KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 13, 2008

Pengarah Bomba KL ditahan BPR

utusmeloya - Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sarawak menahan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat dalam rasuah membabitkan wang suapan berjumlah RM925,000.

Menurut kenyataan BPR di sini hari ini, suspek berusia 45 tahun ditangkap di ibu pejabat BPR, Putrajaya pada pukul 11.55 malam, 11 Jun lalu.

``Suspek disyaki menerima suapan daripada seorang lelaki di Jalan Ampang untuk menyokong cadangan pembangunan dan pembinaan bangunan pejabat dan bengkel untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak pada 31 Julai 2003.

``Pada waktu kejadian, suspek merupakan Penolong Ketua Pengarah di Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat di Putrajaya,’’ katanya.

Katanya, suspek ditahan selama lima hari sehingga 16 Jun ini di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara mandatori tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive