KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 25, 2008

Filipino with 'connections' gets Mykad - Suhakam

police abuse suhakam pc 050808 simon sipaunmalaysiatoday| ...Case No 1

A Filipino who had been arrested under the Internal Security Act (ISA) and deported a few years ago, had re-entered Sabah three weeks ago to collect his MyKad when informed it was ready.

He complained to Suhakam that the state NRD did not want to release the document because they found out that he had previously been detained under the ISA.

Asked by Suhakam officials how he managed to re-enter the state, he replied: “Entering Sabah is as easy as walking from CentrePoint (a shopping complex in Kota Kinabalu) to Kampung Air (across the road). I was not alone. There were 50 of us.”

Noted Sipaun (left): “Here we have a Filipino who said he had connections in the state NRD and it was through them that he had obtained a MyKad. And (yet) we have locals who have been waiting for years to get their MyKad.

“There is an urgent need to strengthen enforcement along Sabah’s border. Saying that the border is long and porous is inexcusable. Sarawak has a even longer border with Indonesia and yet its problems with illegal immigrants are not as severe.”... selanjutnya.

Terkejutnya aku !!!

Bayangkan anda bersendiri di rumah. Rasa nak terkencing dan untuk ke tandas, lampu dapur di pasang. Sejurs lampu di pasang, kelihatan kelibat hantu yang sedang mencangkung di atas singki dapur merenung tepat ke arah anda.

Kaki terketar ... mulut tidak mampu menjerit dan di susuli dengan aliran air kencing yang mengalir deras dan panas melalui celah seluar tidur.

Sekiranya anda dapat bayang kan diri anda berada di dalam situasi tersebut, anda faham maksud 'TERKEJUT".

Petang ni ku cari cari berita KEJUTAN yang sejak semalam di janjikan oleh menteri rambut putih dan ini berita yang kita dapat.

Penurunan harga minyak tak melebihi 15 sen - Shahrir Samad

Baca tajuk tu korang ada rasa macam terserempak hantu sampai nak terkencing?
Kalau tidak, bermakna anda tidak lagi mencapai tahap terkejut yang sepatutnya.

Rasuah politik perwakilan Umno cecah RM20,000?

Ketika gejala politik dalam pemilihan Umno hangat diperkatakan, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingg RM20,000.

Sambil menekankan amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai, Dr. Mahathir berkata: "Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000."

"Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok.

"Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa,
" kata beliau yang mengulas isu yang sama buat kali kedua dalam seminggu menerusi blognya.

JAWATAN DITENDER

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Lembaga Disiplin Umno akan mengumumkan beberapa tindakan yang akan diambil berhubung politik wang, dalam masa terdekat ini.

Beliau yang kini merupakan calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno berkata, parti itu telah menyerahkan mandat kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail itu untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati mengamalkan politik wang.... seterusnya.

Cerita Farish A. Noor tentang TG Nik Aziz

As an aside to the academic work I normally do, last week I was given the opportunity to meet Datuk Nik Aziz Nik Mat, the spiritual leader (Murshidul Am) of Pas at his office in Kelantan. Despite the frail health of the man and his taxing schedule, we managed to pack in close to two hours worth of interview on tape.

http://boz.bloboz.net/wp-content/uploads/2008/02/317a2rocw5l_aa280_.jpg

One thing struck me somewhere during the second half of our meeting. I
remarked to him that his home was suprisingly similar to that of Ho Chi Minh's in Hanoi, Vietnam, and that both he and the revered “Uncle Ho” chose to give up their stately government mansions to live in humble wooden houses. I also said that he was using the same cheap, plastic BIC ballpoint pen that I had seen him use when we first met in 1999. This occasioned a laugh and a smile from him, but it struck us both that these observations were far from pedestrian. The truth is that for both revolutionary Islamic and Communist movements alike the world over, the democratic impetus and the drive for revolutionary politics were accompanied by a strong sense of disdain for worldliness, and a respect for a Spartan way of life. Whatever you may say about Ho Chi Minh, one thing you could never accuse him of was corruption and the easy life. The same applies to Nik Aziz as the spiritual leader of Pas.... selanjutnya.

Jadi mesin pun susah



Bila kita di timpa masalah, kita akan bayang kan benda yang indah indah. Kalau susah nak cari duit ... kita akan kata ... "Alangkah baiknya kalau aku jadi Menteri Pertahanan."

Buka tender supply kapal selam, helikopter ... sendiri balun tender. Untung beratus juta. Tapi kata orang tua tau ... ,manusia tamak, tak kenal di untung. Mula mula nak RM0.10 sen. Pastu nak RM1.00, kemudian nak RM1,000 akhirnya beratus juta dan berbillion billion pun masih tak cukup. Mau tidak .. kalau gi shopping, macam dunia ni aku yang punya.

Itu kalau jadi Menteri. Tapi kalau setakat pencuci pinggan mangkuk macam aku ni .. cukup sekadar jadi mesin ATM. Orang simpan banyak duit. Tapi dah beberapa hari ni asyik kena bom pulak. Baik jadi pencuci pinggan je.

Aku teringat cerita Mat Saman Kati di dalam Perak Express tentang HIDUP SUSAH, MATI PUN SUSAH. Begitu lah juga nasib mesin ATM. Dia ingat dia senang ... duduk dalam bilik aircond, dalam perut ada duit. Tiba tiba ada mamat pshyco masuk kan mercun dalam perut ... bertabur duit keluar.

Letup dan bank hilang RM30,600. Cerita nya DISINI. OK gak ... raya sakan la mamat tu.
Tapi ada orang letup awek sebab nak jimat RM500 juta. Haaa...itu korang tau siapa.

Bila muka tak lawa .. nak jadi yang cun. Kita tak pernah bersyukur dan akhirnya awek cun pun kena bom.

Jadi lebih baik jadi orang biasa .. tak payah ada duit banyak, tapi jangan la tekan kuat kuat. Tambah tambah lagi ... masa minyak, beras, tepung dan barang dapur naik ni. Pening kepala di buatnya.

Ada orang pening, pergi buat kerja lebih, ada yang buat kerja part time. Tapi ada orang yang pening, dia gi bom mesin ATM dan rompak orang lain. Korang baca cerita berikut ... kerana RM5, leher nyaris di kelar.

For RM5, a man almost lost his life when his throat was slashed with a dagger by a teenager, last night.
Kalau jadi mesin tak selamat, awek'cun' pun tak selamat ....... aku nak jadi apa?

Buat dulu baru bincang ... pandainye

Bukit Bintang MP Fong Kui Lun (left) looking on while a trader points at the new road sign.

Ini satu lagi pembaziran DBKL ... seronok juga belasah peruntukan kerajaan. tambah tambah lagi kalau minta ...dapat .... minta .... dapat.

Itu baru tanda jalan, belum cerita benda benda lain. Mungkin pada kita jumlah itu tidak besar, tapi geledah DBKL dan tengok kos yang ujud kalau satu jalan berubah nama

Tektiknya mudah
Ubah nama jalan ikut sedap tekak sendiri. Cipta kos kos yang terlibat dan kongxi fat chaiii ... raya sepanjang tahun. Bila dah ubah, jalan dah tukar, map berubah, semua dah berganti, penduduk pun bising. Dan sekarang nama ditukar kembali.

... Rujuk Berita SINI.

It is understood that the decision was made by him after listening to feedback from the public and City Hall following the uproar over the name change of the world-renowned street to Jalan Kejora.
Dan selepas nama di tukar kan kembali. Keluarkan kos baru ... tukar nama jalan semula, ubah peta KL, itu dan ini. Semuanya cerita pasal kos.

Aku dulu di ajar untuk buat kertas kerja, kaji selidik sebelum membuat sebarang perubahan. Nak buat pinjaman pun kena ada kertas kerja. Kalau tak .... LOAN tak boleh dapat. Tapi yang berlaku di dalam DBKL mungkin di sebaliknya. Dan sekarang ... semuanya MEMBAZIR.

Korang bayangkan kalau 20 jalan berubah dan berapa agaknya kos yang terbabit?
Kalau ada kawan kat DBKL ... kontraktor boleh kaya.

Jalan ALOR kepada Jalan KEJORA ....
Rasanya Datuk Bandar DBKL adalah peminat setia Kumpulan Rock 'Search'....
Sinaran matamu bak KEJORA
Di tengah malam
Menyuluh kedamaian hati

Halusnya lengan mu sehalus
Sutra cina
Melembutkan setiap kata

Harum kasturi harum rambutmu
Ingin ku belai
Bertambah harum kita

bla bla bla .....

Hamid Albar sekali lagi tuduh tanpa bukti

Pada peringkat awal Hindraf di kritik, ada beberapa mangkuk yang berayun gagal memberikan bukti yang jelas tentang kaitan Hindraf dan militan. Selain cakap cakap kosong je.

Semalam, Hamid Albar, sekali lagi memberikan amaran kepada sebarang NGO untuk tidak mencampuri dan menyokong pertubuhan haram itu.

Sedikit ... petikan berita

“Tak kira apa nama yang mereka gunakan, tindakan akan diambil.... Ini bukan tindakan terhadap kaum India atau Hindu, tetapi tindakan terhadap kumpulan ekstremis yang ada kaitan dengan kegiatan militan dan berpendirian ekstrem, sebab itulah kita ambil tindakan.
Kita sedang menanti sebarang bukti bertulis dari pihak Kementerian Dalam Negeri tentang kaitan Hindraf dan sebarang aktiviti pengganas di luar sana. Kat dalam negera tak ada lagi bom bom ... kecuali bom mesin ATM.

Shahrir Samad gagal buat kejutan



Kalau ikut berita yang tersiar lebih awal. Shahrir di katakan akan buat kejutan. Sehingga ke pagi ini, lapuran yang di perolehi melalui Berita BERNAMA di TV, cuma menjelaskan penurunan susu ... jenama sebuah syarikat dan tepung yang turun sebanyak RM0.12 sen sahaja.

Rujuk berita STAR TV ..... di SINI
dan Berita awal di SINI

"Anda akan terkejut dengannya," katanya kepada media di lobi Parlimen.
Kejutan sebenar yang berlaku adalah pada April tahun ini selepas tepung harga tepung naik mendadak.
Persatuan Pengilang-Pengilang Tepung Malaysia bulan lalu telah menaikkan harga tepung gandum berprotein tinggi dan sederhana sebanyak RM10 daripada RM62.15 bagi setiap 25kg .
Kenaikan RM0.40/sekilo dan peningkatan harga itu menyebabkan barangan lain termasuk mee, roti canai dan lain lain barangan yang menggunakan barangan asas tersebut turut naik.

Jika di banding antara kenaikan dengan penurunan, jelas ... penurunan harga mengikut kenyataan Shahrir tidak mengejutkan sebagaimana yang di gembar gemburkan.

Ada sesiapa yang terkejut?

Note: Di ulang ... gambar di atas tiada kaitan dengan sebarang berita di sini.

MB serah BPR siasat bekas Timbalan Naib Canselor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat bekas Timbalan Naib Canselor sebuah universiti yang didakwa meniru tanda tangan untuk menyambung kontrak perkhidmatannya.

Beliau berkata, adalah tidak adil baginya untuk membuat sebarang ulasan atau mengadili perkara itu.

"Biarlah BPR saja yang menyiasat perkara ini termasuk mengambil tindakan jika ada bukti kukuh," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. ... selanjutnya.
Bodoh aku tak der la sampai ke tua, macam Timbalan naib Canselor ni.

Masa sekolah sekolah dulu, rajin gak aku tiru tanda tangan bapak. Kalau laporan periksa [report card] ada dakwat merah, tak kan berani aku nak serahkan report card pada bapak. Orang tua tu tak der la pelepah bontot, sepak terajang, tapi tengok muka dia, seriau sampai tulang. Kalau lah orang tua tu libas muka aku ... zaman kegemilangan hensem aku mungkin akan berakhir... jadi aku ada cukup alasan untuk sign sendiri report card kerana mahu terus hensem ..... cewahhhh ..

ANtara bapak bapak pelajar kelas. Tandatangan bapak aku tu, antara yang paling hebat. Berbelit belit dan macam macam tektik lagi. Itu masalah besar yang aku hadapi setiap 3 kali setahun. Ujian awal, pertengahan dan peperiksaan akhir tahun.

Bila buat sekali tak jadi, buat dua kali tak jadi ... report card dah macam kertas tandas.

Dulu tak der cecair pemadam pen seperti yang korang ada sekarang, kitorang padam guna pemadam pen zaman dulu. Sama seperti pemadam pensil biasa, tapi dia seperti berpasir. Kalau tak der pemadam pen, kitorang guna pemadam biasa, tapi letak air liur sikit.

Kalau orang lama tentu tau. Oleh kerana salah, padam, salah, padam. tempat 'sign' dah koyak. Tempat koyak tu siap di tampal dengan kertas lain dan kemudian tiru 'sign' lagi.

Bila dah sekali menipu, tak kan berani nak bagi report card ka bapak lagi. Dia tengok pun boleh tau punya. Bila kita bagi report card pada cikgu, diorang jeling jeling kita. Cikgu pun dah boleh agak.

Tapi sejak dah besar ni aku tak buat lagi... Kita dah ada tahu pasal undang undang dan kalau ciplak tandatangan ... dah kira salah besar tu.

Tapi Timbalan Naik Canselor berita di atas adalah antara ORANG TUA YANG TAK PANDAI PANDAI. Dah berumur tapi perangai macam zaman aku sekolah dulu. Nama universiti, tidak di sebut, tapi kalau melibatkan MB Selangor ... kita dah boleh agak IPTA yang mana satu.

Tiada bukti anak VIP dan Menteri sertai PLKN

Sejak awal lagi, aku tak nampak sebarang bukti yang jelas bahawa anak VIP atau menteri ada menyertai PLKN.

Dan sebagai bukti yang cukup mudah, korang pergi ke tempat menghantar anak anak ke PLKN. Disana korang pandang bentuk dan jenama kenderaan yang kebanyakannya adalah kenderaan kelas pertengahan. Tiada sebarang kenderaan yang mempunyai pemandu khas ataupun kelibat VIP yang datang hantar anak mereka. Tiada kenderaan mahal dan berjenama.

Maka .. boleh di pertahankan bahawa tuduhan ini tiada anak anak VIP dan Menteri sertai PLKN, mungkin benar.

Hari ini JLKN bagi alasan lagi ...

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hari ini menafikan dakwaan bahawa anak-anak orang kenamaan (VIP) boleh dikecualikan daripada mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pemilihan pelatih-pelatih PLKN dari seluruh negara dilakukan secara rawak dengan menggunakan sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

''Kami tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengecualikan mana-mana pelatih daripada mengikuti PLKN dan mereka yang telah dipilih perlu menghadirkan diri setelah menerima surat pemberitahuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JLKN di sini hari ini.
Setakat bagi alasan .... buktinya mana? Kita bukan bodoh untuk terima alasan sedemikian sedangkan tiada kenyataan. Berikan senarai penyetaan mereka yang lepas lepas.

Jelaskan .... anak menteri mana dan anak VIP mana yang sertai PLKN?

Posting terkini

Blog Archive