saya hendak laporkan, ini betul ekslusif untuk saudara (Majalah I-pen)."

"Mereka bercakap mengenai ketuanan Melayu, tetapi saya adalah orang yang pernah menyaman kerajaan dan menyaman Menteri Pendidikan ketika itu kerana menukar dasar mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Saudara semaklah siapa budak yang menyaman kerajaan ketika itu?

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saya dan anak saya turun naik mahkamah, dan anak saya dah darjah enam. Dia saman masa dia darjah empat. Saya masa itu sebagai pembangkang, tetapi saya memperjuangkan hak Melayu.

Saya sanggup bayar duit peguam untuk menyaman kerajaan oleh kerana tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, bertentangan dengan Akta Pendidikan dan bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan.

Sekurang-kurangnya walaupun dalam pembangkang, saya membuktikan kesungguhan saya menjaga ketuanan Melayu dengan mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu, walaupun saya diejek ketika itu. Mereka kata, tak pernah dibuat orang budak kecil saman kerajaan." ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive