KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit DBKL. Show all posts
Showing posts with label Belit DBKL. Show all posts

Nov 26, 2008

Penguat kuasa DBKL diserang 20 tonto

bhairan | Dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera dibelasah sekumpulan 20 lelaki dipercayai tonto dalam satu operasi pemantauan di pasar malam Jalan Lombong, Cheras dekat sini, malam kelmarin.

Kumpulan itu dipercayai turut merempuh pintu pagar Stor Sitaan Direktorat Penguatkuasaan DBKL berhadapan dengan pasar malam berkenaan dalam kejadian jam 9 malam itu.

Mereka dikatakan tidak berpuas hati selepas 12 penguat kuasa menyita VCD dijual di pasar malam berkenaan.... more.
Suruh DBKL panggil PEWARIS .... wakakakakakak
Mesti hebat ... pendekar melayu terakhir ....wakakakak.
Tanjak siap streka@iron!!!!

Oct 25, 2008

Buat dulu baru bincang ... pandainye

Bukit Bintang MP Fong Kui Lun (left) looking on while a trader points at the new road sign.

Ini satu lagi pembaziran DBKL ... seronok juga belasah peruntukan kerajaan. tambah tambah lagi kalau minta ...dapat .... minta .... dapat.

Itu baru tanda jalan, belum cerita benda benda lain. Mungkin pada kita jumlah itu tidak besar, tapi geledah DBKL dan tengok kos yang ujud kalau satu jalan berubah nama

Tektiknya mudah
Ubah nama jalan ikut sedap tekak sendiri. Cipta kos kos yang terlibat dan kongxi fat chaiii ... raya sepanjang tahun. Bila dah ubah, jalan dah tukar, map berubah, semua dah berganti, penduduk pun bising. Dan sekarang nama ditukar kembali.

... Rujuk Berita SINI.

It is understood that the decision was made by him after listening to feedback from the public and City Hall following the uproar over the name change of the world-renowned street to Jalan Kejora.
Dan selepas nama di tukar kan kembali. Keluarkan kos baru ... tukar nama jalan semula, ubah peta KL, itu dan ini. Semuanya cerita pasal kos.

Aku dulu di ajar untuk buat kertas kerja, kaji selidik sebelum membuat sebarang perubahan. Nak buat pinjaman pun kena ada kertas kerja. Kalau tak .... LOAN tak boleh dapat. Tapi yang berlaku di dalam DBKL mungkin di sebaliknya. Dan sekarang ... semuanya MEMBAZIR.

Korang bayangkan kalau 20 jalan berubah dan berapa agaknya kos yang terbabit?
Kalau ada kawan kat DBKL ... kontraktor boleh kaya.

Jalan ALOR kepada Jalan KEJORA ....
Rasanya Datuk Bandar DBKL adalah peminat setia Kumpulan Rock 'Search'....
Sinaran matamu bak KEJORA
Di tengah malam
Menyuluh kedamaian hati

Halusnya lengan mu sehalus
Sutra cina
Melembutkan setiap kata

Harum kasturi harum rambutmu
Ingin ku belai
Bertambah harum kita

bla bla bla .....

Sep 19, 2008

DBKL halang Dr Lo'Lo' bantu penduduk miskin Titiwangsa

harakah | Permohonan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa bagi mendapatkan senarai nama penerima bantuan untuk tujuan menyalurkan sumbangan telah ditolak oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pada 18 September, pegawai kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Shahir Abu Hassan telah mengemukakan surat kepada DBKL. Namun tanpa berfikir panjang, pada hari yang sama Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL, Dr. Ismail Stapa membalas surat itu dan menolak permohonan yang dikemukakan atas alasan maklumat itu adalah hak milik DBKL dan tidak boleh diedarkan kepada pihak luar.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' binti Dato' Hj. Mohamad Ghazali berasa kecewa dengan sikap tidak prihatin DBKL.

"Saya nak tahu maklumat penerima bantuan yang layak kerana saya ingin turun memberikan bantuan. Saya tidak minta DBKL bagi duit."

"Saya dan ahli-ahli PAS telah mengutip sumbangan orang ramai dan ingin serahkan kepada yang layak." kata Dr Lo'Lo' lagi.

Pada masa ini Dr Lo'Lo' terpaksa meminta bantuan kakitangan beliau bersama ahli-ahli PAS Kawasan untuk turun padang bagi mengenalpasti rakyat yang kurang bernasib baik. Dr Lo'Lo' turun sendiri menziarahi rakyat dari rumah ke rumah dan masjid surau bagi mendapatkan maklumat serta menghulurkan bantuan.

Dalam masa yang sama, DBKL bertungkus lumus membantu Ahli Parlimen BN Setiawangsa yang juga Menteri Wilayah, Zulhasnan Rafique untuk mengedarkan bantuan bagi kawasan parlimen itu. ... selanjutnya.

Jun 18, 2008

"Saya tidak popular di kalangan DBKL"

Imageharakahdaily - Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali memberitahu bahawa beliau adalah antara individu yang 'tidak popular' di kalangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menjalankan tanggung jawabnya memenuhi kehendak dan suara hati rakyat khususnya melibatkan warga kota.

Katanya apa yang dilakukan selama ini yang melibatkan sebarang kritikan, teguran dan cadangan adalah semata-mata untuk memastikan pihak berkuasa tempatan seperti DBKL dapat berfungsi dan menyediakan khidmat masyarakat dengan lebih efisien dalam menyediakan infrastruktur dan prasarana kepada rakyat.

"Saya tahu, saya tidak popular di kalangan DBKL kerana menjalankan tanggung jawab saya sebagai ahli parlimen dan wakil kepada rakyat yang perlu membawa dan menangani masalah rakyat dengan sebaiknya.

"Lihat hari ini, saya kesal kerana tiada seorang pegawai DBKL yang hadir bersama-sama dalam lawatan saya hari ini untuk memberi taklimat tentang kompleks ini," katanya ketika ditemui sewaktu membuat lawatan ke tapak Kompleks Pasar Keramat pagi tadi dekat sini.

... selanjutnya.

Jun 12, 2008

Dahlah luka DBKL mari sapukan garam pula, kata Dr Lo' Lo'

siasah - Semalam di umumkan, hari ini anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali turun ke Jalan Pahang Barat dekat sini bagi membuat protes kenaikan kadar parking di Kuala Lumpur.

Jalan Pahang adalah sebagian dari jalan yang menerima sistem baru meter parking yang dibuat secara elektronik ini.

Kalau sebelum ini, kawasan Pekeliling Busines Centre tidak terkena sebarang bayaran parking, mulai Isnin 16 Jun depan, pemilik kenderaan di situ juga mula dikenakan bayaran parking dengan kadar baru 80 sen sejam ini.

Dr Lo' Lo' bersama pemilik kenderaan sekitar jalan pahang telah berdemo bagi membantah kenaikan parking itu.

Beliau menyifatkan DBKL kejam.... selanjutnya.

May 27, 2008

Tolonglah PKNS!

penarikbeca - Kerajaan Selangor kini adalah kerajaan Pakatan Rakyat (PR). PR menjadi kerajaan kerana rakyat sudah tidak tahan dan tidak mahu lagi menerima Barisan Nasional. Inilah masanya untuk berjasa kepada rakyat.


Notis yang dihantar DBKL pada 8 Mei 2008


Notis yang dihantar DBKL pada 24 Mei 2008... selanjutnya.

Penduduk Pasar Minggu Kampung Baru dihalau

harakahdaily - Penduduk dan peniaga Pasar Minggu Kampung Baru kini dikategorikan sebagai setinggan dan dihalau keluar.

Peliknya, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup pula mendakwa penduduk dan peniaga tersebut tidak akan dianak tirikan. Kenyataan Salleh itu disifatkan bercanggah dengan notis yang menghalau mereka dari kawasan itu.

"Apa kebenaran kata-kata beliau? Kami telahpun menerima notis supaya berpindah dari Pasar Minggu Kampung Baru," kata mereka dalam blog mereka.

Menurut notis berkenaan, mereka tidak akan diberi sebarang ganti rugi atau tempat gantian.

"Ini adalah notis yang bersifat keras ke atas penduduk. Ke mana kami akan pergi?" tanya mereka.

Walaupun Pasar Minggu Kampung Baru satu ketika dahulu menjadi tarikan pelancong, tetapi selepas itu "tiada pihak yang berwajib mengambil kisah di Pasar Minggu dan dipandang sepi".

"Tapi kini bila pembangunan mahu dilaksanakan, penduduk diketepikan atas dasar setinggan," kata penduduk dalam blog mereka.

Sebelum ini, Persatuan Peniaga dan kebajikan Pasar Minggu Kampung Baru mempersoalkan: "Mengapa kami dikategorikan sebagai setinggan dan diarah keluar?"

Mereka menerima notis daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengosongkan dan berpindah dari kawasan tersebut pada 8 Mei lalu.... selanjutnya.

May 26, 2008

DBKL indas peniaga Melayu Kampung Baru pulak

klpos - Tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengistiharkan kawasan Pasar Minggu Kampung Baru setinggan dibantah oleh penduduk kampung berkenaan kerana mereka menyifatkan label setinggan tersebut sebagai tidak berasas dan menindas.
Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM), Kampung Baru, Dr. Hosni Hussien Md Saat berkata, DBKL tidak seharusnya mengeluarkan arahan keras kepada penduduk supaya segera mengosongkan kawasan tersebut.

Jelasnya, kehadiran penduduk di situ buka baru malah sudah memasuki generasi ketiga iaitu sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

"Kalau setahun dua kami baru menetap di tanah rizab melayu ini tidak apalah kami pasrah dipindahkan, namun perkara itu sebaliknya dan kami tidak akan berpindah selagi tiada jaminan daripada DBKL bahawa kami akan dibenarkan masuk semula di tanah kelahiran ini.

"Kami tidak menolak pembangunan dan sentiasa mengalu-alukan apa jua pembangunanyang dirancang oleh pihak kerajaan, tetapi pastikan hak kami tidak diperkecilkan begitu sahaja", katanya ketika mengadakan sessi dialog bersama penduduk dan media di kampung baru di sini, semalam.... selanjutnya.

May 24, 2008

Penduduk kecewa DBKL lambat buat keputusan

abdullah hukum apartment 240508 eswarymalaysiakini - [...] Menurut seorang penduduk, Eswari a/p Raghavan,32, beliau telah pergi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk bertanyakan status permohonan beliau dua minggu lepas, tetapi tidak mendapat jawapan yang memuaskan.

abdullah hukum apartment 240508 signboard"Nama (mendiang) suami saya ada tapi belum diundi untuk masuk kerana jawatankuasa belum buat keputusan untuk cabut undi," katanya.

Beliau telah ditawarkan oleh DBKL untuk menyewa di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PRRT) di Pantai Dalam tetapi tidak mampu untuk membayarnya.

"Sekarang saya menetap bersama ayah dan ibunya di apartmen ini sejak lima bulan lalu bersama dua orang anaknya. Saya bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan," jelasnya.... selanjutnya.

PEKAMPUNGAN HALIMUNAN

Hmetro - Sukar dijelaskan bagaimana ratusan pendatang tanpa izin warga Indonesia boleh membina `perkampungan halimunan’ di tengah ibu kota tanpa disedari dengan menghuni kawasan setinggan lama.

Perkampungan haram di Jalan Pantai Bahru di sini, didiami majoriti wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang cuci, pekerja pembersihan dan restoran serta pekerja kilang sekitar ibu kota.

Difahamkan, ada pihak tertentu membina penempatan haram itu dan menyewakan bilik kecil kepada pendatang berkenaan pada kadar RM50 hingga RM100 sebulan.

Kawasan setinggan itu strategik berikutan dikelilingi pusat beli-belah dan perumahan mewah serta pejabat di Jalan Pantai Bahru, sekali gus sukar dikesan pihak berkuasa.

Sumber imigresen berkata, kewujudan kampung tersorok itu dikesan selepas beberapa pegawai penguat kuasa Imigresen Wilayah Persekutuan menjalankan risikan sejak seminggu lalu.... selanjutnya.

No2umnO - Halimunan? Patut DBKL tak nampak ......

Penduduk Wangsa Maju ditindas

suarakeadilan - Pihak DBKL bertindak zalim dengan merobohkan gerai peniaga di sekitar Wangsa Maju.

Dengan tempoh notis yang singkat dan dengan alasan kerana penduduk di situ menyokong Pakatan Rakyat antara punca kenapa gerai peniaga dirobohkan oleh pihak DBKL.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong hadir untuk memberi memorandum kepada Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan.

Turut hadir semasa penyerahan memorandum itu ialah Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan, Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dan wakil peribadi kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Azman Haji Abidin.... selanjutnya.

May 23, 2008

THIS IS THE DBKL GOON

[goon.JPG]

zorro unmasked - But this officer, AZLAN ABDULLAH disregarded the directive and sent out the wrecking crew. His immediate supervisor, one Mahadi was informed by email and sms about this 14 days stay of action. He claimed that he never read his sms for 5 days. This is quite incredible.

Two police reports have been lodged against an officer of DBKL, En Azlan bin Abdullah, at the Balai Polis Wangsa Maju this afternoon for 1) the continuing criminal demolition of private property; and 2) his criminal abuse of power and defiance of order from his superior to stop acting outside of his duties.
... selanjutnya.

DBKL playing politics and its action unreasonable, inhumane!





weechookeong - The photographs above show the inhumane attitude of the officers of Jabatan Perancang and Jabatan Penguatkuasaan of DBKL. DBKL took drastic actions against the hawkers at Taman Desa Setapak. I would like to thank one of the hawkers for sending these photographs to me.

I have seen notices from Jabatan Perancang pertaining to this matter and I knew that this matter had been outstanding for many years. I have seen a letter signed by the previous MP of Wangsa Maju (Datuk Yew Teong Look) asking for extension of time for him to resolve the matter. Unfortunately this matter was not resolved.... selanjutnya.

May 17, 2008

Operasi DBKL cetus ketegangan

Operasi yang pada mulanya aman bertukar tegang apabila DBKL dikatakan enggan berunding berhubung permintaan penjaja menangguhkan kerja merobohkan sebuah gerai makan.
sinarharian - [...] Bagaimanapun, keadaan tegang berjaya dikawal setelah Pengurus Kawasan Lembah Pantai, Badrul Hisham Baharuddin menggunakan budi bicara dan berunding dengan penjaja terlibat serta polis.

Satu sesi dialog diadakan selepas itu menyaksikan gerai makan itu tidak dirobohkan dan kes tersebut ditangguhkan sementara keputusan rasmi dikeluarkan.

Sesi dialog turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Zakaria Awang serta beberapa ahli Pekida dan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Jack Wong serta wakil persatuan penjaja yang lain.

Menurut pemilik gerai tersebut merangkap Ketua Jawatankuasa Bertindak Penjaja, Basarah Satimin, keadaan tegang sebelum itu tidak seharusnya berlaku sekiranya DBKL mendengar dan berbincang dengan penjaja terlebih dahulu.

“Saya tidak salahkan sesiapa, cuma ini adalah salah faham. Kalau sebelum ini diadakan perbincangan secara baik, mungkin pertelingkahan seperti itu tidak akan berlaku.

“Selama ini saya dan penjaja lain memberi kerjasama. Bukan saya tidak mahu pindah ke medan selera yang baru, tetapi masalahnya unit kedai yang ditawarkan kepada saya sudah dihuni orang lain. Bagaimana perkara ini boleh berlaku, sedangkan saya yang cabut undi dan diberi kunci,” katanya kepada Sinar Harian.>> selanjutnya

May 15, 2008

RM36 juta tunggakan sewa PPR

Bharian - Sebanyak RM36,140,258 jumlah tunggakan sewa dan bil air gagal dijelaskan penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu kota sehingga 31 Mac lepas, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Beliau berkata kebanyakan penghuni berkenaan adalah mereka yang berpendapatan rendah yang juga tidak menjelaskan bayaran caj perkhidmatan.

“Kegagalan mereka menjelaskan sewa menyebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanggung perbelanjaan pengurusan dan penyelenggaraan dengan menggunakan sumber kewangan DBKL sendiri,” katanya menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengenai dakwaan ada PPR yang disewakan kepada pendatang asing, Zulhasnan berkata perbuatan itu adalah tidak dibenarkan.

“Jika ada laporan tertentu sila kemukakan kepada saya dan kita akan siasat supaya perkara ini tidak berlaku,” katanya.

May 5, 2008

'Horror' at Section 1; thumbs up to DBKL

To my horror I saw heaps and heaps of rubbish that were not collected for almost a week. I could see maggots all over the place and the place smell real bad. The flats are just 20 feet away!



more...on weechookeong

Apr 23, 2008

BUKIT GASING: High Court extends injunction

NST - The High Court today extended to Friday, an ex-parte interim injunction to 108 Bukit Gasing residents to halt all action pertaining to the hill slope development which was earlier approved by the Kuala Lumpur mayor.
Justice Lau Bee Lan allowed the extension of the injunction given on April 3, to give ample time to counsels representing the mayor and developer Gasing Meridian Sdn Bhd (GMSB) to look into the affidavit in reply.

The court was told that it was only yesterday afternoon that the affidavit was served to the counsels.

On Friday, the high court will hear an inter-parte injunction on the application by the residents to stop all action approved by the mayor, in respect of a developer’s application for planning permission.

At this juncture, Joslyn Gooting appearing for GMSB, gave an assurance that his client would not continue with the erection of hoardings or begin any earth works in the area, pending hearing of the stay application. more...


Meanwhile at Bukit Antarabangsa,

April 2008, 23: Kuala Lumpur

Sun2surf - A car among the four that suffered major damages when hit by a boulder at Wangsa Heights, Bukit Antarabangsa. The incident, which happened at 2.20am, however did not cause any fatalities.

Apr 18, 2008

DBKL, Oh DBKL! Tidur lagi ke?

Wee Choo Keong
Had a round table meeting with DBKL this morning but was utterly disappointed with their lackluster attitude and work ethics. I couldn't help but walked away from the meeting with this conclusion. That DBKL = CORRUPTIONS AND MORE CORRUPTIONS!

Read for yourself the comebacks that I have received, or not received, for questions I put forward to them earlier this month.

Questions for Datuk Bandar submitted by Wee Choo Keong, MP for Wangsa Maju, to Datuk Bandar for answers during meeting on 07 April 2008 with the 10 MPs

1. The DBKL Advisory Board. We demand that all MPs in WP should be made ex-officio of the Advisory Board.

No decision made.

2. Objection by residents on future development on Lot 2398 Taman Setapak Indah, Mukim Setapak (Ref: DBKL.JPKB. 6471 / 2001): Development from Kindergarten Land to residential units. Residents sent letter in August 2003 until today no reply. Why? What happened to it now? Please give full detail.

Up till today, 16 April, there is still no reply form DBKL. 3 days delivery system? What a big joke!

More...

Apr 14, 2008

DBKL Gagal Halang Pemaju Teruskan Pembangunan Di Bukit Gasing

Bernama - Hampir 100 penduduk Taman Gasing Indah, hari Ahad berhimpun di dalam hujan lebat sebagai tanda membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa masih gagal menghalang pemaju daripada terus melakukan aktiviti pembangunan bagi projek pembinaan 142 lot banglo di kawasan seluas 15.2 hektar di Bukit Gasing di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing Edward Lee ketika ditemui pemberita mendakwa pihak DBKL gagal menghalang dan tidak memberikan hak pendengaran awam kepada penduduk untuk sama terlibat membuat keputusan terhadap perancangan di kawasan mereka.

"Kami akan ke mahkamah pada 23 April ini untuk mendapatkan perintah bagi DBKL memberikan "public hearing" dan perintah untuk menghentikan sebarang aktiviti pembangunan yang masih lagi berlangsung.

"Kami tidak mahu penduduk di sini menerima risiko yang besar seperti kejadian tanah runtuh dan sebagainya," katanya.

Lee berkata perhimpunan itu memperlihatkan bahawa penduduk serius dengan permintaan mereka agar segala aktiviti yang dijalankan dihentikan serta merta.

Sementara itu, Mohamed Kamar Mohamed, 64, yang telah menduduki kawasan itu selama 21 tahun ketika ditemui berkata aktiviti pembangunan yang dilakukan beberapa tahun lalu, telah menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh.

"Dalam tahun 2006 sahaja tiga kali kejadian tanah runtuh berlaku, namun pihak DBKL masih mendiamkan diri. Di atas bukit sana ada lebih kurang 2.2 juta liter air. Kalau ditarah, kami akan jadi seperti kejadian Highland Towers," katanya yang juga merupakan anggota Persatuan Bertindak Bukit Gasing.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan 108 penduduk Bukit Gasing bagi injunksi sementara secara ex-parte untuk menangguhkan semua tindakan berkaitan pembangunan di kawasan itu yang diluluskan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. more...

Apr 8, 2008

PR Bantah PROJEK DBKL

Image(imej oleh: Harakah)
Bernama - Sepuluh anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP hari ini menggesa supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan projek pembinaan bangunan komersil di Bukit Persekutuan di sini.

Mereka yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat dengan diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim membuat gesaan itu ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini.

Mereka meminta supaya Datuk Bandar Datuk Ab. Hakim Borhan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk membatalkan hasrat syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd untuk membina bangunan itu, demi kepentingan awam.

Dalam pertemuan tiga jam itu, anggota-anggota parlimen itu juga memohon supaya DBKL menyediakan Pejabat Sekretariat Wakil Rakyat di bangunan DBKL dan menyediakan kemudahan pejabat di semua Pusat Khidmat Masyarakat Anggota Parlimen Kuala Lumpur.

ImageSelain itu, mereka meminta DBKL melantik semua Anggota Parlimen Kuala Lumpur sebagai Anggota Lembaga Penasihat DBKL, bagi membolehkan suara rakyat diwakili dalam pembentukan dasar serta penilaian pelaksanaan dasar DBKL.

Sementara itu, Ab. Hakim berkata semua permintaan anggota parlimen itu akan diberi pertimbangan yang sewajarnya.

"Kita telah memberi penjelasan panjang lebar mengenai perkara ini dan kita mencadangkan supaya ia dibawa sekali semasa kita mendengar bantahan awam daripada orang ramai mengenainya," katanya.

RUJUK: Pertemuan bersama Datuk Bandar, Ahli Parlimen kemuka empat saranan

Posting terkini

Blog Archive